persepsi ibu bapa terhadap tabiat merokok di … · setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima...

30
PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI KALANGAN REMAJA BAWAH UMUR ISHAN BIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhxuyen

Post on 23-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI KALANGAN

REMAJA BAWAH UMUR

ISHAN BIN IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI KALANGAN REMAJA BAWAH UMUR

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya ISHAN BIN IBRAHIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 1039, KG. SG. KANDIS, USTAZ AHMAD PUHAD BIN ALIM SEKSYEN 36, 40460 SHAH ALAM. Nama Penyelia SELANGOR D.E. TEL: 016-6926952 Tarikh: 23 April 2010 Tarikh: 23 April 2010

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan :……………………………………………………

Nama Penyelia : USTAZ AHMAD PUHAD BIN ALIM

Tarikh : 23 APRIL 2010

Page 4: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI KALANGAN

REMAJA BAWAH UMUR

ISHAN BIN IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : ISHAN BIN IBRAHIM

Tarikh : 23 APRIL 2010

Page 6: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

iii

DEDIKASI

Sekalung penghargaan khas buat Ayah dan Ibu tercinta…

Ibrahim Bin Abu Bakar dan Tarminah Binti Sayuti

Yang amat ku sayangi dan sanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari

anakandamu ini. Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan anakanda

lupakan hingga ke akhir hayat.

Seluruh Keluargaku,

Kalian cukup bermakna dalam hidupku.

Tidak lupa khas buat Pensyarahku...

Ustaz Ahmad Puhad Bin Alim

Tabah tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu.

Juga Pensyarah-pensyarah lain...

Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.

Sahabat-sahabat Seperjuangan...

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar

kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku

buat selama-lamanya.

Akhir sekali...

Terima kasih pada semua...

Terima kasih atas sokongan kalian...

Page 7: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta

salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk

membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia

Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana sanggup

meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam

menyiapkan projek sarjana muda ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi.

Teristimewa juga buat Ayah dan Ibu serta keluarga tersayang yang telah banyak

berkorban mendidik dan membimbing penyelidik sedari dulu hingga ke hari ini. Jasa dan

pengorbanan mereka tak kan terlupakan. Mudah-mudahan Allah S.W.T melimpahkan

rahmat dan maghfirahNya buat kami seisi keluarga.

Sekalung ucapan terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan yang banyak

membantu memberikan sokongan, dorongan, semangat, idea serta kritikan yang

membina sehingga terhasilnya penulisan ini. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati

Allah S.W.T.

Page 8: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

v

Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung

atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat

membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

Sekian,

Jazakumullahu khairan kathiran.

Page 9: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tabiat Merokok

Di Kalangan Remaja Bawah Umur. Responden bagi kajian ini berjumlah 78 orang

terdiri daripada ibu bapa dari 250 buah keluarga yang mempunyai anak ramaja di bawah

umur di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini adalah

berbentuk deskriptif yang menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal

selidik bagi kajian ini menggunakan skala Likert yang mengandungi 41 item soalan.

Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences

Windows (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai

kebolehpercayaan soal selidik ialah α= 0.811. Dapatan kajian menunjukkan persepsi ibu

bapa terhadap tabiat merokok di kalangan remaja bawah umur pada tahap min yang

sederhana iaitu dengan nilai min 3.59, diikuti dengan faktor remaja bawah umur

merokok pada tahap min yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.76 dan langkah berkesan

mengatasi tabiat merokok di kalangan remaja bawah umur berada pada tahap min yang

tinggi iaitu dengan nilai min 4.42. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa

cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji.

Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Page 10: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

vii

ABSTRACT

This study was carried out to identify The Perception of Parents About Smoking Habit

Among Under Age Teenagers. The respondents of this study were the 78 of parents from

250 families who have teenagers below 18 years old at Kampung Sungai Kandis, Shah

Alam, Selangor Darul Ehsan. This is a descriptive study which was using a set

questionnaire as research instrument. Questionnaire for this study is to use Likert scale

containing 41 items question. The data gathered was analyzed using Statistical Packages

for Social Sciences Windows (SPSS) version 14.0 software to obtain the frequency,

percentage and mean of the data. From the analyzed data, it showed that the reliability

for this questionnaire is α= 0.811. From the findings the perception of parents about

smoking habit among under age teenagers is at medium with mean value at 3.59,

followed by under age teenagers smoking factors at high level with mean 3.76 and

effective measures to overcome smoking among under age teenagers were the high level

mean which was 4.42. At the end of the study, the researcher had proposed several

suggestions to the related parties to ensure full attention was paid towards the studied

problems. Suggestions for further research were also been proposed for further research

in the future.

Page 11: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan dan Skop Kajian 13

Page 12: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

ix

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 Persepsi 14

1.8.2 Ibu Bapa 14

1.8.3 Tabiat 15

1.8.4 Merokok 15

1.8.5 Remaja 15

1.8.6 Remaja Bawah Umur 15

1.9 Kesimpulan 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Merokok dan Pandangan Islam 18

2.3 Merokok dan Pembaziran 20

2.4 Merokok dan Kesihatan 22

2.5 Faktor-faktor Remaja Merokok 25

2.6 Antara Langkah Yang Telah Diambil

Untuk Menyelesaikan Masalah Merokok 32

2.7 Kajian-kajian Lepas 34

2.8 Kesimpulan 36

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 41

37 Tatacara Kajian 41

3.8 Analisis Data 42

Page 13: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

x

3.9 Kesimpulan 44

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 45

4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang

Responden 45

4.3 Bahagian B: Analisis Taburan Skor Persepsi

Ibu Bapa Terhadap Tabiat Merokok

Di Kalangan Remaja Bawah Umur 49

4.4 Bahagian C: Analisis Taburan Skor

Faktor Remaja Bawah Umur Merokok 55

4.5 Bahagian D: Analisis Taburan Skor

Langkah Berkesan Mengatasi Tabiat Merokok

Di Kalangan Remaja Bawah Umur 64

4.6 Rumusan Min Dapatan Kajian 71

4.6.1 Persepsi Ibu Bapa Terhadap

Tabiat Merokok Di Kalangan

Remaja Bawah Umur 72

4.6.2 Faktor Remaja Bawah Umur Merokok 73

4.6.3 Langkah Berkesan Mengatasi

Tabiat Merokok Di Kalangan

Remaja Bawah Umur 75

4.7 Kesimpulan 78

Page 14: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 79

5.2 Perbincangan 79

5.2.1 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tabiat

Merokok Di Kalangan Remaja

Bawah Umur 81

5.2.2 Faktor Remaja Bawah Umur Merokok 83

5.2.3 Langkah-langkah Berkesan Mengatasi

Masalah Merokok Di Kalangan Remaja

Bawah Umur 85

5.3 Rumusan 87

5.4 Cadangan 89

5.4.1 Cadangan Tindakan 89

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.5 Kesimpulan 91

BIBLIOGRAFI 92

LAMPIRAN 96

Page 15: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Kriteria Skala Likert 40

3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 40

3.3 Tahap Skor Min 43

3.4 Aras Persetujuan 43

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 45

4.2 Taburan Sampel Mengikut Status 47

4.3 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 47

4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 48

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Umur Anak Remaja 49

4.6 Taburan Skor Bagi Item Satu 50

4.7 Taburan Skor Bagi Item Dua 50

4.8 Taburan Skor Bagi Item Tiga 51

4.9 Taburan Skor Bagi Item Empat 51

4.10 Taburan Skor Bagi Item Lima 52

4.11 Taburan Skor Bagi Item Enam 52

4.12 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 53

4.13 Taburan Skor Bagi Item Lapan 53

4.14 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 54

4.15 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 54

4.16 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 55

4.17 Taburan Skor Bagi Item Dua Belas 56

4.18 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 56

4.19 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 57

4.20 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 57

4.21 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 58

Page 16: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

xiii

4.22 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 58

4.23 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 59

4.24 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 59

4.25 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh 60

4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 60

4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 61

4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 61

4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 62

4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 62

4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 63

4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 63

4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 64

4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 65

4.35 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh 65

4.36 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Satu 66

4.37 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Dua 66

4.38 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tiga 67

4.39 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Empat 67

4.40 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Lima 68

4.41 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Enam 68

4.42 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tujuh 69

4.43 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Lapan 69

4.44 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Sembilan 70

4.45 Taburan Skor Bagi Item Empat Puluh 70

4.46 Taburan Skor Bagi Item Empat Puluh Satu 71

4.47 Rumusan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tabiat Merokok

Di Kalangan Remaja Bawah Umur 72

4.48 Rumusan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Remaja Bawah Umur Merokok 73

4.49 Rumusan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Langkah Berkesan Mengatasi

Tabiat Merokok Di Kalangan Remaja Bawah Umur 75

Page 17: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

xiv

SENARAI SINGKATAN

S Setuju

SAW Sallallahu ’alaihi wasallam

SPSS Statistical Package for Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Page 18: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

xv

SENARAI SIMBOL

a - Alpha

n - Sampel Kajian

Page 19: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 105

B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian 111

(Fakulti Pendidikan)

Page 20: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di seluruh dunia, 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit

berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020,

dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59

remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Jumlah remaja lelaki yang

merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus. Sementara itu,

bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000 dan

2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8

peratus (Edaran Kempen anti merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 2004:8).

Dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari nampaknya kita tidak boleh lari

dengan asap rokok disekeliling kita yang telah mendorong golongan tertentu terutama

remaja dan belia untuk menirunya. Di bandar-bandar besar atau ibu-ibu kota, golongan

remaja atau pelajar sekolah hari ini sudah tidak asing lagi dengan masalah rokok.

Mereka berpakaian sekolah dan menghisap rokok tanpa segan silu terhadap masyarakat

Page 21: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

2

disekelilingnya. Manakala ada pula yang menghisap rokok sebaik sahaja keluar daripada

sekolah tanpa menghiraukan guru dan masyarakat. Mereka menganggap guru dan

masyarakat tidak berhak menegur mereka apabila mereka berada diluar rumah atau

diluar sekolah.

Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku

merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-

kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-

perkara yang baru termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat

sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi

perokok apabila dewasa.

Risiko seseorang remaja untuk kekal menjadi perokok bermula dengan

percubaan pertamanya. Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung

untuk terus merokok sehingga dewasa, berbanding dengan remaja yang tidak mencuba.

Ini kerana, nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama dengan

ketagihan heroin dan kokain. Ini juga adalah faktor utama membawa kepada penagihan

dadah. Menurut kajian Sabri dalam Roslee (2006:3), didapati keseluruhan penagih dadah

terdiri daripada kalangan perokok. Menurut beliau lagi,walaupun pelatih berada di

dalam pusat serenti tetapi mereka tidak putus bekalan tembakau.

Menurut edaran kempen anti merokok Kementerian Kesihatan Malaysia

(2004:14), seseorang yang telah membentuk tabiat merokok pada usia yang muda akan

mempunyai tahap ketagihan nikotin yang lebih serius berbanding dengan mereka yang

bermula merokok pada usia yang lebih tua. Tingkah laku merokok yang kerap di

kalangan remaja akan membawa kepada masalah kesihatan semasa dan juga kelak

apabila dewasa. Tabiat merokok seawal usia remaja akan mengurangkan kadar

tumbesaran paru-paru untuk berfungsi pada kadar maksimum. Remaja yang merokok

juga mempunyai kadar kecergasan yang lebih rendah berbanding dengan remaja yang

Page 22: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

3

tidak merokok. Tahap kecergasan seseorang perokok itu adalah berkadar langsung

dengan jangka masa dan kekerapan merokok. Remaja yang merokok akan sering

mengalami sesak nafas, batuk, pitam, berkahak dan secara keseluruhannya mempunyai

tahap kesihatan yang rendah.

Andaian remaja merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-

apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita

boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan

merokok di kawasan tersebut. Jika di lihat di dalam konteks pelajar, perbuatan merokok

ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan dan sebagainya.

Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan

tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan negara, maka mereka perlulah

menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Merokok ialah fenomena sosiobudaya yang sejagat. Ia juga adalah tabiat yang

lumrah di kalangan orang lelaki dewasa di dalam masyarakat Malaysia. Di mana sahaja

kita pergi, pastinya akan kelihatan orang merokok. Tidak kira di kampung, di kota, di

pasar, pusat membeli belah dan di stesyen bas atau perhentian, kita pasti bersua dengan

orang yang merokok. Ada juga remaja lingkungan belasan tahun yang tidak segan

merokok (Sufean Hussin et. al, 2004: 15).

Sebenarnya wujud salah faham dan pandangan yang kurang tepat kepada

perokok dan alasan mereka merokok. Persepsi yang salah mengenai perokok termasuk

merokok untuk menunjukkan kematangan; remaja tidak boleh merokok tetapi orang

dewasa boleh; perbuatan merokok merupakan budaya golongan kelas bawahan; semua

perokok tidak pernah terlintas untuk berhenti merokok dan semua perokok tahu

Page 23: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

4

implikasi negatif perbuatan merokok terhadap kesihatan (Utusan Malaysia, 30 Mei

2006).

Merokok merupakan tabiat buruk yang menyebabkan ketagihan. Asap rokok

pula disahkan mempunyai kaitan atau penyebab utama merangsang seseorang individu

itu menghidap 40 jenis penyakit serius. Jumlah 40 bukan kecil. Antara jenis penyakit

serius itu termasuk serangan jantung, kanser, darah tinggi, angin ahmar, penyakit gigi

dan gusi, penyakit mata, ulser perut, penyempitan saluran darah dan mati pucuk. Ini

kerana, setiap batang rokok yang dihisap sebenarnya mengandungi pelbagai racun

berbahaya (Utusan Malaysia, 1 Ogos 2009).

Pengarah Kesihatan Perlis, Dr. Mahani Yusoff (2009) berkata, setiap rokok

mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya walaupun merokok memberi kepuasan

kepada sesetengah individu. Jelasnya, asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan

kimia beracun dan 53 daripada bahan kimia berkenaan boleh mengakibatkan penyakit

kanser.Menurut beliau, antara bahan kimia yang ada dalam setiap batang rokok adalah

arsenik iaitu sejenis racun tikus. Selain itu, katanya, sebatang rokok turut mengandungi

aseton (penanggal cat), ammonia (pencuci lantai) metanol (bahan api), naftalena (ubat

gegat), kadmium (bahan utama dalam bateri kereta), karbon monoksida (gas beracun

dari ekzos kereta) dan nikotin (bahan membuat PVC). Selain itu jelasnya, rokok juga

mempunyai hidrogen sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas), DDT (racun

makhluk perosak), raksa (logam dalam jangka suhu) dan stearik (bahan utama dalam

lilin) (Utusan Malaysia, 1 Ogos 2009).

Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC (Konvensyen Rangka

kerja dan Kawalan Tembakau), Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr

Zarihah Zain (2009), berkata tembakau adalah penyebab kematian dan kesengsaraan

paling utama di dunia ketika ini. Lebih daripada lima juta orang meninggal dunia akibat

penggunaan tembakau, jumlah yang lebih besar daripada gabungan pesakit malaria,

Page 24: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

5

HIV/Aids dan batuk kering. Anehnya, tembakau yang dihasilkan sebagai barang

pengguna masih dijual secara terbuka walaupun fakta sains menjelaskan separuh

daripada perokok akan meninggal dunia akibat penyakit berkaitan tembakau. Di

Malaysia, orang Melayu adalah perokok paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60.9 peratus

daripada keseluruhan 2.73 juta perokok. Majoriti perokok adalah orang dewasa dan

hanya 103,630 perokok remaja (Berita Harian, 7 Jun 2009).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 100 juta maut

sepanjang abad ke-20 akibat penggunaan tembakau dengan jangkaan lebih 1 bilion lagi

akan mati sepanjang abad ke-21 jika jumlah perokok kekal, atau semakin bertambah

dengan perokok muda. Kini, dianggarkan seorang perokok (atau perokok pasif)

meninggal dunia setiap 6 saat akibat penyakit berkaitan tembakau. Sebanyak 5.4 juta

menemui ajal setiap tahun akibat tembakau, jauh lebih banyak daripada jumlah bersama

maut akibat tibi, HIV, malaria, kemalangan, dadah atau pembunuhan (Utusan Malaysia,

30 Mei 2009)

Merokok sememangnya diketahui memainkan peranan hebat dalam proses

berlakunya gejala kardiovaskular, strok, barah paru-paru dan punca kepada kecacatan

janin dalam kandungan. Kesan kotor nikotin pada gigi dan kuku perokok juga sukar

ditanggalkan. Jika ingin disenaraikan organ yang berpotensi menghidap kanser akibat

amalan merokok, ia adalah banyak bermula dari kepala hingga ke hujung kaki.

Kandungan rokok berpotensi menyebabkan kerosakan gen pada kromosom yang

seterusnya mengakibatkan sel badan tumbuh mengikut kadar tidak terkawal, tidak

mengikut aturan dan bentuk yang sepatutnya (Dr. Irfan Mohamad, Utusan Malaysia, 4

Jun 2008).

Page 25: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

6

Umur berisiko tinggi bagi remaja mencuba merokok pula adalah dalam

lingkungan 12-15 tahun. Segala kempen dan gerak gempur penerangan seharusnya

difokuskan pada usia ini bagi memastikan segala tindakan pencegahan akan

menghasilkan output yang optimum (Utusan Malaysia, 30 Mei 2006).

Bermula dengan ingin mencuba merokok seperti yang dilihat dalam filem atau di

kalangan golongan dewasa, seorang remaja mungkin kekal sebagai perokok tegar

seumur hidupnya. Jika seseorang mula dengan menghisap banyak rokok secara

mendadak, ia sebenarnya mampu menjadikannya khayal atau membunuh jika tahap

nikotin dan kimia tembakau terlalu tinggi di dalam badan (Utusan Malaysia, 30 Mei

2009).

Tabiat merokok di kalangan remaja perempuan kini dilihat terlalu menyedihkan.

Rasa hormat masyarakat akan hilang dan tanggapan baik yang selama ini ditujukan

untuk perempuan juga akan hilang apabila melihat anak-anak muda terutama perempuan

yang merokok tanpa segan silu di khalayak ramai malah mereka seolah-olah bangga

dengan tabiat buruk tersebut (Adira Ashaari, Utusan Malaysia, 10 Februari 2009).

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan

Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap

sebagai satu “dadah pendorong” yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram.

Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun,

kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini

juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia

menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak

tidak kerap merokok (Edaran Kempen anti merokok oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia 2004:12).

Page 26: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

7

Remaja juga sering tersilap kerana berpendapat merokok mengurangkan tekanan.

Ada juga berpendapat merokok dapat menguruskan badan sedangkan tidak menyedari ia

menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius.Remaja perlu berhenti

segera dan sedar rokok menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang boleh

membawa maut (Rozita Ramli, Utusan Malaysia, 10 Februari 2009).

Kajiselidik Kesihatan Kebangsaan menunjukkan 23.2 peratus orang dewasa

merokok. Sementara Global Youth Tobacco Survey tahun 2003 pula menunjukkan 25.3

peratus remaja merokok. Fasa kedua kempen Tak Nak dilancarkan Mei lalu selepas

peruntukan kempen fasa pertama sebanyak RM20 juta tidak memperlihatkan hasilnya

(Utusan Malysia, 4 September 2005).

Perlakuan orang dewasa akan di contohi oleh golongan remaja yang mempunyai

naluri ingin mencuba. Walaupun peratusan pelajar sekolah rendah dan menengah yang

di kenal pasti merokok di kawasan sekolah adalah kecil iaitu 0.0009 peratus daripada

jumlah pelajar di seluruh negara, namun kementerian tetap memandang serius dan telah

mengambil langkah menangani masalah tersebut (Datuk Seri Hishammuddin Tun

Hussein, Utusan Malaysia, 11 Julai 2006).

Dari masalah-masalah tersebut, telah banyak tindakan yang telah diambil dan

saranan bagi mengatasi masalah ini. Saban tahun, kerajaan melalui pelbagai

kementerian dan agensi telah berusaha untuk mendidik masyarakat tentang bahaya

rokok. Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah melakar satu lagi sejarah dalam

perjuangannya menghapuskan budaya tidak sihat ini. Sambutan Hari Tanpa Tembakau

Sedunia 2008 telah membuahkan hasil yang agak berbeza dengan sambutan tahun-tahun

sebelumnya.

Page 27: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

8

Seperti yang diisytiharkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai,

semua jualan rokok di pasaran tempatan akan diwajibkan mempunyai amaran bergambar

mengenai bahaya merokok melitupi 40 peratus bahagian depan dan 60 peratus bahagian

belakang, yang dicetak pada setiap kotak rokok yang berada di pasaran. Peraturan ini

berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 (Utusan Malaysia, 4 Jun 2008).

Sempena sambutannya hari tanpa tembakau pada tahun ini juga, Kementerian

Kesihatan turut memperkenalkan beberapa langkah proaktif lain seperti mengharamkan

gimik iklan yang mengelirukan seperti lite, ultra lite, mild, low tar pada kotak rokok,

mengumumkan semua pusat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai zon

larangan merokok dan melarang sebarang bentuk promosi jualan rokok seperti potongan

harga selain pemberian hadiah seperti pemetik api atau sebagainya bersama belian rokok

(Dr. Irfan Mohamad, Utusan Malaysia, 4 Jun 2008).

Selain itu, zon larangan merokok di seluruh negara akan ditambah dan

diwartakan oleh kerajaan lagi menjadikan 22 zon semuanya. Zon larangan terbaru itu

bakal meliputi semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat

dan lobi-lobi hotel. Pertambahan zon larangan itu sebagai amat perlu bagi melindungi

kepentingan kesihatan orang ramai terutama yang tidak merokok akibat terhidu asap

rokok. Cadangan tersebut, apabila berkuat kuasa kelak akan memberi kuasa orang ramai

di sekeliling perokok di zon larangan menegur mereka yang ingkar dengan cara

bersopan seperti meminta mereka menghentikannya atau beredar (Datuk Seri Liow

Tiong Lai, Utusan Malaysia, 31 Mei 2009).

Seterusnya, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menangani

masalah ini. Ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegiatan harian anak

mereka dan tugas memantau pergerakan anak-anak diletakkan di bahu ibu bapa dan

mana-mana pihak tidak boleh dipersalahkan jika mereka terjebak dengan gejala

merokok. Bapa terutamanya perlu sentiasa mengambil berat dan bertanya adakah anak

Page 28: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

9

mereka terjebak dengan gejala merokok. Ia dapat dihentikan jika mereka tegas

mengawal anak- anak. Ibu bapa juga seharusnya tidak membiarkan mereka berkawan

dengan golongan yang suka merokok. Bukan menghalang untuk berkawan tetapi

nasihatkan mereka tentang bahaya jika menjadi perokok pasif di samping mereka sendiri

perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan tidak merokok di khalayak

ramai (Maurak Jana, Utusan Malaysia, 10 Februari 2009).

Punca anak-anak muda merokok adalah daripada ibu bapa sendiri. Semuanya

bermula dari rumah. Jika anak-anak berperangai baik ia tentu bermula dari rumah dan

begitulah sebaliknya. Pengaruh kawan-kawan juga dilihat menjadi faktor kedua selain

remaja itu sendiri berpendapat rokok boleh menghilangkan tekanan di sekolah. Selepas

rumah, remaja ini akan keluar bersama kawan-kawan di sekolah atau kolej. Mereka pasti

akan cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling (Weast Anak Jaong, Utusan

Malaysia, 10 Februari 2009).

Tekanan rakan sebaya dan desakan untuk mempamerkan prestasi yang baik di

sekolah juga menyebabkan remaja merokok. Disebabkan ini adalah tempoh yang sensitif

dalam kehidupan seseorang anak, adalah penting bagi ibu bapa supaya meluangkan

masa dengan anak-anak remaja dan memberi mereka bimbingan sambil membenarkan

mereka bercakap dan membesar (Dr. Ali Azman Minhaj, Utusan Malaysia, 14 Januari

2007).

Kenaikan kadar cukai setiap tahun, pengisytiharan Majlis Fatwa Kebangsaan

tentang pengharaman rokok, mewartakan zon-zon larangan merokok terutamanya yang

melibatkan tempat-tempat awam, pengenalan ubat terapi gantian nikotin dan pembukaan

klinik-klinik berhenti merokok merupakan langkah-langkah yang telah diambil untuk

membantu mereka yang telah terjebak ke dalam aktiviti ini, juga bagi memupuk rasa

benci dan 'Tak Nak' dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Page 29: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

10

Namun demikian, apa jua peraturan yang diperkenalkan, atau tindakan yang

bakal dikenakan oleh kerajaan, atau maklumat berbentuk pendidikan baik yang memberi

ganjaran dan tawaran gembira atau berita yang menakutkan, semuanya itu akan menjadi

sia-sia dan tidak bermakna sekiranya masyarakat masih lagi mengatakan 'Nak' kepada

merokok.

1.3 Pernyatan Masalah

Tabiat merokok jika tidak dibendung dari awal lagi akan memberi kesan negatif

yang besar. Pada peringkat awal remaja berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan

akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan pelbagai masalah seperti penagihan

dadah. Bilangan remaja yang merokok semakin bertambah dan ini merupakan satu

keadaan yang membimbangkan kerana mereka adalah bakal pemimpin, tenaga

profesional, ibu bapa dan penjaga kepada generasi masa depan. Pelbagai pihak dengan

persepsi masing-masing terlibat dalam menghadapi masalah ini termasuk ibu bapa.

Menyedari hakikat ini, penyelidik mengambil keputusan untuk melakukan penyelidikan

terhadap persepsi ibu bapa terhadap tabiat merokok di kalangan remaja bawah umur.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji. Objektif

tersebut adalah:

1.4.1 Mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap tabiat merokok di kalangan remaja

bawah umur.

1.4.2 Mengenal pasti faktor remaja bawah umur merokok.

Page 30: PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP TABIAT MEROKOK DI … · Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing

11

1.4.3 Mengenal pasti langkah berkesan mengatasi tabiat merokok di kalangan remaja

bawah umur.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang

ingin di jawab ialah :

1.5.1 Apakah persepsi ibu bapa terhadap tabiat merokok di kalangan remaja bawah

umur?

1.5.2 Apakah faktor remaja bawah umur merokok?

1.5.3 Apakah langkah berkesan mengatasi tabiat merokok di kalangan remaja bawah

umur?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkenaan persepsi ibu bapa

terhadap faktor-faktor merokok di kalangan remaja bawah umur. Faktor-faktor yang

menyebabkan remaja bawah umur merokok perlu diketahui terlebih dahulu agar kita

dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Berpandukan kajian yang

dijalankan adalah di harapkan dapat meberikan input dan inisiatif kepada pihak-pihak

terlibat untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah :-