keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/keperluan dan...

22
KEPERLUAN DAN TABIAT PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PENGAMAL PERUBATAN DI HUKM MOHD ABDUL HAFIZ B. MD. RADZI Perpustakaan Un vers ti Malaya 1 II I 1111 III III '11 11 A511730157 Disertasi yang dikemukakan kepada Universiti Malaya sebagai memenuhi syarat untuk ljazah Sarjana Sains Perpustakaan Dan Maklumat 1111 II 1 2001

Upload: trinhtu

Post on 08-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

KEPERLUAN DAN TABIAT PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PENGAMAL PERUBATAN DI HUKM

MOHD ABDUL HAFIZ B. MD. RADZI

Perpustakaan Un vers ti Malaya

1 I I I 1111 I I I I I I '11 11

A511730157

Disertasi yang dikemukakan kepada Universiti Malaya sebagai memenuhi syarat untuk ljazah Sarjana Sains Perpustakaan Dan Maklumat

1111 II 1

2001

Page 2: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Kandungan Mukasurat

Abstrak

Penghargaan iv

Senarai Jadual

BAB 1

Pengenalan 1

Peranan Perpustakaan 2

Latar Belakang Penyelidikan 4

Permasalahan Penyelidikan 5

Persoalan Penyelidikan 7

Objektif Penyelidikan 8

Skop Penyelidikan 8

Perpustakaan HUKM 9

Signifikan Penyelidikan 10

Batasan Penyelidikan 11

Definisi lstilah 13

BAB 2

Pengenalan 15

Keperluan Makluma 16

Penggunaan Sistem Pencarian Maklumat 23

Kaedah Pencarian Maklumat 26

Peranan Dan Fungsi Perpustakaan Perubatan Dan Pustakawan 28

Page 3: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Panduan Penyediaan Maklumat Di Bidang Perubatan 31

Penutup 33

BAB 3

Rekabentuk Penyelidikan 34

Populasi Dan Persampelan 35

Alat Penyelidikan 37

Ujian Rintis 38

Pengumpulan Data 38

Penganalisaan Data 39

BAB 4

Penganalisaan Data 40

Maklumat Asas Responden 40

Bahagian A (Pencarian Maklumat) 46

Bahagian B (Sistem dan Teknologi Maklumat) 53

Bahagian C (Maklumat Dan i Bahan Penulisan) 63

Bahagian D (Organisasi Maklumat) 75

Bahagian E (Sumber Maklumat Daripada Manusia) 82

Bahagian F (Masalah Dalam Mendapatkan Maklumat) 87

Kesimpulan 92

Page 4: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

BAB 5

Perbincangan Penemuan 93

Maklumat Asas Responden 94

Pencarian Maklumat 94

Sistem Dan Teknologi Maklumat 95

Maklumat Dan i Bahan Penulisan 96

Organisasi Maklumat 97

Sumber Maklumat Dan i Manusia 98

Masalah Dalam Mendapatkan Maklumat 99

Cadangan 101

Bengkel Skit Pencarian Maklumat/Penggunaan

Perpustakaan 101

Mempertingkatkan Promosi Penggunaan Bahan-Bahan Penulisan 102

Galakan Penggunaan Bahan IT 103

Kakitangan Profesional 104

Pembangunan Koleksi Perpustakaan 105

Mempertingkatkan Perkhidmatan Dan Kemudahan 105

Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang 107

Rumusan 108

LAM P I RAN Borang Soal Selidik 110

Surat Kebenaran 118

BIBLIOGRAFI 120

Page 5: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

ABSTRAK

Keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan pengamal perubatan

merujuk apa dan bagaimana pengamal perubatan mencari maklumat yang

diperlukan untuk tugasan dan penyelidikan mereka. Kajian dilakukan bagi

mengetahui jenis-jenis maklumat yang diperlukan, sumber dapatan maklumat

dan keberkesanan penggunaan maklumat serta masalah yang dihadapi ketika

mereka memerlukan maklumat. Penyelidikan ini melibatkan populasi

pengamal perubatan yang berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

(HUKM) sahaja. Kaedah soalselidik telah digunakan bagi mendapatkan

maklumbalas daripada responden. Hasil penyelidikan yang telah dijalankan

menunjukkan sebanyak 85.9% responden didapati tidak mempunyai skil

pencarian maklumat atau penggunaan perpustakaan walaupun mereka ini

mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan aktif di dalam menjalankan

penyelidikan dan mendapatkan maklumat untuk tujuan pembacaan serta

melakukan tugasan berkaitan dengan bidang perubatan. Hanya 19 responden

sahaja yang menyatakan mereka pernah menghadiri kursus atau bengkel skil

pencarian maklumat atau penggunaan perpustakaan. Sumber maklumat

utama bagi responden ini adalah maklumat dari bahan penulisan, diikuti oleh

maklumat dari sistem dan teknologi maklumat, organisasi dan manusia.

Maklumat daripada jurnal, pangkalan data atas talian, perpustakaan dan

kawan-kawan didapati sebagai antara maklumat yang sangat berguna dan

berkesan kepada pengamal perubatan dalam membantu mereka menjalankan

II

Page 6: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

tugas dan penyel idikan. Cadangan juga telah dikemukakan bagi

membolehkan pihak Perpustakaan HUKM mempertingkatkan mutu

perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna. Program kemahiran

maklumat dan penggunaan perpustakaan mesti dilaksanakan oleh pihak

perpustakaan bagi membantu pengamal perubatan menjalankan kerja

pencarian maklumat dengan lebih berkesan terutama bagi memenuhi

keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan pengamal perubatan.

Page 7: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

SENARAI JADUAL

Jadual Mukasurat

Jadual 1: Jumlah pembahagian mengikut jantina di kalangan

pengamal perubatan di HUKM 41

Jadual 2: Pecahan mengikut jawatan pengamal perubatan di HUKM 42

Jadual 3: Program skil perpustakaan/kemahiran maklumat yang pernah diikuti oleh pengamal perubatan di HUKM 43

Jadual 4: Kelayakan akademik/professional pengamal perubatan

di HUKM 44

Jadual 5: Jumlah pengamal perubatan yang menjalankan penyelidikan 45

Jadual 6: Pemilihan sumber maklumat utama di kalangan pengamal perubatan di HUKM 46

Jadual 7: Jumlah pemilikan buku oleh pengamal perubatan semasa menjalankan penyelidikan 47

Jadual 8: Perolehan maklumat berguna daripada kawan, rakan sekerja

dan kenalan lain 49

Jadual 9: Kesedaran tentang kewujudan maklumat yang diperlukan

oleh pengamal perubatan di HUKM 51

Jadual 10: Jumlah responden yang mengemaskini maklumat 52

Jadual 11: Kekerapan mengemaskini maklumat di kalangan

pengamal perubatan di HUKM 52

Jadual 12: Penggunaan sistem dan teknologi maklumat di kalangan pengamal perubatan di HUKM 56

Jadual 13: Keberkesanan penggunaan sistem dan teknologi

di kalangan pengamal perubatan di HUKM 60

Jadual 14: Sebab kurangnya penggunaan perkhidmatan IT di

kalangan pengamal perubatan di HUKM 62

Jadual 15: Penggunaan maklumat dari bahan penulisan di

kalangan pengamal perubatan di HUKM 68

Page 8: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Jadual

Jadual 16: Keberkesanan penggunaan bahan penulisan di kalangan pengamal perubatan di HUKM

Jadual 17: Penggunaan organisasi/institusi maklumat di kalangan pengamal perubatan di HUKM

Mukasurat

74

78

Jadual 18: Keberkesanan penggunaan organisasi/institusi

maklumat di kalangan pengamal perubatan di HUKM 81

Jadual 19: Penggunaan maklumat dari orang perseorangan di kalangan pengamal perubatan di HUKM 84

Jadual 20: Keberkesanan penggunaan maklumat dari orang perseorangan di kalangan pengamal perubatan di HUKM 86

Jadual 21: Menunjukkan junnlah pengamal perubatan di HUKM yang menghadapi masalah ketika menjalankan penyelidikan 87

Jadual 22: Masalah yang dihadapi oleh pengamal perubatan di HUKM bagi mendapatkan maklumat 88

Jadual 23: Keperluan memenuhi kehendak pengguna oleh Perpustakaan HUKM 89

Jadual 24: Kaedah yang dicadangkan untuk mempertingkatkan perkhidmatan Perpustakaan HUKM 91

vi

Page 9: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

BAB 1

PENGENALAN

Pengenalan

Maklumat merupakan satu bahan yang sangat penting di dalam dunia

yang maju kini. Keperluan kepada maklumat ini tiada penghujungnya.

Maklumat diperlukan untuk melakukan pelbagai perkara iaitu daripada

melakukan perkara-perkara kecil seperti maklumat untuk membeli barang-

barang keperluan harian hinggalah kepada keperluan untuk membuat

keputusan (decision making) terhadap sesuatu perkara yang lebih besar seperti

menggubal dasar pemerintahan sesebuah negara. Walau apa sekalipun

perkara yang hendak kita lakukan, kita tidak dapat melepaskan din i daripada

nnendapatkan maklumat. Hal ini sebenarnya tidak terkecuali kepada para

pengamal perubatan iaitu mereka yang terdiri daripada para doktor dan

jururawat serta profesional yang berkaitan dengan perubatan seperti ahli terapi

dan radiologis yang terdapat di hospital-hospital atau pusat perubatan.

Para pengamal perubatan ini adalah di antara golongan yang paling

banyak memerlukan dan menggunakan maklumat. Keperluan maklumat ini

telah mewujudkan pula tabiat pencarian maklumat oleh para pengamal

perubatan. Tabiat pencarian maklumat ini merujuk kepada bagaimana

pengamal perubatan itu mencari maklumat yang diperlukan dan berkaitan pula

dengan amalan dan penyelidikan mereka terutama di dalam memberikan

perkhidmatan kesihatan yang lebih balk dan sempurna kepada para pesakit

atau klien yang mendapatkan perkhidmatan mereka. Sementara itu, menurut

Page 10: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Line (1971), keperluan maklumat bagi penyelidik ialah sesuatu bahan yang

boleh membantu penyelidik meneruskan kerja-kerja penyelidikan mereka.

Keperluan maklumat juga didefinisikan sebagai suatu masalah atau

soalan yang dikenalpasti oleh seseorang individu dan ia memerlukan maklumat

atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluannya.

Peranan Perpustakaan

Profesional di dalam bidang perubatan dan kesihatan ini telah diketahui

lama amat bergantung kepada bahan-bahan penulisan untuk membantu

mereka di dalam rawatan terhadap pesakit. Bagi mereka bahan-bahan ini

adalah lebih mudah untuk diperolehi sekiranya terdapat institusi atau organisasi

yang berupaya untuk mendapat, mengumpul dan menyebarkan maklumat

berkaitan kepada mereka supaya proses rawatan yang akan dilakukan dapat

dilakukan dengan balk dan berkesan.

Oleh itu, didapati bahawa perpustakaan adalah satu institusi yang paling

sesuai untuk memainkan peranan sebagai pusat untuk mengumpul,

mendapatkan maklumat, menyebar dan seterusnya menjadi perantara di antara

profesional atau pengamal perubatan di dalam memenuhi kehendak maklumat

mereka. Perpustakaan mampu menyediakan bahan dan perkhidmatan untuk

memenuhi kehendak penggunanya.

Pada hail ini, perpustakaan didapati telah banyak berubah daripada

peranan asal sebagai tempat penyimpanan maklumat kepada peranan yang

lebih besar yang dikenali sebagai broker maklumat (information broker)

Page 11: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

terutamanya dengan kemasukan dan penggunaan teknologi maklumat (IT) di

perpustakaan. Penggunaan teknologi maklumat ini telah berupaya

mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan dan membolehkan maklumat

diakses dengan mudah walau di mana sahaja pengguna dan maklumat itu

berada. Melalui penggunaan teknologi ini juga kerja-kerja berkaitan maklumat

seperti perkhidmatan-perkhimatan maklumat dapat disediakan dan diberikan

dengan lebih balk dan berkesan kepada para penggunanya. Proses pencarian

maklumat juga menjadi lebih mudah sama ada proses pencarian yang

dilakukan oleh profesional maklumat mahupun oleh pengguna perpustakaan itu

sendiri.

Perpustakaan mestilah tidak dipandang sebagai tempat penyimpanan

maklumat semata-mata tetapi adalah sebagai suatu tempat yang mampu

menyediakan segala bentuk maklumat yang dapat memenuhi kehendak

pengggunanya. Oleh itu, perpustakan mestilah memainkan peranan yang lebih

proaktif di dalam memberikan perkhidmatannya. Ini termasuklah dengan

menyediakan bahan-bahan atau alat-alat pencarian maklumat (information

seeking tools) yang lebih baik, menyediakan sumber-sumber maklumat yang

berkualiti dan juga kemudahan lain yang berupaya menarik pengguna untuk

datang dan menjadikan perpustakaan sebagai tempat rujukan utama untuk

mendapatkan maklumat.

3

Page 12: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Latar Belakang Penyelidikan

Bersesuaian dengan perkembangan dunia perubatan dan kesihatan

kini, penyelidikan ini telah dijalankan bagi mengkaji serta mengetahui mengenai

keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan para pengamal

perubatan di dalam menjalankan amalan perubatan serta penyelidikan mereka

berkenaan dengan perkara tersebut. Kajian ini juga dilakukan kerana didapati

sangat kurang penyelidikan yang dilakukan berkaitan dengan keperluan dan

tabiat pencarian maklumat di kalangan para pengamal perubatan terutamanya

di Malaysia

Penyelidikan ini dilakukan di HUKM kerana terdapat ramai pengamal

perubatan yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan termasuk doktor yang

juga merupakan tenaga akademik di Fakulti Perubatan, HUKM yang

menjalankan kerja-kerja mereka dalam pelbagai bidang perkara berkaitan

perubatan. Di samping itu juga terdapatnya para pelajar peringkat ijazah tinggi

seperti peringkat sarjana dan doktor falsafah di bidang perubatan yang pastinya

sangat memerlukan maklumat untuk memenuhi kehendak penyelidikan dan

pengajian mereka seiain daripada untuk tujuan merawat pesakit di hospital itu.

Seiain itu juga, HUKM mempunyai perpustakaannya sendiri terutamanya

dengan pengenalan sistem Perpustakan Maya yang merupakan perpustakaan

pertama seumpamanya di rantau mi. Ini menjadikan kerja penyelidikan

berkaitan dengan keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan

pengamal perubatan menjadi lebih menarik. Mungkin kita akan dapat

mengetahui sejauh mana perpustakaan maya seperti ini dapat membantu di

4

Page 13: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

dalam memenuhi kehendak dan kerja-kerja pencarian maklumat yang berkaitan

untuk membantu para pengamal perubatan ini di dalam mengkaji dan merujuk

sesuatu perkara berkaitan dengan tugasan mereka di dalam membuat

keputusan perubatan di samping mendapatkan maklumat yang berkaitan

dengan kehidupan harian mereka.

Permasalahan Penyelidikan

Di dalam melakukan pencarian maklumat, para pengamal perubatan

ini mungkin akan tenggelam di dalam ledakan maklumat yang begitu hebat

berlaku pada masa kini. Ledakan maklumat telah menghasilkan pelbagai

jenis dan bentuk maklumat kepada pelbagai jenis pengguna. Penghasilan

begitu banyak maklumat di dalam pelbagai bidang ini telah menyebabkan

maklumat ini bertaburan dan berada di merata tempat dan tidak hanya

terdapat di perpustakaan sahaja. Oleh itu, di manakah atau apakah sumber

maklumat utama yang dirujuk oleh pengamal perubatan ini di dalam

memenuhi kehendak atau keperluan maklumat mereka itu? Adakah benar

perpustakaan menjadi tempat rujukan utama mereka atau mungkin terdapat

sumber lain lagi yang lebih utama dan lebih baik bagi mereka merujuk untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan?

Sementara itu, pelbagai kaedah pencarian dan sistem dapatan

kembali maklumat untuk membantu di dalam mendapatkan makiumat telah

diperkenalkan. Ini adalah bagi membantu dan membolehkan pengguna

mendapatkan maklumat yang diperlukan mereka dengan lebih mudah, cepat

5

Page 14: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

dan berkesan. Contohnya, dengan pengenalan kepada pencarian katalog

awam dalam talian (OPAC), rujukan cepat (quick reference), kad katalog,

temubual rujukan (reference interview), dan sebagainya. Namun adakah

mereka tahu tentang kewujudan sistem dan kaedah ini dan adakah mereka

menggunakannya untuk mencari maklumat?

Di sini, peranan pengurus maklumat adalah penting bagi memastikan

bahawa kehendak pengamal perubatan khasnya dapat dipenuhi dengan

membantu menyediakan maklumat yang tepat dan dapat mempertingkatkan

hasil dan teknik-teknik perubatan, penyelidikan serta tugasan yang dijalankan.

Para pengamal perubatan ini juga perlu digalakkan untuk menggunakan

teknologi yang sedia ada supaya proses mendapatkan maklumat mereka dapat

dijalankan dengan lebih mudah dan mendapatkan hash l seperti yang

diharapkan.

Di samping itu, perpustakaan sebagai gedung ilmu adalah perlu

dimanfaat oleh pengamal perubatan ini untuk membantu mereka mencari dan

mendapatkan makiumat. Perpustakaan mesti dijadikan tempat rujukan utama

untuk mendapatkan bahan dan sumber makiumat yang dapat membantu di

dalam penyelidikan atau tugasan mereka. Tambahan pula dengan berlakunya

perkembangan yang pesat di dalam bidang teknologi kini maka perpustakan

juga turut terasa tempiasnya sehingga wujudnya perpustakaan maya yang

mana proses mengakses maklumatnya boleh dilakukan di mana-mana sahaja

dan pada bila-bila masa. Sungguhpun begitu, adakah pengamal perubatan ini

memanfaatkan kemudahan yang serba moden dan canggih ini untuk membuat

6

Page 15: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

keputusan yang tepat di dalam tugasan mereka? Dikhuatiri terdapat juga para

pengamal perubatan ini yang kurang memanfaatkan sepenuhnya kewujudan

perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada pada

perpustakaan di organisasi mereka yang pastinya akan menjadikan kemudahan

itu sesuatu perkara yang sia-sia.

Persoalan Penyelidikan

Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa persoalan

penyelidikan ini sebagai panduan untuk penyelidikan:

1. Sejauh manakah sistem makiumat dan teknologi maklumat berperanan di

dalam mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah bagi pengamal

perubatan?

2. Sejauh manakah maklumat penulisan berperanan membantu memenuhi

kehendak dan keperluan pengamal perubatan di dalam menyelesaikan

masalah keperluan maklumat mereka?

3. Sejauh manakah organisasi membantu di dalam mendapatkan maklumat

bagi pengamal perubatan di dalam menjalankan tugas/penyelidikan

mereka?

4. Sejauh manakah maklumat perseorangan berperanan di dalam memenuhi

keperluan maklumat pengamal perubatan di daiam menjalankan

tugas/penyelidikan mereka?

7

Page 16: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

5. Apakah permasalahan yang dihadapi bagi mendapatkan maklumat

di dalam menjalankan tugas/penyelidikan di kalangan pengamal

perubatan?

Objektif Penyelidikan

1. Untuk mengetahui sumber maklumat utama yang digunakan oleh pengamal

perubatan bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka.

2. Untuk mengetahui jenis-jenis maklumat yang digunakan dan diperlukan oleh

pengamal perubatan di dalam menjalankan tugas mereka.

3. Untuk mengetahui keberkesanan kaedah pencarian maklumat yang

digunakan oleh pengamal perubatan di dalam mendapatkan maklumat.

4. Untuk mengetahui peranan pusat maklumat dan pustakawan sebagai

tempat rujukan utama pengamal perubatan atau penyelidik di dalam

mendapatkan maklumat untuk keperluan tugasan atau penyelidikan mereka.

Skop Penyelidikan

Penyelidikan yang dijalankan ini adalah meliputi responden yang berada

di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras sahaja. Skop

responden penyelidikan ini terdiri daripada pengamal perubatan yang terdiri

daripada pakar-pakar perubatan yang merupakan doktor-doktor yang bertugas

dan merawat pesakit, doktor-doktor yang juga ahli akademik di HUKM dan

termasuk juga doktor-doktor yang sedang melanjutkan pelajaran di HUKM yang

terdiri daripada mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan

doktor falsafah (PhD). Terdapat 523 orang pengamal perubatan di Hospital

Page 17: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Universiti Kebangsaan Malaysia ini yang menjalankan tugas berkaitan

perubatan dan rawatan, pengajaran serta pembelajaran.

Skop responden ini dipilih kerana sehingga kini masih belum diketahui

sejauh manakah golongan ini memerlukan maklumat untuk tugasan mereka

dan bagaimanakah mereka mendapatkan maklumat yang diperlukan. HUKM

juga dipilih kerana ia adalah di antara pusat perubatan yang terkenal di

Malaysia dan terdapat ramai pakar yang menjalankan tugas di situ. Tambahan

pula belum ada penyelidikan yang dijalankan berkaitan keperluan dan tabiat

pencarian maklumat dilakukan di HUKM.

Perpustakaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (Perpustakaan

HUKM)

Di Malaysia sebelum tahun 1975, hanya terdapat satu perpustakaan

perubatan sahaja. Bagaimanapun dengan perkembangan ekonomi dan

kesedaran kesihatan yang semakin meningkat, kini telah terdapat beberapa

buah perpustakaan perubatan yang ditubuhkan selaras dengan penubuhan

fakulti perubatan oleh universiti-universiti di Malaysia. Di antara perpustakaan

perubatan yang terkenal pada masa kini termasuklah Perpustakaan Perubatan

Hospital Universiti Malaya, Perpustakaan Perubatan Hospital Universiti Sains

Malaysia dan Perpustakaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

(Perpustakan HUKM).

Perpustakaan Perubatan UKM (PP UKM) telah ditubuhkan pada tahun

1974 untuk memberi perkhidmatan bagi menyokong proses pengajaran,

pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan

9

Page 18: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Malaysia. Mulai 14 Julai 1997, Perpustakaan HUKM mula beroperasi sebagai

sebuah cabang kepada PP UKM. Perpustakaan ini terletak di Tingkat 3, Blok

Pendidikan Hospital UKM, Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur.

Sehingga Disember 1997 ia mempunyai koleksi buku dan jurnal berjilid

berjumlah 103,075 naskhah. Perpustakaan juga mempunyai koleksi media

dalam pelbagai bentuk seperti cakera laser, cakera padat, cakera liut, video,

kaset staid dan filem. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat kini.

Perpustakaan HUKM kini melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan

perkhidmatan pustaka maya perubatan (medical virtual library) yang dikenali

sebagai Pustaka Maya Perubatan Tan Sri Lim Goh Tong. la berkonsepkan

"Perpustakaan Tanpa Dinding" atau "Library without wall" dengan teknologi

realiti maya (virtual reality) dan kemudahan elektronik serta digital

membolehkan ia diakses daripada mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke

perpustakaan.

Signifikan Penyelidikan

Penyelidikan berkaitan dengan keperluan dan tabiat pencarian maklumat

di kalangan pengamal perubatan kurang dijalankan penyelidikannya di

Malaysia. Penyelidik menjalankan penyelidikan berkaitan dengan keperluan

maklumat dan tabiat pencarian maklumat ini kerana ingin mengetahui dengan

lebih mendalam lagi mengenai apakah maklumat yang diperlukan dan apakah

kaedah dan cara yang mereka gunakan bagi mendapatkan maklumat yang

diperlukan oleh pengamal perubatan di HUKM serta bentuk atau jenis

10

Page 19: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

maklumat yang mereka perlukan itu. Melalui penyelidikan yang dijalankan ini,

maka lebih banyak maklumat telah diperolehi berkaitan dengan keperluan dan

tabiat pencarian maklumat di kalangan para pengamal perubatan dan ini dapat

memberikan lebih kefahaman terutamanya kepada pengurus maklumat atau

perpustakaan di dalam menyediakan kemudahan serta memenuhi kehendak

maklumat pelanggannya di dalam membantu mereka menjalankan tugasan

berkaitan perubatan.

Penyelidikan ini juga dijalankan kerana penyelidik ingin mengkaji setakat

mana pusat maklumat atau perpustakaan di HUKM ini efektif di dalam

membantu penggunanya di dalam menjalankan penyelidikan, pencarian dan

rujukan terhadap maklumat yang diperlukan mereka bagi memenuhi tujuan

perubatan, penyelidikan dan memenuhi keperluan maklumat harian

penggunanya. lni penting kerana HUKM sebagai sebuah pusat perubatan yang

terkenal perlu menyediakan pakar perubatan yang mempunyai pengetahuan

dan maklumat yang luas untuk menjalankan tugas di dalam bidang yang

berkaitan dengan perubatan mi.

Batasan Penyelidikan

Di dalam menjalankan sesuatu penyelidikan para penyelidik pastinya

tidak dapat an daripada menghadapi masalah ataupun batasan di dalam

penyelidikan mereka. Penyelidikan berkaltan keperluan dan tabiat pencarian

maklumat ini juga mempunyai beberapa batasan. Di dalam menjalankan

penyelidikan ini, penyelidik hanya mengkaji mengenai keperluan dan tabiat

pencarian maklumat di kalangan para pengamal perubatan di Hospital

Page 20: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Oleh itu, hash l penemuan daripada

penyelidikan ini mungkin tidak mewakili keseluruhan keperluan dan tabiat

pencarian maklumat di kalangan pengamal perubatan di lain-lain hospital

universiti khasnya dan pengamal perubatan di hospital lain amnya. Tambahan

pula penyelidikan ini dijalankan dengan kaedah soalselidik yang boleh

membataskan jawapan terhadap persepsi yang dibuat oleh individu kepada

soalan penyelidikan sahaja. Bagaimanapun maklumat-maklumat yang

d ipero l eh i d iha rap dapa t membantu perpus takaan dan pus takawan

menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang sewajarnya kepada

penggunanya.

Selain itu, penyelidikan ini juga dibatasi oleh masa yang terhad dan ini

menyukarkan penyelidik untuk mendapatkan semula semua borang soalselidik

yang telah diedarkan kepada responden. Batasan masa ini juga menyebabkan

aspek-aspek lain berkaitan dengan keperluan dan tabiat pencarian maklumat

tidak dapat dikaji sepenuhnya oleh penyelidikan in Bagaimanapun,

penyelidikan ini diharap menjadi pemangkin untuk penyelidikan yang lain pada

masa akan datang bagi mengkaji aspek-aspek lain yang terkandung di dalam

bidang keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan pengamal

perubatan.

12

Page 21: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Definisi lstilah

Di dalam penyelidikan ini, definisi istilah ini membantu di dalam menjalankan

penyelidikan:

1. Keperluan

lstilah keperluan ini boleh didefinisikan sebagai:

"A need is generally conceived as describing what an individual ought to have,

for his work, edification, recreation and etc. Pinpointing a need implies a value

judgement; one person may regard a piece of information as vital, while

another, in the same situation, may attain the same goal without it (possibly by

putting more effort into other activities)."

2. Penggunaan

"A use is what an individual actually applies. A use may result from a

satisfied demand on a library or information service, or may depend on

information from other sources, information can be recognized as satisfying a

need or want, and thus may be used inspite of the need or want never having

previously been articulated into a demand. Uses are dependent on the

availability of information. Uses reflect some kind of need.

3. Maklumat

Segala pengetahuan, idea, fakta dan data yang dikomunikasikan secara

formal atau tidak formal di dalam apa jua format atau bentuk.

13

Page 22: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal ...repository.um.edu.my/150/1/Keperluan dan tabiat pencarian umat di... · Sumber Maklumat Dan i Manusia 98 ... Pembangunan

Tabiat

Tabiat merujuk kepada perlakuan, perangai atau watak seseorang

terhadap sesuatu perkara, contohnya ketika proses pencarian maklumat.

5. Pencarian

Pencarian merujuk kepada salah satu cara yang dilakukan oleh

pengamal perubatan untuk mendapatkan maklumat.

6. Perkembangan Teknologi

Perkembangan teknologi merujuk kepada kemajuan-kemajuan yang

dicapai dalam teknologi terutama yang berkaitan dengan maklumat seperti

m e n g a k s e s , c a p a i a n , p e n g g u n a a n d a n m e n g u r u s k a n m a k l u m a t a t a s t a l i a n , C D - ROM,

Internet, maklumat multimedia dan lain yang berkaitan.

Pengamal perubatan

Pengamal perubatan di dalam penyelidikan ini merujuk kepada doktor-

doktor yang bertugas merawat pesakit yang termasuk juga doktor-doktor pakar

dan doktor yang terlibat dengan bidang akademik seperti pengajaran dan juga

doktor-doktor yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah tinggi

seperti peringkat sarjana dan doktor falsafah tetapi masih memberikan

perkhidmatan atau merawat pesakit.

14