persepsi guru sains terhadap penggunaan bahan bantu ... · akhir kata, semoga allah sahaja yang...

23
PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERKOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DI SEBELAS BUAH SEKOLAH MENENGAH DI ZON KERAMAT, KUALA LUMPUR NOOR WAHIDAH BINTI ABDUL WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vunhu

Post on 12-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU

MENGAJAR BERKOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS DI SEBELAS BUAH SEKOLAH MENENGAH DI ZON KERAMAT,

KUALA LUMPUR

NOOR WAHIDAH BINTI ABDUL WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu
Page 3: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU

MENGAJAR BERKOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS DI SEBELAS BUAH SEKOLAH MENENGAH DI ZON KERAMAT,

KUALA LUMPUR.

NOOR WAHIDAH BINTI ABDUL WAHAB

Laporan Penyelidikan Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu
Page 5: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu
Page 6: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

Teristimewa buat tatapan ayahanda dan bonda yang amat dihormati dan disayangi,

Abdul Wahab bin Othman dan Nordianah bt Wan…

Kasih sayangmu pendamai jiwa,

Pengorbanan dan budi luhurmmu pencetus iltizam,

Doa restumu memberkati perjalananku di puncak menara gading,

Dorongan dan sokonganmu pembakar obor serikandi diriku…

Aku bersyukur menjadi puteri sulung penyambung warisanmu…

Terima kasih ayah dan ibu untuk segala-galanya..

Untuk adindaku, Nur ‘Aizreen @ Reen yang comel…

Sokongan dan galakanmu menitip indah di sanubariku..

Jadikanlah juga kejayaanku ini sebagai pembakar semangat buatmu untuk mencipta

kejayaan yang lebih gemilang buat keluarga kita,

Sesungguhnya di kau adalah puteri kebanggaan buat kita sekeluarga…

Buat sahabatku, Munirah..

Terima kasih kerana menjadi sahabat yang setia, penyayang dan memahami diriku

Memori yang kita cipta bersama akan tetap terpahat indah dalam kamus hidupku…

Sesungguhnya aku berbangga menjadi sahabatmu..

Page 7: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..”

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, maka Projek

Sarjana Muda ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Kalungan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Roslee bin

Ahmad selaku pensyarah pembimbing kerana begitu setia dan sabar dalam membimbing

serta memberi tunjuk ajar dan nasihat tanpa mengenal erti jemu dalam membantu saya

menjayakan projek ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan

selama ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan

Negeri dalam memberi kebenaran untuk saya melaksanakan kajian ini. Saya juga ingin

merakamkan sekalung budi dan penghargaan kepada pengetua-pengetua sekolah, guru-

guru Sains serta kakitangan sekolah yang terlibat di atas bantuan dan kerjasama yang

diberikan dalam melaksanakan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan ini khas ditujukan buat ibu bapa,

keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan dorongan, semangat dan galakan

sepanjang kajian ini dilaksanakan. Juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam perlaksanaan kajian ini. Akhir kata, semoga Allah sahaja yang

dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah..

Page 8: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi guru-

guru sains terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berkomputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains. Seramai 95 orang guru sains daripada

sebelas buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Keramat, Kuala Lumpur digunakan

sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk

soal selidik yang meliputi persepsi guru sains terhadap penggunaan BBM berkomputer

dalam tiga aspek utama iatu aspek kognitif, aspek afektif dan aspek tingkahlaku. Data

yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages

for Social Science(SPSS) versi 11.5 di mana data dipersembahkan dalam bentuk analisis

frekuensi dan pemeratusan bagi tujuan penganalisian data. Hasil kajian ini mendapati

bahawa guru-guru sains menunjukkan persepsi yang tinggi dalam dua aspek utama iaitu

aspek kognitif dan afektif. Namun begitu, persepsi guru sains terhadap penggunaan

BBM berkomputer bagi aspek tingkahlaku adalah berada di tahap sederhana.

Berdasarkan kepada kajian ini, maka langkah segera perlu dilaksanakan oleh pihak yang

bertanggungjawab bagi meningkatkan penggunaan BBM berkomputer dalam proses

P&P sains di sekolah.

Page 9: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

ABSTRACT

The objective of this descriptive research is to observe the perception of the

computerize teaching aid utilization among the science teacher in the Science teaching

and learning process. A total of 95 respondents which is science teachers at eleven

Sekolah Menengah Kebangsaan in Zone Keramat, Kuala Lumpur were involved as the

sample in this research. The instruments use in this descriptive study was a set of

questionnaires using the five point scale which is include the perception of the

computerize teaching aid utilization among the science teacher in three main aspect such

as cognitive, affective and behaviour. The collected data was analyzed by using the

Statistical Packages for Social Science (SPSS) program and the data was presented in

the form of frequencies and percentage. Overall finding in this research, indicate that

most of science teachers show a high perception in two main aspect namely cognitive

and affective aspect. However, the respondent level in behaviour aspect of the

computerize teaching aid utilization in the Scienceteaching and learning process is in

moderate manner. Based on this study, an action should be taken by people who is

responsible in this matter to maintain and promote the present teacher’s behaviour

towards the utilization of computerize teaching aid in Science teaching and learning

process.

Page 10: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN KATA xv

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

Page 11: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Persepsi 8

1.9.2 Guru 8

1.9.3 Mata pelajaran Sains 9

1.9.4 Penggunaan 9

1.9.5 Bahan Bantu Mengajar

Berkomputer 10

1.9.6 Pengajaran 10

1.9.7 Pembelajaran 11

1.10 Rumusan 11

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Guru Sains dan Bahan Bantu Mengajar 13

2.3 Guru Sains dan Bahan Bantu Mengajar

Berkomputer 14

Page 12: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

2.4 Persepsi Guru-guru Sains Terhadap Penggunaan

Bahan bantu Mengajar Berkomputer dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains 17

2.5 Kajian Lepas Berkaitan Penggunaan

BBM Berkomputer 19

2.6 Rumusan 22

BAHAGIAN TIGA

BAB III METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Tempat Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A 27

3.5.2 Bahagian B 27

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Prosedur Kajian 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Rumusan 32

Page 13: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Bahagian A

4.2.1 Jantina 34

4.2.2 Umur 34

4.2.3 Agama 35

4.2.4 Kelulusan Ikhtisas 36

4.2.5 Pengalaman Mengajar 36

4.2.6 Jawatan Dalam Panitia Sains 37

4.2.7 Pemilikan Komputer Peribadi 38

4.2.8 Kesediaan Menghadiri Kursus

Komputer 38

4.2.9 Menggunakan Perbelanjaan Sendiri

bagi Menghadiri Kursus Komputer 39

4.2.10 Pengetahuan Asas Penggunaan

Komputer 40

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Perbincangan dari Aspek Kognitif 41

4.3.2 Perbincangan dari Aspek Emosi 45

4.3.3 Perbincangan dari Aspek Tingkahlaku 49

4.4 Penutup 52

Page 14: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI KAJIAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan

5.2.1 Perbincangan Bahagian A 55

5.2.2 Perbincangan Bahagian B

5.2.2.1 Perbincangan dari Aspek Kognitif 57

5.2.2.2 Perbincangan dari Aspek Emosi 60

5.2.2.3 Perbincangan dari Aspek Tingkahlaku 64

5.3 Implikasi Kajian 67

5.4 Rumusan 68

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.6 Kesimpulan 70

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 15: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Pembahagian Item Soalan Mengikut Aspek 28

3.2 Jadual Skala Likert 28

3.3 Jadual Pengkelasan Tahap Persepsi

Guru Sains 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina. 34

4.2 Taburan responden Mengikut Umur 35

4.3 Taburan Responden Mengikut Agama 36

4.4 Taburan Responden Mengikut

Kelulusan Ikhtisas 36

4.5 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 37

4.6 Taburan Responden Mengikut Jawatan

dalam Panitia Sains 38

4.7 Taburan Responden Mengikut Pemilikan

Komputer Peribadi. 38

4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kesediaan

Menghadiri Kursus Komputer 39

Page 16: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

4.9 Taburan Responden Berdasarkan Kesanggupan

Menggunakan Perbelanjaan Sendiri bagi

Menghadiri Kursus Komputer 39

4.10 Taburan Responden Berdasarkan Pengetahuan

Asas Mengenai Penggunaan Komputer 40

4.11 Analisis Kekerapan dan Peratus bagi Item

Persepsi Guru Sains Terhadap Penggunaan BBM

Berkomputer dalam P&P Sains dari Aspek Kognitif. 41

4.12 Analisis Kekerapan dan Peratus bagi Item

Persepsi Guru Sains Terhadap Penggunaan BBM

Berkomputer dalam P&P Sains dari Aspek Emosi. 45

4.13 Analisis Kekerapan dan Peratus bagi Item

Persepsi Guru Sains Terhadap Penggunaan BBM

Berkomputer dalam P&P Sains dari Aspek

Tingkahlaku. 49

Page 17: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

SINGKATAN KATA

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LCD - Liquid Crystal Display

BBM - Bahan Bantu Mengajar

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

CD-ROM - Compact Disk (Read Only Memory)

PBK - Perisian Berbantukan Komputer

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SPSS - Statistical Packages for Social Science

f - Frekuensi atau Kekerapan

% - Peratus

Page 18: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua istilah yang sinonim dengan dunia

pendidikan. Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses yang melibatkan penyampaian

maklumat daripada seorang individu yang bergelar pendidik kepada individu yang lain

dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu. Menurut Guy Le Francois (1982)

dalam Kamarudin Hussin, pembelajaran merupakan satu proses yang merangkumi

semua perubahan tingkahlaku yang agak kekal dan dihasilkan melalui pengalaman.

Sehubungan dengan itu, dapatlah dinyatakan di sini bahawa kedua-dua proses ini adalah

saling berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana pengajaran yang efektif dapat

menjamin keberkesanan pembelajaran baik dari segi kognitif mahupun pembentukan

sahsiah pelajar.

Menurut Abu Hassan (2000), dunia kini sedang melalui era sains dan teknologi

yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Institusi pendidikan juga

sebenarnya tidak terlepas daripada dilanda arus kemajuan sains dan teknologi yang

sekaligus memberikan satu gambaran tentang arus perubahan besar yang berlaku di

Page 19: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk

muncul sebagai sebuah negara industri maju menjelang tahun 2020 dengan memberikan

penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia

terutamanya dalam penggunaan komputer.

Berdasarkan kepada Mohd Yusof dalam Dr. Ismail (2002), penggunaan teknologi

maklumat pada dasarnya akan menjadi teras aplikasi proses pengajaran dan

pembelajaran semua mata pelajaran di sekolah-sekolah bestari yang telah dilaksanakan

secara berperingkat sejak tahun 1999. Penggunaan teknologi maklumat bukanlah

bertujuan untuk mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah akan dijadikan

sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru sebagai pemudahcara

dalam proses tersebut.

Dalam hal ini, peranan guru adalah amat penting dalam memastikan kemajuan dan

kecemerlangan yang berterusan dalam bidang pendidikan sejajar dengan ledakan

reformasi pendidikan yang berlaku dewasa ini. Guru bukan sahaja bertindak sebagai

tenaga pengajar dan pembimbing malah juga sebagai pendorong dan pencetus

kecemerlangan pelajar. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kepada

guru untuk melengkapkan diri mereka dengan segala kemahiran dan pengetahuan bagi

menyahut cabaran dunia global yang serba canggih ini.

Menurut Abu Hassan (2000), selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) yang telah digariskan, Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr Mahathir

Mohamad pada 28 Februari 1991 telah menegaskan bahawa matlamat pembangunan

negara adalah ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan

pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 menurut

acuan kita sendiri. Kenyataan di atas jelas menunjukkan perkaitan rapat diantara peranan

pendidikan terhadap pembangunan sesebuah negara.

Page 20: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa peranan pendidikan menjelang tahun

2020 adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang mahir dalam pelbagai aspek

kehidupan selari dengan perkembangan dalam dunia sains dan teknologi. Ini kerana

masyarakat yang berilmu adalah pemangkin pembangunan sesebuah negara.

1.2 Latarbelakang Masalah

Menurut Abu Hassan (2002) di dalam bukunya bertajuk Kurikulum Sains Sekolah

Malaysia, reformasi pendidikan yang berlaku di negara kita telah membawa kepada

penggubalan dua buah kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun

1989. Dengan bertunjangkan kepada FPK, penggubalan kedua-dua KBSR dan KBSM

adalah bermatlamat untuk memupuk budaya sains dan teknologi yang meliputi aspek

celik komputer, pelajar sebagai pengguna dan penyumbang kepada tamadun saintifik

dan teknologi.

Menurut Meor Ibrahim (2001), selaras dengan perubahan kurikulum sains di

sekolah Malaysia, maka sistem pengajaran juga turut berubah. Dalam hal ini, KBSM

memberikan penekanan utama kepada proses P&P melalui pengalaman sendiri serta

pendekatan inkuiri penemuan yang memberi peluang kepada pelajar terlibat secara aktif

di dalam kelas.

Merujuk kepada V.Pang et al. (1992), perkembangan teknologi komputer pada

hari ini banyak membawa perkembangan dalam penggunaan bahan bantu mengajar

(BBM) di bilik darjah. Menurut Tokoh Guru Kebangsaan 2003 iaitu Mohamed Saat

beliau menjelaskan bahawa, jika dahulu guru hanya menggunakan kaedah kapur dan

papan hitam kini guru didedahkan pula kepada penggunaan komputer, laptop, projektor

Page 21: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

paparan cecair visual (LCD projektor) dan lain-lain lagi untuk membantu meningkatkan

kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Menyedari bahawa pentingnya teknik dan kaedah pengajaran oleh pendidik,

maka guru-guru haruslah memberikan perhatian yang sewajarnya dalam meningkatkan

penggunaan bahan bantu seperti BBM berkomputer untuk menarik minat pelajar dan

membekalkan satu pengalaman pembelajaran yang lebih kekal (Kamaruddin Hussin,

1988).

Menurut Tamby Subahan (1999), walaupun terdapat banyak kebaikan

menggunakan BBM berkomputer di dalam mata pelajaran sains, namun penggunaannya

di kalangan para pendidik masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

1.3 Pernyataan Masalah

Kamarudin Hussin (1988) menyatakan bahawa kemajuan dalam dunia

pendidikan kini menjadikan penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah sebagai satu kemestian.

Dalam hal ini, penggunaan komputer di kalangan guru sains secara amnya adalah

lebih kepada penyediaan bahan pengajaran seperti transparensi, menyediakan soalan

peperiksaan, menyimpan data serta pemarkahan pelajar. Untuk itu, guru hanya

menggunakan beberapa perisian sahaja seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel.

Perkara ini amat menyedihkan kerana kemahiran guru sains dalam penggunaan

komputer sebagai bahan bantu mengajar masih lagi terhad sedangkan perkembangan

teknologi dunia semakin hari semakin berkembang pesat dengan pelbagai pembaharuan

dilakukan.

Page 22: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

Menurut V.Pang, et al. (1992), penggunaan komputer sebagai bahan bantu

mengajar akan menjadi lebih menarik dan efisien sekiranya setiap guru sains celik dan

mahir menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan komputer seperti komputer riba

dan CD-ROM di dalam kelas. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih lagi terdapat

segelintir guru sains yang masih belum mahir dalam penggunaan BBM berkomputer

serta kurang mengambil berat tentang perkembangan teknologi maklumat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, mata pelajaran sains juga adalah abstrak dan memerlukan pendekatan

berbentuk konstruktif dan konkrit. Justeru, adalah wajar bagi guru-guru sains

menggunakan BBM berkomputer di dalam kelas supaya proses P&P Sains dapat

dijalankan dengan lebih menarik, lancar dan berkesan.

Menginsafi akan fenomena ini, maka pengkaji berminat untuk membuat kajian

tinjauan di beberapa buah sekolah menengah di Zon Keramat, Kuala Lumpur untuk

mendapatkan maklumbalas responden mengenai sejauhmanakah persepsi guru-guru

sains terhadap penggunaan BBM berkomputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains di sekolah dari aspek kognitif, afektif dan tingkahlaku.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah untuk meninjau:

a) Apakah persepsi guru sains terhadap penggunaan BBM berkomputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Sains dari aspek kognitif?

b) Apakah persepsi guru sains terhadap penggunaan BBM berkomputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Sains dari aspek afektif?

c) Apakah persepsi guru sains terhadap penggunaan BBM berkomputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Sains dari aspek tingkahlaku?

Page 23: PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU ... · Akhir kata, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah.. ... guru sains terhadap penggunaan bahan bantu

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

a) Mengenalpasti persepsi guru sains terhadap penggunaan BBM berkomputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dari aspek kognitif.

b) Mengenalpasti persepsi guru sains terhadap penggunaan BBM berkomputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dari aspek afektif.

c) Mengenalpasti persepsi guru sains terhadap penggunaan BBM berkomputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dari aspek tingkahlaku.

1.6 Kepentingan Kajian

Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat memberikan faedah dan

boleh diguna pakai oleh beberapa pihak yang tertentu. Dalam hal ini, hasil kajian boleh

diajukan kepada:

i. Guru-guru sains

Dapat membantu memberikan motivasi dan mengembangkan potensi kendiri

guru-guru sains supaya bersikap lebih positif dalam mempelbagaikan

penggunaan BBM berkomputer untuk meningkatkan minat pelajar dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pihak pengetua

Dapat memberi kesedaran kepada pihak pengetua terhadap betapa pentingnya

penggunaan BBM berkomputer dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran

Sains di dalam bilik darjah. Dengan itu, para pengetua boleh mengambil tindakan