persepsi guru pelatih terhadap perkembangan … · kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru...

24
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PERKEMBANGAN INDUSTRI MAKANAN HALAL DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN SUZILA BINTI SHAHARUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PERKEMBANGAN INDUSTRI MAKANAN

HALAL DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

SUZILA BINTI SHAHARUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PERKEMBANGAN INDUSTRI

MAKANAN HALAL DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

SUZILA BINTI SHAHARUDIN

Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

iii

DEDIKASI

Istimewa untuk semua Insan Tersayang,

Untuk ayahanda dan bonda yang dikasihi

SHAHARUDIN ABDULLAH & ROKIAH MOHD NOOR

Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah SWT jua,

Terima kasih atas doa dan pengorbanan dan kasih sayangmu.

Untuk Insan Tercinta,

Suamiku MOHD RUSDI SAAD,

Terima kasih kerana sokongan dan doronganmu,

Terima kasih juga kerana memahami diri ini,

Terima kasih atas segalanya.

Untuk permata hati Ummi,

SYAUQINA RAUHAH & MUHAMMAD IMAN AZZOWAHIRI

Kalian berdua menaikkan dan membakar semangat ummi,

Untuk meneruskan perjuangan di medan ilmu.

Tidak lupa juga buat pensyarah dan guru,

kalian tidak pernah jemu mendidik dan mengamanahkan ilmu,

terima kasih atas segala tunjuk ajar,

halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari.

Semoga hamparan indah sentiasa menanti kehadiran hidupku….

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan limpah kuniaNya diberi

kekuatan dan semangat dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Selawat dan

salam buat junjungan mulia Nabi Muhammmad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat

baginda dan para mujahidin.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada ahli keluarga yang memberi banyak

dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini. Sokongan kalian

memberikan kekuatan kepada saya dalam terus berusaha bersungguh-sungguh untuk

terus berjuang.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat penyelia Ustaz Mohd Abas bin Abd.

Latiff yang banyak memberi tunjuk ajar, pendapat dan nasihat. Tidak lupa juga buat

semua pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan, UTM yang banyak

mencurahkan ilmu, pengetahuan, dorongan, kursus dan pelbagai seminar untuk

menjadikan kami insan berguna. InsyaAllah, ilmu yang berguna dapat dimanfaatkan

dan menjadi amalan kita semua.

Akhirnya, buat sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberikan idea,

inspirasi dan sokongan dalam menyiapkan tugasan ini serta sahabat-sahabat tahun 3

Fakulti Pendidikan yang memberi kerjasama menjawab soal selidik. Seterusnya, buat

semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan

kajian ini. Di harap kita semua mendapat keredhaan Ilahi. Amin.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru pelatih terhadap

perkembangan industri makanan halal dalam membangunkan modal insan. Ia

merangkumi pengetahuan dan keyakinan terhadap makanan dapat membentuk

akhlak individu dan faktor kesedaran yang mendorong kesedaran guru pelatih

terhadap pengambilan makanan halal. Seramai 77 guru pelatih dari Fakulti

Pendidikan telah dipilih sebagai responden kajian. Satu set soal selidik yang

mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis menggunakan

Perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) for Windows versi 15.0 untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Darjah kebolehpercayaan (alfa

croncbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah α = 0.946. Secara

keseluruhannya, hasil analisis menunujukkan responden mempunyai persepsi yang

positif terhadap perkembangan industri makanan halal dalam membangunkan modal

insan. Kesimpulannya, guru pelatih mempunyai kefahaman dan keyakinan bahawa

makanan dapat membentuk akhlak individu dan mempunyai kesedaran tinggi

terhadap pengambilan makanan halal.

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to perceive teacher trainees’ perception on the

development of halal food industry in upgrading human capital. It encompasses the

knowledge and confidence in food intake and its correlation to mould positive moral

conduct among individual and responsiveness factor to halal food intake amongst

teacher trainees. 77 teacher trainees from Faculty of education were chosen as

respondents. Questionnaire consisting 45 items were disseminated to the respondents

and were analyzed using Statistical Package of Social Science (SPSS) for Windows

version 15.0 in order to obtain the frequency, percentage and mean. The alpha

croncbach for the instrument used in this study is α = 0.946. In general, the result

shows that the respondent have positive perception towards the development of halal

food industry in upgrading human capital. Thus, the teacher trainees have

understanding and confidence to the fact that the fact that the choice of food intake

helps to mould individual positive moral conduct and so, they have high

consciousness on halal food intake.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Guru 9

viii

1.8.3 Industri 9

1.8.4 Makanan 9

1.8.5 Halal 10

1.8.6 Insan 11

1.8.7 Modal Insan 11

1.9 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Makanan Minuman yang Halal 14

2.3 Makanan Seimbang dalam Islam 18

2.4 Makanan dan Minuman yang Haram 20

2.5 Makanan yang Syubhah 25

2.6 Industri Makanan Halal di Malaysia 27

2.7 Penyembelihan mengikut syarak 28

2.7.1 Kaedah penyembelihan 29

2.7.2 Syarat Penyembelihan 29

2.7.3 Hikmah Sembelihan 30

2.8 Garis Panduan ketika Memilih Makanan 30

2.9 Kepentingan Menjauhi Makanan yang

memudaratkan dan meragukan 32

2.10 Masalah berhubung isu halal dan haram 34

2.10.1 Keraguan dan ketidakpastian

ix

logo halal 34

2.10.2 Kehalalan makanan di restoran

dan hotel diragui 36

2.11 Kajian Lepas 37

2.12 Kesimpulan 39

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Populasi Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 42

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 43

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 44

3.6 Kajian Rintis 45

3.7 Prosedur Kajian 45

3.8 Analisa Data 46

3.9 Kesimpulan 48

BAB IV ANALISA DATA

4.1 Pendahuluan 49

4.2 Analisa Data (Bahagian A) 50

4.2.1 Latar Balakang Responden mengikut 50

x

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden mengikut 51

Umur

4.2.3 Latar Belakang Responden mengikut 52

Status Perkahwinan

4.2.4 Latar Belakang Responden mengikut 52

Aliran Pendidikan

4.2.5 Latar Belakang Responden mengikut 53

Keputusan PNGK Terkini

4.3 Analisa Data (Bahagian B, C dan D) 53

4.3.1 Analisa Data Mengenai Persepsi Guru

Pelatih terhadap Perkembangan Makanan

Halal. 53

4.3.2 Analisa data mengenai pengetahuan dan

keyakinan terhadap makanan halal dapat

membentuk akhlak individu. 62

4.3.3 Analisa data mengenai faktor yang

Mendorong kesedaran guru pelatih terhadap

pengambilan makanan halal. 72

4.6 Kesimpulan 81

BAB IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 82

5.2 Perbincangan 83

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 83

xi

5.2.2 Persepsi Guru Pelatih terhadap 84

Perkembangan Makanan Halal.

5.2.3 Pengetahuan dan Keyakinan terhadap 87

Makanan Halal dapat Membentuk

Akhlak Individu.

5.2.4 Faktor yang Mendorong Kesedaran Guru 89

Pelatih terhadap Pengambilan Makanan

Halal.

5.4 Rumusan 90

5.5 Cadangan 91

5.5.1 Masyarakat Islam 91

5.5.2 Pihak Berkuasa Tempatan 92

5.5.2.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 92

(JAKIM)

5.5.2.2 Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 93

5.5.3 Kementerian Pelajaran 93

5.5.4 Pengusaha Makanan 93

5.5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94

5.6 Kesimpulan 94

BIBLIOGRAFI 95

LAMPIRAN 100

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Peringkat skala likert bahagian

B, C dan D 44

3.2 Agihan soalan mengikut

Klasifikasi persoalan kajian 44

3.3 Nilai skor min 47

3.4 Perubahan lima skala likert kepada

dua peringkat 47

4.1 Taburan responden mengikut jantina 51

4.2 Taburan responden mengikut umur 51

4.3 Taburan responden mengikut status

Perkahwinan 52

4.4 Taburan responden mengikut aliran

Pendidikan 52

4.5 Taburan responden mengikut keputusan

PNGK terkini 53

4.6 Taburan skor bagi item 1 54

4.7 Taburan skor bagi item 2 54

4.8 Taburan skor bagi item 3 55

4.9 Taburan skor bagi item 4 55

4.10 Taburan skor bagi item 5 55

xiii

4.11 Taburan skor bagi item 6 56

4.12 Taburan skor bagi item 7 56

4.13 Taburan skor bagi item 8 57

4.14 Taburan skor bagi item 9 57

4.15 Taburan skor bagi item 10 58

4.16 Taburan skor bagi item 11 58

4.17 Taburan skor bagi item 12 59

4.18 Taburan skor bagi item 13 59

4.19 Taburan skor bagi item 14 60

4.20 Taburan skor bagi item 15 60

4.21 Analisa keseluruhan bagi item 1-15 (Bahagian B) 61

4.22 Taburan skor bagi item 16 62

4.23 Taburan skor bagi item 17 63

4.24 Taburan skor bagi item 18 63

4.25 Taburan skor bagi item 19 64

4.26 Taburan skor bagi item 20 64

4.27 Taburan skor bagi item 21 65

4.28 Taburan skor bagi item 22 65

4.29 Taburan skor bagi item 23 66

4.30 Taburan skor bagi item 24 66

4.31 Taburan skor bagi item 25 67

4.32 Taburan skor bagi item 26 67

4.33 Taburan skor bagi item 27 68

4.34 Taburan skor bagi item 28 68

4.35 Taburan skor bagi item 29 69

4.36 Taburan skor bagi item 30 69

4.37 Analisa keseluruhan bagi item 16-30 (Bahagian C) 70

4.38 Taburan skor bagi item 31 72

xiv

4.39 Taburan skor bagi item 32 72

4.40 Taburan skor bagi item 33 73

4.41 Taburan skor bagi item 34 73

4.42 Taburan skor bagi item 35 74

4.44 Taburan skor bagi item 36 74

4.45 Taburan skor bagi item 37 75

4.46 Taburan skor bagi item 38 75

4.47 Taburan skor bagi item 39 76

4.48 Taburan skor bagi item 40 76

4.49 Taburan skor bagi item 41 77

4.50 Taburan skor bagi item 42 77

4.51 Taburan skor bagi item 43 77

4.52 Taburan skor bagi item 44 78

4.53 Taburan skor bagi item 45 78

4.54 Analisa keseluruhan bagi item 31-45 (Bahagian D) 79

xv

SENARAI SINGKATAN

SWT - Subhanahu Wa Taala

SAW - Sallahualaihi Wasallam

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PPIPP - Persatuan Pengguna Islam Pulau Pinang

HDC - Halal Industry Development Corporation

JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri

MAIN - Majlis Agama Islam Negeri

MAIPP - Majlis Agama Islam Pulau Pinang

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

PNGK - Purata Gred Nilai Keseluruhan

KPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan

Kepenggunaan

N - Jumlah Responden (Sampel)

SPSS - Statistical Package for the Sosial Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Islam adalah agama yang mementingkan permasalahan halal dan haram

dalam setiap aspek kehidupan umatnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang haram

dan boleh memudaratkan kesihatan adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Umat

Islam perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana makanan yang dimakan

akan masuk ke dalam perut dan sebahagiannya akan menjadi darah daging.

Pengambilan makanan yang haram bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan,

malah boleh menjejaskan akidah seseorang Muslim.

Makanan yang suci dan bersih bukan sahaja boleh menyihatkan tubuh badan

seseorang, bahkan boleh membantu individu Muslim meningkatkan ibadahnya dan

melaksanakannya dengan sempurna. Pada sudut kerohanian, seseorang perlu

mensucikan dirinya dengan hanya memakan makanan yang suci dan bersih kerana

Allah Maha Suci dan mahukan hambaNya sentiasa dalam keadaan suci dan bersih.

Allah SWT memberi perintah kepada hamba-hambaNya. Allah SWT berfirman:

2

Maksudnya :

Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di

bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak

langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah

musuh yang terang nyata bagi kamu.

(al-Baqarah : 168)

Penghasilan dan pemprosesan makanan kadangkala mengelirukan pengguna

Islam. Oleh itu, logo halal yang diberikan amat penting bagi memudahkan pengguna

terutamanya umat Islam untuk mendapat produk-produk yang halal. Tambahan pula,

makanan yang baik serta halal bukan sahaja menjamin kesihatan fizikal, malah

membentuk peribadi seseorang. Bagi memutuskan sama ada sesuatu makanan itu

layak dimakan atau tidak, kita perlu menimbangkan lebih pada sekadar ianya halal

atau haram. Perkataan ‘thoyyiban’ bermakna baik, dan ini juga bererti baik untuk

dimakan dan diperolehi daripada sumber asli. Sabda Rasulullah SAW:

قال اي :أ ن رسول هللا صىل هللا عليه وسملعن جابر بن عبدهللا

هه لن يدخل إجلنة حلم هبت من حست كعب بن جعرة إ

Maksudnya:

Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW

bersabda : Wahai Kaab bin ‘Ujrah sesungguhnya seseorang

tidak akan masuk syurga jika terdapat daging yang tumbuh

di dalam tubuh badannya daripada sumber yang haram.

(Riwayat Ad-Darimi)

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Makanan adalah amat penting dalam kehidupan seharian, ia adalah salah satu

keperluan hidup supaya manusia dapat menjalankan kehidupan harian dengan lebih

sempurna. Makanan yang halal juga dilihat dari segi pemprosesan dan penyediaan

makanan itu sendiri seperti cara penyembelihan yang mengikut syarak, penyediaan

makanan dilakukan dengan bersih serta penyembelihan dilakukan oleh orang Islam.

Menurut Muhamamad Uqbah An Nafiq (2000:17) memilih makanan yang halal dan

baik, adalah untuk kebaikan tubuh badan, fikiran dan jiwa manusia itu sendiri.

Persoalan ini dibuktikan melalui operasi yang dilakukan oleh Jabatan Agama

Islam Wilayah persekutuan (JAWI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur dengan kerjasama

kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Pasar Pudu. Dalam operasi ini, pihak

berkuasa mendapati kebanyakan penyembelih ayam di pasar tersebut adalah terdiri

daripada warga Bangladesh yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Tambahan

pula, ayam yang diproses dibiarkan bergelimpangan di atasa lantai yang berlumut.

Keadaan ini menyebabkan ayam yang diproses, diragui kebersihannya. (Harian

Metro, Mei 2010)

Selain daripada itu, fatwa telah dikeluarkan mengenai pengharaman ikan

yang diberi makanan yang sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain

secara berterusan. Menurut Mohd Amri Abdullah, Penolong Pengarah Cawangan dan

Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM),

fatwa yang dikeluarkan adalah wajar untuk menjadi panduan umat Islam untuk

membeli hasil ternakan yang haram dimakan. (Berita Harian, April 2010). Semua

pengguna terutamanya umat Islam perlu berhati-hati memilih makanan.

4

Makanan yang halal dan berkhasiat juga akan membentuk badan yang sihat

dan minda yang cerdas. Pengambilan makanan yang sudah dijelaskan haramnya di

dalam al-Quran akan menyebabkan mudarat kepada kesihatan manusia. Contohnya,

pengharaman daging babi adalah kerana makanan yang dimakan oleh binatang

tersebut adalah terdiri daripada benda yang kotor dan najis. Penyelidikan yang dibuat

dan mendapati seseorang yang memakan daging babi akan menjadi penyebab

wujudnya cacing pita yang sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia. (Majalah

Al-Islam, Jun, 2009)

Makanan juga akan mempengaruhi amalan individu. Apabila seorang

individu mengambil makan yang halal lagi baik, ia secara tidak langsung akan

terdorong melakukan sesuatu yang baik. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-

Quran bahawa faktor pemakanan berkait langsung dengan setiap amalan kebaikan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik

lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh, sesungguhnya

Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(al-Mu’minun : 51)

Pengambilan makanan yang tidak halal juga akan menyebabkan hati sesorang

menjadi gelap dan tidak mahu menerima teguran kearah kebaikan. Menurut Ustaz

Safwan Fathy dalam Md Silahudin (2007:2), makanan dan minuman yang haram

akan menutup pintu hati daripada melakukan kebaikan, sebaliknya akan mendorong

kepada kemaksiatan. Selain itu, kesan pengambilan makanan yang halal juga

berkaitan dengan doa seseorang. Doa seseorang akan terhijab jika makanan yang

diambilnya adalah haram dan syubhah.

5

Hal ini menunjukkan pentingnya sesorang individu mengambil berat tentang

makanan yang diambilnya. Sabda Rasulullah SAW:

مسعت : عن أ يب عبد هللا إلنعامن بن بشري رىض هللا عهنام قال

ن إحلالل بني وإحلرإم : رسول هللا صىل هللا عليه وسمل يقول إ

، مفن إثقى بني وبيهنام مشتهبات ال يعلمهن لثري من إلناس

إلش هبات إس تربأ دلينه وعرضه، ومن وقع ىف إلش هبات وقع ىف

ن للك إحلرإم اكلرإعى يرعى حول إمحلى يوشك أ ن يرثع فيه أ ال وإ

ذإ ن ىف إجلسد مضغة إ ن محى هللا حمارمه أ ال وإ مكل محى وإ

ذإ فسدت فسد إجلسد لكه أ ال و ىه صلحت صلح إجلسد لكه وإ

.إلقلب

(روإه إلبخارى ومسمل)

Maksudnya:

Daripada Abu Abdullah an-Nu’maan bin Basyiir r.a katanya:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya

yang halal itu jelas dan yang (itupun) jelas dan di antara

kedua-duanya (terdapat) perkara-perkara yang syubhah,

ramai dari kalangan manusia tidak mengetahuinya. sesiapa

yang menjaga diri daripada perkara syubhah, (maka) dia

telah membersihlan agamanya dan kehormatannya. Dan

sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhat, dia

akan jatuh ke dalam perkara haram. Seperti pengembala

yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi

gembalaannya akan meragut makanan di dalamnya.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya bagi setiap raja itu ada

kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah

perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa

di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik,

maka baiklah jasadnya seluruhnya. apabila ia rosak, maka

rosaklah jasad seluruhnya, ketahuilah bahawa seketul daging

itu adalah hati.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6

Dapatlah difahami daripada hadis tersebut bahawa kebaikan jasmani

seseorang akan bergantung kepada kebaikan hatinya kerana ia merupakan anggota

yang penting di dalam tubuh badan. Oleh itu, setiap individu perlu menjaga aspek

pengambilan makanannya supaya dapat memperoleh hati yang bersih dan mudah

untuk menerima kebenaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Persoalan halal dan haram dalam pengambilan makanan masih dianggap

remeh oleh masyarakat. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh guru

pelatih sebagai bakal guru untuk memastikan para pelajar di sekolah memahami

tentang makanan halal. Selain itu, seorang bakal guru perlu menerangkan kesan

pengambilan makanan halal dalam kehidupan seorang Muslim. Di antara kesan

mengambil makanan yang halal dan berkhasiat akan membentuk individu yang

sihat tubuh badan, membentuk akal yang cerdas dan secara tidak langsung ibadat

yang dilakukan oleh individu diterima oleh Allah SWT. Kesan apabila seseorang

individu mengambil makanan yang haram dan tidak bersih akan menyebabkan

mudarat pada tubuh badan, gelap hati serta doanya tidak akan diterima. Ini jelas

bahawa pengambilan makanan amat mempengaruhi sikap individu.

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap perkembangan

makanan halal.

ii. Mengenal pasti pengetahuan dan keyakinan guru pelatih terhadap

makanan halal dapat membentuk akhlak individu.

iii. Mengenal pasti faktor yang mendorong kesedaran guru pelatih

terhadap pengambilan makanan halal.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji:

i. Apakah persepsi guru pelatih terhadap perkembangan makanan

halal.

ii. Adakah guru pelatih mempunyai pengetahuan dan keyakinan

terhadap makanan halal dapat membentuk akhlak individu.

iii. Apakah faktor yang mendorong kesedaran guru pelatih terhadap

pengambilan makan halal.