persepsi pelatih-pelatih giatmara terhadap … · 1.2 latar belakang masalah 4 1.3 pernyataan...

23

Upload: trinhminh

Post on 22-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian
Page 2: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian
Page 3: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP PROGRAM

LATIHAN KEMAHIRAN YANG DITERIMA DI GIATMARA TANJONG PIAI

NUR SYAZANA BINTI DAUD

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2010

Page 4: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

ii

Page 5: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

iii

DEDIKASI

Terima kasih…

Prof. Dr. Muhammad Rashid Rajuddin

Pensyarah-pensyarah

Guru-guru

Ibu & Ayah

Keluarga

Rakan-rakan seperjuangan

Page 6: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah! Kesyukuran yang setingginya dipanjatkan kehadrat Ilahi

kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya dapat juga penyelidik

menyempurna dan menyiapkan PSM ini.

Pertamanya, penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof.

Dr. Muhammad Rashid B. Rajuddin selaku penyelia PSM ini yang banyak

membantu dan telah meluangkan masa untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar

serta nasihat kepada penyelidik sepanjang tempoh dua semester ini bagi memastikan

PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik.

Teristimewa juga buat Bonda dan Ayahanda serta keluarga tersayang yang

telah banyak berkorban mendidik dan membimbing penyelidik sedari dulu hingga ke

hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka tidak akan penyelidik lupakan. Mudah-

mudahan Allah SWT melimpahkan rahmat dan maghfirahNya buat kami seisi

keluarga.

Sekalung ucapan terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan yang

banyak membantu memberikan sokongan, dorongan, semangat, idea serta kritikan

yang membina sehingga terhasilnya penulisan ini. Segala budi dan jasamu amat

dihargai sedari di alam perkenalan hingga ke saat ini. Hanya Allah SWT yang dapat

membalas dan memberikan ganjaran yang setimpal buat anda semua.

Page 7: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti

persepsi pelatih-pelatih terhadap program latihan kemahiran yang diterima di

Giatmara Tanjong Piai, Johor. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor tenaga

pengajar, latihan kemahiran yang dipelajari, kelengkapan bengkel dan suasana

persekitaran di Institusi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 41 pelatih lelaki di

Giatmara Tanjong Piai, Johor. Instrumen kajian ialah satu set soal selidik. Nilai

kebolehpercayaan bagi item soal selidik ialah α = 0.93. Hasil kajian dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi

17.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian

menunjukkan faktor tenaga pengajar (min = 4.22), faktor latihan kemahiran yang

dipelajari (min = 4.27), faktor kelengkapan bengkel (min = 4.17) dan faktor suasana

persekitaran di Giatmara (min = 4.18) kesemuanya berada pada tahap tinggi.

Kesimpulannya, para pelatih mempunyai persepsi yang positif terhadap program

latihan kemahiran yang diterima di Giatmara Tanjong Piai, Johor.

Page 8: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

vi

ABSTRACT

This descriptive study was carried out with purpose to determine the

perception of the trainees towards the skill training programme at Giatmara Tanjong

Piai, Johor. The factors being studied were instructors, skill training, workshop

facilities and environment at this institution. The respondent for this research

consisted of 41 male trainees from Giatmara Tanjong Piai, Johor. A set of

questionnaire was used as the research instrument. The reliability coefficient for all

item is α = 0.93. The result of this study was analyzed using the Statistical Package

For Social Science (SPSS) version 17.0 software to obtain frequency, percentage and

mean. The result of this study show that the instructor factor (mean = 4.22), the skill

training factor (mean = 4.27), the workshop facilities factor (mean = 4.17) and the

environment factor (mean = 4.18) all at high level. As the conclusion, trainees have

positive perceptions towards the skill training programme at Giatmara Tanjong Piai,

Johor.

Page 9: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

Page 10: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

viii

1.8 Definisi Operasi 8

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Pelatih 9

1.8.3 Latihan Kemahiran 9

1.8.4 Giatmara 10

1.8.5 Tenaga Pengajar 10

1.8.6 Kelengkapan Bengkel 10

1.8.7 Suasana Persekitaran 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Latihan Kemahiran Vokasional di Malaysia 12

2.3 Faktor Tenaga Pengajar 15

2.4 Faktor Latihan Kemahiran 16

2.5 Faktor Kelengkapan Bengkel 17

2.6 Faktor Suasana Persekitaran 19

2.7 Latar Belakang Giatmara Malaysia 20

2.7.1 Latar Belakang Giatmara Tanjong Piai 22

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Kerangka Operasi 24

3.4 Responden Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 27

3.5.1 Bahagian A 28

3.5.2 Bahagian B 28

3.6 Kajian Rintis 29

Page 11: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

ix

3.7 Kajian Sebenar 30

3.8 Analisis Data 30

3.9 Batasan Kajian 32

3.10 Andaian Kajian 32

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 33

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 33

4.2.1 Umur 34

4.2.2 Tempat Tinggal 34

4.2.3 Pendidikan Terakhir 35

4.2.4 Peperiksaan Terakhir 36

4.2.5 Kursus 37

4.3 Bahagian B: Analisis Data Persoalan Kajian 38

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 39

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 41

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 44

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 47

4.4 Analisis Keseluruhan 49

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Rumusan 50

5.3 Perbincangan 54

5.3.1 Latar Belakang Responden 54

5.3.2 Persoalan Kajian 56

5.3.2.1 Faktor Tenaga Pengajar 56

5.3.2.2 Faktor Latihan Kemahiran 58

Page 12: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

x

5.3.2.3 Faktor Kelengkapan Bengkel 59

5.3.2.4 Faktor Suasana Persekitaran 60

5.4 Cadangan 62

5.4.1 Giatmara Tanjong Piai 62

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 65

BIBLIOGRAFI 66 – 71

Lampiran A – D 72 – 89

Page 13: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Keluaran Sumber Manusia Mahir dan Separuh Mahir

Mengikut Kursus, Tahun 2000 – 2010. 2

3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan kajian 28

3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 29

3.3 Jadual Skala Lima Mata kepada Tiga Mata 31

3.4 Pengiraan Perbezaan 31

3.5 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 34

4.2 Taburan Responden Mengikut Daerah Tempat

Tinggal Asal 34

4.3 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Terakhir 35

4.4 Taburan Responden Mengikut Peperiksaan Terakhir 36

4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Kursus 37

4.6 Taburan Responden Mengikut Faktor

Tenaga Pengajar 39

4.7 Taburan Responden Mengikut Faktor

Latihan Kemahiran 42

4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor

Kelengkapan Bengkel 44

4.9 Taburan Responden Mengikut Faktor

Suasana Persekitaran 47

4.10 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 49

Page 14: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

xii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Kerangka Operasi 26

Page 15: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

xiii

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 72

B Surat Pengesahan Menjalani Projek Sarjana Muda 78

C Surat Permohonan Menjalankan Kajian 79

D Analisis Data SPSS 80

Page 16: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

% Peratus

f Kekerapan

MARA Majlis Amanah Rakyat

MPV Mata Pelajaran Vokasional

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

RMKe9 Rancangan Malaysia Kesembilan

S Setuju

SKM Sijil Kemahiran Malaysia

SPSS Statistical Package for Social Sciences

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

TVET Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional

Page 17: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Persaingan pasaran global yang semakin meningkat memerlukan ekonomi

negara terus diperkukuh dengan meningkatkan daya saing dan menerokai sumber

pertumbuhan baru. Peningkatan daya saing ini memerlukan modal insan bertaraf

dunia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta

memiliki etika kerja positif dan nilai kerohanian (Rancangan Malaysia Kesembilan,

2006-2010).

Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam

mencapai Misi Nasional. Pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara

holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek

termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta

memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan

pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, pembangunan modal insan menjadi teras

utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe9).

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8), tahap guna tenaga

penuh telah dapat dikekalkan dan produktiviti pekerja meningkat. Guna tenaga

berkembang selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang disumbangkan terutamanya

oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Kualiti tenaga buruh meningkat berikutan

peningkatan penawaran sumber manusia mahir dan berpendidikan. Pelbagai inisiatif

diambil termasuk melaksanakan beberapa program latihan dan latihan semula bagi

mengurangkan ketidaksepadanan kemahiran dan meningkatkan keupayaan sumber

Page 18: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

4

manusia mendapatkan pekerjaan terutamanya siswazah. (Rancangan Malaysia

Kesembilan, 2006-2010)

Jadual 1.1: Keluaran Sumber Manusia Mahir dan Separuh Mahir Mengikut Kursus,

Tahun 2000 – 2010.

Kursus Bilangan pelatih

2000 2005 2010

Kejuruteraan 26,158 48,970 100,957

Mekanikal 11,838 22,246 41,574

Elektrikal 12,612 23,898 53,326

Sivil 1,708 2,826 6,057

Ketukangan Bangunan 1,984 3,766 6,865

Teknologi Maklumat & Komunikasi 8,423 12,860 14,739

Lain-lain 3,061 6,280 11,009

Jumlah 39,606 71,876 133,570 Sumber: Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan,

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Kementerian Pertanian dan

Industri Asas tani, Majlis Amanah Rakyat dan Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia.

Dalam tempoh 10 tahun, keluaran tenaga mahir dan separa mahir semakin

meningkat. Asian Development Bank dalam Education and Development in Asia

and the Pacific pula menklasifikasikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport

teknologi tinggi selain Korea di kawasan asia pasifik (Maclean, 2005). Ini

membuktikan negara memerlukan tenaga kerja yang mahir untuk menghasilkan kerja

yang menggunakan teknologi tinggi.

Ketika ini, sistem Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) di

Malaysia berupaya menyediakan modal insan dan tenaga kerja yang dihasilkan

menerusi graduan pada peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan yang

ditawarkan di politeknik. Graduan politeknik dan vokasional ini menyediakan

pekerja mahir dan separuh mahir serta kelas pertengahan (Saufi Hamzah, 2009).

Page 19: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

5

Dalam RMKe9, program latihan untuk meningkatkan kemahiran tenaga

buruh dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(MECD), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Belia dan Sukan

(KBS).

Kewujudan sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional

memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah mendapat asas kemahiran.

Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam RMKe9, kerajaan

mengambil langkah memperluas dan memantapkan lagi program matapelajaran

vokasional (MPV) di sekolah-sekolah menengah harian biasa. Di bawah

kementerian pengajian tinggi pula terdapat politeknik dan kolej komuniti yang

menawarkan pendidikan teknik dan vokasional kepada lepasan sekolah.

Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai

beberapa institusi yang menawarkan latihan kemahiran kepada belia negara seperti

Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) (Jabatan Tenaga Manusia, 2010).

MARA atau singkatan daripada Majlis Amanah Rakyat yang bernaung di

bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah ditubuhkan pada 1

Mac 1966 di bawah Akta Parlimen Malaysia sebagai badan berkanun hasil dari

resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama. Terdapat beberapa pusat pengajian

di bawah Mara yang menyediakan peluang pendidikan dan latihan iaitu Universiti

Teknologi Mara (UiTM), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran

Mara (IKM), Kolej Pelajaran Mara (KPM), Institut Pembangunan Usahawan Mara

dan Pusat Giatmara (Majlis Amanah Rakyat, 2010).

Secara umumnya terdapat pelbagai agensi yang menawarkan program latihan

kemahiran kepada rakyat malaysia baik awam atau swasta. Keadaan ini akan dapat

menampung keperluan sumber tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan

negara.

Page 20: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

6

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sumber tenaga

manusia yang dimilikinya. Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha bagi

merialisasikan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara

perindustrian yang maju. Sistem pendidikan negara perlu terus melengkapkan

pelajar dengan kemahiran relevan dan latihan untuk menyediakan mereka supaya

dapat berdepan dengan landskap saingan global (Saufi Hamzah, 2009). Keperluan

tenaga kerja mahir perlu dipenuhi bagi sektor perindustrian.

Lebih 83,000 pelajar sekolah rendah hingga Tingkatan Lima mengalami

keciciran daripada sistem persekolahan negara. Ini bermakna, setiap tahun seramai

7545 pelajar pelajar tercicir daripada arus pendidikan. Walaupun peratusannya

nampak kecil, ia seharusnya tidak berlaku tanpa tindakan sewajarnya daripada pihak

kerajaan. Penyediaan insentif khas kepada kelompok pelajar yang tercicir amat

bertepatan untuk meningkatkan modal insan negara (Berita Harian, 23 Mac 2010).

Selain itu, masih ramai anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan. Dengan

menyertai program latihan kemahiran, belia-belia dapat menyediakan diri untuk

melangkah ke alam pekerjaan. Dengan ilmu yang dimiliki akan dapat meningkatkan

taraf hidup mereka dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara dan insan

yang berguna. Seperti kata Asad Awang (1988) mengabaikan ilmu dan pengetahuan

bererti sengaja menjauhkan diri daripada Allah.

Latihan kemahiran vokasional difikirkan mampu untuk membentuk individu

agar berdikari dalam menempuh kehidupan tanpa mengambil kira pencapaian

akademik. Pelajar tidak harus berasa tersisih atau disisihkan hanya disebabkan

pencapaian akademik tidak memuaskan (Berita Harian, 23 Mac 2010).

Program latihan kemahiran Giatmara dilaksanakan sebagai suatu usaha yang

cepat kearah menambah bilangan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang

diperlukan negara dalam sektor perindustrian. Penyediaan program latihan

kemahiran Giatmara juga memberi peluang kepada belia negara mendapat latihan

Page 21: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

7

secara percuma. Keadaan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran yang

dihadapi negara (Giatmara Malaysia, 2009).

Giatmara memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tercicir dibangku

sekolah yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dengan menggalakkan mereka

menyertai program ini. Individu yang ingin mendapatkan kemahiran untuk

meningkatkan pengetahuan juga boleh menyertai program ini. Kemasukan ke

Giatmara juga tidak mementingkan kelulusan akademik dimana syarat minimum

untuk menyertai program ini ialah boleh membaca dan menulis (Giatmara Malaysia,

2009).

Terdapat 204 buah Giatmara di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan

Sarawak. Visi Giatmara iaitu membantu mewujudkan masyarakat perdagangan dan

perindustrian bumiputera yang berkualiti bagi mencapai matlamat wawasan 2020.

Giatmara mempunyai objektif sebanyak 80 peratus untuk melahirkan tenaga kerja

mahir negara dan antarabangsa. 15 peratus pula bagi mewujudkan usahawan

bumiputera manakala selebihnya lima peratus membantu kerajaan membasmi

kemiskinan. Sumbangan Giatmara adalah besar dalam menyediakan tenaga kerja

mahir dan separa mahir kepada negara (Giatmara Malaysia, 2009).

Walaubagaimanapun adakah program latihan kemahiran yang disediakan

dapat mencapai objektifnya. Justeru satu kajian perlu dilaksanakan untuk

mengetahui persepsi para pelatih terhadap program latihan kemahiran vokasional

yang diterima di Giatmara.

Page 22: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

8

1.3 Pernyataan Masalah

Giatmara membantu pelajar-pelajar yang tercicir dibangku sekolah yang tidak

mempunyai sebarang pekerjaan dengan menggalakkan mereka menyertai program

ini. Kemasukan ke Giatmara tidak mementingkan kelulusan akademik. Persoalan

timbul adakah program latihan yang disediakan dapat mencapai objektifnya. Apakah

faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih-pelatih yang menjalani program latihan

kemahiran di Giatmara? Oleh itu satu kajian dilaksanakan untuk mengetahui

persepsi para pelatih terhadap program latihan kemahiran vokasional yang diterima

di Giatmara. Pernyataan masalah dalam kajian ini ialah apakah persepsi pelatih-

pelatih terhadap program latihan kemahiran yang diterima di Giatmara Tanjong Piai?

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelatih-pelatih Giatmara

terhadap program latihan kemahiran di Giatmara Tanjong Piai. Objektif kajian ini

ialah:

i. Mengenalpasti persepsi pelatih-pelatih terhadap faktor tenaga pengajar

di Giatmara Tanjong Piai.

ii. Mengenalpasti persepsi pelatih-pelatih terhadap faktor latihan

kemahiran yang diajar di Giatmara Tanjong Piai.

iii. Mengenalpasti persepsi pelatih-pelatih terhadap faktor kelengkapan

bengkel di Giatmara Tanjong Piai.

iv. Mengenalpasti persepsi pelatih-pelatih terhadap faktor suasana

persekitaran di Giatmara Tanjong Piai.

Page 23: PERSEPSI PELATIH-PELATIH GIATMARA TERHADAP … · 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 ... 4.2.5 Kursus 37 4.3 Bahagian

9

1.5 Persoalan Kajian

Justeru kajian ini menjurus secara spesifik untuk menjawab persoalan-

persoalan berikut bagi menentukan objektif kajian tercapai;

i. Apakah persepsi pelatih terhadap faktor tenaga pengajar di Giatmara

Tanjong Piai?

ii. Apakah persepsi pelatih terhadap faktor latihan kemahiran yang diajar

di Giatmara Tanjong Piai?

iii. Apakah persepsi pelatih terhadap faktor kelengkapan bengkel di

Giatmara Tanjong Piai?

iv. Apakah persepsi pelatih terhadap faktor suasana persekitaran di

Giatmara Tanjong Piai?