persepsi pelatih - fp.utm.my · 1.2 pesalah juvana mengikut etnik 5 1.3 pesalah juvana mengikut...

26
PERSEPSI PELATIH - PELATIH LELAKI SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS MELAKA TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL YANG DIJALANKAN DAYANA FARZEEHA BINTI ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

PERSEPSI PELATIH - PELATIH LELAKI SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS MELAKA TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN

VOKASIONAL YANG DIJALANKAN

DAYANA FARZEEHA BINTI ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA

DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya DAYANA FARZEEHA BINTI ALI __ ______________

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

/

Page 3: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )”.

Page 4: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

PERSEPSI PELATIH- PELATIH LELAKI SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS, MELAKA TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN

VOKASIONAL YANG DIJALANKAN.

DAYANA FARZEEHA BINTI ALI

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

Page 5: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan
Page 6: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

iii

DEDIKASI

Allah S.W.T

di atas kebesaranNya yang mengurniakan minda dan kekuatan

untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

Ditujukan Khas Buat

Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Rajuddin

pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu

Ayahanda dan Bonda Tercinta

Hj. Ali Bin Ahmad

&

Hjh. Noraini Binti Mohamad

yang sentiasa memberi sokongan

untuk ku meneruskan perjuangan ini

Kekanda Serta Adinda Tersayang

Hezrin, Syareena

Serta

Muhammad Azeem

yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan

agar menjadi insan cemerlang

rakan- rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat

terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian

Page 7: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufik dan

HidayahNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam untuk junjungan

Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda.

Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin merakamkan ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada Prof. Dr. Muhammad

Rashid Bin Rajuddin yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan dorongan. Keikhlasan

serta dedikasi beliau amat saya kagumi. Buat seluruh cendekiawan Universiti Teknologi

Malaysia, terima kasih diucapkan atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan

dikenang sepanjang masa.

Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Semoga

Allah SWT membalas jasa baik yang telah disumbangkan.

Wassalam.

Dayana Farzeeha Binti Ali.

Page 8: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang

mempengaruhi persepsi pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap

latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat,

kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan

pelatih, keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam

kerjaya serta suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga

pengajar. Sampel kajian terdiri daripada 116 orang pelatih lelaki di Sekolah Henry Gurney Telok

Mas, Melaka. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai

kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.85. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan

perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan,

peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor minat (min = 4.05), faktor

kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan

pelatih (min = 4.06), faktor keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk

diaplikasikan dalam kerjaya (min = 4.06) serta pembelajaran seperti kemudahan peralatan,

kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar (min = 4.23) kesemuanya berada pada tahap tinggi.

Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.

Page 9: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

vi

ABSTRACT

This descriptive study was carried out with purpose to determine the factors that influence

the perception of the male trainees at Henry Gurney School, Malacca based on the vocational skill

training provided. The factors studied were the trainees’ interest, their awareness on the

importance of the vocational skill training in determine their future, their confidence in the

training that will be applied in their career and last but not least, the learning environment factor

such as the equipment facilities, the learning method and the instructors. The respondents for this

study consisted of 116 male trainees from Henry Gurney School, Malacca. A set of questionnaire

was used as the research instrument. The reliability value for the questionnaire items was α =

0.85. The result of this study was analyzed using the Statistical Packages for Social Science

(SPSS) version 12.0 software to obtain the frequency, percentage and mean. Outcome of this

study showed that the interest factor (mean = 4.05), the awareness factor (mean = 4.06), the

confidence factor (mean = 4.06), and the learning environment factor (mean = 4.23), were all at

high level. Several suggestions were forwarded so that further studies can be carried out.

Page 10: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Program Pemulihan Akhlak 2

1.3 Latar Belakang Masalah 3

1.4 Penyataan Masalah 6

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Persoalan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

Page 11: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

viii

1.9 Kepentingan Kajian 10

1.10 Definisi Operasi 11

1.10.1 Persepsi 11

1.10.2 Pelatih 12

1.10.3 Latihan Vokasional 12

1.10.4 Juvana 12

1.10.5 Program Pemulihan 13

1.10.6 Minat 13

1.10.7 Kesedaran 13

1.10.8 Keyakinan 14

1.10.9 Suasana 14

1.11 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Jenayah Juvana Di Malaysia 15

2.3 Undang- Undang Juvana 16

2.4 Latihan Kemahiran Vokasional Di Malaysia 17

2.5 Faktor Identiti Diri 20

2.6 Faktor Pengaruh Minat pelatih 21

2.7 Faktor Kesedaran Pelatih 22

2.8 Faktor Keyakinan Diri Pelatih 23

2.9 Faktor Suasana Pembelajaran 25

2.10 Latar Belakang Henry Gurney, Melaka 26

2.10.1 Objektif Penubuhan Sekolah

Henry Gurney 27

2.10.2 Matlamat Penubuhan Sekolah

Henry Gurney 28

2.10.3 Perkhidmatan Dan Pemulihan

Sekolah Henry Gurney 28

2.10 Penutup 29

Page 12: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

ix

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kejian 32

3.4 Sampel Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Bahagian A 34

3.5.2 Bahagian B 35

3.6 Prosedur Kajian 36

3.6.1 Carta Alir Prosedur Kajia 37

3.7 Jangka Masa Kajian 38

3.8 Kajian Rintis 38

3.8.1 Keesahan Soal Selidik 39

3.8.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 39

3.9 Kajian Sebenar 40

3.10 Analisis Data 41

3.11 Penutup 42

BAB 4 : ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 44

4.2.1 Umur 44

4.2.2 Bangsa 45

4.2.3 Tempat Tinggal 45

4.2.4 Pendidikan 46

4.2.5 Bidang Kemahiran 47

4.2.6 Jangka Masa Menjalani Latihan 48

4.3 Bahagian B: Analisis Data Persoalan Kajian 49

Page 13: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

x

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 50

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 53

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 57

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 60

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 64

4.5 Penutup 65

BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan Kajian 67

5.2.1 Bahagian A - Perbincangan Latar Belakang

Responden 67

5.2.2 Bahagian B - Perbincangan Persoalan

Kajian 69

5.2.2.1 Faktor Minat 70

5.2.2.2 Faktor Kesedaran 72

5.2.2.3 Faktor Keyakinan 75

5.2.2.4 Faktor Suasana Pembelajaran 77

5.3 Rumusan Kajian 79

5.4 Cadangan Kajian 82

5.4.1 Jabatan Penjara Malaysia 82

5.4.2 Sekolah Henry Gurney 84

5.4.3 Construction Industry Development Board 85

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.6 Penutup 87

BIBLOGRAFI 89 - 95

Lampiran A-F 96 - 118

Page 14: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Juvana Bersalah Mengikut Negeri 4

1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5

1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6

3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35

3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 36

3.3 Nilai Alpha ( Cronbach) 40

3.4 Jadual Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 41

3.5 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 42

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 44

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik

Tertinggi 46

4.5 Taburan Responden Mengikut Bidang Kemahiran 47

4.6 Taburan Responden Mengikut Jangka Masa

Mengikuti Bidang Kemahiran Yang Diikuti

Sekarang 48

4.7 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 49

4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor Minat 50

4.9 Taburan Responden Mengikut Faktor Kesedaran 54

4.10 Taburan Responden Mengikut Faktor Keyakinan 57

4.11 Taburan Responden Mengikut Faktor Suasana

Pembelajaran 60

Page 15: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

xii

4.12 Taburan Peratusan Responden Secara

Keseluruhan Persoalan Kajian 64

Page 16: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 37

5.1 Aras Modul Latihan Kemahiran Vokasional

Dan Pendidikan Ala Keusahawanan 83

5.2 Komponen- Komponen Program Bimbingan 85

Page 17: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

f - Kekerapan

% - Peratus

CIDB - Construction Industrial Dovelopment Board

Dr. - Doktor

ILVA - Institut Latihan Vokasional Awam

ILVS - Institut Latihan Vokasional Swasta

JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat

MLVK - Majlis Latihan Vokasinal Malaysia

MARA - Majlis Amanah Rakyat

MBM - Majlis Belia Malaysia

PPC - Pusat Pemulihan Cheras

Prof. - Profesor

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STB - Sekolah Tunas Bakti

Page 18: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Soal Selidik 96

B Surat Pengesahan Menjalani Projek Sarjana Muda 102

C Surat Kelulusan Daripada Jabatan Penjara Malaysia 103

D Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat 106

E Surat Pengesahan Kandungan Item Soal Selidik 107

F Hasil Data Analisis SPSS 108

Page 19: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

1  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Jenayah juvana kini kian membimbangkan. Saban hari masyarakat sering

dihidangkan dengan pelbagai berita dan maklumat tentang keganasan dan masalah

sosial yang melibatkan golongan remaja atau kanak- kanak seperti bunuh, samun

tanpa senjata api, rogol, menyebabkan kecederaan, keganasan jenayah, gengsterisme,

penyalahgunaan dadah, masalah moral, dan sebagainya. Jenayah bersindiket yang

membabitkan golongan remaja berkembang menjadi jenayah tanpa sempadan

ataupun global (Berita Harian, 4 Ogos 2004).

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada berlakunya

keruntuhan akhlak di kalangan remaja seperti faktor individu iaitu aspek harga diri,

personaliti, kepercayaan agama, keruntuhan institusi keluarga, faktor rakan sebaya

dan faktor persekitaran. Remaja adalah satu kumpulan individu yang kompleks.

Personaliti remaja adalah suatu yang bersifat berkembang. Justeru, pendekatan

digunakan untuk mengatasi masalah sosial yang dihadapi remaja mestilah bersifat

bersepadu dan berkesinambungan (Berita Harian, 4 Ogos 2004).

Page 20: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

2  

Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menggubal akta

berkaitan Sistem Pengadilan Juvana yang kini dikenali sebagai Akta Kanak-kanak

2001. Penumpuan matlamat keadilan juvana menumpukan kepada aspek kanak-

kanak itu sendiri terutama untuk mendapat hak dan keadilan yang sewajarnya

(Berita harian, 20 Februari 2004 ).

Oleh itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipertanggungjawabkan

untuk membuat perancangan bagi memberi pemulihan kepada pesalah juvana.

Golongan remaja atau kanak- kanak yang disabitkan oleh Mahkamah Juvana dengan

masalah sosial akan dihantar ke institusi pemulihan akhlak bagi menjalani proses

pemulihan akhlak. Malah, selaras keperluan Akta Kanak-Kanak 2001, JKM

menubuhkan beberapa institusi pemulihan akhlak khas kepada kanak-kanak di

bawah umur 18 tahun yang terbabit dalam jenayah dan tidak terkawal serta yang

memerlukan perlindungan segera (Berita Harian, 20 Februari 2004).

1.2 Program Pemulihan Akhlak di Malaysia

Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat telah merancang pelbagai program bagi menangani masalah keruntuhan

akhlak remaja dan masalah sosial seperti program pemulihan akhlak dan kempen

Penghayatan Akhlak Mulia. Program- program pemulihan akhlak ini dikendalikan

oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penjara dan institusi- institusi

pemulihan akhlak di negara ini. Institusi- institusi tersebut dikenali sebagai Sekolah

Henry Gurney, Sekolah Tunas Bakti, Taman Seri Puteri, Rumah Tahansentara atau

Asrama Akhlak dan Penjara Juvana.

Tujuan program pemulihan akhlak ini adalah untuk memberi peluang kepada

juvana memperbaiki kesilapan diri agar dapat kembali ke pangkal jalan dan dapat

diterima di dalam masyarakat. Bagi mencapai tujuan tersebut, penguatkuasaan

undang- undang, kaedah- kaedah dan peraturan- peraturan yang berkaitan telah

digunakan oleh kerajaan antaranya ialah Akta Mahkamah Juvana 1947, The Juvenile

Page 21: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

3  

Courts Ordinance (The Places of Detention Rules) 1950, Akta Perlindungan Wanita

Dan Gadis 1973 (Pindaan) 1987, Sekolah Tunas Bakti (Peraturan- peraturan Sekolah

Yang Diluluskan 1981), Taman Seri Puteri (Kaedah- kaedah Pusat Perlindungan

Wanita dan Gadis- Perlindungan) 1982, Peraturan- peraturan Asrama Akhlak 1982

dan Peraturan- Peraturan Kebajikan Budak- Budak (Perlembagaan Dan Kewajipan)

1976 Dan (Pindaan) 1988.

  

Terdapat pelbagai program dan kemudahan yang dirancang dan disediakan di

institusi- institusi pemulihan akhlak ini untuk tujuan pemulihan kepada juvana yang

terlibat. Program- program pemulihan yang dijalankan adalah seperti jagaan dan

perlindungan, bimbingan dan kaunseling, pendidikan akademik, pendidikan agama

dan moral, latihan vokasional serta program riadah.

Di pusat pemulihan ini, semua pesalah juvana akan disediakan dengan jadual

waktu yang tetap dan perlu mengikuti peraturan- peraturan yang ditetapkan. Dengan

cara ini, pelatih di pusat pemulihan ini dapat membentuk dan mengubah sikap

mereka kepada tingkahlaku yang positif disamping memperolehi beberapa

kemahiran vokasional yang ditawarkan di setiap pusat pemulihan.

1.3 Latar Belakang Masalah

Perangkaan kes juvana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan

setiap tahun jumlah pesalah remaja yang terbabit dalam pelbagai kesalahan cukup

membimbangkan. Meskipun kes yang dilaporkan berkurangan kepada 4,998 pada

2003 berbanding 5,319 pada 2002, jumlah berkenaan perlu diberi perhatian serius

memandangkan begitu ramai remaja yang sudah terbabit dalam jenayah pada usia

setahun jagung. (Berita Harian, 7 September 2005).

Page 22: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

4  

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Malaysia dari tahun 2002 sehingga tahun 2005, jumlah kesalahan juvana di negara

ini semakin meningkat dan ia amat membimbangkan.

Jadual 1.1 : Juvana Bersalah Mengikut Negeri

NEGERI 2002 2003 2004 2005

Johor 381 558 751 1,019

Kedah 342 443 334 930

Kelantan 347 432 325 280

Melaka 70 77 117 153

Negeri Sembilan 263 153 246 225

Pahang 342 290 182 232

Perak 519 326 713 644

Perlis 124 106 100 134

Pulau Pinang 351 317 317 291

Selangor 903 835 816 807

Terengganu 406 525 525 736

WP Kuala Lumpur 777 581 874 904

WP Labuan 0 10 0 0

Sabah 191 155 394 500

Sarawak 303 190 362 346

Jumlah 5,319 4,998 6,056 7,201

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Page 23: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

5  

Jadual 1.2: Pesalah Juvana Mengikut Etnik

Tahun Melayu Cina India Lain- lain Jumlah

1996 2,564 723 419 505 4,211

1997 2,825 679 593 493 4,590

1998 3,836 1,072 814 616 6,338

1999 3,795 837 654 417 5,700

2000 3,442 869 613 360 5,284

2001 3,459 831 614 278 5,184

2002 3,705 698 566 350 5,319

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JKM Malaysia di atas, Jumlah

pesalah juvana di negara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun dan ia amat

membimbangkan negara kerana golongan remaja merupakan generasi pelapis dan

merupakan aset penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara itu.

Peningkatan jumlah remaja yang terlibat dengan masalah sosial telah

mendorong pihak kerajaan dan badan- badan sukarela yang lain mengambil inisiatif

dengan mewujudkan serta melaksanakan berbagai- bagai program atau strategi untuk

mengatasinya. Dengan wujudnya institusi pemulihan akhlak, pesalah juvana akan

ditempatkan di institusi ini dan diberi bimbingan serta kemahiran melalui program

pemulihan akhlak. Matlamat utama program yang dijalankan adalah untuk

membentuk sikap positif dan sebagai persediaan sebelum juvana atau pelatih

dilepaskan dan kembali ke pangkuan keluarga.

Page 24: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

6  

Statistik mengikut kategori kesalahan yang dikeluarkan oleh Sekolah Henry

Gurney Telok Mas menunjukkan remaja kini bukan sahaja terlibat dengan jenayah

kecil sahaja malahan ada di antara mereka yang telah dijatuhkan hukuman Tahanan

Limpah Gabenor atau Sultan iaitu mereka yang disabitkan dengan kesalahan

membunuh. Ada juga diantara mereka yang terlibat dengan kancah najis dadah.

Mereka bukan sahaja sebagai penagih dadah malah terlibat dengan aktiviti

pengedaran dadah. Ini jelas terbukti bahawa golongan remaja masa kini sudah jauh

menyimpang dengan norma- norma kehidupan sebagai seorang insan yang

berakhlak.

Jadual 1.3: Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan

Kategori Kesalahan / Akta Bilangan

Tahanan Limpah Gabenor / Sultan 2

Akta Dadah Merbahaya 40

Kanun Keseksaan 244

Pelbagai Undang- Undang 30

Jumlah 317

Sumber : Laporan Muster Mingguan Stastistik Sekolah Henry Gurney

Melaka

    1.4 Pernyataan Masalah

Kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dalam menangani masalah

pesalah juvana di negara ini dengan mewujudkan institusi- institusi pemulihan

akhlak. Di institusi pemulihan tersebut, pesalah juvana akan mengikuti segala

program yang telah dirancang seperti program kerohanian, program riadah, program

latihan kemahiran, kelas keagamaan dan kerohanian.

Page 25: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

7  

Institusi– institusi pemulihan akhlak di Malaysia menawarkan pelbagai

program dari aspek akademik, kokurikulum serta latihan kemahiran vokasional.

Program– program seperti ini memberi peluang kepada pelatih untuk mendapatkan

ilmu serta kemahiran yang berkaitan untuk digunakan selepas tamat tempoh

penahanan. Para pelatih diwajibkan mengikuti satu latihan kemahiran vokasional

yang ditawarkan sepanjang berada di insitusi pemulihan tersebut. Pelatih akan

diberikan sijil pengiktirafan dalam bidang kemahiran yang diambil setelah tamat

tempoh menjalani latihan yang telah ditetapkan. Pemberian sijil ini amat penting

untuk pelatih kerana ia dapat membantu para pelatih mendapatkan peluang pekerjaan

sekaligus dapat berdikari setelah keluar dari pusat pemulihan ini.

Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelatih-

pelatih di pusat pemulihan akhlak ini terhadap latihan kemahiran vokasional yang

dijalankan di institusi tersebut. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui

sejauhmanakah minat pelatih terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelatih-pelatih terhadap

latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Justeru itu, kajian ini menjurus secara

spesifik untuk menjawab persoalan kajian berikut:

i. Mengenalpasti minat pelatih terhadap latihan kemahiran yang

dijalankan.

ii. Mengenalpasti tahap kesedaran pelatih terhadap kepentingan latihan

kemahiran vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa depan

mereka.

Page 26: PERSEPSI PELATIH - fp.utm.my · 1.2 Pesalah Juvana Mengikut Etnik 5 1.3 Pesalah Juvana Mengikut Kategori Kesalahan 6 3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35 3.2 Taburan

8  

iii. Mengenalpasti tahap keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran

vokasional yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya.

iv. Mengenalpasti faktor suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan,

kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar yang mempengaruhi persepsi

pelatih terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.

   

1.6 Persoalan Kajian Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai iaitu:

i. Adakah terdapatnya minat yang tinggi oleh pelatih terhadap latihan

kemahiran vokasional yang dijalankan?

ii. Adakah terdapatnya kesedaran oleh pelatih terhadap kepentingan latihan

kemahiran vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa depan

mereka?

iii. Adakah pelatih mempunyai keyakinan terhadap latihan kemahiran vokasional

yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya?

iv. Adakah faktor suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah

pembelajaran dan tenaga pengajar mempengaruhi persepsi pelatih terhadap

latihan kemahiran vokasional yang dijalankan?