persekitaran bilik darjah

5
3.0 Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah 3.0.1 Pengurusan bilik darjah ITEM ADA TIADA CATATAN Carta organisasi kelas Jadual Waktu Kelas Jadual Bertugas Peraturan Sekolah Kata-kata hikmah Sudut Bacaan LCD Paparan Maklumat Tambahan 3.2 Bagaimana bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah digunakan secara berkesan.

Upload: anne-zakaria

Post on 01-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

classroom plan

TRANSCRIPT

3.0 Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah 3.0.1 Pengurusan bilik darjah

ITEM

ADATIADACATATAN

Carta organisasi kelas

Jadual Waktu Kelas

Jadual Bertugas

Peraturan Sekolah

Kata-kata hikmah

Sudut Bacaan

LCD

Paparan Maklumat Tambahan

3.2 Bagaimana bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah digunakan secara berkesan.

Biasanya murid-murid sekolah rendah lebih sukakan sesuatu yang menarik, berwarna-warni dan dalam bentuk piktograf. Ini adalah kerana ia dapat membantu merangsang minda pelajar dengan lebih cepat daripada kebiasaan. Oleh itu melalui pemerhatian saya, kebanyakan kelas di SK Seri Lanang Banting mempunyai papan kenyataan pembelajaran yang sangat menarik dan kreatif serta mempunyai bahagian-bahagian yang berlainan bagi tujuan memisahkan bahagian mengikut subjek yang berlainan supaya input yang dipamerkan di bercampur-aduk dan menyebabkan pelajar keliru. Malahan, saya berpendapat bahawa sumber pengajaran dan pembelajaran yang konkrit juga merupakan bahan mengajar yang berkesan untuk pelajar-pelajar di sekolah rendah.

3.3Bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid.Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh pelajar adalah bahan yang wujud atau berada di depan mata mereka atau bahan yang konkrit. Ini kerana pelajar-pelajar dapat melihat sendiri serta mengaplikasikan bahan tersebut di samping membuatkan pelajar menjadi seronok untuk mengambil bahagian dalam kelas.Seperti kelas-kelas yang telah saya masuk dan mengikuti pembelajaran mereka,jenis aktiviti yang dilaksanakan oleh guru yang mengajar yang menarik perhatian pelajar ialah yang berunsurkan permainan atau berkumpulan atau kuiz yang mana membolehkan pelajar dapat belajar serta berfikir dan menyumbang idea secara bebas tanpa batasan. Sumber-sumber yang disediakan oleh guru-guru juga menambahkan lagi semangat pelajar dalam melakukan aktiviti yang di jalankan oleh guru. Malahan, bahan pembelajaran yang di lakukan kebiasannya akan di pamerkan di sudut pameran atau papan kenyataan pembelajaran di dalam kelas. Serta, penyediaan ruang atau sudut bacaan di bahagian belakang kelas yang membolehkan pelajar-pelajar meletakkan banyak bahan bacaan ataupun folio-folio yang di buat untuk di pamerkan di sudut bacaan. Secara tidak langsung, bahan yang dipamerkan dapat membantu pelajar untuk mengingati apa yang telah dipelajari apabila mereka membacanya berulang-ulang kali.

3.4 Penggunaan sumber pelajaran yang berasaskan ICT.Setiap kelas yang saya perhatikan di SK Seri Lanang, mereka tidak mempunyai peralatan LCD, kecuali di dalam makmal Sains dan Bilik Access. Maka di sini, tedapat kerugian dari segi sistem ICT yang tidak dapat dilakukan di dalam bilik darjah untuk proses pembelajaran. Jika tidak, pelajar mungkin akan didedahkan dengan lebih meluas dan mendalam tentang sesuatu subjek itu dengan grafik-grafik komputer dan contoh-contoh yang lebih berkesan. Tetapi, ia tidak di tahap yang bawah kerana sekolah mempunyai satu bilik khas iaitu Bilik Access untuk pelajar mengakses dan menggunakan teknologi tersebut atas tujuan pembelajaran. Malahan, ada juga guru-guru yang akan menggunakan makmal computer tersebut pada masa-masa tertentu untuk subjek tertentu bagi member pendedahan kepada pelajar mengenai ICT.Saya sempat membuat pemerhatian ke atas sesi pembelajaran yang menggunakan penggunaan ICT, di dalam makmal, di mana pelajar-pelajar lebih teruja dan tertarik kepada pembelajaran kerana sistem grafik dan bunyi yang lebih advance yang digunakan untuk subjek Bahasa Inggeris lebih menarik perhatian pelajar Tahun 1 daripada pembelajaran yang berdasarkan buku teks sahaja.

3.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktivit pembelajaran.Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran dengan cara bersoal jawab atau berkomunikasi dua hala. Guru tidak hanya member penerangan tetapi sesekali akan bertanyakan soalan kepada murid-murid untuk memastikan mereka memahmi apa yang diterangkan. Selain itu juga, guru turut meminta pendapat daripada murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pelaksanaan aktiviti pula, guru menyediakan alatan atau bahan bantuan mengajar yang mencukup agar semua murid dapat turut serta dalam aktiviti yang di laksanakan. Penglibatan dari murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga sangat baik, dan guru dilihat dapat mengawal suasana kelas dengan bijak.

3.6Kenal pasti bagaimana pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu.Murid-murid dibahagikan mengikut tahap prestasi. Setiap kumpulan yang dibentuk mengandungi murid-murid yang berbeza tahap prestasi akademik mereka. Keadaan ini dapat membantu murid yang lemah meningkatkan prestasi mereka melalui bimbingan serta bantuan daripada murid yang lebih bijak di samping perhatian dan tunjuk ajar yang di berikan oleh guru sendiri. Selain itu, percampuran kaum dalam setiap kumpulan juga di galakkan untuk memupuk serta mendidik pelajar-pelajar semangat perpaduan antara kaum, bertolak ansur dan menghormati budaya kaum yang berlainan.