permohonan peruntukan penyelidikanreg.upm.edu.my/spk_upm/pu-py-web/garis panduan/gp04... · ptj :...

9
NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 1 drp. 9 PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN 1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan. 2.0 TERMINOLOGI DAN GLOSARI KP : Ketua Projek/Penyelidik PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir PTO : Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) PRMC : Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan RA : Pembantu Penyelidik TPGP : Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC TNCPI : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) TDP : Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) 3.0 TANGGUNGJAWAB 3.1 Ketua PTJ, TDP, PRMC dan KP adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi. 3.2 Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan perolehan sumber manusia perlu mematuhi garis panduan ini. 4.0 DOKUMEN RUJUKAN Kod Dokumen Tajuk Dokumen - Garis panduan penaja geran - Buku Peraturan Kewangan dan Perakaunan, Pejabat Bendahari UPM (2002)

Upload: truongkhanh

Post on 02-Mar-2018

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 1 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

2.0 TERMINOLOGI DAN GLOSARI

KP : Ketua Projek/Penyelidik PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir PTO : Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) PRMC : Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan RA : Pembantu Penyelidik TPGP : Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC TNCPI : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) TDP : Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)

3.0 TANGGUNGJAWAB

3.1 Ketua PTJ, TDP, PRMC dan KP adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi.

3.2 Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan perolehan sumber manusia perlu mematuhi garis panduan ini.

4.0 DOKUMEN RUJUKAN

Kod Dokumen Tajuk Dokumen

- Garis panduan penaja geran

- Buku Peraturan Kewangan dan Perakaunan, Pejabat Bendahari UPM (2002)

Page 2: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 2 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

5.0 PANDUAN PELANTIKAN

5.1 Syarat-syarat pelantikan Pembantu Penyelidikan: (i) Calon (awam) mestilah memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran

Malaysia atau yang setaraf dengannya. (ii) Calon (bukan pelajar) dan bukan warganegara Malaysia hendaklah

mendapat pas bekerja selaras dengan polisi semasa kerajaan Malaysia.

(iii) Calon (pelajar siswazah) perlu mendapat pengesahan dan kelulusan Sekolah Pengajian Siswazah.

5.2 Kuasa Pelantikan

Majlis Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam mesyuaratnya yang ke- 105 pada 1 Disember 1992 telah bersetuju mewujudkan Skim Pembantu Penyelidik dengan memberi kuasa kepada Dekan Fakulti atau Pengarah Pusat yang berkenaan untuk melantik Pembantu Penyelidik mengikut Skim tersebut dengan persetujuan Ketua Projek penyelidikan yang berkenaan.

5.3 Definisi Pembantu Penyelidikan

(i) Pembantu Penyelidikan bermaksud pegawai, orang perseorangan

atau pembantu penyelidikan yang tugasnya membantu dalam pelaksanaan sesebuah projek penyelidikan sebagaimana yang telah ditentukan dalam cadangan penyelidikan dan telah diluluskan oleh pihak penaja geran penyelidikan.

(ii) Pembantu Penyelidikan boleh terdiri daripada Pembantu Penyelidik

(RA), pegawai pengumpul data (enumerator), pegawai pemproses data atau individu yang diterima bekerja bersama-sama kumpulan penyelidikan bagi mencapai objektif penyelidikan yang dibiayai dengan peruntukan geran projek atau dana khas yang berkaitan.

5.4 Definisi Geran Penyelidikan

(i) Geran penyelidikan bermaksud geran yang di bawah pengurusan

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) seperti IRPA, ScienceFund, Fundamental, RUGS, SAGA, Toray-MTSF, MAKNA, FELDA dan lain-lain geran yang mungkin dikeluarkan dari semasa ke semasa dan tidak termasuk geran yang diuruskan oleh anak syarikat UPM Holdings;

Page 3: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 3 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

(ii) Manakala geran penyelidikan di bawah pengurusan Pusat Inovasi dan Pengkormesilan (ICC) seperti Technofund, Brain-Gain, penyelidikan pembangunan komersil dan lain-lain geran yang mungkin diterima dari semasa ke semasa dan tidak termasuk geran yang diuruskan oleh anak syarikat UPM Holdings Sdn. Bhd.

5.5 Permohonan

(i) Permohonan dibuka kepada semua fakulti / institut / pusat / akademi

sepanjang masa bergantung kepada keperluan dan peruntukan yang disediakan. Peruntukan khas (jika ada) boleh digunakan untuk tujuan pelantikan ini.

(ii) Permohonan untuk mendapatkan khidmat pembantu penyelidikan

dan kerja upahan boleh menggunakan Borang Permohonan Pembantu Penyelidikan dan Kerja Upahan (PU/PY/BR05/RA).

(iii) Borang permohonan berserta dokumen sokongan hendaklah dihantar

ke fakulti/institut/pusat/akademi yang berkenaan untuk diproses.

5.6 Skim Perkhidmatan

(i) Pembantu Penyelidikan boleh dilantik secara sementara (diberi gaji bulanan); atau secara sambilan (diberi gaji harian); tertakluk kepada baki peruntukan penyelidikan yang sedia ada, keperluan perkhidmatan dan persetujuan ketua projek yang berkenaan.

(ii) Tempoh lantikan Pembantu Penyelidikan bertaraf sementara adalah

sehingga maksimum 12 bulan dan boleh dilanjutkan atas dasar dari setahun ke setahun dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

(iii) Selain kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan dalam skim ini,

Pembantu Penyelidikan tidak menerima bonus, kenaikan gaji, kemudahan perubatan dan faedah-faedah sampingan keistimewaan tertentu sebagaimana yang diberi kepada staf tetap Universiti Putra Malaysia.

(iv) Pembantu Penyelidikan adalah dikehendaki membantu dalam kerja-

kerja penyelidikan yang berkaitan sebagaimana yang diarah oleh penyelidiknya. Pada menjalankan tugas, Pembantu Penyelidikan adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan Universiti dan

Page 4: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 4 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

bertanggungjawab kepada Dekan atau Pengarah melalui Ketua Projek yang berkenaan.

(v) Bagi Pembantu Penyelidikan (pelajar) yang dilantik secara sementara

dan secara sambilan akan dibayar gaji sehingga kadar maksimum mengikut kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Jadual A atau B mengikut mana yang berkenaan atau mengikut kemampuan (peruntukan) projek dan persetujuan Pembantu Penyelidikan yang berkenaan.

(vi) Bagi Pembantu Penyelidikan (orang luar), gaji permulaan yang lebih

tinggi boleh ditimbangkan oleh pihak berkuasa melantik berasaskan kriteria yang berikut:

pengalaman calon atau tahun bekerja;

jawatan yang ditawarkan memerlukan pengalaman tersebut;

kemampuan kewangan projek; dan

lain-lain asas pertimbangan yang kukuh.

(iv) Pembantu Penyelidikan tidak layak menuntut elaun imbuhan tetap atau bonus yang layak diterima oleh staf tetap UPM.

(v) Gaji yang ditawarkan adalah tertakluk kepada potongan untuk caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada kadar yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkenaan. Pembantu Penyelidikan yang berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah (atau seperti yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan dari semasa ke semasa) adalah diwajibkan juga mencarum kepada PERKESO.

(vi) Pembantu Penyelidikan bertanggungjawab membayar cukai dan

pendapatan yang kena dibayar bagi gaji dan apa-apa pendapatannya yang lain.

(vii) Pembantu Penyelidikan yang bertaraf sementara adalah layak diberi

cuti rehat bergaji penuh selama 15 hari bagi tempoh perkhidmatan selama setahun.

(viii) Pembantu Penyelidikan yang perlu membuat perjalanan rasmi kerana

urusan yang berkaitan dengan penyelidikan boleh dibayar elaun-elaun perjalanan (termasuk elaun makan, elaun harian dan elaun

Page 5: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 5 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

lojing atau bayaran hotel serta tuntutan hitungan batu) mengikut kadar yang berkuatkuasa di Universiti Putra Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.

(ix) Pembantu Penyelidikan boleh menghadiri seminar, konferensi atau

kursus yang diadakan di Malaysia dengan kelulusan Ketua Projek penyelidikan dan Dekan atau Pengarah yang berkenaan.

(x) Semua bayaran gaji Pembantu Penyelidikan sama ada sementara atau

sambilan akan diproses berdasarkan Penyata Pengesahan Bekerja bagi bulan berkenaan oleh Ketua Projek yang berkenaan.

(xi) Pelantikan Pembantu Penyelidikan bertaraf sementara boleh

ditamatkan tanpa diberi sebarang sebab selepas diberi sebulan notis bertulis atau dibayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Pembantu Penyelidikan yang berkenaan boleh melepaskan pelantikannya dengan cara yang sama.

(xii) Pelantikan Pembantu Penyelidikan yang bertaraf sambilan boleh

ditamatkan selepas diberi notis 24 jam. Pembantu Penyelidikan yang berkenaan juga boleh melepaskan pelantikannya dengan cara yang sama.

5.7 Perjanjian Kerahsiaan (NDA)

(i) Pihak Berkuasa Melantik atau PTJ akan mengeluarkan surat tawaran,

Borang Pengesahan Tawaran dan satu Borang Perjanjian Kerahsiaan (Non-Disclosure Agreement) yang perlu ditandatangani oleh Pembantu Penyelidik.

(ii) Borang Perjanjian Kerahsiaan (NDA) hendaklah dilengkapkan dan

dimatikan setem dengan segala perbelanjaan berkenaan urusan ini hendaklah ditanggung oleh pihak Pembantu Penyelidik sendiri atau melalui akaun projek berkenaan.

5.8 Pemantauan Kerja-kerja Penyelidikan

(i) Pihak berkuasa melantik atau PTJ hendaklah memantau

perkhidmatan Pembantu Penyelidikan (seperti kehadiran bekerja, permohonan cuti, penilaian prestasi dan perlanjutan kontrak) dari semasa ke semasa.

Page 6: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 6 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

(ii) Penilaian prestasi Pembantu Penyelidik hendaklah dilaksana sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh pelantikan atau minimum tempoh perkhidmatan enam (6) bulan. Penilaian prestasi juga diperlukan untuk tujuan pembaharuan kontrak atau perlanjutan tempoh perkhidmatannya.

(iii) Pembantu Penyelidik yang ingin melanjutkan tempoh pelantikan

perlu mendapat sokongan daripada Penyelia / Ketua Projek dan diluluskan oleh Ketua PTJ yang berkenaan.

(iv) Penyelia Projek hendaklah menggunakan Borang Penilaian Prestasi

Pegawai (PU/PY/BR06/NILAIPRESTASI) untuk tujuan ini.

5.0 REKOD KUALITI

Bil. Kod Fail, Tajuk Fail dan Senarai Rekod Tempat dan

Tempoh Simpanan

Tanggungjawab Menyenggara

Kuasa dan Cara

Melupus

1.

UPM/(Kod PTJ)/500-4/6 Pengurusan Pembantu Penyelidikan (Nama atau Kod Geran)/ (Kod Projek)

Borang Permohonan Pembantu Penyelidikan dan Kerja Upahan (PU/PY/BR05/RA).

Borang Perjanjian Kerahsiaan (NDA)

Borang Penilaian Prestasi Pegawai (PU/PY/BR06/NILAIPRESTASI)

Surat berkaitan

Dokumen lain

RMC/PTJ

5 tahun

PTO & PT

TNCPI

Rincih/ Arkib (jika

berkaitan)

6.0 SEJARAH SEMAKAN

No. Isu No.

Semakan No. CPD Kelulusan Mesyuarat

Disedia/ Disemak Oleh

Disahkan Oleh

Tarikh Kuatkuasa

02 00 - Keluaran Pertama untuk

satu persijilan TNCPI WP 03/01/2011

Page 7: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 7 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

JADUAL A

GAJI PEMBANTU PENYELIDIKAN (PELAJAR)

BERTARAF SEMENTARA Pembantu Penyelidik bertaraf sementara akan dibayar gaji bulanan di atas tangga gaji (P1) yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing sebagaimana berikut:

Kelayakan Tangga Gaji Kadar Gaji Bulanan (RM)

Ph.D Q3 (P1T10) 1,905.00

Master Q3 (P1T7) 1,707.00

Bacelor Q3 (P1T14) 1,509.00

Diploma Q6 (P1T5) 962.00

S.T.P.M Q6 (P1T1) 786.00

S.P.M Q7 (P1T1) 533.00

Sumber: Buku Peraturan Kewangan dan Perakaunan, Pejabat Bendahari UPM (2002)

Seorang Pembantu Penyelidikan layak dibayar gaji sehingga kadar maksimum yang ditetapkan di atas.

Page 8: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 8 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

JADUAL B

GAJI PEMBANTU PENYELIDIKAN (PELAJAR)

BERTARAF SAMBILAN Pembantu Penyelidikan bertaraf sambilan akan dibayar gaji harian mengikut formula seperti berikut: Gaji Permulaan Sebulan Mengikut Skim Perkhidmatan Pegawai Dilantik --------------------------------------- = Kadar Gaji Harian 27 Hari Bekerja

atau

Kelayakan Kadar Gaji Harian (RM)

Doktor Falsafah 71.00

Master 63.00

Bacelor 56.00

Diploma 36.00

S.T.P.M 29.00

S.P.M 20.00

Sumber: Buku Peraturan Kewangan dan Perakaunan, Pejabat Bendahari UPM (2002)

Page 9: PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELIDIKANreg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PY-web/GARIS PANDUAN/GP04... · PTJ : Pusat Tanggungjawab - Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah PT : Pegawai Tadbir

NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 9 drp. 9

PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Kod Dokumen: PU/PY/GP04/RA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

JADUAL C

KADAR TUNTUTAN PERJALANAN BAGI PELAJAR IJAZAH PERTAMA, PELAJAR PASCA

SISWAZAH DAN STAF SEMENTARA

Perkara

Kategori

Kadar Elaun Makan/ Penginapan*

Tuntutan elaun perjalanan bertugas rasmi dan berkursus

Pelajar Ijazah Pertama Pembantu Penyelidikan (RA) Pelajar Pasca Siswazah (GRA/GRF) Pasca Doktoral (Utama, Kanan atau Muda)

RM4.00 sejam atau RM40.00 sehari (Makan & Penginapan) Gred 17 hingga 40 atau yang setaraf Gred 41 hingga 44 atau yang setaraf Gred 45 hingga 52 atau yang setaraf

* Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Bil. 3/2008 pada 28 Julai 2008