1.0 pengenalan - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan...

36
1.0 PENGENALAN Pelaksanaan Projek Tahun Akhir (PTA) adalah bagi pelajar-pelajar semester akhir (Semester 6) Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) dan (Semester 7) Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa). Para pelajar diberikan tempoh selama 1 semester untuk menyempurnakan PTA mereka sebaik kembali ke kolej dari menyelesaikan Latihan Industri (LI) mereka. PTA akan memberi pelajar peluang untuk mempraktikkan pengetahuan teori mereka untuk cuba mencari penyelesaian kepada masalah-masalah dalam bidang kejuruteraan. Para pelajar akan dinilai dari segi kemahiran merekabentuk, mengendalikan mesin, menyelesaikan masalah, dan melaksanakan kerja-kerja pengurusan teknikal yang telah dikuasai. Penyediaan laporan PTA adalah sangat penting. Ia dilaksanakan sebagai memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa). 1.1 Objektif Tujuan pelaksanaan PTA ini adalah untuk : i) menguji kemahiran para pelajar dalam mengaplikasi kemahiran yang telah dikuasai. ii) mencari penyelesaian kepada permasalahan kejuruteraan yang dihadapi iii) memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian, pengumpulan data dan maklumat, dan juga pembentangan hasil projek iv) memupuk sikap berdikari pelajar sewaktu proses menyempurnakan PTA v) melatih pelajar dalam membuat pembentangan bagi hasil PTA 1.2 Prosedur Pelaksanaan Setiap projek akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan (maksimum 3 pelajar) berdasarkan jenis kajian atau bentuk projek yang dilaksanakan. Untuk projek berkumpulan, skop tugasan bagi setiap ahli kumpulan hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan Projek Tahun Akhir (PTA) adalah bagi pelajar-pelajar semester

akhir (Semester 6) Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan

Industri) dan (Semester 7) Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa). Para

pelajar diberikan tempoh selama 1 semester untuk menyempurnakan PTA

mereka sebaik kembali ke kolej dari menyelesaikan Latihan Industri (LI) mereka.

PTA akan memberi pelajar peluang untuk mempraktikkan pengetahuan teori

mereka untuk cuba mencari penyelesaian kepada masalah-masalah dalam

bidang kejuruteraan. Para pelajar akan dinilai dari segi kemahiran merekabentuk,

mengendalikan mesin, menyelesaikan masalah, dan melaksanakan kerja-kerja

pengurusan teknikal yang telah dikuasai. Penyediaan laporan PTA adalah sangat

penting. Ia dilaksanakan sebagai memenuhi salah satu syarat penganugerahan

Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) dan Diploma

Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).

1.1 Objektif

Tujuan pelaksanaan PTA ini adalah untuk :

i) menguji kemahiran para pelajar dalam mengaplikasi kemahiran yang telah

dikuasai.

ii) mencari penyelesaian kepada permasalahan kejuruteraan yang dihadapi

iii) memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian,

pengumpulan data dan maklumat, dan juga pembentangan hasil projek

iv) memupuk sikap berdikari pelajar sewaktu proses menyempurnakan PTA

v) melatih pelajar dalam membuat pembentangan bagi hasil PTA

1.2 Prosedur Pelaksanaan

Setiap projek akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan (maksimum 3

pelajar) berdasarkan jenis kajian atau bentuk projek yang dilaksanakan. Untuk

projek berkumpulan, skop tugasan bagi setiap ahli kumpulan hendaklah

dinyatakan dengan jelas.

Page 2: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

1.2.1 Jumlah Jam Kredit

Peruntukan jumlah jam kredit bagi PTA adalah 4 jam kredit.

1.2.2 Tempoh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan PTA adalah selama 1 Semester. Pelajar dikehendaki

membentangkan projek akhir mereka pada Semester Enam (6) bagi kursus

Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) dan Semester

Tujuh (7) bagi kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).

Pelaksanaan PTA hendaklah dimaklumkan kepada Penyelia Projek dari semasa

ke semasa. Bagi projek yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA.

1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA)

Setiap projek akan diselia dan dipantau oleh seorang tenaga pengajar sepanjang

perjalanan dan pelaksanaan PTA dari masa ke semasa supaya segalanya

berjalan lancar.

2.0 SKOP PROJEK

Pelajar digalakkan membuat perbincangan dan mendapatkan pandangan dari

tenaga pengajar sebelum menetapkan jenis projek yang akan dibangunkan. Ini

turut bergantung kepada kebolehan pelajar, kegunaan projek, skop kajian yang

bersesuaian dan realistik, berdaya saing serta mempunyai nilai-nilai komersil bagi

tujuan pemasaran (jika ada) dan beberapa lagi perkara yang perlu

dipertimbangkan sebelum keputusan muktamad dibuat.

2.1 Pemilihan Tajuk PTA

Page 3: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

Terdapat dua jenis projek yang boleh dibangunkan, iaitu:

a) Projek Jenis Nyata

b) Projek Jenis Kajian

2.1.1 Projek Jenis Nyata

Projek Jenis Nyata merujuk kepada produk atau perisian yang dibangunkan

mengikut kaedah-kaedah yang sesuai. Pembangunan projek jenis ini perlulah

mengabungkan teknologi-teknologi baru dan tidak meniru sebarang ciri-ciri

produk yang sedia ada di pasaran. Perbandingan antara produk sedia ada

dengan projek yang hendak dibangunkan perlu ditunjukkan dengan jelas beserta

kajian dan sokongan data.

Projek jenis ini boleh merujuk kepada penyelesaian sesuatu masalah yang

mungkin wujud sama ada di institut mahupun industri. Kaedah pembangunan dan

pengujian ke atas projek yang dibangunkan perlu dinyatakan dengan jelas dan

terperinci berserta sokongan data, analisa dan bukti-bukti yang berkenaan

dengan projek (ditunjukkan dalam bentuk gambar foto).

2.1.2 Projek Jenis Kajian

Projek Jenis Kajian pula merujuk kepada kemahiran dalam membuat kajian

tentang permasalahan, pengurusan teknikal, teknologi-teknologi baru, simulasi

dan sebagainya yang berkaitan. Hasil kajian hendaklah disertakan sebagai bukti

seperti dokumendokumen yang dibangunkan, borang soal selidik, senarai semak

dan sebagainya.

2.2 Kriteria Pemilihan Tajuk PTA

Page 4: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

2.2.1 Semua projek-projek yang dibangunkan mestilah berpandukan kehendak

industri (industry driven) dan boleh dikomersilkan jika sesuai.

2.2.2 Projek-projek juga boleh mempunyai nilai-nilai .future upgrade. yang mana

boleh dibuat penambahsuaian bagi meningkatkan lagi kualiti projek

tersebut.

2.2.3 Semua hasil cipta projek hendaklah asli. Adalah menjadi SATU

KESALAHAN jika didapati pelajar meniru atau menciplak hasil dari mana-

mana pihak. Pelajar akan GAGAL sekiranya melakukan kesalahan yang

tersebut di atas.

2.2.4 Pemilihan tajuk projek boleh dilakukan dengan memilih tajuk yang

disarankan oleh tenaga pengajar atau pilihan tajuk pelajar sendiri jika

mendapat persetujuan dari tenaga pengajar atau penyelia.

3.0 KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

Semua kertas cadangan hendaklah disediakan 2 minggu selepas pendaftaran

pelajar. Kertas cadangan yang telah diluluskan akan diserahkan kepada Penyelia

Projek yang telah dilantik oleh Penyelaras PTA untuk tujuan penilaian awal bagi

melihat akan keberkesanan projek tersebut. Pembentangan kertas cadangan

akan dilakukan oleh panel yang dilantik oleh Penyelaras PTA pada minggu ke 3

semester.

3.1 Objektif Penyediaan Kertas Cadangan Projek (Project Proposal)

Tujuan penyediaan cadangan adalah untuk:

i) membentangkan idea dan cadangan PTA

ii) memastikan kesesuaian projek untuk dilaksanakan

iii) menekankan kepentingan komitmen pelajar dengan Penyelia Projek

iv) melengkapkan sebahagian syarat PTA

3.2 Format Kertas Cadangan

Pelajar diminta menyediakan kertas cadangan mereka mengikut format yang

telah ditetapkan.

Page 5: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

Kertas cadangan hendaklah disediakan dan ditaip di atas kertas A4 berwarna

putih dengan berat sekurang-kurangnya 80 gram dan mengikut ciri-ciri yang

ditetapkan berikut.

a) Jenis tulisan : Arial

b) Saiz tulisan: 12 pt

c) Jarak perenggan (spacing) : 1.5 lines

d) Tajuk : 14 pt, bold

e) Sub-tajuk : 12 pt , bold

Kertas cadangan juga dikehendaki memuatkan perkara-perkara berikut:

a) Muka Depan

b) Kandungan dengan mukasurat

c) Abstrak

d) Pengenalan

e) Isi kandungan

f) Penutup

3.2.1 Isi Kandungan

Kertas cadangan PTA perlulah merangkumi perkara-perkara berikut:

a) Tajuk

b) Senarai nama individu / ahli kumpulan

c) Nama penyelia

d) Sinopsis

e) Pengenalan projek

f) Objektif

g) Konsep

h) Faedah jangkaan

i) Rujukan

j) Lain-lain dokumen sokongan

Page 6: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

4.0 BUKU LOG

Setiap pelajar diwajibkan merekod segala pembangunan dan perjalanan PTA di

di dalam buku log. Tujuan Buku Log dibangunkan adalah sebagai rujukan

Penyelia bagi memastikan kelancaran PTA dan pencapaian pelajar dari masa ke

semasa. Setiap nota, aktiviti dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan

pelajar akan diperiksa dan ditandatangani penyelia.

4.1 Format

Pelajar menyimpan data dan rekod berkaitan PTA mereka berdasarkan butiran-

butiran yang ditetapkan.

4.1.1 Format kandungan buku log

Format kandungan buku log untuk aktiviti harian adalah seperti berikut:

Tarikh: __________________

Masa: __________________

Tempat: __________________

Rujukan (buku, jurnal, majalah, .website.), nota, dll: _______________

_________________________________________________________

4.1.2 Format muka surat depan

Tajuk : ____________________________________________

Bahagian: ____________________________________________

Penyelia: ____________________________________________

Tempoh: __________________________

Sesi/semester: ____________________

Page 7: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

5.0 PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)

Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 salinan Laporan Projek Tahun Akhir (kulit

keras berwarna biru tua dan dijilid dengan PVC atau bahan yang sama) kepada

kolej ini untuk diedarkan kepada:-

1) P-PTA

2) Pusat Sumber

3) Simpanan Pelajar Sendiri (sekiranya perlu) bagi tujuan pengrekodan.

5.1 Muka Hadapan Kulit Laporan PTA

Tajuk, nama pengarang, sesi, kursus dan institut muka hadapan salinan kulit

keras hendaklah ditaip dengan huruf besar tebal dalam warna emas (bold gold).

Rujuk Lampiran A (format muka hadapan kulit laporan PTA) dan Lampiran B

(format tulang kulit laporan PTA).

5.2 Kertas dan Percetakan Laporan

Saiz kertas yang ditetapkan adalah kertas A4 berwarna putih dan berat ialah 80

gram. Berat kertas yang kurang daripada garis panduan yang ditetapkan adalah

tidak diterima sama sekali. Bagi tujuan percetakan, .printer laser. atau .High

Quality Printer. Adalah dicadangkan. Jika terdapat bahan cetakan melebihi saiz

A4, ia boleh difotokopi kepada salinan lebih kecil tetapi tdak kurang daripada 50%

saiz asal cetakan.

5.2.1 Had Maksimum / Minimum Mukasurat

Had maksimum laporan projek akhir mesti tidak melebihi 100 mukasurat

termasuk isi muka hadapan, isi kandungan, lampiran, jadual, gambarajah dan

lain-lain illustrasi. Manakala had minimum mukasurat laporan projek akhir mesti

tidak kurang daripada 50 mukasurat.

5.2.2 Penjilidan

Kulit Keras : Apabila menjilid Laporan PTA, satu helaian kosong hendaklah

mendahului muka surat bertaip yang pertama, dan satu helaian kosong juga

dilampirkan sebelum kulit belakang laporan.

Page 8: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

5.2.3 Bahasa

Laporan PTA boleh ditulis sama ada di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa

Malaysia (keseluruhannya). Tidak boleh dicampuradukkan kedua-dua bahasa.

Jika terdapat perkataan yang tidak boleh diterjemah di dalam Bahasa Malaysia,

ia boleh ditulis di dalam tulisan jenis .italic..

5.4 Ukuran Ruang (margin) dan Jarak (spacing) Isi Kandungan Laporan PTA

Untuk tujuan penjilidan dan kekemasan, jarak minimum bagi ruang tepi muka

surat untuk setiap helaian laporan adalah seperti berikut:

Atas - 20mm

Bawah - 40mm

Kanan - 25mm

Kiri - 40 mm

Laporan hendaklah ditaip dalam 1.5 line spacing, dijustifikasi (justify) dan

bahagian-bahagian yang lazim seperti jadual dibenarkan menggunakan satu

jarak (single spacing).

5.4.1 Nombor Muka Surat

Nombor muka surat hendaklah mempunyai jarak minimum sekurang-kurangnya

15mm daripada hujung bawah muka surat. Setiap halaman muka surat kecuali

tajuk Muka Hadapan Laporan sebelum muka surat Isi Kandungan harus

dinomborkan. Ia mesti bermula dengan huruf kecil jenis Roman (i, ii , iii).

5.4.2 Saiz huruf

Jenis tulisan yang disyorkan adalah .Arial. bersaiz 12 pt. Tajuk bab 14 pt, bold.

Subtajuk di dalam bab 12 pt, bold. Singkatan-singkatan perkataan adalah tidak

dibenarkan sama sekali di buat di dalam laporan.

Page 9: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

5.4.3 Bahan Ilustrasi

Bahan illustrasi asal seperti pelan, gambarajah dan lain-lain hendaklah disertakan

di dalam saiz sebenar. Gambar hitam-putih atau warna boleh dikategorikan

sebagai bahan illustrasi dan boleh diterima.

5.4.4 Pembetulan

Pembetulan kepada kesalahan seperti ejaan, perubahan ayat atau data haruslah

dibuat dengan cermat dan kemas. Penggunaan pemadam cecair adalah tidak

dibenarkan sama sekali. Oleh yang demikian adalah disarankan pelajar agar

menghantar salinan draf kepada Penyelia bagi tujuan penyemakan sebelum

menghantar salinan sebenar (finalize copy) untuk tujuan percetakan.

5.5 Format dan Susunan Laporan PTA

Format laporan haruslah mempunyai tiga (3) seksyen.

(a) Kandungan Awalan

(b) Isi Kandungan

(c) Kandungan Akhir (Bahan-bahan rujukan, lampiran dan lain-lain)

5.5.1 Kandungan Awal

(a) Tajuk Muka Hadapan (contents) - Lampiran C

(b) Pengakuan pengarang - Lampiran D

(c) Perakuan penyelia - Lampiran E nombor Roman (i, ii, iii)

(d) Penghargaan - Lampiran F

(e) Abstrak / Abstract - Lampiran G

5.5.2 Isi Kandungan

(f) Isi kandungan - Lampiran H nombor (1 , 2, 3)

Page 10: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

5.5.3 Kandungan Akhir

(g) Daftar jadual - Lampiran I

(h) Daftar rajah - Lampiran J

(i) Daftar simbol - Lampiran K

(j) Daftar plat (gambar) - Lampiran L

(k) Daftar lampiran - Lampiran M

5.6 Tajuk PTA di Muka Hadapan

Muka surat ini hendaklah mengandungi tajuk yang disahkan oleh Jabatan/Unit.

Lihat Lampiran C

5.7 Abstrak

Abstrak hendaklah lengkap dan jelas. Bahagian ini mengemukakan butir-butir

penting mengenai kajian, skop kajian dan kesimpulan-kesimpulan penting yang

diperolehi oleh pelajar. Panjangnya hendaklah di antara 100 hingga 200

perkataan (dalam satu halaman mukasurat sahaja). Abstrak perlu disediakan

dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dalam halaman

mukasurat yang berasingan.

5.8 Pengenalan

Pengenalan meliputi perkara yang disiasati, tujuan kajian, satu ringkasan

parameter yang dikaji dan gejala-gejala istimewa. Takrif istilah dan simbol yang

digunakan hendaklah dimasukkan dalam bahagian ini.

5.9 Senarai Bahan dan Peralatan (Apendiks)

Pelajar diminta menyenaraikan keperluan bahan dan peralatan serta harga yang

dianggarkan untuk setiap item.

5.10 Kajian Lapangan (Literature Review)

Kajian ini merujuk kepada kajian perpustakaan yang mana, pelajar adalah

dikehendaki membuat kajian terhadap projek yang sedia ada di pasaran,

kelemahan-kelemahan yang wujud, masalah-masalah yang cuba hendak

Page 11: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

diselesaikan, teori-teori sokongan dan sebagainya berkenaan. Pembangunan

projek juga boleh merujuk kepada dasar pembangunan negara seperti

Rancangan-rancangan Malaysia (RMK8, RMK9) dan dasardasar kerajaan yang

lain.

5.11 Kajian Pelaksanaan Kerja:

Prosedur Kerja beserta gambarajah

Bahagian ini hendaklah mengandungi semua butir cara penyiasatan seperti :

Kajian-kajian Ujikaji : Rekabentuk dan penghuraian mengenai radas, teknik

pengukuran termasuk punca-punca kesilapan dan cara-cara untuk

mengurangkannya, bahan-bahan dan cara-cara mengeluarkan dan menguji

contohcontoh.

Masalah Teori atau Rekabentuk : Penghuraian mengenai teknik yang

digunakan. Terbitan matematik yang terlalu panjang hendaklah disediakan

sebagai lampiran. Bahagian ini juga hendaklah mengandungi senarai ujian-ujian

yang telah dilakukan.

5.12 Pengujian

a) Senarai alatan pengujian

b) Kaedah pengujian dan kalibrasi

c) Keselamatan dalam pengujian / langkah berjaga-jaga

d) Peringkat pertama keputusan pengujian dan kalibrasi

e) Peringkat akhir keputusan pengujian

f) Pembaikpulihan dan penyelenggaraan

Page 12: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

5.12.1 Keputusan

Bergantung berapa banyak maklumat yang hendak dipersembahkan. Bahagian

ini boleh juga dimasukkan di bawah 5.12 atau 5.13. Keputusan lazimnya

diringkaskan dalam bentuk jadual, rajah dan gambar. Data-data keputusan ujikaji

dan cetakan komputer, jika saiz melebihi A4 boleh dilampirkan berasingan di

dalam fail.

5.12.2 Perbincangan

Bahagian ini merupakan bahagian yang paling kritikal dan hendaklah

mengandungi bahagian-bahagian berikut (tidak semestinya mengikut tertib

berikut):-

a) Penilaian

b) Analisis

c) Tafsiran

d) Kajian Perbandingan

e) Ulasan-ulasan

f) Pertimbangan

Syor-syor untuk kajian lanjut bagi memperbaiki teknik penyiasatan dinyatakan

dalam bahagian perbincangan.

5.13 Kesimpulan

Kesimpulan Laporan Projek adalah termasuk kepada permasalahan, motivasi

dan cadangan penyelesaian (jika ada). Kesimpulan adalah berdasarkan laporan

yang termaktub di dalam perenggan 5.11 hingga 5.12.

5.14 Cadangan . Berbentuk teknikal dan fakta

Pelajar disarankan memberi cadangan di dalam Laporan PTA berbentuk teknikal

dan fakta. Ia boleh disokong dan ditunjukkan di dalam jadual siri, penerangan

teks, dan juga perbincangan. (Lanjutan dari perenggan 5.12.1 dan 5.12.2)

Page 13: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

5.15 Rujukan

Laporan hendaklah disertakan dengan satu senarai tepat rujukan-rujukan yang

dipetik untuk membolehkan pembaca membuat carian dengan tepat. Setiap

rujukan yang dipetik atau diterjemah/diolah di dalam laporan harus dimasukkan di

dalam senarai rujukan dan dinomborkan. Semua petikan yang dibuat oleh penulis

atau pengarang hendaklah disenaraikan.

5.15.1 Berikut adalah beberapa sumber rujukan:

(a) buku;

(b) artikel dari Jurnal; dan

(c) bahan rujukan dari sumber elektronik.

5.15.2 Berikut adalah cara menulis petikan buku:

(a) memaklumkan petikan di dalam bentuk nota kaki(footnote);

(b) petikan berdasarkan sumber rujukan diikuti oleh petikan; dan

(c) menggunakan idea penulis di dalam bentuk teks.

Contoh petikan yang diambil terus dari buku/artikel/web/e-book dan lain-lain

dalam bentuk format nota kaki

.Reading is a complex cognitive skill (no one understands it) which we cannot break

down into a series of steps that a teacher can take into a classroom and teach..

(Dubin, Eskey and Grabe 1986:5)

Contoh: Ayat Terjemahan / Diolah dari Artikel Penulis

To enable learners to view ideas globally and to connect different ideas, Ausubel (1963)

proposes that learners arrange the information in a particular schema.

Setiap senarai rujukan perlu mengikut spesifikasi American Psychological Assosiation

(APA), di mana senarai perlulah disusun mengikut abjad. Setiap baris kedua dan

seterusnya hendaklah dibuat (indent) lima (5) langkauan, seperti yang ditunjukkan

dalam contoh.

Page 14: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

5.16 Apendiks / Lampiran

Bahagian ini mengandungi laporan bahan-bahan yang digunakan, di mana ia

tidak sesuai disenaraikan sebagai sebahagian daripada bahagian laporan utama;

umpamanya data-data, butir-butir atau peralatan dan aturcara komputer. Rujuk

Lampiran N untuk format penulisan laporan akhir .

5.17 Salinan dan Penyerahan

Laporan yang menggunakan salinan karbon adalah tidak dibenarkan. Sebaliknya

pelajar dikehendaki membuat salinan fotokopi. Sekiranya pelajar menggunakan

pelbagai warna diatas kertas graf, warna-warna ini hendaklah juga ditunjukkan

dalam naskah salinan yang diserahkan kepada Penyelia Projek.

5.18 Tarikh Akhir Penyerahan Laporan Projek

Tarikh akhir penyerahan ketiga-tiga salinan Laporan Projek (berkulit keras) bagi

semua pelajar ialah 1 minggu sebelum pelajar menamatkan pengajian. Salinan-

salinan ini mestilah diserahkan kepada Penyelia Projek, Pusat Sumber dan satu

salinan untuk simpanan pelajar(sekiranya perlu). Bentuk kulit keras hendaklah

Page 15: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

mengandungi salinan taip asal yang memuaskan (atau salinan fotokopi yang

baik).

6.0 PERSEMBAHAN PTA

Berikut adalah penetapan tentang pembentangan projek:

a. Pembentangan PTA kebiasaanya akan diadakan 2 minggu sebelum tamat

pengajian.

b. Pelajar dibenarkan membentang persembahan PTA menggunakan MS

Power Point atau mana-mana kaedah yang sesuai.

c. Satu salinan laporan (berkulit lembut) perlu disediakan dan dihantar

seminggu sebelum persembahan projek kepada Ketua bahagian / unit.

6.1 Kriteria Pembentangan PTA

Isi kandungan persembahan hendaklah ringkas dan padat, yang mana hanya

memaparkan isi-isi penting persembahan sahaja serta dipersembahkan mengikut

turutan.

Pembentangan PTA mestilah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a) Tajuk projek dan nama kumpulan

b) Kerangka persembahan

c) Pengenalan projek

d) Objektif projek

e) Kelebihan projek

f) Cadangan penambahbaikan / masalah-masalah yang dihadapi

g) Penutup / kesimpulan

6.2 Masa Pembentangan PTA

Masa yang diberikan bagi setiap persembahan adalah 15 minit. Masa untuk

demonstrasi adalah 10 minit, manakala sesi soal jawab selama 5 minit. Setiap

kumpulan perlu mengagihkan masa dengan bijak antara ahli kumpulan bagi

setiap penyampaian.

Page 16: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

7.0 PENILAIAN PTA

i. Semua projek hendaklah disiapkan dan diuji sepenuhnya sebelum

penilaian dibuat.

ii. Kriteria penilaian dan permarkahan PTA adalah merangkumi perkara-

perkara berikut:

a. Laporan Projek

b. Kertas Cadangan Projek

c. Kebolehfungsian dan Pengoperasian Projek

d. Persembahan Projek

e. Komitmen Keseluruhan

8.0 PENUTUP

Pelaksanaan PTA adalah pentas bagi pelajar untuk mempamerkan keupayaan

mereka dalam mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang telah dikuasai

bagi mengeluarkan hasil kerja yang bermutu tinggi.

Adalah menjadi harapan institut ini, agar semua graduan yang bakal dilahirkan

mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi yang tinggi dan dapat

menyumbang tenaga untuk menjana sektor perindustrian bagi mempertingkat

ekonomi negara ini.

9.0 PANDUAN UMUM LAPORAN PROJEK AHKIR

9.1 Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) adalah di LARANG sama sekali.

9.2 Laporan boleh di tulis sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Penggunaan bahasa tidak boleh dicampuradukkan. Jika terdapat bahasa yang

tidak boleh diterjemah di dalam Bahasa Malaysia, ia boleh di tulis di dalam tulisan

jenis ‘italic’.

9.3 Laporan di taip dalam jarak 1.5 line spacing.

9.4 Tulisan jenis Arial bersaiz 12 pt. Kepala tajuk 14 pt, bold. Sub-tajuk di dalam

bab 12 pt,bold

9.5 Laporan hendaklah disediakan menggunakan kertas putih bersaiz A4, berat 80

gm.

Page 17: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

10.0 APENDIKS

Page 18: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

Saiz A4, kulit tebal (PVC- lembut) berwarna biru gelap

AUTOMATIC POWER FACTOR CORRECTION USING PLC

KAYYIS AL-ADIB BIN IBRAHIM SITI SARAH BT. ALIAS

SESI 2/2016

DIPLOMA IN ELECTRICAL ENGINEERING TECHNOLOGY

(DOMESTIC & INDUSTRY) KKTM PASIR MAS

LAMPIRAN A . Contoh Kulit Laporan

18 pt, bold, huruf besar,

single spacing, warna

emas

18 pt, bold, huruf besar,

single spacing, warna

emas

Tajuk - 60 mm

Pengarang - 60 mm

Sesi - 35 mm

Kursus - 60 mm Dari kanan - 25 mm

Dari kiri - 40 mm

Page 19: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

DIP

LO

MA

IN E

LE

CT

RIC

AL

EN

GIN

EE

RIN

G T

EC

HN

OL

OG

Y

SE

SI 2

/2016

(DO

ME

ST

IC &

IND

US

TR

Y)

LAMPIRAN B . Contoh Tulang Tepi Kulit

Laporan

Saiz 18 pt, huruf besar, bold , warna emas

Page 20: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

Saiz A4, 80 gm berwarna putih

LAMPIRAN C . Contoh Muka Hadapan Tajuk PTA

AUTOMATIC POWER FACTOR CORRECTION USING PLC

Oleh

KAYYIS AL-ADIB BIN IBRAHIM SITI SARAH BT. ALIAS

Laporan Projek yang dikemukakan kepada Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas

Bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik

(Domestik & Industri)

KURSUS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DOMESTIK & INDUSTRI)

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) PASIR MAS

Jun 2016

60 mm

55 mm 50 mm

Saiz 14 pt

Tulisan saiz 18 pt, huruf besar, bold, warna hitam

50 mm

Tulisan saiz 18 pt, huruf besar, bold, warna hitam

Saiz 14 pt, huruf besar, single spacing, warna hitam

Saiz 14 pt, single spacing, warna hitam

Saiz 14 pt

45 mm

Page 21: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN D . Contoh Pengakuan Pengarang

PENGAKUAN PENGARANG

Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri

dan dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah

peraturan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas. Ia adalah asli

berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya. Projek ini

masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institut untuk mana-

mana diploma atau kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya

melanggar mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya

akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan

bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah

peraturan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas.

Nama Penulis : ......................................

NO K/P : ......................................

Kursus : .....................................

Institut : .....................................

Tajuk Projek : .....................................

Tandatangan : .....................................

Tarikh : .....................................

Page 22: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN E . Contoh Perakuan

PERAKUAN PENYELIA

Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan

segala yang terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat

dan undang-undang di bawah peraturan Kolej Kemahiran Tinggi Mara

(KKTM) Pasir Mas bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi /

Diploma Kemahiran Malaysia

Nama Penyelia : ............................................

Tandatangan : ............................................

Tarikh : ............................................

Page 23: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN F . Contoh Penghargaan

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada

Penyelia Projek saya, En. Ibrahim Bin Mamat yang telah banyak memberi

bimbingan dan nasihat kepada saya untuk menyiapkan projek ini dengan penuh

kesabaran.

Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan

dan dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada semua rakan-

rakan seperjuangan yang secara langsung atau tidak dalam memberikan idea-

idea dan cadangan. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya

lupakan.

Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari tuhan.

Sekian

Page 24: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN G . Contoh Abstrak

ABSTRAK

Sistem Penyimpanan dan Penghantaran Automatik (AS/RS) telah

digunakan secara meluas di seluruh negara pada masa kini, untuk

menggerakkan barang secara auto, tekstil dan produk makanan ke dalam dan

keluar dari tempat penyimpanannya secara cepat dan pantas.

Teknologi pada Sistem AS/RS ini dapat mengurangkan tenaga kerja,

memerlukan ruang yang lebih disamping memaksimakan penggunaan ruang

yang sedia ada. Mesin ini dapat membawa beban yang besar dan menyediakan

struktur mekanikal yang terkini supaya lebih berdaya tahan sebagaimana

rekabentuk elektronik yang terbaik di pasaran.

Page 25: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN H . Contoh Abstract

ABSTRACT

Automated Storage and Retrieval System (AS/RS) systems are in widespread

use across the country today, moving auto parts, textiles and food products in

and out of storage at lightening speed.

Automated Storage and Retrieval Systems (AS/RS) technology minimizes labor

and required floor space while maximizing the utilization of existing vertical space.

These machines handle a wide range of loads and provide the latest in

mechanical structures for extended life as well as the best electronic design on

the market. AS/RS continue to be a strategic weapon of choice for successful

companies around the globe. To reduce staffing, improve performance and

maintain accuracy, mission critical facilities use AS/RS in a broad variety of

applications including Manufacturing, Security, Electronics, Food and Beverage

and Conventional Warehousing.

Page 26: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

Kertas A4, 80 gm, putih, align - justfify

LAMPIRAN I . Contoh format Laporan PTA

BAB 1

PENGENALAN

Pelaksanaan Projek Tahun Akhir (PTA) adalah bagi pelajar-pelajar semester

akhir (Semester 6) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Para pelajar diberikan

tempoh institut dari menyelesaikan Latihan Sambil Kerja (LSK) mereka.

1.1 Objektif

Tujuan pelaksanaan PTA ini adalah untuk :

i) menguji kemahiran para pelajar dalam mengaplikasi kemahiran yang telah

dikuasai.

ii) mencari penyelesaian kepada permasalahan kejuruteraan yang dihadapi

ii) memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian,

.........................................................................................................................

...........................................................................

1.2 Prosedur Pelaksanaan

Setiap projek akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan (maksimum 2

pelajar) berdasarkan jenis kajian atau bentuk projek yang dilaksanakan.

..............................................................................................................................

.............

1.2.1 Jumlah Jam Kredit

Peruntukan jumlah jam kredit bagi PTA adalah 4 jam kredit.

4 cm

1.5 line spacing

1.5 line spacing

14 pt, huruf besar, bold

2.5 cm

1.5 line spacing

14 pt, huruf besar, bold

3 cm

3 cm

Page 27: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN J . Contoh format Laporan PTA

CONTOH ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

I TAJUK PROJEK i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

ISI KANDUNGAN vi

DAFTAR JADUAL vii

DAFTAR RAJAH viii

DAFTAR SIMBOL ix

DAFTAR PLAT / GAMBAR x

DAFTAR LAMPIRAN xi

II PENGENALAN

1.1 PENGENALAN 1

1.2 OBJEKTIF PROJEK 2

III ULASAN MAKLUMAT 3

IV SENARAI BAHAN DAN PERALATAN 6

V KAJIAN LAPANGAN

5.1 PENGENALAN KAJIAN 8

5.2 OBJEKTIF KAJIAN 9

5.3 JADUAL PERBANDINGAN 10

......................

.......................

RUJUKAN 70

Page 28: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN K . Daftar Jadual

DAFTAR JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN

3.1 Perkembangan AS/RS di Malaysia 4

4.1 Senarai Bahan Guna Habis Projek 6

4.2 Senarai Peralatan Tangan 7

4.3 Senarai Perisian 7

5.1 Jadual penggunaan Sistem AS/RS

mengikut jenis mesin 10

..

..

..

Page 29: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN L . Daftar Rajah

DAFTAR RAJAH

NO. TAJUK HALAMAN

5.1 Carta alir perkembangan AS/RS

Tahun 1980 . 2000 9

5.2 Graf perbandingan masa penyimpanan

menggunakan manual dan auto 11

..

..

..

Page 30: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN M . Daftar Simbol

DAFTAR SIMBOL

ℓ beban dalam Voltan (V)

m Berat (kg)

σ pemalar untuk julat A dan B (Range)

P Tekanan Pneumatik (Pa)

RPM Rotation per minute / Putaran per minit

CPM Cycle per minute / Kitaran per minit

..

.

.

Page 31: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN N . Daftar Plat / Gambar

DAFTAR PLAT / GAMBAR

NO. TAJUK HALAMAN

5.1 Gambar sistem AS/RS Model S16 9

5.2 Gambar sistem AS/RS Model MT231 11

..

.

..

Page 32: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN O . Daftar Lampiran

DAFTAR LAMPIRAN

LAMPIRAN

1. Program Step Function 1

2. Program Ladder Diagram . PLC Nais

..

.

..

Page 33: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

LAMPIRAN P . Contoh Rujukan

Format rujukan dari Buku

Berikut adalah cara untuk membuat petikan dari sebuah Buku berpandukan bilangan

pengarang:

(i) Buku oleh seorang pengarang

Nama Pengarang (Tahun). Tajuk Buku. (Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

Contoh:

Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: how to transform your

businesstobusiness

global marketing strategy. London: Kogan Page.

(ii) Buku oleh dua orang pengarang

Nama Pengarang Pertama dan Kedua (Tahun). Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku.

(Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

Contoh:

Boone, L. E. dan Kurtz, D. (2001). Contemporary marketing. (10th ed.).

Fort Worth, Texas: Harcourt Colleges Publishers.

(iii) Buku oleh tiga orang pengarang

Nama Pengarang Pertama, Kedua dan Ketiga. (Tahun).

Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku. (Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

Contoh:

Allen, C., Kania, D. dan Yaeckel, B. (2002). One-to-one web-marketing: build a

relationship marketing strategy one customer at a time. (2nd ed.). New York: John

Wiley. Antil, J. M. dan Ryan, P. V. S., .Civil Engineering Construction., Ed. Ke-3,

Sydney, Angus and Robertson, 1967, halaman 631.

5.15.2 Format rujukan dari Jurnal

Berikut adalah cara untuk membuat petikan artikel dari sebuah Jurnal berpandukan

bilangan penulis:

(i) Artikel yang dikarang oleh seorang penulis

Nama Penulis. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal. Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal,

Jilid (Isu), halaman pertama . halaman terakhir.

Contoh:

Kargonkar, P. (2002). Web usage, advertising and shopping: relationship

Page 34: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

patterns. Internet Research: Electronic Networking and Policy, 12 (2), 191.204.

(ii) Artikel yang dikarang oleh dua orang penulis

Nama Penulis Pertama dan Kedua. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal:

Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama . halaman terakhir.

Contoh:

Kargonkar, P. dan Wolin, L.D. (2002). Web usage, advertising and shopping:

relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking and Policy, 12 (2),

191.204.

(iii) Artikel yang dikarang oleh tiga orang penulis

Nama Penulis Pertama, Kedua dan Ketiga. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal:

Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama . halaman terakhir.

Contoh:

Cruise, J.T. Shaharuddin Salleh dan Tan T.H. (2000). Dolly: Implications on human

cloning. Journal of Genetics, Vol 1, 212.222.

(iv) Artikel yang dikarang oleh lebih dari tiga orang penulis

Nama penulis Pertama et al. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal. Tajuk Jurnal,

Jilid (Isu), halaman pertama . halaman terakhir.

Contoh:

Cruise, J.T. et al. (2000). Dolly: Implications on human cloning. Journal of

Genetics, Vol 1, 212.222.

5.15.3 Petikan jurnal daripada sumber elektronik (perpustakaan digital, CD,

software)

Garfinkel, D. dan Chowlewka, K. (2002). Making the most of it: how to squeeze

more profits from the web. Sales and Marketing Management, 154 (3) March, 19. In

Ebscohost (OUM Digital Collection).

Karayanni, D. A. dan Baltas, G. A. (2003). Web site characteristics and business

performance: some evidence from international business-to-business

organizations. Marketing Intelligence and Planning, 21 (2), 105.114. In Emerald

(OUM Digital Collection).

5.15.4 Format rujukan daripada penulisan oleh tokoh korporat

Nama penulis boleh juga diletakkan di dalam bentuk institusi, persatuan, jabatan atau

kementerian. Rujuk kepada contoh di bawah:

Page 35: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

MALAYSIA. Ministry of Education. National Board of Education. (1989). Implications

of computers in the classroom. Kuala Lumpur: Pelangi Press.

5.15.5 Format rujukan petikan dari laman web

Nama Penulis (Tahun). Tajuk teks elektronik. [Online]. Laman WEB: Alamat laman

web. [Tahun, Bulan, Hari]

Contoh:

Morisson, K. (n.d.)*. Thinking skills.keys to fusing talents. [Online]. Available:

http:// www.nexus.edu.au/TechStud/gat/morrisson.htm. [1999, Dec. 29].

5.15.6 Format rujukan dari Buku Elektronik (e-Book)

Pelajar juga boleh membuat petikan rujukan dari buku elektronik.

Contoh:

(i) Allen, C., Kania, D. dan Yaeckel, B. (2002). One-to-one web-marketing: build a

relationship marketing strategy one customer at a time. (2nd ed.). New York: John

Wiley. In library (OUM Digital Collection).

(ii) Kuegler, T., J. (2000). Web advertising and marketing. (3rd ed.). Boston, Mass.:

5.15.7 Format rujukan petikan dari bab tertentu di dalam

Berikut adalah cara-cara untuk membuat petikan di dalam bab-bab tertentu sesebuah

buku:

(i) Buku oleh seorang penulis

Nama penulis bab. (Tahun). Tajuk Bab. Nombor bab di dalam penulis utama atau

pewasit(editor), Tajuk Buku (pp halaman pertama-halaman terakhir). Tempat

dikeluarkan: Pengeluar.

Contoh:

Kuegler, T. J. Jr. (2002). Web advertising: banners and beyond; Chapter 12 in T. J.

Kuegler Jr. (2002). Web advertising and marketing. (3rd ed.). Boston, Mass.:

Premier Press.

(ii) Buku oleh dua orang penulis

Nama Penulis Pertama dan Kedua. (Tahun). Tajuk Bab: Tajuk Kecil Bab. in Nama

Penulis Pertama dan Kedua, Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku

(edisi m/s. halaman pertama . halaman terakhir). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

Page 36: 1.0 PENGENALAN - kktmpmaselektrik.files.wordpress.com · ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA. 1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA) ... 3.2 Format Kertas

Contoh:

Cruise, J.T. dan Shaharuddin Salleh (1999). Video: Effective use in creating

learning material. in J.L. Hunters dan M.K. Brown, Multimedia: Applications and

implications (2nd Edition, m/s. 98.104). Kuala Lumpur: Pelangi Press.

(iii) Buku oleh tiga orang penulis

Nama penulis Pertama, Kedua dan Ketiga (Tahun). Tajuk Bab: Tajuk Kecil Bab; in

Nama Penulis Pertama, Kedua dan Ketiga, Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku. (Edisi).

Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

Contoh:

Cruise, J.T., Shaharuddin Salleh dan Tan T.H. (2000). Hypermedia authoring:

Knowledge constructing through hypermedia authoring. in Ahmad Albab, P.L.

Hunters dan M.K. Brown, Authoring Tools: Educational Technology (3rd Edition,

m/s. 86.98). Kuala Lumpur: Pelangi Press.