permainan kaum bidayuh dan melanau.docx

5
Permainan Masyarakat Melanau a) PISA’ TIBOW Pisa' Tibow ialah sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular. Permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Ia juga merupakan pemainan yang digemari ramai di mana waktu inilah anak-anak muda akan berkaul, iaitu pesta untuk mencari jodoh. Ia diadakan pada musim buah, iaitu lazimnya pada awal tahun. Permainan ini dimainkan bermula pada waktu petang hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. b) ASAS PERMAINAN Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah. Tibow ini didirikan dengan dua tiang kayu yang panjang masing- masingnya melebihi 30 kaki sebagai tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan

Upload: hemahnaidu

Post on 09-Dec-2015

913 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN KAUM BIDAYUH DAN MELANAU.docx

Permainan Masyarakat Melanau

a) PISA’ TIBOW

Pisa' Tibow ialah sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular.

Permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan

bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Ia juga merupakan pemainan yang

digemari ramai di mana waktu inilah anak-anak muda akan berkaul, iaitu pesta untuk mencari

jodoh.

Ia diadakan pada musim buah, iaitu lazimnya pada awal tahun. Permainan ini dimainkan

bermula pada waktu petang hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu,

penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di

sekitar tapak permainan tampak terang.

b) ASAS PERMAINAN

Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya,

tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang

keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang

jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.

Tibow ini didirikan dengan dua tiang kayu yang panjang masing-masingnya melebihi 30

kaki sebagai tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan

sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan

gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.

Sepanjang pembinaan tiang Tibow, suatu pantun akan dinyayikan bersama-sama, “Kat

Kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’. Pantun ini bertujuan untuk meminta

pertolongan daripada Ipo’Tibow, iaitu dewa yang mempunyai kuasa dalam permainan Tibow

supaya memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu dan semoga permainan ini dapat

dilaksanakan dengan sempurna dan diberkati dewa.

Page 2: PERMAINAN KAUM BIDAYUH DAN MELANAU.docx

c) CARA PERMAINAN

Terdapat dua pasukan yang akan bertanding. Setiap pasukan boleh terdiri dari

sekurang-kurangnya 10 orang peserta. Seterusnya, mereka dikehendaki memanjat tiang kayu

yang disediakan (setiap kumpulan satu tiang). Pada permulaan permainan, hanya beberapa

orang pemain yang dibenarkan memanjat tiang tersebut supaya mereka dapat menaikkan diri

dengan lebih tinggi dan seterusnya memberikan ruang dan jarak bagi ahli kumpulan yang lain

melakukan pendakian.

Jika sekiranya terdapat lebihan peserta mahupun ahli kumpulan yang sedang

menunggu giliran untuk bermain, mereka boleh duduk di atas para yang disediakan. Dari situ,

mereka boleh melihat dengan jelas pergerakan ahli kumpulan mereka, di samping untuk

memberikan sokongan.

d) PERATURAN PERMAINAN

Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si

pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannyapun harus dengan

tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan

penglibatan tenaga yang banyak.

Page 3: PERMAINAN KAUM BIDAYUH DAN MELANAU.docx

Permainan Masyarakat Bidayuh

Bidayuh adalah dikenali sebagai kaum Dayak Darat. Masyarakat Bidayuh merupakan

masyarakat etnik Sarawak yang kebanyakannya mendiami kawasan bukit di luar bandar

Kuching. Di samping itu juga, terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh

dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan

dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka

anuti. Berikut adalah permainan masyarakat bidayuh. Antaranya adalah Tibow, Mintubau dan

Mikurub.

Mintubau (Gasing)

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil

mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu dan

juga kaum bidayuh sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan

gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing

mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.

Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat

daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali

gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang.

Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Page 4: PERMAINAN KAUM BIDAYUH DAN MELANAU.docx

Mikurub (Sabung ayam)

Sabung ayam atau laga ayam adalah merujuk pada satu sukan berdarah di mana dua

ekor ayam jantan akan diadu di dalam satu arena yang dipanggil bon. Sabung ayam kini

merupakan aktiviti yang diharamkan di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat, Brazil, Australia

dan kebanyakan negara-negara Eropah.

Ayam yang digunakan bagi acara ini dikenali sebagai ayam sabung merupakan sejenis

baka yang dibiak dan dipilih khas bagi ciri-ciri stamina dan kekuatannya. Ayam sabung akan

diberi penjagaan rapi sehingga hampir berumur dua tahun. Keadaannya bagai seorang atlit

profesional diadukan. Di kebanyakan bahagian lain di dunia, sabung ayam masih dibenarkan

dengan kawalan kerajaan.

Sabung ayam dianggap sebagai sukan berdarah oleh aktivis hak-hak dan kebajikan

haiwan dan pihak-pihak lain, di sebababkan kekejaman yang dilakukan serta trauma dan

kecederaan fizikal yang dialami oleh ayam-ayam ini. Ini adalah salah satu permainan yang

lazimnya dimainkan oleh masyarakat bidayuh.