perlembagaan persatuan sains & math 2015

7
SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR 09010 KULIM KEDAH DARUL AMAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK 1.Objektif 1.1 Memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. 1.2 Mencungkil bakat murid dalam subjek Sains dan Matematik. 1.3 Mengeratkan hubungan antara ahli kelab dengan AJK. 1.4 Memupuk sifat kepimpinan seseorang murid sekiranya dilantik sebagai AJK. 2.Keahlian 2.1 Dibuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 di SK Labu Besar, 09010 Kulim, Kedah. 2.2 Ahli-ahli mesti menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan ini. 3. Guru Penasihat 1

Upload: shafinaz-saad

Post on 07-Dec-2015

338 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Perlembagaan Persatuan Sains & Math 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan Persatuan Sains & Math 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR

09010 KULIM

KEDAH DARUL AMAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

1. Objektif

1.1 Memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan

Matematik.

1.2 Mencungkil bakat murid dalam subjek Sains dan Matematik.

1.3 Mengeratkan hubungan antara ahli kelab dengan AJK.

1.4 Memupuk sifat kepimpinan seseorang murid sekiranya

dilantik sebagai AJK.

2. Keahlian

2.1 Dibuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 di SK Labu

Besar, 09010 Kulim, Kedah.

2.2 Ahli-ahli mesti menerima serta bersetuju berpegang kepada

Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan

cergas bagi menjayakan tujuan ini.

3. Guru Penasihat

3.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

3.2 Guru penasihat mempunyai kuasa untuk merancang,

melaksanakan atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila

perlu.

3.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersam-sama

dengan ahli semasa aktiviti dijalankan.

1

Page 2: Perlembagaan Persatuan Sains & Math 2015

3.4 Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian

kokurikulum.

4. Ahli Jawatankuasa

4.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

4.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat

layak dicalonkan sebagai AJK.

4.3 Pemilihan AJK secara undian.

4.4 AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa

mengadakan mesyuarat.

4.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah

menghantar surat perletakan jawatan kepada guru

penasihat.

4.6 AJK persatuan hendaklah terdiri daripada :-

Pengerusi

Timbalan Pengerusi (bilangan mengikut keperluan)

Setiausaha

Bendahari

AJK Tahun (bergantung kepada keperluan)

5. Kewangan

5.1 Sumber utama kewangan persatuan ialah melalui yuran

keahlian.

5.2 Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang

diadakan.

5.3 Bendahari bertanggungjawab menjaga wang persatuan dan

berkuasa terhadap semua aktiviti kewangan persatuan.

5.4 AJK yang menuntut wang untuk tujuan persatuan wajib

menghantar resit kepada Bendahari.

2

Page 3: Perlembagaan Persatuan Sains & Math 2015

5.5 Segala perbelanjaan harus mendapatkan persetujuan

daripada Pengerusi dan Bendahari.

5.6 Bendahari wajib menghantar laporan kewangan dan akaun

persatuan kepada guru penasihat pada setiap akhir bulan

untuk disemak.

6. Kehadiran/ Penyertaan

6.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang

dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

6.2 Kegagalan berbuat demikian tanpa sebab sebanyak 3 kali

boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak

keahlian persatuan.

6.3 Ahli yang tidak hadir kepada aktiviti tetapi mempunyai alasan

yang munasabah boleh menulis surat kepada guru

penasihat.

7. Aktiviti

7.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat

agung atau ahli jawatankuasa.

7.2 Segala pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan

diumumkan kepada pengetahuan ahli.

7.3 Aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan adalah

berdasarkan pembelajaran ilmu.

8. Peraturan

8.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas.

8.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh

semua ahli.

3

Page 4: Perlembagaan Persatuan Sains & Math 2015

8.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan

hukuman tatatertib.

9. Tindakan Disiplin

9.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan

persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

9.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:-

9.2.1 Amaran lisan.

9.2.2 Amaran bertulis.

9.2.3 Gantung keahlian.

9.2.4 Pecat keahlian.

10. Pindaan Perlembagaan

10.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah

sehingga ia dipinda.

10.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat ahli

jawatankuasa guru penasihat atau pentadbir sekolah secara

bertulis.

10.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan

ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut

dan meluluskannya jika perlu.

10.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan

dan disahkan oleh guru penasihat.

11.Pembubaran Persatuan

11.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika

didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan

Negara.

11.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan

4

Page 5: Perlembagaan Persatuan Sains & Math 2015

dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

12.Hal-hal Lain

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri

terhadap aktiviti yang dijalankan.

12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti

dengan penuh minat.

12.3 Keselamatan ahli-ahli hendaklah sentiasa terjamin semasa

aktiviti dijalankan.

____________________ ____________________

(SHAFINAZ BT SAAD) (MASITA BT ISMAIL)

Guru Penasihat Guru Penasihat

____________________ Cop Sekolah:

(AHMAD BIN SHARIFF)

Guru Besar SK Labu Besar

5