malaysia -...

22

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

39 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN
Page 2: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

MALAYSIA

AKTA PERTUBUHAN 1966

PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984

BORANG 3(Peraturan 5)

PERAKUAN PENDAFTARAN

Adalah diperakui bahawaPERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK, KUALA LUMPUR

hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7

Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah

PPM-003-14-19041989

Diperbuat dengan ditandatangani oleh saya pada

19 haribulan April 1989

(ENCIK DASMOND DAS MICHAEL DAS)

b.p. Pendaftar Pertubuhan,

Malaysia

Disahkan bahawa maklumat di atas adalah seperti yang dicatat dalam Daftar Pertubuhan

Tarikh migrasi: 21 haribulan November 2013 No. Migrasi: WKL1302/88

Page 3: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

Rujukan Kami: PPM-003-14-19041989 Tarikh: 04 Februari 2015

Setiausaha,PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIKNO 515, PERSIARAN SULTAN SALAHUDDIN50480 KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. .....Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pindaan perlembagaan pertubuhan tuan telah DILULUSKAN dan pertubuhan tuan hendaklah menggunakan perlembagaan terkini dalam mentadbir pertubuhan tuan mulai 04 Februari 2015 .

3. Adalah disahkan bahawa dengan kelulusan ini, nama pertubuhan dipinda daripada "PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK, KUALA LUMPUR" kepada "PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK".

Sekian, terima kasih. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' Saya yang menurut perintah, ( ZULIANA BT MOHD AKOB ) b.p. PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA Catatan: surat ini adalah janaan komputer, tandatangan tidak diperlukan

Page 4: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

3

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

DIPLOMATIK

FASAL 1 NAMA

1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK Selepas ini disebut "Pertubuhan".

2 Takrif Nama : Singkatan Nama Persatuan ini Ialah

'Alumni PTD'. 3 Taraf Pertubuhan : Lain-lain

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ia lah:

NO 515, PERSIARAN SULTAN SALAHUDDIN 50480 KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

dan alamat untuk surat-menyurat adalah:

PEJABAT ALUMNI PTD, CHALET INTAN, KAMPUS UTAMA INTAN, JALAN BUKIT KIARA, 50480 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

Page 5: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

4

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

Tujuan Persatuan adalah seperti berikut:

a) Menjaga kebajikan ahli, termasuk kebajikan suami/isteri, dan menyediakan faedah bagi ahli;

b) Membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan

kualiti perkhidmatan awam; dan c) Memberi perkhidmatan kepada Negara dan

masyarakat amnya.

FASAL 4 KEAHLIAN

Keahlian Persatuan adalah terdiri daripada:

a) Ahli Biasa: Orang yang pernah berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan telah disahkan dalam jawatan.

b) Ahli Kehormat: Jawatankuasa Kerja boleh melantik

mana-mana orang sebagai Ahli Kehormat yang Jawatankuasa Kerja fikir telah memberi perkhidmatan cemerlang kepada Persatuan.

c) Semua ahli adalah terikat dengan dan menerima

pakai Perlembagaan.

Page 6: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

5

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

a) Seseorang ahli akan terhenti menjadi ahli dan namanya dikeluarkan dari daftar ahli dalam keadaan-keadaan berikut:

i) Kematian; ii) Dia berhenti menjadi ahli; dan

iii) Dia dipecat di bawah peruntukan Fasal 5 (c) di bawah.

b) Seseorang ahli yang berhenti menjadi ahli akan

hilang segala hak dan keistimewaan sebagai ahli, tetapi semua tanggungan kepada Persatuan yang telah diberi atau tertanggung semasa dia masih menjadi ahli sama ada bagi dirinya atau orang lain, hendaklah diselesaikan.

c) Jawatankuasa Kerja boleh, pada bila-bila masa

menggantung dan boleh, setelah memberi notis dan mengadakan penyiasatan, memecat seseorang ahli atas sebab tingkah lakunya di dalam atau di luar Persatuan yang, pada pendapat Jawatankuasa Kerja, adalah mangaibkan nama atau mencacatkan kepentingan Persatuan.

d) Seseorang ahli yang telah digantung keahliannya

atau dipecat berhak, dalam tempoh empat belas (14) hari, meminta Jawatankuasa Kerja memanggil dan mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa. Jawatankuasa Kerja hendaklah, dalam tempoh yang saksama dari tarikh diterima permintaan tersebut memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa. Agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut hanyalah untuk menentukan sama ada menerima atau tidak keputusan Jawatankuasa Kerja menggantung atau memecat ahli berkenaan. Sekiranya penggantungan

Page 7: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

6

atau pemecatan ahli tersebut yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja tidak diterima oleh Mesyuarat Agung Luar Biasa, penggantungan atau pemecatan tersebut adalah terbatal dan tidak sah. Pengundian dalam Mesyuarat Agung tersebut hendaklah secara 'poll'.

e) Seseorang yang telah terhenti menjadi ahli di bawah

fasal 5(a) (ii) dan (iii) boleh memohon kepada Jawatankuasa Kerja untuk menjadi ahli semula dan membuat bayaran masuk sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00).

f) Keputusan Jawatankuasa Kerja sama ada

menerima atau menolak permohonan menjadi ahli semula adalah muktamad.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

a) Sumber kewangan Persatuan adalah: i) Yuran masuk; ii) Derma, tajaan dan sumbangan, sama ada

dari Kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan atau swasta; dan

iii) Sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

a) Mesyuarat Agung adalah badan berkuasa yang tertinggi sekali dan menyeluruh bagi Persatuan berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya.

Page 8: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

7

b) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan, tetapi tidak lewat daripada 30 Jun, pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja bagi tujuan memutuskan perkara-perkara berdasarkan agenda Mesyuarat Agung seperti berikut:

i. Memilih dua (2) orang Setiausaha Mesyuarat; ii. Ucapan Dasar Presiden; iii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung

Tahunan yang lepas dan Mesyuarat Agung Luar Biasa, sekiranya ada;

iv. Menerima Laporan Jawatankuasa Kerja

mengenai aktiviti-aktiviti bagi tahun sebelumnya;

v. Menerima dan meluluskan Penyata Kira-Kira

yang telah diaudit; vi. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dua (2)

tahun sekali seperti berikut:

1. Presiden 2. Timbalan Presiden 3. Dua (2) Naib Presiden 4. Tujuh (7) Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa

vii. Memilih dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira

dua (2) tahun sekali; viii. Membincangkan usul-usul yang telah diterima

oleh Urusetia sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Agung dijalankan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja, dan

Page 9: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

8

ix. Ucapan Penangguhan.

c) Notis memanggil sesuatu Mesyuarat Agung hendaklah menyatakan perkara yang akan diputuskan di mesyuarat berkenaan. Notis tersebut hendaklah diberi tempoh sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat dan hendaklah menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat akan diadakan dan dihantar kepada semua ahli seperti yang terdapat dalam buku daftar ahli. Bagi Mesyuarat Agung Tahunan satu salinan Akaun yang diaudit bersama dengan Laporan Jawatankuasa Kerja mengenai aktiviti-aktiviti tahun sebelumnya hendaklah dilampirkan bersama notis tersebut.

d) Kehadiran dalam Mesyuarat Agung boleh dilakukan

sendiri atau secara proksi bertulis oleh ahli-ahli. Seseorang ahli tidak boleh memegang lebih dari satu proksi.

e) Korum bagi semua Mesyuarat Agung adalah

setengah daripada bilangan ahli Persatuan atau dua kali ganda ahli Jawatankuasa Kerja, yang mana lebih kecil. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas tiga puluh (30) minit dari masa yang ditetapkan, mesyuarat hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat itu, ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan.

f) Semua pengundian bagi tiap-tiap perkara, kecuali

pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, hendaklah dengan cara mengangkat tangan. Tiap-tiap ahli yang hadir mempunyai satu (1) undi untuk tiap-tiap satu perkara dan, sekiranya terdapat undi sama

Page 10: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

9

banyak, Pengerusi mesyuarat mempunyai undi kedua sebagai undi pemutus. Bagi tujuan memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, pengundian adalah secara "poll". Prosidur pengundian secara 'poll' bolehlah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja.

g) Dua (2) orang lagi ahli Jawatankuasa Kerja Biasa

akan dilantik oleh Presiden. h) Presiden hendaklah, selepas pemilihan ahli-ahli

Jawatankuasa Kerja, melantik daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Biasa seorang (1) sebagai Setiausaha Kehormat dan seorang (1) sebagai Bendahari Kehormat.

i) Jawatankuasa Kerja boleh mengadakan Mesyuarat

Agung Luar Biasa bila difikirkan perlu. j) Mesyuarat Agung Luar Biasa juga hendaklah

diadakan apabila menerima permintaan bertulis daripada tidak kurang dari dua puluh (20) ahli yang menyatakan sebab memanggil mesyuarat itu. Jika, dalam tempoh dua puluh satu (21) hari setelah menerima permintaan itu, Jawatankuasa Kerja tidak mengadakan mesyuarat yang dipinta, pemohon-pemohon atau mana-mana ahli boleh, dengan sendirinya, mengadakan mesyuarat berkenaan, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan.

FASAL 8 JAWATANKUASA

a) Jawatankuasa Kerja adalah badan tertinggi Alumni PTD selepas Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Kerja bertanggungjawab menjalankan segala dasar dan tujuan Alumni PTD dan melaksanakan segala keputusan Mesyuarat Agung.

Page 11: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

10

b) Jawatankuasa Kerja adalah terdiri daripada:

i) Presiden; ii) Timbalan Presiden; iii) Dua (2) Naib Presiden; iv) Setiausaha Kehormat; v) Bendahari Kehormat; dan vi) Tujuh (7) orang ahli Jawatankuasa Kerja

Biasa.

c) Jawatankuasa Kerja boleh menubuhkan apa-apa Jawatankuasa Kecil atau Urusetia bagi menguruskan perjalanan Mesyuarat Agung atau melaksanakan segala keputusan Masyuarat Agung atau apa-apa tugas Jawatankuasa Kerja yang diberi dan diwakilkan oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja boleh pada bila-bila masa, menarik balik tugas dan kuasa yang diberikan dan membubarkan Jawatankuasa Kecil itu. Tiap-tiap Jawatankuasa Kecil, dalam menjalankan tugasnya, hendaklah mematuhi arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Kerja dari masa ke semasa.

d) Mesyuarat biasa Jawatankuasa Kerja hendaklah

diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun untuk mengatur, mengendali dan menyelia aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Persatuan. Keputusan Jawatankuasa Kerja adalah muktamad melainkan jika dibatalkan oleh Mesyuarat Agung.

e) Jawatankuasa Kerja boleh mengadakan apa-apa

Mesyuarat Khas atas permintaan Presiden atau oleh sekurang-kurangnya lima orang ahli Jawatankuasa

Page 12: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

11

Kerja dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam masa tiga (3) minggu sesudah permintaan tersebut.

f) Notis secara bertulis untuk mengadakan mesyuarat

Jawatankusa Kerja hendaklah dikeluarkan kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh mesyuarat. Pemberitahuan Mesyuarat Khas boleh dibuat dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

g) Korum untuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja adalah

sekurang-kurangnya 6 orang atau setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Kerja.

h) Mana-mana ahli Jawatankuasa Kerja yang tidak

dapat hadir di mesyuarat Jawatankuasa Kerja hendaklah memberitahu Pengerusi mesyuarat atas sebab-sebab tidak dapat hadir.

i) Jawatankuasa Kerja boleh membuat cadangan bagi

meminda, memansuh atau menambah apa-apa peruntukkan dalam Perlembagaan Persatuan untuk ditimbang dan diputuskan oleh Mesyuarat Agung.

j) Jawatankuasa Kerja boleh, dengan undi majoriti ahli

Jawatankuasa Kerja, menggantung jawatan mana-mana ahli Jawatankuasa Kerja yang didapati pecah amanah, melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik Persatuan atau tidak hadir mesyuarat Jawatankuasa Kerja tiga (3) kali berturut-turut tanpa sebab. Penggantungan ini adalah sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang, di mana Mesyuarat Agung akan memutuskan sama ada melucutkan jawatan ahli Jawatankuasa Kerja tersebut atau tidak.

k) Jawatankuasa Kerja berkuasa memanggil

Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi membincangkan

Page 13: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

12

satu-satu perkara yang difikirkan penting oleh Jawatankuasa Kerja.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

a) Presiden Presiden bertanggungjawab atas pengurusan keseluruhan Persatuan dan menentukan visi dan misi Persatuan, mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan/Luar Biasa dan semua mesyuarat Persatuan serta menyeliakan kesempurnaan dan kelancaran mesyuarat berkenaan. Ia mempunyai undi pemutus di dalam apa-apa keputusan dan bertanggungjawab menandatangani semua catatan mesyuarat setelah diluluskan.

b) Timbalan Presiden

Timbalan Presiden adalah bertanggungjawab membantu tugas-tugas Presiden, mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja apabila Presiden tidak hadir dan memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden atau Presiden tidak dapat menjalankan tugas-tugasnya atas sebab kesihatan atau berada di luar negeri bagi satu tempoh melebihi tiga puluh (30) hari.

c) Naib Presiden

Naib Presiden adalah bertanggungjawab membantu tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden, mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja jika Presiden dan Timbalan Presiden tidak dapat menjalankan tugas-tugas mereka atas sebab kesihatan atau berada di luar negeri bagi satu tempoh melebihi tiga puluh (30) hari.

d) Setiausaha Kehormat

Setiausaha Kehormat bertanggungjawab bagi pengurusan dan pentadbiran Persatuan dan

Page 14: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

13

menjalankan segala ketetapan dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Jawatankuasa Kerja. Ia bertanggungjawab tentang surat menyurat, sama ada pehubungan dalam Persatuan ataupun dengan pihak-pihak luar, serta menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan alamat terkini ahli-ahli. Setiausaha Kehormat hendaklah, dalam masa enam puluh (60) hari selepas Mesyaurat Agung, menghantar kepada Pendaftar maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh sekyen 14 Akta Pertubuhan 1966.

e) Bendahari Kehormat

Bendahari Kehormat bertanggungjawab dalam soal kewangan Persatuan. Ia hendaklah menyediakan Penyata kira-kira bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember dan menyerahkannya untuk diaudit. Bendahari Kehormat, bersama-sama dengan Presiden atau Setiausaha Kehormat, hendaklah menandatangani segala cek bagi pihak Persatuan dan mengendalikan surat-surat berkaitan kewangan Persatuan.

f) Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa

Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa bertanggungjawab memenuhi semua objektif Persatuan.

FASAL 10 KEWANGAN

a) Tahun kewangan Persatuan berakhir pada 31hb Disember setiap tahun.

b) Dana dan pendapatan Persatuan hendaklah digunakan bagi mencapai objektif Persatuan seperti yang disebut dalam Perlembagaan. Ini termasuklah perbelanjaan mengurus dan mentadbir Persatuan, bayaran fi audit dan apa-apa perbelanjaan yang

Page 15: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

14

berkaitan dengan objektif Persatuan serta program-program dan aktivitiaktivitinya

c) Bendahari Kehormat boleh memegang wang tunai

dalam tangan tidak melebihi daripada Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) bagi satu-satu masa. Segala wang yang berlebihan daripada RM1,000.00 hendaklah, dalam tempoh (7) hari setelah diterima, didepositkan ke dalam akaun Persatuan di mana-mana institusi kewangan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja.

d) Segala cek, deraf bank, bil tukaran, instrumen niaga

yang lain dan semua penerimaan wang yang dibayar kepada Persatuan hendaklah ditandatangani, dikeluarkan, diterima, diendos seperti yang ditentukan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Kerja.

e) Penyata Kira-Kira yang diterima dan dibelanjakan

bagi satu-satu tahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira dengan seberapa segera setelah tamat tahun Kewangan. Bendahari Kehormat hendaklah mengemukakan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit bagi tahun kewangan berkenaan kepada ahli-ahli di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan bagi maksud tersebut.

f) Jawatankuasa Kerja boleh, dari semasa ke semasa,

memperoleh atau meminjam untuk tujuan Persatuan seberapa banyak wang yang difikirkan perlu, terhad kepada maksimum Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu (RM100,000) untuk pembiayaan satu-satu projek. Pembiayaan melebihi Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu (RM100,000) hendaklah diputuskan oleh Mesyuarat Agung yang dipanggil untuk maksud tersebut.

Page 16: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

15

FASAL 11 JURUAUDIT

Dua (2) orang Juruaudit hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

a) Persatuan mempunyai kuasa penuh untuk memperoleh, melepas, melupus, menggadai apa-apa harta alih atau tak alih. Persatuan mempunyai kuasa untuk membeli, memajak, menggadai atau memperolehi tanah dan membina di atasnya apa-apa bangunan bagi kegunaan Persatuan dan apa-apa hasil daripada tanah atau bangunan itu hendaklah digunakan semata-mata untuk Persatuan.

b) Harta tak alih kepunyaan Persatuan hendaklah

didaftarkan atas nama Persatuan. c) Mesyuarat Agung boleh mewujudkan Tabung

Amanah bagi tujuan tertentu. d) Bagi maksud mengurus dan mentadbir tanah atau

lain-lain harta Persatuan serta sebarang tabung amanah Persatuan, maka hendaklah dilantik lima (5) orang Pemegang Amanah yang akan memberi dan menandatangani satu Perakuan Amanah.

e) Pemegang Amanah hendaklah dilantik oleh

Mesyuarat Agung daripada warganegara Malaysia yang berumur lebih daripada dua puluh satu (21) tahun dan tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah atau pecah amanah. Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat tidak layak dilantik sebagai Pemegang Amanah.

Page 17: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

16

f) Satu salinan ketetapan Mesyuarat Agung melantik Pemegang Amanah yang ditandatangani oleh Pemegang Amanah yang dilantik dan oleh Setiausaha Kehormat, hendaklah dihantar kepada Pendaftar.

g) Pemegang Amanah tidak berhak menjual,

menggadai ataupun mencagar tanah atau harta Persatuan tanpa kebenaran Mesyuarat Agung. Perjalanan amanah tertakluk kepada laporan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung dan bagi harta yang berbentuk tanah, 'Caveat Pemegang Amanah' hendaklah didaftarkan.

h) Mesyuarat Agung boleh melucutkan jawatan

seseorang Pemegang Amanah jika didapati tidak siuman, pecah amanah, atau melakukan jenayah yang disabitkan oleh Mahkamah Tinggi, pergi ke luar negara (bermastautin), muflis atau tidak boleh menjalankan kewajipannya. Pemegang Amanah yang dilucutkan jawatannya berhak merayu kepada Mesyuarat Agung yang keputusannya adalah muktamad.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN a) Dalam Perlembagaan ini, perkataan-perkataan

berikut mempunyai maksud-maksud berikut:

“Jawatankuasa Kerja" bermakna Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan di bawah fasal 8.

"Mesyuarat Agung" bermakna Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.

"Pendaftar" bermakna Pendaftar Pertubuhan seperti yang terdapat di dalam Akta Pertubuhan 1966.

Page 18: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

17

"Persatuan" bermakna Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

b) Sekiranya timbul apa-apa pertanyaan atau perkara

berkenaan dengan tafsiran di dalam Perlembagaan ini, pertanyaan atau perkara tersebut hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja dan keputusan ini adalah muktamad melainkan dibatalkan oleh Mesyuarat Agung.

FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG Jawatankuasa Kerja boleh mengenalpasti orang ternama dan melantiknya untuk menjadi Penaung Persatuan.

FASAL 15 LARANGAN

Persatuan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang sedia ada.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ini tidak boleh dipinda melainkan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) undi ahli-ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam Mesyuarat Agung dan segala pindaan tidak akan berkuatkuasa sebelum mendapat kebenaran Pendaftar. Permohonan kepada Pendaftar untuk kebenaran Pendaftar hendaklah dibuat dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas ketetapan Mesyuarat Agung. Setiausaha Kehormat adalah bertanggungjawab membuat permohonan ini.

Page 19: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

18

FASAL 17 PEMBUBARAN

a) Persatuan tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli yang berhak mengundi dan hadir di Mesyuarat Agung yang dipanggil bagi maksud itu. Ketetapan Mesyuarat Agung itu hendaklah dihantar kepada Pendaftar untuk kebenaran dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh ketetapan itu dibuat. Ketetapan untuk membubarkan Persatuan hendaklah menetapkan tarikh pembubaran yang akan hanya berkuatkuasa setelah mendapat kebenaran Pendaftar.

b) Ketetapan Mesyuarat Agung hendaklah menentukan

langkah-langkah yang perlu diambil untuk melepas dan menyelesaikan harta Persatuan dan hutang tuntutan dan tanggungan Persatuan. Keutamaan hendaklah diberi kepada penyelesaian hutang, tuntutan dan tanggungan Persatuan. Baki wang dan harta alih atau tak alih yang tinggal bolehlah didermakan kepada mana-mana badan yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera - Keterangan 2. Lambang - Keterangan

a) Persatuan tidak boleh mengadakan dan memakai lambang, lagu dan cogannya sendiri melainkan telah diluluskan oleh Pendaftar terlebih dahulu.

b) Lambang Persatuan mengandungi dua ekor

harimau berdiri tegak mendompak memegang sebuah perisai yang terukir perkataan

Page 20: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

19

ALUMNI PTD, iaitu gambaran yang menyerupai dengan gambaran lambang Malaysia yang menunjukkan kaitan ahli-ahli Persatuan dengan Kerajaan sebagai bekas pegawai-pegawai perkhidmatan awamnya. Kedua-dua ekor harimau itu berdiri di atas satu riben berwarna putih yang tertulis nama penuh Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Kesemua ini terkandung di dalam sebuah perisai yang melambangkan penyatuan dan tujuan yang satu.

3. Lencana - Keterangan –

FASAL 19 PERTIKAIAN

a) Apa-apa pertikaian diantara ahli dengan Persatuan

hendaklah, pada peringkat awalnya, diselesaikan dengan cara saksama melalui perantaraan atau penyelesaian pertikaian alternatif. Sekiranya pertikaian itu dapat diselesaikan dengan saksama, pertikaian itu dianggap telah selesai sepenuhnya dan tidak ada lagi tindakan susulan boleh diambil oleh mana-mana pihak. Sekiranya perantaraan itu

Page 21: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

20

gagal, pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada satu tribunal timbangtara dalam Malaysia di mana penimbangtara itu hendaklah dilantik dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat. Keputusan tribunal adalah muktamad dan terikat kepada pihak berkenaan.

BERKUATKUASA DARI: 04 FEBRUARI 2015

Page 22: MALAYSIA - ptdalumni.orgptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/Perlembagaan-Baru-New-Constitution.pdf · 3 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

http://ptdalumni.orgemail: [email protected]