perlembagaan permainan tenis

4
PERLEMBAGAAN PERMAINAN TENIS MATLAMAT - Memperkenalkan permainan tenis kepada pelajar. - Mempertingkatkan teknik permainan tenis. - Memberi peluang kepada warga sekolah untuk melibatkan diri dalam permainan tenis. OBJEKTIF - Memupuk sikap suka bersukan antara pelajar. - Menggalakkan pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang sihat dan baik. - Menyihatkan badan. - Menghasilkan pelajar yang aktif dan produktif. - Mencungkil bakat pelajar. - Memupuk sikap berdisiplin dan bertanggungjawab antara ahli-ahli. KEAHLIAN - Dibuka kepada semua murid sekolah ini. - Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. - Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini. GURU PENASIHAT - Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. - Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

Upload: bavani-perumal

Post on 28-Sep-2015

50 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

TENIS

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN PERMAINAN TENIS

MATLAMAT Memperkenalkan permainan tenis kepada pelajar. Mempertingkatkan teknik permainan tenis. Memberi peluang kepada warga sekolah untuk melibatkan diri dalam permainan tenis.

OBJEKTIF Memupuk sikap suka bersukan antara pelajar. Menggalakkan pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang sihat dan baik. Menyihatkan badan. Menghasilkan pelajar yang aktif dan produktif. Mencungkil bakat pelajar. Memupuk sikap berdisiplin dan bertanggungjawab antara ahli-ahli.

KEAHLIAN Dibuka kepada semua murid sekolah ini. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

GURU PENASIHAT Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Guru penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan. Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

AHLI JAWATANKUASA Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Pemilihan AJK secara undian. AJK Kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada guru penasihat. Ahli AJK Kelab hendaklah terdiri : Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha - Penolong Bendahari Penolong AJK Kelas / bergantung kepada keperluan (Bidang tugas dan tanggungjawab setiap AJK boleh disenaraikan)

KEWANGAN Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung iaitu RM5.00 setahun. Kelab boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma / yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.

KEHADIRAN / PENYERTAAN Ahli-ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan / kelab.

AKTIVITI Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

PERATURAN-PERATURAN Peraturan sekolah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

TINDAKAN DISIPLIN Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan / kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut : Amaran lisan Amaran bertulis Gantung keahlian Pecat keahlian Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.

PINDAAN PERLEMBAGAAN Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri guru penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab / persatuan dan disahkan oleh Pengetua.

PEMBUBARAN PERSATUAN Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

HAL-HAL LAIN Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.