perlakuan motor (imbangan)

1
Menurut Ahmad Hashim (2004), imbangan adalah keupayaan mengekalkan keseimbangan badan mengatasi daya tarikan graviti. Imbangan adalah komponen yang penting bagi tindak balas motor yang berkesan.Dalam sesetengah kedudukan, keseimbangan juga dipengaruhi oleh kekuatan badan. Jika otot yang menyokong tidak mampu menanggung berat badan atau sebahagian badan, maka keseimbangan akan menjadi terhad. Imbangan sangat penting untuk menstabilkan keperilakuan dan membentuk gerakan. Terdapat dua jenis imbangan iaitu : i) Imbangan Statik – merupakan kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat. ii) Imbangan Dinamik – adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti berubah dan dapat mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam. Contoh aplikasi komponen imbangan dalam aktiviti harian: a) Berjalan kaki dengan kasut bertumit tinggi . Seseorang mungkin akan jatuh atau terseliuh kaki kerana badan kehilangan imbangan. b) Menunggang motosikal ke sesuatu tempat. Sekiranya imbangan tidak dapat dikekalkan, motosikal tersebut akan kehilangan kawalan dan jatuh. Contoh aplikasi komponen imbangan dalam situasi sukan atau permainan: a) Berjalan di atas bangku. b) Berjalan menggunakan kaki tempurung.

Upload: ennies-ngor

Post on 10-Aug-2015

56 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

perlakuan motor (imbangan)

TRANSCRIPT

Page 1: Perlakuan Motor (Imbangan)

Menurut Ahmad Hashim (2004), imbangan adalah keupayaan mengekalkan keseimbangan badan mengatasi daya tarikan graviti. Imbangan adalah komponen yang penting bagi tindak balas motor yang berkesan.Dalam sesetengah kedudukan, keseimbangan juga dipengaruhi oleh kekuatan badan. Jika otot yang menyokong tidak mampu menanggung berat badan atau sebahagian badan, maka keseimbangan akan menjadi terhad.

Imbangan sangat penting untuk menstabilkan keperilakuan dan membentuk gerakan. Terdapat dua jenis imbangan iaitu :

i) Imbangan Statik – merupakan kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat.

ii) Imbangan Dinamik – adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti berubah dan dapat mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

Contoh aplikasi komponen imbangan dalam aktiviti harian:

a) Berjalan kaki dengan kasut bertumit tinggi . Seseorang mungkin akan jatuh atau terseliuh kaki kerana badan kehilangan imbangan.

b) Menunggang motosikal ke sesuatu tempat. Sekiranya imbangan tidak dapat dikekalkan, motosikal tersebut akan kehilangan kawalan dan jatuh.

Contoh aplikasi komponen imbangan dalam situasi sukan atau permainan:

a) Berjalan di atas bangku.b) Berjalan menggunakan kaki tempurung.