imbangan air

31
TUTORIAL 15 IMBANGAN AIR ASMAWI BIN ABDULLAH SMK PURUN 28330 TRIANG, PAHANG

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

622 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: IMBANGAN AIR

TUTORIAL 15IMBANGAN

AIRASMAWI BIN ABDULLAH

SMK PURUN28330 TRIANG, PAHANG

Page 2: IMBANGAN AIR

1 (a) Takrifkan maksud imbangan air. [3]Imbangan air merupakan KESEIMBANGAN antara input air dengan output air yang masuk dan keluar dari sesuatu sistem fizikal dengan mengambil kjra air yang disimpan dalam storan tanih. INPUT AIR dalam bentuk kerpasan (hujan. salji. dll). OUT PUT AIR Dalam bentuk sejat peluhan. STORAN AIR - Air dalam sistem akuifer dan juga storan permukaan seperti (tasik, sungai. kolam dan paya).

Page 3: IMBANGAN AIR

1 (b) Bezakan imbangan air positif dengan imbangan air negatif. [4]

i. Imbangan Air Positif ialah lebihan air iaitu jumlah kerpasan melebihi sejalpeluhan yang boleh mewujudkan banjir.

ii. Manakala lmbangan Air Negatif ialah kurangan air iaitu jumlah sejat-peluhan melebihi kerpasan yang boieh mewujudkan kemarau

Page 4: IMBANGAN AIR

1 (c) Jelaskan proses yang terlibat dalam menentukan imbangan air di sesebuah kawasan. [6]

i. Proses Kerpasan (hujan, salji, hujan batu). la merupakan input utama dalam menentukan imbangan air. Sebagai input kerpasan bertindak membekalkan air ke dalam sistem hidrologi. Sumber input air ini datang daripada hujan, salji, embun dan sebagainya.

ii. Sejatan dan sejat peluhan. Sejatan ialah air yang tersejat daripada permukaan seperti laut, sungai dan tasik. la merupakan proses pertukaran cecair kepada wap-wap air. Manakaia sejatpeluhan ialah air yang tersejat dan lembapan tanih.

iii. Larian air permukaan termasuk di dalam alur (sungai, guily dan rill). Ini ialah proses perantaraan antara input dengan output air. Semua larian air akan berakhir di kawasan takungan seperti di laut, tasik, kolam dan sebagainya yang menjadi storan permukaan. Seterusnya air dari storan permukaan ini akan mengalami pula proses selatan

Page 5: IMBANGAN AIR

1 (d) Bagaimanakah hutan semula jadi mempengaruhi keseimbangan hidrologi di sesebuah kawasan?

[4]i. Proses pepeluhan daun yang mempengaruhi out put air

ke atmosfera. Pepeluhan akan menentukan kelembapan udara dan seterusnya jumlah hujan yang turun.

ii. Proses pintasan atau cegatan silara kanopi tumbuhan yang akhirnya mempengaruhi proses susupan dan storan air tanih. Sistem akar tumbuhan juga menyerap dan menyimpan air di dalam tanah

Page 6: IMBANGAN AIR

1 (e) Bincangkan kesan aktiviti penyahhutanan terhadap imbangan air di sesebuah kawasan. [4]

i. Aktiviti penyahutanan menyebabkan imbangan air negatif. lni kerana kelembapan udara akan menurun dan lumlah hulan luga akan menurun ekoran daripada kegagalan tumbuhan melakukan proses pepeluhan.

ii. Storan air dalam tanah juga akan merosot, kerana proses susupan semakin berkurangan. Kesannya bekalan air kepada sistem saliran akan terjelas. Sungai mengalami kekurangan bekalan air.

Page 7: IMBANGAN AIR

1 (f) Bagaimanakah faktor semula jadi telah menyebabkan berlakunya kemarau di sesebuah kawasan.

[4]i. Faktor semulajadi seperti fenomena EI-Nino telah mengurangkan jumlah hujan di sesebuah kawasan dalam tempoh yang lama. Kesannya udara menjadi kering, kadar sejatan tinggi manakala hujannya amat sedikit. Suhu yang panas menyebabkan lembapan tanih dan akuifer kekurangan air, sungai dan tasik menjadi kering dan seterusnya menghasilkan kemarau.

ii. Faktor musim. Perubahan cuaca/ musim panas menyebabkan kekurangan hujan yang seterusnya mempengaruhi bekalan air kepada sungai, tasik, kolam d1l. Storan air tanih juga akan merosot.

Page 8: IMBANGAN AIR

1 (g) Jelaskan kesan kemarau ke atas alam sekitar fizikal setempat.

[4]i. Cuaca panas/ udara kering. Kemarau menyebabkan persekitaran menjadi panas

dan udara kering (dry air)/ kelembapan udara menjadi rendah. Ini menggalakkan pembentukan jerebu. Partikel-partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, habuk dan jelaga akan berkumpul dengan cepat dan banyak dalam keadaan udara kering.

ii. Ekosistem hutan terjejas. Persekitaran yang panas akibat kemarau memudahkan berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi. Kebakaran hutan telah memusnahkan habitat flora dan fauna, memusnahkan rantaian makanan, kepelbagaian biologi dan sepsis hidupan liar yang hidup di dalam hutan.

iii. Menjejaskan ekosistem akuatik. Kemarau jugs uga menjejaskan hidupan air di dalam paya, tasik dan kolam. Komponen air permukaan ini akan kekeringan air akibat kadar sejatan yang tinggi berbanding kerpasan.

Page 9: IMBANGAN AIR

1 (h) Tunjukkan kesan imbangan air negatif ke atas ekologi akuatik.

[4]i. Imbangan air negatif/ Kemarau akan mematikan pelbagai

spesies fauna dan flora hidupan akuatik/ air di dalam paya, tasik dan kolam seperti ikan dan udang. Komponen air permukaan ini akan kekeringan air dan kehilangan oksigen terlarut (DO) yang diguna oleh hidupan akuatik.

ii. Kemusnahan habitat/ tempat tinggal dan sumber makanan bagi hidupan akuatik. Jika kemarau berpanjangan kawasan tanah bencah (wet land) seperti paya akan kekeringan air dan tumbuhannya akan mati.

Page 10: IMBANGAN AIR

1 (i) Bagaimanakah fenomena kemarau boleh menjejaskan kehidupan dan aktiviti manusia. [4]

i. Kemarau boleh menjejaskan kesihatan manusia apabila dihidrasi (kehilangan air dalam badan) cepat berlaku. Manusia cepat letih, lesu dan kehilangan tenaga.

ii. Produktiviti pertanian merosot. Kemarau menjejaskan pengeluaran tanaman makanan khususnya padi sawah. Apabila bekalan air tidak mencukupi pokok-pokok padi akan mati dan ini pastinya akan menyebabkan hasil pengeluaran tanaman tersebut merosot.

iii. Kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan krisis air kepada penduduk terutamanya di kawasan berpenduduk padat seperti bandar-bandar besar. Apabila jumlah air sungai dan tasik berkurangan maka sumber air kepada empangan juga akan berkurangan. Bekalan air terpaksa dicatu dan air yang dibekalkan juga mungkin tidak berkualiti.

Page 11: IMBANGAN AIR

1 (j) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan impak kemarau ke atas kehidupan penduduk setempat.

[4]i. Menggunakan sumber air bawah tanah. Air bawah tanah diperolehi melalui kaedah pembinaan telaga, kaedah pam dan juga penggerudian yang diguna untuk membekalkan air kepada penduduk setempat.

ii. Menggunakan sumber air permukaan seperti kolam, tasik tinggalan perlombongan bijih timah dan juga tasik semulajadi. Sumber air takungan ini boleh diproses dan dirawat untuk membekalkan air bersih kepada penduduk ketika berlakunya krisis bekalan air pada musim kemarau.

Page 12: IMBANGAN AIR

1 (k) Bezakan banjir monsun dengan banjir kilat.

[4]i. Banjir monson ialah banjir/ limpahan air yang disebabkan oleh hujan lebat ketika musim monson timur laut dan monson barat daya. Hujan lebat ini menyebabkan daya tampung sistem saliran menjadi rendah lalu melimpahkan airnya.

ii. Banjir kilat ialah banjir yang terjadi daripada hujan lebat dalam tempoh yang singkat mungkin beberapa jam sahaja. la berlaku di kawasan yang kecil seperti kawasan bandar besar dan mengambil mass yang cepat untuk hilang.

Page 13: IMBANGAN AIR

1 (l) Tunjukkan bagaimana faktor fizikal mempengaruhi kejadian banjir di Malaysia.

[4]i. Hujan lebat. Hujan lebat menyebabkan bekalan air yang

berlebihan sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem saliran di permukaan bumi Kesannya akan meningkatkan paras air di permukaan bumi sehingga wujudnya banjir.

ii. Cairan salji. Pencairan salji secara besar-besaran pads musim panas juga boleh menyebabkan berlakunya bencana banjir apabila kuantiti ais/ salji yang cair adalah banyak dan tidak dapat ditampung oleh sistem sungai ang ada.

iii. Kenaikan aras laut secara luar biasa juga boleh menyebabkan kejadian banjir terutamanya di kawasan muara/ zon pinggir pantai. Kenaikan aras laut berpunca daripada kejadian tsunami, ribut siklon seperti siklon Tropika dan kejadian air pasang perbani.

Page 14: IMBANGAN AIR

1 (m) Cadangkan langkah untuk mengurangkan kejadian banjir di Malaysia.

[4]i. Pembinaan empangan kawasan banjir. Pembinaan

empangan pelbagai guns yang besar amat penting bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat serta pencairan salji yang giat.

ii. Memperluas dan memperdalamkan alur-alur sungai. Kaedah ini bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses pengaliran air sungai keluar ke laut. Rancangan ini juga melibatkan kerja-kerja meluruskan alur sungai, memotong liku-liku sungai dan memperbanyakkan laluan air keluar ke laut.

Page 15: IMBANGAN AIR

2 (a) Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemarau di sesebuah kawasan. [13]

Cuaca panas akibat EI-Nino• Fenomena EI-Nino telah mengurangkan jumlah

hujan di sesebuah kawasan dalam tempoh yang lama.

• Kesannya udara menjadi kering, kadar sejatan tinggi manakala hujannya amat sedikit. Suhu yang panas menyebabkan lembapan tanih dan akuifer kekurangan air, sungai dan tasik menjadi kering dan seterusnya menghasilkan kemarau

Page 16: IMBANGAN AIR

2 (a) Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemarau di sesebuah kawasan. [13]

Perubahan cuaca mengikut musim• Fenomena kemarau jugs uga disebabkan oleh perubahan

cuaca secara semulajadi seperti perubahan suhu,hujan dan angin mengikut musim.

• Di Malaysia contohnya. Pada musim monsoon timur laut kawasan negeri-negeri pantai barat Semenanjung mengalami kekurangan hujan akibat halangan banjaran Titiwangsa.

• Selain itu factor angina juga boleh mempengaruhi kemarau. Halaju angin kering yang kuat akan membawa awan ke tempat yang lain lantas kawasan yang sepatutnya

turun hujan akan mengalami cuaca panas dan kemarau

Page 17: IMBANGAN AIR

2 (a) Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemarau di sesebuah kawasan. [13]

Aktiviti penyahutanan• Penyahutanan akan menyebabkan kekurangan bekalan air

yang ketara dialami oleh sungai, tasik, kolam dan empangan.

• Ini kerana sistem akuifer kekurangan air, maka sungai, tasik, kolam dan paya juga kekurangan air. Lama-kelamaan ia menjadi kering kontang dan kemarau akan berlaku.

• Apabila pokok-pokok ini ditebang maka kelembapan udara akan berkurangan, persekitaran menjadi kering (dry air), sejatan akan meningkat dan sebaliknya hujan pula akan berkurangan dan mendorong terjadinya kemarau.

Page 18: IMBANGAN AIR

2 (a) Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemarau di sesebuah kawasan. [13]

Aktiviti pembandaran.• Kadar pembandaran yang tinggi telah mempengaruhi imbangan

air negatif. Pembangunan Bandar yang pesat telah menukarkan hutan semulajadi kepada hutan batu, muka bumi telah diturap dengan aspalt dan bitumen. Ini menyebabkan kadar susupan air berkurangan seterusnya simpanan air di dalam system akuifer bawah tanah semakin sedikit. Kesannya input air kepada sungai-sungai juga semakin susut.

• Selain itu keadaan pulau haba bandar menjadi factor utama untuk menghasilkan udara kering (dry air). Peratus kelembapan udara menjadi rendah, gumpalan awan tebal untuk menurunkan hujan tidak terbentuk yang sekaligus menyebabkan input air dalam persamaan hidrologi semakin berkurangan.

Page 19: IMBANGAN AIR

2 (b) Cadangkan langkah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air ketika fenomena kemarau di Malaysia.

[12]Menggunakan sumber air bawah tanah• Air bawah tanah diperolehi melalui kaedah

pembinaan telaga, kaedah pam dan juga penggerudian.

• Kawasan akuifer yang sudah dikenalpasti hanya perlu digerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalurkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum diagehkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan JBA yang sudah sedia ada.

Page 20: IMBANGAN AIR

2 (b) Cadangkan langkah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air ketika fenomena kemarau di Malaysia.

[12]Menjalankan usaha pembenihan awan• Pembenihan awan dilakukan bagi tujuan menurunkan

hujan tiruan di sesebuah kawasan.• Pembenihan awan dilakukan dengan menyembur air laut

yang mengandungi larutan garam ke alas awan Kumulusnimbus melalui kapalterbang.

• Larutan garam (air laut) tersebut berfungsi sebagai“Nukleus Kondensasi” untuk menarik wap-wap air

di dalam awan berkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran bintik‑ bintik air akhirnya mencapai ke tahap tepu dan hujan akan turun.

Page 21: IMBANGAN AIR

2 (b) Cadangkan langkah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air ketika fenomena kemarau di Malaysia.

[12]Pemindahan air antara lembangan melalui terowong air• Kekurangan air di sesebuah empangan boleh

ditampung dari lembangan saliran sungai yang lain melalui kaedah terowong air. Contohnya pembinaan loji air Langat 2 yang memindahkan air dari Pahang ke empangan langat Selangor.

• Pembinaan projek loji air Langat2 melibatkan kerja‑ kerja pembinaan terowong penyaluran,Empangan Kelau, pembinaan muka sank, stesen pam dan juga paip air

Page 22: IMBANGAN AIR

2 (b) Cadangkan langkah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air ketika fenomena kemarau di Malaysia.

[12]Memproses air dari sumber- sumber tasik atau kolam• Kolam, tasik tinggalan perlombongan bijih timah dan

juga tasik semulajadi merupakan sumber air takungan semulajadi yang boleh diproses dan dirawat untuk membekalkan air bersih kepada penduduk ketika berlakunya krisis bekalan air.

• Dengan menggunakan teknologi dari Perancis iaitu alat ULTRA‑SOURCE akan memproses air dari tasik yang akan dipam, dirawat dan disalirkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan JBA yang sedia ada

Page 23: IMBANGAN AIR

3 (a) Mengapakah banjir boleh berlaku di sesebuah kawasan.

[12]Hujan lebat berterusan• Hujan yang lebat boleh membekalkan air yang berlebihan sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem saliran di permukaan bumi.

• Kesannya akan meningkatkan paras air di permukaan bumi sehingga wujudnya banjir

Page 24: IMBANGAN AIR

3 (a) Mengapakah banjir boleh berlaku di sesebuah kawasan.

[12]Cairan salji• Pencairan salji secara besar-besaran juga

boleh menyebabkan berlakunya banjir. Pengaruh ini bergantung kepadabeberapa keadaan tertentu seperti jumlah salji yang turun dan kadar pencairannya.

• Sungguhpun salji dapat menangguhkan fenomena banjir melalui pembekuan tetapi pencairannya secara besar‑besaran akan menggalakkan pula kejadian banjir terutamanya pada musim panas

Page 25: IMBANGAN AIR

3 (a) Mengapakah banjir boleh berlaku di sesebuah kawasan.

[12]Kenaikan Aras Laut• Kenaikan aras laut secara luar biasa juga

boleh menyebabkan kejadian banjir terutamanya di kawasan muara/ zon pinggir pantai.

• Kenaikan aras laut berpunca daripada kejadian tsunami, rebut siklon seperti siklon Tropika, kejadian air pasang perbani dan juga pencairan litupan ais di kawasan kutub.

Page 26: IMBANGAN AIR

3 (a) Mengapakah banjir boleh berlaku di sesebuah kawasan.

[12]Aktiviti penyahutanan.• Apabila hutan dimusnahkan maka

permukaan bumi kehilangan dayatampung untuk melarut‑ resapkan atau menyusupkan air ke dalam tanah.

• Kesannya air hujan lebih cepat mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan menuju ke sungai–sungai dan membanjiri sungai

Page 27: IMBANGAN AIR

3 (a) Mengapakah banjir boleh berlaku di sesebuah kawasan.

[12]Aktiviti Pembandaran• Proses pembandaran di bandar besar juga

menggalakkan fenomena banjir yang dinamakan sebagai banjir kilat.

• Ia berlaku apabila sebahagian besar permukaan tanah ditutupi dengan bitumen/ tar, aspalt, konkrit dan lain-lain yang menghalang proses susupan air hujan ke dalam tanah.

• Akibatnya air hujan akan mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan menuju ke sistem longkang dan parit yang ada di bandar.

• Jika system saliran buatan manusia ini tersumbat dan tidak diselenggarakan dengan baik maka banjir kilat akan berlaku dengan cepat.

Page 28: IMBANGAN AIR

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko banjir di sesebuah negara. [12]

Pembinaan empangan kawasan banjir• Pembinaan empangan yang besar amat

penting bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat serta pencairan salji yang giat.

• Empangan dapat menyimpan air sebelum dialirkan ke sungai. Fenomena banjir boleh diperlahankan.

Page 29: IMBANGAN AIR

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko banjir di sesebuah negara. [12]

Memperluas dan memperdalamkan alur-alur sungai.• Kaedah ini bertujuan untuk mempercepatkan

lagi proses pengaliran air sungai keluar ke laut.• Oleh itu limpahan air boleh dikurangkan.• Rancangan ini juga melibatkan kerja-kerja

meluruskan alur sungai, memotong liku-liku sungai dan memperbanyakkan laluan air ke luar ke laut.

Page 30: IMBANGAN AIR

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko banjir di sesebuah negara. [12]

Projek tebatan banjir• Membina tetambak atau benteng di

sepanjang tebing sungai bagi mengelakkan limpahan air dengan cepat.

• Tetambak dan benteng boleh dibuat dengan pelbagai kaedah seperti benteng konkrit, kaedah groin dan gabion dan yang paling mudah sekali ialah meletakkan guni-guni pasir di sepanjang tebing sungai yang sering kali dilanda banjir itu

Page 31: IMBANGAN AIR

3 (b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko banjir di sesebuah negara. [12]

Mengawal aktiviti penyahutanan.• Aktiviti pembalakan khususnya di kawasan

tadahan air perlu disekat. Kawasan tadahan air haruslah dikekalkan sebagai hutan simpan kekal untuk storan air yang berterusan.

• Justeru Aktiviti pembalakan diharamkansamasekali di kawasan ini dan penguatkuasaan

undang‑undang yang ketat haruslah dikenakan kepada pembalak‑pembalak haram. Seperti mengenakan kompaun yang tinggi, menyitar harts dan juga hukuman penjara