assignment perlakuan organisasi

Upload: makan-nasi

Post on 13-Jul-2015

2.222 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAANSetinggi-tinggi di panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-NYA , Tugasan bagi Perlakuan Organisasi JTW252/253 ini dapat disiapkan mengikut tarikh akhir penyerahan tugasan 29 Disember 2012. Pertama sekali setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Pengurus Kursus Perlakuan Organisasi JTW 253/254 Dr Noziani Dahalan yang memberikan kami tugasan ini berserta nota-nota untuk memudahkan pembelajaran kami untuk Sidang 2011/2012 ini. Ucapan terima kasih juga kepada setiap anggota kumpulan ini yang telah menyumbangkan idea-idea serta kerjasama dalam memastikan tugasan ini siap pada masa yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan agar kejayaan menggenggam segulung ijazah berjaya dilaksanakan pada masa hadapan. Beribu ampun dan maaf di pinta sekiranya tugasan ini tidak memenuhi kehendak dan keperluan yang sepatutnya. Sekian terima kasih.

1

ABSTRAKTugasan ini bertujuan untuk mengkaji perlakuan buli di tempat kerja dan kesannya kepada prestasi kerja individu di dalam sesebuah organisasi. Selain dari untuk memenuhi keperluan berijazah, kajian ini juga penting untuk mengkaji perlakuan segelintir individu yang bersikap mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Pendedahan ini amat penting dalam memastikan setiap organisasi awam atau swasta bebas dari gejala yang tidak bermoral ini dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pekerja dapat dipenuhi. Kadangkala pekerja itu sendiri tidak tahu bahawa mereka dibuli dan ditindas. Kerana itu setiap pekerja perlu tahu hak masing-masing di tempat kerja untuk mengelakkan perkara yang sama berulang. Perlakuan buli bukan saja menjejaskan individu, tetapi menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi dalam mencapai visi dan misi syarikat.

2

PENGENALANTAJUK : PERLAKUAN BULI DI TEMPAT KERJA. KESANNYA TERHADAP PRESTASI KERJA

Di dalam konteks kehidupan, perbuatan buli merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral kerana boleh merendah-rendahkan martabat seseorang.Perlakuan buli merupakan satu perbuatan mempermainkan, mendera seseorang untuk mendapatkan keseronokan, supaya orang tersebut menyesuaikan diri dengan suasana yang baru dan sebagainya (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Tingkahlaku buli bermaksud perbuatan yang dapat dilihat secara fizikal atau psikologikal. Tindakan secara langsung atau tidak langsung melalui jenaka atau tindakan licik terhadap seseorang di terangkan di dalam konsep injury or discomfort. Buli boleh didefinisikan sebagai tingkah laku atau perbuatan yang disengajakan dengan keinginan untuk menyakitkan dan mencederakan mangsa buli lebih kecil atau lemah. Pembuli mengamalkan tingkah laku negatif dengan tujuan untuk menimbulkan rasa tidak senang di kalangan mangsa buli secara berulang-ulang atau berterusan, perbuatan membuli mangsa berlaku melalui dua cara iaitu secara langsung dan tidak langsung yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan pembuli dengan tujuan menunjukkan status kekuatan atau kuasa atau pengaruh yang dimiliki oleh pembuli (Shapiro, Baumeister & Kessler, (1991).

3

Dalam sesebuah organisasi, perlakuan buli ini merupakan masalah yang sering berlaku melibatkan pegawai atasan dengan bawahan, sesama pekerja ataupun terhadap pekerja lama dan pekerja baru. Perkara ini bukan saja menjadi fenomena di negara-negara barat, tetapi juga di seluruh dunia. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh International Labour Organization (ILO), Indonesia adalah merupakan negara di Asia yang mencatatkan kadar buli tertinggi di dalam sektor pekerjaan. Ini mungkin kerana ramai rakyatnya yang memerlukan pekerjaan dan ini menjadi punca kepada masalah buli. Walaupun di Malaysia perkara ini tidak serius, tetapi kekerasan seperti pekerja dianiaya, diancam, diserang atau menjadi mangsa perlakuan buruk dalam keadaan yang berkaitan dengan kerja masih berlaku. Satu kajian menyatakan bahawa perlakuan buli di tempat kerja adalah lebih teruk dan berbahaya berbanding gangguan seksual di tempat kerja kerana mangsa buli tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan kerana tidak ada sebarang peruntukan dari segi undangundang untuk mendakwa atau melindungi daripada perlakuan buli berbanding dengan masalah gangguan seksual.Kebanyakan mereka akan merasa stress dan membuat keputusan sukar seperti ponteng kerja ataupun berhenti.

4

TAKRIFAN BULIBuli juga didefinisikan sebagai suatu perbuatan negatif yang berulangan dan dalam masa yang berpanjangan oleh seseorang atau sekumpulan terhadap mangsa. Semua tindakan negatif yang melibatkan perbuatan atau percubaan yang akan mengakibatkan sesuatu kecederaan atau perasaan tidak selesa terhadap orang lain (Olweus, 1993). Tindakan negatif tersebut samada dilakukan secara langsung oleh pembuli ke atas sasaran atau mangsa secara lisan, fizikal atau secara psikologi (Shapiro, Baumeister dan Kessler, 1991). Tingkahlaku buli dilakukan tidak mengira jantina lelaki atau perempuan (Rigby,1998), dan perbuatan buli ini termasuklah tingkah laku memencilkan mangsa dalam lingkungan sosial.

Kanak-kanak dan remaja perempuan biasa melakukan pengasingan sosial seperti melakukannya terhadap rakan dengan cara mengejek dengan perkataan, menjatuhkan harga diri atau status sosial. Sesetengah perbuatan tersebut adalah merupakan suatu tingkah laku yang disengajakan dengan tujuan menunjukkan status kekuatan atau kuasa yang dimiliki oleh pembuli. Olweus (1991) mendefinisikan buli sebagai hubungan secara kasar di antara individu yang kuat (pembuli) ke atas individu yang lemah (mangsa buli).

Antara perlakuan buli yang sering berlaku ialah yang perbuatan mengejek ataupun memanggil dengan gelaran nama.Perlakuan ini walaupun tidak menjurus kepada menghina, tetapi boleh menjejaskan emosi seseorang. Sebagai contoh memanggil nama ejekkan seperti nama keluarga ataupun panggilan seperti Azlan Gemuk ataupun Man Jonggang boleh menyebabkan menjadi ikutan rakan sekerja lain dan menyebabkan mangsa yang digelar berasa rendah diri. Walaupun hanya panggilan, tetapi sedikit sebanyak boleh menjejaskan hubungan sekerja.

5

Antara lain ialah sikap menyisih atau memulau rakan sekerja. Perlakuan ini menyebabkan mangsa merasa tersisih dan tidak diperlukan di dalam sesebuah organisasi. Produktiviti pekerja akan menurun dan menyebabkan tiada peningkatan di dalam perkhidmatan. Ini dapat di lihat apabila sesebuah organisasi itu tidak dapat melaksanakan tugas yang diberikan akibat daripada perlakuan buli ini. Manakala kajian Noran Fauziah Yaakub (2001) mendapati bahawa buli boleh bersifat serangan jasmani atau rohani yang bertujuan untuk menakutkan, mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan atau menyebabkan kegelisahan perasaan yang dilakukan secara berulang-ulang. Kendrick (1997) menyatakan bahawa tingkah laku buli sebagai perbuatan oleh individu atau sekumpulan individu yang menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa dengan cara mengancam dari segi fizikal seperti menyerang dan penderaan secara lisan atau ugutan melampau. Melalui kajian Kendrick (1997) buli boleh berlaku apabila seseorang menganggu emosi orang lain. Buli yang menyentuh emosi orang lain pula melibatkan katakata nista atau perkataan yang menyakitkan hati secara berulang kali (Noran Fauziah Yaakub et al, 2001).

6

JENIS-JENIS BULITerdapat beberapa jenis buli antaranya ialah : Kata-kata kesat atau pedas Tindakan meminggirkan pekerja Memberi tugas yang tiada sangkut paut dengan tugas pekerja Gangguan psikologi Menurut Smith dan Sharp 1994, jenis buli yang sering berlaku ialah : a) membuli secara fizikal seperti memukul, menendang, mengambil atau memusnahkan hak orang lain menggunakan perkataan seperti memberi gelaran, mencaci, mencela dan mencemuh, mempersendakan secara berulang danmengaitkannya dengan keluarga b) secara tidak langsung menyebarkan keburukan melalui khabar angin menyingkir seseorang daripada lingkungan sosial.

Manakala menurut Connell dan Farrington 1996 pula menerangkan jenis-jenis buli adalah seperti serangan terhadap fizikal iaitu melalui pertuturan, serangan psikologikal dan ugutan dengan tujuan untuk menyakiti serta menakutkan dan mencederakan atau menganggu perasaan mangsa buli secara berterusan dan berulang-ulang dari segi jasmani atau rohani. Olweus 1991, mengatakan Perbuatan buli ini boleh berlaku bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi bukan fizikal juga turut berlaku.Contohnya seperti gosip, menyingkirkan atau memulau .

7

Selain Sudemann, Jaffe dan Schieck ; 1996 memberikan definisi buli dengan lebih terperinci seperti menyerang dan melakukan kesengsaraan terhadap fizikal

mangsa,menggunakan perkataan seperti mengejek atau memanggil dengan panggilan yang tidak disenangi, mengancam, mengugut serta menggertak, memeras, mencuri wang, merampas harta benda dan menyisihkan rakan dari kumpulan rakan sebaya.

8

KESAN YANG TIMBUL DARI PERLAKUAN BULIPelbagai kesan buruk didapati daripada perlakuan buli ini secara lansung atau tidak lansung. Tiada undang-undang yang boleh di kenakan kepada pembuli kecuali jika ianya menyebabkan kecederaan maka tindakan undang-undang mengikut kanun prosedur jenayah boleh dikenakan. Tindakan buli ini menyebabkan mangsa menghadapi tekanan dan kadangkala ianya mampu mendatangkan tekanan perasaan yang melampau. Bahkan tindakan ini bukan sahaja mendatangkan kesan kepada mangsa sahaja malah jika ada individu yang melihat kejadian tersebut individu itu boleh menghadapi trauma atau wujudnya perasaan takut. Perkara ini juga akan berpanjangan kerana mangsa buli akan melakukan perkara yang sama terhadap individu lain sebagai cara membalas dendam. Ini akan menyebabkan masalah buli ini setiasa wujud di dalam masyarakat kita. Menurut Dr Ng, Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2010, pekerja yang menjadi mangsa buli ini juga akan menghadapi simptom dan penyakit yang seperti keresahan, naik berat badan, sakit kepala, sakit kepala, sakit belakang, rasa mual, ulser mulut, insomnia, mimpi buruk, radang kulit, diarhea, tekanan darah tinggi, murung serta kurang keyakinan diri. Tindakan buli menyebabkan mangsa tidak seronok untuk ke tempat kerja dan pelbagai cara akan di gunakan untuk mengelakkan diri pergi ke pejabat. Pekerja akan kerap sakit atau akan mengambil cuti sakit supaya tidak perlu ke pejabat dan ini akan menyebabkan produktiviti pekerja menurun. Perlakuan buli juga akan menyebabkan penurunan kepuasan kerja (Einarsen,S.& Raknes, B. 1997) dan tahap kesihatan mangsa buli tersebut (Bjrkqvist, sterman, & HjeltBck, 1994; Einarsen, Matthiesen, & Skogstad,1998; Zapf, Knorz & Kulla, 1996).

9

Menurut Leymann ; 1996 dan Rayner ; 1997 , antara kesan perlakuan buli terhadap organisasi di mana peningkatan bilangan pekerja yang tidak hadir bekerja, peningkatan bilangan pekerja yang ingin berhenti atau meninggalkan organisasi, peningkatan bilangan penggantian pekerja (turnover) dan bilangan pekerja yang berhenti awal.

10

TIGA KOMPONEN UTAMABeberapa komponen utama di dalam perlakuan buli ini telah dikenal pasti dan menjadi antara elemen penting dalam mengenali masalah buli ini.Antaranya ialah :

Pembuli Merupakan pihak yang menggunakan kekerasan ataupun kepentingan peribadi untuk melakukan perlakuan buli. Pembuli terdiri daripada pegawai atasan yang mempunyai kuasa, rakan sekerja yang lebih senior ataupun mereka yang berpengaruh di dalam sesebuah organisasi. Kebiasannya pembuli akan menggunakan kelebihan ini untuk memastikan perlakuan ini mendapat sokongan pihak lain untuk mendapat lebih perhatian. -

Mangsa buli Terdiri daripada pekerja bawahan, pekerja baru ataupun pihak yang kurang berpengaruh. Golongan ini sentiasa digunakan untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya ataupun perkara yang mempunyai kepentingan peribadi. Sebagai contoh pekerja baru akan dibebankan dengan pelbagai kerja oleh pekerja lama bertujuan untuk menggelakkan bebanan tugas dan untuk mengambil hati pegawai atasan.

11

Pihak lain selain dari pembuli dan mangsa buli Golongan ini biasanya tidak mempunyai kepentingan tetapi hanya sekadar sukasuka. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk turut sama membuli ataupun menggelakkan daripada turut di buli dengan menyokong apa saja perlakuan buli yang dilakukan.

12

ISU KAJIANJADUAL 4.1 KES KEKERASAN FIZIKAL DI TEMPAT KERJA

30 25 20

Bilangan mangsa

15 10 5 0 Lelaki Perempuan

Negara-negara

Diubahsuai Dari: Violence, bullying and harassment in the workplace.(2007).

Jadual di atas menunjukkan kes kekerasan fizikal di tempat kerja yang berlaku di negara-negara seperti United Kingdom, Finland, Sweden, Netherlands, Denmark dan Belgium. Ini dapat dilihat di negara-negara maju semakin banyak berlakunya kekerasan fizikal ini terutamanya kes buli. Kaum wanita merupakan mangsa buli yang tinggi berbanding dengan kaum lelaki. Ini di jangka berlaku kerana bilangan wanita yang semakin ramai menguasai bidang pekerjaan. Wanita juga di katakan menjadi mangsa buli kerana pembuli akan mencari individu yang mempunyai karektor yang dilihat lemah dan tidak berani bersuara. Kes buli ini memberikan kesan bukan sahaja kepada individu yang di buli malah organisasi turut menghadapi kesannya.

13

Kesan yang ditanggung oleh organisasi antaranya ialah kehilangan pekerja yang berpengalaman, pekerja tidak hadir dalam tempoh yang panjang, pekerja mengambil opsyen bersara lebih awal dari masa yang sepatutnya, kos memberikan kaunseling untuk mengembalikan semangat pekerja di buli atau memberikan kesedaran kepada pembuli, kos penggantian pekerja dan kos mahkamah jika pembuli membawa kes ke mahkamah untuk menuntut keadilan. Selain itu, pekerja yang di buli akan menghadapi masalah kesihatan dan berlakunya kemurungan. Ini berlaku kerana pekerja khuatir sekiranya di maklum atau di hebahkan akan memberi kesan terhadap dirinya. Perasaan bimbang di pinggirkan, di labelkan pemberi masalah, kehilangan kerja menjadikan pekerja bertindak hanya mendiamkan diri. Akibatnya pekerja akan menghadapi masalah kesihatan dan psikologi. Pekerja akan mengalami stress dan pelbagai penyakit seperti sakit badan dan insomnia. Berdasarkan jawatan di organisasi, pekerja di peringkat atasan jarang di buli berbanding dengan di peringkat bawahan kerana pekerja atasan mempunyai kuasa untuk mempertahankan diri. Ini menunjukkan pekerja bawahan lebih banyak di buli contohnya di arahkan membuat tugasan yang bukan di dalam bidang tugasnya. Terdapat pegawai atasan telah menyalahgunakan kuasanya apabila tugas yang perlu dilakukannya di serahkan kepada pegawai bawahan untuk membuatnya dengan alasan dia mempunyai kuasa memberi arahan. Tanpa di sedari perbuatannya ini telah mendatangkan tekanan kepada pekerja bawahan. Pekerja yang lama juga dikatakan lebih banyak membuli pekerja baru dengan alasan pekerja baru perlu lebih banyak belajar sedangkan secara tidak langsung mereka telah membuli pekerja baru. Situasi ini memberikan persepsi pertama yang tidak baik bagi pekerja baru dengan merasakan suasana organisasi ini tidak seronok.

14

Gambarajah di atas menunjukkan faktor demografi mempengaruhi perlakuan buli di tempat kerja. Perlakuan buli di tempat kerja yang sering dilakukan adalah seperti perlakuan negatif secara serangan peribadi, perlakuan negatif dengan memandang rendah, perlakuan negatif yang berkaitan dengan kerja dan perlakuan negatif secara kekerasan fizikal. Perlakuan buli serangan secara peribadi seperti pendapat dan pandangan tidak di pedulikan, bayangan atau isyarat daripada kakitangan lain supaya pekerja meletakkan jawatan, gosip dan khabar angin tentang pekerja tersebar atau tuduhan yang di buat terhadap pekerja, pekerja di layan secara tidak adil dan pekerja tersebut dijadikan tempat melepaskan marah. Manakala perlakuan buli dengan memandang rendah pula merupakan tekanan dari seseorang supaya pekerja melakukan kerja yang di bawah tahap kelayakan dan pekerja di sisihkan oleh pekerja lain. Perlakuan ini menyebabkan pekerja rasa terpinggir dan keseorangan. Perlakuan buli yang berkaitan dengan kerja pula di lakukan dengan

memberikan beban kerja yang tidak dapat di uruskan atau tarikh serah tugas yang tidak munasabah, tekanan yang mengatakan pekerja tersebut tidak boleh membuat apa-apa tuntutan sedangkan dia layak membuat demikian contohnya tuntutan elaun lebih masa atau cuti.

15

Selain itu perlakuan buli yang berkaitan kerja ialah segala maklumat tidka di sampai kepada pekerja hingga menyebabkan prestasinya terjejas, kerja di kritik setelah pekerja berusaha menyiapkannya dan berasa di ugut dalam apa jua cara dan tempat. Perlakuan buli seterusnya merupakan tindakan yang paling ketara kerana ia di lakukan dengan cara fizikal. Tindakan itu adalah seperti di layan dengan cara kasar dan biadap, di keji atau di lemparkan dengan katakata yang kesat, usikan atau ejekan yang melampaui batas, diaibkan kerana kerja yang dilakukan atau tindakan agresif di tempat kerja.

16

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH BULI Pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk mengatasi perlakuan buli ini. Ini kerana jalan penyelesaian yang terbaik akan membantu setiap individu dan memberi kebaikan kepada organisasi dalam melaksanakan setiap tugas yang diberi. Keseronokan bekerja di dalam sesebuah organisasi akan menyebabkan produktiviti meningkat.Antara langkah penyelesaian yang dicadangkan ialah : Jangan terlalu beremosi. Pembuli akan mengambil keseronokan dalam emosi memanipulasi orang. Bertenang dan rasional dalam sebarang keadaan Jangan menyalahkan diri sendiri. Mengakui bahawa ini bukan tentang diri anda;ia mengenai pembuli. Jangan hilang keyakinan anda, atau fikir anda tidak mampu atau tidak cekap. Membina rangkaian sokongan. Bina hubungan yang baik sesama rakan untuk menjadi pelindung ataupun pendengar setia yang dapat membantu kita apabila di buli Rekodkan setiap perlakuan buli untuk memastikan apabila keadaan menjadi tidak terkawal, kita mempunyai bukti yang kukuh untuk dilaporkan kepada pihak atasan.Simpan e-mel dan nota. Mendapatkan bantuan. Jika anda berfikir anda dibuli, sudah tiba masanya untuk mula bercakap kepada orang lain yang boleh membantu anda menguruskan situasi ini. Cuba mentor, peguam bela, rakan yang berpengalaman Mereka bekerja untuk syarikat, bukan anda, jadi anda perlu berhati-hati tentang apa yang anda berkongsi bergantung kepada berapa disukai dan disokong pembuli anda dalam organisasi. Dapatkan kaunseling. Ia akan membantu anda berhadapan dengan tekanan, lebihlebih lagi jika pembuli telah menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Anda perlu menjaga diri agar kekal sihat.17

Antara langkah-langkah yang turut boleh dilakukan ialah :

Kekalkan gaya hidup sihat dan seimbang di luar kerja untuk membantu anda menangani tekanan di tempat kerja . Bersenam dan dapatkan tidur yang cukup untuk kesihatan yang berkekalan Mendapatkan maklumat yang cukup tentang permasalah buli ini supaya lebih banyak peluang untuk mengatasi keadaan ini dari segi undang-undang Pembuli tidak akan berubah dalam sekelip mata. Jalankan tanggungjawab seperti biasa dan tunjukkan kepada pihak atasan kebolehan anda supaya tidak dipandang rendah oleh pihak Cuba untuk mendapatkan saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana insiden buli, dan mengelakkan situasi di mana anda bersendirian dengan pembuli. Dapatkan nasihat dari kesatuan sekerja anda, atau daripada kakitangan dan pegawai-pegawai kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Adakah majikan anda mempunyai dasar tentang gangguan atau terhadap tingkah laku yang tidak boleh diterima? Mengambil kursus pengurusan tekanan, dan melakukan beberapa latihan ketegasan. Mereka adalah baik untuk kesihatan am anda, dan akan membantu anda di masa hadapan Dapatkan sokongan emosi dari keluarga dan rakan-rakan anda, berbual dengan mereka mengenai perasaan anda. Tanyalah doktor anda mengenai kaunseling. Mengambil cuti sakit jika anda memerlukannya Jika anda memutuskan untuk meninggalkan kerja anda kerana daripada dibuli, biarkan syarikat anda tahu dengan tepat mengapa anda meletakkan jawatan. Ia boleh membantu orang lain pada masa akan datang

18

Jika anda ingin melanjutkan tuntutan undang-undang terhadap majikan anda, mulakan dengan mengambil nasihat daripada kesatuan anda. Jika anda mempunyai kes yang baik, mereka akan mengambil bagi pihak anda.Pelbagai bentuk tindakan undang-undang yang mungkin boleh dibuat, termasuk: tribunal perindustrian, tuntutan sivil untuk kecederaan peribadi dan akta-akta jenayah jika melibatkan perlakuan jenayah.

19

LAPORAN KAJI SELIDIKUntuk mendapatkan lagi kepastian daripada orang ramai tentang kebenaran isu ini, pihak kami telah melaksanakan kajian ke atas 10 responden ataupun individu berkaitan isu ini dan beberapa pandangan telah diberikan untuk menyokong isu ini.Antara laporan kajian ialah seperti berikut : 1) Jumlah yang responden yang di nilai : 10 orang 2) Jumlah yang pernah terlibat dalam aktiviti buli ataupun menjadi mangsa: 6 orang 3) Pandangan responden terhadap isu ini : -Kebanyakan responden bersetuju dengan isu ini yang memang sering berlaku di dalam setiap organisasi dan kebanyakannya melibatkan pekerja bawahan - Ramai responden mengharapkan semoga perlakuan buli ini dapat dikekang dan perlunya akta-akta perlindungan diwujudkan supaya perkara ini tidak berleluasa. -Akta atau undang-undang yang digubal haruslah menyeluruh untuk setiap individu tidak mengira pegawai bawahan ataupun atasan. Contoh borang yang disediakan seperti di lampiran di bawah dan penilaian laporan ini adalah secara sukarela dan tidak dipaksa.

20

BORANG SOAL SELIDIK REAKSI AM1 2 3

Tajuk Tarikh Fokus

Reaksi Terhadap Isu Buli Di Tempat Kerja 15 November hingga 2 Disember 2011 Untuk Melihat Reaksi Pekerja Tentang Isu Perlakuan Buli Di Tempat Kerja

Biodata Responden4 Jantina [ 5 Umur Lelaki 1 ] Perempuan [ 2 ] 44thn50thn [ 3 India ] [ 3 ] ] 51th-58thn [ 4 ] [ ] 5 [ ] 4

18thn30thn [ 1 ]

31thn43thn [ 2 Cina [ 2 ]

6

Kaum

Melayu [ 1 ]

Bumiputera [ 4 ] [ ] 6

7

Pekerjaan

Sektor swasta [ 1 ]

Sektor awam [ 2 ] [ ] 7

8

Penempatan

Bandar [ 1 ]

Luar Bandar [ 2 ] [ ] 8

Sila tanda satu sahajaBil

Kenyataan Pernahkah perlakuan buli berlaku di tempat anda seperti ejekan, panggilan menghina, dipulaukan ataupun aktiviti fizikal berlaku?

1

[

]

9

Ya Tidak Alasan

[

1

]

[

2

]

21

2

Pada pandangan anda, apakah perlakuan buli ini akan menjejaskan prestasi seseorang individu ataupun sesebuah organisasi ? Ya Tidak Alasan[ 1 ]

[

]

10

[

2

]

3

Pandangan / harapan responden terhadap isu ini

22

KESIMPULANPerlakuan buli di tempat kerja haruslah didedahkan kepada setiap pekerja kerana setiap pekerja mempunyai hak untuk berada di dalam persekitaran yang selamat dan selesa. Semua pekerja mempunyai hak yang sama rata untuk mendapat keselesaan dan merasa selamat untuk bekerja. Majikan memainkan peranan penting bagi memastikan pekerja tidak menjadi mangsa buli. Pekerja juga turut memainkan peranan yang penting di dalam memastikan rakan sekerja di layan sama rata dan tidak dipinggirkan. Masalah buli perlu di atasi bagi memastikan produktiviti dapat di tingkatkan dan masalah disiplin pekerja dapat di kurangkan. Pekerja boleh mengambil langkah-langkah mengatasi dari membiarkan diri terus menjadi mangsa buli. Sikap mendiamkan diri menjadi virus yang boleh merebakkan perkara ini dari terus berlaku. Majikan perlu sentiasa peka dengan situasi dan isu di pejabat. Langkah mengambil tahu hal orang lain penting jika ia melibatkan prestasi pekerja dan boleh menjejaskan produktiviti pekerja itu sendiri. Majikan boleh menghidu perkara negatif berlaku dengan cara perubahan sikap pekerja atau masalah disiplin pekerja. Perbincangan adalah langkah yang bijak untuk mengetahui punca masalah pekerja. Pekerja sentiasa mengambil cuti sakit atau cuti rehat kecemasan adalah tanda suasana pejabat kurang selesa dan bermasalah. Pekerja menghadapi situasi sedih apabila di pinggirkan oleh rakan sekerja jadi sebagai langkah dari terus di pinggirkan, maka pekerja mengambil inisiatif untuk ponteng kerja. Perkara ini menjatuhkan imej pekerja itu sendiri dan majikan melabel pekerja ini sebagai pekerja bermasalah. Sebagai majikan yang profesional, langkah berbincang secara personal adalah satu langkah yang terbaik. Pekerja dapat meluahkan masalah yang di hadapi. Selain itu, majikan

23

boleh sentiasa membuat pemantauan dan teguran kepada pembuli. Jika majikan melihat pekerja di bebani pelbagai tugas, majikan boleh mengarahkan pekerja yang kurang tugas membantu pekerja tersebut. Bagi pekerja yang suka membebankan pekerja lain dengan tugas yang tidak berkaitan, majikan boleh memberi amaran kepada pembuli itu. Rutin tugas perlu di ubah supaya pekerja tidak merasa bosan dan mengambil sambil lewa terhadap tugas yang di beri. Majikan mempunyai kuasa mutlak di dalam organisasi dan kusa ini perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Kerajaan juga perlu memastikan masalah buli ini dapat diatasi dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 kelak. Rakyat yang hidup dengan harmoni mampu menjadikan sesebuah negara itu berjaya bukan saja dari segi pembangunan , tetapi dari segi kerohanian.

24

RUJUKANM. Affandi Perlakuan buli di tempat kerja dalam perkhidmatan awam di Malaysia , Universiti Utara Malaysia Azizan (2004) Buli dan hubungannya dengan prestasi akademik di sekolah berasrama penuh di Kedah , Universiti Utara Malaysia (UUM) Raven L. Hill (2010) How To Manage An Office Bully

www.bernama.com.my www.wikipedia.com http:// azimah4eva.blogspot.com http://www.inc.com/guides/2010/06/manage-an-office-bully.html

25

LAMPIRAN

26