perkembangan psv

Upload: fiqs

Post on 04-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    1/14

    1. PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA

    PENDAHULUAN

    Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya

    sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran

    kerana mata pelajaran ini merentasi kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV)

    bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek

    pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti

    melalui imaginasi dan konsepsi murid.

    Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan

    Pertukangan Tangan.Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan

    keperluan semasa, maka mata pelajaran tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan

    Seni. Setelah beberapa tahun diperkenalkan,ia telah diubah pula

    menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan

    Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai

    sekali kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni

    tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni

    tari,seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau seni fotografi.

    Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk

    minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap

    nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran

    lain.Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan

    aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui

    persepsi visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan dan

    reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka

    menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid

    membina keyakinan diri,membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

    SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual di

    Malaysia tidak dapat lari dari perbincangan tentang perkembangan sistem

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    2/14

    pendidikan di Malaysia itu sendiri kerana Pendidikan Seni Visual mempunyai

    rentetan sejarah yang seiring dengan perkembangan sistem pendidikan di

    Malaysia.Ianya meliputi peringkat sebelum merdeka,awal merdeka , selepas

    merdeka sehinggalah sekarang.Ianya juga sangat berkait rapat dengan kelahiran

    institusi seni dan kemunculan pertubuhan seni lukis

    serta perkembangan seni halus di Malaysia.

    Pendidikan Sebelum Merdeka

    Sebelum kedatangan kuasa penjajah ,pendidikan di Tanah Melayu berbentuk

    bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar.Corak

    pendidikan yang ada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-

    Quran,tingkah laku dan akhlak yang baik,pengetahuan

    kerohanian dan seni mempertahankan diri.Ini termasuklah pelajaran awal dalam

    bidang kraf tangan serta perintis dalam bidang pertanian,perikanan dan pemburuan.

    Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran al-Quran dan pengetahuan

    asas membaca,menulis,dan mengira(3M) dan diadakan di peringkat yang rendah

    sahaja.Jika ada anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin menyambung

    pelajaran,maka mereka terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.

    Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke-19 dan awal

    abad ke-20 adalah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa dan

    mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu ,pendidikan yang berbentuk sekular dalam

    bahasa Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum

    yang terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu

    atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam kalangan masyarakat

    Melayu.

    Berdasarkan Laporan Winstedt,Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata

    Pelajaran tahunan Negeri-negeri Selat 1885 adalah;Cukup untuk kehendak-

    kehendak biasa budak-budak Melayu,yang kelak akan menjadi pemandu kereta

    lembu,penanam padi dan nelayan.Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan

    segelintir pemuda yang berpendidikan baik.Pelajaran untuk orang Melayu tidak

    boleh melewati batasan,kerana ia akan menimbulkan kesulitan nanti.Pada tahun1916,Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    3/14

    Melayu.Sekolah Melayu dan maktab mengajar subjek lukisan.Anyaman diletakkan

    di bawah subjek Sains Pertanian.

    Selain itu,Laporan Winstetd (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri

    Selat) mencadangkan;Lukisan adalah mustahak untuk Latihan yang amat baik

    memerhati alam yang didapati darinya,dan ia dapat menimbulkan minat dan

    kecerdasan murid-murid dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan.Dan ia

    menyesuaikan mereka dengan kerja-kerja mandur.Ia patut dimestikan dalam darjah

    3 dan 4 dan menyediakan subjek Kerja tangan seperti membuat bakul.

    Pada awal abad ke-20, bagi menampung permintaan yang bertambah

    terhadap Pendidikan Menengah,Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut

    model English Grammar School pada tahun 1905 ,tetapi

    sekolah ini khas untuk golongan bangsawan sahaja.Pada tahun 1922,Maktab

    Perguruan Sultan Idris ditubuhkan bagi memberi latihan perguruan dan

    semua wajib mempelajari kesemua subjek termasuk lukisan,pertanian dan

    pertukangan.Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan

    pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain.Sukatan Pelajaran yang

    digunakan ialah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi

    tahun pertama.Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan

    menggunakan rotan dan buluh..Kerja kerja tahun pertama disambung pada tahun

    kedua dan penggunaan rotan dan buluh

    adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga.Buku teks yang digunakan ialah

    Kita Rajah-rajah Anyamanoleh guru anyaman Mr.W.Olanguera.

    Pada tahun 1929,guru-guru Melayu telah menggunakan Kitab Pedoman Guru

    Penggal Kedua untuk mengajar pelbagai subjek termasuk Lukisan dan Pertukangan

    Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.Kitab

    Pedoman Guru Penggal 1(1928) dan Penggal 2(1929) yang disusun oleh

    O.T.Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis

    di Malaya mengenai kaedah mengajar subjek Lukisan dan Pertukangan

    Tangan.Buku ini sangat penting pada masa itu kerana kaedah mengajar Pendidikan

    Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih

    susah.Pada tahun 1930,sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari iaitu pukul 8.00

    pagi hingga 12.00 tengah hari.Antara subjek yang diajar ialah Karangan,Ilmu Kira-

    kira,Ilmu Alam,Sejarah Melayu,Kesihatan,Lukisan,Menganyam dan berkebun dan

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    4/14

    Senaman.Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan

    Melayu lebih mirip kepada kampung.(anjuran R.O.Winstedt).

    Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

    Selepas Perang Dunia Kedua,perkembangan politik negeri China, India,dan

    negara jiran mengalami banyak perubahan.Masyarakat pendatang menganggap

    Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka .Kebangkitan nasionalisme Melayu

    melihatkan tentang masalah kerumitan kaum dalam pendidikan.Orang Melayu mula

    mendesak supaya kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu

    serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.Sebuah jawatankuasa

    ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes.Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal

    tahun 1951.Laporan ini mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah

    kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris

    atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.Sekolah Cina dan Tamil

    akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan

    memperkenalkan aliran Kebangsaan.Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang

    Cina.Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah memburukkan lagi pertikaian kerana

    menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Inggeris

    dan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

    Pada Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala

    Lumpur telah

    ditubuhkan bagi membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-masing

    antaranya menawarkan kursus Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani,

    Pendidikan Guru Kelas Buta dan Cacat Pendengaran, Kaunseling

    dan Kerjaya, Teknologi Pendidikan dan sebagainya.Sebenarnya

    maktab ini merupakan sebuah sekolah seni lukis dan juga maktab latihan

    perguruan . Peter Harris telah mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan

    Seni bagi latihan guru pada tahun 1961.Antara kakitangan awal MPIK ialah

    ialah Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau , Lee Loo For,

    Cheong Lai Tong dan Jolly Koh. Peter Harris kemudiannya diambil

    Alih oleh Syed Ahmad Jamal dan seterusnya oleh Yeoh Jin Leng .Aspek

    aspek kepakaran seni halus seni grafik dan kraftangan diberi penekanan

    .Sukatan Pelajaran yang ditawarkan ialah Catan, Seni Halus, Seni Arca,

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    5/14

    Seni Seramik, Seni Tekstil(Batik), Seni Anyaman/Tenunan. Antara guru dan

    pelukis keluaran MPIK ialah Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman

    Mansur, dan Ismail Hashim. Bagi guru cemerlang, mereka ditawarkan untuk

    melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. (sekitar 60-an)

    Pada tahun 1960 juga ,satu jawatankuasa telah mengkaji semula

    implementasi dasar pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang

    dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.Penyata Rahman Talib itu telah

    mengesyorkan; Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan

    had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun.memberi pelajaran percuma kepada

    kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai1962,

    membanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan vokasional,mengadakan

    pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring

    dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan .Akta Pelajaran 1961 telah

    dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di Negara ini.Justeru,

    Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan.Mata pelajaran

    yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR ialah

    Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Sains,Tawarikh,Ilmu Alam,Hal Ehwal

    Tempatan,Tata Rakyat,Jawi,Pendidikan AgamaIslam,Lukisan

    dan Pertukangan Tangan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    6/14

    SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR PENDIDIKAN

    SENIVISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

    SUBJEK : PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN

    SENIVISUAL KBSR(PSV3104)

    Pendidikan Sebelum Merdeka

    Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan

    melibatkanaspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan

    estetik dan daya kreativitimelalui imaginasi dan konsepsi murid. Dahulunya PSV

    dikenali sebagai subjek Lukisan danPertukangan Tangan. Setelah beberapa

    perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluansemasa, maka mata pelajaran

    Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata pelajaran Pendidikan

    Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Senidiperkenalkan ia telah

    diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaranmasyarakat terhadap

    kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.Sebelum kedatangan kuasa

    penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formaldan

    tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang

    ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah

    laku,dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.

    Ini termasuklah pelajaranawal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang

    pertanian, perikanan dan perburuan.Pendidikan Melayu yang awal menekankan

    pengajaran Quran dan pengetahuan asasmembaca, menulis dan mengira(3M).

    Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendahsahaja. Anak-anak Melayu

    yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksamemasuki

    sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah

    Melayudiasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak

    Melayuterus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang

    berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop

    dankokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup

    orangMelayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan

    masyarakat Melayu.Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan

    oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan

    dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa

    itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928)dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    7/14

    disusun oleh O.T. Dussek dan MuhammadHashim bin Haji Taib adalah buku pertama

    yang ditulis di Malaya mengenai kaedahmengajar mata pelajaran Lukisan dan

    Pertukangan Tangan. Buku ini sangat pentingdigunakan oleh guru-guru yang

    mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu diMalaya etika

    itu.Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni

    yangdirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah.

    Misalnyakaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan pembaris

    diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan. Diikuti pula

    denganlatihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segi tiga,

    sehinggalahkepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan binatang berasaskan

    kepada bentuk-bentuk geometrik yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat

    telah digunakandi sekolah-sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan

    Tangan sejak tahun1900-an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena

    dakwat dalam kalangan pelajar Melayu danorang Melayu yang berminat dalam

    bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginanuntuk menghasilkan karya-

    karya yang bersifat lakaran dan sekali gus memperlihatkankepentingan konsep visual

    dalam pengilustrasian buku.Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang

    bertambah terhadap Pendidikanmenengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar

    diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi,

    sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawansahaja. Latihan guru-guru

    Melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura.Pada tahun 1922,

    bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolahMelayu

    yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau

    dikenalisebagai Sultan Idris Training College (SITC).Di sini mata pelajaran

    Pendidikan seni telahdiajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek

    Pendidikan Seni diajar bersama-samadengan pertukangan tangan seperti membuat

    bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyatketika itu. Sukatan pelajaran yang

    digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuanguntuk membuat bakul bagi

    tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak barudengan menggunakan

    rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun kedua dan penggunaan

    rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teksyang

    digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    8/14

    Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

    Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara

    jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai

    tempatkediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang

    masalahkerumitan kaum tentang pendidikan.Orang Melayu mula mendesak ,supaya

    Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah -sekolah Melayu serta

    menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatankuasa

    ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal

    tahun1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan

    dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa

    Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar

    secara beransur - ansur kepadasekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan

    aliran Kebangsaan. Cadangan tersebutditentang hebat oleh orang Cina.Laporan Fen wu

    , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina

    telahmemburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu

    ,Laporan

    Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada

    asasnyamenyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasaInggeris, dan bahasaCina dijadikan bahasa pengantar.

    Pendidikan Malaysia

    Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem

    pendidikan diTanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat

    kemerdekaan, AktaPelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan

    di negara ini. Justeru ituKurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

    telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh

    murid-murid dalam KLSR antaranya ialah BahasaMelayu, Bahasa Inggeris,

    Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan,Tata Rakyat,

    Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan,

    PendidikanJasmani dan lain-lain.Persekolahan peringkat rendah di negara

    ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974

    hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuaiDr.Mahathir Mohamad bagi melihat

    kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati

    bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengankurikulum ynag

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    9/14

    baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada KurikulumBaru

    Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR

    telahdisemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan

    itu, KBSR yangdikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah

    ditukar menjadi KurikulumBersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata

    pelajaran-mata pelajaran yang telahsedia ada mengalami perubahan

    bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depantermasuklah Pendidikan

    Seni Visual.Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif

    dalammembangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual.

    Hal ini dapatdilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni

    Visual itu sendiri yangtelah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-

    perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah

    dan isi kandungan mata pelajarantersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini

    dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula

    diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada

    penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam IbrahimHassan

    melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum

    PendidikanSeni Visual).Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah menggubaldasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini,

    murid-murid daripada darjah 1 hinggatingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata

    pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaranwajib dan mata pelajaran elektif.Kini,

    sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada

    melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu

    dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap

    dalammenghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya

    dan identiti bangsa.Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif,

    pendekatan, kaedah dan isikandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik

    minat lebih ramai pelajar.Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata

    pelajaran wajib yang mesti dipelajarioleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan

    Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat

    FPK. Matlamat mata pelajaran PendidikanSeni Visual sekolah rendah sebagaimana

    yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalahuntuk melahirkan insan yang

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    10/14

    harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukanasas seni visual.

    Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasakesyukuran

    terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni

    danwarisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

    masyarakatdan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang

    terkandung di dalammata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :(a)

    Melukis dan membuat gambar (b) Membuat corak dan rekaan(c) Membentuk dan

    membuat binaan(d) Mengenal kraf tradisionalFokus yang diberikan kepada setiap

    bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yangkreatif dengan alat dan bahan,

    serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai

    pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-

    sekolahkerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-

    murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti

    seni yang dijalankansemasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan

    seni sebagai mediakomunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni

    sebagai warisan budaya danidentiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)

    Kekuatan dan Kelemahan KLSR

    Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang

    telah dilaksanakansejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti

    beberapa kelemahan seperti:-

    1

    . Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara

    mata pelajaran atau antara darjah.

    2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan

    danmembosankan murid.

    3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila

    ada peperiksaan.

    4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks.

    Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik

    dan berkesan.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    11/14

    Keberkesanan KBSR / KLSR

    Kekuatan dan Kelemahan KBSR

    Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan

    yang

    menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat

    dilihatdari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran

    belajar dan perkerabangari'sahsiah .

    Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh

    KementerianPendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982.

    Laporan Fasa I (1988) kajiantersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-

    murid dalam 3M ini adalah lebihtinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang

    mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang

    raudah seperti menyoal, berbincangdan mengeluarkan pendapat . Sebilangan

    besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti

    mengenal idea-idea utama dan membuat rumusanDari segi perkembangan sahsiah,

    murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap danyakin-dan menunjukkan

    minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca jugamemuaskan. Selain

    daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak

    ansur.

    Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun

    1990. Jadi,satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-

    murid diluar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan

    mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

    KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan

    KBSR keatas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti

    serta penglibatansemua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah

    menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan

    pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas,kumpulan, rakan sebaya dan

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    12/14

    individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapatmemberi kepelbagaian

    dalam teknik pengajaran dan

    pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat

    kepimpinandan

    bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa

    aspek penilaianadalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran

    dan hendaklah dijalankan berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan

    tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-

    merta. Program pemulihan dan pengayaandijalankan untuk mengambil kira

    bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan,

    bakat dankebolehan.

    Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa

    golongan murid-muridyang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR

    dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian

    yang telah dijalankan yangmenunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam

    Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik

    daripada murid-murid dalam KLSR. Darisumber-sumber pengesanan yang lain

    didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

    Kelemahan KBSR

    Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P.

    Inimengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai

    sepenuhnyamelalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong

    kepada perkara ini ialahfokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam

    peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa

    proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan

    ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh

    kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsungmengurangkan keberkesanan

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    13/14

    usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

    berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insancemerlang

    yang dihasratkan

    Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR

    y

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak kanak. Ini

    bermaknakaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan

    pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.

    y

    Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan

    hafazanmanakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang

    menumpukan padakeupayaan murid membaca, menulis dan mengira.

    y

    Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan

    demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang

    iaitukomunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.

    y

    Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan

    yangdilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.

    y

    Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan

    yangdilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan

    kaedah pengajaran individu dan kumpulan.

    y

    Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar

    lemahmanakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi

    kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN PSV

    14/14

    y

    Sistem baru menekankan komponen nilai nilai murni Oleh yang demikian pelajar pelajar

    bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.

    y

    Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua dua

    penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuanmengesan

    kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.

    y

    Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi

    penekanan.Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah

    diperkenalkan di sekolah sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi

    membolehkan kanak kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman

    persekolahan