perkembangan profesional di kalangan guru

3
PERKEMBANGAN PROFESIONAL DI KALANGAN GURU 1.0 PENDAHULUAN Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang. Iamelibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif,perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil tempatatau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993). Day(1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam

Upload: sri-maheswary

Post on 17-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Profesional Di Kalangan Guru

PERKEMBANGAN PROFESIONAL DI KALANGAN GURU

1.0 PENDAHULUAN 

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana

kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang

profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan

sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang

sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder

Sigh, 2007)

Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme

sepanjang karier seseorang. Iamelibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek

deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif,perkembangan profesional

merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil

tempatatau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif

menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme

sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993).

Day(1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu

proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang

hayat. Proses ini melibatkan penyemakan semula,pembaharuan dan

peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap

tujuan pengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu

proses yang intensif, berterusan dansistematik untuk meningkatkan

Page 2: Perkembangan Profesional Di Kalangan Guru

pengajaran, pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner,1985).

Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran

dalaman yangmembawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk

menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).

Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang

berterusan berserta latihan yang membina yang membolehkan guru

menyelesaikan pelbagai masalah dalam pendidikan. Ia jugamembolehkan

guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan dengan cabaran

hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya

nanti pada tahap yang membanggakan(AFT, 2000).

Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai

pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan

pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi

mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka

danmasyarakat (Ramaiah, 1992).

Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan professional

guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan

pembelajaran.Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai

perkembangan dalam aspek penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka,

mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan

secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang

Page 3: Perkembangan Profesional Di Kalangan Guru

mereka ajar danmenambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat

sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 1980).

Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu

proses yang intensif, berterusandan bersistematik yang bertujuan

untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana

sekolah.Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga,

guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan skil dalam

kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan inidiharap dapat

meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah

di seluruh dunia.