perkembangan kognitif kanak-kanak

17
1.0 Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan dijelaskan sebagai satu perubahan yang berbentuk sistematik, progresif,dan bersepadu dalam diri individu sejak lahir hingga akhir hayatnya. Ia juga dapat diertikan sebagai perubahan-perubahan yang dialami individu dalam proses menuju ke peringkat kedewasaan dan kematangannya.Pendapat ini disokong oleh Santrock, yang mana beliau menyatakan corak perkembangan dalam pelbagai aspek bermula sejak proses persenyawaan hingga akhir hayat. Saya menyokong pandangan ini kerana memang terbukti dalam diri saya dan orang disekeliling saya bahawa perkembangan adalah proses yang berterusan.Sertiap hari,apabila kita bangkit dari tidur dan seterusnya, bermulanya penambahan maklumat,pengalaman,kemahiran dan apa jua bentuk rangsangan yang dikenakan keatas kita, termasuk juga proses- proses yang berterusan seperti proses dalam tubuh badan dan proses penuaan.Namun,bagi Lev Vygotsky perkembangan adalah sesuatu yang komplek untuk dinyatakan secara berperingkat. Robert Havighurst menerangkan tentang konsep tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu pada setiap peringkat perkembangan hidupnya.Pendapat ini turut di sokong oleh Arnold Gesell, beliau menyatakan perkembangan manusia mengikut jadual waktu yang tetap dan kanak kanak harus diberi peluang berkembang dengan kadar sendiri. Melalui pengalaman saya;sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah rendah,saya melihat dalam kalangan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran, mereka sebenarya terdiri daripada kalangan pelajar yang slow learner .Jadi saya berpendapat, guru harus faham akan situasi murid terbabit dan jangan menyamakan atau membezakan mereka dengan murid yang lain.Sememangnya, tiada insan yang dilahirkan mempunyai tahap pemikiran yang sama.Pendekatan cara serta teknik mengajar yang betul harus diguna pakai agar pelajar-pelajar ini tidak ketinggalan.Menurut Hausfather (1996) guru seharusnya meneliti setiap akibat,risiko dan kesan ke atas semua aspek,iaitu perasaan,pemikiran dan naluri murid. Perkembangan bersifat kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal. Contohnya kematangan. Melalui pengalaman saya, pada ketika ini saya dapat merasakan perbezaan pemikiran dan fizikal saya ketika berusia 6 tahun berbanding usia 19 tahun sekarang.Dimana, 1

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 19-Jun-2015

1.655 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

1.0 Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Perkembangan dijelaskan sebagai satu perubahan yang berbentuk sistematik,

progresif,dan bersepadu dalam diri individu sejak lahir hingga akhir hayatnya. Ia juga

dapat diertikan sebagai perubahan-perubahan yang dialami individu dalam proses

menuju ke peringkat kedewasaan dan kematangannya.Pendapat ini disokong oleh

Santrock, yang mana beliau menyatakan corak perkembangan dalam pelbagai

aspek bermula sejak proses persenyawaan hingga akhir hayat.

Saya menyokong pandangan ini kerana memang terbukti dalam diri saya dan

orang disekeliling saya bahawa perkembangan adalah proses yang

berterusan.Sertiap hari,apabila kita bangkit dari tidur dan seterusnya, bermulanya

penambahan maklumat,pengalaman,kemahiran dan apa jua bentuk rangsangan

yang dikenakan keatas kita, termasuk juga proses-proses yang berterusan seperti

proses dalam tubuh badan dan proses penuaan.Namun,bagi Lev Vygotsky

perkembangan adalah sesuatu yang komplek untuk dinyatakan secara berperingkat.

Robert Havighurst menerangkan tentang konsep tugas dan tanggungjawab

yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu pada setiap peringkat perkembangan

hidupnya.Pendapat ini turut di sokong oleh Arnold Gesell, beliau menyatakan

perkembangan manusia mengikut jadual waktu yang tetap dan kanak –kanak harus

diberi peluang berkembang dengan kadar sendiri.

Melalui pengalaman saya;sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah

rendah,saya melihat dalam kalangan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran,

mereka sebenarya terdiri daripada kalangan pelajar yang “slow learner”.Jadi saya

berpendapat, guru harus faham akan situasi murid terbabit dan jangan menyamakan

atau membezakan mereka dengan murid yang lain.Sememangnya, tiada insan yang

dilahirkan mempunyai tahap pemikiran yang sama.Pendekatan cara serta teknik

mengajar yang betul harus diguna pakai agar pelajar-pelajar ini tidak

ketinggalan.Menurut Hausfather (1996) guru seharusnya meneliti setiap akibat,risiko

dan kesan ke atas semua aspek,iaitu perasaan,pemikiran dan naluri murid.

Perkembangan bersifat kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif

tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

Contohnya kematangan. Melalui pengalaman saya, pada ketika ini saya dapat

merasakan perbezaan pemikiran dan fizikal saya ketika berusia 6 tahun berbanding

usia 19 tahun sekarang.Dimana, dahulu adanya sikap egosentrik yang ada pada

1

Page 2: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

saya ketika berusia 5 dan 6 tahun dan pada masa sekarang sikap itu sudah hilang

dari dalam diri saya.

2.0 Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran

yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Ia sangat penting kerana ia akan

mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan

kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang dan

perkembangan mental.Melalui pengalaman, saya juga bersetuju dengan penyataan

ini,sememangnya perkembangan kognitif memainkan peranan besar dalam

merangka masa depan seseorang individu.

Kemahiran kognitif adalah kebolehan individu untuk berfikir, memberi

pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran

masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental contohnya, ingatan,mengkategori,

merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-

lain. Jean Piaget berpandangan pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan

berkembang secara berperingkat-peringkat.Lev Vygotsky pula memberi alternatif

kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia

menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.

3.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat

perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau

berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-

kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami

persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,

manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.Piaget ada menyatakan empat faktor

yang mempengaruhi proses pemikiran individu (Rujuk LAMPIRAN 1.0).

Melalui pengalaman saya berumur 6 tahun, saya sudah minat untuk mengenal

apa itu sains.Walaupun saya tidak tahu apa itu sains namun,dorongan ingin tahu itu

semakin meningkat apabila bapa saudara saya membuat kipas kecil daripada motor

kecil kereta permainan.Melalui tindakan beliau saya begitu tertarik untuk mengetahui

2

Page 3: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

bagaimana motor itu boleh bergerak dan memutarkan kipas yang dilekatkan

kepadanya.(Rujuk LAMPIRAN 2).Hasil rangsangan persekitaran inilah saya mula

memupuk minat untuk belajar sains.Penyataan ini telah disokong oleh Lev

Vygotsky,iaitu perkembangan kognitif dipengaruhi persekitaran sosial kanak-kanak

tersebut.

Bagi menjelaskan perkara ini lagi Piaget telah memperkenalkan 4 konsep utama

proses-proses tersebut:

Skema (Schema)

Penyerapan (Assimilation)

Pengubahsuaian (Accomodation)

Keseimbangan (Equilibrium)

3.0.1 Skema

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu

mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema

adalah seperti sebuah rak yang menyimpan banyak fail dan setiap fail

mewakili satu skema. Seorang bayi apabila dilahirkan ia mempunyai skema

umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin lama

semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.

Skema juga ditakrif sebagai proses mencipta, memperhalus, membuat

perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema

sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Melalui

pengalaman saya,saya mempunyai adik lelaki yang baru berusia beberapa

bulan,apabila disuakan dengan apa sahaja ke mulutnya, dia akan mencuba

untuk menghisapnya kerana menganggap bahawa itu puting susunya.Begitu

juga dengan kemahiran menggengam,tidak kira apa jenis barang yang

diberikan dia akan mencuba untuk memegangnya.

3.0.2 Asimilasi

Asimilasi adalah proses kognitif di mana seseorang menghimpunka informasi

–informasi baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang

sedia ada iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia

ada. Contohnya, kanak-kanak mengetahui struktur asal motorsikal dan

3

Page 4: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

spefikasinya informasi berkenaan motorsikal itu di simpan didalam fail

skemanya.Bermula dengan motorsikal biasa kepada motorsikal yang

mempunyai pelbagai jenama dan reka bentuk,maklumat sentiasa ditingkatkan

dan ditambah.

Proses ini berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai

informasi dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan gelas yang

diisikan air didalamnya secara berterusan ia akan memenuhi gelas

tersebut.Sama juga seperti pengalaman sebenar saya,semakin saya belajar

dan berkomunikasi,pelbagai informasi dan maklumat yang saya

perolehi.Dengan menggunakan maklumat itu saya membuat kesimpulan saya

sendiri.Kesilapan dalam memproses maklumat menyebabkan kesan yang

tidak baik akan berlaku.Misalnya, saya menerima maklumat yang salah dan

tanpa penelitian yang wajar saya akan mengeluarkan penyataan yang salah.

Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan

kualitatif.Ia bermaksud kualitatif adalah sesuatu yang tidak dapat diukur dan

disukat berbeza dengan kuantitatif.

3.0.3 Akomodasi

Akomodasi juga dikenali sebagai penyesuaian diri dan menghasilkan

perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema).

Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan

diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka

maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.

Contohnya, motorsikal yang diketahui diubahsuai menjadi motorsikal roda

tiga,maka penerimaan pandangan daripada skema yang sedia ada adalah

bahawa itu motorsikal bukan motorsikal roda tiga.Namun apabila disesuaikan

dengan penerangan dan pendekatan maka kanak-kanak tersebut boleh

menerimanya.

Situasi yang saya ingin gambarkan ada dilampirkan (Rujuk LAMPIRAN

3).Sekiranya kanak-kanak yang baru pertama kali melihat motorsikal roda tiga

dia akan mengatakan bahawa itu motorsikal biasa. Ini kerana skema yang ada

menyatakan motorsikal itu beroda dua, mungkin juga ada yang akan

mengatakan bahawa itu bukan motorsikal tetapi gerabak atau kereta model

baru.

4

Page 5: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Proses penyesuaian diri akan berlaku apabila skema yang sedia ada diubah

suai untuk disatukan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-

pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan

tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga

seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-

satu kemahiran tertentu.Situasi yang saya gambarkan menyatakan, sekiranya

kanak-kanak tersebut dapat menerima panduan dan pandangan yang betul

maka dia akan dapat menerima penyataan bahawa motorsikal yang diubah

suai itu menjadi motorsikal roda tiga.

3.0.4 Keseimbangan

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak

menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Malah, jika dia

sudah mencapai tahap keseimbanagn yang memberangsangkan dia akan

memperhalusi informasi yang diterimanya.Contohnya, motorsikal yang telah

diubahsuai menjadi motorsikal roda tiga dapat diterima bahawa ia motorsikal

yang sudah diubah menjadi roda tiga.

Sekiranya ia berjaya, proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia

tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui

pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat

baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses

ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Sebagai seorang pelajar sekolah suatu ketika dahulu,saya sering menghadapi

masalah berkenaan persoalan pelajaran yang tidak terjawab.Saya cuba

mencari kesinambungan antara perkara yang saya pelajari dan aplikasinya

kepada diri saya sendiri.Bagi saya tidak perlu belajar Matematik Tambahan

kerana tidak ada pun operasi hidup saya yang memerlukan formula yang saya

pelajari.Namun, apabila saya menggangpnya sebagai ilmu yang akan saya

gunakan kelak saya menerimanya dan memperoleh manfaat daripadanya.

5

Page 6: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Peringkat-peringkat dalam perkembangan kognitif mengikut teori Jean Piaget:

Bil. Peringkat Umur

1. Peringkat sensori motor ( 0 – 2 tahun )

2. Peringkat Pra Operasi ( 2 – 7 tahun)

3. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)

4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas )

PERINGKAT

Peringkat sensori motor

UMUR

0 – 2 tahun

Penerangan:

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk

memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.

Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan

objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh

belajar bahasa dan lambang yang mudah. Pada usia 8 bulan dia sudah mula

kenal individu yang berada disekitarnya seperti ibu dan ayah.

Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan

gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek

yang dapat dilihat dalam persekitarannya.(Rujuk LAMPIRAN 5)

Refleksi

Hasil daripada pengalaman saya sebelum ini,ketika bersama dengan sepupu saya

yang berusia 10 bulan,pada awalnya dia tidak mahu mendekati saya dan apabila

saya mendukungnya dia akan menangis kerana dia tidak kenal akan orang yang

baru dilihatnya.Namun, apabila ibunya mengambilnya dari saya dia terus berhenti

menangis.Melalui penyataan Piaget ini,pada usia 8 bulan keatas,kanak-kanak sudah

mula kenal akan orang yang berada disekelilingnya.Sekiranya ada orang lain yang

hadir dalam kehidupannya dia akan berasa takut kerana tidak kenal.Keadaan ini

tidak akan berpanjangan sekiranya “orang baru” yang mendatanginya tidak

mengancam dan bertindak mesra dengannya,maka dia akan mula biasa.Lev

Vygotsky berpendapat bahawa faktor sosial iaini perhubungan dan perkongsian

pengalaman adalah penyumbang kepada perkembangan kognitif.Saya merupakan

6

Page 7: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

unsur sosial yang bertindak ke atas sepupu saya dalam usaha untuk dia mengenali

dunia sekelilingnya.Ini membuktikan penyataan Vygotsky tentang pentingnya

peranan sosial.

PERINGKAT

Peringkat Pra Operasi

UMUR

2 – 7 tahun

Penerangan:

Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk

menggambarkan sesuatu konsep.

Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan

fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian

menjadi pesat.

Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa

dengannya.

Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan

mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami

konsep keabadian bilangan.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini bersikap egosentrik iaitu

mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.

Contohnya, seorang kanak-kanak yang menonton kartun, akan beranggapan

bahawa semua orang mempunyai minat yang sama dengannya.

Refleksi:

Merujuk kepada pengalaman saya,ketika berusia 5 tahun saya sudah dapat

memasuki pertandingan berpidato dan bercerita.Pada ketika itu, saya mula hilang

perasaan gentar dan cemas kerana saya mengganggap perkara tersebut adalah

perkara yang biasa saya lakukan.Ketika itu saya pernah berpidato dihadapan bekas

Menteri Besar Johor, YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin ketika beliau melawat

ke kampung kami.Lev Vygotsky menyatakan bahawa manusia menggunakan alat

iaitu penulisan dan ucapan bagi membiasakan diri dengan persekitaran

7

Page 8: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

sosialnya.Hasil dari perlakuan tersebut,saya mula membina perasaan untuk berani

tampil dan bersuara dalam perbincangan dalam kalangan organisasi sosial.

PERINGKAT

Peringkat Operasi Konkrit

UMUR

7 – 11 tahun

Penerangan:

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses

keterbalikan dan menaakul.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai

konsep pemuliharaan (conservation).Pengekalan bermaksud memahami

bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya.

Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal

seperti plastersin dan nombor.

Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak

berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B'

kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah

menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi

dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan

iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama

besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama

banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B.(Rujuk Rajah 1.0.1 di LAMPIRAN 4)

Selain itu, kanak kanak juga boleh menguasai prinsip pengelasan. Di dalam

kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasi objek ke dalam set atau

kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh, pengelasan mengikut ciri, warna,

saiz dan bentuk.(Rujuk Rajah 1.0.2 di LAMPIRAN 4).

Di samping itu, kanak-kanak juga boleh menguasai perkaitan logik. Mereka

telah berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu

kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri

ketinggian, berat atau jantina. Contohnya, mereka boleh membezakan di

antara orang yang lebih tinggi atau lelaki dan perempuan.(Rujuk RAJAH 1.0.3

8

Page 9: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

di LAMPIRAN 4)

Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit

sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara

abstrak.Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks.

Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih

bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Refleksi:

Melalui penyataan Piaget berkenaan penguasaan kefahaman berdasarkan

pengetahuan dan pendekatan secara konkrit.Pada ketika ini sekiranya pelajar di

tanya bagaimana kedudukan dacing sekiranya 1 kilogram kapas di timbang dengan 1

kilogram batu (Rujuk LAMPIRAN 6).Pada ketika ini, walaupun mereka tahu bahawa

kapas itu ringan namun apabila jumlah berat kapas itu sama dengan jumlah batu

maka kedudukan dacing adalah sama iaitu kedua-dua barang yang ditimbang itu tadi

mempunyai berat yang sama.Jelaslah bahawa kanak-kanak pada peringkat ini sudah

boleh membuat persamaan logik yang sekaligus membantu proses perkembangan

kognitifnya.Saya mengutarakan contoh ini kerana ia merupakan soalan matematik

yang disoal kepada saya ketika berada dalam tahun 5,jadi hasil daripada logik akal

saya mengatakan bahawa kedudukan dacing adalah sama,walaupun kapas itu

ringan namun ia mempunyai berat yang sama dengan batu yang pada hakikatnya

berat.

PERINGKAT

Peringkat Operasi Formal

UMUR

11 tahun ke atas

Penerangan:

Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah

yang lebih kompleks.

Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya

untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan

9

Page 10: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.

Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk

menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan

konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah

matematik.

Antara ciri-ciri pemikiran formal ialah:

1. Berfikir secara abstrak

Kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah-masalah matematik di mana

melibatkan perwakilan abstrak.

Contohnya, 4x + x = 10. Apakah nilai x ?

2. Berfikir secara sistematik

Contohnya, terdapat 3 helai baju dan 3 helai seluar, berapakah kombinasi

pakaian yang dapat dibuat daripada pakaian di atas ?

3. Boleh membuat hipotesis

Mereka boleh membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi terhadap

Bandar yang mengalami pencemaran teruk dalam 20 tahun akan datang.

Refleksi:

Saya begitu bersetuju dengan pendapat Piaget berkenaan perkembangan

kognitif pada peringkat ini.Hasil dari pengalaman ketika saya berada dalam

Tingkatan 1, saya sudah mempelajari fungsi Algebra yang dipelajari dalam salah

satu sukatan matapelajaran Mathematic Form 1,dan pada ketika itu saya tidak faham

akan perlambangan “x”, “y” dan sebagainya. Atas pendedahan dan pendekatan

pembelajaran yang saya perolehi,saya dapat memahami perkara tersebut dengan

mudah dan cepat. Piaget (1966) merumuskan bahawa persediaan mental

merupakan faktor dalaman yang banyak mempengaruhi keberkesanan pembelajaran

Ini telah dinyatakan dalam teori Piaget,iaitu kanak-kanak pada usia ketika ini sudah

mampu memahami konsep abstrak.Malah,pada ketika ini, unsur imaginasi kanak-

kanak sudah mula menggunakan elemen-elemen logik yang mereka rasakan sesuai

dan sememangnya tidak menyalahi hukum fizik.Contohnya,imaginasi mencipta

papan selaju yang terapung diudara menggunakan konsep aruhan magnet.(Rujuk

LAMPIRAN 7).Jika kita lihat dari segi idea,konsep dan hukum fizik itu menepati ciri

yang dinyatakan.

10

Page 11: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

4.0 Cara-Cara Membantu Murid Dalam Mencapai Perkembangan Kognitif Yang

Optimum

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama

yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan

komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi,

perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Proses pembelajaran mempunyai

pelbagai peringkat (Rujuk LAMPIRAN 11).Bermula dengan ingatan,tingkah

laku,persekitaran dan rangsangan.Ia saling bergerak seiringan secara kitaran.

Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan

dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah,

pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan

pengukuran.

Sebagai seorang bakal warga pendidik, saya haruslah memahami dan

mengenalpasti cara untuk mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-

kanak.Berikut saya nyatakan cadangan yang menggunakan peringkat

perkembangan Jean Piaget sebagai model konsep asal.

4.0.1 Peringkat sensori motor (0-2 tahun)

Pada ketika ini kanak-kanak masih lagi dalam proses pengenalpastian

objek.Dimana kanak-kanak sudah dapat mencari objek yang jelas dan separa

tersembunyi (Rujuk LAMPIRAN 5).Walaupun objek sudah diubah kedudukannya dan

sudah tidak ada pada kedudukan asal kanak-kanak masih boleh mengingatinya.

Ketika peringkat usia begini,kanak-kanak harus diberi peluang untuk

menerokai persekitarannya.Galakan dari ibu bapa penting,namun masih perlu

pengawasan yang sewajarnya agar kemalangan tidak berlaku.Fuson(1988) ada

menyatakan pada peringkat usia begini,kanak-kanak sudah boleh belajar mengira

dan menyebut nombor – nombor mudah.Ini membuktikan bahawa kana-kanak sudah

dapat menerima konsep asas.

11

Page 12: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Guru atau pengasuh bolehlah mencari kaedah yang sesuai seperti

mengaitkan situasi yang berlaku dengan cerita kanak-kanak.Bagi menggambarkan

sifat seekor ayam,gunakan bahan cerita berkenaan ayam (Rujuk LAMPIRAN 8).

4.0.2 Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh di dedahkan dengan soalan yang

menggunakan aplikasi penyelesaian masalah yang mudah.Guru harus

menggunakan alat bantuan mengajar yang menarik dan sesuai.Seperti, blok kayu

kecil,batuan kecil dan air.

Biarkan pelajar melakukan aktiviti mengikut kefahaman mereka.Ketika mereka

sedang melakukan aktiviti,guru boleh mencelah dan bertanya kepada murid .Kaedah

ini amat berkesan dalam diri murid tersebut.Ketika ini,dia sudah mula memupuk

sikap berkeyakinan untuk bercakap dan bersedia untuk disoal.Sekaligus,pembinaan

idea yang kreatif juga dapat dicungkil dari dalam diri murid itu.Kaedah ini di nyatakan

oleh Hausfather (1996),iaitu aktiviti sebegini haruslah melibatkan murid dan guru

agar komunikasi secara terbuka dapat dijalankan.

Menyentuh aspek soalan yang besesuaian dan effektif,guru boleh

mennggunakan aplikasi bertanya soalan berkenaan bahan atau objek yang

konkrit.Contohnya, guru menunjukkan beberapa bentuk bongkah plastik yang

mempunyai pelbagai bentuk.Seterusnya, guru mengambil bongkah berbentuk empat

segi sama sisi dan bertanya kepada anak-anak muridnya berkenaan sifat bongkah

itu tadi,(Rujuk LAMPIRAN 9) .Pendapat ini telah dibuktikan oleh Thompson

(1990),dimana beliau menyatakan bahawa,pada peringkat usia sebegini kanak-

kanak sudah mula dapat mengelaskan objek yan dilihatnya.

4.0.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)

Menurut Burns & Sibley ( 2000 ), pengalaman nyata atau “hands-on” dan

beberapa pendekatan menerangkan peryelesaian permasalahan adalah salah satu

elemen yang membantu perkembangan kanak-kanak pada peringkat usia ini.

Sebagai seorang guru,pada peringkat sebegini saya mencadangkan agar

aktiviti pengalaman nyata dapat dilakukan agar menjadikan proses pembelajaran

12

Page 13: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

menyeronokan dan kefahaman murid apabila mereka melihat sendiri proses itu

berlaku.

Namun kaedah ini masih tidak dapat dijalankan secara menyeluruh kepada

semua subjek atau topik pengajaran.Ini kerana,aktiviti sebegini memerlukan murid-

murid berfikir secara abstrak.Ini kerana penguasaan konkrit mereka baru sahaja

bermula dan mereka memerlukan ia sebagai bantuan.

Guru boleh melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan pembelajaran di

samping menggunakan alat bantuan mengajar yang jelas.Contohnya untuk mengajar

berkenaan sifat haiwan mamalia seperti arnab.Guru membawa arnab hidup kedalam

sesi kelas.Melalui aktiviti ini,kos induksi yang jelas dan bahan rujukan ada di

hadapan murid.Apabila mereka memegang dan meneliti arnab tersebut mereka mula

membuat kesimpulan seperti, mamalia berdarah panas,melahirkan anak dan

sebagainya.

Apabila aktiviti sudah berakhir, guru boleh bertanyakan soalan dan

mendengar pendapat murid-murid berkenaan apa yang mereka lakukan sebentar

tadi.Penggunan bahan yang nyata mampu memupuk nilai keyakinan tentang apa

yang dipelajarinya. Sehubungan dengan itu, minat mereka untuk lebih tahu akan

mula timbul.Maka perkembangan kognitif mereka dapat diperkembangkan ke tahap

yang optimum.”Perbincangan yang berkesan dari guru kepada murid dan sebaliknya

menyumbang kepada perkembangan kognitif pelajar” Hausfather(1996).

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui apabila berhadapan dengan tajuk

mendarab menggunakan nilai yang besar,guru saya memperkenalkan dua kaedah

yang berbeza.Kaedah penggiraan biasa dan kaedah “potong wajik” .Ketika itu saya

berada dalam tahun 5.Bagi saya,penggunaan kaedah “potong wajik” adalah lebih

mudah dan cepat untuk diselesaikan,namun ada juga rakan lain lebih gemar kaedah

biasa kerana menganggapnya satu kaedah yang merumitkan.

Penyataan ini disokong oleh pendapat Eggen & Kauchak(1999), bagi

mereka,satu kaedah yang spesifik dalam menyelesaikan masalah adalah bermakna

bagi seseorang,namun kepelbagaian penyampaian yang berbeza adalah lebih

bermakna kepada orang lain.

13

Page 14: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

4.0.4 Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini guru bolehlah menggunakan aktiviti yang lebih kepada

kemahiran kendiri dan kemahiran berfikir secara kreatif bagi mengoptimumkan

perkembangan kognitif pelajar.

Terdapat empat bentuk pendekatan yang sesuai

antaranya,Penyataan,Inferense,Penilaian dan Pengaplikasian.Keempat-empat

kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Melalui kaedah Penyataan,pelajar akan belajar cara untuk mengeluarkan

maklumat dan isi penting dalam menyelesaikan permasalahan.Guru dapat

membantu dengan cara menyediakan bahan bantuan dan info yang berguna bagi

mereka menilai dan mengeluarkan penyataan yang berkaitan dengan permasalahan

yang mereka hadapi.Menurut Vygotsky, pengalaman perbincangan bersama rakan

dan pemantauan daripada orang dewasa (guru) mempunyai tahap yang berbeza

berbanding mereka membuat tugasan itu sendirian.

Kaedah Inferens,menyiapkan diri seorang pelajar untuk bersedia

mengeluarkan inferens yand induktif dan deduktif.Kemahiran deduktif adalah

pandangan yang melibatkan penyataan konsep umum kepada perkara yang

spesifik.Manakala inferens induktif melibatkan kaedah mengeluarkan maklumat

persamaan dan perbezaan daripada objek atau situasi tertentu dan menuju kepada

persamaan.

Seterusnya ialah kaedah Penilaian,penggunak kaedah ini adalah untuk

menbolehkan murid mengenalpasti kesilapan dan keputusan yang mereka perolehi

dengan jawapan yang betul .Kaedah ini menekankan agar murid tidak akan

melakukan kesilapan yang sama kelak dan memberi gambaran awal kepada murid-

murid akan permasalahan yang mempunyai konsep yang sama dengan perkara

yang mereka bincangkan.

Akhir sekali adalah kaedah Pengaplikasian.Kaedah ini merupakan teknik yang

tertiggi berbanding kaedah yang lain.Apabila tiba pada tahap ini,guru

memperkenalkan kepada murid-murid berkenaan situasi sebenar yang

14

Page 15: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

berlaku.Mereka dikehendaki mennggunakan aplikasi ilmu yang mereka tahu dengan

situasi semasa.

Contohnya,mereka tahu struktur binaan bangku kecil berdasarkan model

konsep asal dan teori,apabila mereka dikehendaki menghasilkan bangku kecil yang

sebenar dan mampu digunakan,maka mereka akan menggunakan semua kemahiran

dan pengetahuan yang mereka pelajari untuk menghasilkan bagku kecil

tersebut.Sesi perbincangan dan pelaksanaan secara berkumpulan dapat membantu

perkembangan kognitif,sosial dan perkongsian,Hausfather(1996).

Melalui aktiviti sebegitu,murid dapat menjana pemikiran logik dan waras.Iaitu

semasa proses penghasilan dan rekaan, kaki bagku kecil itu haruslah besar bagi

memperolehi kestabilan.Jika tidak ia akan mudah rosak dan tidak selesa apabila

digunakan.

4.0.5 Kesimpulan

Pelbagai kaedah pendekatan yang sesuai untuk mengoptimumkan

perkembangan kognitif murid-murid.Namun,ia haruslah bersesuaian dengan

peringkat umur murid-murid.Sebagai bakal guru kita harus melengkapkan diri

dengan persiapan yang mantap agar matlamat melahirkan modal insan yang

bersepadu dapat dicapai.Seperti yang kita ketahui,perkembangan kognitif juga

berpaksikan faktor persekitaran.Guru merupakan faktor persekitaran yang jelas dan

tidak dinafikan memberi impak yang besar.Oleh itu penguasaan terhadap ilmu ini

amat penting dalam membantu kita melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

15

Page 16: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Rujukan

Abdul Ghani Abdullah,Ph.D & Abd.Rahman Abd.Aziz (2009) Mengurus Tingkah Laku

Pelajar,Kuala Lumpur,Perpustakaan Negara Malaysia

Alberto Munari1 (2000)JEAN PIAGET(1896–1980) Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIV, no. 1/2, 1994, p. 311–327,©UNESCO:International Bureau of Education

Artikel,Elizabeth M. Riddle Lev Vygotsky’s Social Development Theory

Bobby Ojose(2008) Applying Piaget’s Theory of Cognitive Development to Mathematics Instruction The Mathematics Educator, Vol. 18, No. 1, 26–30Ee Ah Meng (1996) Psikologi Pendidikan 1(Semester 1),Shah Alam,Penerbit Fajar

Bakti

Haliza Hamzah & Joy N.Samuel,(2008)Perkembangan Kanak-Kanak untuk

PISMP,Kuala Lumpur,Kumpulan Budiman

http://starfsfolk.khi.is/solrunb/vygotsky.html

http://www.associatedcontent.com/article/29997/

vygotskys_theory_of_cognitive_development.html

Mohd Sharani Ahmad (2004).Psikologi kanak-kanak,,Kuala Lumpur: Perpustakaan

Negara Malaysia

Mok Soon Sang. ( 2009 ). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd

Rozumah Baharuddin(1985).Perkembangan Kanak -Kanak, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

16

Page 17: Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

LAMPIRAN

17