perkembangan kanak-kanak

2
Tugasan 1a : Perbandingan responden A dan responden B. Saya telah memilih dua orang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun sebagai responden saya. Saya telah menemu bual mereka dan mendapatkan maklumat mengenai latar belakang mereka. Saya telah menjalankan 5 ujian perkembangan kognitif terhadap kedua-dua responden saya. Terdapat banyak perbezaan dari segi perkembangan kognitif antara responden A dan responden B. (rujuk graf di lampiran 1) Responden A. Saya mendapati bahawa responden A lulus ujian 1 Jean Piaget iaitu ujian untuk konsep pengekalan nombor (bilangan). Responden A dapat menjawab kedua-dua soalan untuk ujian ini dengan tepat. Untuk ujian kedua pula, responden A diuji dengan ujian Jean Piaget dari segi konsep pengekalan isi padu cecair dan responden A dapat melepasi ujian ini 100%. Seterusnya, ujian ketiga pula merupakan ujian McCarthy. Responden A mendapat markah sebanyak 94% dalam ujian ini. Ujian keempat pula merupakan ujian Jean Piaget yang mengukur pemahaman kanak-kanak mengenai konsep pengelasan (transitiviti). Responden A dapat 100% dalam ujian ini. Ujian kelima merupakan ujian Jean Piaget mengenai konsep pengelasan (hubungan antara kategori dan sub kategori). Responden A dengan cemerlangnya mendapat 100% dalam ujian terakhir ini. (rujuk lampiran 2) Responden B. Responden B amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan responden A. Untuk ujian pertama iaitu ujian pengekalan nombor (bilangan) , responden B telah gagal menjawab semua soalan. Begitu juga dengan ujian kedua iaitu ujian yang menguji konsep pengekalan isi padu cecair. Responden B gagal menjawab soalan-soalan dalam ujian tersebut. Untuk ujian ketiga iaitu ujian McCarthy, responden B hanya dapat menjawab 56% betul. Namun begitu, responden B berjaya

Upload: leiazaifin

Post on 15-Jul-2016

235 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

banding beza responden

TRANSCRIPT

Page 1: perkembangan kanak-kanak

Tugasan 1a : Perbandingan responden A dan responden B.

Saya telah memilih dua orang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun sebagai

responden saya. Saya telah menemu bual mereka dan mendapatkan maklumat mengenai

latar belakang mereka. Saya telah menjalankan 5 ujian perkembangan kognitif terhadap

kedua-dua responden saya. Terdapat banyak perbezaan dari segi perkembangan kognitif

antara responden A dan responden B. (rujuk graf di lampiran 1)

Responden A.

Saya mendapati bahawa responden A lulus ujian 1 Jean Piaget iaitu ujian untuk

konsep pengekalan nombor (bilangan). Responden A dapat menjawab kedua-dua soalan

untuk ujian ini dengan tepat. Untuk ujian kedua pula, responden A diuji dengan ujian Jean

Piaget dari segi konsep pengekalan isi padu cecair dan responden A dapat melepasi ujian

ini 100%. Seterusnya, ujian ketiga pula merupakan ujian McCarthy. Responden A mendapat

markah sebanyak 94% dalam ujian ini. Ujian keempat pula merupakan ujian Jean Piaget

yang mengukur pemahaman kanak-kanak mengenai konsep pengelasan (transitiviti).

Responden A dapat 100% dalam ujian ini. Ujian kelima merupakan ujian Jean Piaget

mengenai konsep pengelasan (hubungan antara kategori dan sub kategori). Responden A

dengan cemerlangnya mendapat 100% dalam ujian terakhir ini. (rujuk lampiran 2)

Responden B.

Responden B amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan responden A. Untuk

ujian pertama iaitu ujian pengekalan nombor (bilangan) , responden B telah gagal menjawab

semua soalan. Begitu juga dengan ujian kedua iaitu ujian yang menguji konsep pengekalan

isi padu cecair. Responden B gagal menjawab soalan-soalan dalam ujian tersebut. Untuk

ujian ketiga iaitu ujian McCarthy, responden B hanya dapat menjawab 56% betul. Namun

begitu, responden B berjaya melepasi ujian keempat iaitu ujian Jean Piaget yang mengukur

pemahaman konsep pengelasan transitiviti. Untuk ujian kelima pula, responden B mendapat

83% betul. (rujuk lampiran 3)