perkembangan kanak-kanak

18
1.0 PENGENALAN Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti menurut Gage & Berliner (1984) ialah segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan integrasi trait-trait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang. Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza dan unik antara satu sama lain walaupun berada dalam lingkungan persekitaran yang sama. Banyak teori yang berkaitan perkembangan persoaliti yang boleh dibincangkan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti kanak- kanak iaitu faktor baka (genetik) dan faktor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi personaliti bagi individu-individu tertentu. 1

Upload: wan-zaitul-zulkifli

Post on 01-Oct-2015

257 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti menurut Gage & Berliner (1984) ialah segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan integrasi trait-trait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang. Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza dan unik antara satu sama lain walaupun berada dalam lingkungan persekitaran yang sama. Banyak teori yang berkaitan perkembangan persoaliti yang boleh dibincangkan.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti kanak-kanak iaitu faktor baka (genetik) dan faktor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi personaliti bagi individu-individu tertentu.

2.0 PENULISAN ESEI DESKRIPTIF

Setiap individu mempunyai ciri-ciri personaliti yang berbeza. terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi pembentukan personaliti iaitu faktor baka atau genetik dan faktor persekitaran.

2.1 Faktor BakaKeseluruhan ciri-ciri mental dan fizikal yang diwarisi daripada ibu bapa mempunyai keunikan tersendiri. Ini menyebabkan setiap individu mempunyai ciri-ciri personaliti yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dari bentuk fizikal, mental dan juga fungsi biologi. Keperibadian individu terbentuk disebabkan oleh kesuburan mental dan fizikal serta kecerdasan dan gaya bertindak terhadap ransangan (emosi). Saiz BadanMenurut Sheldon (1898-1977) dalam Norliza (2014), bentuk tubuh badan atau saiz badan sangat berkait rapat degan ciri-ciri personaliti yang terdapat pada setiap individu. Sebagai contoh, individu yang mempunyai tubuh badan yang besar tetapi tidak gemuk mempunyai ciri-ciri personaliti yang baik seperti sentiasa bekerja kuat dan bagi yang gemuk pula, mereka selalu memilih kerja yang tidak banyak menggunakan tenaga. Oleh itu, Sheldon telah mengkelaskan saiz badan manusia kepada tiga jeis iaitu; Eksomorf, Mesomorf dan Endomorf.Jenis bentuk badanRupa bentuk badanCiri-ciri personaliti

EndomorfBulat dan lembutSuka bergaul, cepat mesra, berlega, mengandur.

MesomorfOtot-otot kuat, berkemahiran psikomotorTegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran.

EktomorfKurus dan tinggiTidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

Jadual 1KecerdasanKeupayaan potensi sangat berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh itu, baka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan personaliti individu tertentu. Kecerdasan individu dapat diukur apabila individu tersebut menyelesaikan masalah. Misalnya, individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi ini akan pandai membuat keputusan yang tepat, bijak berbicara, berani dan berkeyakinan tinggi. Bagi individu yang mempunyai kecerdasan yang rendah pula, kebanyakan individu ini mempunyai ciri-ciri personaliti yang negatif seperti sentiasa berputus asa dan selalu rendah diri.

FizikalKeadaan fizikal juga berkait rapat dengan personaliti individu khususnya penyakit. Penyakit seperti lelah dan kencing manis adalah disebabkan baka. Selain itu kecacatan fizikal ada yang disebabkan oleh baka. Jika individu tertentu mengalami kecacatan fizikal, mereka akan menjadi malu untuk berinteraksi dengan orang lain dan sentiasa mengasingkan diri. Individu terseut akan menjadi pendiam dan cepat marah. Perkembangan personaliti individu ini akan menjadi lambat kerana perkembangan emosi dan sosialnya terjejas.

EmosiEmosi ialah perasaan yang wujud dalam diri individu. Emosi yang diwarisi boleh mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang seperti sosial atau berinteraksi dengan individu yang lain. Contohnya, jika individu tersebut mewarisi emosi yang tidak stabil akan menonjolkan personaliti yang agresif dan pemarah. Ini akan menyebabkan individu ini akan dijauhi dan menyebabkan personalitinya terjejas. Bagi individu yang mempunyai emosi yang agak stabil, individu tersebut akan disukai ramai dan akan mempunyai perkembangan personaliti yang baik.

2.2 Faktor Persekitaran

Persekitaran seseorang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Menurut Norman L. Munn dipetik dari persembahan pembentangan Nordin Tahir dari IPG Kampus Ipoh menyatakan bahawa persekitaran ialah segala yang terdapat di sekeliling unit-unit baka. W. Edger Vinacke pula memberitahu bahawa persekitaran sebagai kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang. Secara keseluruhannya, persekitaran ialah desakan luaran yang mempengaruhi manusia dan pembentukan personaliti. KeluargaPengaruh sekolahRakan sebaya

Pengalaman awalMasyarakatMedia massa

KeluargaPerkembangan dan pembentukan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Suasana atau keadaan rumah yang tenteram akan mewujudkan suasana yang baik dan bagus untuk perkembangan personaliti seseorang individu. Bagi mewujudkan suasana yang harmonis ini, hubungan baik dan mesra antara ahli keluarga adalah penting. Kemesraan boleh wujud di dalam sesebuah keluarga itu dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara bersama seperti makan bersama, beristerehat bersama sembahyang bersama dan sebagainya. Ini dapat mendorong perkembangan yang positif. Selain itu kasih sayang, layanan yang baik, prihatin dan asuhan yang bagus juga penting dan perlu diberikan kepada kanak-kanak oleh setiap ibu bapa bagi membantu perkembangan personaliti yang baik. Menurut Stager (1974) gaya asuhan demokratik mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu anak-anak mereka dalam proses membuat keputusan, mempunyai sifat interaksi sosial yang baik dan mempunyai sifat konstruktif dan punyai sifat suka berkawan. Kebebasan membuat pilihan dengan dorongan ibu bapa dan peluang bercakap yang diberikan mampu meningkatkan konsep kendiri.Pemakanan juga mempengaruhi perkembangan personaliti. Makanan yang seimbang mampu mewujudkan sikap dan nilai personaliti yang baik serta sihat tubuh badan. Jika kanak-kanak kekurangan zat makanan, mereka akan kelihatan letih dan mudah terkena penyakit, ini mungkin menyebabkan prestasi akademik menurun dan menyebabkan kurang keyakinan diri dan sebagainya. Bagi kanak-kanak yang obesiti juga, mereka akan mempunyai beberapa personaliti yang tidak bagus seperti menjadi pemalas.Crow & Crow menyatakan bahawa kedudukan ekonomi keluarga yang teguh akan dapat menentukan jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anak. Penyataan ini mendapat persetujuan ramai. Sebagai contoh, apabila keluarga yang mempunyai sosio ekonmi yang tinggi, mereka akan dapat menyediakan makanan yang seimbang, dapat memiliki alat belajar tambahan seperti komputer dan sebagainya. Ini dapat membantu membina keyakinan yang tinggi dan perkembangan personaliti yang baik. Bagi keluarga yang mempunyai sosioe konomi yang rendah, mereka akan menghadapi masalah seperti tempat belajar yang tidak selesa, kurang zat makan dan ini menyebabkan kanak-kanak tersebut menjadi tidak aktif, pertumbuhan fizikal dan mental terjejas dan emosi menjadi tidak stabil. Oleh sebab itu, sosio ekonomi yang baik adalah penting dalam membentuk personaliti seseorang individu.Pengaruh sekolahSekolah mampu membentuk personaliti yang bagus bergantung kepada jenis kepimpinan dan suasana di sekolah. Dalam hal ini corak pentadbiran di sesebuah sekolah itu sangat penting. Jika sekolah tersebut mempunyai corak pentadbiran yang berbentuk autokratik iaitu pentadbiran yang terlalu keras dan menekan, ia akan menyebabakan murid tertekan, tiada kebebasan, memberontak, tidak seronok dan takut. Selain itu, guru juga memainkan peranan penting. Perlu diingatkan di sini bahawa guru adalah model kepada murid-murid. Apabila seseorang guru itu berkelakuan positif atau negatif, murid akan terikut-ikut dengan kelakuan dan personaliti yang telah ditonjokan oleh guru tesebut. Oleh itu, pentadbiran secara demokratik dan personaliti yang ditonjolkan oleh seorang guru adalah penting bagi membantu membina perkembangan personaliti yang positif.

Rakan sebayaSetiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Kebanyakan tidak tanduk seseorang individu dipengaruhi oleh rakan sebayanya sama ada personaliti positif mahupun negatif. Sebagai contoh jika rakannya bersahsiah seperti tidak merokok, tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya akan membentuk personaliti yang positif kepada kanak-kanak tersebut.

Pengalaman awalPengalaman awal kanak-kanak sangat mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh, jika kanak-kanak tidak berpeluang ke prasekolah, mereka akan rasa rendah diri dan terancam apabila tidak tahu membaca, menulis dan mengira semasa berada di Tahun Satu. Contoh lain pula seperti sentiasa dihukum apabila melakukan kesalahan kecil seperti membuat kotor dan sebagainya akan menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa bimbang dan sentiasa berada di dalam keadaan takut serta bersalah. Pengalaman awal yang akan menjejaskan personaliti seseorang ialah apabila kanak-kanak tersebut selalu didera oleh ibu bapanya. Situasi sebegini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri bagi seseorang kanak-kanak.

MasyarakatAspirasi, harapan dan nilai sesebuah masyarakat sangat mempengaruhi personaliti seseorang individu tersebut. Persekitaran dan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai dan norma-norma yang sihat seperti bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan penyayang akan membentuk personaliti yang positif. Masyarakat yang lebih mementingkan kekayaan atau kebendaan, akan berlumba-lumba untuk mencari kekayaan maka akan ada individu yang sanggup menipu, merompak dan sebagainya sehingga melupakan nilai-nilai yang sepatutnya ada dalam setiap individu untuk mengejar kekayaan itu. Remaja yang berpindah dari desa ke kota juga akan mengalami perubahan dari segi personalitinya kerana masyarakat di desa dan masyarakat di kota adalah berbeza.

Media massaPada era teknologi ini, media massa merupakan medium terpenting untuk perhubungan. Jadi benarlah bahawa media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk personaliti seseorang individu tersebut. Oleh itu, pendedahan media massa yang sihat sangat perlu untuk melahirkan individu yang berpengetahuan luas dan bertindak secara kreatif serta memanfaatkan media massa secara baik. Bagi kanak-kanak yang sentiasa didedahkan dengan media massa yang tidak sihat seperti filem tau video pembunuhan, pergaduhan dan lain-lain akan menyebabkan kanak-kanak ini bertingkah laku dan bertindak secara agresif.

3.0 LAPORAN KAJIAN

Menurut Mischel (1968) dalam Norliza (2014) personaliti ialah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian. Dalam erti kata lain segala kerja yang dilakukan oleh individu tersebut dapat menggambarkan personalitinya yang sebenar. Personaliti individu tertentu dapat dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara individu tersebut menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini menunjukkan pemerhatian jangka masa yang panjang adalah perlu untuk menilai personaliti yang terdapat pada seseorang individu tersebut.Kajian kali ini mengenai perkembangan personaliti yang telah berlaku terhadap empat orang kanak-kanak yang berbeza jantina dan umur.

3.1 Murid A : Arif Razim bin Rocky

Arif Razim merupakan seorang murid cemerlang Sekolah Rendah Hira iaitu sekolah swasta berada di Tahun 4. Dia seorang kanak-kanak yang aktif, cergas, agak tenang orangnya. Arif telah mula mendisiplinkan diri dengan tidak meninggalkan solat sejak di Tahun Dua persekolahannya. Setelah meneliti personalitinya, Arif memiliki bentuk badan yang kuat, berotot dan tegap seperti teori Tripologi Fizikal iaitu klasifikasi fizikal yang telah dilakukan oleh Sheldon (1898-1977). Menurut teori ini, Arif memilliki bentuk badan Mesomorfik iaitu tubuh badan tubuh badan yang kuat, berotot dan tega dan personaliti yang terdapat pada Arif ialah aktif, tegas, bertenaga, agresif dan bermatlamat. Ini amat sepadan dengan personaliti yang telah ditonjolkan.Arif merupakan seorang yang Introvert. Teori Psikodinamik ini telah meletakkan Arif di dalam golongan Introvert kerana Arif adalah seorang yang pemalu, sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, tingkah laku yang terkawal dan Arif juga seorang kanak-kanak yang cermat kerana apabila melihat cara Arif berpakaian dan kelihatan segak serta melakukan sesuatu perkara dengan sangat berhati-hati. Menurut Psikoanalisis yang telah diasaskan oleh Sigmund Freud (1856-1939), Arif memiliki struktur personaliti yang ego. Arif seorang kanak-kanak yang inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut situasi dan persekitaran. Personality Ego ini dapat dilihat ketika Arif ingin meminta air minuman dari sepupunya namun dia tidak terus meminta kerana sepupunya sedang bercakap dengan orang lain, Arif bimbang bahawa mungkin dia akan mengganggu perbualan sepupunya. Oleh itu, dia menunggu waktu sesuai untuk meminta air tersebut. Menurut Freud juga, Arif berada di peringkat pendaman kerana umurnya yang baru sahaja 10 tahun dan Arif gemar memilih kawan lelaki dan cuba menunjukkan sifat kelakiannya dengan cuba mengangkat benda yang berat.Arif sering menunjukkan tingkah laku yang baik dan pandai megambil hati orang lain walaupun Arif kelihatan agak pasif. Ini seperti yang dinyatakan didalam teori Humanistik. Arif juga tidak mengalami kecelaruan personaliti.

3.2 Murid B: Wan Irdina Zaireen Binti Wan Zariman

Irdina ialah seorang murid tahun empat di Sekolah Rendah Kebangsaan Palekbang, Tumpat. Dia seorang murid yang cantik, tinggi serta banyak bercakap dan juga seorang pemalu. Seorang yang tenang dan mempunyai tingkah laku yang terkawal serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan.Teori Tripologi Fizikal yang diasaskan oleh Sheldon (1898-1977) menunjukkan bahawa Irdina mempunyai bentuk badan Ektomorfik. Iaitu bentuk badan yang kurus, tinggi dan agak lemah. Perwatakan yang ditonjolkan juga bersesuaian dengan perwatakan di dalam teori ini iaitu sensitive, berintelektual, cepat bertindak dan selalu kelihatan letih. Namun begitu Irdina gemar melakukan aktiviti-aktiviti luar.Menurut teori yang diasaskan oleh Carl Gustav Jung (1875-1961) iaitu teori personaliti Jung, irdina merupakan seorang kanak-kanak ambivert kerana personalitinya terdapat di dalam ekstrovert dan Introvert. Seperti yang dinyatakan, Irdina seorang yang mesra tetapi sensitive. Walaupun irdina gemar akan perubahan dia akan berfikir dahulu sebelum bertindak. Irdina juga seorang yang cermat semasa melakukan kerje sekolah yang diberikan oleh gurunya. Buku latihan Irdina bersih dan terjaga.Irdina juga mempunyai struktur personaliti Ego berasaskan kepada teori yang telah dibuat oleh Freud. Personality ini kelihatan apabila Irdina banyak mengalah dengan adik-adiknya tentang banyak perkara, contohnya apabila mereka berebut untuk melihat siaran television dan juga berebut untuk mengambil lauk pauk apabila hendak makan. Irdina kini sedang berada didalam peringkat pendaman. Ini dapat dinyatakan setelah melihat cara pergaulan Irdina dengan sepupu perempuan lebih rapat berbanding sepupu lelaki.Irdina sering menolong ibunya di dapur dan pandai bergaul dengan orang yang lebih tua. Ini menunjukkan Irdina selalu berusaha untuk menunjukkan kelakuan yang baik kerana fitrah manusia adalah melakukan kebaikan dan secara tidak langsung teori humanistic telah pun wujud di dalam diri Irdina. Irdina juga tidak mengalami apa-apa kecelaruan personality.

3.3 Murid C: Wan Zameer Aiman Bin Wan Zulkifli

Aiman merupakan seorang pelajar yang cergas dalam sukan, cepat bertindak balas dan seorang yang sensitif. Murid tahun empat yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Islah ini mempunyai kulit yang agak gelap, kurus, tinggi, berotot. Dia seorang pelajar yang rajin menolong ibunya walaupun dia seorang lelaki.Personality menurut tubuh badan sukar untuk dinyatakan mengikut teori tripologi Fizikal kerana bentuk badannya yang berotot, kurus dan tinggi. Tetapi ini mungkin boleh diklasifikasikan di dalam kumpulan Mesomorfik kerana perwatakan yang ditonjolkan oleh Aiman ialah aktif, tegas, selalu bertenaga, kadang kala bertindak agak agresif dan dapat dilihat bahawa Aiman seorang pelajar yang mempunyai matlamat.Murid ini boleh digolongkan di dalam golongan Ambivert kerana perwatakannya yang sukar untuk difahami. Menurut Carl Gustav Jung iaitu salah seorang kepada pengasas atau penyumbang kepada teori personality memberitahu, individu yang mempunyai personality ambivert mempunyai tret-tret personaliti ekstrovert dan juga introvert. Ini telah di tunjukkan oleh Aiman yang mesra dan peramah mempunyai tret sensitive dan kadang kala pada masa tertentu, Aiman juga gemar bersendirian.Menurut Teori Psikoanalisis Frued, Aiman mempunyai struktur personaliti Id. Personaliti Id jelas kelihatan apabila Aiman menunjukkan ciri-ciri memberontak apabila Aiman tidak mendapat sesuatu yang diinginkan ataupun matlamat yang cuba dicapai tidak tercapai. Selain itu, seperti kanak-kanak lain Aiman juga sedang melalui peringkat Pendaman. Aiman sering bergaul dengan lelaki berbanding perempuan dan masih lagi sedang mencari identitinya sebagai seorang kanak-kanak lelaki apabila dia mula menolak ajakan sepupu perempuannya untuk bermain bersama.Aiman juga menunjukkan ciri-ciri yang ada di dalam teori humanistic iaitu cuba untuk berkelakuan baik dan cuba untuk kendalikan kehidupannya sendiri. Aiman juga seorang kanak-kanak yang tidak menunjukkan ciri-ciri individu yang mempunyai kecelaruan personality.

3.4 Murid D: Wan Safiyya An-Nuha binti Wan Zariman

Nuha ialah seorang murid tahun dua berseklah di Sekolah Kebangsaan Palekbang. Nuha seorang aktif, kurus dan tinggi dan berkulit cerah. Hobinya seperti lelaki iaitu gear bermain bola sepak, Permainan Video, Play Station dan sebagainya. Nuha juga lebih rapat dengan lelaki berbanding perempuan.Nuha mempunyai personaliti bentuk badan ektomorfik kerana bentuk badannya yang kurus dan tinggi dan kelihatan agak lemah. Perwatakan yang di tonjolkan oleh Nuha adalahsama seperti yang telah ditetapkan oleh Sheldon iaitu sensitive, Suka bersendirian, cepat bertindak, bijak dan Nuha adalah seorang murid yang bertenaga. Teori Personaliti Jung telah mengklasifikasikan Nuha sebagai seorang yang mempunyai personality Introvert. Nuha yang mempunyai sikap yang agak pasif, cepat bertindak, sensitive dan gemar bersendirian telah membuktikan bahawa Nuha mempunyai ciri-ciri personality introvert.Ciri-ciri personaliti Id telah ditunjukkan oleh Nuha apabila dia akan menangis apabila tidak mendapat sesuatu yang diinginkan. Di dalam teori psikoanalisis juga telah menunjukkan bahawa Nuha sekarang berada di peringkat Pendaman. Tetapi yang menjadi tanda tanya ialah adakah benar Nuha berada di peringkat ini? Kerana Nuha lebih gemar berkawan dengan kawan lelaki atau lebih mudah bergaul dengan lelaki berbanding perempuan. Seperti kanak-kanak lain, Nuha juga menunjukkan ciri-ciri Humanistik apabila Nuha sendiri cuba untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Apabila dilihat secara keseluruhan, Nuha mungkin mengalami kecelaruan personality kerana tidak gemar berpakaian seperti perempuan, aktiviti yang gemar dilakukan olehnya juga adalah aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki, seperti bermain bola sepak dan sebagainya. Namun begitu mengikut Buku Perkembangan kanak-kanak (2014) Nuha tidak mempunyai kecelaruan personaliti kerana ciri-ciri kecelaruan personality yang terdapat di dalam buku ini tidak terdapat pada Nuha.

4.0 KESIMPULAN

Banyak pengaruh yang menjadi faktor pembentukan personaliti seseorang individu.

Pembentukan personaliti yang positif sangat penting bagi membentuk individu yang baik seterusnya kepada keluarga, masyarakat dan negara. Dengan ini negara akan menjadi aman dan maju jika rakyatnya mempunyai personaliti yang baik.

5.0 RUJUKAN

Nordin Tahir. (ND). Pembentangan: Teori Perkembangan. Jabatan Ilmu Pendidikan. IPG Kampus Ipoh.Nordin Tahir. (ND). Pembentangan: Perkembangan Kendiri: Personaliti. Jabatan Ilmu Pendidikan. IPG Kampus Ipoh.Norliza Jaafar, Lew Moi Mooi, Norulazilah Nordin. (2014). Perkembangan Kanak-kanak. BS Print (M) Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.

6.0 LAMPIRAN

12