perkemb bahasa dan pemb kanak2

11
PERKEMBANGAN BAHASA DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK - Bahasa adalah anugerah teristimewa bagi setiap individu. - Bahasa juga adalah saluran yang membolehkan manusia menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman. - Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. - Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja merapatkan hubungan sesama manusia, malah ia membolehkan kita membina konsep berkenaan alam dan manusia di keliling. - Bahasa ialah sistem lambang pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh ahli masyarakat sebagai alat bagi berhubung dan bekerjasama. - Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang tenteram dan selamat. - Bahasa juga dikaitkan dengan pengalaman yang gembira dan ceria. SISTEM BAHASA SISTEM BAHASA FONOLOGI MORFOLOGI SINTAKSIS SEMANTIK PRAGMATIK

Upload: mohd-noor-amri-as

Post on 18-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

utk student ipg

TRANSCRIPT

Perkembangan Bahasa dan Pembelaajaran Kanak-kanak

PERKEMBANGAN BAHASA DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

-Bahasa adalah anugerah teristimewa bagi setiap individu.

-Bahasa juga adalah saluran yang membolehkan manusia menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman.

-Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain.

-Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja merapatkan hubungan sesama manusia, malah ia membolehkan kita membina konsep berkenaan alam dan manusia di keliling.

-Bahasa ialah sistem lambang pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh ahli masyarakat sebagai alat bagi berhubung dan bekerjasama.

-Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang tenteram dan selamat.

-Bahasa juga dikaitkan dengan pengalaman yang gembira dan ceria.

SISTEM BAHASA

FONOLOGI

-Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara

rambang.

-Ini berlaku pada peringkat agahan.

-Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang ketara.

-Kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas kedengaran:

-peringkat menangis

-peringkat rengekan (cooing)

-peringkat ajukan satu suku kata yang bermakna (ma, cu, bum)

-peringkat ajukan dua suku kata (mama, baba, tata, dedi, susu)

MORFOLOGI

-Apabila kanak-kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna

tertentu, mereka mula mempelajari perkataan baharu pada umur 18 bulan.

-Kanak-kanak sudah dapat menguasai 20 hingga 50 patah perkataan dan apabila berumur empat tahun, mereka dapat menguasai lebih 2000 patah perkataan .

-Ada juga yang sudah dapat memahami konsep majmuk dan perkara lepas (past tense)

SINTAKSIS

-Kanak-kanak menguasai ujaran yg terdiri drp satu perkataan semasa

berumur satu tahun dan maju kpd ujaran dua perkataan semasa menjangkau umur dua tahun.

-Setiap ujaran merujuk kpd beberapa makna mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayatnya pada dan ringkas, banyak menggunakan kata akar dan kurang atau tiada langsung kata kerja.

-Selepas meningkat ke 5 tahun, barulah kanak-kanak menyamai bahasa orang dewasa.

-Selepas umur 5 tahun, kanak-kanak berupaya menghasilkan ayat-ayat pasif atau ayat yg lebih kompleks serta dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar.

Kanak-kanak berumur satu setengah tahun dapat melakukan arahan yg

mudah dengan tepat seperti:

"Ambilkan kunci ayah."

"Mana botol sayang?"

-Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah menggunakan

perkataan dengan intonasi yang berbeza.

-Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti:

*Ayat Penyata:

"Baju saya." "Kunci ayah." , "Adik punya."

*Ayat Negatif: " Ayah belum balik."

*Ayat Perintah/Seru: "Jangan pukul adik!"

SEMANTIK

-Kanak-kanak mula menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian

memperluaskan perbendaharaan kata dengan agak cepat.

-Pada permulaan hanya sepatah, mungkin merujuk beberapa benda ataupun makna. Pada masa inilah kanak-kanak sering melakukan kesalahan terutama semasa memberi makna perkataan itu.

-Hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, mereka

mempelajari konsep-konsep konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula

dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.

-Perkembangan semantik kanak-kanak berkait rapat dengan peringkat

perkembangan intelek Piaget iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi

konkrit.

Peringkat Sensori Motor

Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan seperti:

-Apabila dia sedang mencari ibu di sekeliling rumah, dia akan menyebut 'mama' yang bermaksud di manakah ibunya.

-Apabila dia mencari di dalam bilik air dan menggelengkan kepala sambil menyebut 'mama', ini bermaksud ibunya tidak ada di dalam bilik air.

-Apabila dia pergi ke pintu dan memanggil 'mama' sambil mencekak pinggang, ini bermaksud, "Mama, mari sini."

Peringkat Praoperasi

Pada umur 2 tahun hingga 7 tahun, kanak-kanak mula memahami ada perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna.

Tetapi mereka masih pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami perkataan yang abstrak.

Peringkat Operasi Konkrit

Pada peringkat antara 7 hingga 11 tahun ini, kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna.

Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada dan pengalaman terus. Contohnya, mereka sudah memahami fungsi rumah, ruang tempat tidur, tempat makan, tempat tinggal keluarga, tempat kawan datang dan sebagainya.

PRAGMATIK

-Pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara seseorang menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza.

-Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar peraturan bercakap daripada

komuniti di sekitar tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza mengikut sosio budaya dan bangsa.

PERKEMBANGAN BAHASA

UmurKebolehanAktiviti

Awal KelahiranMenangis bagi menyatakan sesuatu dan bayi lebih suka kepada suara manusia berbanding bunyi lain

1 Tahun- Meniru bunyi. Kanak-kanak mula

menggunakan bahasa bagi

berkomunikasi antara umur 9 hingga 18

bulan.

- Bertindak balas kepada beberapa

perkataan yang biasa didengari.

Bertutur dengan kanak-kanak iaitu memandang ke aarah mata mereka (eye contact)

2 Tahun- Mencantum beberapa perkataan mudah

bagi menjadi ayat pendek.

Berbual dan bertutur dengan kanak-kanak.

3 Tahun- Menggunakan perkataan bagi

mendapatkan sesuatu menggunakan

perkataan nama dan perbuatan di

dalam percakapan.

- Mengenal pasti perlakuan ataupun

pergerakan di dalam gambar. Berbual bersama kanak-kanak

4 Tahun- Gemar bercakap dan dapat berbual

dengan ayat yang lebih panjang.

- Dapat membaca pantun, irama dan

bercerita menggunakan perkataan bagi

menyebut warna, huruf dan bentuk.

- Suka menyebut perkataan baharu dan

suka menyanyi.Berbual dengan kanak-kanak

5 Tahun- Mula bertanya berbagai-bagai soalan.

- Dapat menjelaskan maksud perkataan

ataupun ayat.

- Dapat membina ayat yang lebih panjang.

- Mula membaca sendiri.

- Bercakap seperti orang dewasa.

- Suka kepada perkataan baharu.Perbualan antara guru dengan kanak-kanak dan antara kanak-kanak sesama mereka.

6 Tahun- Menghadapi masalah dalam

mengelaskan sesuatu hal ataupun

keperluan.

- Berbual dengan ayat yang lebih panjang.

- Bercerita berkenaan pengalamaan

seharian.

- Suka kepada perkataan yang pelik.Perbualan pagi dan mengadakan aktiviti-aktiviti interaksi.

PENGARUH PERKEMBANGAN BAHASA

Dorongan

Dorongan yang dapat merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak adalah seperti:

iMemberi maklum balas yang positif. Perlu diberi pengukuhan positif

seperti pujian atau penghargaan.

iiMembetulkan sebutan kanak-kanak secara membina.

Kamatangan

Tahap perkembangan berbahasa kanak-kanak berbeza mengikut peringkat umur atau kematangan.

Semakin meningkat umur, semakin banyak perbendaharaan kata dan bentuk ayat yang disebut.

Persekitaran

Kemahiran berbahasa berkembang dengan pesat jika kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran kondusif.

Contohnya seperti persekitaran yang selamat, bebas dan terdapat bahan yang dapat merangsang perkembangan bahasa seperti CD-Rom ataupun alat permainan bahasa.

KONSEP PEROLEHAN BAHASA

Konsep perolehan bahasa adalah cara individu memperoleh tatabahasa yang merangkumi bidang semantik, sintaksis, morfologi dan fonologi berserta rumus-rumus yang menentukan kemampuan bercakap dan memahami bahasa yang didedahkan kepada mereka.

Sebagai contoh, kanak-kanak normal dilahirkan dalam keluarga yang berutur bahasa Melayu pada asasnya lahir tanpa menguasai bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun selepas menjangkau umur lima tahun, kanak-kanak itu mampu sedikit sebanyak bercakap dan memahami bahasa Melayu.

Perolehan bahasa adalah kajian berkenaan bagaimana transformasi itu berlaku iaitu daripada tahap kanak-kanak kepada tidak memiliki pengetahuan tatabahasa dalam sesuatui bahasa kepada tahap mental kanak-kanak itu memilikinya.

Seperti didefinisikan, perolehan bahasa tidak mengambil kira proses seseorang itu mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibundanya.

Proses ini dikenali sebagai perolehan bahasa kedua.

KONSEP PEMBELAJARAN BAHASA

Pembelajaran bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara formal dengan adanya kurikulum dan bahan pengajaran yang tertentu.

Latihan-latihan berbahasa yang dilakukan juga distrukturkan.

Selain itu, proses pembelajaran bahasa juga mendasari teori, pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dengan bantuan guru.

Pembelajaran bahasa lazimnya berlaku secara eksplisit dengan penuh kesedaran dan motivasi.

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, terdapat 6 teori penting berhubung pembelajaran iaitu:

i Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan

ii Teori Pembelajaran Kod Kognitif

iii Teori Pembelajaran Interaksional

iv Teori Pembelajaran Fungsional

v Teori Pembelajaran Situasional

vi Teori Pembelajaran Anggapan

PRAGMATIK

SEMANTIK

SINTAKSIS

SISTEM BAHASA

MORFOLOGI

FONOLOGI