pemb. bahasa melayu
DESCRIPTION
pembentangan bmTRANSCRIPT
Disediakan oleh :Hisham bin Salleh820407-07-5025
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM
Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.
PENGENALANPENGENALAN
Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual
Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
Kemahiran Berfikir (KB)
·Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
·Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.
·Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan ringkas, manakala operasi yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir
MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRANBERFIKIR
KEMAHIRANBERFIKIR
- menjana idea- menghubung kait- membuat inferens- meramal- membuat hipotesis- mensintesis- mengitlak- membuat gambaran
mental- menganalogi- mereka cipta
STRATEGIBERFIKIR
STRATEGIBERFIKIR
MENAAKULMENAAKUL
- mencirikan- membanding dan
membezakan- mengumpul dan mengelas- membuat urutan- menyusun mengikut keutamaan- menganalisis- mengesan kecondongan- menilai- membuat kesimpulan
KEMAHIRANKRITIS
KEMAHIRANKRITIS
KEMAHIRANKREATIF
KEMAHIRANKREATIF
- mengkonsepsi- menyelesaikan masalah- membuat keputusan
KEMAHIRAN BERFIKIRKRITIS, KREATIF, DAN STRATEGI BERFIKIR
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid
melalui soalan dan aktiviti yangmemerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,membaca dan menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikanidea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalamkehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikiryang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:
Kemahiran berfikir
1. Mencirikan2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan3. menghubungkaitkan4. membandingkan dan membezakan5. menyusun mengikut keutamaan6. menentukan urutan7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu8. membezakan fakta (Menurut « dalam bukunya, ) dan pendapat
(I think, Ibelieve, I feel, In my opinion)9. menganalisis10.mengesan kecondongan pendapat11.mengenalpasti sebab dan akibat12.meramalkan
13. Mensintesiskan 14. Mengitlak 15. Menganalogikan 16. membuat inferens 17. membuat kesimpulan 18. menginterpretasikan, mentafsirkan 19. Menilai 20. menjana idea 21. mereka cipta 22. merumuskan, meringkaskan 23. menyelesaikan masalah 24. membuat keputusan
Untuk membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta petaminda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
Kemahiran berfikir
KEMAHIRAN BELAJAR
CARA BELAJAR
Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya
murid peka terhadap teknikpembelajaran yang berkesan.
Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialahmenentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memprosesmaklumat.
Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkanpengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:
Kemahiran Belajar Cara Belajar
1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif 2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan 3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas) 4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas 5. Kemahiran menghasilkan laporan 6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki
7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,
rancangan pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak. 8. Persediaan menghadapi peperiksaan 9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei 10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat
jangka panjang 11.Strategi belajar dalam kumpulan
Contoh aktiviti P&PBahasa Melayu
Guru menetapkan objektif pelajaran
berdasarkan hasil pembelajaran di Tahun 3. Dalam hasil pembelajaran ini fokus bahasa yang dipilihialah kemahiran mendengar dan bertutur . Manakala objektif yang ingin dicapai ialah murid boleh berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yangsesuai serta murid boleh menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikutsituasi dalam perbualan.
Contoh aktiviti P&P
Dalam objektif di atas beberapa aktiviti jenis
kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran .
Di antaranya aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, diikuti dengan latihan secara berpasangan, seterusnya murid boleh melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul dan secara tidak langsung dapat melatih kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid.
Contoh aktiviti P&P
Selain daripada itu, aktiviti mendengar secara
intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar dapat menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.
Melalui teknik lakonan seperti berjumpa kawan lama dan keluarganya, murid boleh berlatih bertutur dan mendengar dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam situasi tertentu . Oleh itu, murid dapat mengasah kecerdasan interpersonal yang merupakan suatu kemahiran yang penting untuk perkembangan diri individu.
Contoh aktiviti P&P
Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang
diintegrasikan secara penyerapan dalam Kurikulum Bahasa Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa, tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Kemahiran bernilai tambah merupakan asas yang penting untuk melahirkan murid yang bersedia untuk menghadapi kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah, kemahiran ini diserapkan dalam pengajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu supayamurid dapat memahami dan menggunakannya di masa depan.
Kesimpulan