bab 1 perkemb. islam di tm versi pelajar.pptx

Upload: shuhaidi-sulaiman

Post on 09-Mar-2016

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI SEM. TANAH MELAYU/ MALAYSIABAB 1PendahuluanSebelum TM Islam Pengaruh Hindu-Buddha.

Perkembangan pesat politik, sosial & ekonomi di Nusantara pada abad ke-15, Tanah Melayu turut alami perubahan.

Melaka - Pusat perdagangan

Pedagang Arab - Berdagang & Berdakwah

Perkembangan pesat pendidikan Islam di Pantai Timur Sem. turut menyumbang kepada pengukuhan Islam di TMKEDATANGAN ISLAM Tahap Pertama: Persinggahan

Tahap Kedua: Pertapakan

Tahap Kedua: Pertapakan

----------------------------------------------- MPW 1143/ 2143 ------------------------------------------------------------------------------ UniKL MFI --------------------------------------

Tahap Kedua: Pertapakan9/6/201511Tamadun Islam

Era Rasulullah SAW 570M - 610 623- 632M (23 Tahun)

Era Khulafa al-Rasyidin 632 661 (29 Tahun)

Tamadun Umaiyah 661 - 750 (89 tahun)

Tamadun Abbasiyah 750 1258 (508 tahun)

Tamadun Andalusia 710 1492 (782 tahun)

1174 Salahuddin al-Ayyubi Mesir

Turki Uthmaniyyah 1300 - 1924 (624 tahun)Wahhabisme 1700

Tanah Melayu 1400/ 1957 2020 (63 tahun)Tahap Ketiga: Penyebaran Secara Besar-BesaranPENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYUIslam & KelantanSumber China, India, Arab dan Jawa; Kelantan awalnya dipengaruhi kerajaan-kerajaan China, Funan, Langkasuka, Srivijaya Melayu dan Majapahit.

Hingga abad ke-11, Kelantan dipengaruhi Hindu-Buddha.

Proses pengislaman di Nusantara - Kelantan diandaikan antara negeri terawal terima Islam di Pantai Timur Semenanjung.

Bukti - Penemuan sekeping dinar emas pada tahun 1914 di Kota Kubang Labu (Wakaf Baru) tertulis al-Mutawakkil - Gelaran kepada raja dan tulisan al-Julus Kelantan 577 bermaksud menaiki takhta pada tahun 577 Hijrah/1181 Masihi (Abbasiyah).SambunganKelantanSejak abad ke-12 - Kerajaan Muslim Kelantan.Rujukan sejarah Dinasti Raja China - Ming Shih tulisan Chang Ting-yu (1742) - 1411 raja Kelantan Maharaja Kumar utus perwakilan ke China bawa ufti. 1412, Cheng Ho (Zheng He) diperintah Maharaja China bawa surat diraja serta hadiah kain sutera kepada Raja Kelantan. Raja Kumar - Engku Umar. Kelantan diperintah kerajaan Islam sebelum Cheng Ho lawat Kelantan 1412 .SambunganKelantanPerkembangan pesat Islam - Bercambahnya pusat pengajian pondok yang diasaskan ulama-ulama terkenal Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah.Raja Champa (Kemboja) Po Rome (1577-1637), sebelum menaiki takhta, pernah menuntut ilmu agama di Kelantan Berkahwin dengan seorang puteri Raja Kelantan. Setelah menaiki takhta, tukar nama Sultan Abdul Hamid Syah.Hubungan rapat Kelantan-Champa ini berterusan Tempat - Kampung Pengkalan Chepa - Dianggap berasal daripada nama Kampung Champa.

Islam & TerengganuTerengganu antara negeri terawal terima kemasukan Islam.Terengganu sejak lama telah berhubung dengan Khmer dan Champa, yang sejak abad ke-11 sudah menerima Islam.Dalam kegiatan perdagangan, Fo-lo-an atau Kuala Berang memainkan peranan penting sebagai pelabuhan antarabangsa, termasuklah para pedagang Arab yang beragama Islam.

SambunganTerengganuBukti - Penemuan artifak abad ke-13 - Sebuah tembaga purba yang bertulis ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan at-Taubah) bertarikh 652 Hijrah/1254 Masihi sebagai alat pertahanan diri.

Islam berkembang pesat di Terengganu melalui pengajian pondok. Antara ulama pondok tempatan ialah mentua Sultan Zainal Abidin 1 iaitu Tuk Pulau Manis.

Ulama luar yang turut kembangkan ajaran Islam Termasuk dari Patani - Haji Wan Mohammad Amin Wan Yaakob (Tok Syaikh Qadi) dan anak tunggalnya Haji Wan Abdullah (Tok Syaikh Duyung). SambunganTerengganuAntara ulama Arab yang turut kembangkan ajaran Islam - Sayid Muhammad Zainal Abidin al-Idrus (1795-1878) - Terkenal dengan gelaran Tok Ku Tuan Besar dan anaknya Sayid Abdul Rahman (Tok Ku Paluh).Tok Ku Paluh dilantik sebagai Syaikh al-Ulama bagi Dewan Ulama semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918), mengarang banyak kitab agama.Tok Ku Paluh juga terlibat dalam menggubal Perlembagaan Islam Terengganu pada 2 November 1911 (Itqan al-Muluk bi Tadil al-Suluk).Islam dan KedahPusat perdagangan tradisi yang terawal di Semenanjung sejak abad pertama Masihi. Kedah menerima Islam sejak kurun ke-9 lagi.Bukti - Catatan Arab yang nyatakan Kedah dikenali sebagai Qaddah atau Kheddah.Kitab Akhar al-Sin wa al-Hind yang ditulis pada tahun 850 -Menyatakan nama Kedah sebagai Kalah atau Kalah-bar.Nama ini juga disebut oleh Ibn Khurdazbih (850), al-Masudi (1956), Abu Dulaf (940), Ibn al-Nadim (988), al-Biruni (973-1078) dan al-Idrisi (1156).

SambunganKedahAl-Muhallabi - Kitab al-Masalik wa al-Mamalik yang ditulis 980, Kalah (Kedah) bandar makmur yang dihuni orang Islam, Parsi & India.Penghijrahan ramai pelarian penduduk Arab dan Islam dari Canton China akibat pemberontakan Hwang Chao tambahkan lagi komuniti Islam di Kedah & sebarluaskan pengaruh Islam di Kedah.Penemuan inksripsi papan batu di Gunung Jerai 1884 bukti kukuh Islam di Kedah.SambunganKedahInskripsi papan batu bertulis Ibn Sardan 214H/ 829M buktikan adanya orang Islam di Kedah bernama Ibn Sardan/Sirdan pada 829/ meninggal tahun tersebut.

Malah penemuan dua keping wang dirham Baghdad di Lembah Bujang bertarikh 234H/848M, zaman Khalifah al-Mutawakkil (847-861) kuatkan hujah Islam bertapak di Kedah.SambunganKedahBukti tempatan terkuat - Penemuan batu nisan di Tanjung Aris Langgar, tercatat nama Syaikh Abdul Qadir ibn Husin Syah Alam bertarikh 291H/903 M.Menurut sejarah, setelah beberapa abad agama Islam berkembang di kalangan rakyat, abad ke-12 baru diterima golongan pemerintah.Tokoh ulama yang dikatakan Islamkan Maharaja Derbar Raja II pada tahun 531H/1137M - Syaikh Abdullah bin Syaikh Ahmad bin Syaikh Jafar Qaumiri dari Yaman. SambunganKedahSetelah memeluk agama Islam, Raja Kedah tukar nama kepada Sultan Muzafar Syah 1 (1137-1179) dan Kedah digelar Darul Aman.Syaikh Abdullah dilantik sebagai penasihat sultan hingga beliau meninggal dan dimakamkan di kawasan yang dikenali sebagai Padang Tok Syaikh di puncak Gunung Jerai.Setelah itu, bermulalah era perkembangan Islam yang pesat di negeri Kedah.Islam dan PerakPengaruh Islam di Perak bermula setelah lenyapnya kerajaan Gangga Negara akibat serangan Rajendra Chola pada 1025/26. Kejatuhan kerajaan Gangga Negara Muncul kerajaan Beruas dan Manjung di Perak yang dikatakan pendorong kewujudan pengaruh Islam di Perak.Pengaruh Islam di Perak - Berasal daripada Aceh - Terdapat banyak sekali batu nisan jenis Aceh di Kampung Kota.Bermula tahun 1528, Perak secara rasminya mempunyai sultan yang kuasai seluruh negeri.

SambunganPerakPertabalan Sultan yang kuasai seluruh negeri bermula apabila Tun Saban dan Nakhoda Kassim mengadap Sultan Mahmud Syah di Bentan, minta seorang puteranya untuk dirajakan di Perak.Sultan Mahmud kirimkan puteranya menjadi Raja Perak bergelar Sultan Muzaffar Syah I (1528-1549), putera dengan isterinya Puteri Onang Kening dari Kelantan.Tiada bukti terperinci tentang tokoh ulama yang kembangkan Islam di Perak, namun penemuan batu nisan Muslim Aceh serta pemerintah yang memakai gelaran sultan jadi bukti bahawa Perak telah terima kemasukan Islam sejak awal abad ke 15.Islam dan Melaka (1400-1511)Kontroversi - Siapakah raja Melaka yang pertama peluk Islam dan bertanggungjawab sebar Islam di Melaka.Dikatakan Parameswara pertama peluk Islam 1414 dan tukar nama kepada Sultan Iskandar Syah.Dikatakan juga Sultan Muhammad Syah. Pendapat lain pula katakan raja yang ketiga Melaka. Raja Tengah yang pertama peluk Islam hasil dakwah ulama Arab Maulana Sayid Abdul Aziz dan tukar nama kepada Sultan Muhammad Syah (1424-1444)SambunganMelakaWalau banyak perselisihan tentang siapakah raja Melaka yang pertama peluk Islam, apa yang penting, Islam tersebar dengan pesatnya di Melaka setelah rajanya menerima dan memeluk Islam.Islam berkembang melalui peranan beberapa orang raja yang perihatin melalui kerjasama dengan ulama. Pada abad ke-15, perkembangan Islam semakin pesat di Melaka hingga berjaya bentuk budaya baru.Pengaruh Islam bertambah ketara dengan penyusunan Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka.

SambunganMelakaDasar hukum Islam yang dipakai lebih cenderung kepada mazhab Syafii, hukum adat berdasarkan adat Temenggung.Terdapat juga Undang-Undang Laut Melaka yang juga mengandungi unsur-unsur Islam di dalamnya.Tokoh pendakwah yang bertanggungjawab sebark agama Islam di Melaka:Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menua, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan dan Maulana Jalaluddin. Mereka juga bertindak sebagai penasihat sultan.SambunganMelakaSeiring dengan kehadiran para ulama ke Melaka, maka tersebarluas kitab-kitab agama di Melaka. Durr al-Manzum oleh Abu Ishak al-Syirazi dan Insan al-Kamil oleh Abdul Karim al-Jili, di samping pengajaran kitab-kitab Minhaj al-Talibin karya al-Nawawi dan Ihya Ulumiddin oleh al-Ghazali.Karya Islam juga turut diterjemahkan di Melaka - Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.Islam dan negeri-negeri lain di Tanah MelayuPerkembangan pesat Islam di negeri Pantai Timur Sem. dan Melaka jadi faktor pendorong perkembangan ajaran Islam ke negeri lain di Sem. TM.Pengaruh Melaka yang kuat dari segi politik yang kembangkan jajahan takluknya turut sama membawa Islam bersamanya.Negeri Pantai Timur yang lebih awal mempunyai pusat pengajian Islam berasaskan pondok telah jadi tumpuan untuk tuntut ilmu agama.Secara tidak langsung ianya jadi salah satu faktor dalam membantu perkembangan Islam di TM.

PERANAN PENDIDIKAN DALAM MENGEMBANGKAN ISLAM DI TANAH MELAYUSelepas kejatuhan Aceh sebagai pusat politik dan pengajian Islam terkemuka di Indonesia Muncul pusat pengajian di tempat-tempat lain di Nusantara.Ini termasuklah di Jawa, Banjar, Palembang, Pulau Penyengat (Riau) dan Pattani.Perkembangan pengajian Islam di Pattani sungguh memberangsangkan dengan percambahan pusat-pusat pengajian berasaskan pondok dan dapat dilihat sehingga kini.Dari Pattani, pendidikan Islam berkembang ke Tanah Melayu termasuklah ke Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

1) Pendidikan Islam di TerengganuPerkembangan pendidikan Islam di Terengganu mungkin dahului negeri lain di TM.Catatan pada akhir abad 17 - Terdapat institusi pondok di Pulau Manis diasaskan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis).Akibat kejatuhan Pattani ke tangan Siam 1832, ramai ulama Pattani berhijrah ke Terengganu - Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani di Pulau Duyung, Syeikh Abdul Qadir di Bukit Bayas dan Haji Wan Abdullah Amin (Tok Syeikh Duyung) di Sungai Duyung.

Sambungan.TerengganuTokoh keturunan Arab Sayyid al-Idrus juga beri sumbangan besar kepada perkembangan Islam di Terengganu.Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin (Tokku Tuan Besar), dan anaknya Sayyid Abdul Rahman (Tokku Paloh).Tokoh ulama Arab lain - Sayyid Musyafa (Tokku Tuan Dalam) dan Sayyid Ahmad bin Muhammad al-Idrus (Tokku Melaka).Dengan usaha ulama Pattani dan Arab, Islam berkembang di Terengganu menerusi pondok pengajian yang diasaskan mereka.

2) Pendidikan Islam di KelantanJika terdapat bukti terdapat pondok yang pertama di Terengganu, Kelantan lebih menonjol sebagai pusat pengajian Islam di TM.Tokoh ulama awal di Kelantan yang aktif dalam dakwah Islam ialah Syeikh Haji Abdul Halim, anak angkat kepada Sultan Long Yunus (1762-1794) kemudian jadi penasihat Sultan Muhammad 1 (1818-1837).Tokoh lain yang aktif - Haji Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah (1792-1873) (Tok Pulau Chondong). Beliau asaskan pendidikan sistem pondok pada 1820. Sambungan.KelantanSelepas itu, muncullah tokoh-tokoh ulama yang istiqomah kembangkan dakwah Islam sama ada melalui pendidikan di pondok-pondok ataupun melalui karya-karya yang dihasilkan. Antara ulama-ulama terkenal Kelantan termasuklah Tok Kenali, Tok Khurasan, Tuan Tabal dll Kelantan menjadi tumpuan para penuntut ilmu sehingga digelar sebagai serambi Mekah.3) Pendidikan Islam di KedahKelantan & Terengganu dikatakan pusat awal perkembangan pendidikan pondok di TM, terdapat maklumat yang nyatakan terdapat ulama2 dan pondok2 yang wujud di Kedah sejak abad ke-18 dan ke-19.Ulama Kedah - Syeikh Abdul Jalil bin Abdul Wahab dari Palembang dilantik sebagai mufti. Anaknya Syeikh Wan Abdul Qadir menggantikannya.Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, anak Syeikh Abdul Jalil dari isteri beliau yang lain.

SambunganKedahPerkembangan pendidikan Islam - Dipelopori ulama Palembang, dan juga dari keturunan Banjarmasin.Ulama Banjarmasin - Haji Masud bin Abu Suud, cucu Syeikh Muhammad Arshad bin Abdullah al-Banjari (1710-1812), beliau dianggap perintis pembentukan sistem pengajian pondok di Kedah.Institusi pondok diperkemaskan oleh Muhammad Taib, anak Haji Masud dengan membuka pondok di Titi Gajah sekitar 1870-an. Dilantik sebagai mufti Kedah pada 1870 kerana kesungguhan berdakwah dan mengarang kitab.SambunganKedahPeranan ulama Pattani lebih menonjol dalam kembangkan pengajian pondok di Kedah. Ulama Pattani paling awal di Kedah - Haji Wan Ishak yang mempunyai rangkaian pondok di Pulau Pinang.Ulama lain yang mainkan peranan besar kukuhkan Islam di Kedah ialah Tuan Hussain bin Nasir (1863-1935) dan Haji Wan Sulaiman bin Sidek (1874-1935) yang menjadi Syeikh al-islam Kedah selama 30 tahun.4) Pendidikan Islam di PerakPerak - Sejarah perkembangan pendidikan Islam tersendiri.Dikatakan pada abad ke-16, zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1, terdapat guru agama dari Kampar Sumatera iaitu Syeikh Ibrahim Mahmud datang ke Perak, dirikan sebuah surau di Bota Kanan dengan perkenan sultan.Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah XI (1636-1653), terdapat pondok pengajian Islam telah didirikan di Teluk Bakong oleh ulama Aceh, kemudiannya berkembang ke Teluk Sareh dan Tebing Pulai.SambunganPerakAwal abad 19, sebuah pondok didirikan Syeikh Tuan Haji Junus dari Sematera di Malim Mawar.Awal abad 20, Pondok berkembang pesat di Perak. Pusat pengajian pondok menerima kedatangan ulama Aceh, Jawa dan Banjar.Pondok terkenal - Madrasah Saadiah Salihiyah, Temoh, Pondok ar-Rahmaniyyah, Gunung Semanggol, Madrasah Idrisiyyah, Kuala Kangsar, Pondok al-Ubudiyyah, Padang Rengas dan Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah, Bagan Serai.5) Pendidikan Islam di Negeri-Negeri LainPerkembangan pengajian ala pondok di negeri lain tidak sepesat negeri Pantai Timur atau Utara Semenanjung.Selangor - Madrasah pertama didirikan di Sabak Bernam - Madrasah Awwamiyah oleh Mohd. Awam bin Mohd. Rosli. Sepanjang 1930-1940 muncul banyak madrasah lain.Tokoh ulama Selangor - Haji Mahmud dari Kampung Baharu Sabak Bernam, Kiyai Mansur dari Batu 38 dan Kiyai Nawawi serta Kiyai Karie dari Kampung Batu 36.Sambungan.Pahang - Tokoh agama terkenal Haji Uthman bin Senik (1838-1918) keturunan Bugis. Mufti Pahang berkhidmat di bawah tiga orang sultan.Haji Mohd. Hasan bin Mohd. Senek - Mudir Madrasah al-Attas, Ketapang Pekan yang diasaskan Habib Hassan al-Attas pada 1923.Pondok-pondok lain - Pondok Bukit Keledang, Madrasah al-Huda Padang Luas Triang dan di Kuala Lipis. SambunganNegeri Sembilan - Tokoh ulama terkenal Hj Ahmad bin Muhammad Said ad-Dandarawi (1912-1964) - Pernah jadi mufti - dirikan Madrasah as-Saidiyyah 1935.Di Melaka - Pernah terkenal dengan perdagangan dan kemasukan Islam - Kebangkitan Aceh ketika itu, kemasyuran sebagai pusat perkembangan Islam mula merudum. Tokoh ulama terkenal - Haji Abdul Latif Haji Tambi (1880-1939) , Haji Ahmad Haji Md. Kassim (1901-1943) yang mengasaskan Madrasah Nur ad-Diniyyah, Paya Rumput. SambunganPerkembangan pendidikan Islam Johor - Banyak bergantung kepada perkembangan Islam di Singapura.Golongan Arab keturunan Sayyid Alawiah mainkan peranan utama dalam perkembangan dakwah Islam di Johor Madrasah di Johor - Madrasah Haji Taib di Kampung Parit Jamil, Muar - Pernah dibantu oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin.KesimpulanPerkembangan Islam di TM- Hasil kesungguhan para Sultan memartabatkan Islam Memasukkan elemen-elemen Islam dan undang-undang - Hukum Kanun Melaka & Undang-Undang Laut Melaka. Pemerintah amat muliakan ulama Beri ruang dakwah & dirikan pondok pengajian. Ulamak dilantik jadi penasihat Sultan. Kerjasama erat umara & ulama jadikan Islam kekal dianuti masyarakat Melayu hingga kini. Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan negeri.

Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan."Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari.

Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.Titah Raja-raja dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka, kata peguam Edmund Bon kepada The Malaysian Insider.

Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,

Katanya fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) & Kes LainPengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.

Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam, kata Paulsen.

Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.Rujukan:Abdul Rahman Haji Abdullah ( ),Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran, ___: Gema Insani PressAbdul Rahman Haji Abdullah (1989) Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Seri Kembangan: Lohprint Sdn. Bhd.