peringkat reformisme agama di malaysia lebih dikenali sebagai gerakan tajdid

2
Peringkat reformisme agama di Malaysia lebih dikenali sebagai gerakan tajdid. Tajdid dan reformasi yang dipelopori oleh Ibnu Taimiyyah (1263-1328M) dan diikuti oleh muridnya Ibnu al Qayyim al Jauziyyah (1292-1350M), kemudian dihidupkan kembali oleh Muhammad Abdul Wahab (1703-1787M) dan disambung kembali pula oleh Jamaluddin al Afghani (1837-1897M), Muhammad Abduh (1849-1905M) dan Sayyid Muhammad Rasyid Redha (1856-1935M) telah dikembangkan di Tanah Melayu oleh golongan salafiyyah yang dikenali sebagai ‘Kaum Muda’. Tokoh-tokoh kaum muda yang mahsyur adalah seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al Hadi, Abu Bakar al Baqir, Abu Bakar al Asy’ari dan lain-lain lagi. Mereka berjuang memperbaharui kefahaman umat Islam terhadap agamanya disamping menghadapi tentangan barat. Aliran ini lebih mengutamakan ciri puritanisme iaitu penekanan kepada ajaran Islam yang murni. Hal ini bermaksud gerakan tajdid atau islah merupakan gerakan yang memperjuangkan Islam berdasarkan hadis-hadis sahih dan Al-Quran serta menentang penyelewengan dan pemalsuan. Tajdid sebenarnya bermaksud memperbaharui atau menyegarkan kembali kefahaman dan komitmen terhadap ajaran agama bersesesuaian dengan tuntutan zaman. Tajdid mempunyai hubungan yang erat dengan ijtihad, bahkan tidak dapat dipisahkan dan saling melengkapi. Secara terminologi, ijtihad bermaksud usaha serius untuk menyimpulkan hokum-hukum syarak berdasarkan akidah-akidah tertentu dalam menghadapi persoalan-persoalan baru yang tidak jelas hukumnya dalam Al-Quran dan Sunnah, atau Ijmak ulama. Dalam konteks inilah timbul perbezaan yang memisahkan golongan reformis dan tradisionalis dimana aliran reformis menentang taklid dan menggalakkan ijtihad dalam menghadapi persoalan-persoalan kontemporari. Taklid bermaksud mempercayai dan mengikuti semua yang guru mereka ajari tanpa membantah dan tidak membuat penyelidikan mengenai kata-kata guru

Upload: mohamad-nazmie-mohamed-tarmizi

Post on 07-Feb-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kaum muda

TRANSCRIPT

Page 1: Peringkat Reformisme Agama Di Malaysia Lebih Dikenali Sebagai Gerakan Tajdid

Peringkat reformisme agama di Malaysia lebih dikenali sebagai gerakan tajdid. Tajdid dan

reformasi yang dipelopori oleh Ibnu Taimiyyah (1263-1328M) dan diikuti oleh muridnya Ibnu

al Qayyim al Jauziyyah (1292-1350M), kemudian dihidupkan kembali oleh Muhammad

Abdul Wahab (1703-1787M) dan disambung kembali pula oleh Jamaluddin al Afghani (1837-

1897M), Muhammad Abduh (1849-1905M) dan Sayyid Muhammad Rasyid Redha (1856-

1935M) telah dikembangkan di Tanah Melayu oleh golongan salafiyyah yang dikenali

sebagai ‘Kaum Muda’. Tokoh-tokoh kaum muda yang mahsyur adalah seperti Sheikh Tahir

Jalaluddin, Syed Syeikh al Hadi, Abu Bakar al Baqir, Abu Bakar al Asy’ari dan lain-lain lagi.

Mereka berjuang memperbaharui kefahaman umat Islam terhadap agamanya disamping

menghadapi tentangan barat. Aliran ini lebih mengutamakan ciri puritanisme iaitu

penekanan kepada ajaran Islam yang murni. Hal ini bermaksud gerakan tajdid atau islah

merupakan gerakan yang memperjuangkan Islam berdasarkan hadis-hadis sahih dan Al-

Quran serta menentang penyelewengan dan pemalsuan.

Tajdid sebenarnya bermaksud memperbaharui atau menyegarkan kembali kefahaman dan

komitmen terhadap ajaran agama bersesesuaian dengan tuntutan zaman. Tajdid

mempunyai hubungan yang erat dengan ijtihad, bahkan tidak dapat dipisahkan dan saling

melengkapi. Secara terminologi, ijtihad bermaksud usaha serius untuk menyimpulkan

hokum-hukum syarak berdasarkan akidah-akidah tertentu dalam menghadapi persoalan-

persoalan baru yang tidak jelas hukumnya dalam Al-Quran dan Sunnah, atau Ijmak ulama.

Dalam konteks inilah timbul perbezaan yang memisahkan golongan reformis dan

tradisionalis dimana aliran reformis menentang taklid dan menggalakkan ijtihad dalam

menghadapi persoalan-persoalan kontemporari. Taklid bermaksud mempercayai dan

mengikuti semua yang guru mereka ajari tanpa membantah dan tidak membuat penyelidikan

mengenai kata-kata guru mereka. Taklid sebenarnya mengikut secara membuta tuli. Oleh

sebab itulah kaum tua yang bersifat tradisionalis sering bertelagah dan berbeza pendapat

dengan kaum muda. Golongan muda amat menentang sebarang penyelewengan seperti

penggunaan hadis palsu dalam agama. Maka tidak hairanlah golongan ini dibenci oleh kaum

tua kerana telah menggugat kefahaman agama mereka. Golongan muda cuba mengkritik

kita Fadilat Amal kerana mengandungi hadis-hadis dhaif dan palsu walaupun kandungannya

lebih mengajar pembaca tentang kebaikan-kebaikan dalam melakukan sesuatu amalan

agama.