gerakan mahasiswa islam

32
GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com GERAKAN MAHASISWA ISLAM: MENGENGGAM BARA API OLEH MAMAT.COM (PENELITI GERAKAN MAHASISWA) mahasiswamenggugat.blogspot.comPage 1

Upload: hannanfarhana

Post on 08-Jun-2015

1.700 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Memaparkan sejarah gerakan mahasiswa Islam di Malaysia. Penulisnya Mohamad Ridhwan Bin Alias dari Jabatan Sejarah UM

TRANSCRIPT

Page 1: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

GERAKAN MAHASISWA ISLAM: MENGENGGAM BARA API

OLEHMAMAT.COM

(PENELITI GERAKAN MAHASISWA)

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 1

Page 2: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

SEMANIS BICARA, SEINDAH AMALAN.

Tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini ialah menulis sebuah buku; kerana buku dapat kekal lama, selepas

kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia lupus.Syed Naquib al Attas

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya. Semoga Allah memayungi rahmat untuk sekalian alam terutamanya kepada pendokong agama Allah. GERAKAN MAHASISWA ISLAM: MENGENGGAM BARA API VERSI INTERNET merupakan sebuah risalah dituju khas untuk sahabat mahasiswa. Risalah ini bertujuan memberi gambaran awal kepada generasi mahasiswa, adik-adik pelajar pra-universiti dan peminat gerakan mahasiswa tentang sejarah dan cabaran generasi awal golongan mahasiswa Islamis yang menguasai politik kampus di negara ini. Dengan adanya risalah ini, penulis mengharapkan agar mahasiswa mengetahui sejarah awal kebangkitan mahasiswa Islam bukan hanya mendengar secara lisan tentang lagenda gerakan mahasiswa Islam.

Penulis telah memilih isu-isu yang penting dan paling mempengaruhi kebangkitan awal gerakan mahasiswa Islam. Kebetulan kunci-kunci kebangkitan GMI di Malaysia berada di Universiti Malaya. Universiti Malaya merupakan medan pertama kebangkitan mahasiswa Islam sama ada dalam pola pertama iaitu GMI sebelum AUKU 1975, pola kedua, cabaran golongan mahasiswa nasionalis-Islamis untuk menguasai politik kampus dan pola ketiga, GMI di bawah suluhan pimpinan ulama. Ketiga-tiga pola ini sangat menpengaruhi pembudayaan politik kampus di Malaysia. Oleh sebab itu, tidak hairanlah penulis banyak membincangkan GMI dalam konteks Universiti Malaya.

Dalam bab pertama, penulis membincangkan sejarah awal kebangkitan GMI di Malaysia diikuti bab kedua tentang roh perjuangan GMI. Roh Perjuangan GMI diharapkan dapat menunjuk panduan bagi GMI dalam menelusuri liku-liku perjuangan. Bab ketiga berkaitan GMI menangani cabaran terutamanya daripada HEP, kerajaan, musuh politik kampus dan masalah dalaman GMI. Bab keempat memfokuskan isu-isu yang telah diperjuangkan oleh GMI. Isu-isu yang dipilih bersifat selektif berdasarkan kekananan isu dan mempengaruhi suasana kampus dan pentas nasional.

Akhir kalam, penulis mengharapkan risalah ini dapat menyemarakkan kembali gerakan mahasiswa Islam di kampus nasional. Seperti kenyataan Syed Naquib al Attas di atas, penulis ingin meninggalkan satu harta yang paling berharga iaitu menulis sebuah buku. Diharap risalah ini dapat dimanfaat sebaik mungkin oleh para pembaca. Semoga Allah merahmati hidup kita semua. Bagi aktivis GMI, teruskan perjuangan dan selamat berjuang. Takbir!!

Islam Memerintah, Bukan Islam Diperintah.mamat.com

tokawang_sufi@yahoo

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 2

Page 3: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

BAB 1: SEJARAH GERAKAN MAHASISWA ISLAM DI MALAYSIA

“bagi kita, zaman tolak ansur sudah mati! Sudah kita kuburkan bersama sama keranda jingga yang berbalut dengan segala janji dan kepalsuan manusia”

Noordin Razak

Mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara dan masyarakat. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif gerakan mahasiswa telah membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi sesebuah negara pada masa depan. Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah reformasi masyarakat melalui revolusi dan secara evolusi melalui penyertaan dalam pentadbiran negara. Sebagai anak muda yang mempunyai sifat kreatif, jiwa memberontak dan bersifat tergesa-gesa akan membentuk keperibadian mahasiswa yang menongkah arus dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengubah sistem yang bobrak dan korup. Mahasiswa pengubah sistem. Itulah mitos mahasiswa dalam perjuangan mereka dan khayalan ini akan disedarkan selepas mereka keluar dari alam kampus.

Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) bukanlah wadah pinggiran dalam perjuangan sosial, politik dan dakwah seantero dunia. Di Afghanistan, mahasiswa Islam telah menewaskan golongan Sosialis dalam pilihanraya kampus dan mempelopori penubuhan pasukan pejuang Mujahidin melawan Rusia. Ketua Ikhwanul Muslimin Afghanistan, Ahmad Niazi dan mahasiswa Islam Universiti Kabul mula mengerakkan kelompok pelajar Islam yang dikenali Juanan Muslim (kemudian dikenali Jamiyyah al Islamiyyah) pada tahun 1969. Pada tahun 1972, kelompok pelajar Islam berjaya menguasai kerusi di Dewan Mahasiswa Universiti Kabul dan ia telah menakutkan pendokong Komunis dan Sosialis di Afghanistan. Pada tahun 1975, Mohamad Daud mempenjarakan Ahmad Niazi dan tindakan kejam rejim ini menyebabkan ramai pemimpin pelajar termasuk Rabbani dan dan Sayyaf melarikan diri ke Pakistan. Di Mesir pula, mahasiswa Ikhwanul Muslimin telah berjaya mengalahkan golongan nasionalis di Universiti Fuad I.

Di Malaysia, kebangkitan mahasiswa Islamis berputik pada awal tahun 1970an tetapi mula mengancam survival politik golongan nasionalis pada awal 1980an. Bermula awal tahun 1990an, GMI mula mendominasi politik kampus di hampir setiap universiti di Malaysia. Walaupun disekat dengan pelbagai formula, GMI di Malaysia terus meredah ranjau perjuangan semampu yang terdaya. Di sini, penulis menukilkan sejarah awal perjuangan mahasiswa Islamis di kampus untuk memasyarakatkan masyarakat kampus dengan suluhan Islam. Penulis juga memaparkan pengolakkan antara proksi GMI dan kebangkitan dinasti kepimpinan ulama dalam politik kampus.

SEJARAH PENUBUHAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) diwujudkan pada pertengahan tahun 1950an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang pelajar Islam di Universiti Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak apabila Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM di bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid Ar-Rahman yang telah dibina pada tahun 1963. Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia. Sebelum terlaksananya AUKU, PMIUM adalah badan pelajar berautonomi dan tidak bernaung dibawah PMUM. Justeru, ia bergerak bebas tanpa terikat dengan dasar PMUM yang dikuasai oleh mahasiswa sosialis.

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 3

Page 4: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis dalam beberapa perdebatan ilmiah. Syed Naquib semasa menjadi pensyarah di UM dilihat sebagai mentor kepada pelajar Islamis dimana setelah kuliah ramai pelajar Islamis berkumpul di pejabat atau rumah beliau. Beliau juga merupakan antara tokoh utama mempengaruhi ABIM-PKPIM dan tokoh lagenda gerakan mahasiswa-belia, Anwar Ibrahim. PMIUM cuba melahirkan mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam dan menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara PMIUM dan Jurnal Sejahtera.

PMIUM adalah pertubuhan pelajar pertama beraliran Islamis di negara ini yang ditubuhkan dengan kaedah yang teratur dan diakui mewakili masyarakat pelajar Islam di kampus terulung negara, Universiti Malaya. Pada 27 Jun 1961, ditubuhkan pula Persekutuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan ditukar kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) pada tahun 1963. Sebelum terjelmanya AUKU, PKPIM memayungi persatuan-persatuan pelajar Islam di setiap institusi pendidikan tetapi peranan ini mula terhakis selepas AUKU 1975 mewajibkan persatuan berbentuk gabungan nasional dan dianggotai persatuan mahasiswa universiti tempatan perlu dibubarkan. Semua persatuan mahasiswa perlu berada dibawah kawalan universiti yang dikenali sebagai Hal Ehwal Pelajar [HEP]. PKPIM bernasib baik diberi peluang untuk bernafas berbanding rakan-rakan gabungan peringkat nasional seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia [PKPM, ditubuh pada 15 Mac 1958] dan Persatuan Pelajar Asia (ASA) yang telah dimansuh. Aspirasi PKPIM dilanjutkan ke luar kampus dengan penubuhan ABIM pada Muktamar PKPIM ke 10 pada tahun 1971.

KEBANGKITAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM DI MALAYSIA. Kemenangan kumpulan Islamis dalam Revolusi Iran mencetus fobia kepada masyarakat sekular terhadap kebangkitan semula Islam. Gerakan Mahasiswa Islam yang digelar orang dakwah dilihat satu elemen yang menakutkan kerana ia cuba menggugat ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah, penguasa universiti dan sebahagian mahasiswa sendiri. Kerajaan sendiri mengkritik kegiatan dakwah di kalangan mahasiswa Islam yang dilihat berlaku ketidakfahaman para pendakwah terhadap kemurnian Islam itu sendiri. Kezahiran Islam dalam cara hidup mahasiswa seperti berpurdah dan berjanggut melahirkan kegelisahan kepada pihak pentadbir varsiti. Di Universiti Teknologi Malaysia, Anuiddin Wahid tidak menggalakkan pelajar memakai purdah. Bahkan pelajar Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian purdah oleh Ungku Aziz. [Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.] Namun, gaya hidup Islam berasaskan sunnah Rasulullah S.A.W. terus subur, bahkan GMI cuba membentuk kuasa politik di kampus.

Peningkatan kesedaran Islam pada awal tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM bukanlah satu kuasa politik yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis semasa zaman keagungan gerakan mahasiswa pada awal dan pertengahan tahun 1970an. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa dan kemiskinan. Siddiq Fadil Presiden PMIUM sesi 1972/73 telah berjaya mengikis semangat nasionalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam. Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini mestilah dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta mengamalkan amal Islami secara bersungguh-sungguh. Oleh sebab itu, PMIUM cuba menghalang upacara kemaksiatan di Universiti Malaya seperti majlis ball night dan unsur judi

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 4

Page 5: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

dalam pestaria. Galangan bersifat anti-maksiat ini mengakibatkan PMIUM ditohmah dengan pelbagai gelaran termasuk fanatik, antisosial, perkauman, jumud dan taklid buta.

Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan dan kemaksiatan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM.. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan memasuki politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, orang kuat ABIM], Syed Muhamad Dawilah al Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Namun, hanya Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah yang berjaya memenangi kerusi MPP.

Pada pilihan raya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi tetapi gagal memperolehi majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bagi menentang Gabungan Mahasiswa yang disertai oleh golongan nasionalis. Pilihan raya sesi 1979/1980 telah menelurkan budaya berparti secara terbuka dalam politik kampus. Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri Haron [kini, S.U. MB Kelantan] sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL] sebagai Naib Presiden. Kerajaan pelajar Islam mula mencegah aktiviti mungkar seperti jamuan arak dan budaya makan malam tahunan yang dihiasi program mungkar. Aktiviti persatuan perlu terbatas kepada aktiviti tidak bercorak ‘Yahudi’.

Penubuhan kerajaan pelajar Islam yang pertama ditentang hebat oleh proksi Nasionalis. Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM yang mantap kerana Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi [tetapi pihak neutral mengalih sokongan kepada Barisan Mahasiswa menyebabkan Barisan Mahasiswa berjaya membentuk kabinet PMUM]. Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah memperuntukkan tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi tiada orang bukan Melayu mahu bertanding untuk Barisan Mahasiswa menyebabkan Gabungan Mahasiswa menang mudah.

Pada 4 Ogos 1979, Barisan Mahasiswa cuba menubuhkan kabinet PMUM tetapi Ketua Gabungan Mahasiswa, Yusuf Abdul Rahman cuba melakukan undi tidak percaya. Kelompok Islamis mengambil tindakan bijaksana dengan keluar mesyuarat agar korum 2/3 tidak mencukupi untuk mengundi. Yusuf Abdul Rahman menyifatkan tindakan 10 anggota Barisan Mahasiswa tidak demokrat. Barisan Mahasiswa mencabar Gabungan Mahasiswa agar meletak jawatan supaya pilihan raya kampus dapat diadakan semula. Kekecohan ini menyebabkan pendaftar HEP Yunus Nawal dan Puan Chua campurtangan. Akhirnya, Gabungan Mahasiswa bersetuju bekerjasama walaupun cuba dihalang oleh ketuanya, Yusuf Abdul Rahman. Barisan kabinet PMUM diketuai oleh Anual Bakri Haron (Presiden), Yazid Othman (Timbalan), Redzuan Othman (Setiausaha Agung), Zaidan Ali (Bendahari), Amir Hamzah Abdul, Anuar Yusof, Yahya Husin, Mohd Nor Anuar, Abdul Ghani Ghulam Din, Abdullah Rahman, Fong Seng Wah, Cheng Huck Joo, Rosli Ahmad dan Yusuf Abdul Rahman.

Menurut Yusuf Abdul Rahman, Barisan Mahasiswa adalah golongan radikal dan perkauman. Gabungan Mahasiswa berjuang berdasarkan untuk perpaduan dan kebajikan pelajar. Gabungan Mahasiswa menawarkan dasar kompromi dimana jika pihak menjawat jawatan presiden tidak boleh memegang jawatan setiausaha agung tetapi Barisan Mahasiswa membolot kesemua jawatan utama. PMUM tidak berfungsi dengan baik menyebabkan Anual Bakri mahu berbincang dengan Yusuf di Dataran Ekonomi. Pada mulanya Yusuf menolak

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 5

Page 6: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

pelawaan tersebut tetapi setelah diugut oleh Roselan Abdul Rahman untuk menarik balik sokongan terhadap Gabungan Mahasiswa, beliau bersetuju berbincang.

Krisis PMUM selesai apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung meletakkan jawatan iaitu Anual Bakri Haron [kini, S.U. Menteri Besar Kelantan], Yazid Othman dan Redzuan Othman [kini pensyarah Jabatan Sejarah UM, bekas Naib Presiden ABIM]. Kebuntuan kepimpinan PMUM sejak 23 Julai 1979 dapat diselesai dengan kompromi iaitu Yazid Othman sebagai Presiden, Yap Ching Kiat (Timbalan), Rosli Ahmad (Setiausaha Agung), Zaidin Ali (Bendahari) dan Redzuan Othman (Penolong Setiausaha Agung). Tekanan HEP, kospirasi media massa dan masalah pemilihan personaliti menyebabkan golongan Islamis tewas dalam pilihan raya kampus 1980/81 pada 18 Julai 1980 kepada golongan Nasionalis.

Selain itu, kemenangan Gabungan Mahasiswa disebabkan kegagalan Barisan Mahasiswa menangani kes kepincangan perasmian TIG (aktiviti sukan), kegagalan baktisiswa di Sabah dan kegagalan program ke Indonesia. Calon ternama golongan pelajar Islam yang tewas adalah Zaidan Ali, Yazid Othman, Abdul Ghani Golamadin dan Che Yazid Che Seman. Roselan Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden PMUM manakala Rosley Ahmad dilantik sebagai Naib Presiden. Kekalahan kumpulan Islamis dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya wajar ditelusuri daripada aspek tekanan psikologi yang dicanang oleh akhbar tempatan terutamanya Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia memberi gambaran kotor dengan mewujudkan polemik ‘Regim KAMI’ di kampus-kampus universiti tempatan. Kekalahan kumpulan Islamis yang disifatkan sebagai pelampau agama di UKM disebar secara meluas di muka hadapan akhbar tersebut. Secara terancang, isu perjudian semasa Pestaria 1980 dihangatkan kembali dengan tuduhan sempitnya pemikiran pimpinan PMUM terutamanya Yazid Othman. Tekanan psikologi ini menyebabkan pelajar terpaksa menolak kumpulan pelajar Islamis.

Pada pilihan raya sesi 1981/82 yang diadakan pada 24 Julai 1981, Islamic Group yang dipimpin oleh Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menguasai MPP. Kumpulan Islam dikenali sebagai ‘Kepimpinan Dinamis Mahasiswa Progresif’ berjaya memenangi pilihan raya kampus dan Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Presiden PMUM. Kemenangan ini meningkat imej kumpulan Islamis yang tercalar pada pilihan raya sesi yang lepas. Di bawah pimpinan Ahmad Shabery, kekuatan mahasiswa Islamis mula terserlah dengan penyertaan dalam demonstrasi anti Amerika.

Penguasaan golongan Islamis atau PMIUM terhadap politik kampus tidak berterusan kerana PMIUM memboikot pilihan raya kampus sesi 1983/84 kerana masih terdapat unsur judi dalam Pestaria sesi tersebut. Kemantapan PMIUM membolehkan calon-calon mereka menguasai pilihan raya kampus 1985/86. Kemenangan ini menelurkan aspirasi baru kepada pelajar Islam kerana kumpulan Islam mula memdominasi kampus-kampus di seluruh negara. PMUM mengorak langkah menubuhkan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang menyelaras aktiviti pelajar Islam di bawah pimpinan Zulkifli Yusof (Presiden PMUM).

GMI: DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA.

Revolusi Iran jelas mempengaruhi aktivis gerakan Islam di seluruh dunia. Kewujudan negara Republik Islam Iran menandakan kemunculan satu eksperimen satu pemerintahan moden yang diperintah oleh kepimpinan ulama. Di Malaysia, kebetulan PAS mengalami krisis kepimpinan paling kritikal dalam sejarah penubuhannya apabila presidennya Dato Asri Muda yang mengimani aliran nasionalis-Islamis cuba ditumbangkan oleh Dewan Pemuda dan puak ulama PAS pada bulan Oktober 1982. Kaum muda dalam PAS yang dipelopori oleh tokoh-tokoh ABIM seperti Fadzil Mohd. Nor, Abdul Hadi Awang dan Nakhaie Ahmad telah

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 6

Page 7: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

bergandingan dengan tokoh muda Islam lepasan universiti di Barat seperti Khalid Samad dan Ishak Ali dari Suara Islam telah mengegarkan pimpinan PAS agar melakukan pemurnian semula ke arah Islam yang syumul. PAS dibawah pimpinan ulama mula mendekati gerakan mahasiswa setelah ‘sayap muda’nya ABIM dilanda krisis idealis selepas kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada bulan Mac 1982 telah melanggari keputusan syura dan memungkiri mandat Pak Natsir, Ketua Parti Masyumi Indonesia yang mengarah ABIM menghantar tokohnya ke dalam PAS bagi menyegar semula PAS. ABIM hanya sempat menghantar tokohnya pada gelombang pertama ke dalam PAS melalui Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman dan beberapa tokoh muda ABIM. GMI di kampus Malaysia mula bergolak antara pihak yang pro dan kontra keputusan Anwar yang memasuki UMNO. Perpecahan GMI amat terasa di Universiti Malaya dimana proksi ABIM-PKPIM telah gagal mempertahankan pengaruhnya dalam kepimpinan PMIUM. Proksi PAS mula menonjol apabila berjaya merebut jawatan tertinggi dalam pimpinan PMIUM dengan mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang hanya memperolehi 35 undi.

Sebelum pemilihan pimpinan PMIUM 1983/84, Azami Zaharim mencadangkan nama Takiyuddin Hasan sebagai Presiden PMIUM kepada majlis syura, manakala nama Mohammad Hussein sebagai Timbalan Presiden. Tetapi majlis syura telah memutuskan dengan sebulat hati bersetuju dengan jawatan Presiden PMIUM dipegang oleh Mohammad Hussein dan Takiyuddin Hasan bagi jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini diterima oleh Azami Zaharim yang ditugas sebagai Pemangku Presiden PMIUM yang pro ABIM. Dalam mesyuarat itu berlaku, suasana agak tegang kerana ada golongan yang mahu pimpinan PMIUM dikuasai oleh golongan ulama atau agamawan. Golongan ini mahu Ustaz Mohd Taib Ahmad dilantik sebagai Timbalan Presiden PMIUM bukannya Takiyuddin seperti yang diputus oleh syura.

Pengolakkan ini bertambah hangat apabila Takiyuddin Hasan [kini, EXCO kerajaan Kelantan] menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden PMIUM untuk memberi ruang kepada Mohd Taib Ahmad memenangi kerusi Timbalan Presiden PMIUM tanpa bertanding. Kumpulan pro PAS yang dikenali kumpulan Enam Kerinchi dikutuk habis-habisan oleh Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim sebagai pengkhianat. Kumpulan Enam Kerinchi terdiri daripada Muhamad Hussein [telah dilantik sebagai Presiden PMIUM pada sesi tersebut], Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad [kini, wartawan kanan Harakah], Azmi Ali, Fuad Zarkhashi [orang kuat UMNO Johor, Presiden PBMUM 1981/82] dan Mohd Taib Ahmad bersetuju memenangkan Mohd Taib Ahmad sebagai Timbalan Presiden PMIUM. Trajedi ini perlu dikisah kerana ia merupakan kebangkitan pertama pengaruh kepimpinan ulama oleh proksi PAS di kampus-kampus nasional. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam lubuk nasionalis-sekular1 menyebabkan ‘keributan’ di kampus di antara sesama golongan Islamis iaitu mahasiswa proksi ABIM-PKPIM dibantu oleh golongan sekular-nasionalis [diperkuatkan setelah Anwar berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO] dengan mahasiswa proksi PAS yang diasuh oleh Mustapha Ali, Nakhaie Ahmad dan Abdul Hadi Awang.

Kumpulan Enam Kerinci yang dikatakan proksi PAS berazam menaikkan Mohd Taib Ahmad sebagai Timbalan Presiden PMIUM kerana beliau adalah orang kuat Persatuan Mahasiswa Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) yang diharap dapat membantu Muhammad Hussein menegakkan kepimpinan ulama di kampus Universiti 1 Semasa di zaman Ikhwanul Muslimin, seorang ulama besar Ikhwanul Muslimin lulusan al Azhar telah menyertai kerajaan tentera beraliran Sosialis walaupun Majlis Syura Ikhwanul Muslimin cuba menghalang ulama tersebut. Kata Hasan Hudaibi. ‘Pergilah menikmati habuan dunia dan terimalah padah pada akhirnya’. [Kuliah Tafsir TG Haji Hadi, al Ankabut: 66, 6.8.2004]

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 7

Page 8: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

Malaya. Dalam perebutan pucuk pimpinan itu, Takiyuddin Hasan dari Fakulti Undang-Undang telah menarik diri pada saat-saat akhir sehingga proksi ABIM gagal mencari calon alternatif. Azami cuba menolak penarikkan diri Takiyuddin tetapi gagal. Kemenangan ini membolehkan PMIUM dikuasai oleh Dinasti Kepimpinan Ulama sehingga ke hari ini.

Tokoh-tokoh Kumpulan 6 Kerinchi ini merupakan pengasas kumpulan Republik Islam [turut dikenali Kumpulan Universiti Malaya] yang telah bersaing hebat dengan Islamic Represantative Council (IRC, mula berputik di Britain) digiatkan oleh Fauzi Shafie untuk menguasai Dewan Pemuda PAS pada akhir 1980an. Kumpulan Republik Islam terdiri Mohamad Hussein, Husam Musa, Ishak Ismail, Mohd Taib Ahmad, Baharin Mohamad, Syed Putra Syed Ahmad dan Mazlan telah berjaya membina pengaruh yang kuat dalam Dewan Pemuda PAS.

Penyingkiran proksi ABIM daripada PMIUM menyebabkan pimpinan PKPIM-UM melakukan pewarnaan semula dalam PBMUM. Di kampus lain seperti di UKM, proksi ABIM yang mengunakan metode Islamisasi masih memegang tampuk pimpinan PMI dan MPP. PMIUM merupakan wadah pertama penguasaan proksi PAS dalam gerakan Mahasiswa Islam selepas selama ini bergantung harap kepada pengkaderan ABIM.

GMI DAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI [ISA].

ISA dan AUKU merupakan kaedah kerajaan mengekangkan pergerakan gerakan mahasiswa di Malaysia. Kebiasaannya ISA dikaitkan dengan mahasiswa sosialis terutamanya dalam peristiwa kebangkitan mahasiswa pada tahun 1974. Dalam era 1980an, GMI turut dinodai oleh AUKU dan ISA yang zalim dan melanggari hak asasi seseorang insan. Zalim disini bukanlah berdefinisi kezaliman ala Barat seperti membunuh dan bersifat diktaktor tetapi zalim dalam definisi Islam. Dalam Islam, zalim adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna perbuatan zalim tidak semestinya membunuh, menpenjarakan orang tetapi perbuatan zalim juga boleh terpalit jika seseorang meletakkan kopiah pada lututnya. Kerana kopiah dipakai di kepala bukan di lutut. Begitulah luasnya pendefinisian zalim dalam Islam.

ISA selepas tahun 1974 julung kalinya digunakan kepada pimpinan GMI selepas demonstrasi anti konsert Sheila Majid. Polis berjaya menangkap 2 EXCO PMIUM bersama 22 orang pelajar yang lain semasa mereka bertahlil. Mereka telah diikat jamin dengan 3 penjamin dan bersyarat. Pada 15 September 1989, pelajar yang ditahan dipanggil untuk disoal siasat di Balai Polis Jalan Pantai. Dalam soal siasat ini, dua pimpinan PMIUM, Jamali Adnan dan Jamaluddin Ramli telah dikenakan tahanan ISA. Turut ditahan adalah Pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman, bekas Setiausaha Agung PMUTM. Pada 26 September 1989, PMIUM menghantar wakil berjumpa dengan Menteri Pendidikan, Anwar Ibrahim dan Anwar sendiri berjanji akan menyelesaikan masalah ini. Pada 27 September 1989, PMIUM menghantar wakil bertemu Dato NC, Syed Hussein al Alatas atas alasan hukuman yang dikenakan tidak relevan dengan status mereka sebagai mahasiswa. Contoh, Alias Sulaiman daripada Fakulti Ekonomi dikenakan RM 1000 dan Jalal Busri disingkir daripada kolej dan didenda RM 350.

Terkini, pimpinan pelajar dari PMUM sesi 2001/2002 iaitu Mohd Fuad Mohd Ikhwan dikenakan tahanan ISA setelah beberapa hari makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Fuad Ikhwan dikenakan tahanan ISA pada tahun 2001 kerana terlibat dalam beberapa demonstrasi haram, penerbitan Majalah Varsiti palsu dan pembakaran DTC. Semasa zaman reformasi, pimpinan PKPIM turut terseret ke dalam tahanan ISA adalah Ahmad Zaki Yamani, penuntut UiTM yang memegang jawatan Setiausaha Agung PKPIM. Pemimpin PKPIM yang lain yang turut ditahan adalah Ahmad Sabrimi Mohd. Sidek dan Ahmidi Dato Manan.

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 8

Page 9: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

Begitulah dekatnya ISA, AUKU, Akta Polis dan penjara dalam kamus GMI. Untuk siapakah GMI mengorbankan masa dan diri mereka dalam tahanan, dan mengadai masa depan mereka. GMI hanya mahu kebenaran dan keadilan menyinari kehidupan masyarakat negara ini walaupun sebahagian besar masyarakat tidak menghiraukan perjuangan mereka.

RUMUSAN

Bab satu merupakan satu nukilan tentang muqaddimah kebangkitan GMI di bumi Malaysia. Bab ini membolehkan pembaca memahami sejarah awal kebangkitan GMI sebelum meneruskan kajian lanjut tentang GMI. Bagi aktivis GMI, bab ini amat penting bagi mengetahui bagaimana generasi awal GMI mengadaikan masa depan dalam perjuangan mereka. Wahai sahabat mahasiswa! Sedarlah akan sejarah awal GMI, jangan kita berjuang tanpa ilmu, tanpa mengenali asali GMI. Jangan kita asyik terkhayal akan kehebatan mahasiswa terdahulu tanpa mengenali sejarah perjuangan secara dekat. Wahai sahabat mahasiswa! Marilah bersama perjuangan Islam untuk melihat Islam memerintah, bukannya Islam diperintah. Tak kenal, maka tak cinta.

Untuk menjadi pemimpin bererti perlu dapat menggerakkan massaHitler

Kehilangan kemerdekaan diri sendiri. Siapa ingin merdeka harus bersedia di penjara

Tan Melaka

BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI

‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu cara hidup’

Dalam bab ini penulis cuba merumuskan buah pemikiran ulama haraki seperti al Syahid Iman Hasan al Banna, Said Hawwa, al Syahid Sayyid Qutb, Abu A’la al Maududi dan beberapa ulama lagi. Sub-topik yang dikemukakan dalam nukilan dibawah merupakan ringkasan paling asas dan kunci utama pemikiran tokoh haraki Islam. Ini akan memudahkan mahasiswa memahami intipati yang ingin dijelmakan oleh tokoh haraki tersebut. Dalam perjuangan untuk menegakkan Islam, proses pembinaan akidah sangat penting agar gerakan Islam dapat mengembleng tenaga-idea kader-kader yang sukses dan berprestasi. Dengan mengetahui roh perjuangan GMI, kader-kader GMI akan dapat menyatukan fikrah dengan meneliti buah fikiran yang sama iaitu bersumber al Quran dan hadis. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menegakkan kekuasaan Allah di muka bumi.

MENEGAK KALIMAH TAYYIBAH DALAM MASYARAKAT DAN JIWA INSANI

Kalimah tayyibah merupakan ikrar agung makhluk kepada Allah SWT. Kalimah agung ini merupakan akar tunjang kepada agama Islam. Kita sebagai muslim diwajibkan melakukan pengabdian kepada Allah SWT bukan kepada sesama manusia. Pengabdian ini bukan sahaja dibuktikan di dalam rakaat-rakaat solat tetapi dicerminkan sebagai gaya hidup seharian sama

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 9

Page 10: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

ada secara individu atau bermasyarakat. Keseluruhan aspek kehidupan perlu mengikuti ajaran Islam termasuk muamalat, politik, dan sosial sebagai tanda pengabdian kepada Allah SWT. Oleh itu, seorang muslim perlu menggunakan secara keseluruhan kaedah Islam dalam setiap aspek kehidupan.

Masyarakat tanpa pelaksanaan dan tiada penjelmaan kaedah-kaedah Islam tidak boleh dipandang sebagai masyarakat Islam. Jika seorang muslim sanggup menggunakan kaedah selain daripada Islam, ini bermakna mereka melakukan syirik kerana mengharapkan kuasa makhluk daripada kekuasaan Allah. Mereka telah mempermainkan kalimah tayyibah dengan kemanisan kata-kata dan pada masa yang sama mereka mengharamkan diri daripada melaksanakan kaedah Islam yang terkandung dalam al Quran dan hadis nabi. Mereka lebih mempercayai hukum dunia ciptaan manusia daripada hukum Allah. Inilah manusia bertuhankan nafsu yang hanyut dalam kehidupan jahiliah.

Penjelmaan kalimah tayyibah dalam kehidupan realiti menandakan kemunculan keagungan iman dalam diri insani dan masyarakat Islam. Hidup kita untuk membina masyarakat Islam perlu diteruskan tanpa mundur walaupun kita menghadapi masyarakat jahiliah moden yang tepu dengan kemungkaran dan maksiat. Sekarang kita menghadapi tradisi sosial yang pincang, kekuasaan politik yang korupsi, perundangan yang bathil, dan dengan realiti yang popular dan disukai masyarakat majoriti tetapi jelas bertentangan dengan konsep iman. Wahai Sahabat Mahasiswa! Jangan kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, pada hal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang beriman [rujuk Aali Imran:139]. Teruskan perjuangan, sesungguhnya kita berada di landasan yang benar untuk menegak kalimah tayyibah di alam ini sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah SWT bukannya mengabdikan diri sesama manusia.

AL QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP

Kini, umat Islam berada dalam keadaan muflis daripada segala aspek kehidupan termasuk dalam politik, pendidikan, ekonomi dan ketenteraan. Inilah padahnya jika umat Islam kehilangan roh perjuangan yang dinyalakan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Baginda Rasulullah mendidik para sahabat dan umat Islam dengan suluhan al Quran tetapi sekarang umat Islam sendiri telah mencampur aduk arahan-arahan al Quran dengan idealis ciptaan manusia. Umat Islam menganggap al Quran hanya untuk dibaca, diselidik, dikaji dan sebuah cerita penglipur lara. Mereka mempertandingkan bacaan al Quran tanpa memahami kehendak al Quran. Umat Islam sekarang lebih selesa dengan membaca tanpa amal dan tidak memahami arahan al Quran bahkan ada diantara mereka yang menolak ajaran al Quran dengan alasan sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Celakalah golongan ini, golongan mengejar kekafiran walaupun ditawar hidayah kepadanya.

Wahai sahabat mahasiswa! Marilah kita menterjemahkan segala arahan dan perintah Allah dalam al Quran ke dalam kehidupan kita. Kita harus mempunyai perasaan belajar untuk melaksanakan terus [segera] segala ajaran al Quran tanpa alasan. Jangan jadikan al Quran hanya sebuah teori tanpa praktikal. Al Quran adalah panduan hidup, panduan Ilahi yang tulen dan Allah sendiri telah merasmikan bahawa al Quran sebagai garis pemisah antara hak dan bathil. Untuk menghidupkan al Quran ke dalam diri dan masyarakat kita, kita wajib mengamalkan budaya ‘saya dengar, saya patuh’ tanpa sebarang alasan. Hanya al Quran penentu kebenaran walaupun ia pahit untuk kita menerimanya.

JIHAD ADALAH JALAN KAMI

Dr. Muhammad Said Ramadan al Buti mendefinisikan jihad ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 10

Page 11: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

Islam. Sabda Nabi ‘sesiapa mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan mati jahiliah’. Untuk meneruskan liku-liku perjuangan, GMI perlu membangkitkan semangat jihad yang kental bagi menghadapi mehnah musuh. Wahai sahabat mahasiswa! Ingatlah jalan yang kita pilih ini adalah jalan jihad. Jihad untuk menegakkan maruah dan gaya hidup berteras agama Islam yang murni. Jihad kita ialah menentang sesiapa yang mengingkari agamanya dan menyerukan umat manusia kepada kebaikan dan menegah kemungkaran. Jihad bagi mahasiswa dengan mengorban masa, tenaga dan harta benda untuk memenangkan agama Allah di dalam dan luar kampus.

Wahai Sahabat mahasiswa! Marilah kita menegakkan kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariah dan undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Allah daripada tangan manusia yang durjana yang berani merampas hak-hak Allah. Usaha memansuhkan undang-undang bikinan manusia tidak akan berjaya jika hanya setakat bertabligh, berpidato dan ceramah penerangan sahaja. GMI haruslah turut sama bangkit membantu gerakan Islam dalam membebaskan umat manusia daripada pengabdian sesama manusia dengan mewujudkan pemerintahan berpandukan syariat Islam. Wahai sahabat mahasiswa sekalian! marilah kita bersama-sama menjadi tenaga-idea kita digunakan untuk merealisasikan cita-cita jihad kita menubuhkan negara Islam yang berasaskan al Quran dan hadis yang murni dengan apa jua cara termasuk mati syahid.

Jarak untuk menuai hasil perjuangan masih jauh, ia memakan masa yang panjang. Kemenangan bagi GMI bukanlah segalanya. Tapi yang paling penting bagi kita adalah kader-kader GMI menjadi jambatan untuk orang taat dan patuh kepada arahan Allah dalam melihat Islam muncul sebagai pemerintah alam. Wahai sahabat mahasiswa! Ranjau berduri harus kita terima dengan redha dan sabar. Bagi menguatkan semangat dan jiwa, marilah kita nyalakan pelita perjuangan, marilah kita menyemak dan mengkaji serta mengambil iktibar daripada sirah nabi, para sahabat dan pemimpin haraki untuk menghadapi musuh yang bertuhankan material. Lihatlah Sayyid Qutb hanya seorang penulis tetapi ditakuti oleh pemerintah sekular Mesir. Akibatnya ia dihukum gantung tetapi baginya kematian hanya satu perjalanan untuk menuju matlamatnya. Matlamat Sayyid Qutb menemui kekasih yang merinduinya di taman-taman syurga. Ayuh sahabat! Mari bersama menegak Islam di kampus dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Perjuangan kita adalah jihad.

ISLAM SEPENUHNYA ATAU SEBAHAGIAN?

Islam merupakan satu gagasan dan sistem kehidupan yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Sistem Islam adalah lengkap, saling mendukung antara satu sama lain dan bersifat menyeluruh. Tetapi sayang, kini orang Islam sendiri cuba mengantikan Islam dengan satu gagasan dan sistem yang jauh berbeda dengan Islam seperti sekular, komunis dan sosialis. Paling menyedihkan orang Islam telah menyerap masuk dan mencampur aduk antara kebathilan dengan perkara hak di dalam agama Islam. Dalam menyelesaikan masalah kehidupan seperti kebejatan sosial dan pendidikan, orang Islam terutamanya pemerintah negara dan kampus merelakan diri mereka mengikuti sistem ciptaan manusia.

Mereka [pemerintah] lebih mempercayai orientalis Barat daripada ulama pewaris nabi. Setelah kegagalan sistem ciptaan manusia barulah mereka mencari sistem Islam. Islam diminta mengeluarkan pendapat oleh orang-orang yang tidak menyukai Islam itu memerintah. Tidakkah pelik perkara ini? Islam diminta pendapat daripada masalah yang tidak ditimbulkan oleh sistem Islam. Hairan sekali Islam diminta pendapat daripada suatu negara dimana sistem Islam tidak dilaksanakan.

Islam adalah satu gaya hidup yang bersifat menyeluruh dan tidak boleh dijuzukkan kerana ia saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Laksanakanlah Islam itu secara keseluruhan dalam sistem hukum dan pemerintahan, dalam dasar-dasar perundangan dan

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 11

Page 12: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

dalam prinsip pendidikan. Setelah itu barulah ditanyakan pendapat Islam masalah yang timbul daripada sistem Islam. Ciptalah masyarakat yang Islam memerintah bukannya Islam diperintah.

Laksanakanlah keadilan dan jaminan yang ditentukan oleh Islam sama ada dalam sosial, ekonomi dan politik dengan bersungguh-sungguh, nescaya segala masalah akan diselesaikan. Janganlah kita mengusir Islam daripada kehidupan masyarakat dengan menerima sebahagian daripada Islam yang menguntungkan periuk nasi ekonomi dan keuntungan peribadi sahaja. Terimalah secara menyeluruh sistem Islam tanpa alasan. Sistem Islam yang syumul dan sesuai sepanjang zaman haruslah dilaksanakan dan jangan ditanguh walaupun sesaat. Marilah kita menjadikan Islam sebagai cara hidup tanpa kompromi.

ANTARA KAFIR DENGAN MUSLIM: APA BEDANYA?

Seorang muslim percaya bahawa darjatnya lebih tinggi daripada seorang kafir. Allah meredhai seorang muslim daripada seorang kafir. Inilah keistimewaan orang Islam, orang yang dijamin syurga setelah adanya keimanan di sanubari. Tahukah kita perbedaan diantara seorang muslim dengan seorang kafir? Tiada perbedaan besar diantara kita kecuali akidah dan nama individu. Yang lain adalah sama. Kita berasal daripada Adam, mereka pun sama, mereka juga mempunyai anggota badan seperti kita, pendek kata semuanya sama. Cuma akidah dan nama kita saja yang menentukan betapa Islamnya kita. Mari kita berfikir adakah nama Abdul Rahman menunjukkan kita lebih Islam daripada nama George Bush. Adakah nama sudah cukup mengambarkan kita sebagai seorang muslim? Jawapannya tentulah tidak cukup.

Sebenarnya akidah kita adalah satu-satunya penentu betapa muslimnya kita. Akidah Islam dapat diindekkan melalui pengetahuan dan pengamalan Islam dalam kehidupan kita seharian. Jika nama kita berunsurkan Islam, kita mengaku sebagai muslim tetapi tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mengamalkan Islam dalam erti kata berlandas al Quran dan hadis, kita hanya muslim komestik yang lawa pada kulit tetapi nampak hodoh jika komestik itu tertanggal. Ada di kalangan kita menjadi manusia yang tahu dan faham agama tetapi tidak mengamalkan agama. Mereka manusia yang degil, mudah dikelabui oleh habuan dunia dan gemar mengimani kebathilan, mereka inilah yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai orang-orang rugi.2

Kini, dalam menjalani kehidupan moden, kita seorang muslim kelihatan tidak ada bezanya dengan seorang kafir. Lihatlah pengetahuan dan pengamalan kita. Kita lebih selesa memakai pakaian menjolok mata berbanding menutup aurat. Kita lebih taat kepada hukum atau perundangan sekular berbanding hukuman syariat Islam. Lihatlah nasib hukum hudud yang diperlekeh sebagai hudud PAS dengan pelbagai alasan untuk menolaknya. Kita lebih percaya kepada media massa daripada mempercayai al Quran dan hadis. Perkara ini bertambah parah apabila, media massa mencandukan rakyat dengan hiburan. Hiburan seperti Audition dan Akademi Fantasia secara langsung memaparkan peluk memeluk di antara lelaki dan perempuan. Dimanakah letaknya akhlak Islam? Atau kita gembira dengan amalan jahiliah moden itu. Jadi, apa bezanya seorang muslim dengan seorang kafir.

Wahai sahabat mahasiswa, marilah kita membina ciri perbedaan antara kafir dengan muslim dalam setiap aspek kehidupan kita. Jangan sesekali terpengaruh dengan idea liberal dan budaya trendy yang dicanang oleh media massa terutamanya rancangan 3R, Pillow Talk dan sebagainya. Kita sebagai muslim seharusnya mempunyai jatidiri yang tersendiri dan harus merdeka daripada pengaruh budaya jahiliah moden yang durjana. Marilah kita menjadi muslim berakhlakkan al Quran untuk mara ke dalam kehidupan moden yang jahiliah.

2 Kuliah Tafsir TG Haji Hadi, surah al Ankabut: 52, 30.7.2004.

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 12

Page 13: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

RUMUSAN

Nukilan di atas adalah rumusan daripada pemikiran tokoh haraki Islam. Penulis cuba memudahkan mahasiswa memahami apa intipati yang penting daripada tulisan tokoh haraki Islam untuk dijadikan azimat dalam meneruskan perjuangan GMI. Janganlah kita mudah tertewas dengan segala dugaan yang diterima semasa menempuhi mehnah perjuangan. Kemenangan bukanlah matlamat utama dalam perjuangan kita tetapi usaha perjuangan tanpa berputus asa perlu diteruskan semasa mendepani ranjau perjuangan.

Ranjau berduri dalam perjuangan perlu diredah dengan berani dan tawakal. Kekalahan, sekatan dan penyeksaan yang berpanjangan ini adalah usaha untuk menambahkan pahala kita semasa berjuang. Inilah keberuntungan kita. Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengambil masa 23 tahun untuk memperkasakan Islam di Tanah Arab. Justeru, kita sebagai manusia kerdil ini harus menerima kemenangan Islam bukan terjelma pada zaman kita. Tetapi ingatlah, kemenangan Islam pasti datang dan ia adalah milik hakiki umat Islam. Percayalah.

Jatuh dan gagal yang pertama bukan kegagalan. Kegagalan ialah jika jatuh kerana sebab yang serupa di tempat yang sama.

BAB 3: GMI MENANGANI CABARAN

“sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara”

Anwar Ibrahim

Gerakan Mahasiswa Islam [GMI] terpaksa menangani pelbagai cabaran bagi meneruskan survival mereka di kampus nasional. Di sini, penulis membicarakan secara ringkas peranan pihak tertentu yang berkospirasi menjatuhkan GMI di kampus. GMI perlu berwaspada terhadap perancangan musuh yang licik dan bijaksana. Jika GMI terperangkap dengan muslihat musuh, tidak hairanlah GMI akan dimusnahkan oleh pihak musuh. Wahai Sahabat Mahasiswa! Rancang dan berwaspadalah dalam setiap langkahan agar GMI tidak terperangkap dengan helah musuh.

PERANAN HEP

Kini, kebanyakan aktiviti persatuan dibelenggu belitan besi panas oleh HEP sehingga kelihatan aktiviti berpersatuan di universiti begitu lesu. Banyak sekatan dan syarat baru dikenakan boleh memandulkan budaya berpersatuan yang selama ini memang semakin menurun minatnya di kalangan pelajar. Pelajar tidak diberikan kebebasan untuk merencanakan program mereka menyebabkan kekreatifan dan budaya berfikir mahasiswa boleh terbantut. Bahkan HEP mengadakan program tertentu secara terang ingin menjatuhkan aspirasi mahasiswa. Pelajar tahun satu mula dibasuh minda mereka, diugut, ditawar habuan bagi menyokong calon aspirasi universiti. Sekali imbas, HEP telah melakukan ketidakadilan dan mengalakkan politik wang dalam pilihanraya kampus.

HEP juga diperalat oleh UMNO sebagaimana berlaku di UKM, UM dan kampus lain. Di UKM, GMI dihalang melakukan pertarbiyahan dan aktiviti peringkat kolej. Begitu juga di

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 13

Page 14: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

UM, Puteri Umno diberi peluang berkempen dalam pilihan raya kampus, aktiviti GMI disekat dan dilakukan grand design iaitu UM is One sebuah rancangan khas untuk menjatuhkan GMI. Apabila pihak HEP sendiri menjadi seteru dengan GMI, segala aktiviti GMI disekat oleh HEP. HEP cuba melambatkan program, menghalang dan mengenakan pelbagai syarat yang ketat bagi sesuatu program.

Dalam pilihanraya kampus, HEP menyokong secara terang-terang pada pihak aspirasi universiti dari segi kewangan, program menjatuhkan GMI dan turut sama berkempen untuk memburukkan imej GMI. Lihatlah kain rentang berbunyi ‘bersihkan unversiti daripada imej pembangkang’ inilah satu kempen jahat. Pada malam pengundian, bilik pelajar GMI dicerobohi dan keesokan harinya pendokong GMI dilibatkan dengan gerakan bawah tanah. Pelbagai cara HEP lakukan untuk memusnahkan GMI. Tindakan agresif HEP boleh mengekang pergerakan GMI tetapi HEP haruslah ingat cahaya kebenaran dan keadilan akan berjaya menerobos kabus kemungkaran dan korupsi walapun beribu lapisan kabus. Kita mahasiswa adalah insan yang berfikir akan menyedari tentang kebenaran pada akhirnya kecuali para pembodek yang cintakan habuan material dan pengamal maksiat.

PERWARNAAN SEMULA GERAK KERJA GMI

Pelbagai mehnah yang diterima menyebabkan GMI kelihatan tidak bermaya, sepi tanpa berita dan bagaikan menjadi sebuah kisah mitos yang diceritakan oleh ibu kepada anaknya. GMI perlu mengemas kini dan menyemak kembali idealis dan metode perjuangan agar ia sesuai dengan mehnah yang semakin ekstrem daripada HEP dan kerajaan. Pertama, tarbiyah perlu diperkasakan terutamanya di kolej-kolej. Metode tarbiyah Ikhwanul Muslimin perlu disuntik dengan segera agar roh perjuangan GMI dikentalkan kembali. Program halaqah ilmu umum secara mingguan boleh dilakukan diluar kampus dengan menjemput ustaz haraki dan ia diadakan di rumah sewa pelajar [markaz GMI]. Program ini amat penting bagi GMI untuk mempertingkatkan pengetahuan asas-asas Islam setelah program halaqah ilmu seperti Raudhah [di UM] telah dikasikan. Selain menuntut ilmu, pihak pimpinan GMI dapat merapatkan hubungan ukhwah sesama ahli GMI.

Amalan wirid khusus perlu dijadikan amalan kerohanian seharian bagi pendokong GMI. Santapan kerohanian ini amat penting bagi menguatkan roh insani pendokong GMI. Disini saya sarankan agar pihak GMI mewajibkan wirid Manzil [amalan Jemaah Tabligh] dan Mathurat kepada setiap ahli GMI. Pengamalan wirid khusus mengambarkan istiqamahnya insan dalam perjuangan Islam dan mendekatkan diri dengan Allah. Ini bermakna GMI mempunyai agenda al Taghyir al ruhiy atau perubahan kejiwaan kerana kekuatan rohani merupakan tonggak generasi nabawi yang mampu mencipta pelbagai keajaiban yang mengagumkan.

Ketiga, integrasi antara kaum. GMI tidak harus meremehkan sokongan rakan-rakan non muslim dalam memperjuangkan isu-isu kampus dan nasional. Kita wajar mengambil iktibar daripada kegagalan GMI di UKM mengikat hubungan yang kukuh dengan non muslim. Pihak IPU atau MAMPU di UKM perlu melakukan perubahan segera untuk menjalinkan hubungan rapat dengan non muslim. Formula integrasi kaum dalam politik kampus sangat berkesan di USM dan UM. Di USM, PMIUSM berkerjasama dengan erat dengan Persatuan Bahasa Cina USM. Penulis amat tertarik dengan konsep tahaluf siyasi yang dilakukan oleh Persatuan Bahasa Tamil UM, PMIUM dan UMANY [Cina] dengan pembentukan GMUM. GMUM inilah yang menentang pihak MGMUM yang pro HEP. Dengan sokongan non-Muslim, GMI akan lebih bermaya meredah ranjau perjuangan yang semakin mencabar dan ganas.

GMI PRO PEMBANGKANG?

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 14

Page 15: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

Tohmahan terbesar yang dihadapi oleh GMI adalah pro pembangkang. Imej pembangkang yang tercalit kepada GMI tidak boleh dinafikan sama sekali. Kita mengakui kebanyakan pendokong GMI adalah pro pembangkang tetapi sebetulnya mereka pro keadilan, etos kemanusiaan, kebenaran dan Islam. Apabila GMI memperjuangkan isu seperti ISA, hudud, AUKU dan kebebasan pilihan raya serta media, secara automatiknya kerajaan, HEP dan masyarakat melabelkan GMI sebagai pro pembangkang. Tahukah kita, GMI boleh hidup di kampus nasional kerana sifat kebersamaan GMI dengan sebahagian besar pelajar yang aktif dan berpengaruh daripada pelbagai bangsa.

Kita perlu tahu, kebanyakan pelajar kini adalah pasif, tidak peka dengan masalah semasa, berbudaya seronok-seronok dan tidak menghiraukan politik atau aktiviti berpersatuan. Semasa pilihanraya, pelajar aktif dan berpengaruh [biasanya, pelajar ini aktif dalam berpersatuan] yang mendokong GMI dan sekutu non-muslim GMI, akan memujuk rakan-rakan mereka supaya turun mengundi dan memangkah proksi GMI. Pelajar ini hanyalah segelintir daripada keseluruhan mahasiswa di kampus [sekitar 2000 orang].

Keterlibatan GMI dalam politik adalah satu kebiasaan bagi gerakan Islam. Islam dan politik tidak dapat dipisahkan bahkan ia saling berkait antara satu sama lain. Politik atau siasah ini adalah warisan para rasul. Lihatlah sirah para rasul menghadapi cabaran berdepan dengan kerajaan dan pemimpin zaman masing-masing. Nabi Musa menghadapi Firaun dan Nabi Ibrahim menghadapi Namrud, pemerintah Babylon. Bukan setakat menghadapi pemerintah bahkan ada para rasul merupakan pemimpin kerajaan seperti nabi Daud, Sulaiman dan Muhammad SAW. Jadi bukan menghairankan jika GMI terlibat dalam politik. Dalam konteks zaman moden, penguasaan politik bermakna menguasai kehidupan di sesebuah negara. Dengan politik kita dapat menguasai pendidikan, ketenteraan, dasar ekonomi dan segalanya. Justeru, adalah kewajiban GMI memasuki kancah politik berdasarkan kemampuannya.

PERANAN KERAJAAN

Dasar kerajaan juga mempengaruhi potensi GMI untuk meneruskan keteguhan kuasa mereka di kampus nasional. Dasar meritokrasi sebagai contoh telah membawa kemasukan secara beramai-ramai pelajar Cina ke kampus-kampus IPTA. Jumlah pelajar yang hampir sama di antara Melayu dengan Cina akan membawa ketidakstabilan politik kampus dan ia sendiri bakal menghancurkan pakatan GMI dengan non muslim. Kehancuran ini boleh berlaku apabila pelajar Cina meminta jawatan pentadbir MPP dan jumlah calon lebih ramai daripada Melayu-Islam.

Kerajaan juga terlalu meracuni pemikiran pelajar dengan kepentingan material terutamanya berkaitan peluang pekerjaan. Sifat material ini secara halusnya berjaya menjadi ugutan ghaib yang membimbangi pelajar untuk aktif dalam GMI. Kita tidak boleh menafikan kepentingan kerja tetapi berikanlah mahasiswa untuk berjuang dalam isu-isu masyarakat. Zaman mahasiswa bukanlah penentu hala tuju seseorang kerana mereka masih bereksperimen dalam menentukan jalur perjuangan, mereka masih berjalur bebas dan bersifat anak muda yang membara semangatnya. Berilah mahasiswa untuk memarakkan perjuangan mereka dalam tempoh 3 atau 4 tahun semasa dalam pengajian. Selepas tempoh pantang tamat, mereka sendiri akan menentukan jalur mereka sama ada bersama kerajaan atau pro pembangkang.

Lihatlah betapa baiknya pengurusan DBP yang ditadbir oleh Aziz Deraman, seorang tokoh pelajar yang ditahan polis dalam demonstrasi awal 1970an, lihat juga Ahmad Shabery Cheek yang mengetuai demontrasi anti-Amerika telah menjadi Ahli Palimen Kemaman daripada UMNO. Lihatlah ramai tokoh pelajar yang ekstrem dan menongkah arus semasa zaman mahasiswa berduyung-duyung memasuki kerajaan dan UMNO yang diludahinya

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 15

Page 16: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

dahulu. Demi sesuap nasi, mereka mengadaikan cita-cita GMI. Inilah keberkesanan racun pentingnya ‘kerja’ yang disuntik ke dalam pemikiran mahasiswa. Apa nak dirisaukan pada gelombang mahasiswa yang bersifat sementara ini. Ayuh kerajaan! Ayuh HEP! Benarkan GMI bergerak tanpa provokasi dan sekatan.

PERANAN MEDIA MASSA Bagi sebahagian masyarakat Malaysia terutamanya di pendalaman, media massa terutamanya TV dianggap ‘tuhan’ secara tidak sedar disamping Allah S.W.T yang diakui oleh mulut, hati dan perbuatan. Manakala akhbar dianggap ‘wahyu suci’ yang benar, dan ia amat dipercayai dan dibaca melebihi daripada al Quran. Begitulah hebatnya pengaruh media massa dalam masyarakat kita. Jika gerakan Islam seperti PAS, ABIM, JIM dan PUM berjaya diburukkan dengan mudah apalagi GMI yang kurang berupaya dari segi jentera dan kewangan. Media massa akan memulakan kempen dengan melabel yang mana pro pembangkang dan aspirasi universiti. Seterusnya melakukan serangan bertubi-tubi memburuk juak yang pro pembangkang kononnya. Akibatnya, GMI terkulai layu tanpa peluang membela diri.

Kita perlu mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir supaya rakyat Malaysia tidak melupai ilmu sains sosial dan ilmu kemanusiaan terutamanya sejarah di kala semua orang mengejar material yang diikonkan melalui ilmu sains gunaan. Jika kita celik dan mengambil cakna tentang sejarah, kita dapat menyelinap di sebalik lembaran akhbar, betapa besar peranan akhbar dalam mempengaruhi fikiran rakyat. Contoh, akhbar al Iman berjaya menyebarkan idea kaum muda untuk mengislah masyarakat Melayu. Kejatuhan kerajaan pelajar Islam yang pertama di kampus-kampus nasional juga dicanang dengan kerjasama antara HEP, juak nasionalis dan akhbar pada tahun 1980.

Ketika kejatuhan PMIUM [golongan Islamis pertama menguasai PMUM, dikenali Barisan Mahasiswa) dari MPP pada tahun 1980, satu grand design dijalankan oleh HEP dengan Utusan Malaysia untuk menjatuhkan GMI [pada masa ini GMI di bawah pengaruh ABIM-PKPIM] di Malaysia. Utusan Malaysia secara terang berkempen untuk juak nasionalis dengan menuduhkan GMI adalah pelampau.

Tajuk akhbar: ‘GERAKAN REJIM KAMI DI KAMPUS’

Begitulah lembaran depan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 8.7.1980 telah menuduh satu gerakan bawah tanah pelajar Islam yang berbahaya dengan sikap taksub, antitoleransi dan pelampau telah bertapak di kampus-kampus utama. Modus operandi kewujudan nama Regim KAMI adalah sama dengan kewujudan nama al Qaeda, Jemaah Islamiyyah dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang diselimuti dengan kekaburan. Pada masa itu, UKM dituduh sebagai pusat Rejim KAMI tetapi dinafikan oleh PMUKM. Akibatnya golongan Islam tumbang dalam pilihanraya kampus di UPM dan UKM [lihat Utusan Malaysia, 12.7.1980]. Di UKM, TSB memperolehi 24 kerusi daripada 30 kerusi mengalahkan ATMA [Islamis pro-ABIM] dan di UPM, Angkatan [nasionalis] mendapat memenangi 14 kerusi daripada 24 kerusi mengalah GKM.

Kini tiba giliran pilihanraya kampus di UM, golongan Islamis di UM mula terasa bahang apabila akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15.7.1980 mula menyerang PMUM [yang dikuasai oleh PMIUM] dengan menyiarkan dua surat pembaca iaitu ‘POLITIK PONDOK DI UM’ oleh bekas siswa dan ‘MAHASISWA MENOLAK GOLONGAN PELAMPAU’ oleh Nasrul Elias Mohd Ali. Kospirasi akhbar Utusan Malaysia dengan juak nasionalis dan HEP telah sampai kemuncak apabila Utusan Malaysia [16.7.1980] menyiarkan tajuk depan ‘SEDERHANA YAKIN BERKUASA’. Perkara ini menunjukkan golongan nasionalis yang sederhana itu mendapat publisiti percuma dan Utusan Malaysia jelas berkempen untuk juak nasionalis dan HEP. Akibatnya, asakan informasi negatif ini telah berjaya menjatuhkan imej

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 16

Page 17: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

PMIUM dan berjaya menpengaruhi psikologi pelajar untuk menyokong golongan nasionalis ‘sederhana’ yang mendokong aspirasi universiti dan kerajaan.

Sambutan kekalahan PMIUM disambut besar-besaran bagaikan menyambut kemenangan tentera Kristian Portugis yang menewaskan Kerajaan Islam Melaka di Vatican City dengan penyiaran berita pada muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19.7.1980 dengan tajuk ‘SEDERHANA MENANG BESAR DI UM’. Dalam pilihanraya kampus itu, Gabungan [nasionalis] memenangi 20 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan dengan mengalahkan Barisan. Begitulah tragisnya kejatuhan kerajaan pelajar Islam pertama di UM yang dikospirasikan oleh HEP, nasionalis dan media massa. Media massa memainkan peranan begitu besar menjatuh GMI. Dengan media massa, tohmahan yang bohong boleh dianggap benar oleh masyarakat.

MENANGANI MUSUH POLITIK

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menyebabkan GMI berpecah-belah sehingga berlaku pertentangan diantara GMI pro-Anwar yang berkerjasama dengan mahasiswa nasionalis menentang GMI pro-PAS. Pertembungan pada era 1990 boleh dilihat pertembungan sesama Islam. Pilihan raya kampus telah menelurkan penubuhan parti politik kampus yang berimejkan pro kerajaan dan HEP yang bertentangan dengan pendokong Aspirasi Mahasiswa yang didakwa bebas daripada politik luar tetapi diwar-warkan sebagai alat parti pembangkang ekoran perbedaan pendapat dengan pihak kerajaan dan HEP. Sebelum pertempuran di gelanggang politik kampus, sewajarnya kita mengenali parti politik kampus di varsiti masing-masing.

Platform asas bagi GMI di kampus adalah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) seperti PMIUM, PMIUPM, PMIUTM, PMIUSM dan ISIUKM. Daripada persatuan inilah muncul parti politik kampus. Selain PMI, PKPIM dan KARISMA juga pendokong GMI tetapi berlainan fikrah. Sebenarnya, pada peringkat awal GMI tidak menyetujui sistem parti politik di kampus kerana boleh membawa perpecahan kepada masyarakat kampus. Ekoran daripada sikap inilah PMIUM memulau pilihanraya kampus yang dimenangi Barisan Mahasiswa Bersatu [BMB] di bawah pimpinan Shamsuddin Moner pada tahun 1990. Walau bagaimanapun dasar ini berubah dengan penubuhan NADI dan Kelab Penyokong NADI (PENA). Terkini di UM, PMIUM berkerjasama dengan UMANY [Cina] membentuk Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya [GMUM] menentang serpihan BMB yang berpecah ekoran pemecatan Anwar Ibrahim yang menubuhkan Majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Malaya [MGMUM].

Semasa Anwar Ibrahim bersama kerajaan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dimanupulasikan untuk membendung pengaruh PMI di kampus. Di UKM, golongan pro-ABIM, Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA) mula bersekutu dengan Tindakan Siswa Bersatu (TSB) menentang proksi PAS, Islam Penyelamat Ummah (IPU) atau dikenali sebagai MAMPU. Kini, TSB diasimilasi menjadi juak ASIPRASI HEP UKM serasi dengan penubuhan Kelab Pepaduan dan Kelab WAWASAN di kampus-kampus nasional. ASPIRASI HEP UKM berjaya mengalahkan IPU pada tahun 2003. Di UPM, Anwar Ibrahim sebelum dijatuhkan telah menghantar Intelektual Pendukung Kebajikan Mahasiswa (IPKM) menentang Angkatan Mahasiswa Bersatu (AMB) proksi PMIUPM. Dalam pilihanraya kampus 2003/2004, ASPIRASI HEP UPM telah mengalahkan AMB dengan perolehan kerusi 31 berbanding AMD, 14 kerusi. Kini, ASPIRASI HEP UPM menguasai MPPUPM setelah mengalahkan PMIUPM dan PKPIM.

Di UTM, GMI diwakili Hizbi Islami melawan ASPIRASI HEP UTM manakala di USM, GMI diwakili Kesatuan Mahasiswa (KM) yang bekerjasama dengan Persatuan Bahasa Cina USM menentang ASPIRASI HEP USM. DI UIA, GMI diwakili We United For Islam

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 17

Page 18: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

(WUFI) menentang proksi HEP-PKPIM-ABIM, Rest of the World (ROW) dan SAHABAH yang pro kerajaan. Medan perjuangan di UIA sangat unik kerana ia melibatkan sesama Islam dan HEP UIA mempunyai hubungan longgar dengan kerajaan bahkan HEP UIA membawa idealis ABIM melalui tokoh-tokoh ABIM yang memegang tampuk pentadbiran UIA seperti Sidek Baba, Mohd Nur Manuty dan Muhd Kamal Hasan. Oleh sebab itu, UIA merupakan kubu kuat PKPIM walaupun dikuasai WUFI. Di UUM, proksi GMI, Ikatan Ikhwan Utara [IIU] menentang ASPIRASI HEP UUM yang dikenali IAU.

Pertembungan GMI dengan golongan aspirasi universiti merupakan fitrah alam bagi setiap perjuangan. Bukan GMI hendak mencari permusuhan tetapi kefasikan dan kemungkaran perlu dihapuskan. Adalah tanggungjawab GMI mengingat dan menyeru HEP, pemerintah dan rakan-rakan mahasiswa pengkagum material dan maksiat kembali kepada ajaran Islam. Bagi menegakkan yang hak dan menegah yang bathil, wajib bagi GMI menentang juak-juak pembodek ini tanpa kompromi.

GMI BERSAUDARA: SATU MATLAMAT, LAIN FIKRAH

Matlamat utama GMI adalah melihat Islam tertegak kampus dan negara ini sebagai cara hidup secara murni. GMI yang berpengaruh di Malaysia adalah PMI yang dilihat proksi PAS, PKPIM dan platform di kampus mewakili ABIM dan KARISMA mewakili JIM. Secara umumnya GMI mempunyai matlamat yang sama tetapi pendekatan yang berbeda. Pendekatan yang berbeda ini adakalanya mencetuskan pemusuhan sesama pendokong GMI. Dengarlah wahai sahabat mahasiswa, pesan Hasan al Banna supaya kita bersama dalam perkara yang disepakati dan menghormati setiap perbedaan pendapat. Jangan bermusuh kerana ia akan merugikan masa.

PKPIM-ABIM telah meminggirkan PAS setelah kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Pada 27 Julai 1990, secara rasmi IRC meninggal wadah perjuangan PAS dengan penubuhan Jemaah Islah Malaysia [JIM]. Ketiadaan institusi pengkaderan mahasiswa di kampus menyebabkan PAS sendiri menjalinkan kontrak antara Dewan Pemuda PAS dengan PMI di kampus-kampus nasional. Kontrak ini diperkemaskan lagi dengan penubuhan Gagasan Mahasiswa Islam SeMalaysia [GAMIS] pada tahun 1990 sebagai alternatif PKPIM dan IRC. GAMIS membekalkan ramai pemimpin pelapis kepada PAS. Kumpulan alumni PMI yang terkenal sebagai kumpulan Republik Islam [atau kumpulan Universiti Malaya] adalah fikrah PAS yang asal terpaksa bersaing dengan Suara Islam [pimpinan Khalid Samad, adik Sharir Samad, orang kuat UMNO Johor], IRC [pimpinan Fauzi Shafie] dan bekas tokoh ABIM [pimpinan Halim Arshat] dalam pemilihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS. Fenomena jemaah dalam jemaah hanya mampu disifarkan semasa Manfuz Omar menjadi Ketua Pemuda PAS.

Penubuhan GAMIS disebabkan forum pelajar yang mewakili GMI, Barisan Bertindak Mahasiswa Negara [BBMN] tidak berfungsi apabila PMUM diambil alih oleh juak nasionalis. BBMN ditubuh oleh Zukifli Yusof [kini pensyarah APIUM] untuk menyatukan MPP di seluruh negara pada tahun 1986. Hubungan GMI dengan PAS tidak perlu dihairan kerana kebanyakan pertubuhan luar mempunyai proksi atau jaringan di kampus termasuk GPMS, Puteri dan Pemuda UMNO, GAPENA, DAP, PUM atau pertubuhan picisan seperti UBU, DEMA dan kelab Jalan Telawi. Kebanyakan jaringan ini bersifat bawah tanah. Jadi tidak usah riuh seluruh negara jika kes-kes pertubuhan bawah tanah [kes Wan Norhayati yang menyalahkan orang lain] berada di kampus selagi ia tidak mengancam agama dan keselamatan negara.

Wahai sahabat mahasiswa! Berhati-hati apabila mendengar seruan untuk memartabatkan Islam. Ingatlah peristiwa tahkim semasa perang antara Syaidina Ali R.A dengan Muawiyah R.A. Semasa di ambang kekalahan tentera Muawiyah telah menggunakan

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 18

Page 19: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

helah dengan meletakkan al Quran di hujung tombak sebagai tanda pendamaian. Berkatalah Ali dengan ayat yang tidak difahami oleh pengikutnya sehingga majlis syura bersetuju untuk berdamai. Rumusan kata-kata Ali adalah kalimah itu adalah hak tetapi matlamatnya adalah bathil. Mereka menggunakan kalimah Islam yang benar tetapi niat mereka tidak baik. Ingat dan berwaspada apabila dengan slogan ‘Islam Hadhari’, jangan terus tergoda dan tergila-gila tanpa fikir dan tanpa faham kerana ia mungkin cantik pada kulit tetapi isinya busuk dengan maksiat dan kejahilan.

RUMUSAN

GMI perlu tangani cabaran dengan kaedah yang hikmah dan perancangan yang jitu agar tidak terperangkap dengan muslihat musuh yang licik. Musuh yang paling licik dan bijaksana sanggup mengharamkan partinya sendiri demi menumbangkan musuh politiknya yang bersaing dalam perebutan kerusi presiden. Musuh yang licik juga sanggup dipenjara, diseksa dan dilebamkan matanya sewaktu di ambang kemerdekaan negara semata-mata mahu keluar sebagai wira negara dan memimpin parti politik yang ditubuh semasa hampir merdeka untuk mentadbir negara. Awas, wahai sahabat mahasiswa, jangan terleka walaupun sesaat. Kuasa ditentang bukan sebarangan kuasa kerana ia mempunyai jaringan luas, saling dukung mendukung secara langsung atau tak langsung dan mendapat dana yang besar untuk menjatuhkan gerakan Islam termasuk GMI.

BAB 4: GMI SEBAGAI JURUBICARA UMAT

Kematangan atau robotnya pelajar bukanlah tertakluk kepada akta. Di zaman penjajah dahulu, pelajar tiada kebebasan tetapi pelajar tetap tidak menjadi robot malah mereka lebih gigih dan lebih matang, bahkan lagi kuat

mereka berjuang. Juteru, pelajar perlu bergerak aktif dalam akta.Tun Dr. Mahathir Mohammad

Dulunya, masyarakat dan mahasiswa tidak dapat diasingkan, ianya merupakan satu larutan yang terlarut dalam proses pembangunan negara. Tidak hairanlah mahasiswa digelar jurubicara masyarakat, suara rakyat tertindas, hati nurani rakyat dan pelbagai gelaran yang manis bergula daripada rakyat. Pujian tersebut bukan pemanis bicara tetapi telah dibukti dengan semangat dan pengorbanan mahasiswa dalam isu tanah Teluk Gong, isu rumah setinggan Tasik Utara dan isu kemiskinan rakyat Baling. Kebanyakan isu telah berlaku pada tahun 1970an didominasi oleh mahasiswa sosialis yang cukup berpengaruh ketika itu melalui PKPM, ASA, Kelab Sosialis dan PMUM. Mahasiswa Islamis juga terserlah dalam isu perjuangan rakyat tetapi secara selektif dan dilihat mengarahkan perjuangan mereka kepada isu orang Melayu dan isu dalaman kampus. Perkara ini terbukti apabila PMIUM, PKPIM dan sekutu mereka, PBMUM lebih enak memperjuangkan isu Bahasa Melayu dan isu rakyat Pathani.

Era 1980an yang didominasi GMI juga turut terukir dengan pelbagai isu yang berjaya mengegarkan arena politik nasional. Kebangkitan Islam di seluruh alam ini membuatkan GMI menjadi tumpuan gerakan Islam di Malaysia seperti ABIM, PKPIM, PAS, PUM dan al Arqam. Lama kelamaan GMI lebih serasi dengan metode perjuangan PAS. PAS merupakan gerakan Islam ala Ikhwanul Muslimin yang berjuang untuk mewujudkan daulah Islam berdasarkan al Quran dan hadis dan menggunakan pendekatan penyertaan pilihan raya melalui parti politik. Perjuangan GMI pada era 1980an lebih kepada proses pengembalian Islam sebagai cara hidup. Islam mahu dijalankan secara murni dan menyeluruh dalam kehidupan manusia. Oleh sebab itulah, GMI amat berpantang dengan aktiviti kemungkaran di

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 19

Page 20: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

kampus seperti konsert dan judi. Di bawah adalah huraian ringkas isu yang melibatkan GMI di Malaysia;

BANTAHAN PENINDASAN KERAJAAN THAI TERHADAP ORANG ISLAM DI SELATAN THAI

Demonstrasi ini merupakan anjuran pertama kelompok Islamis di kampus Universiti Malaya dengan kerjasama PKPIM. Selama ini PMIUM hanya mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PBMUM. PMIUM mengorak langkah mengembleng tenaga mengumpulkan pelajar Islam di kampus bagi menyuarakan kebimbangan terhadap keganasan yang menimpa umat Islam di selatan Thai. Perjuangan rakyat Patani dilihat sebagai warga tertindas di bumi sendiri. Para pejuang Islam Pathani mula mengangkat senjata secara gerila apabila pentadbiran Siam merombak ketujuh-tujuh wilayah kecil di Patani. Setelah Raja Pathani terakhir Tengku Abdul Kadir berundur ke Kota Bharu, wilayah selatan Thai ditadbir oleh Phraya Decha-Nuchit pada tahun 1906. Dengan itu berakhirlah wilayah Melayu-Islam, Pathani Darul Makrif.

Sejak tahun 1906, wilayah selatan Thai berada dalam keadaan bergolak terutamanya pada akhir 1960 dan awal 1970an. Pada 30 September 1969, polis Thai menangkap 51 orang yang disyaki penganas komunis dan Islam setelah Perdana Menteri Thai mengisytiharkan ketidakstabilan politik di wilayah selatan. Perjuangan rakyat Pathani dan kekejaman tentera Thai banyak dipaparkan oleh makalah dan akhbar di negara ini. Pemaparan media massa ini telah berjaya menarik simpati orang ramai termasuk para pelajar.

Pada 14 Jun 1971, sudut pidato diadakan oleh PMIUM pada pukul 10.00 pagi sempena lawatan Perdana Menteri Thai, Thanom Kittkachorn ke Kuala Lumpur. Pada pukul 11.30, PMIUM, PKPIM, PBMUM, PMUK dan GPMS (seramai 1000 orang pelajar) berarak ke Lebuhraya Persekutuan. Demonstrasi berakhir apabila polis menahan 19 orang pelajar termasuk Anwar Ibrahim manakala terdapat 6 orang pelajar cedera. Pada 15 Jun 1971, satu demonstrasi (seramai 3000 orang pelajar) diadakan mendesak agar rakan-rakan mereka dibebaskan tetapi dihalang oleh FRU di depan Universiti Malaya.

Pada 16 Jun 1971, PMIUM berusaha mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan membebaskan pelajar yang ditahan dengan memboikot kuliah dan tutorial. Pemboikotan ini dikritik keras oleh Ungku Aziz sebagai anti akademik dari pelajar desa. Sebenarnya, isu Pathani ini cuba digelapkan oleh media massa tempatan. Kerajaan sendiri tidak membenarkan pihak lain campurtangan dalam isu Pathani kerana kerajaan sendiri mengamalkan dasar tidak campurtangan bagi menjaga sensitiviti negara jiran. Demonstrasi ini bersifat perkauman pada mulanya kerana membincangkan persoalan umat Islam. Sifat perkauman ini berubah kepada sifat kemanusiaan apabila hak autonomi universiti dan hak kebebasan pelajar dinodai oleh polis setelah peristiwa penangkapan pimpinan pelajar. Oleh sebab itu, PMUM dan Kelab Sosialis telah menyertai demonstrasi pada 15 dan 16 Jun 1971 atas sifat kemanusiaan.

ISU AFGHANISTAN

Pada 31 Disember 1979 Rusia telah menceroboh wilayah Afghanistan telah dikutuk oleh warga dunia seperti di India, Iran, Jerman, Indonesia, dan Sudan. Di Malaysia, ABIM , PMUKM dan PKIPM [bawah pimpinan Fuad Hasan, kini Presiden Majlis Belia Asia] mengutuk kelakuan durjana Soveit dan meminta umat Islam di negara ini bersatu menghadapi musuh. Presiden PMUKM, Fadullah Shuib meminta agar bantuan segera dikumpul bagi membantu perjuangan rakyat Afghan semasa demonstrasi aman di kampus UKM [dihadiri 1000 orang pelajar].

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 20

Page 21: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

Pada 8 Januari 1980, gabungan persatuan pelajar dan belia termasuk PMUM dan ABIM merancang mengadakan perhimpunan raksasa. Perhimpunan ini di bawah pimpinan saudara Anwar Ibrahim. Seramai 5000 orang hadir memberi sokongan dan melaungkan kalimah Allahu Akbar. Pidato malam tersebut diberikan oleh tetamu-tetamu khas termasuk Mufti Kuwait dan mereka secara muafakat mendesak agar Soviet berundur daripada Afghanistan. Sebanyak $6100 dikumpulkan bagi sumbangan Tabung Afghanistan. Keesokkan paginya, Perhimpunan Perpaduan Islam Anti Soviet diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru dan slogan-slogan seperti ‘Hapuskan Soviet’ dan ‘Hari ini Afhganistan, esok Malaysia’ terus bergema. Perjuangan gerakan pelajar diteruskan di kampus masing-masing terutamanya oleh PMUTM [dihadiri 200 pelajar dibawah pimpinan Dzulkifli Mohamad], KSITM [dihadiri 3000 orang pelajar dibawah pimpinan Khalid Jaafar, kini tokoh IKD] dan PMUM.

ISU PESTARIA KEBAJIKAN

Pestaria Kebajikan dibuat sempena majlis konvoksyen universiti [sekarang, ESKUM]. Kelaziman pestaria mempunyai program bercorak maksiat termasuk judi, konsert, arak dan ratu cantik. Lantaran itu, kelompok Islamis selalu menentang program yang bertentangan dengan Islam sehingga mencetuskan konflik dengan penguasa universiti. Pestaria paling bersih daripada maksiat dalam era 1980an hanya mampu dilakukan pada tahun 1986 sahaja di bawah pimpinan kelompok Islamis. Pestaria 1980 dijalan pada 19 Jun hingga 22 Jun dan disertai makan malam amal pada 23 Jun 1980. Pestaria ini bertujuan bagi mengutip derma untuk rumah-rumah kebajikan.

Permasalahan pestaria 1980 berlaku kerana pestaria itu belum mendapat kelulusan daripada MPP tetapi pihak tertentu (Gabungan Mahasiswa yang disokong oleh HEP) cuba membuat seperti pestaria tersebut sudah diluluskan. Bagi meluluskan program itu sekurang-kurang 14 undi diperlukan. Pihak HEP dan Gabungan Mahasiswa telah bekerjasama menjalankan pestaria dengan meminggirkan suara ahli MPP termasuk Presidennya, Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL]. Menurut Yazid Othman, beliau kecewa Gabungan Mahasiswa dan HEP menggunakan nama Ungku Aziz untuk majlis makan malam amal yang diadakan pada 23 Jun 1980 dan nama Sultanah Kedah sebagai penaung pestaria itu dengan memasukkan acara judi. Beliau tidak kisah Gabungan Mahasiswa ingin melaksanakan program tersebut dengan syarat bersungguh-sungguh mencegah acara judi [watan, 20.6.1980].

Pihak Barisan Mahasiswa yang memimpin PMUM bertindak tegas cuba menghapuskan judi sebagaimana termaktub dalam AUKU 1971: Akta 30, Bahagian 1, Perkara 15. Cubaan ini menghadapi cabaran yang hebat dimana banyak pihak seperti Gabungan Mahasiswa, HEP dan akhbar tempatan mengecam kewibawaan kerajaan pelajar Islam. Pihak Barisan PMUM telah mengarahkan gerai permainan berunsur judi milik PMUM dihentikan pada hari Khamis. Mesyuarat tergempar dilangsungkan pada pukul 1.30 pagi tetapi Barisan PMUM gagal menghalang unsur perjudian apabila TNC, Zainal Kling menggunakan kuasa mutlaknya dengan membenarkan amalan tersebut. Bagi mereka, usaha pihak Barisan PMUM sebagai satu kegagalan dan tidak menarik keuntungan seperti tahun-tahun lalu.

PMUM memperjuangkan moral dan etika yang sihat dengan kepatuhan prinsip-prinsip Islam bukannya keuntungan semata-mata. Natijahnya, Yazid Othman dibicarakan di mahkamah Universiti Malaya pada 19 Julai 1980 atas tuduhan menuduh HEP mencemari nama Sultanah Kedah dan membuat kenyataan keras terhadap Musa Hitam tentang pengharaman penceramah bukan anggota kerajaan di kampus. Mahkamah universiti telah mendenda Yazid Othman sebanyak $75 ringgit melalui surat bertarikh 18 Ogos 1980 walaupun ramai pelajar beranggapan Yazid akan digantung atau dibuang.

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 21

Page 22: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

Dalam Pestaria 1983 pula tercetus kontroversi apabila pihak universiti membuat perjanjian dengan Anita Sarawak tanpa pengetahuan PMUM. PMUM bertindak memulau Pestaria 1983 kerana bertentangan dengan moral. PBMUM, PKPIM, ABIM dan Persatuan Mahasiswa Pahang menyokong pendirian PMUM. Presiden PBMUM, Saifuddin Abdullah mengecam TNC Mohd Yunus Mohd Nor kerana membelakangi PMUM dan program itu menjuruskan mahasiswa ke arah maksiat. Pada tahun 1985 pula, PMUM (dikuasai oleh Nasionalis) mengadakan konsert Sudirman bagi mengisi Tabung Mangsa Kebuluran di Afrika. Pada 1.8.1985, PMIUM melalui Setiausaha Agungnya, Mohd Saad Hashim membuat bantahan menentang konsert ini kerana Islam tidak membenarkan matlamat menghalalkan cara walaupun tujuannya memungut derma. Namun, Naib Canselor meneruskan program ini. Secara jelas, program maksiat dalam Pestaria seperti konsert dan judi tidak dapat dihapuskan kerana HEP sendiri membentengi program maksiat tersebut.

DEMONSTRASI ANTI ISRAEL

Serangan Israel ke atas Lebanon Selatan dilakukan pada 5 Jun 1982 apabila sebanyak 200 buah kereta kebal dan 90,000 ribu askar mengempur kedudukan pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Matlamat Israel adalah menghancurkan infrastruktur PLO yang terdapat di Lebanon Selatan tetapi tentera Israel terus mara ke Beirut Selatan dan Timur dimana mereka dan tentera Kristian Falangis yang dipimpin oleh Pierre Gemayer mengepung Beirut. Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata pada pada 11 Jun 1982 tetapi mencabul perjanjian ini. Tindakan ganas Israel mendapat kutukan dari negara-negara di dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Liga Muslim Sedunia dan Malaysia sendiri.

Tindakan Israel membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia termasuk golongan pelajar. PMUM, PMUKM [seramai 500 orang cuba merempuh masuk AIA], PMUPM [dibawah pimpinan Presidennya, Ishak Abas] dan ABIM melontarkan kemarahan di medan demonstrasi sama ada di kampus dan jalan raya. PMUM mengorak langkah pertama mengadakan demonstrasi di depan Bangunan AIA, Jalan Ampang selepas solat Jumaat pada 2 Julai 1982. Presiden PMUM, Ahmad Shabery Cheek [kini, ahli parlimen Kemaman, UMNO] mendesak agar Amerika memberhentikan bantuan senjata kepada Israel. Seramai 1000 orang pelajar ini melaungkan takbir dan slogan anti Amerika seperti ‘Reagen! Keluar Amerika’. Bagi mengurangkan bebanan pelarian-pelarian mangsa perang, PMUM juga mengadakan Tabung Perpaduan Rakyat Palestin.

MENEGAK HAK ASASI PELAJAR

Pelajar cuba menegak hak mereka sebagai warga universiti yang dewasa dan matang. PMUM sebagai badan induk pelajar mahu hak asasi di universiti dipelihara. Oleh sebab itu, PMUM mendesak agar kerajaan mengisytiharkan 10 Disember sebagai hari hak asasi selaras pengistiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di peringkat antarabangsa. Perjuangan hak asasi manusia membawa satu peringkat baru di kalangan pelajar. Mereka lebih prihatin dengan permasalahan semasa dan bercorak global. Sejajar perjuangan hak asasi kemanusiaan, PMUM mendesak agar perundangan yang menyekat hak asasi seperti AUKU, Akta Polis dan ISA dikaji semula. Ramachelvam sebagai Pemangku Setiausaha Agung PMUM mengatakan pelajar dibelenggu oleh AUKU yang mengongkong pemikiran pelajar.

PMUM sesi 1981/82 mendesak AUKU pindaan 1975 dirujuk bahagian III perkara 15 dan 16 dimansuhkan. Segala kemudahan dan hak asasi PMUM sebelum akta dikembali semula seperti perkhidmatan Bas, bangunan Baktisiswa dan hak kewangan sendiri. Hak untuk berforum juga terhad. Walaupun PMUM pernah menganjur debat isu semasa bertajuk ‘Politik Malaysia: ke arah mana?’ tetapi pengawalan HEP masih ketat. Buktinya apabila PMUM

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 22

Page 23: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

mahu mengadakan Kongres Mahasiswa peringkat nasional, HEP telah menolak permintaan PMUM tanpa sebarang alasan walaupun Kementerian Pendidikan sendiri tidak menghalang. Pihak HEP bersetuju jika Naib Canselor bersetuju mengdakan kongres tersebut. Perkara ini menunjuk kedangkalan HEP kerana program yang diadakan di Universti Malaya harus mendapat kebenaran pentadbiran Universiti Malaya bukannya Naib Canselor universiti lain.

Kes pencabulan hak asasi pelajar yang cuba penulis paparkan ialah kes Yazid Othman, mantan Presiden PMUM sesi 1979/80 yang membuat 2 saman untuk TNC Zainal Kling kerana menganggu tugas-tugas PMUM [watan, 14.4.1981]. Saman susulan dilakukan oleh EXCO kanan PMUM 1979/80, Muhamad Nur Anuar yang menegaskan HEP menekan dan mengongkong pelajar. Selain isu judi dalam Pestaria 1980, TNC didakwa menekan penerbitan majalah Varsiti walaupun telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan dilulus sendiri oleh HEP. Penahanan majalah Varsiti 1980 belaku semasa hampir pilihan raya kampus.

Kes kedua, pada 16 Mac 1985, pelajar Universiti Malaya berkumpul di depan DTC membantah pencabulan hak asasi pelajar dan kebebasan akademik. Perhimpunan ini dilakukan bagi mendesak pihak pentadbir varsiti agar menarik balik tuduhan terhadap rakan-rakan mereka. Seramai 14 orang pelajar termasuk seorang siswi yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dibicarakan kerana menonton video berbau politik bersama 50 pelajar yang lain di Kolej Pertama. Video itu memaparkan pengebumian Osman Taib yang terbunuh ekoran pengaduhan di Lubuk Tapah semasa pilihan raya kecil Padang Terap. Tontonan itu dikatakan menganggu keselamatan dan kesentosaan varsiti. Mantan Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan mengatakan ia merupakan satu pencabulan pihak pentadbir pro UMNO kerana didalangi oleh Senator Ghani Osman dan Puan Jamilah (bekas pengetua dan pengetua kolej) yang terkenal pro UMNO.

Isu penginapan pelajar antara isu hangat pada tahun 1986. Penginapan tidak mencukupi dan kemudahan di kolej pada tahap minima menyebabkan pelajar memprotes pihak pentadbiran. Isu penginapan pelajar tercetus semasa kempen pilihan raya umum tahun 1986. Seramai 400 orang pelajar berdemonstrasi secara aman di Kolej Seksyen 17 apabila kemudahan asas seperti air tidak mencukupi. Pada 7 Julai 1986, seramai 600 orang pelajar berdemonstrasi mendesak pentadbiran memyediakan lebih banyak tempat penginapan tetapi Ungku Aziz telah membuat polemik baru dengan menuduh PAS mendalangi demonstrasi itu [Utusan Malaysia,11.7.1986]. PAS membidas pentadbiran Universiti Malaya yang cuba mengalihkan kelemahan mereka dalam pentadbiran kepada pengaruh PAS dalam demonstrasi. Nakhaie Ahmad [dulu PAS, kini UMNO] menafikan keterlibatan PAS dalam mempengaruhi pelajar.

Isu pemakaian purdah merupakan isu yang sensitif bagi gerakan pelajar Islam yang mendokongi idea kesyumulan Islam. Penguasa Universiti Malaya telah mewajibkan larangan pemakaian purdah semasa kuliah, tutorial, makmal dan perpustakaan. Isu pemakaian purdah memuncak apabila pihak pentadbir UTM memecat Setiausaha Agung PMUTM, Ahmad Lufti Othman [kini, penulis politik] pada 2 Jun 1986 apabila mempertahankan pemakaian purdah di kampus UTM. Satu demonstrasi diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemecatan Lufti yang disertai ahli gabungan BBMN. PMUM dan PMUTM cuba mendapat bantuan guaman untuk membela Lufti. Timbalan Presiden PMUM, Che Johan Che Pa menyatakan PMUM akan menyediakan bantuan kewangan untuk menyeret pihak pentadbiran UTM ke mahkamah. Isu purdah cuba digelapkan oleh media massa arus perdana berikutan pilihanraya umum 1986.

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 23

Page 24: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

KECAMAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM TERHADAP KERAJAAN

Gerakan pelajar di Universiti Malaya banyak membuat kenyataan mengecam penguasa (kerajaan) terutamanya keceluparan para menteri semasa mengulas sesuatu isu. PBMUM telah mengecam kenyataan bertulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Suhaimi Kamaruddin [Ketua Pemuda UMNO] di Parlimen pada 14 Oktober 1982 yang bersifat menghina hukum Allah. Suhaimi menyebut;

‘Perundangan Islam di negara ini dilaksanakan mengikut sunnah nabi mengambil kira kedudukan penganut Islam dan kemanusiaan

[watan, 22.10.1982]

Setiausaha Agung PBMUM, Husam Musa [kini, EXCO Kerajaan Kelantan] membidas kenyataan ini dengan menyifatkan alasan ekonomi dan siasah (politik Malaysia bersifat plural) bukanlah alasan untuk menidakkan hukum Allah. PBMUM mendesak agar Majlis Fatwa mengambilkan tindakan terhadap Suhaimi. Selain kenyataan Suhaimi, PMIUM juga mengecam kenyataan Musa Hitam yang menolak seruan PMIUM di bawah pimpinan Ahmad Shabery Cheek [kini, Ahli Parlimen UMNO, Kemaman] telah mendesak agar kerajaan mengkaji semula kanun kesiksaan dan kanun persediaan Jenayah atas alasan untuk keharmonian kaum. PMIUM menganggap kanun ini diperalatkan oleh kerajaan untuk menindas pembangkang dalam isu kafir mengkafir [watan, 21.12.1982]. Tunku Abdul Rahman turut dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Islam dalam kolum yang bertajuk ‘Jangan Jadikan Malaysia Sebagai Negara Islam Tulen’ yang jelas menyalahi syariat dan mencemari kesucian agama Islam. Lantaran itu, PMIUM mendesak agar Tunku menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf [watan, 15.3.1983].

Kes kedua, Menteri Perusahaan, Rafidah Aziz mengecam golongan pelajar universiti yang gagal bertindak membawa masyarakat ke arah taraf hidup baik di dalam forum ‘Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar dan Ejen Perubahan untuk Membaiki Masyarakat’. Rafidah mengkritik pelajar universiti yang pasif dan tidak mempunyai kesedaran akan peranan mereka membaiki masyarakat.[Harian Nasional, 16.1.1984]. Pelajar hanya menggunakan AUKU sebagai alasan untuk menutup kelemahan.

Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan membidas kenyataan Rafidah kerana pelajar banyak melakukan aktiviti ke arah membina masyarakat tetapi tidak mencapai matlamat disebabkan AUKU. AUKU dilihat sebagai regalia untuk menyekat kebebasan kakitangan dan pelajar dalam memyuarakan kritikan membina kepada kerajaan. Perkara ini pernah didebatkan oleh Koh Tsu Koon (wakil Barisan Nasional Tanjung) di Parlimen. AUKU menelurkan sifat kurang peduli mengenai kebangunan politik dan sosio-ekonomi negara.

PMUM menegaskan mereka cuba membimbing masyarakat dengan mengadakan kelas bimbingan untuk pelajar sekolah, khidmat kesihatan dan khidmat nasihat pertanian moden melalui program baktisiswa. Namun, kemurnian hasrat PMUM selalu digagalkan oleh karenah birokrasi yang cuba menghalang ketelusan program. Contoh, pelajar tidak boleh mendedahkan bagaimana penyelewengan padi berlaku. Oleh itu, PMUM menyangkal kenyataan melulu Rafidah.

SERANGAN AMERIKA SYARIKAT KE ATAS LIBYA

Konfrantasi Amerika dengan Libya semakin memuncak pada tahun 1986 berikutan tuduhan Amerika terhadap Libya sebagai penaja keganasan sedunia. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dianggap berbahaya dan mengancam keamanan dan kesejahteraan dunia. Walau bagaimanapun, hubungan Amerika dengan Libya telah dingin sebelum tahun 1980an lagi, api

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 24

Page 25: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

kemarahan Amerika semakin membara apabila Libya menyerang pesawat Amerika di Teluk Sidra pada 25 Mac 1986, pengeboman disko di Berlin dan pemgeboman pesawat TWA milik Amerika di ruang angkasa Greek.

Pada 8 April 1986, Amerika menimbang menyerang Libya dan menghantar dua buah kapal pengangkut pesawat ke Laut Mediterrean. Pada 15 April 1986, sebanyak 30 buah pesawat Amerika yang membawa bom seberat 800 kilogram mengempur Istana Presiden Libya menyebabkan 2 anak presiden cedera dan seramai 100 orang terbunuh. Namun, Gaddafi terselamat daripada maut.

Tindakan ganas Amerika membawa kemarahan kepada masyarakat dunia termasuk di Malaysia. Pertubuhan-pertubuhan di Malaysia seperti UMNO, ABIM, Majlis Belia Malaysia dan PKPIM [Naib Presiden, Nizal Mohamad mengecam tindakan Amerika] telah mengutuk serangan Amerika. Pada 18 April 1986, PMUM mengadakan demonstrasi di Baktisiswa dengan kelulusan HEP. Selepas Solat Jumaat, kepimpinan pelajar PMUM, PMUKM, PMUPM dan PMUTM telah berkumpul di kedutaan Amerika. Mereka melaungkan takbir, ‘America Child Killer’ dan ‘bunuh Reagen’. Seramai empat orang pemimpin pelajar dibenarkan masuk untuk memberi memorandum bantahan.

Akhbar tempatan menamakan kumpulan pelajar ini sebagai Gabungan Pelajar-pelajar Universiti Seluruh Malaysia tetapi menurut Zulkifli Yusof [kini, pensyarah APIUM], kumpulan pelajar ini adalah Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang dianggotai oleh Presiden MPP di kampus-kampus. Antara pemimpin lain BBMN ialah Idris Ahmad (dari PMUKM, kini Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Saifuddin Nasution dari PMUPM (seorang orator yang hebat, mantan EXCO Pemuda UMNO dan kini Naib Presiden Parti Keadilan Nasional). Kebanyakan kampus pada masa ini dikuasai oleh kumpulan Islamis, penubuhan BBMN memudahkan pelajar mengembleng tenaga bagi isu nasional yang memerlukan kebersamaan.

DEMONSTRASI ANTI-KONSERT

GMI amat menentang konsert berunsur maksiat di kampus-kampus di seluruh negara. Dalam konteks Universiti Malaya, PMIUM banyak melakukan bantahan terhadap konsert seperti konsert Sudirman 1985, konsert Headwind 1987 dan konsert Sheila Majid 1989. Walaupun PMIUM mengadakan bantahan, pihak HEP masih meneruskan konsert sehingga GMI terpaksa mengadakan demonstrasi. Penentangan terunggul terhadap konsert oleh GMI semasa konsert Sheila Majid pada tahun 1989 dimana mahasiswa Islamis hampir sahaja mengorban pengajian dan masa depan mereka [kini, kebanyakan tokoh pelajar Islamis tersebut menjadi pensyarah].

Pada 31 Ogos 1989, Timbalan Pengarah Pusat Kebudayaan UM, Zubir Ali mengadakan kenyataan untuk mengadakan konsert dengan mejemput artis kontroversi, Sheila Majid. Sheila Majid sehingga sekarang terkenal dengan pakaian menjolok mata dan amat sudi jika dijunjung oleh para penari. Pada 4 September 1989, PMIUM mengadakan sidang media tetapi hanya dihadiri oleh Harakah untuk menyatakan bantahan. Tepat jam 10 pagi pada 5 September 1989, PMIUM bersama 24 pemimpin persatuan mahasiswa termasuk 11 orang presiden kolej menghantar memorandum bantahan kepada HEP tetapi tidak disertai oleh Presiden PMUM, Shamsuddin Moner. Dato TNC, Abdul Rashid Ahmad menolak bantahan oleh PMIUM dan pimpinan mahasiswa.

Pada 7 September 1989, mesyuarat tertinggi PMIUM memutuskan kaedah kekerasan perlu dilakukan dan persediaan untuk demonstrasi mula dirancang. Pada 9 September 1989 gendang perang saraf mula dipalu oleh PMIUM di surau-surau dengan ceramah dan risalah-

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 25

Page 26: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

risalah bantahan. Pada 10 September 1989 PMIUM mengadakan demonstrasi di hadapan Dewan Tunku Canselor [DTC] sebelum konsert Sheila dimulakan dengan sokongan PMAPIUM dan PMKUM. Mahasiswa mula berkumpul jam 7.50 dan tepat jam 8.00 malam, Jalal Busri dari Fakulti Sains dan penginap Kolej Za’ba memulakan bantahan dengan melaungkan takbir. Takbir ini disambut dengan bersemangat oleh siswa-siswi yang lain. Kemudian Jalal Busri memimpin sembahyang hajat di depan DTC dengan kehadiran 1000 orang pelajar.

Keadaan di Universiti Malaya semakin tegang, mahasiswa memekik slogan anti konsert, ‘Kami Benci Sheila’ dan ‘Universiti Malaya Bukan Tempat Maksiat’. Para pentadbir UM sendiri gagal menyuraikan mahasiswa menyebabkan sepasukan Unit Tindakan Ringan tiba pada jam 10.00 malam. Semasa mahasiswa bertahlil polis menyerbu dan berjaya menangkap 22 orang pelajar termasuk 2 orang EXCO PMIUM. Para mahasiswa diikat jamin pada keesokkan harinya tetapi pada 15 September 1989, kedua-dua EXCO PMIUM iaitu Jamali Adnan [Setiausaha Agung] dan Jamaluddin Ramli [Bendahari] telah dikenakan tahanan ISA setelah terperangkap dengan helah polis untuk menyoal siasat di balai polis Jalan Pantai. Inilah julung kali ISA dikenakan kepada mahasiswa selepas kebangkitan mahasiswa pada tahun 1974. Paling menyedihkan, Menteri Pendidikan semasa kejadian kes ini adalah tokoh lagenda mahasiswa, Anwar Ibrahim iaitu seorang yang paling lantang mengutuk ISA dan AUKU semasa memimpin gerakan mahasiswa-belia.

ISU TANAH PANTAI KUNDOR, MELAKA.

Jika mahasiswa sosialis pada akhir tahun 1960an boleh berbangga dengan isu tanah Teluk Gong, mahasiswa Islamis juga menunjukkan belang mereka dalam isu tanah rakyat semasa era 1990an di Pantai Kundor, Melaka. Kerajaan Negeri Melaka dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1992 secara sewenang-wenangnya untuk merampas tanah rakyat nelayan. Dalam tempoh 1991 hingga 1994, pelbagai cara digunakan untuk merampas tanah nelayan seperti pemotongan bekalan air, elektrik, telefon, Pos dan sekatan pengangkutan awam ke kampung Pantai Kundor. Akibat daripada itu, masyarakat kampung terpaksa bergelap dan menggunakan perigi dalam kehidupan seharian mereka. Pada 18 Ogos 1994, pihak berkuasa menangkap 12 orang penduduk kampung dan mengancam penduduk dengan anjing. Tindakan rampasan tanah ini tidak wajar kerana tanah yang dirampas termasuk tanah wakaf, dua buah masjid iaitu Masjid kampung Kundor dan masjid kampung Pantai Merah.

Pada 10 September 1994, negara digegarkan dengan demonstrasi mahasiswa di perkarangan komplek pentadbiran negeri Melaka yang disertai 500 orang pelajar dari Universiti Malaya, UTM, UKM, UPM, USM dan Maahad Tanfiz. Golongan mahasiswa telah bergabung di bawah Jawatankuasa Bertindak Hak Asasi Rakyat, Universiti Tempatan bagi menghalang kerajaan negeri merampas tanah nelayan. Demonstrasi cuba disuraikan oleh polis dibawah pimpinan penolong Pseruhjaya polis Melaka Tengah, Mat Drus Sudin tetapi tidak diendahkan dan pelajar menuntut wakil mereka bertemu Ketua Menteri Melaka, Tan sri Abdul Rahim Tamby Chik tetapi Ketua Menteri berada di luar negara kerana isu pencabulan gadis di bawah umur. Empat wakil pelajar yang diketuai oleh Adly Zahari dan Pengerusi Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar, Dr. Mohd Nasir Hashim dibenar bertemu Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Jemal Zainal Kassim yang menerima memorandum bantahan.

MAHASISWA MENGGUGAT PASCA 1998

Pemecatan Anwar Ibrahim membawa impak maksima kepada gerakan mahasiwa Islam. PKPIM dan KARISMA-JIM bersama PMI telah bersatu menguatkan pengaruh GMI di

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 26

Page 27: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

kampus nasional. Dalam sub topik pasca 1998 ini, penulis akan merangkumi secara ringkas isu-isu perjuangan GMI sepanjang pasca 1998 sehingga tahun 2001. Tempoh pasca 1998 memaparkan betapa hebatnya dominasi GMI dalam politik kampus dan keterlibatan secara aktif GMI dalam politik nasional. Ia dianggap kemunculan kembali gerakan mahasiswa di pentas politik nasional.

Usaha kerajaan Malaysia untuk merapatkan hubungan dengan Israel disambut dingin oleh gerakan Islam di negara ini. Kerajaan cuba memulihkan hubungan dengan Israel melalui hubungan tidak langsung iaitu kegiatan sukan. Kegiatan sukan ini adalah cubaan kerajaan mengelabui mata rakyat tentang hasrat rahsia kerajaan ingin mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram, Israel. Pada 10 Februari 2000, GAMIS di bawah pimpinan Borhanuddin Ahmad dan Presiden BBMN, Mohd Hafez Abdul Samad telah menghantar memorandum bantahan kehadiran pasukan ping pong Israel ke Malaysia. Memorandum mendapat sokongan 12 badan Jawatankuasa Tertinggi Kolej [JTK] di UM. Kedegilan kerajaan menyebabkan GAMIS, PMUM, BBMN, PMIUM, PKPIM dan GMLN turun berdemonstrasi di Masjid Ar Rahman pada 18 Februari 2000 untuk menjelaskan bantahan mereka. Seramai 1500 orang mahasiswa terlibat dalam demonstrasi ini. Sebenarnya, BBMN, GAMIS dan Dewan Pemuda PAS pernah bekerjasama menentang usaha kerajaan merapati Israel dalam demonstrasi membantah kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada 4 April 1997. Demonstrasi itu telah diadakan di Masjid Ar Rahman disertai 1000 orang pelajar. Cubaan Malaysia untuk mengiktiraf negara haram Israel menunjukkan betapa hikporitnya pimpinan sekular di negara ini. Mereka hanya mahu membuncitkan perut ekonomi mereka yang tersedia buncit itu.

ISA adalah akta yang zalim dan digunakan secara sewenang-wenangnya oleh kerajaan untuk menghapuskan musuh politiknya. Akta ini digunakan secara berleluasa selepas kejatuhan Anwar untuk menghapuskan pengaruh parti oposisi dan kroni Anwar Ibrahim. Pada 23 Oktober 1998, BBMN dan GAMIS telah bekerjasama mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan menghapuskan ISA di Masjid UKM. Pada 1 Ogos 2000, GAMIS, PKPIM, DEMA dan 68 badan NGO Malaysia menghantar memorandum agar ahli parlimen memansuhkan ISA. Pada 1 Mei 2001, Majlis Gerakan Mansuhkan ISA dilancarkan dan ia diterajui oleh Ustaz Fadhil Nor, Presiden PAS yang berkerjasama dengan PRM, DAP, JIM, SUARAM, PUM, PSM dan ABIM. Pada 11 Mei 2001, Mohd. Fuad Ikhwan [Timbalan Presiden BBMN] menghantar memorandum mendesak kerajaan mansuhkan ISA dan bebaskan 10 tahanan ISA kepada Ketua Polis Negara. Susulan itu pada 12 Mei 2001, seramai 200 orang mahasiswa menghadiri perhimpunan pelancaran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA [GMMI] di dewan kuliah, Akademi Pengajian Islam, UM. Kamarulzaman Abdullah [Presiden GAMIS] dan Muhd Faisal Abdul Rahman [Presiden PMIUM] memberi pidato dalam perhimpunan tersebut yang dihadiri wakil-wakil gerakan mahasiswa seperti DEMA, KARISMA, PKPIM dan PMUM. Pada 8 Jun 2001, GMMI, PKPIM, DEMA, UBU dan SPPUM telah melakukan demonstrasi mansuhkan ISA di Masjid Negara yang dihadiri 200 orang mahasiswa.

Pemecatan Anwar Ibrahim dengan fitnah dan kezaliman yang dilakukan kepadanya menyebabkan GMI bangkit menentang ketidakadilan dan kezaliman kerajaan. Pada 2 Oktober 1998, GAMIS di bawah pimpinan Zaharuddin Abdul Rahman dan PKPIM telah menyertai PAS, PRM, DAP, SUARAM, PUM, PSM dan ABIM untuk menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia [GERAK]. Pada 4 September 1999, GAMIS menyertai perhimpunan Sejuta Reformasi di Dataran Merdeka untuk membantah penahanan Anwar Ibrahim dan penglebaman matanya. Pada 17 September 1999, BBMN dibawah pimpinan Borhan Che Daud dan GAMIS [Presidennya Borhanuddin Ahmad] bersama-sama PKPIM, DEMA, GMLN, KARISMA dan Sekretariat Pelajar PUM [SPPUM] telah mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas DSAI ekoran kes keracunan Anwar Ibrahim di dalam penjara. Pada 12 Oktober 1999, satu perhimpunan menyokong Anwar diadakan di APIUM di bawah pimpinan Zaharuddin Abdul Rahman, Presiden GAMIS dan PMIUM. GMI melalui

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 27

Page 28: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

GAMIS dan PKPIM berkerjasama dengan Universiti Bangsar Utama [UBU, juak sosialis dibawah kelolaan Jonah] memainkan peranan penting untuk mengerakkan perhimpunan Black 14 pada 14 April 2001 dan majlis penyerahan memorandum rawatan Anwar pada 25 Mei 2001. Secara keseluruhannya, GMI merupakan antara tonggak utama yang berjuang untuk mendapat keadilan dan hak asasi untuk Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim membawa satu rahmat kepada gerakan mahasiswa, dikatakan membangkit harimau muda daripada tidurnya. BBMN dan GAMIS sendiri dengan berani mengadakan beberapa siri demonstrasi mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad meletakkan jawatannya. Demonstrasi pertama diadakan di Lebuhraya Persekutuan pada 30 November 1998 dihadiri 1000 orang mahasiswa, kedua di Masjid Ar Rahman pada 9 Oktober 1998 dan ketiga, di luar pintu USM pada 18 Disember 1998. GMI juga mengembalikan keterlibatan secara rasmi gerakan mahasiswa di dalam pilihanraya umum sebagaimana dilakukan oleh mahasiswa sosialis pada pilihanraya umum tahun 1969 dan 1974 dahulu.

GAMIS dan BBMN mengadakan manifesto sendiri yang dihantar pada 21 November 1999 kepada Perdana Menteri dan pada 27 November 1999, BBMN dan GAMIS secara terbuka menghantar memorandum menyokong Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999. Bukan itu sahaja, GAMIS melalui Presidennya, Zaharuddin Abdul Rahman secara terang-terangan berpidato di ceramah PAS [14 Oktober 1999 & 11 Julai 2000] dan forum parti Keadilan [14 Julai 1999]. Selama ini, GMI hanya bergerak di sebalik tabir dalam membantu PAS semasa pilihanraya umum. Keberanian GMI menghadapi risiko boleh dipuji dan dikagumi. Fenomena keluarbiasaan ini agak sukar dilihat dan mungkin sekali dalam tempoh 10 hingga 20 tahun. Perjuangan GMI pasca 1998 cukup lantang walaupun keterlibatan massa lebih kecil daripada gerakan mahasiswa sosialis pada tahun 1974.

Kerinchi Link dibinakan sebagai jalan pintas dari Lebuhraya Persekutuan ke jalan Damansara. Demi sebuah jalan, masjid revolusi [kebanyakan demo GMI bermula di sini dan dianggap mengantikan peranan sudut pidato], Masjid Ar-Rahman terpaksa dikorbankan. GMI dan penduduk kariah Kerinchi berkeras menghalang pembinaan jalan pintas ini. Pada 21 Februari 1999, GAMIS, BBMN dan penduduk kariah mengadakan demonstrasi di hadapan Masjid Ar Rahman. Dalam demo ini, orang ‘bengkeng’ KL, Pak Amjal bermandian air pancut FRU bersama para pendokong GMI. Bantahan ini menyebabkan kerajaan mengubah pelan asal dan membatalkan perobohan Masjid Ar-Rahman. Seranai 3 orang mahasiswa telah ditahan polis termasuk seorang mahasiswa lepasan Universiti Jordan. Selain itu, GMI juga menggagalkan kewujudan ikon penjajahan dan pembaratan di kampus apabila berjaya menghalang pengurusan varsiti daripada mewujudkan restoran MacDonald’s di hadapan fakulti Undang-Undang. Dua kejayaan ini cukup bermakna bagi GMI, kelantangan suara mahasiswa akhirnya menundukkan penguasa yang pekak, buta dan besar kepala dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Pada 27 Februari 1999, BBMN dan GAMIS sekali lagi mengadakan demonstrasi di DTC ekoran pemecatan Dr. Chandra Muzaffar daripada jawatan Pengarah Pusat Dialog Peradaban UM. Pemecatan Dr. Chandra tidak sah kerana beliau masih mempunyai kontrak dengan UM dan pentadbiran UM didakwa terpaksa memecat Dr Chandra atas desakan pihak atasan apabila beliau lantang mengkritik kerajaan dan terlibat dalam ADIL [Dr. Chandra berjaya dalam kes samannya terhadap pentadbiran UM]. Pemecatan Rizal Anan ekoran keterlibatan dalam piliharaya kecil Arau dan pengantungan Mohd Shazwan Dzulkifli kerana terlibat dalam Ikhwan Utara dan GAMIS telah menyebabkan GAMIS dan BBMN mengadakan perhimpunan menyokong Rizal di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Oktober 2000 dan mengutuk pengantungan Shazwan. Pada 19 Januari 2001, 10 badan gabungan BBMN dan I5 gabungan GAMIS menghantar memorandum agar kerajaan menghapuskan caj 4% PTPTN yang dianggap riba dan menindas mahasiswa yang berasal

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 28

Page 29: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

daripada keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan terus membenarkan PTPTN meneruskan caj 4% walaupun beberapa mufti menyatakan caj seumpama itu berunsurkan riba.

GMI pasca 1998 terus menggugat kerajaan dengan menghantar pelbagai memorandum dan kerap kali mengadakan demonstrasi dalam beberapa isu. Pada 14 Julai 2000, Mohd Fuad Ikhwan mewakili GAMIS dan PAS telah menghantar memorandum membantah kekejaman Amerika di Iraq di Kedutaan AS. Tidak cukup dengan menghantar memorandum, BBMN, GAMIS, PKPIM dan DEMA mengadakan demonstrasi pada 23 Februari 2001 di Masjid Negara kerana pencabulan hak asasi di Iraq. Dalam demonstrasi ini, Muhd Faisal Abdul Rahman [Presiden PMIUM], Mohd Fuad Mohd Ikhwan [Presiden PMUM], Ahmad Saparuddin Yusof [S.U PKPIM], Ahmad Fadly Yusof [Presiden BBMN] dan Abdullah Karim [S.U. PMUKM] telah memberikan pidato di hadapan 1500 orang mahasiswa. Perkara ini membuktikan perjuangan GMI tidak terbelenggu dalam isu kampus dan isu nasional sahaja tetapi GMI turut bersuara dalam isu yang melangkaui sempadan negara.

GMI pasca 1998 bukan sahaja memperjuangkan isu-isu politik tetapi merangkumi isu-isu rakyat yang tertindas dek tindakan rakus dan ganas kerajaan yang mengamalkan dasar pro material [pro bisnes-kapitalis] dan anti Islam. GAMIS dan PAS telah menghantar memorandum terhadap penyalahgunaan wang KWSP yang digunakan untuk membiayai projek mega kerajaan dan menyuntik modal ke atas syarikat pro kerajaan. Memorandum ini dihantar pada 9 November 1998. Pada 20 April 2000 GAMIS dan BBMN turut mengadakan demonstrasi menghalang pembinaan Gereja Shah Alam yang dipercayai antara terbesar di Asia Tenggara. Gereja ini tidak relevan di bandar Shah Alam yang diduduki majoriti penduduk Melayu-Islam. Perhimpunan ini diadakan di Masjid Al I’tisam, Shah Alam.

Harga petroleum kerap kali dinaikkan oleh kerajaan secara beransur-ansur bagi menghalang kemarahan rakyat adalah satu beban besar kepada rakyat bawahan. GAMIS, PAS dan PUM telah menghantar satu memorandum agar kerajaan tidak menaikkan harga petroleum pada 3 Oktober 2000. Kenaikkan harga petroleum akan memberi impak kepada harga barangan harian dan ini akan mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat bawahan. Kerajaan wajar meneruskan subsidi petroleum bagi menjamin kesejahteraan rakyat ataupun menyediakan insentif khas untuk menampung kenaikkan harga petroleum.

Begitulah antara isu-isu yang diperjuangkan oleh GMI pasca 1998. Cukup berani dan bersifat menongkah arus. Tetapi selepas tahun 2001, perjuangan GMI kelihatan kendur dan kembali tidak bermaya seiringan kemalapan isu Anwar Ibrahim. Orang Melayu-Islam memang mudah lupa. Bagi penulis, penangkapan Mohd Fuad Mohd Ikhwan dengan menggunakan ISA [tahanan ISA] dilihat sebagai ‘turning point’ kepada kelesuan GMI. Tidak dinafikan GMI masih mempunyai pimpinan berkarisma seperti Fadly Ramli, Ahmad Fadly Yusuf, Amin Idris dan Mohd Ramadan Fitri tetapi daya karismatik mereka dan kekuatan organisasi GMI bagaikan tidak bermaya untuk mengatasi sekatan, karenah birokrasi dan perang saraf HEP. Mungkin, era selepas penangkapan saudara Fuad Ikhwan boleh dikatakan zaman kelesuan GMI untuk melengkapi teori kitaran peradaban Ibnu Khaldun.

Dalam menjalani tempoh kelesuan ini, GMI haruslah memperkasakan kembali program pemtarbiyahan agar generasi GMI akan datang dapat mengembalikan peranan GMI sebagai jurubicara umat. GMI akan terus berpengaruh dan mendominasi kampus walaupun tidak menguasai tampuk kepimpinan kampus kerana Islam akan terus hidup untuk membersihkan bumi daripada pengabdian sesama manusia. GMI bukanlah pembodek yang mengharapkan habuan material dan pangkat di pejabat HEP. GMI adalah daie, pejuang dan mujahidin yang sedia menghadapi risiko. Allahu Akbar!!!

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 29

Page 30: Gerakan Mahasiswa Islam

GMI: Mengenggam Bara Api. mamat.com

KONKLUSI

Isu perjuangan di atas bersifat selektif daripada ratusan isu yang diperjuangkan oleh GMI melalui memorandum, forum dan demonstrasi. Isu-isu dilontarkan agar generasi pelapis GMI tidak melupai perjuangan generasi terdahulu. Inilah perjuangan GMI yang dianggap mengenggam bara api, berjuang dan terus berjuang tanpa menghiraukan risiko yang bakal diterima. Perjuangan GMI wajar dihayati dan dikagumi kerana mereka adalah mahasiswa yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan masa depan mereka untuk menongkah arus dengan melafazkan TIDAK dan ZALIM kepada penguasa kampus dan kerajaan. Inilah jiwa GMI yang menentang kemungkaran, penyokong keadilan, kebenaran dan bersifat Islami.

GMI adalah penerus perjuangan pendokong Islam yang merupakan lanjutan sunnah Rasulullah SAW, ikutan para sahabat, alim ulama dan tokoh haraki massa untuk memenangkan Islam di muka bumi. Jangan bicara tentang perjuangan jika takut menghadapi risiko. Lawan tetap lawan.

Disudahi pada akhir bulan Julai 2004.

Seandainya si buta memimpin si buta, kedua-duanya akan tersungkur ke dalam longkang.

mahasiswamenggugat.blogspot.com Page 30