perincian unit

4
M3: Menghasilkan batik(Flora) secara kumpulan, Merakamkan video tentang langkah menghasilkan batik dengan teknik canting. M6:Bahagikan kumpulan Mengeditkan video, Menghasilkan brosur M9: Menghasilkan poster yang mengenai kegunaan batik dalam kehidupan M12: pameran di Matta Fair

Upload: karen-ling

Post on 06-Feb-2016

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

Page 1: Perincian Unit

M3: Menghasilkan batik(Flora) secara kumpulan, Merakamkan video tentang langkah menghasilkan batik dengan teknik canting.

M6:Bahagikan kumpulan Mengeditkan video, Menghasilkan brosur

M9: Menghasilkan poster yang mengenai kegunaan batik dalam kehidupan

M12: pameran di Matta Fair

Page 2: Perincian Unit

Perincian Unit

Pengetahuan/Kemahiran Sedia Ada

Pengetahuan Am

1. Murid pernah belajar menghasilkan poster dan resis di dalam kelas.2. Murid pernah melihat video, poster, brosur dan blog sebenar yang dihasilkan

oleh orang lain.3. Murid pernah melihat atau memakai baju batik.

Prosedur Pengajaran

Minggu 3(1Jam) RPH 1

Set induksi unit

Guru memulakan kelas dengan permainan kecil iaitu teka teki. “Lima budak

perempuan,wajah muka sama, duduk bersebelahan di meja merah, pakai baju

merah bertitik putih sama.”Jawapan ialah bunga Rafflesia. Guru menggunakan teknik

soal jawab untuk membawakan aktiviti batik.

Soalan :

a) Mana satu negeri terkenal dengan bunga rafflesia?

Contoh Jawapan :Sabah

b) Apakah benda tradisional yang dikenalkan oleh negeri Kelatan dan

Terengganu?

Contoh Jawapan :

Batik

Guru menerangkan definisi, alat dan susunan motif untuk aktiviti batik dengan menggunakan powerpoint. Guru menunjukkan contoh karya batik “Bunga Rafflesia Batu-Bata”. Guru menunjuk cara melakar motif bunga rafflesia pada papan hitam. Guru mendemonstrasi cara menghasilkan batik dengan menggunakan teknik resis. Murid menghasilkan batik bunga rafflesia dengan secara kreativiti menggunakan teknik canting. Guru akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan, satu kumpulan adalah ditugaskan menghasilkan batik yang bermotif bunga rafflesia. Kumpulan yang seterusnya akan menghasilkan motif flora yang lain supaya mempunyai banyak karya untuk pameran di MATTA FAIR. Selain itu, terdapat sekumpulan murid yang ditugaskan untuk merakamkan video rakan-rakan yang menghasilkan batik dengan teknik canting. Guru akan membuat refleksi penilaian hasil kerja murid ke dalam blog yang telah disediakan menggunakan rubrik yang disediakan.

Page 3: Perincian Unit

Minggu 6 (Jam Kedua) RPH 2

Selepas merakamkan video tentang langkah menghasilkan batik, murid kumpulan tersebut akan mengeditkan video. Guru akan menghulurkan bantuan dan mengajar murid cara menghasilkan video. Seterusnya, murid yang lain akan menghasilkan brosur yang mengaitkan tentang batik. Brosur perlulah mempunyai grafik serta maklumat yang berkaitan.

Minggu 9: (Jam Ketiga) RPH 3

Selepas menyiapkan tugasan minggu lepas, murid akan ditugaskan untuk menghasilkan poster yang mengenai kegunaan batik dalam kehidupan. Setiap murid hendaklah menghasilkan poster di dalam 1jam.

Minggu 12:

Murid akan membuat pameran di Matta Fair 2015 di Kedah. Contoh-contoh karya batik akan dipamerkan pada sudut yang disediakan oleh pihak pengajur MATTA FAIR. Persembahan video akan ditayangkan semasa MATTA FAIR. Poster akan ditampalkan pada sudut pameran. Brosur akan diperbanyakkan untuk para pelancong.