perincian jabatan/pusat/unit/bahagian bil zon jabatan ... · satelit, klinik psikiatri, klinik...

31
POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02 40 JADUAL 3 PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan/ Pusat/ Unit/ Bahagian 1 Tempat Letak Kenderaan Kakitangan berhampiran Rumah Pengawal Jabatan Keselamatan (Pos Utama) Semua Blok Pendidikan: Tingkat Bawah, Blok Pendidikan; Jabatan Pendidikan Perubatan, Jabatan Multimedia & Penyiaran, Auditorium, Dewan Kuliah 1 & 2 Tingkat 1, Blok Pendidikan; Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan Awam, Pejabat Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM, Bilik Mesyuarat Lembaga, Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Sumber Manusia Tingkat 2, Blok Pendidikan; Pejabat Pengajian Pra- Siswazah, Jabatan Teknologi Maklumat, Pejabat Timbalan- Timbalan Dekan, Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Jabatan Pengurusan Bangunan Tingkat 3, Blok Pendidikan; Perpustakaan Tingkat 4, Blok Pendidikan; Dewan Peperiksaan, Unit Kawalan Infeksi Tingkat 5, Blok Pendidikan; Jabatan Kejururawatan Tingkat Bawah, Blok Klinikal; Kafeteria hadapan Blok Pendidikan Tingkat 3, Blok Klinikal; Jabatan Kerja Sosial & Perubatan, Jabatan Maksilofasial & Bedah Mulut, Sukmaria, Jabatan Khidmat Pelanggan Kawasan Penyelenggaraan/ Perkhidmatan Kejuruteraan, Stor Pelupusan, Bengkel Tukang Awam Tingkat 8, Blok Klinikal; Bilik-Bilik Pensyarah Jabatan Surgeri, Jabatan Surgeri, Bilik-Bilik Pensyarah Jabatan Perubatan, Jabatan Perubatan, Sekretariat Petugas Penubuhan Hospital Pakar Kanak-kanak Tingkat 9, Blok Klinikal; Jabatan ENT, Jabatan Ortopedik, Dewan Gunasama, Bilik Pensyarah, Jabatan Oftalmologi Tingkat 10, Blok Klinikal; Dewan Peperiksaan 1 dan 2 Tingkat 11, Blok Klinikal; Bilik-Bilik Doktor Tingkat 12, Blok Klinikal; MYCRO, Pusat Kejuruteraan Tisu, CGMP, Innobio, Pusat Terapi Sel

Upload: duongkhanh

Post on 09-Jun-2019

343 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

40

JADUAL 3 PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN

Bil Zon Jabatan/ Pusat/ Unit/ Bahagian

1 Tempat Letak Kenderaan Kakitangan berhampiran Rumah Pengawal Jabatan Keselamatan (Pos Utama)

Semua Blok Pendidikan:

Tingkat Bawah, Blok Pendidikan; Jabatan Pendidikan Perubatan, Jabatan Multimedia & Penyiaran, Auditorium, Dewan Kuliah 1 & 2

Tingkat 1, Blok Pendidikan; Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan Awam, Pejabat Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM, Bilik Mesyuarat Lembaga, Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Sumber Manusia

Tingkat 2, Blok Pendidikan; Pejabat Pengajian Pra-Siswazah, Jabatan Teknologi Maklumat, Pejabat Timbalan-Timbalan Dekan, Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Jabatan Pengurusan Bangunan

Tingkat 3, Blok Pendidikan; Perpustakaan

Tingkat 4, Blok Pendidikan; Dewan Peperiksaan, Unit Kawalan Infeksi

Tingkat 5, Blok Pendidikan; Jabatan Kejururawatan

Tingkat Bawah, Blok Klinikal; Kafeteria hadapan Blok Pendidikan

Tingkat 3, Blok Klinikal; Jabatan Kerja Sosial & Perubatan, Jabatan Maksilofasial & Bedah Mulut, Sukmaria, Jabatan Khidmat Pelanggan Kawasan Penyelenggaraan/Perkhidmatan Kejuruteraan, Stor Pelupusan, Bengkel Tukang Awam

Tingkat 8, Blok Klinikal; Bilik-Bilik Pensyarah Jabatan Surgeri, Jabatan Surgeri, Bilik-Bilik Pensyarah Jabatan Perubatan, Jabatan Perubatan, Sekretariat Petugas Penubuhan Hospital Pakar Kanak-kanak

Tingkat 9, Blok Klinikal; Jabatan ENT, Jabatan Ortopedik, Dewan Gunasama, Bilik Pensyarah, Jabatan Oftalmologi

Tingkat 10, Blok Klinikal; Dewan Peperiksaan 1 dan 2

Tingkat 11, Blok Klinikal; Bilik-Bilik Doktor

Tingkat 12, Blok Klinikal; MYCRO, Pusat Kejuruteraan Tisu, CGMP, Innobio, Pusat Terapi Sel

Page 2: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

41

2 Tempat Letak Kenderaan (Zon B & C)

Tingkat Bawah, Blok Klinikal; Klinik MAC, Klinik O&G, Klinik PAC, Lobi O&G, Jabatan Perubatan Kecemasan, Wad Pemerhatian

Tingkat 1, Blok Klinikal; Wad Obstetrik 1 – 3, Day Care O&G, Bilik Kelahiran, NICU, Klinik Maksilofasial, Wad Radioterapi, Wad Onkologi, Day Care Onkologi, Farmasi Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak, Pusat Harian Psikiatri, Jabatan Psikiatri

Tingkat 2, Blok Klinikal; Wad 2A Intan, Wad 2B Berlian, Bilik Oncall O&G, Bilik-Bilik Pensyarah O&G, Wad Sumsum Tulang.

Tingkat 4, Blok Klinikal; Wad 4F, Wad 4G, Wad 4H, Wad 4J, Bilik Panggilan Am Doktor, Wad 4K, PHDU, PICU

Tingkat 5, Blok Klinikal; Wad 5F, Wad 5G, Wad 5J, Wad 5H, Jabatan Kejururawatan

Tingkat 6, Blok Klinikal; Wad 6F, Unit Rawatan Hemodialisis Akut, Wad 6J, Wad 6G, Ruang Discaj Pesakit, Wad 6H, Renal ICU, Jabatan Dietetik

Tingkat 7, Blok Klinikal; Wad 7C (Baldu), Wad 7E (Sutera), Pusat Pakar UKM (UKMSC), Wad 7D (Songket)

3 Tempat Letak Kenderaan (Bas PPUKM, Zon D & E, UNU dan Gelanggang Tenis)

Tingkat Bawah, Blok Klinikal; Jabatan Radiologi, Pet CT, Angiografi, MRI 3 Tesla

Tingkat 1, Blok Klinikal; Dapur Utama, Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan, Stor Pusat, Stor IV Drip, Stor Jabatan Maklumat Kesihatan, Laundri, Stor Jabatan Pentadbiran Am, Stor Upacara, Pejabat Urusan Global Inter-Dream, Kontena Penyimpanan Sisa Klinikal, Boiler

Tingkat 2, Blok Klinikal; GICU, CICU, Wad ICU, Jabatan Andetesiologi & Rawatan Intensif, Kompleks Dewan Bedah, Unit Stor Pusat.

Semua Blok Asrama Pelajar (Kolej Tun Dr Ismail)

Semua Blok Asrama Jururawat:Tingkat Bawah, Blok Asrama Jururawat; Pejabat Unit Audit Dalaman, Unit Khas JTM, Makmal Elektron Mikron, Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan

Page 3: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

42

Tingkat 1, Blok Asrama Jururawat; Jabatan Pentadbiran Am

Tingkat 2, Blok Asrama Jururawat; Jabatan Kualiti

Tingkat 3, Blok Asrama Jururawat; Unit Elaun & Gaji, Unit Akaun & Sistem

Tingkat 4, Blok Asrama Jururawat; Bilik-bilik Pegawai

Tingkat 5, Blok Asrama Jururawat; Unit Casemix

Advanced Surgical Skills Centre (ASSC)

Blok United Nations University International Institute For Global Health (UNU-IIGH)

Taska Permata

Unit Kenderaan

Ronald Mcdonald

4 Tempat Letak Kenderaan Pelawat (Hadapan Lobi Utama PPUKM)

Tingkat Basement, Blok Klinikal; Jabatan Maklumat Kesihatan, Jabatan Keselamatan, Unit Protetik & Ortotik, Unit Fisioterapi, Unit Terapi Cara Kerja, Unit Pertuturan, Stor Farmasi Utama, Farmasi Bekalan Wad, Makmal Mikrobiologi, Makmal Patologi Kimia, Makmal Hematologi, Jabatan Radioterapi & Onkologi, Makmal Hispatologi/Sitopatologi, Unit Forensik, Unit Steril (CSSD)

Tingkat Bawah, Blok Klinikal; Unit Hasil & Taksiran, Lobi Utama, Pusat Informasi Bersepadu, Wad Jagaan Harian Hematologi, Klinik Nefrologi & SLE, CDU, Kedai Farmasi HUKM, Pejabat Pos Mini, Lobi Pelawat, Farmasi Satelit, Klinik Pediatrik 1 & 2, Pusat Darah Sepusat, Klinik Surgeri, KBK, Farmasi Utama, Makmal Pemeriksaan, Klinik Perubatan 1 & 2, Klinik Ortopedik, Tabung Darah, Kafeteria Food Garden, Dapur

Tingkat 1, Blok Klinikal; Klinik Warga, Telefonis, Klinik Endoskopi, Klinik Otorinolaringologi, Klinik Oftalmologi, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Unit Media & Promosi Kesihatan, Surau Ibnu Sina

Tingkat 2, Blok Klinikal; Unit Transplantasi Sel Stem, Unit Hemostasis Khusus, Makmal Transplantasi Sel Stem, Surau, Day Care Surgeri

Page 4: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

43

Tingkat 4, Blok Klinikal; Pejabat Jabatan Pediatrik, Wad 4A, Wad 4B, Makmal Neuro-Pead, Wad 4D, Wad 4E, Bilik Permainan Kanak-Kanak

Tingkat 5, Blok Klinikal; Wad 5A, Wad 5B, Wad 5C, Wad 5D, Wad 5E, T.O.V

Tingkat 6, Blok Klinikal; Wad HDW, Wad CRW, Wad CCU, Wad Kardiologi(Pusat Jantung & Paru-paru), Wad Respiratori(Pusat Jantung & Paru-paru)

Tingkat 7, Blok Klinikal; Unit Strok, Wad Warga, Wad 7B

5 Padang letak kereta Blok Praklinikal dan UMBI

Bangunan Praklinikal Fakulti Perubatan HUKM

Bangunan Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Page 5: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

44

JADUAL 4GAMBAR TEMPAT BERKUMPUL SEMASA KECEMASAN

Lokasi Gambar Kawasan 1 Tempat Letak Kenderaan Kakitangan berhampiran Rumah Pengawal Jabatan Keselamatan (Pos Utama)

ZON 1

ZON 1

Page 6: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

45

2Tempat Letak Kenderaan (Zon B & C)

ZON 2

ZON 2

Page 7: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

46

3 Tempat Letak Kenderaan (Bas PPUKM, Zon D & E), UNU dan Gelanggang Tenis

ZON 3

ZON 3

Page 8: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

47

4 Tempat Letak Kenderaan Pelawat (Hadapan Lobi Utama PPUKM)

ZON 3

ZON 4

Page 9: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

48

5Padang Institut Pendidikan Guru Teknik.

5.5.12 Pemantauan dan pemeriksaan jumlah mangsa selepas proses evakuasi dilaksanakan adalah seperti berikut:

Bil Mangsa Tanggungjawab

1. Pesakit Jabatan Kejururawatan

Pegawai Insiden Tempat Kejadian (PITK)

2. Kakitangan

Jabatan Sumber Manusia (Timbalan Pendaftar)

Pejabat Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM

Ketua Jabatan/ Pusat/ Unit

3. Pelawat Jabatan Keselamatan

4. Pelajar

Felo

Pengetua

Pegawai InsidenTempat Kejadian (PITK)

5.5.13 Jika berlaku sesuatu bencana yang menyebabkan kemusnahan teruk, Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan akan diubah ke Stadium Bola Sepak Cheras atau padang Institut Pendidikan Guru Teknik.

5.6 MEDIA

5.6.1 Jika berlaku sebarang bencana, pihak media secara langsung akan cuba mendapatkan bahan berita untuk menjelaskan bencana yang berlaku. Jabatan Perhubungan Awam PPUKM bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak media.

ZON 5

Page 10: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

49

5.6.2 Jabatan Perhubungan Awam perlu menyediakan ruang media untuk Sidang Media menjelaskan bencana dalaman yang berlaku iaitu:

i. Bilik Mesyuarat Lembaga.

ii. Rumah Pengawal Jabatan Keselamatan (Pos Utama).

iii. SUKMARIA dan Bilik Gerakan Pengurusan Krisis dan Bencana.

iv. Mana–mana yang sesuai dan selamat.

5.6.3 Individu yang bertanggungjawab membuat kenyataan akhbar adalah PGH atau mereka yang telah diberi kuasa oleh beliau sahaja.

5.6.4 Kakitangan PPUKM adalah dilarang sama sekali untuk membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran daripada PGH.

5.6.5 Jabatan keselamatan PPUKM bertanggungjawab mengawasi perjalanan Sidang Media yang berlangsung dan memastikan pihak media tidak mengambil gambar tanpa kebenaran.

5.7 PERKEMBANGAN, LATIHAN DAN KESIAPSEDIAAN

7.1 Jawatankuasa Pengurusan Krisis dan Bencana PPUKM bertanggungjawab untuk sentiasa menguji, mengkaji dan memperbaiki pelan bencana sedia ada.

7.2 Jawatankuasa telah memberi tanggungjawab kepada wakil Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Kualiti untuk menyediakan latihan yang mencukupi kepada warga kerja PPUKM bagi membolehkan mereka menghadapi bencana dengan baik.

7.3 Jawatankuasa Pengurusan Krisis dan Bencana bersama Jabatan Multimedia dan Penyiaran perlu menyediakan satu rakaman video berhubung dengan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku krisis dan bencana termasuk kaedah untuk menyelamatkan diri.

7.4 Latihan menghadapi kesan bencana perlu diadakan dari semasa ke semasa. Latihan adalah seperti : Table-Top Exercise, Physical Exercise Without Casualty (PEWOC), Latihan Menggunakan Alat Pemadam Api, Latihan Evakuasi dan Mock Disaster Drill (Field Exercise).

7.5 Mock Drill perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua tahun sekali dan Table Top perlu dilakukan setiap tahun.

7.6 Jawatankuasa juga perlu dari semasa ke semasa menghantar warga kerja PPUKM yang terlibat seperti EC, PITK, FM untuk kursus menghadapi kesan bencana.

Page 11: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

50

6.0 PERANAN SERTA TANGGUNGJAWAB JABATAN DAN PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

6.1 JABATAN DAN WARGA KERJA PUSAT PERUBATAN UKM

6.1.1 Setiap jabatan perlu melantik PITK mengikut kesesuaian tempat kerja.

6.1.2 PITK yang dilantik hendaklah menghadiri latihan yang telah dijadualkan dari semasa ke semasa.

6.1.3 Jika seseorang PITK bercuti, adalah menjadi tanggungjawab beliau dan jabatan bagi mencari PITK pengganti. Setiap jabatan perlu mempunyai PITK yang bertugas pada setiap masa.

6.1.4 Jabatan Keselamatan PPUKM akan mengambil alih tugas PITK selepas waktu pejabat bagi jabatan tertentu yang tidak beroperasi 24 jam.

6.2 PEGAWAI BENCANA (IC)

6.2.1 Berada di bilik kawalan di awal kecemasan.

6.2.2 Melapor dan menerima arahan daripada Pengurus Kecemasn (EM).

6.2.3 Menerima maklumat tentang keadaan daripada Pegawai Pengungsian (EC).

6.2.4 Membuat keputusan dan mengarahkan Pasukan Menyelamat dan Memadam Kebakaran (FSAR)/ Pasukan Tumpahan Bahan Kimia/Pasukan Radiasi bertindak mengikutprosedur dan keadaan.

6.2.5 Memberi maklumat tentang keadaan dan tindakannya kepada Pengurus Kecemasan (EM).

6.2.6 Membuka Bilik Gerakan serta menghubungi Koordinator Operasi Klinikal dan Koordinator Operasi Pentadbiran.

6.3 PEGAWAI PENGUNGSIAN (EC)

6.3.1 Tugas EC ialah memberikan maklumat status kejadian yang berlaku, menentukan sama ada perlu atau tidak proses evakuasi dilaksanakan dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Beliau akan mengetuai respons terhadap sesuatu bencana/insiden utama/krisis apabila menerima laporan daripada Ketua Tingkat (FM) sehingga tugas itu diambil alih oleh Pegawai Bencana (IC).

6.3.2 EC dilantik oleh Pengurusan PPUKM.

6.3.3 Tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengungsian (EC):

i. Mengenal pasti tahap bencana.

ii. Menyiasat dengan segera sesuatu aduan yang berpotensi menjadi

Page 12: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

51

bencana.

iii. Mengenal bahaya yang berkemungkinan mengakibatkan bencana dalaman.

iv. Memberi arahan kepada Pegawai Insiden Tempat Kejadian (PITK), Ketua

Tingkat (FM) untuk proses evakuasi.

v. Memberi bantuan semasa proses evakuasi, triaj atau bantuan lain yang dirasakan perlu.

vi. Memaklumkan kepada Pegawai Bencana (IC) atau wakil mengenai kejadian

dan kemungkinan untuk mengaktifkan Pelan Bencana Dalaman Pusat

Perubatan UKM..

vii.Bekerjasama dengan Pegawai Insiden Tempat Kejadian (PITK), Ketua

Tingkat (FM) dan Jabatan Keselamatan semasa bencana dalaman.

6.4 PEGAWAI INSIDEN TEMPAT KEJADIAN (PITK)

6.4.1 PITK perlu dilantik di semua bahagian termasuk wad dan klinik. Tugas PITK adalah sepanjang masa semasa tempat tersebut berfungsi.

6.4.2 Bagi wad dan klinik yang beroperasi di luar waktu pejabat pula, PITK perlu dilantik berdasarkan jawatan dan bukannya individu. Walau bagaimanapun, sekiranya PITK bercuti, jabatan, pusat, unit atau bahagian perlu mencari pengganti.

6.4.3 Kakitangan Jabatan Keselamatan akan mengambil alih tugas PITK bagi kawasan-kawasan pejabat selepas waktu operasi pejabat (5.00 petang hingga 8.00 pagi) dan kawasan Institut Pendidikan Guru Teknik termasuk cuti umum.

6.4.4 Bagi Pusat Perubatan Primer, Bandar Tasik Selatan, Flat Sri Labuan, Apartmen Cemara dan Institut Pendidikan Guru Teknik hanya perlu melantik PITK dan tidak perlu melantik EC.

6.4.5 PITK bertugas dibekalkan dengan tag nama atau action card yang mempunyai senarai tugas, tindakan yang perlu diambil, no. telefon EC untuk dihubungi termasuk no. telefon PHC di belakang kad.

6.4.6 Maklumat mengenai PITK, Ketua Tingkat (FM) dipamerkan di setiap jabatan.

6.4.7 Tugas dan tanggungjawab Pegawai Insiden Tempat Kejadian (PITK);

i. Memeriksa segera apabila mendapat laporan.

ii. Pastikan kejadian, tempat, anggarkan akibatnya, bilangan yang terlibat dan

bantuan yang diperlukan.

iii. Maklumkan kepada kakitangan bawahan untuk tindakan selanjutnya.

iv. Maklumkan kepada Ketua Tingkat (FM), Pegawai Pengungsian dan Jabatan

Keselamatan.

v. Ikut arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

vi. Buat head count kakitangan dan pelanggan/pesakit.

vii. Melakukan semula head count apabila berada di Tempat Berkumpul

Page 13: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

52

Semasa Kecemasan.

6.5 JABATAN KESELAMATAN

6.4.1 Tugas dan tanggungjawab Jabatan Keselamatan:

i. Memeriksa dan mengesahkan kejadian apabila menerima panggilan kecemasan.

ii. Membantu PITK/Ketua Tingkat (FM)/kakitangan memadamkan kebakaran

sekiranya keadaan selamat untuk berbuat demikian.

iii. Menghubungi pihak bomba di talian 999 dan memaklumkan mengenai

kejadian yang telah disahkan.

iv. Bekerjasama dengan PITK, FM, EC dan kakitangan terlibat sewaktu proses

evakuasi.

v. Mengawal laluan kecemasan dan lalu lintas mengikut keperluan.

vi. Mengawasi pihak media dan memastikan mereka mengikut arahan yang

ditetapkan semasa bencana.

Page 14: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

53

7.0 Latihan Dan Kesiapsediaan

Gambar rajah : Latihan Dan Kesiapsediaan

Page 15: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

54

8.0 PELAN EVAKUASI

8.1 PELAN EVAKUASI PERINGKAT JABATAN

Setiap jabatan dikehendaki menyediakan satu pelan evakuasi peringkat jabatan. Pelan ini hendaklah diuji dari semasa ke semasa sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan pelan ini hendaklah dimaklumkan kepada semua warga kerja PPUKM. Ia adalah menjadi tanggungjawab ketua jabatan setiap jabatan tersebut untuk menguruskannya.

Gambar Rajah 5: Pelan Keselamatan Kebakaran Tingkat G

Page 16: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

55

8.2 EVAKUASI KECEMASAN DAN TINDAKAN JIKA BERLAKU KEBAKARAN Semasa kecemasan, bertenang dan ikut arahan daripada Pegawai Insiden Tempat Kejadian

(PITK)/Ketua Tingkat (FM)/Pegawai Pengungsian (EC)/Jabatan Keselamatan/Sistem Siaraya.

8.2.1 Apabila terdengar isyarat penggera berbunyi dan siaraya mengumumkan bencana, bersedia untuk meninggalkan bangunan.

8.2.2 Jika terdengar arahan mengosongkan bangunan atau jika diarahkan berbuat demikian oleh Pegawai Insiden Tempat Kejadian (PITK)/Ketua Tingkat (FM)/Pegawai Pengungsian (EC)/Jabatan Keselamatan/Pegawai Bomba, sila tinggalkan bangunan melalui laluan keluar/tangga kecemasan yang terdekat dan paling selamat.

8.2.3 Jika berlaku kebakaran, jangan panik.

8.2.4 Maklumkan kepada semua kakitangan yang sedang berada berhampiran kawasan kebakaran dengan menjerit ‘Api! Api!’.

8.2.5 Cuba padamkan api dengan menggunakan alat pemadam api jika selamat untuk berbuat demikian.

8.2.6 Pecahkan Kaca untuk mengaktifkan penggera kebakaran sebagai makluman kepada penghuni bangunan.

8.2.7 Hubungi PITK jabatan / Ketua Tingkat (FM) / Jabatan Keselamatan: 03-91455090/ HP:0132315110; Berikan maklumat berikut:

i. Nama anda;ii. Bangunan/tingkat/bilik/wad/pejabat;iii. Jenis dan takat kebakaran dan lain-lain.

8.2.8 Jika selamat untuk berbuat demikian, bawa barang berharga, matikan semua suis peralatan elektrik, tutup suis oksigen dan gas makmal.

8.2.9 Ikut arahan Pegawai Insiden Tempat Kejadian (PITK)/Ketua Tingkat (FM)/Pegawai Pengungsian (EC)/Jabatan Keselamatan untuk proses evakuasi

8.2.10 Bantu orang kurang upaya untuk meninggalkan bangunan. (Rujuk Evakuasi Khas Dengan Keperluan Tertentu Di Hospital).

8.2.11 Berjalan dengan cepat dan tenang ke Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan atau TBS.

8.2.12 Tutup pintu setelah keluar daripada jabatan. Jangan kunci pintu.

8.2.13 Jangan gunakan lif.

8.2.14 Rujuk Pelan Evakuasi ke Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan atau TBS yang telah ditetapkan di jabatan masing-masing.

8.2.15 Berkumpul di Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan atau TBS (dalam kumpulan) sehingga diarahkan untuk meninggalkan tempat tersebut oleh Pegawai Insiden Tempat Kejadian (PITK)/Ketua Tingkat (FM)/Pegawai Pengungsian (EC)/Jabatan Keselamatan/Pegawai Bomba.

8.2.16 Jangan memasuki semula bangunan sehingga dimaklumkan bahawa selamat untuk berbuat demikian oleh Pegawai Pengungsian (EC)/Jabatan Keselamatan/Pegawai Bomba.

8.2.17 Jangan memasuki bangunan yang penggeranya masih diaktifkan.

Page 17: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

56

8.3 TIPS MENYELAMATKAN DIRI JIKA TERPERANGKAP DALAM ASAPSekiranya anda terperangkap di dalam bilik atau kawasan yang di penuhi ASAP;

8.3.1 Jangan panik.

8.3.2 Bergerak ke pintu keluar dengan cara merangkak.

8.3.3 Semasa merangkak pastikan kepala anda berada dalam kedudukan 2 kaki dari paras lantai. (30 hingga 60 cm). Dalam kedudukan ini anda masih boleh bernafas.

8.3.4 Gunakan kain atau tuala basah untuk menutup hidung (jika ada).

8.3.5 Jangan terus membuka pintu.

8.3.6 Rasa kehangatan/kepanasan daun pintu, tombol atau bingkai pintu terlebih dahulu dengan menggunakan belakang telapak tangan.

8.3.7 Sekiranya daun pintu, tombol atau bingkai pintu terasa panas. Jangan sesekali anda membuka pintu tersebut. Cari jalan keluar lain.

8.3.8 Sekiranya anda tidak merasai kehangatan/kepanasan pada daun pintu, tombol atau bingkai pintu, anda hendaklah melutut dan rapatkan bahu anda dengan daun pintu. Buka pintu perlahan-lahan dan berhati-hati.

8.3.9 Keluar bangunan dan pergi ke Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan.

8.4 TIPS MENYELAMATKAN DIRI JIKA TERPERANGKAP DALAM KEBAKARANSekiranya anda berada di dalam bilik semasa kebakaran;

8.4.1 Jangan panik.

8.4.2 Pergi ke pintu keluar.

8.4.3 Jangan terus membuka pintu.

8.4.4 Sentuh daun pintu, tombol atau bingkai pintu dengan menggunakan belakang telapak tangan anda.

8.4.5 Sekiranya daun pintu, tombol atau bingkai pintu terasa panas, jangan sesekali anda membuka pintu tersebut. Cari jalan keluar lain.

8.4.6 Sekiranya anda tidak merasai kehangatan/kepanasan pada daun pintu tombol atau bingkai pintu anda perlu melutut dan rapatkan bahu anda dengan daun pintu. Buka pintu perlahan-lahan dan berhati-hati.

8.4.7 Semasa pintu dibuka, asap atau haba mula memasuki bilik. Anda hendaklah menutup semula pintu tersebut rapat-rapat. Cari jalan keluar lain.

8.4.8 Sekiranya tiada jalan keluar lain, tutup ruang di bawah pintu atau mana-mana ruang yang membolehkan asap memasuki bilik dengan menggunakan cadar, tuala atau selimut.

8.4.9 Berdiri di hadapan tingkap dan cuba berkomunikasi dengan orang yang berada di luar.

8.4.10 Hubungi bomba, rakan atau sesiapa sahaja untuk memaklumkan kedudukan/situasi anda.

Page 18: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

57

8.5 PELAN KONTIGENSI BERLAKU KEMALANGAN RADAS PENYINARAN DAN BAHAN RADIOAKTIF

8.5.1 Semua kemalangan yang melibatkan radas penyinaran dan bahan radioaktif mesti dilaporkan kepada:

i. Penyelia Perlindungan Sinaran (RPS) jabatan/unit/pusat berkenaan.ii. Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO).

8.5.2 Mana-mana kecederaan yang serius atau dedahan radiasi yang melibatkan pekerja sinaran mesti dilaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Krisis dan Bencana PPUKM, pihak Pengurusan Pusat Perubatan UKM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa 24 jam selepas berlaku kemalangan dedahan radiasi tersebut.

8.5.3 Mana-mana kerosakan dan/atau kehilangan radas penyinaran dan bahan radioaktif mesti dilaporkan kepada Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO), diikuti dengan laporan kepada Jawatankuasa Sekretariat Perlindungan Sinaran dan Pegawai Pengungsian (EC), Jabatan Keselamatan PPUKM, PDRM dan pihak penguatkuasa perlesenan (KKM) dalam masa 24 jam selepas kejadian berlaku dan laporan bertulis secara terperinci hendaklah diserahkan kepada KKM/AELB dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian tersebut merujuk kepada Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988, pada fasal 52(1) dan fasal 52(2) dan Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010.

8.5.4 Penyelia Perlindungan Sinaran (RPS) harus mengambil langkah untuk tindakan segera selari dengan keselamatan terhadap pekerja dan juga orang awam:

i. Mana-mana kecederaan fizikal atau keadaan perubatan yang memerlukan rawatan didahulukan.

ii. Nyahkontaminasi mana-mana pekerja terbabit dalam kemalangan atau dalam keadaan parah semasa dalam rawatan.

iii. Tandakan kawasan yang terbabit.

iv. Hadkan jalan masuk ke kawasan tersebut.

v. Nyahkontaminasi bilik, menggunakan peralatan pembersih dan alat pemonitoran yang sesuai.

vi. Seliaan akhir mesti dilakukan di bawah arahan atau seliaan Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO)/Penyelia Perlindungan Sinaran (RPS) untuk memastikan kawasan tersebut adalah selamat bagi melaksanakan kerja-kerja harian (jika berkaitan).

vii. Siasatan lanjut haruslah dilakukan oleh Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO) dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Krisis dan Bencana PPUKM.

viii.Penyelia Perlindungan Sinaran (RPS) harus mengisi borang Laporan Insiden (Kemalangan) untuk tujuan rekod dan siasatan.

ix. Siasatan akan disusuli dengan keputusan dan tindakan pembetulan yang diambil bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan dari berulang.

Page 19: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

58

x. Keputusan siasatan akan dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan Krisis dan Bencana PPUKM serta Pihak Pengurusan Pusat Perubatan UKM.

xi. Mangsa dan/atau pekerja yang terlibat akan dimaklumkan berkenaan dengan kemalangan tersebut.

xii. Semua laporan siasatan adalah rahsia dan mesti disimpan dengan selamat.

8.5.5 Nombor telefon kecemasan yang boleh dihubungi jika berlaku kemalangan radas penyinaran dan bahan radioaktif:

i. Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO): 03-91456178/6186/6917

ii. Jabatan Keselamatan: 03-91455090

iii. Pondok Polis PPUKM:0391455999

iv. Agensi Nuklear Malaysia :03-89250510

v. Kementerian Kesihatan Malaysia (Keselamatan Sinaran): 03-88832350

8.5.6 Pelan yang disediakan akan dikemas kini dari semasa ke semasa oleh Sekretariat Perlindungan Sinaran, PPUKM dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Krisis dan Bencana PPUKM serta dibantu oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PPUKM.

Page 20: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

59

CARTA ALIR PELAPORAN KEMALANGAN RADASPENYINARAN DAN BAHAN RADIOAKTIF

TAMAT

RPS/RPO mengambil langkah untuk tindakan segera berdasarkan keterukan (severity) kemalangan

menggunakan alat khas mengukur radiasi dan siasatan dijalankan

Penyelia Perlindungan Sinaran (RPS) atau Pegawai Perlindungan Sinaran

(RPO) melaporkan kemalangan radiasi kepada J/K Sekretariat Perlindungan

Sinaran, J/K Pengurusan Krisis dan Bencana, Jabatan Keselamatan dan

Pegawai Pengungsian (EC)

Penyelia Perlindungan Sinaran (RPS) atau Pegawai Perlindungan Sinaran

(RPO) melaporkan kemalangan radiasi kepada pihak Pengurusan PPUKM, PDRM dan KKM dalam masa 24 jam

berlaku kejadian

RPS/RPO mengisi borang laporan insiden dan laporan bertulis perlu dihantar kepada J/K Keselamatan

Sinaran dan Pihak Pengurusan PPUKM

RPS/RPO menghantar laporan bertulis secara terperinci kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh 30

hari dari tarikh kejadian

MULA

PTJ melaporkan kemalangan radas penyinaran dan bahan radioaktif (Tempat Kejadian) kepada RPS/RPO

Page 21: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

60

8.6 EVAKUASI KHAS DENGAN KEPERLUAN TERTENTU DI HOSPITAL

Pesakit di Pusat Perubatan UKM terdiri daripada Pesakit Yang Boleh Berjalan, Pesakit Semi-Compromised dan Pesakit Compromised. Dalam situasi cemas respons anda adalah berbeza mengikut keadaan individu seperti tidak dapat melihat atau mendengar; sukar bergerak atau berdiri; menggunakan alat bantuan berjalan atau berkerusi roda; hamil; dan pesakit-pesakit yang tidak berupaya untuk berjalan sendiri.

8.6.1 Evakuasi Orang Kurang Upaya Dengan Keperluan Tertentu- Tindak Balas IndividuSekiranya memerlukan bantuan untuk proses evakuasi:

i. Kenal pasti orang yang boleh membantu dan bantuan yang diperlukan sekiranya keadaan adalah kecemasan.

ii. Jika anda adalah warga kerja PPUKM atau pelanggan yang mempunyai keperluan khas, hubungi PITK/Ketua Tingkat (FM) yang berkaitan atau warga kerja PPUKM lain dan maklumkan bantuan yang diperlukan semasa kecemasan.

iii. Kenal pasti laluan keluar kecemasan yang berhampiran walaupun bukan laluan biasa anda.

8.6.2 Evakuasi orang dengan kecacatan fizikal

i. Tanya bantuan yang diperlukan (contohnya memastikan tiada halangan pada jalan keluar, berjalan bersebelahan atau di belakang orang berkenaan). Cuba elakkan daripada menasihati atau menawarkan bantuan jika anda tidak pasti kaedah yang selamat untuk membantu.

ii. Meminta izin sebelum memberi bantuan fizikal, mengangkat atau membawa orang sedar. Ini termasuklah menolak seseorang di kerusi roda, atau menolaknya bersama-sama orang lain.

iii. Lif tidak akan digunakan dalam keadaan kecemasan. Jika seseorang itu bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak dan tiada akses tersedia untuk menuruni tangga kecemasan, individu lain perlu bersama-sama mereka di TBS sehingga perkhidmatan kecemasan tiba. Pastikan PITK/ Ketua Tingkat (FM) dimaklumkan mengenai lokasi mereka (blok, tingkat, tangga).

8.6.3 Evakuasi Pesakit Yang Tidak Berupaya Untuk Berjalan Sendiri - Pesakit Semi-Compromised dan Pesakit Compromised.

Bagi Pesakit Semi-Compromised dan Pesakit Compromised, mereka akan dievakuasikan ke kawasan TBS sementara menunggu arahan selanjutnya. Anda boleh menggunakan selimut, evacuations sheets dan stretchers. Bagi pesakit sedemikian mereka perlu dibantu dan dikeluarkan menggunakan beberapa kaedah seperti berikut:

Page 22: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

61

1. Topang/ Tongkat Ketiak (Human Crutch – one man assit)

Jika satu kaki tercedera, mangsa dibantu berjalan menggunakan kaki yang elok sementara anda menyokong bahagian yang cedera.

2. Membawa Cara Menatang (Craddle Carry)

Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang ringan yang tidak boleh berjalan.

Page 23: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

62

3. Membawa Cara “Firefighter” (Firefighter’s Carry)

Jika kecederaan mangsa membenarkan, anda boleh bergerak dari jarak jauh den-gan membawa mangsa di atas bahu anda.

Page 24: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

63

4. Membawa Cara “Pack-Strap” (Pack-Strap Carry)

Apabila kecederaan menjadikannya tidak selamat untuk penyelamat membawanya, kaedah ini lebih baik untuk jarak jauh.

5. Membawa Cara Menggendong (Piggyback Carry)

Kaedah ini digunakan apabila mangsa tidak boleh berjalan tetapi boleh menggunakan tangan untuk digendong oleh penyelamat

Page 25: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

64

6. Bantuan Dua Orang (Two-person Assist)

Topang/tongkat ketiak

7. Membawa Secara Dua Orang Dengan Tangan (Two-Handed Seat Carry)

Membawa secara dua orang dengan tangan.

Page 26: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

65

8. Membawa Dengan Memegang Bahagian Tangan dan Kaki (Extremity Carry)

Membawa dengan memegang bahagian tangan dan kaki.

9. Membawa Dengan Kerusi (Chair Carry)

Untuk laluan yang sempit atau menaiki atau menuruni tangga. Gunakan kerusi yang kukuh yang boleh menampung berat mangsa.

Page 27: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

66

10. Membawa Secara Baring (Hammock Carry)

Dua hingga enam orang berdiri di sisi secara berselang pada orang yang tercedera dan cantumkan tangan di bawah mangsa.

Page 28: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

67

8.7 EVAKUASI WAD NEONATAL INTENSIVE CARE UNIT

8.7.1 Hentikan segala prosedur kerja dengan serta merta.

8.7.2 Boarder babies perlu dipindahkan oleh petugas dalam kot/bassinet masing-masing. Inkubator perlu dipindahkan ke lokasi lain dan jika perlu beberapa orang bayi boleh diletakkan dalam satu inkubator.

8.7.3 Head count setiap bayi, pelawat dan warga kerja PPUKM.

8.8 EVAKUASI PERAWATAN KHAS (ICU/CCU/HDW)

8.8.1 Setelah mendapat arahan pakar, pindahkan pesakit tenat yang menggunakan pelbagai peralatan sokongan organ (sokongan hemodynamik, sokongan respiratori dan lain-lain) untuk proses evakuasi.

8.8.2 Head count setiap pesakit, pelawat dan warga kerja PPUKM.

8.9 EVAKUASI DEWAN BEDAH

8.9.1 Pesakit-pesakit di Ruang Penerimaan Pesakit Dewan Bedah dan Ruang Pemulihan hendaklah dipindahkan terlebih dahulu.

8.9.2 Semua pembedahan hendaklah dihentikan dengan segera.

8.9.3 Semua pesakit yang diintubasi akan diberi bantuan pernafasan secara manual dan dipindahkan oleh pasukan bedah masing masing.

8.9.4 Semua kes pembedahan yang lain hendaklah dibatalkan.

8.9.5 Head count setiap pesakit, pelawat dan warga kerja PPUKM.

8.10 EVAKUASI BILIK KELAHIRAN

8.10.1 Selesaikan prosedur kelahiran secepat mungkin.

8.10.2 Arahkan petugas membawa inkubator, peralatan dan bekalan perubatan bersama pesakit jika perlu untuk melengkapkan prosedur bersalin.

8.10.3 Bayi boleh dibawa bersama oleh ibu atau petugas.

8.10.4 Pastikan semua tanda nama bayi dan ibu telah dipakaikan sebelum proses evakuasi.

8.10.5 Head count setiap pesakit, pelawat dan warga kerja PPUKM.

8.11 EVAKUASI WAD DAN KLINIK PSIKIATRI

8.11.1 Hentikan semua prosedur kerja serta merta.

8.11.2 Semua pesakit yang berpotensi menjadi agresif perlu dikawal secara fizikal sebelum proses evakuasi, sementara pesakit yang boleh memberi kerjasama dan pelawat dipindahkan mengikut pelan evakuasi yang telah ditetapkan.

8.11.3 Pesakit yang tidak berupaya hendaklah dibalut dengan selimut dan dipindahkan dengan selamat.

8.11.4 Head count setiap pesakit, pelawat dan warga kerja PPUKM.

Page 29: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMANPUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

68

8.12 EVAKUASI WAD PEDIATRIK

8.12.1 Hentikan segala prosedur kerja dengan serta merta.

8.12.2 Pindahkan kanak-kanak ke tempat yang diisytihar selamat seperti pesakit lain dan dinasihatkan untuk diselang-seli kanak-kanak mengikut peringkat umur. Jururawat dan penjaga perlu berada di setiap barisan untuk mengawal mereka.

8.12.3 Head count setiap pesakit, pelawat dan warga kerja PPUKM.

Page 30: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

POLISI DAN GARIS PANDUAN PELAN BENCANA DALAMAN PUSAT PERUBATAN UKM

Edisi Pra-Percetakan-Semakan 02

69

9.0 RUJUKAN

Malaysia. (2012). Arahan No. 20 (Semakan Semula) Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Putrajaya: Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. (2012). Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Diakses daripada http://www.bomba.gov.my/main.php.

Pelan Tindakan Bencana HKL Edisi 2011. (2011). Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur.

Medical Response For Radiation Emergency Hospital Kuala Lumpur 2011 (Draft)

Edition (2011). Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur.

Radiation Safety Manual (Part 1) Ionizing Radiation. (2008). Kuala Lumpur: Pusat Perubatan University Malaya.

Basiran, A. (2008). Emergency Response Team (ERT) & Emergency Response Plan (ERP) (OHS-67) Rev. No.:C;Rev. Date:01/01/2008. Selangor: Aziz EHS Consultant Sdn Bhd.

Emergency Procedures Monash University Sunway Campus. (2010). Selangor: Sunway

Campus. Diakses daripada http://www.monash.edu.au/osh/topics/procedures/malaysia-emergency.pdf.

National Safety Council. (2007). Lifting and Moving Patients. New York: The McGraw-Hill Companies. Diakses daripada ww2.shoreline.edu.edu/wellness/…/05_Lifting_and_Moving_Patients.ppt.

Lifting and Moving Patients. Diakses daripada http://webtools.delmarlearning.com/sample_chapters/Whalters_06.pdf.

Page 31: PERINCIAN JABATAN/PUSAT/UNIT/BAHAGIAN Bil Zon Jabatan ... · Satelit, Klinik Psikiatri, Klinik Radiologi & Onkologi, Wad Psikiatri Lelaki & Wanita, Psikiatri Remaja & Kanak-kanak,

Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran PekerjaanTingkat G, Blok Asrama Jururawat, Pusat Perubatan UKM

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak56000 Cheras, Kuala Lumpur.