pergerakan

11
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ307 3 TAJUK 2.3 PERGERAKAN 1.1.1 Definisi Pergerakan asas ialah proses memandu murid untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Konsep pergerakan asas menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu dilakukan. 1.1.2 Konsep Pergerakan Asas Kesedaran Tubuh Badan: Bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk. Contohnya, menggerakkan tangan ke belakang, menyeimbangkan badan dengan berdiri menggunakan sebelah kaki. Kebiasaannya aktiviti ini dilakukan sebelum memulakan aktiviti sukan, dipanggil aktiviti memanaskan badan. Kesedaran Ruang: Lokasi dibahagikan kepada ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang yang terdapat di sekeliling kanak-kanak manakala ruang am ialah ruang yang menggunakan semua ruang seperti dewan dan padang. Arah merujuk kepada atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Contoh aktiviti yang melibatkan arah ialah Passing bola ke atas, bawah, kiri dan kanan. Aras pula merujuk kepada aktiviti yang melibatkan kedudukan seperti rendah, sederhana dan tinggi manakala laluan melibatkan kedudukan seperti lurus, melengkung dan juga zig-zag. Bagi ekstensi pula, ia melibatkan ruang seperti besar, kecil, jauh dan dekat. Beban: Beban bermaksud kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kepada sesuatu kekuatan. Beban diukur mengikut masa, daya dan juga aliran. Masa merujuk kepada cepat atau lambat sesuatu pergerakan itu 1.1 PENGENALAN KEPADA KONSEP PERGERAKAN

Upload: jackqueline1103

Post on 15-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

waj3073 sdp

TRANSCRIPT

Page 1: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

TAJUK 2.3 PERGERAKAN

1.1.1 Definisi

• Pergerakan asas ialah proses memandu murid untuk memperolehi kecekapan

pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi

dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan

penerokaan, penemuan dan kreativiti.

• Konsep pergerakan asas menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu

pergerakan itu dilakukan.

1.1.2 Konsep Pergerakan Asas

Kesedaran Tubuh Badan: Bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan

pelbagai bentuk. Contohnya, menggerakkan tangan ke belakang,

menyeimbangkan badan dengan berdiri menggunakan sebelah kaki.

Kebiasaannya aktiviti ini dilakukan sebelum memulakan aktiviti sukan, dipanggil

aktiviti memanaskan badan.

Kesedaran Ruang: Lokasi dibahagikan kepada ruang diri dan ruang am. Ruang

diri ialah ruang yang terdapat di sekeliling kanak-kanak manakala ruang am ialah

ruang yang menggunakan semua ruang seperti dewan dan padang. Arah

merujuk kepada atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Contoh aktiviti

yang melibatkan arah ialah ‘Passing’ bola ke atas, bawah, kiri dan kanan. Aras

pula merujuk kepada aktiviti yang melibatkan kedudukan seperti rendah,

sederhana dan tinggi manakala laluan melibatkan kedudukan seperti lurus,

melengkung dan juga zig-zag. Bagi ekstensi pula, ia melibatkan ruang seperti

besar, kecil, jauh dan dekat.

Beban: Beban bermaksud kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kepada

sesuatu kekuatan. Beban diukur mengikut masa, daya dan juga aliran. Masa

1.1 PENGENALAN KEPADA KONSEP PERGERAKAN

Page 2: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

merujuk kepada cepat atau lambat sesuatu pergerakan itu dilakukan. Jika beban

itu tinggi maka pergerakan juga akan menjadi lambat begitu juga sebaliknya.

Daya ialah kuat atau ringan sesuatu beban itu. Aliran bermaksud beban itu

terikat ataupun bebas.

Perhubungan: Berkait antara hubungan dengan objek dan juga manusia. Antara

hubungan dengan objek adalah seperti atas dan bawah, dekat dan jauh, keliling,

sisi, bertemu dan berpisah. Hubungan dengan manusia pula seperti memimpin

dan ikut, cermin dan padan, solo, berpasangan dan berkumpulan.

1.2.1 Jenis Pergerakan Asas

Pergerakan lokomotor:

o Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang

menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut.

Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan

berubah kedudukan. Dasar yang menyokong pelaku

berubah kedudukan mengikut pergerakan.

o Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran

(beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan,

berterusan dan licin).

o Melibatkan aspek arah tinggi, sederhana dan rendah.

Contoh, aktiviti lompatan. Aspek aliran, seperti awangan,

lurus, berliku-liku dan zig-zag. Contoh, berjalan lurus lalu

melompat ke atas (awangan), berjalan berliku-liku dan

berjalan mengikut zig-zag. Aspek beban, seperti halus-

ringan (pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang

sedikit) dan berat-kuat (pergerakan berat). Aspek masa.

Contoh, cepat dan lambat.

o Objektif adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan

menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan,

melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk

1.2 PENDEDAHAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS PERGERAKAN

Page 3: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

menjaga postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan

menyerapkan aspek ruang, masa, beban dan aliran,

mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian,

mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi

alatan, melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea

secara simbolik melalui pergerakan dan berasa riang,

seronok dan yakin melakukan pergerakan serta mengisi

masa dengan aktiviti yang berfaedah.

Contoh:

Pergerakan Lokomotor Huraian

Berjalan Pergerakan merentasi ruang dengan

memindah-mindahkan berat badan dari satu

kaki ke kaki yang lain.

Frasa pengajaran penting:

- Hujung kaki menghala lurus ke hadapan

dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah

kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus.

- Tangan menghayun bebas berselang-seli

mengikut arah yang bertentangan dengan arah

kaki melangkah.

- Apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh

tanah, satu tapak terpijak pada yang baharu

terhasil dan boleh menahan anggota badan

daripada rebah.

Berlari Kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari

kaki dan jangan menggunakan telapak kaki

penuh ketika berlari.

Semasa berlari, lutut diangkat ke hadapan dan

kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat

terpijak.

Kaki belakang dibengkokkan serta terangkat

dari tanah setelah mengambil kekuatan atau

Page 4: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

lanjutan untuk bergerak maju.

Panjang langkah kaki, percepatkan langkah

dan perlu pandai mengawal pernafasan.

Frasa pengajaran penting:

- Berlari di atas berbola kaki.

- Bengkokkan siku dan lutut.

- Ayun tangan ke hadapan.

- Tegakkan kepala.

- Berlari dengan gaya yang lembut.

Melompat Merujuk kepada pergerakan yang mengangkat

badan ke udara daripada tempat terpijak

dengan tolakan atau lonjakkan sebelah atau

kedua-dua belah kaki, kemudian turun semula

di atas sebelah atau kedua-dua kaki.

Frasa pengajaran penting:

- Mengayun tangan ke belakang dan ke

hadapan, dan ke bawah dan ke atas.

- Membengkokkan lutut dan buku tali dan

melonjak dengan kuat.

- Hulur dan jejak.

Skipping Skip adalah gabungan berjalan dan melompat

dengan satu kaki.

Frasa pengajaran penting:

Langkah dengan sebelah kaki,

kemudian ketingting dengan kaki yang

sama,.

Tukar ulang pergerakan dengan kaki

yang sebelah lagi.

Pergerakan ini boleh dilakukan dengan

arah yang bebas, tetapi polanya

hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar

kaki sambil mengimbangkan berat

badan pada setiap pertukaran langkah.

Page 5: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

Gimnastik Aktiviti yang kreatif.

Rangkaian pergerakan yang dicipta dengan

atau tanpa alat.

Ruang penting dalam gimnastik.

Tilam digunakan sebagai alas yang selamat

atas sebab keselamatan.

Tema dalam Gimnastik Pendidikan:

- Kesedaran Tubuh Badan

- Kesedaran Ruang

- Kesedaran Masa

- Kesedaran Perkaitan antara Pelbagai

Bahagian Tubuh Badan

- Kesedaran Beban

- Kesedaran Aliran

- Kesedaran Perkaitan dengan Orang Lain

- Perkaitan Ritma

Kualiti Kesedaran Beban:

• Bertahan

• Pergerakan Bergetar-getar

• Pergerakan bercirikan Prekusi

• Pergerakan Staccato

• Pergerakan bercirikan Bandul

• Pergerakan Runtuh

Objektif Gimnastik Artistik:

- Memberi peluang kepada murid membangun

pengurusan dan kawalan badan.

- Membangunkan kekuatan, daya tahan otot

dan kardiovaskular, kelembutan serta mobiliti.

- Membolehkan murid berinteraksi.

- Memupuk sifat kerjasama, cara berkongsi

idea dan menghormati idea orang lain.

Kriteria penting dalam P&P Gimnastik Artistik:

- Pergerakan: Pergerakan yang sempurna

Page 6: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

adalah hasil dari teknik yang betul. Pergerakan

yang kompleks dimulakan dengan yang asas

dahulu.

- Rangkaian: Gabungan dari kemahiran-

kemahiran asas. Rangkaian pergerakan yang

sempurna merujuk kepada pergerakan yang

lincin dan berterusan.

- Kecergasan: Penting untuk membantu pelaku

menghasilkan gerakan. Aktiviti regangan,

kelenturan, kekuatan serta daya tahan perlu

dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan

kemahiran.

- Nilai Kinestetik dan Estetik: Penghayatan

keindahan dan kecantikan postur sesuatu

pergerakan dapat ditonjolkan dengan

kefahaman gerakan otot dan anggota badan.

- Postur dan Keyakinan Diri: Postur yang betul

perlu ditegaskan dari awal, sewaktu

memulakan, semasa melakukan dan sewaktu

mengakhiri aktiviti ketika mendarat.

Menerapkan prinsip ansur maju dapat

memupuk keyakinan diri.

- Alatan: Ketinggian alatan perlu sesuai dengan

kebolehan murid.Alat reka ganti boleh

menggantikan alat sebenar dengan syarat

dipastikan dari segi kesesuaian dan

keselamatan.

Jenis-jenis Gimnastik Artistik:

- Acara Melombol: Contohnya, lombol

kangkang dan lombol muka. Boleh membantu

menguasai pergerakan menggunakan alatan

yang memerlukan kekuatan tangan dan

pendaratan yang baik. Ketangkasan, imbangan

dan lombol boleh memberi kesedaran ruang,

Page 7: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

masa, beban dan aliran serta membina daya

kreatif, reka cipta dan pengubahsuaian bagi

menghasilkan rangkaian pergerakan yang

harmoni dan estetik.

- Acara Palang: Boleh membantu gimnas

membina kekuatan lengan dan bahu.

- Acara Kuda Berpelana: Alatan yang

digunakan lebih sama bentuk dengan kekuda

lombol tetapi mempunyai dua pemegang kayu

di atasnya (bonjol pelana). Bonjol pelana

digunakan untuk memindahkan keseluruhan

berat badannya di atas sebelah atau kedua-dua

lengannya. Kejayaan bergantung pada

tumpuan, imbangan dan rentak.

- Acara Batang Titian: Satu alatan gimnastik

yang membantu perkembangan pembentukan

dirian tubuh dan gaya yang baik. Ciri terpenting

ialah pergerakan imbangan yang mesti

dilakukan dengan berhati-hati di atas alatan

yang lebarnya hanya 10cm.

- Acara Gelang: Dibantu jurulatih untuk

mendapatkan pegangan pertama, jika peserta

terjatuh dia mempunyai 30 saat untuk naik

semula. Semasa mendarat peserta tidak

dibenarkan melangkah tetapi boleh

membetulkan imbangannya, tetapi ditolak

markah.

- Acara Palang Tunggal: Dapat mewujudkan

suasana kemuncak pertandingan. Semua

gerakan adalah dilakukan melalui tangan dan

bahagian depan lengan.

Page 8: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

Pergerakan bukan lokomotor:

o Pergerakan tanpa beralih tempat.

o Melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar

menyokong pelaku pergerakan.

o Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada

sendi buka-tutup dan pusing putar.

o Pergerakan yang disebut sebagai bergerak tanpa beredar.

o Contoh, tekan tubi, imbangan Y, tepuk amai-amai dan menolak

dan menarik.

1.3.1 Definisi

Pendidikan pergerakan asas adalah satu wacana yang menyumbang ke arah

perkembangan keseluruhan murid demi membentuk sikap sahsiah murid tentang

keperluan emosi, estatik dan sosial.

1.3.2 Kebaikan Pendidikan Pergerakan Asas

Murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka.

Murid-murid dapat memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang

melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan

dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan.

1.3.3 Kemahiran Persepsi Motor

Penting dalam mengajar membuat gerakan berkordinasi.

1.3 PENGENALAN KEPADA ASAS PERGERAKAN DI SEKOLAH RENDAH

Page 9: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

Persepsi motor membolehkan kanak-kanak memahami perkaitan antara bentuk

atau corak dalam gerakan dan berasa kehadiran dirinya dalam ruang, mengenal

pasti arah kiri, kanan, depan atau belakang.

Contoh:

o Mengimbang: Kebolehan seseorang mengawal dan mengekalkan

posisi badan semasa melakukan aktiviti. Tapak yang lebar lebih

seimbang kerana kedudukan pusat graviti objek rendah.

Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya garis

graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu

garis.

o Kesedaran badan

o Kesedaran ruang

o Kesedaran arah: Kesedaran arah membolehkan murid menyedari

dan memanipulasi arah di dalam ruang persekitarannya. Terbina

daripada kesedaran hala datar. Aktiviti kesedaran arah

memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh seperti

tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan

kesedaran hala datar kanak-kanak.

o Koordinasi: Merujuk kepada keseragaman yang cekap dalam

pergerakan badan, penggunaan kesemua anggota badan serta

kebolehan anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta

hubungannya dengan minda dan keupayaan otot dan otak

menyelaraskan pergerakan secara lancar. Contoh, menangkap

bola, menahan bola, menyangga bola dan melakukan rejaman.

Page 10: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

1.3.4 Pergerakan Kreatif

Definisi:

o “Dalam setiap pergerakan asas, tema-tema melambangkan idea

pergerakan yang berkembang seimbang dengan sesuatu

peringkat perkembangan citarasa kanak-kanak yang sedang

membesar terhadap aktiviti pergerakan. Di peringkat-peringkat

kemudiannya perkembangan mental kanak-kanak itu akan

membolehkan mereka memahami tentang prinsip-prinsip yang

terlibat” (Laban, 1980:28)

o Sybil Huskey (1979) dalam bukunya Facilitating Creative Growth

of Children menyatakan tarian kreatif boleh menjadi semudah

seperti rasa riang ketika berlari-lari dan kemudian berhenti kaku

dengan membentuk tubuh dalam bentuk-bentuk tertentu ataupun

dalam bentuk-bentuk yang agak kompleks yang merangkumi dan

menghubung semula aspek pengalaman manusia.

Ciri-ciri:

o Dapat membentuk personaliti unggul seperti sifat berani,

berkeyakinan, dan berdisiplin.

o Keriangan belajar yang dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti

dijalankan.

o Dapat melihat keupayaan kanak-kanak menyelesaikan masalah.

3 Apek Penting dalam Pergerakan Kreatif:

o Kebebasan pengucapan idea dan perasaan

o Ritma

o Kreativiti

Tema Pergerakan Kreatif:

o Kesedaran Tubuh Badan

Page 11: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

o Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

o Kesedaran Ruang

o Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa: Tema ini

berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan

dengan menggunakan ruang dan masa. Aliran mengutamakan

kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam

melakukan gerakan. Aliran bebas merujuk kepada keseluruhan

tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan seperti

melompat manakala aliran terikat ialah pergerakan yang mudah

berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang seperti

berjalan. Ruang terus: Ruang yang digunakan secara langsung

dengan berada dalam lingkungan kawasan yang tidak luas.

Aktiviti yang dilakukan merupakan aras yang rendah. Contoh,

berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-

zag.

Ruang tidak terus: Ruang yang digunakan secara tidak langsung

digunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam

lingkungan yang lebih luas berbanding ruang terus.

o Penyesuaian Terhadap Rakan: Kemahiran berkomunikasi dalam

pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti:

Kerja berkumpulan dan kumpulan bekerjasama.

o Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat: Tema ini memberi

peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan

menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara

spontan dan bebas.

o Ritma berkaitan dengan Pekerjaan: Ritma ini digunakan sebagai

rangsangan pergerakan. Ciri-ciri untuk mengenal pasti lakuan

pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan

ialah bentuk tangan yang memegang sesuatu alat, ritma yang

terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan, peralihan

antara dua pergerakan dan cara tubuh badan digunakan untuk

melakukan pergerakan.

Page 12: Pergerakan

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

Disediakan oleh,

Lai Jin Man, Lau Kai Xin

Looi Wing Lin, Winnie Kho Jen Nie