muzik dan pergerakan

49
KAF 2023 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN(KAF 2023) MUZIK DAN PERGERAKAN DI SEDIAKAN OLEH : NURLIYANA BINTI AHMAD KHATIB D20082033993 MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAMAT D20082034003 NOR FAIZAH BINTI HASBULLAH D20082033994 NURMAIZATULAILI BINTI SAIDI D20082034012 NURUL HUDA BINTI ABDUL RAHMAN D20082034108

Upload: guest4b329ff

Post on 30-Nov-2014

83.236 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik Dan Pergerakan

KAF 2023 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN(KAF 2023)MUZIK DAN PERGERAKAN

DI SEDIAKAN OLEH :NURLIYANA BINTI AHMAD KHATIB D20082033993MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAMAT D20082034003

NOR FAIZAH BINTI HASBULLAH D20082033994NURMAIZATULAILI BINTI SAIDI D20082034012NURUL HUDA BINTI ABDUL RAHMAN D20082034108

Page 2: Muzik Dan Pergerakan

DEFINISI MUZIK

• Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

Page 3: Muzik Dan Pergerakan

DEFINISI PERGERAKAN

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “ melakukan” (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.

Page 4: Muzik Dan Pergerakan

Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara Automatis Spontan Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagaipergerakan badan

Page 5: Muzik Dan Pergerakan

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka,

imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘non verbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada

pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan

gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

Page 6: Muzik Dan Pergerakan

KEPENTINGAN MUZIK dan

PERGERAKAN TERHADAP:• Emosi

- Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak.

• Kognitif - Meningkatkan daya pendengaran - Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.• Kegembiraan

- Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak.

Page 7: Muzik Dan Pergerakan

• Fizikal- Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar.

- Meningkatkan kemahiran motor. - Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan

tangan.• Keyakinan diri.

- Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri.

• Kreativiti- Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.

Page 8: Muzik Dan Pergerakan

5 jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah

ke kompleks

Gerakan mengikut lirik laguGerakan asas dengan muzikInterpretasi muzik dengan gerakanGerakan bebas dengan muzikGerakan yang menunjukkan cerita atau tema

Page 9: Muzik Dan Pergerakan

PENDEKATAN DALCROZEIrama adalah pendekatan asas dalampendidikan muzik Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanakElemen irama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakanKesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami, dan diekspresikan dengan badan

Page 10: Muzik Dan Pergerakan

PENGLIBATAN

Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perluMendengarMerasai (feel)Berimaginasi kuat( strong imagination)Menginterpretasi bunyiBertindak/respon/bergerak

Page 11: Muzik Dan Pergerakan

KECERDASAN MUZIK

Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik . Sensitif dengan bunyi dipersekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

Page 12: Muzik Dan Pergerakan

KECERDASAN KINESTETIKKebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh.Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental.

Page 13: Muzik Dan Pergerakan

PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK

Umur perkembangan

Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula: bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.

4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber muzik.

10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

Page 14: Muzik Dan Pergerakan

18 bulan – 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.

2 - 3 tahun Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.

Page 15: Muzik Dan Pergerakan

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat.

4 – 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.

5 – 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.

Page 16: Muzik Dan Pergerakan

MENYANYIPeringkat umur Perkembangan

Lahir – 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah ‘muzik’: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula ‘bercakap yang bukan-bukan’ mengulangi suara seperti “ba-ba-ba.”

6 – 18 bulan Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.

Page 17: Muzik Dan Pergerakan

18 bulan – 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.

3 ½ - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula: sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.

Page 18: Muzik Dan Pergerakan

4 – 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.

5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat: Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

Page 19: Muzik Dan Pergerakan

BERMAIN ALAT MUZIKPeringkat umur Perkembangan

6 – 9 bulan Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.

18 bulan – 2 tahun Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.

Page 20: Muzik Dan Pergerakan

2- 3 ½ tahun Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya.

4- 5 tahun Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.

Page 21: Muzik Dan Pergerakan

CONTOH PERALATAN MUZIK

Page 22: Muzik Dan Pergerakan

BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN

Page 23: Muzik Dan Pergerakan

Muzik dan pergerakan untuk

kanak-kanak berkeperluan khas

Page 24: Muzik Dan Pergerakan

Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak

kurang upayaMuzik dan pergerakan penting untuk semua

kanak-kanak termasuklah kanak-kanak kurang upaya.

Guru haruslah membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti yang dijalankan.

Membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka sebebas mungkin dan dapat memberikan pengalaman kepada mereka.

Page 25: Muzik Dan Pergerakan

Berikut adalah panduan dalam merancang aktiviti muzik dan

pergerakan untuk kanak-kanak kurang upaya

Page 26: Muzik Dan Pergerakan
Page 27: Muzik Dan Pergerakan

Teknik mengajar yang baik untuk kanak-kanak berkeperluan khas

Guna banyak pendekatan yang berbeza dengan pelbagai media untuk meningkatkan variasi dan kelajuan.

Guna segmen-segmen kecil. Membangun keakraban, memberi pengalaman. Menyediakan pilihan kegiatan yang sesuai. Cuba melakukan pergerakan yang sukar tapi dapat diikuti

oleh kanak-kanak. Mengenali perbezaan dalam pemerhatian. Elakkan rangsangan berlebihan atau aktiviti yang panjang. Ingat keseimbangan dalam aktiviti. Mengelak daripada melakukan kejutan. Membangun kejayaan kepada kanak-kanak.

Page 28: Muzik Dan Pergerakan

Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak dengan

keperluan khususkanak-kanak ketidakupayaan atau kegagalan belajar Merujuk kepada kecacatan kanak-kanak seperti disleksia, masalah

pendengaran dan masalah penglihatan, gangguan perhatian dan masalah ingatan dan sebagainya.

Kanak-kanak dengan Attention deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) tidak boleh duduk atau turut serta dalam kegiatan muzik yang lama dengan ahli kumpulan lain.

Salah satu cara guru-guru dapat membantu mereka untuk fokus pada gerakan muzik dan pergerakan adalah membawa mereka ke lokasi tertentu dan memuji mereka untuk tetap pada tugas.

Melakukan muzik dan aktiviti gerakan secara individual. memberikan headphone untuk kanak-kanak untuk mendengar muzik atau

memperkenalkan mereka kepada komputer animasi dengan iringan muzik sebagai cara untuk membantu kanak-kanak dalam melakukan pergerakan dalam muzik.

Page 29: Muzik Dan Pergerakan

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK BAYI

DAN KANAK-KANAK KECIL

Page 30: Muzik Dan Pergerakan

BAYI(INFANTS) • Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik.

• Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu. Justeru,

penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka

mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.

• Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut

mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga.

• Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka, malah

penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan

penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik

sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang

dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.

Page 31: Muzik Dan Pergerakan

Stimulasi pendengaran bayi• Sejak lahir hingga 1 tahun, kebanyakkan bayi mula

memperbaiki kemampuan mereka untuk mendengar suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka.

• Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka.

• Muzik merupakan pengalaman yang tak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan kemahiran mendengar.

• Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar muzik.

Page 32: Muzik Dan Pergerakan

KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS)

• Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik.

• Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya.

• Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut.

• Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak.

• Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan.

Page 33: Muzik Dan Pergerakan

PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK &

PERGERAKAN • Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak.

• Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema “anggota badan”.

• Sediakan aktiviti yang fleksibel• Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak

mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka.• Gunakan bahasa yang mudah difahami.• Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada

kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik.

Page 34: Muzik Dan Pergerakan

• Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti:

Page 35: Muzik Dan Pergerakan

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK

KANAK-KANAK 3 TAHUN

Page 36: Muzik Dan Pergerakan

Muzik & Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun

•Telah mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang memberangsangkan.

•Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik.

•Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik

Page 37: Muzik Dan Pergerakan

Tindak Balas Kanak-kanak Terhadap Bunyi & Pergerakan

• Akan menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka, memusingkan lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan bertenaga.

• Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak. • Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan,

menyukai permainan drama dan khayalan. • Mula minat untuk bermain alat muzik seperti

drum, tamborin dan kayu stick.

Page 38: Muzik Dan Pergerakan

Panduan Mengajar Muzik Untuk Kanak-kanak 3 Tahun

• Muzik yang dipilih mestilah bersesuai dengan perkembangan mereka.

• Mengajar dalam kumpulan yang kecil .• Ketika mengajar muzik, cuba selitkan dengan

nyanyian spontan seketika. • Memperkenalkan alatan muzik satu persatu

kanak-kanak dan membunyikan alat tersebut.

Page 39: Muzik Dan Pergerakan

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK

KANAK-KANAK4 – 8 TAHUN

(KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY)

Page 40: Muzik Dan Pergerakan

• Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik

• Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan pergerakan mengikut muzik

• Antaranta ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi

Page 41: Muzik Dan Pergerakan

Tahap perkembangan (Low level)

• Antara akitiviti yang dilakukan ialah– Berguling– Meniarap– Mengesot– Berjalan sambil mengheret kaki– Bergerak ke belakang dan depan

Page 42: Muzik Dan Pergerakan

Tahap perkembangan (Middle level)

• Merangkak• Duduk mencangkung• Lompat katak• Berjalan dengan empat kaki

Page 43: Muzik Dan Pergerakan

Tahap perkembangan (High level)

• Langkah seperti raksaksa• Dapat menggunaka tongkat Pogo• Berjalan sambil memegang bendera• Berjalan menggunakan lutut• Dapat melompat dan berlari• Berlari dan berhenti

Page 44: Muzik Dan Pergerakan

Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi

• Pergerakan dapar menggambarkan perwatakan kanak-kanak

• Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi)

• Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan

• Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak, bila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan

• Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya

Page 45: Muzik Dan Pergerakan

Pergerakan dan muzik sebagai satu permainan

• Meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan

• Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan

Page 46: Muzik Dan Pergerakan

Muzik dan pergerakan dan bahasa seni

• Perkembangan bahasa– Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan

bahasa kanak-kanak– Dapat membantu kanak-kanak memezakan antara

perkatan, huruf dan suku kata– Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan

seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa

– Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanak-kanak meningkatkan penguasaan bahasa mereka

Page 47: Muzik Dan Pergerakan

Muzik dan kemahiran membaca

• Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka

Page 48: Muzik Dan Pergerakan

Muzik, pergerakan dan matematik• Puzzle dapat membantu kanak-kanak mengembangkan

kemhiran matematik mereka• Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang

– Besar dan kecil– Panjang dan pendek– Tinggi dan rendah– Awal dan lambat– Sikit– Banyak– Sekali– Kumpulan dll

• Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan membesar dan mengecilkan badan mereka

Page 49: Muzik Dan Pergerakan

KESIMPULAN• Muzik dan pergerakan adalah elemen penting

yang perlu ada dalam aktiviti dan program pra sekolah.

• Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar.

• Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.