qgj3043 analisis pergerakan

19
QGJ3043 PERGERAKAN DAN RITMA JENIS TUGASAN: ANALISIS AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF DISEDIAKAN OLEH: Nama Awang Abu No. Matrik D2012016 Kumpulan UPSI02 ( Minor PJK2) Nama Pensyarah E-Learning 0

Upload: rowongcilik

Post on 27-Sep-2015

49 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Analisis Pergerakan

TRANSCRIPT

QGJ3043PERGERAKAN DAN RITMA

JENIS TUGASAN:ANALISIS AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF

DISEDIAKAN OLEH:

NamaAwang Abu

No. MatrikD2012016

KumpulanUPSI02 ( Minor PJK2)

Nama Pensyarah E-Learning

No. Telefon Pelajar

KANDUNGANBILPERKARAHALAMAN

1Pengenalan

2

2Definisi

3

3Ciri-ciri Pergerakan Kreatif

4

4Jadual Analisis Pergerakan Kreatif

5

5Kesimpulan

12

6Rujukan

13

1.0 PENGENALANPergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan kreatif terhasil daripada cetusan idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberikan. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep pergerakan.

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna.

Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif tidak berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan mengikut interpretasi dan penilaian kendiri. Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif. Kesemua unsur yang dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah: Tubuh badan Ruang Masa Daya

2.0 DEFINISI Secara ringkasnya pergerakan kreatif bermaksud penggunaan pergerakan anggota tubuh, irama dan daya kreativiti sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi mereka. Pergerakan ini meliputi aktiviti gerak tari dan bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Ketika melakukan pergerakan bersama-sama muzik kanak-kanak biasanya akan mengikut alunan muzik sama ada terarah atau mengikut kreativiti mereka sendiri. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengariMenurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Pergerakan kreatif merupakan gabungan antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi . Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik ketika melakukan pergerakan. Fowler(1981) pula mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala idea digabungkan atau diubah suai untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.Menurut Afnan Akmal, Pergerakan Kreatif adalah salah satu cara pembelajaran yang boleh membantu kanak-kanak meningkatkan perkembangan menyeluruh mereka. Aktiviti Pergerakan Kreatif, memberikan tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka persekitarannya secara semulajadi. Melalui pengalaman kinestetik yang diperolehi, kanak-kanak akan memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

3.0 CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF Pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semula jadi dan tidak formal. Pada masa yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan . (Combest,1975; Dimondstein, 1983). Pergerakan atau gerak tari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Peregrakan ini membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976) Pergerakan kreatif akan membantu perkembangan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek. (HDoubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob 1986) Pergerakan kreatif memberikan peluang kepada individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983) Pergerakan kreatif merupakan aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

.

4.0 JADUAL ANALISIS PERGERAKAN KREATIFTEMAHURAIAN UNSURPERGERAKANMENGIKUT TEMA

DUA GAMBAR CONTOH

a.Tema 1 :KesedaranTubuh Badan

menggunakan pergerakan lokomotor, bebas menggunakan anggota badan untuk bergerak

G1 berjalanG2 naik turun

b. Tema 2 :KesedaranRintanganBeban danMasa

membantu pelajar mengawal pergerakan mereka supaya dapat melahirkan perasaan melalui pergerakan melakukan pergerakan yang lembut, halus menggunakan kekuatan otot ringan semasa bergerak Beban halus ringanBerat kuat Masa Serta- merta Kawal- lambat Beban dan masa Berat dan Kawal- Lambat Halus dan Serta Merta Berat dan Serta- Merta Halus dan kawal lambat

G3 peninju

G4 penyelam apung diri

c. Tema 3 :KesedaranRuang

pergerakan yang mengaplikasikan penggunaan ruang dalam ekspresi perasaan melakukan laluan zig zag pergerakan badan mengikut aras pergerakan ekstensi pergerakan sekeliling dirinya penggunaan lima arah bahagian tubuh

G5 berdiri di atas hujung jari kaki

G6 membesarkan badan

d.Tema 4 :AliranBeban badanDalam Ruang Dan Masa

kelancaran pergerakan dalam penggunaan ruang dan masa

aliran terikat boleh diberhentikan dengan mudah dan serta-merta aliran bebascontohnya lompatan, gulingan dan putaran

RuangRuang Terus pergerakn yang lurus, melengkung dan zig-zag,. Ruang tidak terus Contohnya adalah pusingan dan pulasan. MasaKeseluruhan bahagian tubih badan bergerak serentak atau satu bahagian tubuh badan mendahului pergerakan.

Pergerakan serentakseperti melompat dan gulingan

Pergerakan berturut turutberjalan- Menggunakan sebelah kaki untuk mendahului bahagian tubuh badan yang lain.

G7 putaran

G8 jalan mengheret kaki

G9 lompatan

e. Tema 5 :PenyesuaianTerhadap Rakan

kemahiran berkaitan dengan hubungan /komunikasidengan pasangan kumpulan melalui pergerakan

Kerja berpasukanpertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan

Kerja berkumpulan- ketua dengan pengikut - kumpulan bekerjasama - ahli-ahli kumpulan bertgentangan dengan rakan-rakanPertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan

G10 meniru rakan

G11 bertukar tempat

G12 aksi depan cermin

f. Tema 6Penggunaan TubuhBadanSebagai alat

tubuh badan diguna secara bebas sebagai alat persembahan lompatan asaspelajar melonjak dan menjelajah di udara dengan lompatan secara spontan dan bebas bentuk tubuh badan

i. Lurus (seperti panah) ii. Lebar (seperti tembok) iii. Bulat (seperti bola) iv. Pulas (seperti skru)

gerak isyaratDaya cipta kreatif dapat dilihat dalam jenis gerak isyarat dan pilihan bahgian-bahagian tubuh badan yang dipergunakan

G13 lurus seperti panah

G14 gerak isyarat

G15 pulas seperti skru

g. Tema 7 :Lapan lakuan daya asas

Melahirkan perasaan dan idea melalui pergerakan diperluas melalui daya asas Pasangan yang bertentangan Lejang/Radan Pergerakan seperti melangkah, melompat atau galop ke udara. ApungPergerakan lemah-lembut, halus, ringan, menggunakan jari dan tangan, kawal lambat dan tidak terus LuncurPergerakan yang rata tanpa berliku-liku Pulas Tubuh badan mengecil dan membesar, mengetat dan melonggar Tekan Pergerakan tegas, kuat dan bertenaga yang memberi perasaan kuasa CecahDilakukan dengan cepat dari satu tempat ke tempat yang lain Ketis /RenjisPergerakan yang cepat, riang dengan gerak isyarat yang berselerak.

G6 mengecilkan badan

G17 ketis dan renjis

h. Tema 8 :RitmaBerkaitanDenganpekerjaan

Laluan asas dalam pekerjaan seharian Pekerjaan 1 Domestik seperti membasuh, menyapu, menggoreng, menumbuk, menggosok pakaian, menjahit baju, menenun kain songket, mencuci pinggan dan memberus lantai Pertanianseperti mancangkul tanah, mambanting padi, menanam padi, menebang dan membelah kayu Pekerjaan 2 Perkhidmatanseperti menaip (jurutaip), kawad (tentera), menebas dan mencantas (buruh), membuat teh tarik dan roti canai (peniaga) dan memberi gerak isyarat (polis trafik). Perindustrian seperti memunggah barang dan mengangkat, memasang bahagian kereta dan membungkus barang

G18 menyapu sampah

G19 membelah kayu

G20 berkawad

5.0 KESIMPULANSelain melahirkan manusia yang kreatif pergerakan kreatif juga dapat meningkatkan potensi kanak-kanak dari segi ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Banyak nilai positif yang dapat diterapkan melalui aktiviti yang memerlukan kreativiti seperti menajamkan imaginasi dan sensitiviti, mengurangkan ketegangan emosi, membentuk personaliti, inisiatif dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Nilai bekerjasama dalam kumpulan memberikan pengalaman manis kepada kanak-kanak. Pergerakan kreatif merupakan satu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif kanak-kanak. Semua aktiviti ini perlu diamalkan oleh guru-guru bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif serta dapat menarik minat murid-murid untuk terus belajar. Pergerakan kreatif yang merupakan tafsiran idea, perasaan atau taggapan deria yang dilahirkan secara simboik mampu untuk membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam menjana perkembangan kehidupan yang lebih sempurna.6.0 RUJUKANBUKUHaji Gapor Ahmad,2007 Kejurulatihan dan Sains Sukan Utusan Publication

Mazuki Mohd Yasim, et. al QGJ3043 Ritma dan Pergerakan: Modul Pendidikan Jarak Jauh UPSI, Tanjung Malim Perak

Nik Aziz Nik Pa dan Noraini Idris 2008 , Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia, Utusan Publication.

Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon, Mohd Sharani bin Ahmad, Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Professional

Putri Zabariah Megat Abdul Rahman, 2006 Tadika Berkualiti PTS Professional

LAMAN WEB

Afnan Akmal, Pergerakan Kreatif dan Kanak-kanak. Dilayarai pada 13 November 2014 melalui laman web : http://www.lulu.com/shop/afnan-akmal/pergerakan-kreatif-kanak-kanak/ebook/product-17480916.html

Jalaludin Jamal et. al Helaian Coretan, Dilayari pada 13 November 2014 melalui:http://nikzaitonmatnoor.blogspot.com/p/nama-ahli-1-jalaludin-bin-jamal-2-nur.html

Huraian Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1, SK Methodist Dilayari pada 13 Nov 2014 melalui : www.skmethodist.edu.my/portal/.../pjpk/

https://drive.google.com/file/d/0B7uhpuBawiG_aHJhLVF3YXFtMnc/view?usp=sharing0