sejarah pergerakan pengakap

Upload: ngatiman-sarepin

Post on 18-Jul-2015

505 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia". Sejarah awal Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis. Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.

Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama.Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja. Pada 1906, Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat,

kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja. Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset, England. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan. Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap). F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain. Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama

Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia". Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkanPandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes BadenPowell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis. Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. BadenPowell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.

Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama. Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting(Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja. Pada 1906, Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanadakelahiran British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja. Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset, England. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula

Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan. Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap). F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain. Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama

Sejarah Pengakap Malaysia Pada tahun 1910, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sands datang ke Singapura dan menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak Inggeris. Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsajoff telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu yang berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri-negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah di Pekan, Pahang oleh G.M. Laidlow. Pada tahun 1915, pergerakan pengakap ditubuhkan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik, iaitu H.R. Chessman di Penang Free School. Pada tahun 1922, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perak oleh I.R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Di

Melaka dan Negeri Sembilan ia ditubuhkan oleh Brunstone, di Selangor oleh Ameen Akhbar, di Terengganu oleh A.J. Gracle pada 1927, di Kelantan oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong dan di Johor oleh Chessman pada 1928 di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Pada tahun 1931, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perlis. Sabah pula menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sarawak pada tahun 1915. Sebelum perang dunia kedua, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri. Selepas perang dunia kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great Britian. Selepas merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, namanya telah ditukarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan keahliannya termasuk negeri Sabah, Sarawak dan Singapura. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Kuala Lumpur merupakan Ibu Pejabat PPM. Ia telah dibuka secara rasminya pada 5hb Januari 1957 oleh Tuan Yang Teramat Mulia Sir Donald Macgillivray K.C.M.G., M.B.E. sempena menyambut perayaan ulang tahun ke-50 pengakap dunia.

Persekutuan Pengakap MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia

Ibu pejabat

Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

Negara

Malaysia

Keahlian

73, 500

Ketua Pengakap Negara

Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Pertubuhan induk

Dato' Haji Kaharudin bin Momin

World Organization of the Scout Movement (Persekutuan Pengakap Sedunia)

Laman rasmi http://malay.malaysiascout.org

Portal Pengakap Sedunia

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela para belia dan beliawanis. Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupunWorld Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta parlimen.

Isi kandungan[sorokkan]

1 Sejarah kepengakapan di Malaysia

o

1.1 Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri

2 Keahlian dan peringkat umur pengakap 3 Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

o o o o

3.1 Carta oganisasi Majlis Pengakap Kebangsaan 3.2 Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri 3.3 Organisasi unit kecil pengakap 3.4 Epolet pemimpin dan pesuruhjaya

4 Alamat surat-menyurat 5 Lihat juga 6 Jambori di Malaysia 7 Pautan luar

[sunting]Sejarah

kepengakapan di Malaysia

Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

[sunting]Kronologi

penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri

Negeri

Tarikh

1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang

Pulau Pinang

1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin

1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman

Kuala Lumpur dan Selangor

1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw

1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal. Pahang 1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet

Sabah

1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan

Sarawak

1915, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Kuching

Kedah

1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield

Perak

1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar

Melaka

1926, dibawa oleh R Brunstone

Negeri Sembilan

1926, juga oleh R. Brunstone

Terengganu

1927, ditubuhkan oleh A J Gracle

Kelantan

1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail

Johor

1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)

Perlis

1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara

Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.

[sunting]Keahlian

dan peringkat umur pengakap

Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah ia menerima ahli dari berbagai lapisan masyarakat. Asal saja seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap, beliau boleh menyertai pergerakan ini. Keahlian yang bersifat universal ini memupuk perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman agama. Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah seseorang itu boleh menjadi pengakap hingga akhir usia dan dari inilah timbul ungkapan "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap". Anggotaanggota pergerakan pengakap pula dibahagikan mengikut beberapa peringkat umur seawal 10 tahun hinggalah dewasa.

Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Motto Pengakap Kanak-kanak ialah Buat Habis Baik.

Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu Sedia.

Pengakap Remaja atau Venture Scout untuk anak-anak muda tingkatan 4 dan 5. Mottonya ialah Pandang Luas.

Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Motto pergerakan kelana ialah Berkhidmat.

[sunting]

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

[sunting]Carta

oganisasi Majlis Pengakap KebangsaanKetua Pengakap Negara/Yang DipertuaDato' Seri Paduka Dr Shafie Salleh

Naib Yang DipertuaDato' Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YB Dato Dr Mohamad Shahrum Osman

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegaraDato' Haji Abdul Kader bin Mohd Nor

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegaraDatuk Awang Zainie bin Haji Suntim

Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegaraEric Khoo Heng Peng (Pesuruhjaya Antarabangsa) Haji Abdul Shukor bin Mohsin

Pesuruhjayapesuruhjaya Ibu PejabatHaji Mohd Noor bin Haji Kassim (Pengakap Khas) Khoo Hock Hoi (Pengakap Kanak-kanak) Lt. Kol Ramli bin Shuhaimi (Pengakap Muda) Ahmad Tajuddin bin Md Salleh (Pengakap Kelana) Khamaruzaman bin Samsudin (Pengakap Laut) Anamuthu Samuel (Pengakap Udara) Chan Ah Sang (Unit Antarabangsa) Faizal bin Abd Rahim (Unit Teknologi Maklumat) Rajalingam a/l Ramasamy (Unit Program) P S Maniam (Tugas-tugas Khas) Mohamad Musa bin Sulaiman (Tugas-tugas Khas)

Ketua Setiausaha KerjaMohd Zaki Nurud-din

BendahariDato' Shahrum bin Osman

(Pesuruhjaya Latihan Negara) Major Gen. Dato' Dr Mohd Zin bin Bidin(Kesihatan dan Bencana Alam) Hj Zakran bin Abdul Manan (Pentadbiran dan Pengurusan) Haji Radzwan bin Hussin (Program) Nasaruddin bin Shamsuddin(Pembangunan Kepengakapan) Dr Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani (Tugas-tugas Khas)

Setiausaha Kerja LatihanJawatan Kosong

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa hierarki. Yang tertinggi majlis di peringkat kebangsaan, kemudian di peringkat negeri dan seterusnya majlis pengakap daerah. Di peringkat negeri, majlis pengakap diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri dan dibantu oleh Penolongpenolong Pesuruhjaya Negeri. Majlis pengakap daerah pula dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

[sunting]Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri

NegeriPesuruhjaya Negeri/Ketua Pesuruhjaya

Johor

Haji Yaacob bin Abdul Karim

Kedah

Haji Ismail bin Ku Ishak

Kelantan

Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun

Melaka

Datuk Haji Abdul Kader bin Mohd Nor

Negeri Sembilan

Hamdan bin Haji Mohd Nor

Pahang

Dato' Haji Lias bin Mohd Nor

Perak

Haji Ahmad Azam bin Abdul Majid

Perlis

Haji Rahim bin Mohamed

Pulau Pinang

Haji Zulkafli bin Kamarudddin

Sabah

Datuk Haji Awang Zainie bin Haji Suntim

Selangor

Haji Ishak bin Mohd Jonid

Sarawak

Dunstan Melling Undau

Terengganu

Haji Othman bin Ismail

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mejar (B) Mior Rosli bin Dato' Mior Mohd Jaafar

Wilayah Persekutuan Labuan

Haji Abdul Rahman bin Haji Lamudin

Kumpulan Latihan Malaysia (KLM)

Mohd Radzi bin Johari

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Haji Rosdi bin A Rahman [sunting]Organisasi

unit kecil pengakap

Setiap kumpulan pengakap di sekolah lazimnya dipanggil trup. Trup ini mempunyai pengenalan khusus berupa lencana-lencana yang dipakai di bahu kanan terdiri dari nama negeri, nama daerah dan nombor kumpulan. Setiap kumpulan atau trup mempunyai nombor unik mengikut giliran ianya ditubuhkan. Contohnya, pasukan atau sekolah yang memakai lencana (KELANTAN), (KOTA BHARU) dan (80) ialah pasukan yang ke-80 ditubuhkan di daerah Kota Bharu di Kelantan. Trup-trup kelana pula lazimnya dipanggil krew. Pasukan-pasukan krew ini tidak mempunyai nombor sebaliknya menggunakan abjad A,B,C dan sebagainya. KLM dan KLKM pula menggunakan lencana atau flash nama institusi pengajian mereka. Setiap trup pula dibahagikan kepada patrol yang lazimnya mempunyai 6 pengakap. Setiap trup diketuai oleh ketua, manakala patrol dipimpin oleh ketua patrol dibantu oleh penolong ketua patrol. Di sekolahsekolah, lazimnya guru-guru penasihat diangkat menjadi pemimpin dan penolong pemimpin, terutama guru-guru yang menyertai latihan manikayu. Di institut pendidikan guru, kolej-kolej dan universiti, ahli-ahli kanan yang telah menamatkan latihan manikayu menjadi pemimpin.

[sunting]Epolet

pemimpin dan pesuruhjaya

Con toh Epol et (Bir u Tua)

War na Epol et

Enam Lengkar

Lima Lengkar

Empat Lengkar

Tiga Lengkar

Dua Lengkar Satu Lengkar

Bunga Padi

Insignia

Kuni ng

DYMM YDP Agong DYMM Sultansultan Ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan Naib YDP Negeri Pengarah Pelajaran Negeri Pesuruhjaya (Kanan) Ibu Pejabat Kebangsaan Penolong Pesuruhjaya Antarabangs a Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Latihan, Program, Pentadbiran )

Hija u

TYT Gabenor

Naib Yang Dipertua

YDP Majlis Negeri Bendahari Ketua Pengarah Pelajaran

YDP/Naib YDP Majlis Pengakap Daerah Pegawai Pelajaran Daerah

Ketua jabatan Pengetua/Gu ru besar Setiausaha/B endahari Kehormat Daerah

Biru Tua

Ketua Pengakap Negara

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Pesuruhjaya Antarabangs a Pesuruhjaya Latihan Pesuruhjaya Program Ketua Pesuruhjaya Negeri

Penolong Pesuruhjaya Negeri Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan Pesuruhjaya Daerah

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Penolong Pesuruhjaya Daerah

Pemimpin Pasukan atau Kumpulan

Penolong Pemimpin Pasukan

Ung u

Ketua Setiausaha Eksekutif

Setiausaha Latihan Negara

Jurulatih Kebangsaan Setiausahasetiausaha Eksekutif

Penolong Jurulatih Kebangsaan Penolongpenolong Setiausaha Eksekutif

Mer un

Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri Menterimenteri

Timbalantimbalan Menteri

Ahli-ahli Parlimen dan DUN

Epolet Kelana

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi susunan lengkar beserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan kuning digunakan oleh penaung dan penaung diraja. Warna merun pula untuk menteri-menteri dan ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan pegawai-pegawai pemimpin dan pesuruhjaya manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli kelana yang belum mendapat manik kayu, dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet seperti penolong pemimpin dengan latar belakang merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA" tertulis di atasnya.

[sunting]Alamat

surat-menyurat

Persekutuan Pengakap Malaysia Scouts Association of Malaysia Rumah B-P Jalan Hang Jebat 50150 Kuala Lumpur Phone: +60 (3) 2078-0836 Fax: +60 (3) 2070-9057 email: [email protected] URL: http://www.malaysiascout.org/portal/news.php

[sunting]Lihat

juga

Daftar persatuan di Malaysia Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Majlis Pengakap Kelana Negara

[sunting]Jambori

di Malaysia

Malaysia mengadakan banyak jambori kebangsaan semenjak 1966. Setiap negeri mengambil giliran menjadi hos, dan hanya Perlis danSelangor yang masih belum melakukannya. Daftar pelbagai jambori kebangsaan dan tahun ia diadakan adalah seperti berikut :

1966 - Penang Ketua Kem - Tan Sri Wong Pow Nee 1970 - Melaka 1974 - Johor 1978 - Sarawak 1982 - Kelantan 1986 - Pahang 1989 - Perak 1992 - Sabah 1997 - Terengganu 2002 - Kedah 2006 - Negeri Sembilan 2010 - Selangor Menarik diri 2011 - Terengganu

Pada 2008, jambori bagi meraikan 100 tahun pengakap di Malaysia telah diadakan pada Ogos 2008, menyaksikan penyertaan pengakap dari seluruh Malaysia termasuk negara Asia Pasifik.