perbincangan amali 1

3
Perbincangan: 1. Daripada aktiviti 1 di atas, saya telah mendapati bahawa walaupun penggunaan bahan adalah sama semasa mengukur, tetapi penggunaan alatan yang berbeza akan menunjukkan bacaan yang berbeza. Hal ini kerana ketiga-tiga alatan pengukur yang digunakan mempunyai kepekaan yang berbeza iaitu pembaris meter, 0.1 cm, angkup Vernier, 0.01cm dan tolok skru micrometer, 0.001cm. 2. Alatan yang mempunyai kepekaan yang lebih tinggi merupakan alatan yang paling jitu dan tepat. 3. Dalam ketiga-tiga bahan ini, Tolok Skru Mikrometer merupakan alatan yang mempunyai kejituan yang paling tinggi. Hal ini kerana kepekaan bagi tolok skru micrometer adalah amat tinggi, iaitu mempunyai skala terkecil sebanyak o.o1mm. Oleh itu, tolok skru micrometer dapat mengesan perubahan bacaan secara lebih teliti dan tepat. 4. Bagi kepersisan, pembaris meter merupakan alat pengukur yang paling persis. Hal ini kerana selepas mengira sishan relatif bagi setiap purata bacaan, kami mendapati bahawa sishan relative bagi bacaan yang diambil oleh pembaris adalah sifar. Sisihan relative yang lebih rendah dapat menunjukkan bahawa alatan tersebut mempunyai kepersisan yang lebih tinggi. 5. Namun begitu, secara teorinya, sebenarnya tolok skru micrometer merupakan alat pengukur yang paling persis. Hal ini kerana kepekaan tolok skru micrometer yang lebih peka ini akan menyebabkan julat perbezaan minimum antara nilai-nilai bacaan dapat mencapai perbezaan dengan 0.01mm sahaja manakala bagi pembaris meter, julat perbezaan

Upload: wei-yi

Post on 19-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SCE 3053

TRANSCRIPT

Page 1: Perbincangan Amali 1

Perbincangan:

1. Daripada aktiviti 1 di atas, saya telah mendapati bahawa walaupun penggunaan

bahan adalah sama semasa mengukur, tetapi penggunaan alatan yang berbeza akan

menunjukkan bacaan yang berbeza. Hal ini kerana ketiga-tiga alatan pengukur yang

digunakan mempunyai kepekaan yang berbeza iaitu pembaris meter, 0.1 cm, angkup

Vernier, 0.01cm dan tolok skru micrometer, 0.001cm.

2. Alatan yang mempunyai kepekaan yang lebih tinggi merupakan alatan yang paling

jitu dan tepat.

3. Dalam ketiga-tiga bahan ini, Tolok Skru Mikrometer merupakan alatan yang

mempunyai kejituan yang paling tinggi. Hal ini kerana kepekaan bagi tolok skru

micrometer adalah amat tinggi, iaitu mempunyai skala terkecil sebanyak o.o1mm.

Oleh itu, tolok skru micrometer dapat mengesan perubahan bacaan secara lebih

teliti dan tepat.

4. Bagi kepersisan, pembaris meter merupakan alat pengukur yang paling persis. Hal ini

kerana selepas mengira sishan relatif bagi setiap purata bacaan, kami mendapati

bahawa sishan relative bagi bacaan yang diambil oleh pembaris adalah sifar. Sisihan

relative yang lebih rendah dapat menunjukkan bahawa alatan tersebut mempunyai

kepersisan yang lebih tinggi.

5. Namun begitu, secara teorinya, sebenarnya tolok skru micrometer merupakan alat

pengukur yang paling persis. Hal ini kerana kepekaan tolok skru micrometer yang

lebih peka ini akan menyebabkan julat perbezaan minimum antara nilai-nilai bacaan

dapat mencapai perbezaan dengan 0.01mm sahaja manakala bagi pembaris meter,

julat perbezaan nilai-nilai bacaan yang paling minimum boleh dikesan oleh pembaris

meter adalah 0.1cm. Oleh itu, kemungkinan besar merupakan semasa kami

mengukur diameter sesuatu bahan dengan menggunakan pembaris meter,

perubahan bacaan yang rendah sukar ditentukan dan diperhatikan. Hal demikian

menyebabkan nilai-nilai sisihan relatif menjadi sifar.

6. Semasa menggunakan pembaris meter, akibat pembaris meter mempunyai skala

yang tertinggi, iaitu 0.1cm. Oleh itu, diameter bagi pensel, wayar kuprum dan

rambut adalah amat sukar ditentukan dengan melalui pengukuran secara terus.

Dengan ini, tolok jangkup boleh digunakan untuk menentukan diameter sesuatu

bahan. Dengan bantuan tolok jangkup, bacaan lebih mudah diperhati dan bacaan

akan menjaddi lebih tepat.

Page 2: Perbincangan Amali 1

7. Diameter bagi rambut adalah terlalu kecil, iaitu hanya berdiameter 0.005cm sahaja ,

oleh itu, pembaris meter dan angkup Vernier yang mempunyai kepekaan yang

besar, iaitu 0.1 cm dan 0.01 cam adalah amat sukar mengesan diameter rambut. Hal

demikian menyebabkan kumpulan kami tidak mendapat bacaan semasa

menggunakan kedua-dua alatan ini untuk mengukur rambut.

8. Selepas itu, saya juga mendapati bahawa terdapat semasa mengukur diameter

rambut, cara yang digunakan tidak boleh seperti dengan mengukur ketebalan bagi

sehelai kertas, iaitu mengukur dengan bilangan yang sebanyak mungkin, selepas itu

baharulah bahagikan bacaan tersebut dengan bilangan kertas dan mendapat bacaan

ketebalan bagi sehelai kertas. Hal ini kerana bentuk rambut adalah tidak seperti

dengan kertas yang dapat disusun secara kemas dan senang. Apabila ditekan,

rambut mudah bercerai dan bergabung secara bersama. Hal demikian menyebabkan

kami hanya dapat mengukur diameter sesetengah rambut sahaja dan bukanlah

bilangan yang telah kami jangkakan.

9. Ralat sifar perlu ditentukan sebelum menjalankan sebarang aktiviti pengukuran.

Seperti aktiviti di atas, kumpulan kami telah mendapati bahawa alatan pengukur

tolok skru micrometer mempunyai ralat sifar sebanyak -0.02mm. Ralat sifar akan

menjejaskan kejituan sesuatu bacaan menjadi tidak tepat. Oleh itu, bacaan yang

didapati perlulah menolak ralat sifar yang didapati bagi mendapat bacaan sebenar.

Bacaan sebenar= bacaan yang diambil – ralat sifar.

10. Walaupun kami telah mencuba sebarang daya untuk mengelakkan ralat, namun

masih terdapat ralat rawak yang sukar dielakkan. Ralat rawak tersebut telah

menyebabkan kelima-lima bacaan yang diambil menjadi sedikit perbezaan walaupun

penggunaan alatan dan bahan adalah sama.

11. Ralat rawak boleh dikurangkan dengan mengambil purata bacaan bagi alatan

tersebut. Hal ini kerana mengambil bacaan sebanyak beberapa kali dapat

meminimunkan kesilapan membaca skaa alata pengukuran tersebut. Dengan ini,

Kumpulan kami telaha mengambil bacaan sebanyak 5 kali

12.