amali 1 moon morphs

18
Praktikal 2 : Bilakah Sesuatu Organisma Di anggap Spesis ? Taksonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi 1. Tajuk : Apa itu spesis 2. Tujuan : Untuk mengenalpasti sesuatu spesis berdasarkan ciri-ciri fizikal. 3. Objektif : Mengklasifikasikan spesis mengikut kaedah morfologikal. 4. Bahan dan Radas : Gambar moonmorph, gunting, gam 5. Pengenalan : Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak 1

Upload: pachaippan-pachai

Post on 27-Jul-2015

346 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 1 moon morphs

Praktikal 2 :

Bilakah Sesuatu Organisma Di anggap Spesis ?

Taksonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi

1. Tajuk : Apa itu spesis

2. Tujuan : Untuk mengenalpasti sesuatu spesis berdasarkan ciri-ciri

fizikal.

3. Objektif : Mengklasifikasikan spesis mengikut kaedah morfologikal.

4. Bahan dan Radas : Gambar moonmorph, gunting, gam

5. Pengenalan :

Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka

bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai

tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian,

organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan

ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan

hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun

dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan

atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus

atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada

tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian

ekosistem.

Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza

iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama

dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana

individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama.

Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat

1

Page 2: Amali 1 moon morphs

tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar

dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi

pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai

nama-nama spesis.

Spesis boleh didefinasikan melalui dua kaedah iaitu spesis biologi dan spesis

morphologi. Spesis biologi ditakrifkan sebagai satu kumpulan organisma yang berupaya

membiak bersama dengan jayanya manakala spesis morphologi adalah individu yang

kelihatannya sama secara fizikal atau binaan biokimianya. Kepelbagaian spesies dan

ekosistem di bumi kita dipanggil kepelbagaian biologi, atau biodiversiti.

Taksonomi adalah bidang biologi yang berkaitan dengan tatanama,

pengenalpastian dan pengelasan organisma. Taxonomists bertanggungjawab

mengenalpasti, menamakan dan mengelaskan spesis-spesis di bumi. Untuk

memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara

teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimilikinya.

Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian organisma kepada kumpulan yang

lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Pengkelompokan tidak berdasarkan secara

menyeluruh pada morphologi. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu

yang sama di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat

suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama sehingga satu

tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesis yang tersebut maka kemungkinan

besar ia mempunyai ciri–ciri yang sama dengan individu dalam spesis itu.

Biodiversiti adalah penting untuk mengekalkan sistem kehidupan biosfera.

Biodiversiti terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian

2

Page 3: Amali 1 moon morphs

spesies dan kepelbagaian ekosistem. Kepelbagaian genetik merupakan jumlah

keseluruhan ciri-ciri genetik dari segi komposisi genetik spesis.

6. TUGASAN

Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit, beliau

mula mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. Moonmorphs itu dibawa

balik ke bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan ( Biodiversity of The

Moon ). Anda diberi tugas mengelaskan moonmorph tersebut ke dalam kumpulan spesis

yang berbeza.

Pecahkan ke dalam 5 kumpulan. Gunting satu set dari moonmorphs dan kelaskan

mengikut spesis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka.

Catatkan jumlah setiap spesis. Andaikan semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang

kelihatan antara jantan dan betina. Anda tiada maklumat tentang habitat atau

perlakuan mereka, jadi anda hanya boleh menggunakan ciri-ciri morfologi sahaja

sebagai pemerhatian.

Adakah anda mempunyai 29 ‘spesis’, atau anda kelaskan individu-individu secara

bersama ke dalam sesuatu spesis ?

7. Prosedur :

1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada lima kumpulan. Satu kumpulan

‘haiwan’ dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesis.

2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang dan

tiada perbezaan dapat dilihat diantara spesis jantan dan betina.

3

Page 4: Amali 1 moon morphs

Gambar ‘moonmorphs’

4

Page 5: Amali 1 moon morphs

8. Keputusan :

Kump.Spesis

Ciri-ciri Umum ’Moonmorph’

A

Memiliki abdomen yang besar.

Mempunyai kepala, mata, tangan dan ekor.

B

Memiliki abdomen badan yang bercorak.

Mempunyai kepala, mata, tangan, kuku, abdomen, jari dan kaki.

5

Page 6: Amali 1 moon morphs

Memiliki tangan yang bercorak.

Mempunyai kepala, mata, abdomen, tangan dan ekor.

C

Memiliki abdomen yang panjang.

Mempunyai kepala, sesungut dan tangan.

D

Mempunyai kepala yang berbentuk.

Mempunyai kepala, abdomen, tangan dan ekor.

6

Page 7: Amali 1 moon morphs

HAIWAN BULAN ( MOONMORPHS )

7

Mata bercantum

A B C

Mata tidak bercantum

Kaki berkuku

Kaki tidak berkuku

Tajam Tumpul

Itik Katak

Bentuk ekor

Y V

Page 8: Amali 1 moon morphs

HAIWAN BULAN ( MOONMORPHS

8

D E

Sesungut dan ekor

Bercantum dan berekor

panjang

Terpisah dan berekor

pendek

Bentuk kepala

U

Pendek Panjang PanjangPendek

Page 9: Amali 1 moon morphs

9. Perbincangan :

1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa

moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri

tersebut? Kenapa tidak pilih yang lain-lain?

Ciri- ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat ialah ciri- ciri

luaran fizikal. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak

pada bahagian abdomen, tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk

mata dan juga bentuk ekor. Kami melihat ciri- ciri ini lebih menonjol dan mempunyai

persamaan antara semua haiwan tersebut. Kumpulan kami sebulat suara

mengatakan bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan

dominan berbanding dengan ciri yang lain. Ini kerana bentuk badan memberikan

perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan

sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kumpulan kami membahagikan

semua haiwan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesies A ( memiliki abdomen

yang besar ), Spesies B ( memiliki abdomen badan yang bercorak ), Spesies C

( memiliki tangan yang bercorak ), Spesies D ( memiliki abdomen yang panjang )

dan Spesies E ( Memiliki kepala yang berbagai bentuk).

Kami memilih ciri- ciri ini kerana ciri- ciri ini boleh dilihat dan dikenal pasti

dengan mudah. Ini juga merupakan ciri- ciri utama bagi setiap MoonMorphs.

Selain daripada itu kelima- lima ciri tersebut merupakan ciri dominan bagi setiap

moonmorphs.

9

Page 10: Amali 1 moon morphs

2. Adakah kesemua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya?

Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis?

Semua Individu di dalam sesuatu spesies itu mempunyai ciri-ciri fizikal

sepunya yang hampir sama. Di mana, untuk spesies A, haiwan tersebut memiliki

bahagian abdomen yang besar, bagi spesies B, mereka memiliki abdomen badan

yang bercorak, spesies C mempunyai tangan yang bercorak, spesies D pula memiliki

abdomen yang panjang dan spesies E mempunyai bentuk kepala yang berbentuk.

Dalam setiap spesies kumpulan kami telah mengenal pasti 2 hingga 3 variasi.

Sebagai contoh spesies yang memiliki abdomen badan yang bercorak mempunyai

perbezaan corak di abdomen dan mempunyai kaki yang berkuku. Perbezaan ini

membolehkan pengelasan dibuat melalui subspecies seperti yang dilakukan ahli

taksonomis.

3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap

variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima

tahap variasi yang terlalu rendah?

Jika saya menerima tahap perubahan individu yang tinggi, Moonmorphs akan

dapat dikumpulkan secara khusus. Moonmorphs juga akan dapat dibahagikan

kepada pelbagai jenis spesies.

Jika saya menerima tahap perubahan individu yang sangat rendah, Moonmorphs

pula hanya akan dapat dikelaskan mengikut ciri- ciri asas dan biasa. Jadi

moonmorphs akan hanya dikumpulkan ke dalam beberapa spesies yang berbeza. ini

akan mengurangkan variasi di kalangan spesies berbanding jika saya jika saya

menerima tahap perubahan individu yang tinggi.

10

Page 11: Amali 1 moon morphs

4. Terangkan bagaimana para taksonimis mungkin memecahkan satu spesis

kepada dua atau lebih spesis “ baru”?

Ahli taksonomi merupakan sekumpulan saintis yang pakar dalam mengenal

pasti dan mengumpul spesis. Mereka boleh membahagikan sesuatu spesies

kepada dua atau lebih dengan pelbagai cara. Inilah yang menyebabkan bidang

taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti serta untuk membezakan

antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.

Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih

spesis yang baru berdasarkan konsep spesies biological. Konsep ini merujuk

kepada sekumpulan populasi yang berpotensi untuk membiak secara semulajadi.

Selain itu kaedah lain yang digunakan adalah konsep morfologikal spesies.

Konsep ini membolehkan individu dikategorikan dengan melihat persamaan dari

segi ciri- ciri fizikal yang ketara seperti bentuk abdomen sama pipih atau besar.

sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan

tersebut.

Terdapat juga beberapa kaedah lain yang turut digunakan seperti kaedah

typological spesies, recognition spesies, evolutionary spesies, ekologikal, genetic

dan mikrospesies.

11

Page 12: Amali 1 moon morphs

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu

spesis terjadi?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya variasi di dalam

individu.Variasi pada sesuatu individu itu sebenarnya membolehkan saintis

membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan

sesuatu spesis untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

Perubahan iklim yang menyebabkan wujudnya penghijrahan spesies.

Perpindahan ini adalah pergerakan sesuatu organisma dari satu lokasi ke lokasi lain.

Walaupun berlaku dalam corak kitaran, penghijrahan dalam konteks genetik

selalunya dujuk kepada pergerakan individu bagi populasi tertentu. Jika individu yang

berhijrah tinggal dan mengawan dengan individu destinasi, mereka boleh

memberikan alel secara tiba-tiba alel. Selepas mengawan, individu-individu yang

berhijrah akan menyumbang gamet yang membawa alel yang boleh mengubah kadar

alel yang sedia ada dalam populasi destinasi. Jadi, ini boleh menghasilkan satu

variasi baru dalam spesies.

6. Bagaimana spesis “Moonmorphs” ini dipanggil “morphospecies”?

Konsep morphospesies merujuk kepada penggunaan perbezaan dalam ciri- ciri

morfologi untuk membezakan spesies. Perbezaan melalui morfologi ini boleh dirujuk

kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek

penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur

dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ.

Spesis ‘Moonmorphs’ dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut

dikumpulkan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan di antara

12

Page 13: Amali 1 moon morphs

moonmorphs . Morfospesis adalah satu kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu

bagi mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang

digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan

yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak

diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.

7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis

biologi.

Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana tidak wujud maklumat

bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih

spesifik dan mendalam seperti yang wujud pada spesies biological.. Spesis ini

hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat berdasarkan sifat

fizikal yang sepunya sahaja.

KESIMPULAN

Spesies boleh dikelaskan dengan pelbagai kaedah. Pengelasan boleh dilakukan

merujuk kepada maklumat yang diperolehi sama ada lengkap atau tidak. Jika lengkap

seperti DNA atau jantina spesies yang dikelaskan boleh dikategorikan sebagai spesies

biologikal. Jika tidak spesies itu boleh dikelaskan berdasarkan cara yang mudah iaitu

melalui ciri fizikal sepunya yang dimilikinya.

13

Page 14: Amali 1 moon morphs

RUJUKAN:

Nature Education. (2010). The Genetic Variation in a Population Is Caused by Multiple

Factors. [Di ambil dari web: http://www.nature.com/scitable/topicpage/the-genetic-

variation-in-a-population-is-6526354. Viewed on 04-03-2013.

http://en.wikipedia.org/wiki/Morphospecies#Typological_species . Viewed on 04-03-

2013.

Http://dir.yahoo.com/Science/Biology/Variation .html Viewed on 04-03-2013.

14