amali 1 ekosistem tanah

6
Amali 1 Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protein dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi –fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah dikaji. Tugasan: Mengukur Makrofauna Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu, bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil. 1. Kumpul sampel tanah di bawah litupan daun gugur (Lingkungan O) dan tanah permukaan (Lingkungan A– tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari laman, kawasan tumbuhan asli, laman di bawah spesies pokok yang berbeza atau kawasan- kawasan lain. 2. Masukkan sampel-sampel ke dalam beg plastik, dimeteri dan dilabel dengan nama anda dan lokasi kutipan. 1

Upload: izzul-fahmi

Post on 10-Aug-2015

822 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

praktikal 1 sce3107

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 1 ekosistem tanah

Amali 1

Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan

Pendahuluan

Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang

bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien dan air. Sebagai

contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk

karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protein dalam haiwan selepas haiwan memakan

tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan

dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik

oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi –fungsi

ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu

sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah dikaji.

Tugasan: Mengukur Makrofauna

Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan

organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu,

bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil.

1. Kumpul sampel tanah di bawah litupan daun gugur (Lingkungan O) dan tanah permukaan

(Lingkungan A– tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari

laman, kawasan tumbuhan asli, laman di bawah spesies pokok yang berbeza atau

kawasan-kawasan lain.

2. Masukkan sampel-sampel ke dalam beg plastik, dimeteri dan dilabel dengan nama anda

dan lokasi kutipan.

3. Pada setiap lokasi, rekodkan jenis tanaman yang terdapat pada lokasi (contoh, hutan,

paya, laman dan lain-lain) dan ciri-ciri lokasi dalam jadual di bawah.

4. Kemudian gunakan maklumat yang diperolehi untuk membandingkan habitat tanah dari

dua lokasi.

Nota: Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau

penetrometer), abaikan ciri tersebut.

Jadual 1: Perbandingan Ciri-Ciri Lokasi Sampel Tanah

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2

Jenis tanaman

tahap naungan

1

Page 2: Amali 1 ekosistem tanah

Kelembapan/Kekeringan Tanah

pH Tanah

Kemampatan Tanah

Tekstur Tanah (pasir, liat dll)

5. Kembali ke makmal dan campurkan sampel lingkungan O dan lingkungan A dari lokasi

yang sama.

Prosedur 1

6. Masukkan campuran tanah dari lokasi 1 ke dalam corong Tulgren dalam kuantiti yang

diketahui. Biarkan selama 2 hari.

7. Ulang prosedur 6 dan 7 menggunakan campuran tanah dari lokasi kedua.

Nota: Anda boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi jika isipadu

tanah yang dikaji diketahui.

8. Selepas 2 hari, tuangkan kandungan balang pengumpul ke dalam piring petri dan

kenalpasti bilangan individu setiap order atau kumpulan fauna kedua-dua lokasi.

Rajah 1: Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Prosedur 2

9. Daripada beg-beg sampel , ambil campuran tanah dari lingkungan O dan lingkungan A

dalam kuantiti yang diketahui.

Periksa sampel tanah dengan menggunakan mikroskop atau kanta tangan.

Masukkan sebarang fauna yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti.

10. Kenalpasti semua fauna. Kelaskan ke dalam order atau kumpulan fauna yang berlainan.

2

Page 3: Amali 1 ekosistem tanah

contoh: Kumpulan A : tiada kaki – cacing; kumpulan B ada 8 kaki – labah-labah, hama

dan lain-lain.

11. Kira bilangan individu dalam setiap kumpulan.

Jika terlalu banyak, anggarkan jumlah yang sepatutnya.

12. Kira jumlah individu setiap kumpulan yang diperolehi daripada prosedur 1 dan 2.

Rekodkan ke dalam jadual 2 dan 3.

Jadual 2: Makrofauna Besar

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan Individu

Lokasi 1isipadu tanah = ____cm3

Lokasi 2isipadu tanah = ____ cm3

Jadual 3: Makrofauna Kecil

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan Individu

Lokasi 1isipadu tanah = ____cm3

Lokasi 2isipadu tanah = ____ cm3

3

Page 4: Amali 1 ekosistem tanah

13. Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3. Kira bilangan order atau kumpulan bagi seliter tanah

dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan

litupan daun.

Jadual 4: Bilangan Makrofauna bagi seliter tanah

Makrofauna lokasi 1 lokasi 2

bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan

bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan

bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan

bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan

Laporan - Menerangkan peranan biota tanah

Laporan anda haruslah mengandungi tajuk, pendahuluan yang menerangkan tentang amali

tersebut, dan perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan) berdasarkan soalan-soalan

berikut. Anda juga dikehendakki memasukkan satu jadual ringkasan yang menunjukkan

keputusan anda. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya hendaklah tepat

dan betul.

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?

Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka.

Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan

perbezaan- perbezaan tersebut?

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya,fungi,

nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan

huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku.

Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya berakhir

(puncak rantai makanan).

4

Page 5: Amali 1 ekosistem tanah

Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai

makanan mati?

Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

5