perbincangan

1
PERBINCANGAN SUHU DAN OKSIGEN TERLARUT Suhu menunjukkan perubahan pola turun naik yang tidak sekata sepanjang persampelan dijalankan. Julat suhu paling tinggi direkod pada 20 Mac 2015 pukul 1600 iaitu dengan nilainya 30.67 0 C di telaga 1. Manakala, bacaan terendah ditunjukkan oleh telaga 1 pada tarikh 19 Mac 2015 pukul 0700 iaitu dengan nilainya 26.43 0 C. Faktor utama yang mempengaruhi bacaan suhu ialah kehadiran cahaya matahari dan penembusannya ke jasad air telaga. Selain itu, kehadiran hujan juga turut menyumbang kepada penurunan suhu. Pengambilan waktu sampel juga memainkan peranan penting kerana kehadiran pancaran matahari adalah terik dan akan mencatatkan bacaan suhu yang paling tinggi. Mengikut teori suhu berkait rapat dengan oksigen terlarut. Suhu berkadar songsang dengan oksigen terlarut iaitu kepekatan oksigen terlarut akan berkurang dengan peningkatan suhu. Parameter oksigen terlarut menunjukkan pola turun naik yang agak tidak konsisten pada setiap tiga jam sepanjang empat hari persampelan dijalankan dengan bacaan tertinggi pada 19 Mac 2015 pukul 0700 iaitu 8.0 mg/L di telaga 2. Manakala, bacaan DO terendah dicatat pada 22 Mac 2015 pukul 2200 iaitu 1.1 mg/L di kedua-dua telaga. Antara sebab berlaku ialah kehadiran hujan kerana atmosfera akan terlarut dengan bebas di dalam air.

Upload: najib1987

Post on 13-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

PERBINCANGANSUHU DAN OKSIGEN TERLARUTSuhu menunjukkan perubahan pola turun naik yang tidak sekata sepanjang persampelan dijalankan. Julat suhu paling tinggi direkod pada 20 Mac 2015 pukul 1600 iaitu dengan nilainya 30.67 0 C di telaga 1. Manakala, bacaan terendah ditunjukkan oleh telaga 1 pada tarikh 19 Mac 2015 pukul 0700 iaitu dengan nilainya 26.43 0 C. Faktor utama yang mempengaruhi bacaan suhu ialah kehadiran cahaya matahari dan penembusannya ke jasad air telaga. Selain itu, kehadiran hujan juga turut menyumbang kepada penurunan suhu. Pengambilan waktu sampel juga memainkan peranan penting kerana kehadiran pancaran matahari adalah terik dan akan mencatatkan bacaan suhu yang paling tinggi.Mengikut teori suhu berkait rapat dengan oksigen terlarut. Suhu berkadar songsang dengan oksigen terlarut iaitu kepekatan oksigen terlarut akan berkurang dengan peningkatan suhu. Parameter oksigen terlarut menunjukkan pola turun naik yang agak tidak konsisten pada setiap tiga jam sepanjang empat hari persampelan dijalankan dengan bacaan tertinggi pada 19 Mac 2015 pukul 0700 iaitu 8.0 mg/L di telaga 2. Manakala, bacaan DO terendah dicatat pada 22 Mac 2015 pukul 2200 iaitu 1.1 mg/L di kedua-dua telaga. Antara sebab berlaku ialah kehadiran hujan kerana atmosfera akan terlarut dengan bebas di dalam air.