perbezaan pelbagai pandangan profesionalisme keguruan

3
PERBEZAAN PELBAGAI PANDANGAN BERKENAAN PROFESIONALISME KEGURUAN Konsep Profesionalisme Defnisi proessional mengikut hilerty 2008 mengatakan keproesionalisme guru bergantung kepada perubahan sejarah, politik dan social kerana terdapat pelbagai perubahan dan pembanggunan melangkaui masa. Menurut kennedy (200 !, defnisi proesionalisme adalah satu ungkapan untuk menjelaskan status kumpulan kerja yang dihormati. "stilah #proesion$ dan #proessor$ adalah etimologi yang berasal daripada bahasa latin. Menurut baggini (200%! untuk menjadi proessional, seseorang itu perlu menguasai sesuatu kemahiran atau bidang ilmu tertentu. &oyl (200'! menyatakan proesionalisme adalah berkait dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan lebih daripada keadaan biasa. ebelum membincangkan tentang proesionalisme keguruan, adalah lebih baik dinyatakan perbe)aan antara istilah, profesioinalisme dan professionalization. "stilah proessionali)ation adalah proses atau idea untuk menuju tahap proesionalisme yang angin dicapai bagi sesuatu proesion. Manakala proesionalisme diertikan sebagai kelulusan atau keperluan untuk menjayakan bidang tersebut ke tahap tertinggi. *arber menjelaskan terdapat empat ciri proessional iaitu keupayaan terbaik dalam meringkaskan dan ilmu yang tersusun.+iri kedua, ianya berorientasikan masyarakat. etiga keupayaan terbaik dalam menga-al sikap mengikut etika pekerjaan. khir sekali, -ujudnya system ganjaran bagi pencapaian yang dicapai. Perbezaan Penapa! "en!an# Profesion Per#$r$an% /erdapat lima pendapat yang tidak bersetuju baha-a proesion perguruan adalah satu proesion yang proessional. andangan tersebut diutarakan oleh -ebb dan ka-an1ka-anya (200 ! et)ioni ('343!,Da5id (2000!, 6eiter ('338!

Upload: kokse-kokde

Post on 05-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ulasan perbahasan pandagan tokoh-tokoh pendidikan berkenaan profesionalisme keguruan

TRANSCRIPT

PERBEZAAN PELBAGAI PANDANGAN BERKENAAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Konsep ProfesionalismeDefinisi professional mengikut hilferty 2008 mengatakan keprofesionalisme guru bergantung kepada perubahan sejarah, politik dan social kerana terdapat pelbagai perubahan dan pembanggunan melangkaui masa. Menurut kennedy (2007), definisi profesionalisme adalah satu ungkapan untuk menjelaskan status kumpulan kerja yang dihormati. Istilah profesion dan professor adalah etimologi yang berasal daripada bahasa latin. Menurut baggini (2005) untuk menjadi professional, seseorang itu perlu menguasai sesuatu kemahiran atau bidang ilmu tertentu. Hoyle (2001) menyatakan profesionalisme adalah berkait dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan lebih daripada keadaan biasa. Sebelum membincangkan tentang profesionalisme keguruan, adalah lebih baik dinyatakan perbezaan antara istilah, profesioinalisme dan professionalization. Istilah professionalization adalah proses atau idea untuk menuju tahap profesionalisme yang angin dicapai bagi sesuatu profesion. Manakala profesionalisme diertikan sebagai kelulusan atau keperluan untuk menjayakan bidang tersebut ke tahap tertinggi.Barber menjelaskan terdapat empat ciri professional iaitu keupayaan terbaik dalam meringkaskan dan ilmu yang tersusun.Ciri kedua, ianya berorientasikan masyarakat. Ketiga keupayaan terbaik dalam mengawal sikap mengikut etika pekerjaan. Akhir sekali, wujudnya system ganjaran bagi pencapaian yang dicapai.

Perbezaan Pendapat Tentang Profesion Perguruan.Terdapat lima pendapat yang tidak bersetuju bahawa profesion perguruan adalah satu profesion yang professional. Pandangan tersebut diutarakan oleh webb dan kawan-kawanya (2004) etzioni (1969),David (2000), Leiter (1998) dan Samuel (1970). David Etzioni dan webb menyatakan guru semi-profesional kerana tidak memnuhi ciri-ciri pekerjaan professional, Manakala Leiter dan Samuel pula menyatakan guru bukan satu professional kerana mempunyai matlamat yang ditentukan oleh organisasi yang mengawal mereka.Sebaliknya, Baggini, Tichelor dan Phelps menyatakan guru adalah professional kerana tugasan mereka adalah dibayar dan boleh dikembangkan selain memerlukan mereka berfikir secara kritikal dan kritis bagi menjana kecemerlangan. Sachs (2003), membahagikan profesionalisme guru kepada dua ketogeri iaitu profesionalisme lama bercirikan latihan lama berkepentingan diri, lambat berubah dan bertindak balas. Manakala profesionalisme baru bercirikan kolaboratif, aktif, fleksibel, progresif serta membina ilmu.Hargreaves(2000) membahagikan profesionalisme kepada empat fasa iaitu fasa pra, fasa pertikaian, fasa kolaborasi dan pembangunan dan diakhiri dengan fasa profesionalisme.

Perspektif Terhadap Keprofesionalisme KeguruanPada pendapat kami, profesion perguruan bolehlah dianggap sebagai satu profesion yang professional berdasarkan ciri-ciri profesionalisme guru yang dinyatakan Sachs(2003) bahawa ciri guru professional ialah guru yang mengikut etika masyarakat dalam perkhidmatan, berkolabarasi dan bekerjasama, berorientasikan gur yang aktif, fleksibel dan progresif, cakna terhadap perubahan dan mempunyai budaya inkuiri serta membina ilmu itu sendiri.Hujah ini juga disokong dengan pendapat Hargreaves(2000) yang mana menyatakan guru yang professional telah melalui empat fasa dalam membina guru yang professional. Fasa-fasa tersebut adalah bermula dengan fasa pra-professional iaitu permulaan kepada bidang pendidikan itu sendiri yang mana guru berfungsi hanya sebagai penyampai maklumat dan ilmu. Seterusnya, bidang keguruan telah melalui revolusi apabila sistem pengajaran tradisional dipersoalkan dan mendapat kebebasan pengajaran yang diterima. Fenomena ini seterusnya menimbulkan fasa kolaborasi dalam memperkembangkan sektor pendidikan yang mana diadakan kolaborasi untuk mewujudkan matlamat pendidikan yang sama selain menampung kekurangan sistem pendidikan tradasional dalam mendepani perubahan era. Seterusnya guru pada masa kini dinyatakan sebagai individu professional selepas melalui fasa-fasa tersebut tetapi harus kuat dalam mendepani cabaran semasa seperti bebanan kerja dan perspektif masyrakat. Fasa ini dikenali fasa pasca-profesional. Berdasarkan hujah-hujah ini kami ingin menegaskan sekali lagi profesion keguruan sebagai satu profesion yang professional.