perbezaan antara rumah tradisional dan rumah moden

13
Perbezaan Antara Rumah Tradisional dan Rumah Moden di Tuaran Pembinaan rumah moden dan rumah tradisional di Malaysia adalah mudah dan tidak mempunyai banyak masalah jika dibandingkan dengan negara yang mempunyai empat musim seperti negara Eropah kerana negara kita beriklim tropika dengan cuaca panas yang kelembapannya agak sekata. Binaan atau reka bentuk rumah adalah penting untuk keselesaan dan kesihatan penghuni di dalam rumah. Reka bentuk rumah haruslah bersesuaian dan kondusif untuk diduduki mengikut keadaan iklim setempat. Aspek penting yang perlu diambilkira dalam pembinaan rumah termasuklah suhu, pancaran matahari, angin, kelembapan dan curahan hujan. Malaysia menerima hujan sepanjang tahun dengan kadar kelembapan yang tinggi. Kadar pengalihan udara panas adalah rendah dengan kelembapan udara yang tinggi ini. Pencahayaan di

Upload: joana-pei-shan

Post on 30-Jun-2015

4.974 views

Category:

Documents


47 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Antara Rumah Tradisional dan Rumah Moden

Perbezaan Antara Rumah Tradisional dan Rumah Moden di Tuaran

Pembinaan rumah moden dan rumah tradisional di Malaysia adalah mudah dan

tidak mempunyai banyak masalah jika dibandingkan dengan negara yang

mempunyai empat musim seperti negara Eropah kerana negara kita beriklim tropika

dengan cuaca panas yang kelembapannya agak sekata.

Binaan atau reka bentuk rumah adalah penting untuk keselesaan dan kesihatan

penghuni di dalam rumah. Reka bentuk rumah haruslah bersesuaian dan kondusif

untuk diduduki mengikut keadaan iklim setempat. Aspek penting yang perlu

diambilkira dalam pembinaan rumah termasuklah suhu, pancaran matahari, angin,

kelembapan dan curahan hujan.

Malaysia menerima hujan sepanjang tahun dengan kadar kelembapan yang

tinggi. Kadar pengalihan udara panas adalah rendah dengan kelembapan udara

yang tinggi ini. Pencahayaan di Malaysia adalah dari bahagian atas dan sinar

matahari memancar dari timur pada waktu pagi dan dari barat pada waktu petang.

Sama dengan cara pembinaan rumah Melayu tradisional di Malaysia,

pembinaan rumah tradisional di daerah Tuaran turut membuktikan kefahaman

tukang kayu dahulu memahami kehendak alam sekitar dalam merekabentuk rumah.

Rumah Melayu tradisional Tuaran mempunyai reka bentuk domestik yang unggul

terhadap iklim panas lembap yang mempunyai peneduh yang cukup, bukaan yang

banyak untuk aliran udara keluar masuk, susun atur dalaman terbuka, bertiang,

ketinggian siling tinggi dan penggunaan bahan binaan ringan yang tidak

memendapkan haba.

Di samping tumpuan terhadap binaan bangunan, binaan rumah tradisional

Tuaran juga menitikberatkan susun atur bangunan yang hendak didirikan. Rumah-

rumah tradisional dibina secara bersilang atau secara rawak susunannya untuk

membenarkan laluan angin melepasi setiap rumah. Keadaan ini adalah berbeza

dengan binaan rumah teres atau rumah pangsa yang amat berdekatan antara satu

sama lain. Pembinaan rumah moden sebegini telah menghalang pergerakan laluan

angin di mana menyebabkan pemasangan penyaman udara diperlukan.

Page 2: Perbezaan Antara Rumah Tradisional dan Rumah Moden

Persekitaran yang boleh menyumbang kepada penyamanan udara semula jadi

juga dititikberatkan dalam perancangan secara tradisional dalam elemen

persekitaran binaan rumah tradisional Tuaran. Misalnya, pokok kelapa yang

bersinonim dengan masyarakat Melayu kerana kewujudannya di sekitar kawasan

rumah tradisional memberi teduhan dan tidak menghalang laluan angin pada aras

rumah mereka. Bagi kawasan perumahan moden di Tuaran pula, keadaan ini sukar

dikekalkan akibat ruang persekitaran rumah yang terhad untuk menanam tumbuh-

tumbuhan besar.

Cara kawalan rumah tradisional Tuaran terhadap pancaran cahaya dan silau

matahari ialah binaan beranda terbuka dan cucur atap yang memanjang. Reka

bentuk sebegini telah diadaptasikan pada reka bentuk dan binaan rumah moden

sekarang. Konsep keterbukaan ini dikekalkan dalam rumah moden di Tuaran

dengan membuat beranda serta elemen tersebut telah digunapakai sebagai

pengganti ruang tamu. Walaupun rumah moden ini telah dibina atau direkabentuk

dengan menggunakan bahan-bahan moden dengan penataan ruangan yang moden,

konsep keterbukaan tetap dapat diaplikasikan. Pada rumah moden di Tuaran,

penggunaan bahan binaan baru seperti konkrit, kaca aluminium dan sebagainya

menggantikan kayu dalam binaan rumah tradisional.

Perbandingan antara rumah tradisional dengan rumah moden yang dilihat

daripada aspek pelan dan ruang, struktur binaan dan bahan binaan. Pelan ruang

rumah berikut menggambarkan bentuk dan kedudukan ruang rumah tradisional dan

rumah moden di daerah Tuaran.

Page 3: Perbezaan Antara Rumah Tradisional dan Rumah Moden

Struktur rumah ialah susunan atau rangka sesebuah rumah. Bahan binaan pula

ialah bahan yang digunakan untuk membina rumah. Gambar berikut menunjukkan

perbezaan struktur dan bahan binaan rumah tradisional dengan moden di daerah

Tuaran.

Jenis Rumah Kedudukan Ruang di Dalam Rumah

Bilik Tidur Ruang Dapur Bilik Air Ruang Tamu

Tradisional Di tengah Di belakang Di belakang Di hadapan

Moden Di hadapan

Di tengah

Di belakang

Di belakang

Di hadapan

Di hadapan

Di belakang

Di tengah

Di hadapan

Page 4: Perbezaan Antara Rumah Tradisional dan Rumah Moden

Pendek kata, pembinaan rumah tradisional dan rumah moden di Tuaran adalah

berbeza dari segi struktur rumah, reka bentuk, bahan binaan, keadaan pengaliran

udara, ketahanan, susun atur bangunan dan kemahiran binaan yang dapat

dirumuskan seperti jadual berikut:

Perbezaan dari segi Rumah Tradisional Rumah Moden

Struktur rumah Mudah Kompleks

Reka Bentuk Ukiran kayu tradisional Bercorak Inggeris

Susun Atur Bangunan Selang-seli antara satu rumah

dengan satu yang lain

Berdekatan atau bertingkat-

tingkat

Pengaliran Udara Semula jadi Alat penyaman udara diperlukan

Bahan Binaan  Kayu meranti / Kayu Nyatoh Simen, Konkrit, Aluminium Kaca

Ketahanan Kurang tahan Kukuh dan Kuat

Kemahiran Binaan Pasak iaitu tanpa paku Teknologi moden

Page 5: Perbezaan Antara Rumah Tradisional dan Rumah Moden

Refleksi

Perkara yang pertama, saya ingin meluahkan perasaan kesyukuran saya atas

kejayaan kumpulan kami dapat menyelesaikan tugasan projek ini dalam masa yang

ditetapkan. Ahli kumpulan kami telah menunjukkan sikap yang positif dan memberi

komitmen yang sepenuhnya sepanjang tempoh pemprosesan tugasan projek ini.

Padahalnya, saya telah memperolehi maklumat tentang jenis-jenis rumah yang

terdapat di daerah Tuaran dengan lebih mendalam melalui kerja kursus ini. Secara

tidak langsung, kerja kursus ini membimbing saya ke arah pelaksanaan kajian yang

lebih menyeluruh dan terperinci mengenai sesuatu tempat. Pemikiran kreatif dan

kritis saya telah dipertajamkan lagi dalam proses penghasilan kerja kursus ini.

Selain merujuk kepada sumber-sumber maklumat pada internet, saya turut

mencari rujukan daripada maklumat dalam buku-buku perpustakaan untuk

keterangan tentang daerah Tuaran yang lebih lanjut. Selain itu, kumpulan kami juga

mendapat tunjuk ajar daripada guru dan rakan-rakan. Oleh sebab itu, saya berasa

amat bersyukur atas bantuan guru-guru dan rakan-rakan dengan menyumbangkan

idea dan sokongan kepada kami.

Semasa menghadapi kekangan atau kekeliruan semasa menjalankan kajian ini,

kami tidak segan untuk mendapat pedoman serta berbincang mengenai tugasan ini

daripada pensyarah pembimbing iaitu Puan Nur Salina Abdullah. Beliau telah

banyak memberi tunjuk ajar untuk memastikan projek tugasan yang kami hasilkan

bertepatan dengan kehendak soalan.

Sepanjang tempoh menjalankan kajian di daerah Tuaran ini, saya

berkesempatan mengenali daerah Tuaran dengan lebih mendalam, terutamanya

sesi soal selidik dijalankan di seberang jambatan untuk bertemu bual

dengan penduduk-penduduk yang tinggal di rumah tradisional. Saya berasa terharu

dengan perasaan kesyukuran yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk kampung

Page 6: Perbezaan Antara Rumah Tradisional dan Rumah Moden

semasa mereka menceritakan tentang tempat kediaman mereka. Perasaan cinta

terhadap keluarga dan rumah sendiri dapat dirasai melalui sesi soal jawab yang

dijalankan. Dengan itu, saya dapat menghayati nilai cinta kepada keluarga sendiri

dengan lebih dalam melalui kajian ini.

Sebagai penggulung kata, saya ingin meluahkah kepuasan saya menghasilkan

kerja kursus ini kerana dapatan saya tidak ternilai. Saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya serta semua orang yang telah terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyempurnakan kerja kursus

ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

JOANA CHUA PEI SHAN

871021-52-5708

KPLI-KS AMBILAN JAN 2011