perbezaan antara kbsr dan kssr

7
2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian. I. Reka bentuk kurikulum. KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR. Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani ‘independent learning’ . Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul. II. Bahan Kurikulum Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk

Upload: kang13

Post on 06-Sep-2015

264 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

elm 3023 e

TRANSCRIPT

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSRPerbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

I.Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR.Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani independent learning.Reka bentuk KBSR adalah bersifat linearyang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan denganKSSR di mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.

II.Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen StandardKurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik mengajar.

III.Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran.Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaranyang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif danhands-on.

IV.Fokus Kurikulum.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

V.Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.

VI.Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah penilaianSemasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaianyang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

6.0 PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR6.1 Kaedah Pentaksiran Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim yang merupakan Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pembaharuan yang diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK bermatlamat untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Terdapat lima kaedah pentaksiran yang dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran sekolah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan telah dilakukan pada aspek reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membentuk KSSR. Terdapat 7 perbezaan antara KBSR dan KSSR iaitu dari aspek reka bentuk kurikulum, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum.

Perbezaan pertama adalah dari segi reka bentuk kurikulum. Reka bentuk KBSR adalah berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekelilingsertaperkembangdiri individu. Di dalam reka bentukkomunikasi KBSR, terkandung kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini merupakan tunggak utama pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara matapelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1 dan tahap2.

Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling yang mana mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Matapelajaran yang terkandung dalam bidang manusia dan alam sekeliling ini ialah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains dan Kajian Tempatan. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup seperti bertukang dan penghayatan keseniaan serta kesihatan.Namun, setelah pembaharuan dilakukan, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR pula dilihat terdapat enam tunjang iaitu tunjang komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi, serta tunjang kerohanian sikap dan nilai. Kesemua tunjang ini membawa kepada perkembangan individu yang seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi.Jika kitalihat didalam KSSR, reka bantuk yang digunakan lebih terperinci dan jelas berbanding dengan KBSR.

Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi sama ada berlaku dalam bentuk lisan dan juga bukan lisan dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melaluitunjang komunikasi inimuriddidedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul (4M).

Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai. Bidang pembelajaran ini berfokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi matapelajaran yang utama bagi tunjang ini.Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan. Ia dibina sejajardengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Selain itu memupuk semangat patriotism serta pepaduan dalam diri pelajar. Subjek yang terlibat secara langsung ialah subjek Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.

Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian dan berketrampilan. Melalui tunjang ini pemupukan sifat kepimpinan serta sahsiah diri setiap pelajar dapat dicapai melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dirancang dengan rapi.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan inteleknya (JERI). Kesihatan jasmani murid menjamin perkembangan tubuh badan yang sihat dan cerdas. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, dan apresiasi pelajar yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri melalui daya imaginasi mereka. Kreativiti, dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Akhir sekali, reka bentuk tunjang Sains dan Teknologi adalah bertujuan memenuhi keperluan perkembangan komunikasi teknologi maklumat yang mana ia menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR dimana KBSR tidak begitu menekankan bidang teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dari segi perbezaan organisasi kandungan, KBSR adalah berdasarkan semua matapelajaran dan tidak dibahagikan kepada tahap 1 dan 2 dan dilaksanakan selaras dengan semua matapelajaran. Tidak seperti KBSR, organisasi kurikulum dalam KSSR telah diperhabarui dengan penambahbaikan di mana organisasi kurikulum KSSR dibahagi-bahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 (tahun 1 hingga 3) dan tahap 2 (tahun 4 hingga 6). Di dalam organisasi kurikulum tahap 1, modul yang diajarkan ialah berdasarkan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema, dan Modul Elektif. Dalam tahap 2 pula, modul yang diajarkan adalah berdasarkan 6 tunjang dalam KSSR iaitu Modul Komunikasi, Modul Komunikasi Elektif, Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai, Modul Fizikal dan Estetika, Modul Sains dan Teknologi, Modul Kemanusiaan.

Perbezaan ketiga iaitu dari segi kandungan, didapati bahawa berlaku perubahankandungan kepada semua mata pelajaran yang diajarkan semasa KBSR di dalam kurikulum KSSR yang baharu ini. Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis, mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan (membaca, menulis, mengira, menaakul). Menaakul juga dikategorikan dalam kebolehan menganalisis sesuatu maklumat.Kemahiran ini juga penting dalam kehidupan seharian untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita dan bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan dalam masyarakat. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis.

Seterusnya perbezaan keempat yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan Sekolah (PKBS). seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid.PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Selain itu modul pengajaran dan pembelajaran pula mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi memudahkan proses pentaksiran.

Akan tetapi, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat adalah dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persamaan iaitu kemahiran berfikir dalam P&P, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri danbelajar carabelajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa matapelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada kedua-dua kurikulum tersebut. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR iaitu selama 1350 minit juga bertambah kepada 1380 minit seminggu dalam KSSR (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah juga dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.