nota ringkas & grafik (kbsr & kssr)

34

Click here to load reader

Upload: faaiza

Post on 25-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Nota Ringkas Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

1.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) TAHUN 2

1.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) TAHUN 2

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

1.2 Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

1.2.1 Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

1.2.2 Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

1.2.3 Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

1.2.4 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

1.3 Penekanan Konsep 5P

1.3.1 PenggabungjalinanPenggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu inter bidang atau kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama,iaitu intra bidang. Selain itu aspek tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa.

1.3.2 PenyerapanPenyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa yang bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai murid adalah seperti yang berikut:

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SK)

24

Mencirikan Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan Membuat kaitan dan perhubungan Membanding dan membeza Menyusun atur Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu Membezakan fakta dengan pendapat Menganalisis Mengesan kecondongan pendapat Mengenal pasti sebab akibat Meramal Mensintesis Mengitlak Membuat analogi Membuat inferens Membuat kesimpulan Menginterpretasi, mentafsir Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan Menilai Menjana idea Merumus, meringkas Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid, serta sumber yang ada.

1.3.2 PenilaianPenilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

1.3.4 PemulihanAktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.

1.3.5 PengayaanAktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal ataudalam jangka masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

1.4 Pengisian Kurikulum

Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Semua elemen ini diserapkan dalam konteks bagi kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran. Penerangan ringkas bagi setiap pengisian ini diberikan di bawah.

1.4.1 IlmuIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu bidang sains dan geografi yang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.4.2 Nilai MurniPenyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia harus dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.

Nilai murni ini ialah: Baik hati Kejujuran Berdikari Kerajinan Hemah tinggi Kerjasama Hormat-menghormati Kesederhanaan Kasih sayang Kesyukuran Keadilan Patriotisme Kebebasan Rasional Keberanian Semangat bermasyarakat Kebersihan fizikal dan mental

1.4.3 KewarganegaraanPenyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmenterhadap bangsa dan negara.

1.4.4 Peraturan SosiobudayaPeraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

1.4.5 Kemahiran Bernilai TambahKemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan dan penerangan ringkasnya dinyatakan di bawah:

i. Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet.

iii. Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

iv. Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

v. Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

vi. Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

vii. Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian mur id, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

GRAFIK KBSRFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Kemahiran Membaca

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Menulis

KEMAHIRAN BAHASA

PENGISIAN KURIKULUM

Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran BerfikirKecerdasan PelbagaiKajian Masa DepanPembelajaran KonstruktivismePembelajaran KontekstualKemahiran Belajar Cara Belajara) Ilmuc) Kewarganegaraanb) Nilai Murnie) Kemahiran Bernilai Tambahd) Peraturan Sosiobudaya

2.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 2

2.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 2

2.1 Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2.2 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

2.2.1 Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.

2.2.2 Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila.

2.2.3 Kemahiran MembacaKemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

2.2.4 Kemahiran MenulisKemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

2.3 Aspek Seni BahasaAspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan.2.4 Aspek TatabahasaAspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang.

2.5 Pengisian Kurikulum Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen seperti yang berikut:2.5.1 IlmuIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan 6oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.2.5.2 Nilai MurniPenyerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.2.5.3 KewarganegaraanPenyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.2.5.4 Peraturan SosiobudayaPeraturan sosiobudaya dalam kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.2.5.5 Kemahiran Bernilai TambahKemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian murid. Antara Kemahiran bernilai tambah dan penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti yang berikut:i. Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa hadapan.

ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan perisian, menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses, menyebar dan berkongsi maklumat serta berinteraksi sosial melalui Internet untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.

iii. Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.iv. Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta menangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

v. Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

vi. Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

vii. Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka.

viii. Kreativiti dan InovasiKreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta, menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan idea yang tulen, asli dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepada proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovatif saling berkait rapat bagi menghasilkan modal insan yang serba boleh dan berketerampilan. Daya kreativiti dan inovasi murid perlu dibangunkan ke tahap yang optimum supaya mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warga negara Malaysia pada masa hadapan.

ix. KeusahawananPenyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan elemen ini bukan sahaja merupakan pendekatan membudayakan keusahawanan, malah melibatkan proses pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti pemikiran keusahawanan, kemahiran pengurusan perniagaan, aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilai moral dan etika keusahawanan.

2.6 Penekanan Konsep 5PStrategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:2.6.1 PenggabungjalinanPenggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam standard kandungan atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.2.6.2 PenyerapanDalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.

2.6.3 PenilaianPenilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. 2.6.4 PengayaanProgram pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.2.6.5 PemulihanProgram pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

GRAFIK KSSRFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Menulis

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Bertutur

KEMAHIRAN BAHASA

ASPEK SENI BAHASAASPEK TATABAHASAAspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang.

Peraturan SosiobudayaKemahiran Bernilai TambahNilai MurniPENGISIAN KURIKULUMIlmuKewarganegaraanKemahiran BerfikirKajian Masa DepanKeusahawananKreativiti & Inovasi

Pembelajaran KonstruktivismeKemahiran Belajar Cara BelajarPembelajaran KontekstualKemahiran Teknologi Maklumat & KomunikasiKecerdasan Pelbagai

KSSRPenilaianPENEKANAN KONSEP 5PPemulihanPenggabungjalinanPengayaanPenyerapan

3.0 BANDING BEZA ASPEK KBSR DAN KSSR

3.0 BANDING BEZA ASPEK KBSR DAN KSSRBANDING BEZA ELEMEN / ASPEK DALAM KBSR DAN KSSR

KBSRELEMEN / ASPEKKSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah RendahIstilah Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Linear berasaskan 3 bidang: Komunikasi Manusia dan Alam Kelilingnya Perkembangan Diri IndividuReka Bentuk Kurikulum Modular berasaskan 6 tunjang Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri

Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan PelajaranBahan Kurikulum Dokumen Standard Kurikulum

Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan TambahanOrganisasi KurikulumTahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif

3M (Membaca, Menulis dan Mengira)Fokus 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

Kemahiran berfikir Secara Kritis dan KreatifElemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara eksplisit.

TiadaAspek Seni Bahasa Ada

Tatabahasa Sistem Ejaan Sebutan dan Intonasi Kosa Kata PeribahasaSistem Bahasa Tatabahasa Tanda Baca Sistem Ejaan Sebutan dan Intonasi Kosa Kata Peribahasa

Kemahiran Berfikir Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Belajar Cara Belajar Kajian Masa Depan Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Belajar Cara Belajar Kajian Masa Depan Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan

PERSAMAAN KBSR DAN KSSR

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Kemahiran Bahasa Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Pengisian Kurikulum Ilmu Nilai Murni Kewarganegaraan Peraturan Sosiobudaya Kemahiran Bernilai Tambah

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Berpusatkan Murid Kepelbagaian Teknik Kepelbagaian Sumber Bahan Penggunaan Sistem Bahasa Bacaan Luas Penekanan Konsep 5P Pengajaran dan Pembelajaran Bertema

Penekanan Konsep 5P Penggabungjalinan Penyerapan Penilaian Pengayaan Pemulihan