perbandingan novel

Upload: mohamad-tampik-aziz

Post on 30-May-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    1/16

    KEPELBAGAIAN SOALAN

    PERBANDINGAN NOVEL

    -TERMINAL TIGA

    -SETEGUH KARANG

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    2/16

    Jelaskan dua persamaan perwatakan watak utama dalam dua buah

    novel yang anda pelajari. [8 markah]

    Novel yang saya kaji ialah Seteguh Karang dan Terminal

    Tiga. Watak utama dalam novel Seteguh Karang ialah Awanis.Watak utama dalam novel Terminal Tiga pula ialah Rimpa.

    Antara persamaan perwatakan Awanis dengan Rimpa

    ialah mereka bersifat penyayang. Buktinya, Awanis mengasihiAnita walaupun Anita hanyalah adik angkatnya. Rimpa pulasangat menyayangi ibunya yang tinggal di pedalaman Sabah.

    Selain itu, persamaan yang lain ialah Awanis dan Rimpa

    gigih menuntut ilmu. Buktinya, Awanis sanggup mendudukipeperiksaan SPM semula demi mencapai cita-citanya untuk kemenara gading. Rimpa pula sanggup meninggalkan kampunghalaman untuk meneruskan pelajaran di Akademi SeniKebangsaan.

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    3/16

    Jelaskan dua persoalan yang mempunyai persamaan berdasarkan dua

    buah novel yang anda pelajari. Kemukakan contoh yang sesuai.

    Novel yang saya pelajari ialah Seteguh Karang dan Terminal Tiga.

    Antara persoalan yang sama berdasarkan kedua-dua buah noveltersebut ialah ketabahan menghadapi dugaan. Buktinya, dalam TerminalTiga, Rimpa berusaha mencari wang untuk membiayai perbelanjaannyauntuk meneruskan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan. Dalam novelSeteguh Karang pula, Awanis yang gagal dalam peperiksaan SPM sanggupmendudukinya buat kali kedua.

    Persoalan lain yang mempunyai persamaan ialah tolong menolong

    sesama insan. Buktinya, dalam novel Terminal Tiga, Bang Maily membantuRimpa meneruskan pengajian dengan berusaha mendapatkan biasiswauntuknya. Dalam novel Seteguh Karang pula, Kak Nor menawarkan tempattinggal kepada Awanis semasa Awanis menjalani latihan praktikal di

    Terengganu.

    Kasih sayang dalam keluarga juga merupakan persoalan yang adadalam kedua-dua buah novel tersebut. Buktinya, dalam novel Terminal Tiga,Rimpa sangat mengasihi ibunya yang tinggal di Sabah. Dalam novelSeteguh Karang, Awanis sangat mengasihi Anita walaupun Anita hanyalah

    adik angkatnya.

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    4/16

    Jelaskan satu peranan watak sampingan dalam

    membantu watak utama berdasarkan dua buah novel yang

    anda pelajari.

    Terminal Tiga:

    -Bang Maily membantu Rimpa

    mendapatkan bantuankewangan /biasiswa untuk

    untuk membolehkannya

    meneruskan pengajian di

    Akademi Seni Kebangsaan

    Seteguh Karang:

    -Kak Nor membenarkan Awanis

    tinggal di rumahnya semasaAwanis menjalani latihan

    praktikal di Terengganu

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    5/16

    Jelaskan satu konflik yang berlaku dalam setiap novel yang anda

    pelajari. Terangkan cara watak utama menanganinya.

    Terminal Tiga:(konflik)

    -Rimpa cemas kerana sukar

    mendapatkan sumber

    kewangan untuk melanjutkanpelajaran di Akademi Seni

    Kebangsaan

    (cara menangani)

    -Rimpa mendapatkan

    pertolongan Bang Maily untuk

    memperoleh bantuan

    kewangan

    Seteguh Karang:(konflik)

    -Anita kecewa setelah

    mengetahui bahawa dia

    hanyalah anak angkat dalamkeluarga Awanis

    (cara menangani)

    -Awanis membantu Anita

    mencari ibu dan bapa

    kandungnya

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    6/16

    Jelaskan tiga perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel

    yang anda pelajari.

    Terminal Tiga:

    -masyarakat Kadazan Dusun

    -masyarakat petani

    -masyarakat yang

    mengamalkan semangat

    kejiranan

    Seteguh Karang:

    -masyarakat Melayu

    -masyarakat buruh ladang

    -masyarakat yang suka menjaga

    tepi kain orang

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    7/16

    Berikan contoh unsur suspen berdasarkan dua buah

    novel yang anda kaji.

    Terminal Tiga:

    -pembaca tertanya-tanya sama

    ada Rimpa akan dapatberjumpa dengan ayahnya di

    Nabawan

    Seteguh Karang:

    -pembaca tertanya-tanya sama

    ada ayah kandung Anita / EncikLee mahu menerima

    kehadirannya sebagai anak

    atau tidak

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    8/16

    Jelaskan peristiwa yang menggambarkan klimaks cerita

    dalam dua buah novel yang anda kaji.

    Terminal Tiga:

    -Rimpa menerima panggilan

    telefon daripada Ruzainimemberitahu bahawa

    ayahnya sudah pulang ke

    rumah

    Seteguh Karang:

    -Awanis menerima panggilan

    telefon daripada Anitabahawa dia sudah tahu akan

    kedudukannya sebagai anak

    angkat. Dia lari dari rumah

    setelah bertengkar dengan

    Maysarah.

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    9/16

    Jelaskan persamaan nilai murni berdasarkan dua buah

    novel yang anda pelajari

    Awanis sanggup membiayai kos

    penghantaran pulang jenazah Budi ke

    Indonesia

    Awanis mendaftar seorang diri di

    Institut Teknologi Mara cawangan Arau

    Awanis gigih berusaha menjatuhkanbuah kelapa sawit

    Ruzaini bersimpati terhadap

    keluarga Rimpa yang sudah 10

    tahun ditinggalkan oleh ayahnya

    Rimpa ke Kuala Lumpur seorang

    diri untuk mendaftar di AkademiSeni Kebangsaan

    Rimpa gigih mencari ayahnyayang sudah 10 tahun

    menghilangkan diri

    Seteguh Karang

    Awanis kasih akan adik angkatnya iaitu

    Anita

    Terminal Tiga

    Rimpa amat kasih akan ibunya

    bersimpati

    berdikari

    kegigihan

    kasih sayang

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    10/16

    Jelaskan dua persamaan latar masyarakat berdasarkan dua buah

    novel yang anda pelajari

    Awanis membantu Anita mencari

    keluarga kandungnya

    Bang Maily membantu

    meringankan beban kewangan

    Rimpa untuk meneruskanpengajian di ASK

    Seteguh Karang

    Awanis reda menerima hakikat bahawa

    ibu bapanya maut dalam kemalangan

    jalan raya

    Terminal Tiga

    Ibu Rimpa menguruskan

    keluarga seorang diri selepas

    ditinggalkan suami

    masyarakat yang prihatin akan masalah orang lain

    masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    11/16

    Jelaskan bahagian peleraian dalam dua buah novel yang

    anda pelajari.

    Terminal Tiga:

    -Rimpa pulang ke kampung

    untuk berjumpa denganayahnya. Selepas itu dia balik

    semula ke Kuala Lumpur bagi

    meneruskan pengajiannya.

    Seteguh Karang:

    -Awanis pergi ke Hospital Ipoh

    untuk menziarahi Maysarah.Maysarah insaf dan mengakui

    kesilapannya selama ini.

    Keluarga Awanis bersatu

    semula.

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    12/16

    Jelaskan perbezaan latar tempat berdasarkan dua buah novel yang

    anda pelajari.

    Terminal Tiga:

    -Sabah

    -Kuala Lumpur

    -Akademi Seni Kebangsaan

    -Nabawan

    Seteguh Karang:

    -Terengganu

    -Ipoh

    -Pejabat Pertubuhan Peladang

    -Kuantan

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    13/16

    Jelaskan persamaan watak utama berdasarkan dua buah

    novel yang anda pelajari

    Awanis tetap mahu menjatuhkan buah

    kelapa sawit walaupun dilarang oleh

    Encik Johari

    Awanis mendaftar seorang diri di

    Institut Teknologi Mara cawangan Arau

    Awanis gigih belajar walaupun pernahgagal dalam peperiksaan SPM

    Rimpa tetap mahu meneruskan

    hasrat belajar di Kuala Lumpur

    walaupun dibantah oleh ibu

    Rimpa ke Kuala Lumpur seorang

    diri untuk mendaftar di AkademiSeni Kebangsaan

    Rimpa gigih mencari ayahnyayang sudah 10 tahun

    menghilangkan diri

    Seteguh Karang

    Awanis belajar di Institut Teknologi

    Mara di Arau, Perlis

    Terminal Tiga

    Rimpa belajar di Akademi Seni

    Kebangsaan, Kuala Lumpur

    degil

    berdikari

    gigih

    pelajar

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    14/16

    Jelaskan perbezaan antara watak utama berdasarkan

    dua buah novel yang anda kaji.

    Terminal Tiga - Rimpa:

    -lelaki

    -anak sulung-ibu bapa masih hidup

    -anak orang miskin

    Seteguh Karang - Awanis:

    -perempuan

    -anak kedua-ibu bapa sudah meninggal

    dunia

    -anak orang berada

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    15/16

    Jelaskan persamaan teknik penceritaan berdasarkan dua buah

    novel yang anda pelajari

    Pembaca tidak menduga bahawa

    Maysarah berani menelan pil tidur

    berlebihan untuk lari daripada masalah

    Pembaca tidak menduga bahawa

    Ruzaini akan mengikut kumpulan

    pendakwah

    Seteguh Karang

    Awanis berbual-bual dengan Budi

    tentang pekerjaannya

    Terminal Tiga

    Rimpa berbual-bual dengan

    Bang Maily tentang masalah

    pengajiannya

    kejutan

    dialog

  • 8/14/2019 PERBANDINGAN NOVEL

    16/16

    SEKIAN, TERIMA KASIH.

    Budi Bahasa

    Budaya Kita