peraturan pertandingan bola baling msspp

12
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPP Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP kecuali yang tersebut dalam peraturan berikut. 1. PENDAFTARAN : 1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan. 1.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masing-masing. 1.2.1 Pengurus Pasukan 1.2.2 Jurulatih 2. KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN 2.1 L12 / P12 / L15 / P15 / L18 / P18 3. PAKAIAN 3.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor masing-masing di depan dan belakang.

Upload: ct-awer-yusoh

Post on 13-Apr-2016

76 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Pertandingan Bola Baling Msspp

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPP

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA,

MSSM, MSSPP kecuali yang tersebut dalam peraturan berikut.

1. PENDAFTARAN :

1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan

borang pendaftaran yang disediakan.

1.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi

pasukan masing-masing.

1.2.1 Pengurus Pasukan

1.2.2 Jurulatih

2. KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN2.1 L12 / P12 / L15 / P15 / L18 / P18

3. PAKAIAN

3.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya

dengan nombor masing-masing di depan dan belakang.

3.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya,

keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut

dahulu dalam borang pertandingan.

3.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud

enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama

sekali.

Page 2: Peraturan Pertandingan Bola Baling Msspp

3.4 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )

4. SAIZ BOLA

4.1 Saiz 1 : L12 / P12

4.2 Saiz 2 : L15 / P15 / P18

4.3 Saiz 3 : L18

5. MASA PERMAINAN

5.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan

rehat 3 minit. (15.3.15)

* diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.

5.2 Masa Rehat Pasukan (1 minit )

(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-

Out) sekali bagi setiap separuh masa.

(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana

pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD

HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time

Keeper).

(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa

rehat 1 minit :-

Semasa pasukannya mengawal bola.

Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan

gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini dijalankan secara LIGA / KALAH MATI

Page 3: Peraturan Pertandingan Bola Baling Msspp

6.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.

6.3 Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA :

6.3.1 Menang : 3 mata

6.3.2 Seri : 1 mata

6.3.3 Kalah : 0 mata

6.4 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang

mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan

kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi

Walkover mesti memberi alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak begitu

kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan

Negeri.

6.5 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah

mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang

teratur di bawah :

6.5.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira

menang.

6.5.2 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.

6.5.3 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.

6.5.4 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira

menang.

Page 4: Peraturan Pertandingan Bola Baling Msspp

6.5.5 Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.

6.6 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL

6.6.1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau

hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu

perlawanan berikutnya.

6.6.2 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir

kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang

permainan di mana pasukannya bermain sehingga LEMBAGA

TATATERTIB membuat keputusan.

6.6.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia

tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya

bermain sepanjang kejohanan tersebut.

7. SISTEM KALAHMATI

7.1 Bagi perlawanan secara kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa

langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:

7.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan

setelah rehat selama lima minit.

7.1.2 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan.

Page 5: Peraturan Pertandingan Bola Baling Msspp

8. SISTEM BALINGAN 7 METER

8.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli

oleh 5 orang pemain.

8.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain

secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.

8.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.

8.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat

balingan dahulu.

8.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan

mengambil balingan 7 meter.

8.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan

mestilah berada diluar garisan balingan percuma.

8.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.

8.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

9. KELEWATAN

Page 6: Peraturan Pertandingan Bola Baling Msspp

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak

lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.

10. BANTAHAN

10.1Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang

disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan

RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak

diterima.

10.2Keputusan Juri adalah muktamad.

11. JURI RAYUAN

11.1Terdiri daripada :

11.1.1 Pengerusi Teknik Bola Baling MSSPP / Zon

11.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan

11.1.3 Pengerusi Pengadil

11.1.4 2 orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa

Pengelola.

Page 7: Peraturan Pertandingan Bola Baling Msspp

12. PERATURAN BARU

12.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga

masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang

pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak

bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.

(peraturan 2:5)

12.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan

tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit /

kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.

(peraturan 2 :8)

12.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan

pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil

atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar

tiada semangat kesukanan.

(peraturan 4:11)

12.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam

lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan.

(peraturan 4:1)

12.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk

rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil.

(peraturan 4:1)

Page 8: Peraturan Pertandingan Bola Baling Msspp

12.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan

sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan

pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel.

(peraturan 10.3)

12.7. Isyarat ‘pasif play’ batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta

terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman.

(klarifikasi no 4)

12.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan

percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.

(peraturan 15.6)

12.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang

terhampir kepada pasukan lawan.

(peraturan 11.3)

12.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang.

(klarifikasi no 3)

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

12.1Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-

undang Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan

keputusan adalah muktamad.