peraturan am pertandingan bola sepak majlis sukan sekolah ...msspp.com/userbox/bola sepak_peraturan...

22
PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG 12 TKB, 15 TKB DAN 18 TKB SEMAKAN TAHUN 2018

Upload: lytuong

Post on 16-Jun-2019

302 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

PERATURAN AM

PERTANDINGAN BOLA SEPAK

MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG

12 TKB, 15 TKB DAN 18 TKB

SEMAKAN TAHUN 2018

Page 2: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 1 -

PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK

MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG

PERINGKAT UMUR 12 TKB, 15 TKB DAN 18 TKB

SEMAKAN 2018

1. NAMA DAN PIALA

1.1) Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang ( MSSPP ) melalui Setiausaha

Agung MSSPP, Pengerusi Jawatankuasa Teknik Bola Sepak MSSPP,

Penyelaras Teknik Bola Sepak Zon / Negeri dan sekolah-sekolah yang

dipertanggungjawab akan mengelolakan pada tiap-tiap tahun satu

pertandingan peringkat umur MSSPP di mana penyertaan dibuka

kepada ahli-ahli gabungan MSSPP termasuk sekolah-sekolah swasta

yang berdaftar dengan MSSPP.

1.2) Piala akan disediakan seperti berikut:

1.2.1 Peringkat Zon.

1.2.2 Peringkat Negeri.

1.3) Pasukan-pasukan yang menjadi Johan, Naib Johan dan dua (2)

Tempat Ketiga akan menerima lima belas (15) pingat

untuk 12 TKB dan dua puluh (20) pingat untuk 15 TKB dan

18 TKB.

1.4) Hak kawalan dan pengurusan pertandingan ini pada

keseluruhannya adalah terletak kepada Jawatankuasa Teknik

Bola Sepak MSSPP yang boleh memberi kuasa kepada

Page 3: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 2 -

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat

Penyelaras Teknik Bola Sepak Zon / Negeri pada setiap

tahun.

2. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN

2.1) Terbuka kepada semua ahli gabungan MSSPP.

2.2) Sekolah Sukan Negeri hanya dibenarkan bermain dalam kejohanan

peringkat negeri tanpa melalui pertandingan peringkat zon.

2.3) Perkiraan umur pemain yang layak untuk didaftar dan bermain, adalah

mulai dari tarikh ia dilahirkan pada atau selepas 1 Januari.

2.4) Pemain yang hendak didaftar hendaklah dalam kalangan pelajar-pelajar

yang sedang belajar dan didaftar sebagai pelajar di sekolah berkenaan.

2.5) Seorang pemain tidak layak bermain jika namanya tidak didaftar di dalam

Borang Pendaftaran Pemain. Bagaimanapun, pemain yang tidak

didaftarkan dengan mana-mana pasukan sekolahnya, dibenarkan

mewakili pasukan zon / negeri dengan syarat mendapat kelulusan

bertulis daripada Jawatankuasa Teknik MSSPP negeri.

2.6) Pendaftaran pemain baru semasa pertandingan tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, pasukan dibenarkan membuat permohonan atas sebab-

sebab kecederaan serius dengan menyertakan surat pengesahan

Pegawai Perubatan kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan

keputusan ini adalah muktamad dengan nasihat Penyelaras Teknik Bola

Sepak Zon / Negeri.

Page 4: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 3 -

2.7) Pertukaran pelajar oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

boleh didaftarkan untuk menyertai sesuatu pertandingan dengan

mengemukakan Borang Pendaftaran Pemain yang baru dan salinan Surat

Pertukaran Sekolah yang diakui sah oleh Pengetua atau Guru Besar

sekolah berkenaan.

2.8) Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu (1) pertandingan

dan satu (1) pasukan sahaja pada masa yang sama.

2.9) Perkara (2.8) akan terbatal dengan sendirinya apabila pertandingan

antara sekolah-sekolah dalam pusingan peringkat kumpulan berakhir.

2.10) Kuota pemain ‘import’ seramai dua (2) orang sahaja boleh didaftar

dalam peringkat pusingan kedua sahaja dengan syarat:

2.10.1 Jumlah pemain yang didaftarkan tidak melebihi 15 pemain seperti

dalam Borang Pendaftaran Pasukan R-02 untuk 12 TKB dan tidak

melebihi 20 pemain seperti dalam Borang Pendaftaran Pasukan

M-02 untuk 15 TKB dan 18 TKB yang telah dikemukakan.

2.10.2 Johan kumpulan diberi keutamaan membuat pilihan dari kumpulan

yang sama dan diikuti Naib Johan.

2.10.3 Pasukan Johan dan Naib Johan boleh memilih pemain daripada

kumpulan lain selepas Fasal 2.10.2 dilaksanakan.

2.10.4 Pasukan yang terlibat mesti berurusan melalui surat kepada

Pengetua / Guru Besar pemain sekolah berkenaan.

Page 5: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 4 -

2.10.5 Sekiranya mana-mana pemain tidak mahu bermain setelah dipilih

mengikut Fasal 2.10.2 dan 2.10.3, maka pemain tersebut tidak

dibenarkan mewakili mana-mana pasukan yang lain.

2.11) Jawatankuasa Pengelola Peringkat Zon dengan kerjasama Penyelaras

Teknik Bola Sepak Zon dikehendaki membentuk pasukan zon ke

peringkat negeri (bukan sekolah johan). Peruntukan boleh diperolehi

daripada Bendahari Zon dan Pegawai Sukan di PPD masing-masing.

2.11.1 Pelajar Tingkatan 6 Rendah yang berumur 18 tahun dan ke bawah

pada tahun semasa pertandingan diadakan dibenarkan bermain.

2.12) Pendaftaran Pemain:

2.12.1 Setiap pemain 12 TKB mesti mendaftar dalam Borang

Pendaftaran Individu (R-01) dan Borang Pendaftaran Pasukan

(R-02).

2.12.2 Setiap pemain 15 TKB dan 18 TKB mesti mendaftar

Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan Borang

Pendaftaran Pasukan (M-02).

2.13) Pendaftaran Pegawai:

2.13.1 Semua pegawai pasukan mesti mempunyai surat lantikan atau

pengesahan daripada pihak sekolah.

2.13.2 Jurulatih bukan guru mestilah mendapat surat pengesahan

pihak sekolah dan berkelayakan sekurang-kurangnya

Lesen B dan Sijil Sains Sukan Tahap Satu. Jurulatih

bukan guru boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak

boleh didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pasukan

Page 6: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 5 -

R-02 / M-02. Jurulatih bukan guru adalah setaraf

dengan penonton. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat

di luar permainan.

2.14) Borang pendaftaran (R01 dan R02– Sekolah Rendah dan M01 dan

M02 – Sekolah Menengah), salinan surat beranak / kad pengenalan

yang disahkan oleh Guru Besar / Pengetua atau Penolong Kanan

sekolah berkenaan mesti diserahkan kepada urusetia kejohanan

sebelum perlawanan pertama pasukan tersebut dimainkan. Kegagalan

menyerahkan borang R01 dan R02 / M01 dan M02 akan menyebabkan

penyertaan pasukan sekolah / zon tersebut dibatalkan.

3. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau cara kalah mati

seperti berikut:-

3.1) Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

3.1.1 Pusingan Pertama

3.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil

bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4

kumpulan iaitu A ,B ,C dan D. Pertandingan akan

dijalankan secara liga.

3.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat

dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan

dalam kumpulan seperti berikut :

Page 7: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 6 -

Johan - Kumpulan A

Naib Johan - Kumpulan B

Ketiga - Kumpulan C

Keempat - Kumpulan D

3.1.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam

empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi

mengikut undang-undang permainan berkenaan.

3.1.1.4 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak

mengambil bahagian, maka pasukan terbaik

berikutnya hendaklah dipertimbangkan

kedudukannya.

3.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

3.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap

kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir

dan pertandingan akan dijalankan secara kalah

mati.

3.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana

berikut :

3.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang

Pertama Kumpulan akan

didahulukan untuk ditempatkan di

Kedudukan 1,3,5 dan 7.

3.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan Pemenang

Kedua Kumpulan untuk

Page 8: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 7 -

ditempatkan di Kedudukan 2 atau

4, jika Pasukan Pemenang Pertama

Kumpulannya telah diundi dan

ditempatkan di kedudukan 5 atau

7. Manakala 2 Pasukan Pemenang

Kedua yang lain akan diundi juga

untuk ditempatkan di kedudukan 6

atau 8.

3.1.2.2.3 Pasukan-pasukan yang menang

pada perlawanan separuh akhir

akan memasuki Perlawanan Akhir

bagi menentukan Johan dan Naib

Johan, sementara pasukan-

pasukan yang kalah akan bermain

untuk menentukan tempat ketiga

dan keempat.

1

2

3

4

5

6

7

8

Page 9: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 8 -

3.2) Cara Liga Tiga Kumpulan

3.2.1 Pusingan Pertama

3.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil

bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan

kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.

Pertandingan akan dijalankan secara liga.

3.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam

pertandingan tahun lalu akan ditempatkan

dalam kumpulan seperti berikut:

Kumpulan A - Johan tahun lalu

Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu

Kumpulan C - Tempat Ketiga tahun lalu

3.2.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam

tiga kumpulan tersebut melalui undian.

3.2.1.4 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded)

tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik

berikutnya hendaklah dipertimbangkan

kedudukannya.

3.2.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

3.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan

akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y

dengan mengadakan undian.

3.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat

pusingan pertama.

Page 10: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 9 -

3.2.2.3 Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke

kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.

3.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan

di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.

3.2.3 Pusingan Akhir

3.2.3.1 Johan kumpulan X akan melawan Johan

kumpulan Y untuk menentukan Johan

dan Naib Johan.

3.2.3.2 Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib

Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat

ketiga dan keempat.

3.3) Cara Liga 2 kumpulan

3.3.1 Pusingan Pertama

3.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil

bahagian,pasukan hendaklah dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

3.3.1.2 Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan

tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A

dan Naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan

dalam kumpulan B.

3.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2

kumpulan dengan cabutan undi.

3.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak

mengambil bahagian maka, pasukan terbaik

Page 11: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 10 -

berikutnya hendaklah dipertimbangkan

kedudukannya.

3.3.2 Pusingan kedua

3.3.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan

Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan

melawan Naib Johan Kumpulan A.

3.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

3.3.3 Pusingan Akhir

3.3.3.1 Johan Kumpulan A atau Naib Johan kumpulan B

akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib

Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan

dan Naib Johan.

3.3.3.2 Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di

atas akan menentukan tempat ketiga dan

keempat.

3.4) Cara Liga Satu Kumpulan

3.4.1 Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian,

pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan.

Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan

sebagai JOHAN.

3.4.2 Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil

bahagian, pertandingan tidak akan dilangsungkan.

Page 12: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 11 -

4. JADUAL DAN WARNA PAKAIAN PASUKAN

4.1) Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat Penyelaras

Teknik Bola Sepak Zon / Negeri hendaklah menyusun jadual

perlawanan dan hendaklah diedarkan kepada semua pasukan yang

mengambil bahagian sekurang-kurangnya seminggu atau dalam

satu tempoh masa yang sesuai sebelum bermulanya pertandingan.

4.2) Sekiranya terdapat persamaan warna pakaian dengan syarat tuan

rumah memakai warna sebagaimana yang mereka isytiharkan, maka

pasukan pelawat hendaklah menukar warna pakaian mereka.

Begitu juga sekiranya pasukan tuan rumah memakai warna pakaian lain

dari apa yang mereka isytiharkan, maka pasukan tuan rumah yang perlu

menukar warna pakaian mereka.

4.3) Pemain hendaklah memakai jersi yang mempunyai nombor yang

tingginya tidak kurang dari 10 inci manakala nombor di sebelah kanan

seluar (digalakkan) hendaklah 2 inci tingginya sama dengan nombor

yang didaftarkan di dalam senarai rasmi yang dikemukakan.

4.4) Semua pasukan dikehendaki mempunyai set jersi kedua dengan

warna yang berlainan daripada set jersi pertama.

Page 13: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 12 -

5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

5.1) Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang yang

berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan

Bolasepak Antarabangsa dan diterbitkan oleh Persatuan Bolasepak

Antarabangsa (FIFA).

5.2) Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan (arm bend)

yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya ketua pasukan digantikan,

maka lilitan lengan tersebut diberi pula kepada pemain yang

mengambil alih sebagai ketua pasukan.

6. PEMBERIAN MATA

6.1) Sistem Liga:

6.1.1 Menang - (3) tiga mata

6.1.2 Seri - (1) satu mata

6.1.3 Kalah - (0) kosong mata

6.2) Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau

lebih didapati memperolehi bilangan mata yang sama, maka:-

6.2.1 perbezaan gol akan menjadi penentuan, iaitu pasukan yang

mempunyai perbezaan terbesar antara jaringan gol ‘masuk’

dengan jaringan gol ‘kena’ hendaklah menduduki tempat yang

lebih tinggi. (Jaring tolak kena)

6.2.2 Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan

bilangan gol yang paling banyak hendaklah menduduki

Page 14: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 13 -

tempat yang lebih tinggi.

6.2.3 Jika masih juga seri, pasukan yang telah memenangi pihak

lawannya hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.

6.2.4 Jika masih juga seri, lambungan syiling akan dijalankan

sebanyak tiga (3) kali.

6.2.5 Sekiranya terdapat lebih daripada dua (2) pasukan yang

sama kedudukan dalam satu kumpulan, cabutan undi

akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

untuk menentukan 2 pasukan yang layak ke peringkat

seterusnya.

7. WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN

7.1) Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti tercatat dalam

Jadual pertandingan rasmi dan hanya boleh ditukar dengan

kelulusan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat

oleh Penyelaras Teknik Bola Sepak Zon / Negeri.

8. SEPAKAN DARI TANDA PENALTI

8.1) Sepakan dari tanda penalti, jika diberikan, hendaklah mengikut

peraturan yang ditetapkan oleh FIFA sehingga mendapat keputusan.

9. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

9.1) Sekiranya Pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk

permainan disebabkan oleh keadaan cuaca dan perlawanan itu tidak

dapat dimainkan maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan itu

Page 15: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 14 -

hendaklah disambung semula berdasarkan baki minit

perlawanan.

9.2) Keputusan perlawanan semasa, kad amaran, penggantian pemain

dikekalkan.

9.3) Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat Penyelaras

Teknik Bola Sepak Zon / Negeri akan menentukan tarikh, masa

dan tempat perlawanan tersebut.

9.4) Sekiranya Pengadil menghentikan perlawanan kerana tingkahlaku

penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak

memuaskan atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan maka

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat

Penyelaras Teknik Bola Sepak Zon / Negeri boleh mengambil

keputusan-keputusan seperti berikut:-

9.4.1 Keputusan perlawanan akan dimaklumkan setelah Jawatan

bermesyuarat dalam masa 24 jam.

9.4.2 Kemenangan diberi kepada pasukan yang lain dengan tiga (3)

mata dan jaringan gol 3-0 atau jaringan semasa perlawanan

dihentikan, jika ianya lebih. (Setelah keputusan mesyuarat

dicapai)

9.4.3 Penggantungan pasukan untuk beberapa perlawanan atau

musim / musim-musim berikut. (Atas arahan Jabatan

Pendidikan Pulau Pinang)

Page 16: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 15 -

10. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

10.1) Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri selepas melayakkan

diri ke peringkat seterusnya dalam pertandingan, tindakan

tatatertib boleh diambil ke atas pasukan tersebut.

10.2) Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri dari pertandingan selepas

Penyertaan ditutup dan sebelum pertandingan bermula tanpa

mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan dengan nasihat Penyelaras Teknik Bola Sepak Zon /

Negeri, maka pasukan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib

dan boleh digantung daripada menyertai pada musim atau beberapa

musim berikutnya.

10.3) Pasukan yang gagal melaporkan diri pada masa perlawanan yang

ditetapkan akan dikira kalah kecuali :

10.3.1 Pengurus Pasukan memaklumkan kepada Urusetia

Kejohanan sebelum waktu perlawanan ditetapkan.

10.3.2 Pasukan yang melaporkan diri dalam tempoh 30 minit dari

masa yang ditetapkan.

10.4) Sekiranya sesebuah pasukan tidak melaporkan diri tanpa sebarang

pemberitahuan kepada Urusetia Kejohanan, kecuali dalam hal

bencana alam dan sebab-sebab lain kemudian diterima oleh

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat Penyelaras

Teknik Bola Sepak Zon / Negeri atau meninggalkan padang

sebelum tamat perlawanan, maka Jawatankuasa Pengelola

Page 17: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 16 -

Pertandingan dengan nasihat Penyelaras Teknik Bola Sepak Zon

/ Negeri akan mengambil tindakan tata tertib.

10.5) Mana-mana pegawai atau pemain yang terbukti telah membantu atau

bersubahat melakukan apa-apa kesalahan di bawah Peraturan (10.2)

adalah bersalah kerana khianat dan boleh dikenakan penggantungan

atau tindakan tatatertib ataupun kedua-duanya sekali.

10.6) Mana-mana pasukan yang gagal menamatkan jadual perlawanannya

dalam pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa

Pengelola Pertandingan, maka tindakan tatatertib akan dikenakan

kepada pasukan tersebut dan semua keputusan perlawanan yang

melibatkan pasukan tersebut dibatalkan kecuali kad amaran dan

penggantungan.

10.7) Pengetua atau Guru Besar yang mana pegawai, pemain dan pasukan

di bawah kawalannya, jika didapati melakukan perkara berkaitan para

(10) iaitu TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN hendaklah

menghantar satu LAPORAN BERTULIS dalam tempoh lima hari

bekerja bermula dari tarikh penarikan diri kepada:

PENGARAH PENDIDIKAN,

JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG,

JALAN BUKIT GAMBIR,

11700 PULAU PINANG.

Salinan laporan bertulis juga perlu dihantar kepada Ketua Sektor

Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan serta Ketua Unit

Sukan, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Page 18: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 17 -

11. URUSAN PADANG

11.1) Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan Penyelaras Teknik Zon /

Negeri adalah bertanggungjawab atas segala urusan penyediaan

padang dan alat-alat kelengkapannya yang hendaklah mematuhi

Undang-Undang Permainan bagi setiap perlawanan.

11.2) Hanya padang dan venue yang diluluskan selepas diperiksa sahaja

akan dibenar digunakan.

12. KAWALAN KESELAMATAN DAN KELAKUAN PASUKAN

12.1) Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini

hendaklah bertanggungjawab atas:-

12.1.1 Kelakuan baik para pegawai, pemain dan penyokong.

12.1.2 Mengambil segala langkah pencegahan untuk menentukan

tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

12.1.3 Penyokong setiap pasukan perlulah memakai pakaian sukan

sekolah semasa menyokong pasukan masing-masing.

12.2) Sekiranya Jawatankuasa Tatatertib mendapati ada pasukan yang cuai

dalam menjalankan tanggungjawab ini, maka Jawatankuasa

Tatatertib akan melaporkan dan mencadangkan jenis tindakan yang

boleh diambil oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan di

antaranya adalah seperti berikut:-

12.2.1 Amaran

12.2.2 Tindakan tatatertib

12.2.3 Penggantungan pasukan

Page 19: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 18 -

12.2.4 Penggantungan pemain / pegawai yang terlibat atau kedua-

duanya sekali.

12.2.5 Penggantungan padang perlawanan untuk tempoh tertentu

12.2.6 Atau lain-lain tindakan yang difikirkan sesuai.

13. TINDAKAN TATATERTIB

13.1) Tindakan disiplin yang diambil dalam mana-mana perlawanan yang

ditangguhkan akan diambil kira . Pemain-pemain yang

menjalani tindakan tatatertib dalam perlawanan yang ditangguhkan

itu akan dianggap telah menyempurnakan tindakan tatatertib

mereka.

13.2) Keputusan disiplin yang diambil oleh Jawatankuasa Tatatertib

hendaklah berkuatkuasa dengan serta merta dan hanya akan

dipinda atau dimansuhkan selepas Jawatankuasa Rayuan

mengambil keputusan sedemikian.

14. BANTAHAN

14.1) Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak

mestilah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa

Pengelola Pertandingan dan hendaklah diterima dalam tempoh satu

(1) jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan dan disertai

dengan Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja (RM300.00) yang

akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya. (Resit akan dikeluarkan)

Page 20: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 19 -

14.2) Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai

perkara-perkara fakta yang dibuat oleh pengadil di padang

permainan.

15. PEGAWAI PERTANDINGAN

15.1) Pengerusi Jawatankuasa Pengadil MSSPP hendaklah melantik

pengadil, pembantu pengadil dan pengadil simpanan (jika perlu)

dari kalangan pengadil yang berdaftar dengan Persatuan Bola Sepak

Pulau Pinang (FAP).

15.2) Pengadil dari kalangan kakitangan pendidikan yang tidak berdaftar

dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) boleh digunakan

atas budi bicara Pengerusi Jawatankuasa Pengadil MSSPP.

15.3) Sekiranya mana-mana pegawai perlawanan tidak hadir pada waktu

yang diiklankan bagi sesuatu perlawanan, maka pengadil dari

kalangan kakitangan pendidikan atau sesiapa sahaja yang layak

boleh digunakan dengan syarat kedua-dua pasukan yang bertanding

tersebut bersetuju secara bertulis dan keputusan perlawanan

tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas daripada itu.

15.4) Perbelanjaan elaun pengadil perlawanan hendaklah dibayar oleh

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sebaik sahaja tamat

perlawanan.

15.5) Pengadil bagi setiap perlawanan hendaklah membuat laporan dalam

borang yang disediakan dan laporan tersebut hendaklah diserahkan

Page 21: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 20 -

kepada ‘Venue Co-ordinator’ perlawanan sebaik sahaja tamat

perlawanan.

16. VENUE CO-ORDINATOR

16.1) Jawatankuasa Pengelola Pertandingan hendaklah melantik seorang

‘Venue Co-ordinator’ yang akan bertanggungjawab untuk

pengelolaan perlawanan.

16.2) Laporan ‘Venue Co-ordinator’ hendaklah diserahkan kepada

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan pada hari yang

sama atau selewat-lewatnya pada pagi keesokan hari.

17. TARIK DIRI MEWAKILI SEKOLAH / ZON / NEGERI

17.1) Pemain yang enggan mewakili pasukan sekolah, tidak dibenarkan

mewakili pasukan zon dan negeri.

17.2) Pemain yang enggan mewakili pasukan zon, tidak dibenarkan

mewakili pasukan negeri.

17.3) Pemain yang enggan mewakili pasukan negeri, tidak akan

dibenarkan bermain dalam mana-mana pertandingan anjuran

MSSPP / MSSM dan kejohanan yang dianjurkan oleh KPM

berkuatkuasa serta merta dan tahun berikutnya.

17.3.1 Pemain yang tersenarai dalam pemilihan, hendaklah

memaklumkan dengan kadar segera dan

mengemukakan sijil sakit daripada pegawai perubatan

dari klinik / hospital kerajaan kepada Jawatankuasa

Page 22: PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH ...msspp.com/userbox/bola sepak_PERATURAN AM MSSPP (SEMAKAN TAHUN 2018).pdf · Dalam Borang Pendaftaran Individu (M-01) dan

Peraturan Am Pertandingan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Semakan 2018

- 21 -

Pemilihan.

17.3.2 Pihak sekolah pemain berkenaan mesti

mengemukakan surat penjelasan kepada Unit Sukan

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

18. PENGADIL / PEMBANTU PENGADIL

18.1) Setiap pasukan yang bertanding di peringkat zon hendaklah

menyediakan seorang pengadil atau pembantu pengadil.

19. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

19.1) Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau

soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Teknik Bola Sepak Negeri MSSPP dan keputusan itu adalah

muktamad.