peraturan bola sepak 7 sebelah

4
PERATURAN PERMAINAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH KARNIVAL 1M1S SK GOPENG,TAMAN GOPENG BARU 1. KELAYAKAN Kategori 1.1. Pertandingan ini terbuka kepada rumah-rumah sukan 1.1.1. Penyertaan pemain adalah terbuka kepada murid-murid lelaki dari tahun 3 - 5 2. YURAN PENYERTAAN 2.1 Tiada yuran dikenakan 3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN 3.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 14 orang pemain dan seorang pengurus pasukan; 3.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan seramai 7 orang pemain dan 7 orang pemain simpanan; 3.3. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang- kurangnya seorang penjaga garisan. 4. PENGADIL 4.1. Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi setiap perlawanan; 4.2. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad. 5. PERATURAN PERTANDINGAN 5.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak Antarabangsa dan Persatuan Bolasepak Malaysia serta pihak penganjur kejohanan; 5.2. Pusingan pertama akan dijalankan secara liga, manakala pusingan seterusnya akan dijalankan secara kalah mati

Upload: zairultepen

Post on 07-Dec-2015

688 views

Category:

Documents


50 download

DESCRIPTION

Peraturan Bola Sepak 7 Sebelah

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Bola Sepak 7 Sebelah

PERATURAN PERMAINAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH KARNIVAL 1M1S SK GOPENG,TAMAN GOPENG BARU

1. KELAYAKAN

Kategori 1.1. Pertandingan ini terbuka kepada rumah-rumah sukan

1.1.1. Penyertaan pemain adalah terbuka kepada murid-murid lelaki dari tahun 3 - 5

2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Tiada yuran dikenakan

3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 14 orang pemain dan seorang pengurus pasukan;

3.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan seramai 7 orang pemain dan 7 orang pemain simpanan;

3.3. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya seorang penjaga garisan.

4. PENGADIL

4.1. Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi setiap perlawanan;

4.2. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak Antarabangsa dan Persatuan Bolasepak Malaysia serta pihak penganjur kejohanan;

5.2. Pusingan pertama akan dijalankan secara liga, manakala pusingan seterusnya akan dijalankan secara kalah

mati

5.3. Pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua dalam kumpulan secara automatik akan ke peringkat akhir.Manakala 2 pasukan lagi akan merebut tempat ke3 dan ke4

5.4. Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain perlulah mengisi borang terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak pengajur. (Borang Pertukaran Pemain).

5.5. Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan.

Page 2: Peraturan Bola Sepak 7 Sebelah

Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.

5.6. Pemain yang bermain tidak mengikut tertib permainan (mengikut undang-undang FIFA) akan dikenakan kad kuning atau kad merah bergantung kepada pengadil. Pemain yang mendapat kad merah dilarang bermain untuk perlawanan seterusnya. Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan akan dikenakan kad merah. Bagaimanapun pemain yang mengumpul kad kuning dalam perlawanan berasingan masih boleh meneruskan permainan.

5.7. Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Jika lewat 5 minit selepas tiupan wisel pangadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan akan mendapat kemenangan percuma jaringan 2 – 0

5.8. Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan percuma. Sekiranya berlaku pasukan tersebut secara otomatik terkeluar daripada pertandingan dan perlawanan-perlawanan yang telah ditandinginya di anggap BATAL.

6. TEMPOH PERLAWANAN

6.1. Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7 minit untuk setiap separuh masa (7 x 1 x 7) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

6.2. Perlawanan suku akhir dan penentuan tempat ke3 dan ke4 di peruntukan masa perlawanan selama 10 minit pada setiap separuh masa (10 x 1 x 10) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

7. BANTAHAN

7.1. Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat- lewatnya 5 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

7..2. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang disediakan oleh urusetia;

7.3. Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.00 (tidak dikembalikan).

7.4. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

8. PAKAIAN PEMAIN

8.1. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set jersi berlainan warna;

8.2. Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor;

Page 3: Peraturan Bola Sepak 7 Sebelah

8.3. Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan, pasukan pertama yang dipanggil (mengikut jadual

perlawanan) dikehendaki menukar jersi dengan segera.

8.4. Pemain adalah diwajipkan memakai Shinpad semasa perlawanan. 9. KECEDERAAN

9.1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangung.

9.2. Walaubagaimanapun pihak penganjur menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan oleh PBSM bagi membantu pemain yang mengalami kecederaan

10. PERINGATAN

10.1. Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.

10.2. Setiap pasukan dan pemain DILARANG sama sekali membawa minuman keras, memakai baju yang mempunyai logo atau ayat minuman keras dan mengunakan dadah yang terlarang oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

10.3. Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semasa berlangsungnya kejohanan ini.

10.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan harta benda sekolah.