smksapetang.files.wordpress.com · web viewperaturan pertandingan bola sepak 1. am pertandingan ini...

24
KERTAS KERJA ____________________________________________________ KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH SMK SUNGAI ARA ____________________________________________________________ __ TARIKH : 16 MAC 2013 – 17 MAC 2013 TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK SMK SUNGAI ARA ANJURAN : KELAB BOLA SEPAK SMK SUNGAI ARA

Upload: lamminh

Post on 28-Jul-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH

SMK SUNGAI ARA

______________________________________________________________

TARIKH :

16 MAC 2013 – 17 MAC 2013

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK SMK SUNGAI ARA

ANJURAN :

KELAB BOLA SEPAK

SMK SUNGAI ARA

DENGAN KERJASAMA :

UNIT KOKURIKULUM SMK SUNGAI ARA

Page 2: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SMK

Sungai Ara dengan kerjasama Unit Kokurikulum Sekolah

Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara akan menganjurkan pertandingan bola sepak

11 sebelah terbuka bawah 14 tahun . Program ini di harap dapat mencungkil

bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai pasukan pelais pada masa akan datang.

Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang kepada pelajar

melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras dengan Program “1

Murid 1 Sukan” yang dilancarkan oleh kerajaan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan

diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini

dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar

boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti

pasukan SMK Sungai Ara mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di

peringkat Zon dan Negeri.

Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara tidak mahu

membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing

dan menggerakkan pelajar agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan

menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.

Page 3: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai

sesebuah pertandingan.

3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri

dalam sesebuah kumpulan.

3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab

dalam sesebuah pasukan.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi

yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri.

3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 16-17 mac 2013 iaitu pada hari Sabtu sehingga

hari Ahad.

4.2 Dilaksanakan selama 2 hari

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT

5.1 Padanag SMK Sungai Ara

Page 4: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Pengetua

SMK Sungai Ara Pn. Hjh Rosni binti Ahmad . Ia akan berlangsung di Dewan

Dato Ismail Hashim yang terletak di sebelah padang. Pengetua akan memberi

ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 16 pasukan

7.2 Jumlah AJK pertandingan: 15 orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : Pn. Hjh Rosni binti Ahmad

Penasihat : En. Arshad bin Ariffin

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : Sharul Rizan b Abdul Rahman

Naib Pengerusi : Mohd Fairos b Hassan

Setiausaha : Mohd Rusdan b Zainal Abidin

Bendahari : Mohd Azrul b Mohd Noor

Pengerusi Majlis : Siti Nursufinah bt Yusuf

AHLI JAWATANKUASA

AJK Minuman : Awatif bt Bahari

AJK Piala & Medal : Norehan bt Ahmad

AJK Pertandingan : Mohd Syuhaimi b Ahmad

AJK Keselamatan & Disiplin : Abdul Halid Anang

AJK Kebajikan : Helmi Faiz b Azmi

Page 5: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

AJK Pengurusan Padang : Mohd Razief b Osman

AJK Promosi : Adzuan b Aznan

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN

Lampiran B

Page 6: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah

14 tahun SMK Sungai Ara

JAWATANKUASA Unit Kokurikulum SMK Sungai Ara

TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara

JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU

PENCAPAIAN

PROGRAM

Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam

menyertai sesebuah pertandingan.

Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu

menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.

Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,

bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.

Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai

aktiviti ini.

Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-

strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam

kumpulan.

Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis

sikap mementingkan diri sendiri.

Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi

dan sosial.

Page 7: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

ANJURAN Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara

TARIKH 16-17 MAC 2013

TEMPAT Padang Bola Sepak SMK Sungai Ara

BIL. PASUKAN 16 pasukan

ANGGARAN KOS RM 1621.20

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

Page 8: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai.

Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima

kasih.

Page 9: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:

i) Permohonan Peruntukan RM 1621.20

Jumlah Permohonan RM 1621.20

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Promosi

- Flyers

- Banner

40 helai

1 unit

RM 00.03

RM 80.00

RM 1.20

RM 80.00

Baju AJK 17 helai RM 20.00 RM 340.00

Pengadil

- Pengadil

- Pembantu Pengadil

2 hari

2hari x 2orang

RM 50.00

RM 30.00

RM 100.00

RM 120.00

Makanan

- Makanan Ajk dan Pengadil

- Air Mineral

20 x 2 hari

40 kotak

RM 5.00

RM 8.00

RM 200.00

RM 320.00

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Page 10: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

Hadiah

Tempat pertama

- Wang tunai

Tempat kedua

- Wang tunai

Tempat ketiga

- Wang tunai

RM 100.00

RM 50.00

RM 30.00

First Aids 1 kotak RM 50.00 RM 50.00

Kos Luar Jangka RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1691.20

Page 11: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

Disediakan oleh :

.........................................................

Setiausaha Program

MOHD RUSDAN B ZAINAL ABIDIN

Disokong oleh :

.........................................................

Pengerusi Program

SHARUL RIZAN B ABDUL RAHMAN

Disemak oleh :

.........................................................

Penasihat

EN. ARSHAD B ARIFFIN

Permohonan diluluskan oleh :

.........................................................

PENAUNG

PN. HJH ROSNI BT AHMAD

Page 12: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

LAMPIRAN A

BORANG PENDAFTARANPERTANDINGAN BOLA SEPAK

BAAH 14 TAHUN SMK SUNGAI ARA

NAMA PASUKAN WARNA JERSEY

BAJU SELUAR STOKIN

Bil Nama Pemain No. Jersey P S N123456789

1011121314151617181920

Page 13: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

LAMPIRAN B

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK

Sungai Ara

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara bersama Unit

Kokurikulum SMK Sungai Ara

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar lelaki SMK Sungai Ara berumur 14 tahun ke

bawah

3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (13) orang pemain. Pendaftaran

hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.

3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya

berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan

dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh

pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan

diberikan kepada pasukan lawan.

3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.

3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja

3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 12 Mac 2013

kepada Pengerusi Program

Page 14: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 14 Mac 2010 di Dewan sekolah

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang SMK Sungai Ara

4.2 Perlawanan akan bermula pada 16 Mac 2013 dan akan berakhir pada 17 Mac 2013

Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh

Jawatankuasa Penganjur.

4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan

4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum

perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana

pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa

sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN

1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan 11 sebelah.

2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 4 kumpulan. Kedudukan pasukan

dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.

3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga.

4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.

5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih

dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden

Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh

masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang

menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan

permainan akan ditamatkan serta merta.

6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0)

mata jika kalah.

7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama,

kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke

perlawanan akhir:

7.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.

Page 15: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

7.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak

7.3 Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan

diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan

diumumkan sebagai pemenang. Dan,

8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi

menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.

Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap

perlawanan.

Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola

tidak di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan

lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-

7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana

perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2

7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan

sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.

7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam

sesuatu perlawanan.

7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai

tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka

pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan

kemenangan 2-0.

7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan

Page 16: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

jaringan 2-0.

7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada

pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara

automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan

sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1)

perlawanan berikutnya.

8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu

(1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain

tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.

8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam

suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan

seterusnya untuk pertandingan ini.

8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna

yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2)

pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan

yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai

dengan warna lain.

8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak

diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini

dijalankan.

8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan

dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan,

pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.

Page 17: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada

jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan

pertandingan.

8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan

Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN

Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan

Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 12 Mac 2013

Tarikh pengundian akan diadakan pada 14 Mac 2013 di Dewan sekolah

Page 18: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

LAMPIRAN C

SMK SUNGAI ARA JALAN DATO’ ISMAIL HASHIM

11900 BAYAN LEPAS PULAU PINANG

............................................................SMK Sungai Ara Ruj Kami :11900 Bayan Lepas Tarikh :Pulau Pinang.

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH SMK SUNGAI ARA 2013

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti

maklumat yang berikut:

Tarikh : 7 Mac 2013.

Masa : 2.30 petang.

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sungi Ara.

Pengerusi : Pengetua SMK Sungai Ara

3. Agenda Mesyuarat:

3.1 Ucapan Pengerusi.3.2 Ucapan Pengerusi Teknik Pengerusi Program3.3 Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.3.4 Maklumat Pertandingan3.5 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.3.6 Kewangan.3.7 Hal-hal lain.

4. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Page 19: smksapetang.files.wordpress.com · Web viewPERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara 2. PENGANJUR

Saya yang menurut perintah,

.......................................................