peranan syariah dalam pembangunan ummah

Upload: azfar-zack

Post on 08-Apr-2018

329 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Peranan Syariah Dalam Pembangunan Ummah

    1/5

    Peranan syariah dalam pembangunan ummah

    PendanuluanIslam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada manusia bagi

    mengatur kehidupan mereka. Anutan terhadap keseluruhan ajaran Islam akan menjamin manusiamencapai kejayaan yang hakiki di dunia mahupun akhirat. Sebagai satu agama yang bertindak

    mengatur perjalanan hidup manusia, Islam merupakan satu ajaran yang istimewa keranamenawarkan garis-paduan dalam seluruh aspek kehidupan. Tiada satupun keperluan diabaikan di

    dalam ajaran Islam. Justeru itu sebagai satu cara hidup, ajaran Islam mengandungi tigakomponen utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak.

    Pembangunan adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia. Walaupun begitu

    tafsiran dan matlamat pembangunan menurut perpektif Islam adalah berbeza dengan apa yangdifahami oleh masyarakat barat. Walau apapun langkah yang diambil dan natijah yang terhasil

    dari pembangunan, ianya tidak boleh terkeluar dari ruanglingkup keredhaan Allah.

    Pembangunan Menurut IslamPembangunan menurut kacamata Islam bukan hanya tertumpu kepada pembangunan kebendaan

    semata-mata tetapi ia meliputi ruanglingkup yang lebih luas. Secara umumnya pembangunanbolehlah ditakrifkan sebagai satu proses peningkatan kualiti kehidupan di mana peningkatan

    kualiti kehidupan ini termasuklah usaha-usaha penambahan dalam tingkat pendapatan danpenggunaan, taraf pemakanan, kesihatan, pelajaran, suasana yang sesuai untuk meningkatkan

    harga diri dan kebebasan untuk memilih bagi semua lapisan masyarakat bagi sesebuah Negara.Selain dari itu Islam juga melihat pembangunan itu adalah berdasarkan kepada kewujudan

    kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi manusia dalam memenuhi tuntutan jasmani dan rohani,kewujudan sebuah negara yang makmur dan aman tenteram yang dapat memberikan keselesaan

    jasmani dan rohani serta memaju dan membangunkan manusia dalam semua bidang agarberlakunya peningkatan dalam semua aspek kebajikan manusia seperti moral, spiritual dan

    material bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.

    Berdasarkan definisi di atas dapat difahami bahawa pembangunan dalam Islam adalah meliputisemua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan. la ditumpukan

    kepada pengoptimum kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan, kerohanian dan fizikal,ekonomi dan ssosial tidak terpisah. Pengertian ini berbeza dari pemahaman umum terhadap

    pembangunan yang lebih menjurus kepada aspek pembangunan fizikal ataupun pembangunanekonomi semata-mata.

    Pendekatan Pembangunan Menurut IslamPendekatan Islam terhadap pembangunan adalah berlandaskan kepada beberapa falsafah iaitu

    Pertama : Pembangunan berlandaskan prinsip Tauhid iaitu keesaan dan kekuasaan Allah taala.Prinsip inilah juga yang mengatur peraturan tertentu tentang hubungan manusia dengan tuhan

    dan sesama manusia.

  • 8/7/2019 Peranan Syariah Dalam Pembangunan Ummah

    2/5

    Kedua : Pembangunan berlandaskan Rububiyyah iaitu menekankan bahawa Allah sebagaipenguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menampung dan menjaga serta mengarahkan

    kehidupan makhluk kearah kesempurnaannya. Ini merupakan ketetapan asas alam sejagat yangmemberi panduan dan cara yang ditetapkan oleh Allah bagi menjamin pembangunan sumber-

    sumber alam secara bermanfaat dan juga hubungan saling bantu membantu antara satu sama lain.

    Ketiga : Peranan manusia sebagai utusan Allah di muka bumi. Asas ini menentukan status danperanan manusia, menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai manusia, sebagai muslim dan

    sebagai ummah secara umum.

    Keempat : Pembangunan berteraskan prinsip penyucian diri dari segala aspek kekotoran samaada kekotoran hakiki dan maknawi.

    Pembangunan UmmahPembangunan ummah merupakan natijah yang terhasil dari pembangunan insan. Pembangunaninsan sebenarnya adalah satu proses yang kompleks. lanya melibatkan beberapa tahap ataupun

    tingkat iaitu :

    Pertama : Pembangunan fizikal atau jasmani. Pembangunan fizikal merujuk kepada pertumbuhandari segi ketinggian dan berat badan, kematangan sistem organ utama seperti otak, saraf, deria

    dan sebagainya. Syariat Islam telah meletakkan satu panduan yang jelas bagi menjanapembangunan fizikal ini seperti menggalakkan seseorang itu menjalani kehidupan yang sihat dari

    aspek pemakanan yang berzat dan halal, tidur yang mencukupi dan penjagaan kesihatan.Amalan-amalan ibadah juga boleh menjadi alat untuk penjagaan kesihatan seperti pergerakan

    dalam solat dan amalan berpuasa. Kelemahan fizikal akan menjadikan umat Islam tidak mampumembina tamadun yang gemilang dan juga menghalang mereka dari melaksanakan ibadah-

    ibadah tertentu.

    Kedua : Pembangunan Kognitif. Pembangunan Kognitif membawa maksud proses dimanaindividu berkembang dari aspek pengetahuan dan keupayaan untuk membuat persepsi, berfikir,

    memahami dan menggunakan kemahiran dalam menjalani kehidupan. Perkara yang amat berkaitdengan pembangunan ini ialah tuntutan menuntut ilmu dan berfikir. Islam jelas menuntut

    penganutnya agar menuntut ilmu. Ini boleh dilihat dari banyak ayat-ayat al-Quran mahupunhadis yang menekankan agar kita menuntut ilmu dan meletakkan orang yang berilmu lebih tinggi

    kedudukannya dari mereka yang tidak berilmu. Islam juga menggalakkan panganutnya agarmenggunakan akal fikiran dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.

    Ketiga : Pembangunan Emosi. Pembangunan emosi bermaksud perkembangan perasaan dan

    peluahannya dalam konteks hubungan dengan orang lain atau objek lain di dunia ini. Emosimerupakan sumber keseronokan mahupun kesedihan yang berupaya mempengaruhi

    perkembangan moral seseorang.

    Keempat : Pembangunan Sosial. Pembangunan sosial bermaksud satu proses perkembangan didalam hubungan antara manusia dengan persekitarannya. Faktor sosial dan budaya merupakan

    pengaruh penting dalam kehidupan manusia. Keluarga, jiran, masyarakat dan seluruh umatmerupakan keadaan persekitaran di mana individu boleh dipengaruhi ataupun mempengaruhi.

  • 8/7/2019 Peranan Syariah Dalam Pembangunan Ummah

    3/5

    Justeru itu Islam menggalakkan agar umatnya saling kenal mengenal antara satu sama lain.Syariat Islam juga telah mengatur bagaimana cara kita menjalinkan hubungan sesama kita seperti

    dalam adab-adab pergaulan di dalam keluarga, jiran tetangga dan masyarakat persekitaran.Tuntutan syariat agar kita saling kasih mengasihani, hormat menghormati, tolong menolong

    adalah intipati kepada pembangunan sosial ini.

    Kelima : Pembangunan Kerohanian : Pembangunan kerohanian mempakan satu proses yangbertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan

    mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi pincang. Oleh itu pembangunan kerohanian inimenjadi asas kepada keseluruhan pembangunan yang disebut di atas. Setiap menusia akan

    menempuh kesemua dimensi perkembangan tadi sepanjang hayat mereka. Setiap tahapperkembangan ataupun pembangunan tersebut dipandu oleh ajaran syariat Islam.

    Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan UmmahPembangunan ummah tidak akan menjadi realiti sekiranya dilaksanakan mengikut acuanpembangunan barat. Barat hanya menitikberatkan pembangunan fizikal yang dipandu oleh akal

    manusia semata-mata. Akal manusia terbatas kerana manusia tidak mampu memikirkankeperluan manusia yang lain secara meyeluruh. Keperiuan manusia hanya diketahui oleh Allah

    taala kerana Dia yang menciptakan manusia. Syariah diturunkan oleh Allah dengan beberapaobjektif yang utama antaranya ialah :

    1. Mendidik manusia.

    Kehidupan manusia terdedah kepada ujian dan cubaan. Manusia yang dicipta oleh tuhan adalahlemah yang memerlukan pertolongan dari tuhan dalam menghadapi cabaran yang berlaku.

    Kehidupan didunia ini penuh dengan cubaan dan ujian sebagai mana yang disebut di dalam surahal-Kahfi ayat 7. Oleh itu syariah diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan

    cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah dan kebenaran dalamjiwa seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui ibadah.

    Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supayamenjadi ahli masyarakat yang berguna dan member! manfaat kepada yang lain.

    2. Memelihara Lima Perkara Asas Dalam Islam.

    Objektif kedua syariah ialah memelihara lima perkara yang menjadi tunjang dan pokok bagikesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah

    dan harta. Lima perkara ini disebut sebagai maqasid syariah. tuntutan penghayatan danpemeliharaan terhadap lima perkara ini merangkumi penghayatan terhadap kehidupan peribadi

    seperti penghayatan terhadap rukun Islam. Mereka yang menghayati tuntutan hukum ini akandapat mendisiplinkan diri terhadap Allah dan masyarakat. Penghayatan yang kedua berkait

    dengan perhubungan masyarakat terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dantidak mencerobohinya. Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya.

    Hukuman yang ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukumsipenjenayah tetapi membendung masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai

    matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud,qisas dan takzir.

    3. Menegakkan Keadilan.

  • 8/7/2019 Peranan Syariah Dalam Pembangunan Ummah

    4/5

    Syariah diturunkan bagi mendidik dan membangunkan manusia supaya mereka maju didunia danakhirat. Menurut Islam, kestabuan sesuatu masyarakat bergantung kepada penggabungan kedua-

    dua aspek iaitu fizikal dan rohani. Ini dapat ditunjukkan melalui tertegaknya keadilan dalamsesebuah masyarakat sesuai dengan firman Allah di dalam surah al-Hadid ayat 25.

    Syariah Islam tidak dapat dinafikan sebagai asas pembangunan ummah kerana memiliki ciri-cirikeistimewaannya tersendiri. Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal danglobal (Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang keperluan manusia. Merangkumi

    hubungan antara manusia dengan tuhan, sesama manusia dan alam sekitar. Syariah mengaturhubungan dengan tuhan jelas dapat dilihat dalam sistem peribadatan. Manakala dalam hubungan

    sesama manusia boleh dilihat dalam peraturan kekeluargaan seperti hak dan tanggung jawabsuami isteri, ibu bapa ke atas anak-anak dan sebaliknya. Begitu juga dalam transaksi seharian

    seperti urusan jualbeli, kontrak, sewaan dan seumpamanya. Syariat juga mengatur hubunganantara bangsa seperti peraturan peperangan, hubungan diplomatik dan lain-lain.

    Syariat Islam juga tidak membebankan umatnya. ini dijelaskan oleh Allah di dalam surah al-

    Baqarah ayat 286. Setiap peraturan mahupun ketetapan yang ada di dalam syariat Islam adalahmasih lagi berada dalam ruang lingkup kemampuan manusia sama ada ibadahnya mahupun

    undang-undangnya. Syariat Islam juga adalah syariat yang bersifat kemanusiaan. Syariahmewajibkan tolong menolong, zakat, wakaf, sedekah dan lain-lain. Ini dijelaskan di dalam surah

    al-Maidah ayat 2. Selain dari itu syariah Islam juga bersifat kontekstual ataupun praktikal dimanasetiap ketetapan yang ada adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh kudrat manusia.

    Walaupun kita kaji dan halusi seluruh peraturan yang ada dalam syariat Islam kita tidak akanmenemui sesuatu yang Allah tetapkan kepada hambaNya adalah sesuatu yang di luar

    kemampuan manusia. Contohnya dalam ibadah seperti sembahyang, puasa zakat, haji dan lain-lain lagi. Allah tidak mewajibkan kita sembahyang sepanjang masa tetapi hanya lima kali sehari

    semalam. Allah tidak mewajibkan kita berpuasa sepanjang tahun tetapi hanya sebulan sahaja darisetahun itupun bukannya berpuasa sepanjang hari tanpa boleh berbuka. Allah tidak mewajibkan

    zakat ke atas seluruh umat Islam tetapi hanya ke atas mereka yang berada. Begitu juga kewajipanhaji bukannya setiap tahun tetapi sekali seumur hidup.

    KesimpulanManusia perlu dipimpin dan diberitahu bahawa pembangunan berteraskan Islam adalah lebihluas daripada pembangunan yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar, kerana ia bukan sahaja

    memerlukan penggabungan bersepadu antara manusia dan sumber alam, malah lebih pentingdaripada itu ialah penggabungan antara unsur dalaman dan unsur luaran manusia. Antara kalbu,

    akal dan nafsu dengan anggota lahiriah dan pancaindera yang lain. Interaksi murni di antara duaunsur yang bertunjangkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah ini sahajalah yang dapat

    melahirkan amal dan tindak laku manusia yang selamat pembangunannya.

    Berdasarkan huraian-huraian yang dikemukakan oleh penulis di atas tadi, dapatlah dikemukakanbeberapa rumusan seperti berikut:

    1. Syariah Islam adalah satu peraturan yang diturunkan oleh tuhan kepada seluruh umat manusiasebagai panduan mereka dalam menempuh kehidupan. Keperluan terhadap satu panduan yang

    serba lengkap adalah satu kemestian kerana manusia adalah makhluk yang dicipta serbakekurangan.

  • 8/7/2019 Peranan Syariah Dalam Pembangunan Ummah

    5/5

    2. Syariah Islam adalah peraturan yang mengatur kehidupan manusia agar mereka memperolehkejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan dan kebahagiaan yang menjadi

    buruan manusia bukan dihitung berdasarkan kepada pancapaian kemajuan didunia semata-mata.3. Syariah Islam diturunkan adaiah bertujuan untuk memelihara kepentingan manusia. Manusia

    kadang-kadang lupa peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengejar cita-cita masing-

    masing. Manusia hanya mementingkan diri sendiri kerana godaan nafsu dan perasaan. Oleh itumatlamat syariah (maqasid Syariah) boleh dijadikan panduan agar manusia tidak mengabaikankepentingan dan hak orang lain dalam mengejar cita-cita masing-masing.

    4. Pengamalan dan penghayatan prinsip-prinsip syariah secara menyeluruh seperti keadilansejagat, persamaan, persaudaraan dan lain-lain merupakan satu petunjuk dan panduan kepada

    manusia dalam pengurusan dan pembangunan ummah.5. Pembangunan ummah adalah satu bentuk pembangunan yang bersepadu yang mengambilkira

    pembangunan fizikal dan spiritual. Kedua-dua aspek pembangunan ini memerlukan antara satusama lain. Tanpa ada pembangunan fizikal umat Islam juga tidak mampu mewujudkan

    pembangunan spiritual dan begitu juga sebaliknya.