peranan institusi keagamaan dalam membangun ekonomi ummah

23
1 PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DALAM MEMBANGUN EKONOMI UMMAH Dr Mohd Afendi Mat Rani 1 UiTM Shah Alam [email protected] Abstrak Wakaf adalah antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak daripada zaman Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan sistem jaminan sosial Islam, selain mekanisme yang lain seperti zakat, sedekah dan lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak pada hari ini untuk memastikan bahawa sistem itu dapat berjalan dengan baik seiring dengan perkembangan semasa. Peranan ini bukan hanya terhad diaplikasikan dalam urusan peribadatan kepada Allah S.W.T. sahaja, malahan ia dianggap sebagai institusi ekonomi yang mendatangkan impak kebaikan yang menyeluruh kepada umat Islam khususnya dan orang Melayu amnya. Oleh itu, sifat lestari wujud dalam sistem wakaf ini perlulah dirancang dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri sebagai Pemegang Amanah Tunggal secara sistematik agar ia dapat menjadi pemangkin kepada sistem jaminan sosial umat Islam pada masa kini. Pendahuluan Harta sadaqah, zakat dan wakaf telah terbukti mempunyai peranan istimewa dalam memajukan ummah sepanjang sejarah Islam. Sumbangan harta ini telah memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah dalam setiap aspek, baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan perundangan. 2 Pada hakikatnya, harta wakaf perlu dilihat sebagai sumber ekonomi terpendam umat Islam yang perlu dieksploitasi dengan sebaiknya bagi mendapatkan manfaat yang sebaiknya kepada masyarakat Islam. 3 Harta wakaf dianggap sebagai senjata yang paling penting bagi orang Islam semenjak beratus tahun yang silam yang tidak pernah digunakan. 4 1 Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Selangor 2 Mohd Dani Muhamad, Baharuddin Sayin (2006), Wakaf dan Bandar Islam: Satu Perspektif Sejarah, (Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 8-9 Ogos 2006, di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), hlm.231. Lihat juga: Ahmad Zaki Hj Abd Latif, Zuina bt Ismail, Norzaidi bin Mohd Daud (2006), “Pengurusan Harta Wakaf dan Potensinya ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam di Malaysia”, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur, Pada 12-14 September 2006), hlm.1. 3 Hishamuddin Mohd Ali, Megat Mohd Ghazali Megat A. Rahman, Asiah Othman (2006), “Pelaburan Wakaf: Stategi dan Rangka Kerja Perundangan Islam”, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur, Pada 12-14 September 2006), hlm.18. 4 Nik Abdul Rasyid Nik Abdul Majid (1986), “Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia: Suatu Tinjauan Sosio- Undang-undang”, (Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan dan Pentadbiran Harta Wakaf, Anjuran Bersama

Upload: siti-rohaida

Post on 01-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Institusi keagamaan

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

1

PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DALAM MEMBANGUN EKONOMI UMMAH

Dr Mohd Afendi Mat Rani1

UiTM Shah Alam

[email protected]

Abstrak

Wakaf adalah antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak

daripada zaman Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan

pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan

sistem jaminan sosial Islam, selain mekanisme yang lain seperti zakat, sedekah dan

lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak pada hari ini

untuk memastikan bahawa sistem itu dapat berjalan dengan baik seiring dengan

perkembangan semasa. Peranan ini bukan hanya terhad diaplikasikan dalam

urusan peribadatan kepada Allah S.W.T. sahaja, malahan ia dianggap sebagai

institusi ekonomi yang mendatangkan impak kebaikan yang menyeluruh kepada

umat Islam khususnya dan orang Melayu amnya. Oleh itu, sifat lestari wujud dalam

sistem wakaf ini perlulah dirancang dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam

Negeri sebagai Pemegang Amanah Tunggal secara sistematik agar ia dapat

menjadi pemangkin kepada sistem jaminan sosial umat Islam pada masa kini.

Pendahuluan

Harta sadaqah, zakat dan wakaf telah terbukti mempunyai peranan istimewa dalam memajukan

ummah sepanjang sejarah Islam. Sumbangan harta ini telah memberi impak yang besar dalam

pembangunan ummah dalam setiap aspek, baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan

perundangan.2 Pada hakikatnya, harta wakaf perlu dilihat sebagai sumber ekonomi terpendam

umat Islam yang perlu dieksploitasi dengan sebaiknya bagi mendapatkan manfaat yang

sebaiknya kepada masyarakat Islam.3 Harta wakaf dianggap sebagai senjata yang paling penting

bagi orang Islam semenjak beratus tahun yang silam yang tidak pernah digunakan.4

1 Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

Selangor 2 Mohd Dani Muhamad, Baharuddin Sayin (2006), “Wakaf dan Bandar Islam: Satu Perspektif Sejarah”, (Prosiding

Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 8-9 Ogos 2006, di

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), hlm.231. Lihat juga: Ahmad Zaki Hj Abd Latif, Zuina bt Ismail,

Norzaidi bin Mohd Daud (2006), “Pengurusan Harta Wakaf dan Potensinya ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat

Islam di Malaysia”, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend

Kuala Lumpur, Pada 12-14 September 2006), hlm.1. 3 Hishamuddin Mohd Ali, Megat Mohd Ghazali Megat A. Rahman, Asiah Othman (2006), “Pelaburan Wakaf:

Stategi dan Rangka Kerja Perundangan Islam”, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf

Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur, Pada 12-14 September 2006), hlm.18. 4 Nik Abdul Rasyid Nik Abdul Majid (1986), “Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia: Suatu Tinjauan Sosio-

Undang-undang”, (Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan dan Pentadbiran Harta Wakaf, Anjuran Bersama

Page 2: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

2

Di Malaysia dianggarkan jumlah tanah wakaf adalah sebanyak 11,091.82. hektar

Sebanyak 6,255.32 hektar merupakan wakaf Khas, manakala 4,836.50 hektar pula adalah wakaf

Am. Kedua-dua jenis wakaf ini bernilai RM99,329,170.69.5 Namun demikian, seperti juga

institusi Islam yang lain seperti Zakat, Baitul Mal dan lain-lain, institusi wakaf tidak lagi berjaya

dilaksanakan sepenuhnya bagi membawa umat Islam ke ambang pembangunan yang sepatutnya.

Terdapat segelintir masyarakat Islam pada hari ini yang melihatnya dari skop yang sempit dan

mempunyai pemahaman tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun. Pelbagai cadangan dan

saranan sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dikemukakan, tetapi hasilnya

wakaf tidak dapat diterjemahkan mengikut acuan dan persepsinya yang sebenar sebagai pemacu

kemajuan ekonomi ummah.6

Di dalam Persidangan Wakaf Antarabangsa Dubai anjuran Yayasan Wakaf Dubai,

Kerajaan Dubai dan Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu (UN-ESCWA)7

telah menekankan bahawa telah tiba masanya institusi wakaf tidak lagi dikaitkan dengan

keperluan umat Islam untuk kehidupan selepas mati seperti wakaf untuk kubur, masjid, madrasah

dan lain-lain. Namun fokus utama yang diberikan adalah untuk memanfaatkan aset dan harta

wakaf bagi menambahkan nilai ekonomi. Institusi wakaf perlu dilihat dalam perspektif yang

lebih luas sebagai alat atau mekanisme yang boleh menghasilkan sumber kewangan dan

pembiayaan terhadap pembangunan sosioekonomi individu, masyarakat dan negara. Inilah

menyebabkan institusi wakaf di Malaysia gagal menjana pendapatan yang dapat dimanfaatkan

oleh seluruh umat Islam di Malaysia.8 Keistimewaan wakaf yang berbentuk produktif ialah ia

menggabungkan unsur simpanan yang tetap dan juga pelaburan. Aset wakaf adalah berbentuk

kekal dan boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk untuk faedah benefisiari wakaf pada masa

akan datang.

Definisi Wakaf Menurut Bahasa dan Istilah

Wakaf Dari Segi Bahasa

Dari segi bahasa, perkataan wakaf memberi erti sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang

ramai sebagai derma atau bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam.9 Dalam bahasa

Arab wakaf berasal daripada perkataan waqf bererti berdiri atau berhenti.10

Perkataan lain yang

Majlis Agama Islam Perak dan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, di Kompleks Islam Darul

Ridzuan, Pada 24-25 November 1986), hlm.6. 5 www.jawhar.gov.com, 26 Jun 2012

6 Lihat Laporan Seminar Management and Development of Awkaf Properties, Jeddah, pada 4-16 Ogos 1984, hlm.2.

Lihat juga Laporan Nik Abdul Rasyid Nik Abdul Majid (1994), “Ke Arah Penubuhan Badan Kebangsaan Untuk

Memajukan Tanah Wakaf dan Baitulmal”, (Jawatankuasa Mengkaji Tanah Wakaf, Bahagian Hal Ehwal Islam,

Jabatan Perdana Menteri), hlm.15-34. Lihat Juga: Hamat @ Mustafa Bin Abd. Rahman, Mad Saad Hassan (1986),

“Masalah-masalah yang Menghalangi Pembangunan Harta-harta Wakaf dari Sudut Pentadbiran: Perhatian Khusus di

Negeri Perak”, (Kertas Seminar Pengurusan dan Pentadbiran Harta Wakaf Peringkat Kebangsaan, Anjuran Majlis

Agama Islam Perak dengan Kerjasama Majlis Agama Perak dan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana

Menteri, Pada 24-25 November 1986), hlm.2. 7 http/ www.ibfim.com/index.php

8 Megat Mohd Ghazali Megat Abd Rahman, Asiah Othman (2006), “Pembangunan Tanah Wakaf: Isu, Prospek dan

Stategi, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala

Lumpur, Pada 12-14 September 2006), hlm.1. 9 Kamus Dewan (2002), Edisi: Ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.1542.

10 Ibn Manzur (1990), Lisan al-„Arab, jld.9. Beirut: Dar al-Fikr, hlm.359.

Page 3: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

3

sama erti dengan perkataan wakaf ialah al-Habs yang bermaksud berhenti atau menahan, atau

habbasa yang bererti menahannya pada jalan Allah.11

Ulama Fiqh bersepakat mentakrifkan

wakaf dari segi bahasa dengan perkataan al-Habs, kerana perkataan ini lebih hampir kepada

pengertian syarak.12

Wakaf juga dikenali sebagai sedekah jariah, atau disebutkan sebagai al-

Sadaqat al-Muharramat.13

Apabila perkataan al-Waqf dikaitkan dengan harta seperti tanah,

binatang dan lain-lain, ia membawa maksud pembekuan hak milik bagi tujuan atau faedah

tertentu.14

Wakaf dari Segi Istilah Syarak

Dari sudut istilah syarak, para ulama telah mengemukakan beberapa pentakrifan tentang wakaf.

Namun begitu walaupun di sana terdapat perbezaan pentakrifan di kalangan fuqaha, tetapi pada

hakikatnya kesemua definisi yang dikemukakan mempunyai beberapa persamaan dari segi

prinsipnya. Terdapat tiga prinsip utama dalam konsep wakaf antaranya ialah pemilikan oleh

Allah, oleh itu sifatnya adalah abadi, hapusnya hak pemilikan daripada pewakaf dan manfaatnya

untuk umat manusia.15

Wakaf Menurut Mazhab Syafi‘i

Menurut mazhab Syafi„i pewakafan harta ialah penahanan harta yang berkekalan dan dapat

dimanfaatkan harta tersebut, manakala pemilik harta itu akan terputus hak pemilikannya.

Penggunaan harta tersebut adalah berbentuk kebajikan untuk mendekatkan diri kepada Allah

Taala.16

Mazhab Syafi„i menghukumkan haram jika pewakaf masih memiliki harta yang

diwakafkan sebagaimana dia masih memiliki hamba yang telah dibebaskan, kecuali pewakaf

11

Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A„alam (1992), cet.33, Beirut: Dar al-Masyriq, hlm.114. Menahan bermaksud harta

tersebut tidak boleh dijual, dihadiah dan tidak boleh dipusakai serta manfaatnya hendaklah digunakan bagi tujuan

wakaf mengikut ketentuan si pembuat wakaf. 12

Perkataan ini juga banyak digunakan di dalam kebanyakan kitab Fiqh. Lihat: Al-Syafi„i (1968), Al-„Umm, jld.3,

Kitab al-Sya„b, Mesir, hlm.274. Al-Bahuti, Syaykh al-Mansur b. Yunus b. Idris (1999), Al-Rawd al-Murabba„ bi

Syarh Zad al-Mustaqni„, cet.1, Beirut:Maktabah al-„Asriyyah, hlm.240. Al-Balihi, Syaykh Saleh Ibrahim (1996), Al-

Salsabil fi Ma„rifah al-Dalil Hashiyah „ala Zad al-Mustaqna‟, cet.1, jld.3, Riyad: Maktabah Nazar Mustafa al-Baz,

hlm.220. Al-Qurtubi (1994), Jami„ al-Ahkam al-Fiqhiyyah, cet.1, jld.2, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, hlm.116.

Hadith-hadith nabi antaranya ialah hadith riwayat Abdullah b. „Umar: Habs al-Asl wa Sabbil al-Thamarat. 13

Al-Syawkani, Syaykh Muhammad b. „Ali (t.t.), Nayl al-Awtar Min Ahadith Sayyid al-Akhbar Syarh Muntaqa al-

Akhbar, jld.6, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi, hlm.25. Lihat juga: Sabiq al-Sayid (1992), Fiqh al-Sunnah, jld.3,

Beirut: Dar al-Fikr, hlm.378. Imam Syafi„i menamakan juga wakaf sebagai al-Sadakat al-Muharramat. Lihat: Al-

Syirbini, Muhammad b. Ahmad (1994), Mughni al-Muhtaj ila Ma„rifat al-Ma„ani Alfaz al-Minhaj, jld.21, Beirut:

Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, hlm.523. Perkataan Sadaqat, Muharram dan Abbad digunakan untuk menunjukkan lafaz

Kinayah. Kebiasaannya perkataan Sadaqat dikhususkan kepada harta yang berbentuk zakat, manakala Tahrim pada

Zihar dan Ta‟bid menunjukkan makna kekal seperti wakaf dan lain-lain. Lihat al-Bahuti, Syaykh al-Mansur b.

Yunus b. Idris (1999), op. cit., hlm.242. 14

Ibn Manzur (1990), op. cit., hlm.359. 15

Mohd Zain Haji Othman (1998), “Wakaf Dari Perspektif Undang-Undang Islam, Amalan Dan Permasalahannya

Di Malaysia”, dalam Ahmad Ibrahim et al. (ed), Undang-undang Keluarga dan Harta Wakaf, Al-Ahkam, cet.1, jld.6,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.187. 16

Al-Syirbini, Muhammad b. Ahmad (1994), op. cit., hlm.522. Al-Syirazi, Abi Ishak Ibrahim b. „Ali (1995), Al-

Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam al-Syafi„i, cet:1, jld.2, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, hlm.323. Al-Nawawi, Abu

Zakariyya Yahya (2000), Rawdah al-Talibin, jld.4. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, hlm.393-394. Syam al-Din

Muhammad b. Abi „Abbas (1993), Nihayat al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, jld.5, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah,

hlm.358.

Page 4: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

4

hanya menjadi pengurus kepada harta berkenaan. Dialah yang berhak untuk membahagi dan

menyalurkan hasil wakaf.17

Pewakaf tidak boleh mengambil manfaat daripada hasil wakaf

kerana ia telah menjadi milik Allah dan telah lupus haknya.18

Jika dia masih lagi mengambil

manfaat seolah-olah dia mengambil kembali hartanya yang disedekahkan, kecuali pewakaf

meletakkan syarat harta tersebut boleh diguna dan dimanfaatkan olehnya, atau kepada ahli waris

yang lain.19

Wakaf Menurut Mazhab Hanafi

Menurut Abu Hanifah pewakafan harta membawa maksud penahanan harta („ayn) yang dimiliki

oleh pemilik wakaf kepada pihak lain untuk mendapatkan faedah daripada harta tersebut dengan

cara kebajikan, sama ada untuk masa kini ataupun pada masa akan datang.20

Berdasarkan

kepada takrif ini kedudukan tanah atau harta wakaf masih tetap tertahan dan terhenti di tangan

pewakaf. Ini bermakna harta yang diwakafkan masih menjadi milik pewakaf dan kekal di bawah

penguasaannya. Pewakafan hanya berlaku ke atas manfaat itu sahaja yang diberikan sebagai

wakaf, tidak melibatkan „ayn atau aset harta. Abu Hanifah mensyaratkan pemilikannya akan

lupus apabila hakim menghukumkan wakaf ataupun setelah pewakaf meninggal dunia. Berbeza

pandangan dengan Abu Yusuf, bahawa sesuatu yang diwakafkan hanya terlaksana dengan

perkataan sahaja. Menurut Muhammad pula, pelupusan hak milik berlaku setelah berlakunya

penyerahan kepada pihak yang menguruskannya.21

Pada pandangan mazhab Abu Hanifah pewakafan harta tidak sesekali menggugurkan hak

milik pewakaf. Transaksi atau akad wakaf adalah tidak terikat (Ghayr lazim). Kedudukkannya

adalah sama dengan konsep „ariyah (pinjaman) yang juga bersifat Ghayr lazim. Berbeza pula

keadaannya, jika dilaksanakan dalam bentuk wasiat selepas kematian pewakaf, ia akan mengikat

(lazim) hak milik harta wakaf.22

Wakaf Menurut Mazhab Maliki

Pada pandangan ulama mazhab Maliki, wakaf bererti penahanan daripada urusan pemilik, pada

masa yang sama harta tersebut kekal menjadi milik pewakaf dan boleh dimanfaatkan untuk

17

Al-Qurtubi (1994), op. cit., hlm.117. 18

Al-Mawardi, Abi al-Hassan „Ali b. Muhammad (1999), Al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Madhhab al-Imam al-Syafi„i,

jld.5, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, hlm.511. 19

Al-Qurtubi (1994), op. cit., hlm.117. Lihat juga: Al-Zayla„i, Jamal al-Din Abu Muhammad „Abd Allah b. Yusuf

(1996), Nasb al-Rayah Takhrij Ahadith al-Hidayah, cet.1, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, hlm.732. 20

Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. „Abd Wahid al-Siwasi al-Sakandari (1977), Sharh Fath al-Qadir,

cet.1, jld.6, Beirut: Dar al-Fikr, hlm.200. Ahmad Farraj Hassan (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-

Syari„ah al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Jamiah, hlm.301. Al-Mawardi, Abi al-Hassan „Ali b. Muhammad (1999),

op. cit., hlm.512. 21

Al-Kalibuli, „Abd al-Rahman b. Muhammad b. Sulayman (1998), Majma„ al-Anhar fi Syarh Multaqa al-Abhar,

cet.1, jld.2, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, hlm.567. Al-Zayla„i, Jamal al-Din Abu Muhammad „Abd Allah b.

Yusuf (1996), op. cit., hlm.732. Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. „Abd Wahid al-Siwasi al-Sakandari

(1977), op. cit., hlm.203. Al-Sarakhsi, Sham al-Din (1978), Kitab Al-Mabsut, cet.3, jld.12. Beirut: Dar al-Ma„rifah,

hlm,35. Al-Maydani, „Abd al-Ghani al-Ghanimi (1985), Al-Lubab fi Sharh al-Kitab, jld.1, Beirut: Dar al-Ihya‟ al-

Turath al-„Arabi, hlm.180. 22

Al-Sarakhsi, Sham al-Din (1978), op. cit., hlm.27. Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. „Abd al-Wahid al-

Siwasi al-Sakandari (1977), op. cit, hlm.203. Al-Haskafi, Muhammad „Ala‟ al-Din (t.t.), Sharh al-Durr al-Mukhtar,

jld.2, Kaherah: Matba„ah Sabih wa Awladihi, hlm.3.

Page 5: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

5

tujuan kebajikan.23

Dalam hal ini, orang yang mewakafkan tanah, pokok tamar atau rumah

kepada orang miskin, dia masih mempunyai hak untuk menguruskan harta wakaf tersebut sama

ada untuk disewa atau membahagikannya kepada orang miskin sehinggalah dia meninggal dunia

harta wakaf itu tetap menjadi miliknya.24

Sebaliknya jika pewakaf telah membahagikan harta

yang diwakafkan kepada ahli warisnya, maka ia menjadi harta pusaka dan tidak lagi dianggap

sebagai harta wakaf.25

Ini kerana mazhab Maliki tidak mensyaratkan berkekalan atau Ta‟bid

sebagai syarat penerimaan wakaf walaupun wakaf masjid.26

Wakaf Menurut Mazhab Hanbali

Menurut Ibn Qudamah daripada mazhab Hanbali, wakaf ialah menahan yang asal dan

membelanjakan pada jalan Allah (wakaf) akan hasilnya.27

Al-Bahuti juga memberi takrif

penahanan milik oleh diri pewakaf atau wakilnya sesuatu harta yang bermanfaat di samping

mengekalkan harta tersebut dan tidak lagi menjadi miliknya.28

Ini kerana wakaf bukanlah akad

yang berbentuk pertukaran tetapi ia adalah akad yang menggugurkan hak milik untuk tujuan

mendekatkan diri kepada Allah dan hak milik itu akan berpindah kepada Allah SWT.29

Pewakaf

tidak diharuskan mengambil manfaat daripada apa yang diwakafkan kecuali harta yang

diwakafkan itu berbentuk kegunaan umum seperti wakaf masjid, tanah perkuburan dan lain-

lain,30

kecuali jika pewakaf meletakkan syarat bahawa dia juga boleh mengambil manfaat wakaf

tersebut berdasarkan bahagian yang diperuntukkan kepadanya.31

Wakaf Menurut Undang-undang Di Malaysia

Kebanyakan negeri di Malaysia tidak mentakrifkan secara terperinci tentang wakaf kecuali

beberapa negeri sahaja, iaitu Wilayah Persekutuan, Melaka, Selangor, Johor dan Negeri

Sembilan. Kebanyak definisi yang diperuntukkan dalam beberapa enakmen hanyalah menyentuh

tentang harta Wakaf Am dan Khas sahaja yang melibatkan semua jenis harta wakaf termasuk

tanah yang dikategorikan sebagai harta tak alih.32

23

Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syari„ah al-Islamiyyah. Kaherah:

Dar al-Jami„ah, hlm.260. 24

Al-Qurtubi (1994), op. cit., hlm.117. 25

Ibid., hlm.117. 26

Al-Dardir, Abi al-Barakat Ahmad b. Muhammad b. Ahmad (1986), op. cit., hlm.98. 27

Al-Syirbini, Muhammad b. Ahmad (1994), op. cit., hlm.184. Lihat juga: Al-Syawkani, Syaykh Muhammad b.

„Ali, op. cit., hlm. 25. Takrif ini dianggap yang paling tepat dan lengkap berdasarkan hadith Rasulullah saw kepada

Sayyidina „Umar r.„a: “Menahan yang asal dan membelanjakan pada jalan Allah akan hasilnya”. Ibn Qudamah,

Muwaffaq al-Din Muhammad „Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), al-Mughni, cet.4, jld.8, Dar al-„Alam al-

Kutub, hlm.184. Al-Kubaysi, Muhammad „Ubayd (1977), Ahkam al-Waqf fi al-Syari„ah al-Islamiyyah, jld.1,

Baghdad: Matba„ah al-Irsyad, hlm.88. 28

Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad „Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), op. cit., hlm.186-187.

Al-Bahuti, Syaykh al-Mansur b. Yunus b. Idris (1999), op. cit., hlm.240-241. Lihat juga: Syed Othman al-Habsi

(1987), “Baitulmal dan Wakaf Institusi Kewangan Islam untuk Pembangunan Ummah” (Kertas Kerja Seminar

Pembangunan Wakaf dan Baitumal Negeri Johor. Anjuran Kerajaan Negeri Johor dengan Kerjasama Institut

Tadbiran Awam Negara Malaysia, 1408/1987), hlm.23. 29

Al-Bahuti, Syaykh al-Mansur b. Yunus b. Idris (1999), op. cit., hlm.245 dan 254. 30

Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad „Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (1999), op. cit., hlm.191. 31

Ibid. 32

Rujuk Enakmen Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, (bil.2/2001), Enakmen Agama Islam dan Adat Istiadat

Melayu Kelantan, (bil.4/1994), Enakmen Pentadbiran Ugama Perak, (bil.3/1992), Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal

Page 6: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

6

Menurut Enakmen Wakaf Negeri Selangor (bil.7/1999), wakaf ertinya menyerahkan apa-apa

harta yang boleh dinikmati manfaat dan faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada

sebagai Wakaf Am atau Wakaf Khas menurut hukum syarak, tetapi tidak termasuk amanah

sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.33

Enakmen Pentadbiran

Agama Islam Johor (bil.4/1996), mentakrifkan wakaf sebagai pemberian yang berkekalan di atas

harta atau sebahagian daripadanya oleh tuan punya harta itu kerana maksud agama mengikut

hukum syarak.34

Enakmen Wakaf Negeri Sembilan (bil.16/2005),35

agak terperinci dalam mendefinisikan

wakaf berbanding enakmen wakaf yang digubal sebelum ini. Wakaf ertinya:

(a) Menyerahkan hakmilik apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat,

faedah atau keuntungannya

(b) Menyerahkan manfaat, faedah atau keuntungan yang boleh dinikmati

daripada apa-apa harta; atau

(c) Menyediakan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat,

faedah atau keuntungannya.

Sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas, menurut prinsip syariah, tetapi

tidak termasuk amanah yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.

Kategori Wakaf Menurut Hukum Syarak dan Undang-undang di Malaysia

Pembahagian jenis wakaf ini sebenarnya tidak terdapat dalam pentakrifan para fuqaha. Ia hanya

dikenali di kalangan masyarakat sebagai „urf, kerana pada asal pewakafan harta semuanya adalah

bermaksud untuk kebajikan.36

Sebahagian pengkaji mengatakan bahawa pada awal Islam hanya

wujud Wakaf Khayri sahaja, Wakaf Ahli tidak disyariatkan. Pengkelasan wakaf berlaku di

kalangan ahli Fiqh masa kini adalah untuk menggalakkan orang ramai agar mewakafkan lebihan

daripada harta mereka.37

Ramai di kalangan pewakaf mewakafkan harta mereka dengan

mensyaratkan harta yang diwakafkan itu dapat dimanfaatkan oleh pewakaf sehingga akhir

hayatnya atau diwakafkan kepada anak-anaknya atau kepada individu tertentu. Kemudian

mereka mewakafkan harta tersebut kepada fakir miskin dan ia dikenali sebagai Wakaf kebajikan

(Khayri).38

Agama Islam Negeri Pulau Pinang (1993), Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

(bil.3/1991), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor (bil.4/1996), dalam Seksyen 2 (1). 33

Enakmen Wakaf Negeri Selangor, (bil.7/1999), Seksyen 1. Rujuk Enakmen Hal Ehwal Agama Islam

Terengganu, (bil.2/2001), Enakmen Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, (bil.4/1994), Enakmen

Pentadbiran Ugama Perak, (bil.3/1992), Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang

(1993), Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (bil.3/1991), Enakmen Pentadbiran

Agama Islam Johor (bil.4/1996), dalam Seksyen 2 (1). 34

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor, (bil.4/1996), Seksyen 41. 35

Enakmen Wakaf Negeri Sembilan (bil.16/2005), Seksyen.2. Lihat Lampiran 1. 36

Muhammad Kamal al-Din (1998), Al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Fiqh al-Islami, Mu‟assasah al-Jam„iyyah al-

Dirasat, hlm.187. 37

Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), op. cit., hlm.174. 38

Ibid., hlm.273-274.

Page 7: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

7

Undang-undang Pentadbiran Wakaf di Malaysia telah mengkodifinasikan kategori wakaf di

dalam enakmen negeri masing-masing, selain wakaf Am dan Khas.39

Definisi bagi semua

kategori wakaf mengikut hukum syarak dan yang diperuntukkan dalam enakmen adalah

sebagaimana berikut:

Wakaf Am dan Khas

Wakaf Am juga dinamakan wakaf kebajikan atau al-Waqf al-Khayri iaitu harta yang

diwakafkan untuk kebajikan yang boleh dimanfaatkan oleh ramai.40

Pewakafan harta jenis ini

pada dasarnya adalah untuk tujuan kebajikan, walaupun dalam tempoh tertentu dan untuk mana-

mana individu atau individu tertentu, atau selepas itu diwakafkan kepada orang lain. Contohnya

pewakafan tanah untuk dijadikan hospital atau pusat pendidikan, kemudian diwakafkan untuk

dirinya sendiri dan untuk ahli keluarganya. Pengurusan dan pentadbiran Wakaf Am adalah

terletak sepenuhnya kepada pemerintah dengan memastikan hak atau kebajikan serta manfaat

daripada harta wakaf tersebut dapat dinikmati oleh mereka yang benar-benar berkelayakan.

Segala pendapatan daripada harta wakaf itu akan dimasukkan dalam kumpulan harta Baitulmal.41

Wakaf Khas ialah pewakafan harta yang pada mulanya adalah untuk diri pewakaf sendiri

sebagai keutamaan atau kepada mana-mana individu atau individu yang telah ditentukan dengan

niat untuk tujuan kebaikan. Antaranya seperti pewakaf mewakafkan hartanya bagi manfaat

dirinya, kemudian kepada anak-anaknya. Seterusnya kepada kaum kerabatnya dengan tujuan

untuk mendapatkan manfaat dan kebaikannya.42

Wakaf Khas atau Wakaf Ahli atau dikenali juga

sebagai Wakaf Dhurri (Wakaf Keluarga). Ia adalah diharuskan kerana terdapatnya unsur

kebajikan untuk kaum kerabat yang ada hubungan dengan pewakaf itu. Tujuannya adalah untuk

membantu dan memberi pertolongan kepada mereka. Selain itu ia dapat menjamin kebajikan

saudara terdekat pewakaf dan keluarganya agar memastikan mereka mendapat manfaat daripada

harta wakaf sepanjang hayat mereka. Secara tidak langsung wakaf jenis ini dapat menggalakkan

orang ramai supaya mewakafkan harta mereka.43

Dari segi penggunaannya, harta wakaf dalam Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang

tertentu. Sekiranya harta itu diwakafkan dalam bentuk penggunaan khusus (Wakaf Khas), ini

bermakna harta wakaf itu termasuk hasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan

lain, selain apa yang telah ditentukan oleh si pewakaf (Waqif).44

Begitu juga dengan wakaf

manfaat, mengikut pendapat ulama mazhab Hanafi penerima manfaat itu sahaja yang berhak

menggunakan harta wakaf berkenaan. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia, manfaat

wakaf tidak boleh diwarisi kepada pihak yang lain dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana

manfaat adalah sesuatu yang tidak bersifat kekal.45

39

Enakmen Wakaf Negeri Sembilan (bil.16/2005) tidak memasukkan kategori wakaf di dalam peruntukan enakmen.

Enakmen hanya memperuntukkan wakaf Am dan Khas sahaja. 40

Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), op. cit., hlm.271. Mahmud Saedon Awang Othman (1998), Peranan

Wakaf di Dalam Pembangunan Ummah, dalam Ahmad Ibrahim et. al. (ed), Undang-undang Keluarga dan Harta

Wakaf, Al-Ahkam, cet.1, jld.6, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.166. 41

Ridzuan Awang (1994), Undang-undang Tanah Islam: Pendekatan Perbandingan, cet.1, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, hlm.380. 42

Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), op. cit., hlm.271. Ridzuan Awang (1994), op. cit., hlm.380. 43

Sabiq, al-Sayyid (1992), op. cit., hlm.515. Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), op. cit., hlm.274. 44

Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), op. cit., hlm.306. 45

Al-Khafif, „Ali (1990), Al-Milkiyyah fi al-Syari„ah Ma„a Muqaranatiha bi al-Qawanin al-„Arabiyyah, Beirut: Dar

al-Nahdah al-„Arabiyyah, hlm.193.

Page 8: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

8

Wakaf Musytarak

Wakaf Musytarak46

ialah wakaf yang disatukan padanya beberapa wakaf termasuk wakaf-wakaf

yang diwujudkan daripada amwal badal.47

Wakaf Musytarak diwujudkan oleh waqif melalui

saham wakaf dan wakaf saham. Wakaf jenis ini adalah gabungan wakaf Ahli yang khusus

dengan wakaf Khayri yang umum. Sebahagian daripada manfaat harta wakaf itu digunakan

untuk kepentingan ahli keluarga dan sebahagian lagi digunakan bagi tujuan umum. Enakmen

Wakaf Selangor48

juga memperuntukkan takrif wakaf Musytarak sebagai penyatuan beberapa

wakaf termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui istibdal dan saham wakaf.49

Wakaf Mu‘abbad dan Mu‘aqqat

Wakaf Mu„abad ialah wakaf yang tidak dihadkan tempoh atau masanya.50

Menurut Undang-

undang wakaf di Johor, wakaf masjid dan wakaf kerana masjid adalah mu„abbad. Namun, selain

daripada itu termasuk juga wakaf ahli boleh dijadikan mu„abbad dan mu„aqqat bergantung

kepada pewakaf dengan masa tidak melebihi 60 tahun dari tarikh mati waqif atau dua keturunan

tidak termasuk waqif.51

Di dalam Enakmen Wakaf Selangor 1999, takrif wakaf Mu„aqqat tidak

memperincikan.52

Wakaf Irsad dan Musya ‘

Wakaf Irsad ialah tanah yang diwakafkan oleh pemerintah bagi tujuan kemaslahatan umum

seperti sekolah, hospital dan lain-lain.53

Wakaf ini bukan daripada pemiliknya tetapi ia adalah

kurniaan pihak pemerintah seperti yang diwartakan untuk tapak masjid, surau, sekolah agama,

rumah kebajikan Islam, tanah perkuburan dan lain-lain lagi, atau ia adalah wakaf daripada mana-

mana syarikat atau agensi seperti Takaful, Lembaga Tabung Haji dan sebagainya.54

Di Negeri

Selangor, seseorang waqif boleh mewujudkan wakaf Irsad dan Musya„ terhadap keseluruhan,

atau sebahagian daripada hartanya.55

Enakmen Wakaf Negeri Selangor mendefinisikan Wakaf

Irsad ertinya sesuatu tanah yang diwakafkan oleh mana-mana perbadanan, institusi, pertubuhan

atau badan-badan lain menurut hukum syarak.56

Di dalam Manual Pengurusan Tanah Wakaf Jabatan Wakaf Zakat dan Haji memberi takrif yang

lebih tepat iaitu wakaf Irsad bermaksud penyerahan mana-mana tanah sebagai wakaf oleh mana-

mana Pihak Berkuasa Negeri, Kerajaan Persekutuan atau mana-mana perbadanan, institusi,

46

Kaedah-kaedah Wakaf Johor 1983, Seksyen 2. Enakmen Wakaf Selangor (bil.7/1999), Seksyen 9(2)(d). 47

Amwal Badal ertinya kumpulan wang amanah wakaf daripada jualan atau lainnya yang diharuskan oleh hukum

syarak. Lihat Kaedah-kaedah Wakaf Johor 1983, Seksyen 2 dan 13(2). 48

Enakmen Wakaf Negeri Selangor, (bil.7/1999), Seksyen 9(d). 49

Lihat juga Enakmen Wakaf Negeri Melaka (bil.5/2005), Seksyen 9(d). 50

Kaedah-kaedah Wakaf Johor 1983, Seksyen 2. 51

Ibid., Seksyen 17. 52

Enakmen Wakaf Negeri Selangor, (bil.7/1999), Seksyen 9 (b), Wakaf Mua‟bbad ertinya wakaf yang berkekalan. 53

Al-Zuhayli, Wahbah (1989), Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, cet.3, jld.8, Damsyiq: Dar al-Fikr, hlm.167. 54

Mohd Shah Firafizal bin Abu Bakar (2005), “Dana Wakaf MAINPP: Amalan dan Pelaksanaan”, (Kerja Seminar

Dana Wakaf Peringkat Negeri Pulau Pinang 2005, di Bilik Aiditorium Dewan Milenium, Kepada Batas Seberang

Prai Pulau Pinang, Pada 17 Julai 2005/ 10 Jamadil Akhir 1426), hlm.10. 55

Enakmen Wakaf Negeri Selangor, (bil.7/1999), Seksyen 9(1). 56

Ibid., Seksyen 9(2)(a).

Page 9: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

9

organisasi atau badan-badan lain menurut hukum syarak.57

Manakala wakaf Musya„ ertinya

mewakafkan apa-apa hak ke atas mana-mana harta yang dimiliki bersama yang tidak boleh

dipecah bahagikan.58

Wakaf Kaki

Wakaf Kaki atau wakaf petak atau dikenali juga dengan nama wakaf lantai. Nazir wakaf atau

pemegang amanah akan membeli keseluruhan hartanah dan pewakaf akan membeli hartanah

berkenaan mengikut saiz/ kaki persegi dan kemudiannya mewakafkannya kembali.59

Pengurusan Harta Wakaf dari Perspektif Hukum Syarak dan Pelaksanaannya di Malaysia

Hukum syarak telah menetapkan bahawa harta yang diwakafkan hendaklah diurus dan ditadbir

oleh pihak yang bertanggung jawab bagi mengawal selia dan menjaga kemaslahatan harta wakaf

agar ia dapat disalurkan kepada pihak yang benar-benar berhak menerimanya. (Badran, Badran

Abu al-„Aynayn, 1986, hlm.687) Di dalam Islam seseorang yang dilantik untuk mentadbir harta

wakaf atau pemegang amanah dikenali sebagai “al-Mutawalli”. (Al-Baghdadi, Abu Muhammad

Ghanim b. Muhammad, 1999, hlm.687) Al-Mutawalli adalah terdiri daripada orang atau badan

yang mempunyai kemampuan, amanah dan berupaya melaksanakan apa yang dihajati oleh

pewakaf. („Ala‟ al-Din Muhammad b. „Ali al-Haskafi (t.t), hlm.584)

Tugas-tugas utama adalah menjaga dan memelihara serta membangunkan tanah yang

diwakafkan, mengutip hasil wakaf dan seterusnya mengagihkan kepada benefisiarinya yang

berhak serta memeliharanya dengan sebaik mungkin daripada sebarang kehilangan dan

kerosakan, sebagaimana yang disyaratkan oleh pewakaf. (Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya,

2000, hlm.411) Para ulama bersepakat menyatakan bahawa pewakaf mempunyai bidang kuasa

yang luas untuk melantik sesiapa sahaja bagi mentadbir dan menguruskan harta wakafnya.

Pewakaf boleh melantik dirinya sendiri sebagai pemegang amanah atau menyerahkan amanah ini

kepada orang yang menerima wakaf, atau selain daripada keduanya.(Mohd Zain Hj Othman,

1998, hlm.190) Jika sekiranya pewakaf meletakkan sesuatu syarat kepada mereka yang dilantik,

maka pemegang amanah itu hendaklah melaksanakan syarat dan mematuhi segala ketetapan

yang dibuatkan oleh pewakaf. sebaliknya, jika pewakaf tidak menentukan kepada mana-mana

pihak untuk menguruskan harta wakafnya, maka pihak hakim akan menentukannya. Ini adalah

pandangan ulama mazhab Maliki dan ulama mazhab Syafi„i. Namun kebanyakan fatwa

menyebutkan bahawa wakaf bagi tujuan umum atau tujuan khusus yang ditentukan, hak untuk

mentadbir harta berkenaan adalah di tangan hakim.

Pada pandangan mazhab Hanbali, sekiranya pewakaf telahpun menentukan secara khusus

pihak yang akan menerima wakaf dan setiap mereka ada bahagiannya, maka penerima wakaf itu

sendiri adalah pemegang amanah bagi tanah yang diwakafkan kepadanya. Berbeza dengan tanah

wakaf Am yang tidak ditentukan penerima wakafnya seperti wakaf untuk masjid, fakir miskin,

maka Hakim atau pembantunya selaku nazir atau pemegang amanah ke atas harta berkenaan.

(Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya, 2000, hlm.410) Terdapat juga pandangan fuqaha Hanbali

bahawa hak pengawalan harta tersebut adalah tertakluk kepada mereka yang menerima wakaf,

57

Manual Pengurusan Wakaf (2006), Cet.1, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, hlm.4. 58

Ibid., Seksyen 9(a)(c). Keterangan lanjut tentang wakaf Musya‟, lihat Bab Kedua hlm.76-78. 59

Mohd Shah Firafizal bin Abu Bakar (2005), op. cit., hlm.11. Wakaf Kaki adalah dirujuk kepada wakaf Musytarak

dan Musya„ yang mempunyai persamaan antara ketiga-tiga kategori wakaf.

Page 10: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

10

sekalipun tidak disyaratkan. (Ibn Qudamah, 1992, hlm.32.) Menurut mazhab ulama Hanafi,

pewakaf adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap apa jua urusan ke atas harta yang

diwakafkan, sama ada wujudnya syarat atau sebaliknya. Kemudian berpindah kepada orang yang

diwasiatkan oleh pewakaf jika ada. Jika tidak hakim akan mengambil alih tugas tersebut. (Al-

Sarakhsi, Sham al-Din, 1978, hlm.44)

Di Malaysia perkara berkaitan harta wakaf adalah salah satu aspek harta amanah yang

disenaraikan di bawah Jadual Sembilan, Senarai II, Senarai Negeri. Perkara berkaitan wakaf

telah diperuntukkan di dalam enakmen negeri masing-masing. Semua tanah wakaf ditadbir dan

diuruskan oleh MAIN sama ada harta alih dan tak alih. (Baharuddin Sayin, 1998, hlm.94-98)

Tanah-tanah wakaf yang didaftarkan ini adalah terletak hak kepada MAIN sebagai pemegang

amanah tunggal harta wakaf. Walaupun tugas pentadbiran harta wakaf diberikan kepada MAIN

sebagai Pemegang Amanah Tunggal, namun pentadbirannya tidak diuruskan oleh satu

jawatankuasa khas yang hanya menguruskan tentang harta wakaf. (Mohd Daud Bin Bakar, 1999,

hlm.7) Peruntukan wakaf di dalam enakmen-enakmen negeri tidak bersifat menyeluruh. Ia lebih

menekankan aspek-aspek pentadbiran dan prosedur ringkas tentang perwakafan. Aspek-aspek

substantifnya tidak ditekankan kecuali beberapa buah negeri sahaja yang memperuntukan

enakmen khusus tentang wakaf seperti negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.( Siti

Mashitoh Mahamood, 2006, hlm.3)

Bagi mengemaskinikan lagi jentera pentadbiran harta wakaf, Kerajaan Persekutuan telah

menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri

YAB Dato‟ Seri Hj Abdullah Ahmad Badawi pada 27 Mac 2004. Objektif penubuhannya adalah

semata-mata untuk tujuan pemantauan dan penyelarasan bagi pengurusan Wakaf, Zakat dan

Haji di negara ini demi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian

perkhidmatan ke tahap yang lebih baik. Penubuhan JWZH bukanlah bermaksud untuk

mengambilalih peranan dan tugas MAIN dan Jabatan Agama Islam Negeri dan jabatan-jabatan

lain. Sebelum JWZH ditubuhkan, kerajaan melalui JAKIM, Jabatan Perdana Menteri telah

melantik satu Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Harta Wakaf di Peringkat Kebangsaan

untuk membantu MAIN membangunkan harta wakaf yang ada. Ia melibatkan pegawai-pegawai

daripada agensi swasta dan kerajaan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang

masing-masing. (Syed Othman al-Habshi 1999, hlm.9)

Dalam mengendalikan urusan pentadbiran harta wakaf, kebanyakan enakmen negeri tidak

memperuntukkan secara khusus. Lazimnya kuasa pegawai yang mengendalikan urusan harta

wakaf adalah terhad kerana ia diletakkan di bawah bahagian baitulmal, kecuali beberapa negeri

sahaja seperti Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Negeri-negeri lain belum

mewujudkan peruntukan wakaf secara khusus. Di negeri Selangor setelah adanya Enakmen

Wakaf, semua perkara mengenai urusan wakaf ditadbir dan diurus oleh jawatankuasa pengurusan

wakaf yang ditubuhkan oleh majlis. Di Negeri Sembilan jawatankuasa sedemikian dikenali

sebagai Penal Penasihat Pengurusan Wakaf. Jawatankuasa Pengurusan Wakaf bukan hanya

mengurus dan mentadbir harta wakaf sahaja, tetapi turut mentadbir Kumpulan Wang Wakaf agar

ia menepati dengan hukum syarak. (Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, hlm.62-63)

Majlis Agama Islam Sebagai Pemegang Amanah Tunggal Harta Wakaf

Majlis-majlis agama Islam telah ditubuhkan melalui enakmen pentadbiran hukum syarak yang

diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di setiap negeri. Merujuk kepada Enakmen MAIN,

MAIN adalah Pemegang Amanah Tunggal bagi kesemua harta wakaf, sama ada Wakaf Am,

Page 11: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

11

Wakaf Khas, bagi semua Nazar Am dan jenis amanah yang menjadi Amanah Khairat kerana

bantuan dan kemajuan Islam dan faedah bagi orang-orang Islam mengikut hukum syarak.

Peruntukan ini disebut secara jelas, sebagai contoh dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal

Agama Islam Terengganu, Seksyen. 143:

“Walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara atau

pengisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh kepada perkara itu,

maka hendaklah Majlis menjadi pengawal tunggal bagi semua wakaf, sama ada

wakaf Am atau Wakaf Khas dan semua nazar am dan semua amanah dari serba

jenis yang mewujudkan amanah khairat untuk bantuan dan kemajuan Agama

Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syara‟ dan yang

terletak di negeri ini atau jika orang yang membuat penyelesaian harta itu atau

lain-lain orang yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazar am itu berdomisil di

negeri ini, setakat semua harta yang tersentuh olehnya dimana jua harta itu

terletak”

Sementara Seksyen 144(1) Enakmen menyatakan:

“ segala harta yang, pada yang ditetapkan, tertakluk kepada seksyen 143

hendaklah, jika terletak di dalam negeri ini, terletak hak pada majlis”

Tujuan perlantikan Majlis sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf ini adalah untuk

mempastikan wakaf diurus dan ditadbir dengan baik, efisyen sehingga dapat menjana hasil yang

lumayan yang dapat dimanfaatkan oleh benefesiarinya atau tujuan-tujuan kebajikan, sama ada

yang telah ditentukan atau tidak ditentukan oleh pewakaf. Apa yang penting sekali adalah untuk

mengelakkan daripada pelbagai masalah yang timbul melalui perlantikan pemegang amanah

persendirian yang dibuat oleh pewakaf sebelum ini. Sikap pemegang amanah persendirian yang

tidak amanah serta campur tangan ahli waris telah menyebabkan kehilangan harta dan status

wakaf yang seterusnya menyimpang daripada tujuan asalnya dan bertentangan pula dengan

prinsip undang-undangnya. (Siti Mashitoh Mahamod, 2005, hlm.3)

Dari segi perundangannya, MAIN berhak untuk membuat perjanjian, membeli,

mengambil, memegang dan memiliki harta sama ada harta alih atau tak alih untuk menukar,

memindah dan membangun segala harta yang terserah milik kepada MAIN mengikut mana-

mana peraturan yang tersedia ada menurut hukum syarak. Peraturan ini memberi kuasa kepada

MAIN untuk melaksana dan membangun harta wakaf yang ditadbir oleh MAIN. Merujuk kepada

kuasa-kuasa yang diperuntukkan, MAIN secara keseluruhannya berhak menjalankan segala

aktiviti pembangunan ke arah kemajuan ekonomi yang difikirkan perlu dan segala faedah

daripada harta wakaf tersebut dapat diagihkan. MAIN juga boleh melibatkan dalam memajukan

mana-mana aktiviti, sama ada dijalankan oleh lain-lain badan, atau orang, atau sama ada di

bawah kelolaan atau separuh kelolaan atau secara persendirian dengan memberi bantuan kepada

mereka yang dilihat oleh MAIN layak untuk menjalankan segala aktiviti. Bagi meningkatkan

lagi pendapatan MAIN berhak menjalankan aktiviti secara usaha sama dengan badan lain sama

ada daripada perbadanan kerajaan atau swasta.

Page 12: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

12

Kedinamikan Sistem Wakaf Ke Arah Meningkatkan Ekonomi Dan Hak Pemilikan Umat

Islam Di Malaysia

Kebanyakan orang Melayu khususnya dan umat Islam amnya di Malaysia kini berhadapan

dengan beberapa masalah besar terutama dari aspek ekonomi berbanding bangsa lain. Aset dan

pemilikan modal mereka amat terhad sedangkan pada masa yang sama peningkatan kos sara

hidup yang kian meningkat dan ditambah lagi dengan berlakunya kegawatan ekonomi dan

kenaikan nilai hartanah dan barang-barang keperluan asas yang lain. Justeru, dalam keadaan

sedemikian, tidak banyak harta yang diwakafkan oleh umat Islam, terutama melibatkan aset

kekal seperti tanah, premis perniagaan, bangunan, rumah kediaman dan lain-lain. Sekiranya ada

sekalipun ia melibatkan harta yang bermasalah seperti tanah yang tidak boleh dibangunkan atau

tidak ekonomik. Di dalam keadaan pemilikan harta di kalangan umat Islam yang amat terhad ini,

maka suatu mekanisme yang bersifat sistematik perlu diketengahkan agar ia dapat dimanfaatkan

secara holistik. Secara tidak langsung mekanisme yang diwujudkan ini mampu memberi ruang

kepada sebahagian besar orang Melayu di Malaysia untuk turut sama mewakafkan harta mereka

bagi meningkatkan keupayaan ekonomi dan pemilikan aset di dalam negara dan mengaplikasi

sistem jaminan sosial melalui berwakaf. Sistem jaminan sosial melalui berwakaf ini perlu dilihat

dari pelbagai aspek termasuk pemilikan aset negara, pembangunan ekonomi dan taraf hidup,

pendidikan dan lain-lain.

Wakaf adalah salah satu bentuk sistem jaminan sosial yang bukan sahaja dapat membantu

individu secara kolektif, malah meringankan bebanan kewangan negara sejak 1400 tahun yang

lalu. Dalam Kongres Ekonomi Islam ke-3, Dato‟ Seri Najib Tun Razak telah menegaskan

bahawa perhatian utama perlu diberikan kepada sektor ijtimaie (masyarakat) sebagai satu

daripada sektor dalam ekonomi Islam yang sama penting peranannya dengan sektor kerajaan dan

swasta. Ketua Pegawai Johor Corporation Berhad, Tan Sri Muhammad Ali Hashim juga

menggesa agar dilaksanakan jihad business yang mempunyai dua matlamat besar iaitu pertama

memperkaya dan memperkasakan orang Islam sehingga tercapai sasaran 65% penguasaan

ekonomi negara dan, kedua menerapkan amanah sehingga menzahirkan ciri-ciri sistem ekonomi

halal berlandaskan Islam bagi membendung serta menyusun ekonomi Kapitalis liar dan buas

agar lebih adil dan saksama. Salah satunya ialah dengan mewujudkan wakaf korporat yang mana

syarikat-syarikat kerajaan dan swasta milik milik orang Islam perlu menyumbang kepada

instrumen ini. Ia juga boleh menjadi alat untuk mengumpulkan sedekah jariah orang Islam untuk

membantu usahawan-usahawan Islam yang mempunyai keupayaan, kepakaran, kecekapan dan

semangat keusahawanan bagi membuka dan memperbesarkan perniagaan.60

Kepentingan Melestari Sistem Wakaf

Usaha melestari sistem wakaf sangat penting dalam meningkatkan kemampuan ekonomi orang

Melayu dan memenuhi objektif pensyariatan wakaf. Wakaf adalah pertalian antara agama

dengan kehidupan ekonomi umat Islam.61

Wakaf memainkan peranan dalam membangun insan

kerana dengan mewakafkan harta yang dikasihinya untuk kepentingan umum akan mendidik

jiwanya agar menjadi seorang yang berjaya mengikis sifat bakhil dan kedekut dan menanam

sifat pemurah, mengikis sifat mementingkan diri, dan menanam sifat bertimbang rasa, kasih

60

Utusan Malaysia, 16/1/2009 61

Ridzuan Awang (1994), Undang-undang Tanah Islam: Pendekatan Perbandingan, cet.1, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, hlm.379.

Page 13: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

13

kepada ummah, memperteguhkan persaudaraan Islam, menanam sikap kekitaan sesama Muslim,

mengikis sikap terlalu kasih kepada dunia, dan menanam sikap menjadikan harta kekayaan ini

sebagai jambatan yang akan menyampaikannya kepada keredhaan Allah S.W.T.62

Selain itu, wakaf juga memainkan peranan mendidik jiwa Muslim agar melakukan

pengorbanan dalam bentuk material kepada orang lain secara berkekalan.63

Dalam konteks yang

lebih luas, ia bukan semata-mata dilihat sebagai sumber berpotensi pembangunan ummah. Tetapi

yang lebih penting melihatnya ia sebagai suatu cabaran tanggung jawab kita sesama manusia dan

darjah ketaqwaan kita terhadap Yang Maha Esa.64

Tujuan yang paling utama ialah untuk

mendapat keredhaan Allah dan mendapat pahala yang berterusan daripada-Nya. Amalan ibadat

wakaf menanam semangat sedia berkorban dan memupuk budaya muafakat dan kerjasama

golongan yang berada dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Semangat ini sangat penting

untuk pembangunan ekonomi. Ekonomi kerjasama di kalangan ahli masyarakat adalah asas

kepada kestabilan dan kemantapan ekonomi bernegara. Justeru itu Islam menganjurkan satu

prinsip yang dinamik, iaitu prinsip al-„Adl wa al-Ihsan (keadilan dan muafakat) dalam menyusun

sesebuah ekonomi.65

Motif lain yang dapat dikesan daripada sistem wakaf ialah memberikan

ruang bagi orang yang tidak mempunyai anak atau waris, untuk memperbanyak kebajikan

dengan mewakafkan harta milik mereka untuk manfaat umum.66

Selain itu juga kesedaran yang tinggi di kalangan umat Islam perlu dipupuk agar umat

Islam lebih gemar melakukan ibadah sunat ini. Kajian yang dibuat terhadap warga UiTM di Zon

Tengah iaitu Selangor, Perak dan Negeri Sembilan oleh penyelidik UiTM mendapati bahawa

keseluruhannya tahap kefahaman respondan terhadap konsep wakaf berada pada tahap yang

sederhana iaitu antara 41-65%. Persoalan-persoalan yang dikemukakan adalah berkaitan harta

yang boleh diwaqafkan hanyalah tanah dan bangunan; seseorang tidak boleh memberi waqaf

dalam bentuk wang, saham dan barang berharga; sesiapa sahaja boleh mengambil manfaat harta

waqaf; harta waqaf tidak boleh dilaburkan; harta waqaf tidak boleh diwariskan kepada waris

pewaqaf; seseorang itu boleh mewaqafkan semua harta yang dimilikinya; dan kegunaan harta

waqaf hanyalah untuk membina temapt-tempat beribadah dan juga sekolah-sekolah agama.67

Pemilikan Ekuiti Orang Melayu Dan Bukan Melayu Di Malaysia: Satu Perbandingan

Pemilikan ekuiti di kalangan orang Melayu pada masa kini berada dalam keadaan yang kurang

memberangsangkan berbanding dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Sekalipun pelbagai

langkah dan dasar-dasar telah digubal sama ada secara khusus atau umum bagi meningkatkan

62

Mahmud Saedon Awang Othman (1998), “Peranan Wakaf di Dalam Pembangunan Ummah”, dalam Ahmad

Ibrahim et al. (ed), Undang-undang Keluarga dan Harta Wakaf, Al-Ahkam, cet.1. jld.6. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, hlm.173. 63

Suwaid Bin Tapah (1994), “Undang-undang Pentadbiran Harta Wakaf Di Malaysia”, Jurnal Syariah, jld. 2, bil.1,

1994, hlm.81. 64

Kamarudin Ngah (1992), Isu Pembangunan Tanah Wakaf, cet.1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

hlm.vii. 65

Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (1999), “Sumbangan Institusi Wakaf Kepada Pembangunan Ekonomi; Satu

Penilaian”, dalam Nik Mustapha Hj. Nik Hassan et. (ed), Konsep Dan Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia, Kuala

Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), hlm.5. 66

Mohd Zain Haji Othman (1998), “Wakaf Dari Perspektif Undang-Undang Islam, Amalan Dan Permasalahannya

Di Malaysia”, dalam Ahmad Ibrahim et al. (ed), Undang-undang Keluarga dan Harta Wakaf, Al-Ahkam, cet.1, jld.6,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.183. 67

Baharuddin Sayin dll (2006), Tahap Kefahaman Warga UiTM Terhadap Konsep Wakaf: Kajian Kes di Zon

Tengah (Selangor, Perak dan Negeri Sembilan), Kajian Penyelidikan UiTM Shah Alam Selangor, hlm.26

Page 14: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

14

taraf ekonomi orang Melayu dan Islam atau disebut juga sebagai bumiputera. Antara dasar

tersebut seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar

Wawasan Negara (DWN) dan lain-lain. Namun usaha-usaha yang dilakukan ini tidak mencapai

matlamat sebagaimana yang diingini. Jika dikatakan telah berjaya ia hanya melibatkan segelintir

terutama dalam bidang perniagaan dan profesional dan tidak banyak perubahan yang berlaku.

Kejayaan yang dilihat ini dari perbandingan dengan keadaan sosial ekonomi orang Melayu pada

era 70-an sehingga 90-an. Dari segi hak milik modal saham di dalam negara Bumiputera pada

tahun 1970 bagi orang Melayu hanya sekadar 4.3% dan bukan Melayu 34%. Pada tahun 1995,

meningkat kepada 20.6%, berbanding bukan Melayu 40.9%. Pada tahun 1999 menurun dari

tahun sebelumnya iaitu 19.1%. Ini bermakna secara umumnya, lebih daripada separuh hak milik

modal dimiliki oleh orang bukan Islam. Ternyata hal ini masih lagi berterusan sehingga

Rancangan Malaysia ke-8, matlamat pencapaian sebanyak 30% pemilikan kekayaan negara

masih belum tercapai.68

Berdasarkan kepada statistik pemilikan kekayaan kaum Melayu dan Bumiputera masih

tidak berubah dalam tempoh antara tahun 1990-2000, dari 19.3% pada tahun 1990 menurun

sedikit iaitu 19.1% pada tahun 1999 dan terus merosot kepada 18.7% pada tahun 2002. Menurut

pakar ekonomi negara al-Marhum Prof. Dato‟ Dr Ismail Md Salleh menjangkakan pada tahun

2010, tren ini akan terus menurun kepada 15%.69

Keadaan ini amat membimbangkan

memandangkan orang Melayu merupakan kaum manoriti di Malaysia. Sewajarnya orang Melayu

bukan sahaja menerajui bidang dalam politik, malah juga ekonomi yang menjadi tunggak

kekuatan bangsa dan negara.

Dari perspektif ekonomi, statistik 2009 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi

menunjukkan pendapatan orang Melayu 37.5 peratus lebih rendah daripada orang Cina.

Manakala pendapatan orang Melayu adalah 22.4 peratus lebih rendah berbanding orang India.

Selepas 53 tahun merdeka, hakikatnya orang Melayu masih menjadi kumpulan etnik yang

berpendapatan paling rendah di kalangan etnik utama negara ini. Pelik bunyinya bila majoriti di

tanah air sendiri lebih miskin berbanding kumpulan minoriti. Apakah maknanya menjadi Melayu

sebagai kumpulan yang membuat dasar dan mentadbir negara? Bukan saja kuasa ekonomi orang

Melayu jauh lebih rendah daripada kaum lain, malah setiap pernyataan kita dianggap perkauman,

inikan pula usaha untuk menjutawankan orang Melayu.70

Jadual 1: Kadar Pemilikan Saham dalam Syarikat Berhad Berdasarkan Kelompok Etnik 1970

Sumber: Rancangan Malaysia Ke-8

68

Nazri Muslim (2006), Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia, dalam Nazri Muslim

dan Nasaruddin Yunus, et. (ed) Hubungan Etnik, Pusat Pengajian Umum: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.58 69

Ismail Md Salleh (2005), Ekonomi Semasa Malaysia Wawasan Masa Depan Mendepani Globalisasi, Siri 12

Monograf Wacana Ilmiah Bersama YAB Dato‟ Seri Khir bin Toyo, cet.1, Institut Perkembangan Minda (INMIND),

hlm.4. 70

Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung

UMNO 2011

Pemilikan Jumlah

Pemilikan

%

Bumiputera Perseorangan & amanah 279.6 4.3

Bukan Bumiputera 2233.2 34.0

Warga asing 4051.3 61.7

Page 15: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

15

Jadual 2: Hak Milik Modal Saham 1995 & 1999

Kumpulan Hak Milik 1995

(%)

1999

(%)

Bumiputera 20.6 19.1

Cina 40.9 37.9

India 1.5 1.5

Rakyat Asing 27.7 32.7

Syarikat Nomini 8.3 7.9

Sumber: Rancangan Malaysia Ke-8

Jika dilihat kepada jadual 3 keadaan sosio-ekonomi negeri-negeri pula, kadar kemiskinan yang

tertinggi adalah negeri yang majoritinya adalah orang Melayu/ Islam. Majoriti Melayu ini

terdapat di negeri-negeri Perlis, Terengganu, Kedah dan Kelantan. Hal yang sama juga berlaku

perbezaan atau jurang antara pendapatan luar bandar yang diwakili oleh orang bukan Melayu.

Sebagai contoh RM1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding RM2.3 bagi orang Cina dan

RM1.8 bagi orang India.

Jadual 3: Kadar Kemiskinan Antara Negeri Tahun 1970 dan 1990

Negeri 1970 1990

W/P Kuala Lumpur - 3.7

Selangor 29.2 7.6

P/Pinang 43.7 8.7

Johor 45.7 9.8

N.9 44.8 9.1

Melaka 44.9 12.4

Pahang 43.2 10.00

Perak 48.6 19.2

Perlis 73.9 17.4

Terengganu 68.9 31.3

Kedah 63.2 29.9

Kelantan 76.1 29.6

Sumber: Rancangan-rancangan Malaysia

Jadual 4: Jurang Pendapatan Antara Kaum 1970-2002

Nisbah 1970 1980 1990

1999 2002

Luar bandar & bandar 1:2.1 1:1.8 1:1.7 1:1.8 1:2.1

Bumiputera & Cina 1:2.3 1:1.9 1:1.7 1:1.7 1:1.8

Bumiputera & India 1:1.8 1:1.3 1:1.3 1:1.4 1:1.3

Sumber: Rancangan-rancangan Malaysia

Page 16: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

16

Berdasarkan kepada statistik yang dipaparkan di atas, jelas umat Islam memerlukan suntikan roh

taawun di kalangan mereka untuk menyepadukan tenaga dalam mengukuhkan ekonomi melalui

pembentukan wakaf musytarak (berkelompok). Namun demikian, menurut Profesor Dr

Muhammad Syukri Salleh, usaha untuk meningkatkan ekuiti umat Islam tidak akan tercapai

kecuali dengan membentuk pemilikan harta/ aset dan kuasa beli di kalangan umat Islam. Namun

demikian semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan memiliki sifat Taqwa dan bukan dengan

Quwwah (kekuatan lahir) semata-mata. Ini kerana Quwwah adalah natijah daripada sifat Taqwa

iaitu kekuatan keyakinan, ketaatan dan penyerahan sepenuh hati kepada Allah SWT.71

Penguasaan Pemilikan Aset Kekal Di Kalangan Umat Islam

Kajian yang dijalankan di negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju dan berpendapatan

tinggi, kaum bukan Melayu memonopoli hampir keseluruhan premis di pusat-pusat bandar.72

Di

negeri-negeri yang lain juga menghadapi isu yang hampir sama. Nilai hartanah dan harga

pasaran semasa premis yang tinggi tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu sama ada secara

milik kekal atau sewa. Ini dapat dilihat melalui bilangan premis perniagaan yang mampu dimiliki

oleh Bumiputera hanyalah 5.5% berbanding bukan Bumiputera 94.5%. Ketidakmampuan orang

Melayu secara individu atau orang perseorangan untuk memiliki premis-premis perniagaan yang

mempunyai nilai jutaan ringgit ini menyebabkan antara punca kemunduran ekonomi di kalangan

orang Melayu. Mereka tidak mampu menyewa premis-premis yang mempunyai kedudukan yang

strategik disebabkan kadar nilai sewaan yang begitu tinggi dan terpaksa bersaing dengan Bukan

Bumiputera. Keadaan ini akan lebih membimbangkan kerana nilaian harga premis-premis dan

kompleks perniagaan akan semakin tinggi pada masa hadapan dan sebahagian besar premis-

premis ini dalam bentuk pegangan bebas.

Jadual 5: Pemilikan Premis Usahawan Bumiputera 1996-2000

Bil Jenis Aset Bumiputera % Bukan Bumiputera %

1 Kompleks perniagaan 5.5 94.5

2 Rumah Kedai 8.3 91.7

3 Bangunan lain (gerai dan

lain-lain)

41.6 58.4

Sumber: Seksyen Pembangunan Usahawan dan IKS Negeri Selangor, Pejabat SUK

Peranan Institusi Agama Ke Arah Mentransformasikan Ekonomi Umat Islam Melalui

Dana Wakaf

Berdasarkan kepada kedudukan ekonomi semasa orang Melayu, agak sukar dan sememang

terlalu jauh untuk bersaing dengan bangsa lain atau bukan Bumiputera. Dasar Ekonomi Baru

(DEB) tidak berjaya mencapai sasaran 30% pemilikan ekuiti orang Melayu. Bagi menyamai atau

71

Muhammad Syukri Salleh (2005), Wakaf Sebagai Wadah untuk Meningkatkan Pemilikan Ekuiti Umat Islam di

Malaysia, dalam Seminar Dana Wakaf Peringkat Negeri Pulau Pinang 2005, Pada 17 Julai / 10 Jamadil Akhir 1426,

di Bilik Auditorium Dewan Milenium, Kepada Batas Seb. Perai Utara, hlm.8-14 72

Ismail Md Salleh (2005), op. cit., hlm.7

Page 17: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

17

mencapai peratusan tersebut Bumiputera perlu melabur RM340 bilion.73

Persoalannya,

bagaimanakah dalam keadaan ekonomi semasa hari ini orang Melayu dapat mencapai sasaran

30% pemilikan ekuiti atau lebih daripada itu di samping mampu bersaing dengan kaum-kaum

lain di Malaysia? Selain itu bagaimanakah RM340 bilion mampu dihasilkan oleh orang Melayu

dan mampu memiliki premis-premis, bangunan dan rumah kediaman setaraf dengan bangsa lain?

Jika dilihat kepada sejarah pada zaman kegemilangan pemerintahan khalifah Islam,

antara faktor kekuatan dan keagungan kerajaan dan umat Islam pada era tersebut kekayaan hasil

negara dan umat Islam. Pada zaman khalifah Harun al-Rasyid harta milik negara mencecah 900

juta Dirham, menyamai nilai semasa pada hari ini berjumlah sekitar 1.3 trilion Dirham.74

Jika

sekiranya sejarah kegemilangan ini berulang kembali, sudah pasti orang Melayu mampu berdiri

setanding, bahkan lebih daripada kaum lain di Malaysia. Orang Melayu akan menguasai

sebahagian besar ekuiti kekayaan dalam negara dengan memiliki segala premis dan kompleks

perniagaan, tanah dan lain-lain.

Justeru, bagi memperkasakan ekonomi umat Islam secara menyeluruh maka instrumen

wakaf dilihat mampu menggembeling modal yang besar secara berkelompok. Dalam keadaan

pemilikan aset negara yang terhad dan kuasa beli umat Islam yang rendah, maka beberapa

mekanisme yang bersifat inovatif, kreatif dan proaktif perlu diwujudkan secara sistematik bagi

menggalakkan dan memudahkan umat Islam berwakaf. Mekanisme yang diwujudkan ini mampu

memberi ruang dan peluang kepada orang Melayu dan umat Islam seluruhnya untuk turut sama

melibatkan diri sama ada secara pemilikan atau kuasa beli berdasarkan kepada kemampuan

kewangan masing-masing. Institusi-institusi agama dan badan-badan Islam perlu memainkan

peranan aktif bagi mewujudkan dana dan aset wakaf. Dalam melestarikan sistem wakaf semasa

terdapat beberapa mekanisme atau pendekatan lama dan kontemporari yang cuba diketengahkan

oleh beberapa institusi Islam sama ada yang diuruskan oleh pihak kerajaan atau badan-badan

swasta. Antara mekanisme tersebut ialah melalui dana wakaf75

yang boleh dilaksanakan dalam

pelbagai bentuk seperti Saham Wakaf, Wakaf Kaki, Wakaf Irsad dan Musya„, dan konsep

Istibdal.

Saham wakaf adalah salah satu mekanisme popular yang sedang giat dilaksanakan oleh

beberapa Majlis Agama Islam Negeri dan institusi Islam yang lain yang dikenali juga sebagai

dana wakaf. Di negeri Selangor, Johor, Pahang, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain ia

dikenali sebagai Saham Wakaf. Saham Wakaf atau dana wakaf adalah bertujuan untuk

menyatupadukan tenaga umat Islam bagi mengukuhkan ekonomi mereka melalui pembentukan

wakaf Musytarak (berkelompok). Melalui saham wakaf ini harta wakaf dapat diwujudkan

dengan cara belian atau mewujudkan wakaf-wakaf lain bagi mengimarahkan wakaf yang tersedia

ada dan dapat menambahkan hasil pendapatan. Sebelum ini konsep wakaf dilakukan secara

perseorangan atau individu untuk manfaat secara kolektif, namun kini orang perseorang

mempunyai peluang secara kolektif untuk manfaat secara kolektif. Begitu juga semua orang

secara individu boleh melakukan wakaf, walaupun dalam keadaan pemilikan dan kuasa beli yang

73

Ibid., hlm.36 74

Md Nurdin Ngadimon (2009), Memperkasa Peranan Baitulmal Menerusi Instrumen Pasaran Modal Islam,

Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 24-

25 Jun 2009, hlm.4. 75

Shofian bin Ahmad (2008), Wakaf Tunai: Peranan dan Keistimewaannya Dalam Sistem Ekonomi Islam, dalam

Prosiding Konvensyen Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf, Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dan MAIDAM,

pada 18-19 Oktober 2008, hlm.320-323. Lihat juga: Mohd Bakri Ibrahim (2008), Pelaksanaan Skim Wakaf Tunai

Oleh Yayasan Waqaf Malaysia, Jurnal Pengurusan JAWHAR, bil.2, No.1 2008, Jabatan Wakaf dan Haji Malaysia,

hlm.3-5

Page 18: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

18

terhad mengikut kemampuan masing-masing. Dengan cara ini bentuk wakaf menjurus kepada

wakaf am dan boleh dilakukan secara jamaie oleh pewakaf-pewakaf yang menyertainya melalui

sumbangan wang tunai.

Pewakafan wang tunai yang dikumpul dalam bentuk saham wakaf adalah sesuatu yang

agak baru dan tidak dimaklumi secara meluas dalam masyarakat pada masa kini. Pewakafan

wang adalah diharuskan dengan merujuk kepada hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu

Daud dan al-Nasaie beberapa pandangan lain seperti Ibn Abidin dan lain-lain.76

Mewakafkan

wang ataupun duit adalah sah meskipun fizikalnya tidak akan kekal dalam bentuknya yang asal,

tetapi pengekalannya boleh direalisasikan dengan menukarkannya kepada bentuk yang lain yang

bersifat kekal dan hasilnya akan disedekahkan (diwakafkan). Ini termasuk barang-barang

makanan yang boleh disukat dan ditimbang sah diwakafkan di mana ia akan dijual dan wang

yang diperoleh daripada jualan itu akan dilaburkan dan hasilnya boleh diwakafkan kepada

tujuan-tujuan kebajikan.77

Di Amerika Syarikat, saham wakaf telah diperkenalkan sejak tahun

1971 oleh North American Islamic Trust. Yayasan ini yang mentadbir harta wakaf untuk

penduduk Islam di Amerika Syarikat dan kini telah berkembang melalui wakaf tunai dengan

membeli bangunan-bangunan untuk dijadikan sekolah, kolej, masjid dan sebagainya.78

Di

Jerman pada abad ke-14 pewakafan telah dibuat dalam bentuk wang dan pewakafan dalam

bentuk wang telah diiktiraf secara perundangan pada abad ke-15 dan 16M oleh kerajaan

Uthmaniyah Turki. Kini ia diterimapakai di serata negara seperti India, Pakistan, Iran, Mesir dan

lain-lain termasuk Singapura.79

Di Mesir telah ia telah diperuntukkan dalam Perkara 8 Qanun bi

Ahkam al-Waqf berkaitan pewakafan harta alih dan tak alih.80

Antara syarat yang telah digariskan bagi membolehkan mata wang dijadikan wakaf

ialah:81

i. Mata wang yang diwakafkan atau wakaf tunai hendaklah ditukar menjadi aset seperti

hartanah, saham atau modal yang dapat dimanfaatkan, dividen atau keuntungannya

sahaja boleh digunakan

ii. Mata wang yang diwakafkan atau wakaf tunai hendaklah ditukar kepada harta kekal

seperti tanah, bangunan dan hanya manfaatnya sahaja digunakan

iii. Mata wang yang diwakafkan atau wakaf tunai hendaklah mata wang yang masih sah

laku penggunaannya. Jika sebaliknya ia adalah tidak sah.

76

Siti Mashitoh Mahamood (2005), Pembangunan Dana Wakaf dari Perspektif Syariah dan Undang-undang Serta

Aplikasinya di Malaysia, (Kerja Seminar Dana Wakaf Peringkat Negeri Pulau Pinang 2005, di Bilik Aiditorium

Dewan Milenium, Kepada Batas Seberang Prai Pulau Pinang, Pada 17 Julai 2005/ 10 Jamadil Akhir 1426), hlm.3. 77

Ibid. 78

Mohd Daud Bakar (1999), “Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam: Satu Perbandingan”, dalam Nik

Mustapha Nik Hassan et. al. (ed), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman

Islam Malaysia (IKIM), hlm.182 79

Siti Mashitoh Mahamood (2005), Pembangunan Dana Wakaf dari Perspektif Syariah dan Undang-undang Serta

Aplikasinya di Malaysia, op. cit., hlm.4 80

Undang-undang No.48 (1946) 81

Baharuddin Sayin (1994), Sistem Pentadbiran Wakaf Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia: Satu Kajian.

Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.21-22

Page 19: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

19

Kesimpulan

Amalan pengurusan wakaf di Malaysia masih belum dapat menjalankan fungsinya secara efektif

dalam menggerakkan ekonomi ummah dan orang Melayu khususnya. Institusi wakaf seharusnya

menjadi nadi kepada orang Melayu dalam meningkatkan keupayaan pemilikan modal kekayaan

dan ekuiti mereka. Institusi ini perlu diberi nafas baru agar ia menjadi sebuah institusi terunggul

yang menjana kekayaan orang Melayu dan pengagihan secara adil. Namun, jihad ekonomi ini

perlu melibatkan semua pihak sama ada ahli perniagaan, pejuang politik, para alim ulamak,

profesional dan inteletual, pengguna dan masyarakat amnya adalah menjadi formula ke arah

memobilasikan dan memperkasakan ekonomi orang Melayu yang mampu bersaing di peringkat

negara dan global. Melalui sokongan padu pihak kerajaan dan semua pihak ini instrumen wakaf

diyakini mampu dapat melestarikan sistem jaminan sosial kepada orang Melayu bagi

memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan menjelang tahun 2020.

Bibliografi

Abdul Halem Hapiz Salihin (2009), Ke Arah Memantapkan Pengurusan Baitulmal Majlis Agama

Islam Negeri: Satu Perkongsian, Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009, Dewan Serbaguna

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 24-25 Jun 2009

Ahmad Zaki Hj Abd Latif, Zuina bt Ismail, Norzaidi bin Mohd Daud (2006), “Pengurusan Harta

Wakaf dan Potensinya ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam di Malaysia”, (Konvensyen

Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala

Lumpur, Pada 12-14 September 2006)

Ahmad Farraj Hassan (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syari„ah al-Islamiyyah,

Kaherah: Dar al-Jamiah

Arifin Said (1985), “Halangan-halangan Pembangunan Tanah oleh Faktor-faktor ekonomi,

Sosial dan Politik”, (Kertas Kerja Seminar Pengurusan Tanah, Anjuran Kementerian Kemajuan

Tanah dan Kemajuan Wilayah, di Auditorium Pusat Pembangunan Asia Pasifik, Pada 15 – 16

April 1985)

Badran, Badran Abu al-„Aynayn (1986), Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syari„ah al-

Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Jami„ah

Al-Bahuti, Syaykh al-Mansur b. Yunus b. Idris (1999), Al-Rawd al-Murabba„ bi Syarh Zad al-

Mustaqni„, cet.1, Beirut:Maktabah al-„Asriyyah,

Al-Balihi, Syaykh Saleh Ibrahim (1996), Al-Salsabil fi Ma„rifah al-Dalil Hashiyah „ala Zad al-

Mustaqna‟, cet.1, jld.3, Riyad: Maktabah Nazar Mustafa al-Baz

Baharuddin Sayin (1994), Sistem Pentadbiran Wakaf Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia:

Satu Kajian. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 20: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

20

Al-Haskafi, Muhammad „Ala‟ al-Din (t.t.), Sharh al-Durr al-Mukhtar, jld.2, Kaherah: Matba„ah

Sabih wa Awladihi

Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. „Abd Wahid al-Siwasi al-Sakandari (1977), Sharh

Fath al-Qadir, cet.1, jld.6, Beirut: Dar al-Fikr

Hamat @ Mustafa Bin Abd. Rahman, Mad Saad Hassan (1986), “Masalah-masalah yang

Menghalangi Pembangunan Harta-harta Wakaf dari Sudut Pentadbiran: Perhatian Khusus di

Negeri Perak”, (Kertas Seminar Pengurusan dan Pentadbiran Harta Wakaf Peringkat

Kebangsaan, Anjuran Majlis Agama Islam Perak dengan Kerjasama Majlis Agama Perak dan

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Pada 24-25 November 1986)

Hishamuddin Mohd Ali, Megat Mohd Ghazali Megat A. Rahman, Asiah Othman (2006),

“Pelaburan Wakaf: Stategi dan Rangka Kerja Perundangan Islam”, (Konvensyen Wakaf

Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur, Pada

12-14 September 2006)

Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad b. „Abd Wahid al-Siwasi al-Sakandari (1977), Sharh

Fath al-Qadir, cet.1, jld.6, Beirut: Dar al-Fikr

Ismail Md Salleh (2005), Ekonomi Semasa Malaysia Wawasan Masa Depan Mendepani

Globalisasi, Siri 12 Monograf Wacana Ilmiah Bersama YAB Dato‟ Seri Khir bin Toyo, cet.1,

Institut Perkembangan Minda (INMIND)

Kamarudin Ngah (1992), Isu Pembangunan Tanah Wakaf, cet.1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Al-Kalibuli, „Abd al-Rahman b. Muhammad b. Sulayman (1998), Majma„ al-Anhar fi Syarh

Multaqa al-Abhar, cet.1, jld.2, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah

Laporan Seminar Management and Development of Awkaf Properties, Jeddah, pada 4-16 Ogos

1984

Al-Maydani, „Abd al-Ghani al-Ghanimi (1985), Al-Lubab fi Sharh al-Kitab, jld.1, Beirut: Dar

al-Ihya‟ al-Turath al-„Arabi

Al-Mawardi, Abi al-Hassan „Ali b. Muhammad (1999), Al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Madhhab al-

Imam al-Syafi„i, jld.5, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah

Mahmud Zuhdi (2010), Memperkasakan Institusi Baitulmal di Malaysia, Konvensyen Baitulmal

Kebangsaan 2009, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 24-25

Jun 2009

Megat Mohd Ghazali Megat Abd Rahman, Asiah Othman (2006), “Pembangunan Tanah Wakaf:

Isu, Prospek dan Stategi, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat

dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur, Pada 12-14 September 2006)

Page 21: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

21

Manual Pengurusan Wakaf (2006), Cet.1, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana

Menteri

Md Nurdin Ngadimon (2009), Memperkasa Peranan Baitulmal Menerusi Instrumen Pasaran

Modal Islam, Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, pada 24-25 Jun 2009

Mohd Daud Bakar (1999), “Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam: Satu

Perbandingan”, dalam Nik Mustapha Nik Hassan et. al. (ed), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di

Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Mohd Dani Muhamad, Baharuddin Sayin (2006), “Wakaf dan Bandar Islam: Satu Perspektif

Sejarah”, (Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia, pada 8-9 Ogos 2006, di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

(KIPSAS)

Mohd Bakri Ibrahim (2008), Pelaksanaan Skim Wakaf Tunai Oleh Yayasan Waqaf Malaysia,

Jurnal Pengurusan JAWHAR, bil.2, No.1 2008, Jabatan Wakaf dan Haji Malaysia.

Mohd Afandi Mat Rani (2008), Fatwa Wakaf Di Malaysia: Analisis Khusus Fatwa Pengambilan

Tanah Wakaf Oleh Pihak Berkuasa Negeri, (Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan

Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf, Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Agama

Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu, pada 18-19 Oktober 2008)

Mohd Afandi Mat Rani (2008), Pengambilan Tanah Wakaf Oleh Pihak Berkuasa Negeri:

Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasinya di Malaysia, Tesis Doktor Falsafah, Jabatan

Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya Kuala Lumpur

Mohd Shah Firafizal bin Abu Bakar (2005), “Dana Wakaf MAINPP: Amalan dan Pelaksanaan”,

(Kerja Seminar Dana Wakaf Peringkat Negeri Pulau Pinang 2005, di Bilik Aiditorium Dewan

Milenium, Kepada Batas Seberang Prai Pulau Pinang, Pada 17 Julai 2005/ 10 Jamadil Akhir

1426)

Muhammad Syukri Salleh (2005), Wakaf Sebagai Wadah untuk Meningkatkan Pemilikan Ekuiti

Umat Islam di Malaysia, dalam Seminar Dana Wakaf Peringkat Negeri Pulau Pinang 2005, Pada

17 Julai / 10 Jamadil Akhir 1426, di Bilik Auditorium Dewan Milenium, Kepada Batas Seb.

Perai Utara

Mohd Zain Haji Othman (1998), “Wakaf Dari Perspektif Undang-Undang Islam, Amalan Dan

Permasalahannya Di Malaysia”, dalam Ahmad Ibrahim et al. (ed), Undang-undang Keluarga

dan Harta Wakaf, Al-Ahkam, cet.1, jld.6, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Al-Zuhayli, Wahbah (1989), Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, cet.3, jld.8, Damsyiq: Dar al-Fikr

Page 22: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

22

Md. Nurdin Ngadimon (2006), “Pengembangan Harta Wakaf Menggunakan Instrumen Sukuk”,

(Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend

Kuala Lumpur, Pada 12-14 September 2006)

Muhammad Syukri Salleh (2005), Wakaf Sebagai Wadah untuk Meningkatkan Pemilikan Ekuiti

Umat Islam di Malaysia, (Seminar Dana Wakaf Peringkat Negeri Pulau Pinang 2005, Pada 17

Julai / 10 Jamadil Akhir 1426, di Bilik Auditorium Dewan Milenium, Kepada Batas Seb. Perai

Utara)

Nazri Muslim (2006), Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia,

dalam Nazri Muslim dan Nasaruddin Yunus, et. (ed) Hubungan Etnik, Pusat Pengajian Umum:

Universiti Kebangsaan Malaysia

Nik Abdul Rasyid Nik Abdul Majid (1986), “Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia: Suatu

Tinjauan Sosio-Undang-undang”, (Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan dan

Pentadbiran Harta Wakaf, Anjuran Bersama Majlis Agama Islam Perak dan Bahagian Hal Ehwal

Islam, Jabatan Perdana Menteri, di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Pada 24-25 November 1986)

Nik Abdul Rasyid Nik Abdul Majid (1994), “Ke Arah Penubuhan Badan Kebangsaan Untuk

Memajukan Tanah Wakaf dan Baitulmal”, (Jawatankuasa Mengkaji Tanah Wakaf, Bahagian Hal

Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri)

Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (1999), “Sumbangan Institusi Wakaf Kepada Pembangunan

Ekonomi; Satu Penilaian”, dalam Nik Mustapha Hj. Nik Hassan et. (ed), Konsep Dan

Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Al-Qurtubi (1994), Jami„ al-Ahkam al-Fiqhiyyah, cet.1, jld.2, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah,

Sabiq al-Sayid (1992), Fiqh al-Sunnah, jld.3, Beirut: Dar al-Fikr

Al-Sarakhsi, Sham al-Din (1978), Kitab Al-Mabsut, cet.3, jld.12. Beirut: Dar al-Ma„rifah

Siti Mashitoh Mahamood (2006), “Masalah Undang-undang Dalam Pentadbiran Harta Amanah

Wakaf di Malaysia”, dalam Siti Mashitoh Mahamood et. al. (ed), Harta Amanah Orang Islam di

Malaysia, cet.1, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Siti Mashitoh Mahamood (2005), Pembangunan Dana Wakaf dari Perspektif Syariah dan

Undang-undang Serta Aplikasinya di Malaysia, (Kertas Kerja Seminar Dana Wakaf Peringkat

Negeri Pulau Pinang 2005, di Bilik Aiditorium Dewan Milenium, Kepada Batas Seberang Prai

Pulau Pinang, Pada 17 Julai 2005/ 10 Jamadil Akhir 1426)

Shofian bin Ahmad (2008), Wakaf Tunai: Peranan dan Keistimewaannya Dalam Sistem

Ekonomi Islam, dalam (Konvensyen Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf, Anjuran Universiti

Kebangsaan Malaysia dan MAIDAM, pada 18-19 Oktober 2008)

Al-Syawkani, Syaykh Muhammad b. „Ali (t.t.), Nayl al-Awtar Min Ahadith Sayyid al-Akhbar

Syarh Muntaqa al-Akhbar, jld.6, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi

Page 23: Peranan Institusi Keagamaan Dalam Membangun Ekonomi Ummah

23

Syed Othman al-Habshi (1986), “Konsep Waqaf dan Pelaksanaannya di Malaysia”, (Kertas

Kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan dan Pentadbiran Harta-harta Waqaf, Anjuran Majlis

Agama Islam Perak dengan Kerjasama Majlis Agama Perak dan Bahagian Hal Ehwal Islam,

Jabatan Perdana Menteri, Pada 24-25 November 1986)

Suwaid Bin Tapah (1994), “Undang-undang Pentadbiran Harta Wakaf Di Malaysia”, Jurnal

Syariah, jld. 2, bil.1, 1994, hlm.81.

Ridzuan Awang (1994), Undang-undang Tanah Islam: Pendekatan Perbandingan, cet.1, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.380.

Mahmud Saedon Awang Othman (1998), “Peranan Wakaf di Dalam Pembangunan Ummah”,

dalam Ahmad Ibrahim et al. (ed), Undang-undang Keluarga dan Harta Wakaf, Al-Ahkam, cet.1.

jld.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamarudin Ngah (1992), Isu Pembangunan Tanah Wakaf, cet.1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, hlm.vii.

Al-Zayla„i, Jamal al-Din Abu Muhammad „Abd Allah b. Yusuf (1996), Nasb al-Rayah Takhrij

Ahadith al-Hidayah, cet.1, jld.3, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah

Perlembagaan Persekutuan

Enakmen Wakaf Negeri Selangor, (bil.7/1999), Seksyen 9(1).

Kaedah-kaedah Wakaf 1983

Utusan Malaysia, 16/1/2009

http://www.unhchr.ch/udhr/lang/mli.htm

http://infad.kuim.edu.my/modules.php

http/ www.ibfim.com/index.php