peranan takaful islam dalam menjamin kemajuan ummah

47
PERANAN TAKAFUL ISLAM DALAM MENJAMIN KEMAJUAN UMMAH PERKARA Muka Surat 1.0 PENGENALAN 3 2.0 DEFINISI, UNSUR YANG BERTENTANGAN DAN SEJARAH 4 KEMUNCULAN TAKAFUL 2.1 DEFINISI SISTEM TAKAFUL ISLAM 4 2.2 UNSUR YANG BERTENTANGAN DALAM TAKAFUL 6 ISLAM 2.2.1 GHARAR (KETIDAKPASTIAN) 6 2.2.2 MAISIR (PERJUDIAN) 8 2.2.3 RIBA 10 2.3 SEJARAH AWAL TAKAFUL ISLAM PADA ZAMAN 12 RASULLAH S.A.W 2.3.1 SEJARAH TAKAFUL ISLAM PADA MASA KINI 14 2.3.2 SEJARAH PENUBUHAN TAKAFUL 16 3.0 PRINSIP, KONSEP, PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL 17 ISLAM 3.1 PRINSIP TAKAFUL 17 3.1.1 T AKJIRI 19 1

Upload: qhairul-budi

Post on 31-Oct-2015

2.765 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

PERANAN TAKAFUL ISLAM DALAM MENJAMIN KEMAJUAN UMMAH

PERKARA Muka Surat

1.0 PENGENALAN 3

2.0 DEFINISI, UNSUR YANG BERTENTANGAN DAN SEJARAH 4

KEMUNCULAN TAKAFUL

2.1 DEFINISI SISTEM TAKAFUL ISLAM 4

2.2 UNSUR YANG BERTENTANGAN DALAM TAKAFUL 6

ISLAM

2.2.1 GHARAR (KETIDAKPASTIAN) 6

2.2.2 MAISIR (PERJUDIAN) 8

2.2.3 RIBA 10

2.3 SEJARAH AWAL TAKAFUL ISLAM PADA ZAMAN 12

RASULLAH S.A.W

2.3.1 SEJARAH TAKAFUL ISLAM PADA MASA KINI 14

2.3.2 SEJARAH PENUBUHAN TAKAFUL 16

3.0 PRINSIP, KONSEP, PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL 17

ISLAM

3.1 PRINSIP TAKAFUL 17

3.1.1 TAKJIRI  19

3.1.2 MUDHARABAH 19

3.1.3 WAKALAH 20

3.1.4 TABARRU 20

3.2 PRINSIP KENDALIAN 20

3.2.1 KONSEP BUKAN KEUNTUNGAN 21

3.2.2 KONSEP MUDHARABAH 21

3.2.3 KONSEP WAKALAH 22

3.2.4 KONSEP CAMPURAN 22

3.3 PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL 22

1

Page 2: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

3.3.1 TAKAFUL KELUARGA 22

3.3.2 TAKAFUL AM 25

4.0 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL ISLAM DAN INSURANS 27

KONVENSIONAL

4.1 KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI 27

4.2 TANGGUNGJAWAB PEMEGANG POLISI 27

4.3 LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL 27

4.4 PELABURAN KUMPULAN WANG 28

5. RUMUSAN 30

BIBIOGRAFI

2

Page 3: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

1.0 PENGENALAN

Tidak kira agama mahupun pangkat, setiap anggota masyarakat pastinya akan berusaha mengelakkan

diri dan keluarga mereka daripada mengalami kerugian,kesusahan dan kemalangan. Menyedari keperluan dan

kepentingan perlindungan dalam kehidupan seharian, ia tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Sebagai

langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedi, maka perkhidmatan

takaful dan insurans dilihat mampu memenuhi keperluan masyarakat masa kini kerana kedua-dua sektor tersebut

menawarkan jaminan perlindungan kewangan kepada individu, keluarga dan sektor perniagaan.

Sejajar dengan perkembangan yang semakin pesat, industri insurans dan takaful kini turut menjadi satu

alternatif tabungan bagi pengguna individu. Manakala bagi sector perniagaan, perkhidmatan takaful dan insurans

penting dalam membantu mengekalkan daya saing dan kesinambungan sesebuah perniagaan sekiranya berlaku

kerugian luar jangka yang boleh diinsuranskan sehingga boleh menjejaskan perniagaan. Permintaan yang

semakin meningkat di kalangan masyarakat yang semakin sedar akan kepentingan dan keperluan dalam

mengatur pelan kewangan masing-masing telah menyumbang kepada perkembangan pesat industri takaful dan

insurans di negara ini.

Pelancaran skim takaful di negara ini sebenarnya telah memberi nafas baru kepada industri insurans

kerana berjaya menambat hati masyarakat Islam di negara ini yang sebelumnya tidak yakin akan kesahihan sistem

insurans konvensional sedia ada. Faktor-faktor seperti kesedaran yang semakin meningkat di kalangan orang

ramai terhadap kewangan Islam, kemajuan yang berterusan dalam ekonomi negara dan pertambahan peluang

berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan

Islam antara bangsa banyak menyumbang kepada pertumbuhan industri takaful pada hari ini. Bank Negara

Malaysia juga turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya tahan industri takaful bagi

menghadapi persekitaran yang mencabar dan membolehkan pengendali takaful meraih potensi perniagaan takaful

global.

3

Page 4: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

2.0 DEFINISI, UNSUR YANG BERTENTANGAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN

TAKAFUL

2.1 DEFINISI SISTEM TAKAFUL ISLAM

Menurut Akta Takaful 1984 (Buku Panduan Asas Takaful, 2007), istilah Takaful membawa maksud

satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan

bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta

sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara.

Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya memberi erti

saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan‘kafala’

dan juga ‘yakfulu’ yang memberi makna memelihara atau menjaga. Sebagaimana disebut dalam firman Allah

SWT:

 Maksudnya:

“Maka ia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan

dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.”

(Surah Ali-Imran: ayat 37)

4

Page 5: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan

saling membantu di kalangan peserta-pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan

perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep “ta’awun” (saling bekerjasama).

Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikutamalan dan peraturan

Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetujuuntuk sama-sama menanggung kerugian atau

kehilangan. Berpandukan kepada semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang

mementingkanprinsip-prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dan saling

lindung-melindungi antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu

mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada

mereka yang ditimpa musibah. Islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang

baik.

5

Page 6: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

2.2 UNSUR YANG BERTENTANGAN DALAM TAKAFUL ISLAM

Majoriti ulama’ berpendapat kontrak insurans konvensional tidak selaras dengan kehendak hukum syara’

kerana mengandungi unsur-unsur berikut:

2.2.1 GHARAR (KETIDAKPASTIAN)

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Pengendali Insurans Secara Islam di Malaysia,

“Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana

Ma’qud Alaih (barang) tidak jelas.”

Unsur-unsur gharar ini berkait rapat dengan hal yang berikut iaitu:

a. Tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.

b. Tidak diketahui berapakah kadar bayarannya.

c. Tidak diketahui bilakah masanya.

Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat

insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (pemegang polisi) tidak

mendapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli.Keadaan ini bertepatan dengan

definisi “gharar” yang diterangkan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahullah :

“Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi

tidak menerimanya.”

Bahkan jelas Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang sahih bahawa Baginda

“Melarang daripada urusniaga yg mengandungi gharar ”

(Riwayat Muslim)

6

Page 7: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Dalam kedua-dua keadaan insurans nyawa dan insurans am, pemegang polisi,mengikut perjanjian yang

ditandatangani, bersetuju membayar sejumlah caruman bagitempoh tertentu dan syarikat pula memberi jaminan

akan membayar sejumlah pampasan apabila berlaku bencana kepada pemegang polisi. Namun begitu, syarikat

tidak menjelaskan bagaimana jumlah pampasan yang dijanjikan itu dihasilkan dan bagaimana kerugian dapat

dinilai dalam bentuk wang sebelum bencana itu berlaku.Sekalipun diandaikan benda yang dipersetujui itu pasti

namun tiada satu pihak pun yang mengetahui nilai sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar pada

masapampasan itu harus dibayar. Oleh itu, kontrak dibuat hanyalah berlandaskan andaian(ihtimal) semata-mata

dan sudah jelas mengandungi unsur ketidakpastian (gharar). Begitu juga pemegang polisi tidak akan menerima

sebarang pengambilan premium atau sekiranya diberi tetapi kaedah pengiraannya tidak berasaskan prinsipsama

rata, apabila pemegang polisi membatalkan atau menamatkan polisi insurans sebelum genap tempohnya yang

tertentu. Contohnya dalam situasi hari ini, sekiranya si fulan mencarum telah mencarum RM1000 hari ini dan tiba-

tiba berlaku kecurian kereta yang diinsuranskan, mana mungkin jumlah insurans yang diperolehinya berlipat

ganda berdasarkan pakej insurans yang ditawarkan oleh syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan syarikat?

Jelassekali unsur gharar dalam situasi ini menyebabkan ketidakadilan berlaku kepadasyarikat insurans tersebut.

Begitu juga, sekiranya pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan keretanya tidak

pernah ditimpa sebarang musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya-tanya bagaimana dengan

wang yang dicarum selama ini? Adakah akan hangus begitu sahaja? malah kiranya ditimpa musibah,

kemungkinan jumlah yg diperolehi hanyalah ¼ daripada carumannya. Bukankah pencarum pula yang tertindas?

Inilah yang disebut ketidakpastian (gharar) yang dilarang oleh Islam. Islam agama yang syumul dan telah

menetapkan syarat-syarat tertentu dalam urusan jual beliagar tiada pihak yang teraniaya. Justeru, Islam

menggariskan beberapa syarat sahurusniaga jual beli dan tanpanya jual beli dan kontrak dianggap fasid (rosak).

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah:

7

Page 8: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

i. Timbangan yang maklum (diketahui jelas jika jualan jenis yang ditimbang).

ii. Barang dan harga yang jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yang dijahiliketika beli).

iii. Penjualan barangan tidak dihadkan kepada tempoh tertentu masa yang jelas.

iv. Mempunyai tempoh tangguh yang dimaklumi (sama ada tempoh serah barangmahupun harga)

sekiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh.

v. Kedua-dua pihak hendaklah redha dengan urusniaga yang dijalankan.

vi. Sama nilai dan timbangan serta penyerahan di dalam majlis yang sama tanpatangguh dalam

urusniaga item ribawi. Ringkasnya, kontrak insurans adalah dikira haram kerana wujudnya unsur

gharar (ketidakpastian) dan ketidaktentuan perkara yang dikontrakkan itu. Dr. MuhammadAbdul

Mun’im al-Jammal turut menegaskan terdapat kelemahan dan keburukan dalam sistem insurans

konvensional iaitu gharar (ketidakpastian) dan jahalah (kesamaran)serta unsur perjudian dan

pergadaian (pertaruhan).

 2.2.2 MAISIR (PERJUDIAN)

Dalam konteks insurans, para ulama’ menyatakan maisir dan gharar mempunyai kaitan yang amat rapat.

Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur ghara rmaka dengan sendirinya unsur maisir (judi) akan

turut serta. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Islam menganggap sebagai suatu

perjudian apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya

belum lagi tamat dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui tetapi kemudian diberikan pula

pampasan yang tidak dijelaskan asal-usulnya. Syarikat insurans boleh mengalami keuntungan atau kerugian

disebabkan tuntutan yang seolah-olah bergantung kepada nasib disebabkan wujudnya unsur gharar. Keuntungan

daripada nasib ini dianggap seperti berjudi. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut’ie, juga ulama’ lain.

Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dengan carumannya yang sedikit, ia boleh mendapat sejumlah

wang yang lumayan sekiranya berlaku musibah. Ini juga merupakan suatu perjudian. Bagaimanapun Prof.

8

Page 9: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Mustafa Zarqa’ menolak unsur ini terdapat dalam insuran.Beliau berpendapat: “Sesungguhnya judi adalah suatu

permainan yang bergantungkepada nasib dan ia bertentangan dengan akhlak kemanusiaan. Di mana

letaknyaanggapan insurans bersifat judi sedangkan ia adalah suatu sistem yang tegak di atas dasar untuk

membantu mengurangkan beban manusia ketika ditimpa musibah…”Walau bagaimanapun, Syeikh Muhd Abu

Zuhrah telah menolak hujah ini kerana terdapat insurans unsur ‘mukhatarah’ (nasib dan musibah dan bahaya). Dr

Muhd Baltaji menambah, bahawa inilah sebab utama ia dianggap judi yang diharamkan, aspek samaada ia boleh

membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama. Malah jelas bahawa insurans adalah suatu kontrak yg

dibuat terhadap satu perkara yang tidak pastidari kedua-dua pihak (kedua pihak tidak tahu jumlah yang diperolehi

dan apa pula yang akan dibayar).

Apa yang disebut oleh Syeikh Zarqa’ hanyalah suatu pandangan yang tidak dapat lari dari hakikat bahawa

unsur judi wujud dalam insuran dan dasar bantu yangdisebutkan adalah tidak tepat kerana syarikat insurans

ditubuhkan atas dasarperniagaan yang ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza denganinsurans

ta’awuni yang dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini). Demikianlahhujah utama kumpulan ulama’ yg

mengharamkan Insuran Konvensional yang bersifat perniagaan.Kesimpulannya, maisir (judi) dalam kontrak

insurans wujud bilamana:

i. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebihbesar

jumlahnnya.

ii.  Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insuredevent) tidak berlaku.

iii.  Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang meletakkan jumlahpremium yang

diterima.

Keseluruhan asas kontrak insurans adalah berdasarkan sesuatu kejadian yangtidak pasti terjadi yang mana

ianya mungkin berlaku atau tidak. Asas sebegini lebih merupakan satu pertaruhan atau loteri. Pembayaran

9

Page 10: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

pampasan yang tertakluk kepada bencana yang belum pasti terjadi itu menjadikan kontrak insurans sebagai suatu

pertaruhan.

2.2.3 RIBA

Unsur riba jelas wujud dalam insurans konvensional apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu

kepada pencarum yang ditimpa musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang ( dari

syarikat) dengan jumlah yang berbeza sedangkan wang dicarum melebihi dari wang yang diperoleh daripada

syarikat insurans.

Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan nyata, apabila bermuamalah antara dua barang riba

yang sama jenis iaitu dalam konsep insurans konvension aladalah matawang, mestilah dgn syarat:

a.) Sama timbangan (mathalan bi mathalin  iaitu jika melibatkan timbangan seperti beras, gandum,

garam dan lain-lain)

b.)  Sama Nilai (mathalan bi mathalin )

c. ) Hendaklah diserahkan ketika muamalah dilakukan (yadan diyadin ).

Syarat ini bersumber dari hadith Nabi SAW :

“Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilai dantimbangannya, jangan kamu

melebihkan salah satu darinya di atas yg lain.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Manakala dalam hadis yang lain, baginda SAW bersabda:

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas, perak denganpulangan perak kecuali (mestilah ia)

dalam timbangan yang sama, nilai yang sama.”

10

Page 11: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Riba al-fadlu berlaku apabila ada pertambahan dengan sebab ada pertukaran barang atau jual beli dengan

salah satu jenis barang yang sama jenis. Dalam konteks ini, pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah

yang berbeza daripada jumlah carumannya maka berlakulah Riba al-Fadl. Hal ini jelas disebabkan tidak ada

kesamaan nilai dalam urusniaga dua item ribawiyang dijalankan.Manakala pembayaran bertangguh dalam dua

barangan ribawi pula menyebabkan berlakunya Riba An-Nasi’ah sedangkan jelas Allah telah mengharamkan

sebarang urusniaga yang mengandungi unsur riba berdasarkan firman Allah SWT telah ditetapkan ke atas

pemegang polisi yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang

dilarang oleh Islam.

Kontrak insurans ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah. Beliau juga menegaskan bahawa

mana-manahujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru insuran mengandungi kedua-dua jenis riba lalu ia digelar Riba An-Nasa’.

Perlu disedari bahawa insuran konvensional yang banyak diamalkan di Malaysia pada hari ini adalah

bersifat perniagaan (Takmin Tijari) di mana syarikat insuransmengganggap usaha mereka adalah sebagai satu

perniagaan yang bertujuan mencarikeuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan

syarikatadalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dengancara perniagaan.

Semua kontrak yang terlibat dengan item ribawi mestilah menjaga tigasyarat yang telah disebutkan. Jika tidak, ia

termasuk dalam hukum riba yangdiharamkan.

Walapun terdapat pencarum yang tidak berniat mencari keuntungan daricarumannya bahkan niatnya

hanya untuk mendapatkan jaminan perlindunga kewanganterhadap diri, keluarga dan harta benda yang

berkepentingan ia tetap dikategorikansebagai riba. Zahir urusniaga insurans cukup untuk mengkategorikannya

sebagai riba,walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya iaitu berniat mencari keuntungan.

11

Page 12: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan yang akandigunakan dalam

pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Keseluruhansimpanan tabungan wang syarikat insurans

dilaburkan pada pelaburan yang berasaskan riba dan amalan-amalan lain yang tidak diluluskan oleh syarak.

2.3 SEJARAH AWAL TAKAFUL ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Konsep takaful yang diamalkan pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru malah telah dijalankan sejak

zaman permulaan Islam lagi. Apabila Islam datang dan tertegaknya kerajaan Islam di Madinah, lanjutan daripada

hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam

masyarakat Arab sebelum ini tetapi didapati tidak bercanggah dengan syariat Islam terus dikekalkan. Menurut

Sobri Solomon (1989), tiga sistem yang terus dikekalkan ialah sistem ‘aqilah, qasamah dan akad muwalah. Dalam

kitab-kitab feqah dan sejarah Islam juga dinyatakan terdapat beberapa amalan di zaman tersebut yang

mencerminkan bentuk insurans. Antaranya dalam Kitab Sirah Ibn Hisyam dibayangkan bentuk insurans yang

diamalkan di kalangan kaum Muhajirin:

“Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak mereka; mereka senasib sepenanggungan dan

menerima wang tebusan darah (diat) sesama mereka (kerana pembunuhan tidak sengaja) dengan cara baik

dan adil di kalangan orang-orang beriman. Bani ‘Auf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak mereka,

tanggung-menanggung wang tebusan diri; setiap keluarga mereka membayar bersama wang tebusan

dengan baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.”

Sistem ‘aqilah telah diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja Baginda berhijrah ke Madinah

dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Sistem ini berteraskan kepada konsep

saling bertanggungjawab di kalangan ahli-ahlinya. Mengikut sistem ini, setiap ahli sama ada orang-orang Ansar

12

Page 13: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

atau Muhajirin hendaklah mengadakan tabung kewangan bersama yang dikenali sebagai ‘kunz’. Semua pungutan

atau caruman yang dibayar oleh ahli-ahli mengikut tempoh yang telah dipersetujui dimasukkan ke dalam tabung

berkenaan. Salah satu tujuan manfaat tabung ini ialah menyediakan bayaran sebagai bantuan untuk menolong

mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja atau untuk menebus tawanan perang muslimin

daripada musuh. Sistem al-Qasamah pula adalah satu sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang terbunuh.

Melalui sistem ini, dana dikumpulkan ke dalam sebuah tabung atau kumpulan wang daripada kutipan caruman

ahli-ahli. Manfaat akan dibayar kepada ahli waris yang dibunuh jika kes pembunuhan itu tidak diketahui siapa

pembunuhnya atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar mengenalpasti pembunuhnya tidak diperoleh.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dari Sa’id bin A’ta’i:

“Apakah kamu boleh mendatangkan saksi orang yang membunuhnya? Mereka (golongan

Ansar)menjawab: Tidak. Tanya Rasulullah: Baiklah kalau mereka: (orang-orang Yahudi)bersumpah untuk

kamu? Mereka menjawab: Kami tidak menerima sumpah mereka.Kerana Rasulullah tidak suka mensia-

siakan darah manusia, maka Baginda memberi diatnya seratus ekor unta kutipan sedekah.”

Manakala akad muwallah merupakan satu bentuk perjanjian jaminan. Contohnya jika A berkata kepada

B: “Anda menjadi pelindung (wali) kepada saya, kalau saya melakukan jenayah tak sengaja, anda hendaklah

membayar diat kepada saya.” Kalau B bersetuju, maka kontrak mereka sah; sekiranya A melakukan jenayah tidak

sengaja maka A akan menyediakan diat dan sebagai ganjarannya B boleh mempusakai harta-harta A sekiranya ia

mati tanpa waris. Di bawah sistem ini, penjamin akan menjamin seseorang yang tidak berwaris dan tiada pula

diketahui keturunannya seperti seorang pendatang baru. Penjamin bersetuju akan menanggung bayaran diat

(denda atau tebusan) sekiranya orang yang dijaminnya itu melakukan sesuatu jenayah. Sebaliknya, jika orang

yang dijamin itu meninggal dunia, penjamin boleh mempusaka hartanya selagi tidak diketahui siapakah warisnya.

13

Page 14: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

2.3.1. SEJARAH TAKAFUL ISLAM PADA MASA KINI

Syarikat Insuran Islam yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Syarikat Insuran Islam Sudan.

Bertitik tolak daripada perjalanan dan perkembangan Syarikat Insuran Islam Sudan ini, maka pelbagai usaha dan

langkah susulan telah dibuat khususnya oleh negara-negara Islam dan negara-negara di mana bilangan penduduk

Islam agak besar bagi memperkenalkan syarikat-syarikat insurans yang menawarkan perniagaan insurans secara

Islam. Lanjutan daripada usaha tersebut, pada awal tahun 1980-an, beberapa buah syarikat insurans secara Islam

mula ditubuhkan termasuk juga yang beroperasi dinegara-negara Eropah. Antaranya ialah Syarikat Insurans Islam

Arab yang ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab Saudi. Pada tahun 1983, telah diperbadankan SyarikatTakaful

Islam Luxembourg oleh Dar Al-Maal Al-Islami (DMI), London. Tidak berapa lama dahulu terdapat maklumat

mengenai penubuhan syarikat Insuran Islam di Australia yang diberi nama Syarekat Al-Takafol Al-Islamiah. Di

Asia Tenggara, Malaysia adalah negara pertama yang merintis perniagaan insurans secara Islam melalui

penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM) yang memulakan operasinya pada Ogos 1985.

Mengikut Mat Hassan Abu Bakar(2003), objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk menyediakan

perkhidmatan takaful (insurans secara Islam) yang berkualiti secara professional kepada umat Islam dan

masyarakat bukan Islam di negara ini. Pelaksanaan skim Takaful adalah berdasarkan hukum syara’ yang

mengharamkan perkara-perkara berikut:

i. Gharar (Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berhubung sesuatu perjanjian dan sumber)

ii. Maisir (Perjudian)

14

Page 15: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

iii. Riba (Bunga atau faedah)

iv. Amalan-amalan lain yang bercanggah dengan hukum syarak

Pada Mei 1993, Negara Brunei Darussalam telah mencontohi Malaysia dengan penubuhan Takaful IBB

Berhad. Langkah yang sama kemudiannya diikuti oleh Republik Indonesia. Dengan kerjasama teknikal daripada

Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad, Syarikat Takaful Indonesia telah diperbadankan. Perniagaan takaful

mula beroperasi di Indonesia pada Ogos 1994. Dalam usaha untuk menyediakan perniagaan takaful semula atau

insurans semula secara Islam, tiga buah syarikat Insurans takaful semula atau insurans semula secara Islam kini

telah beroperasi. Dua daripadanya menjalankan operasi melalui ibupejabat di Jeddah, iaitu Syarikat Takaful dan

Insurans Semula Islam Bahamas yangditubuhkan pada tahun 1983 oleh Dar Al-Maal Al-Islami dan Syarikat

Insurans danInsurans Semula (IIRCO) yang diperbadankan di Bahrain oleh kumpulan al-Barakah pada tahun

1986. Sementara itu bagi menyediakan khidmat takaful semula khusus untuk Negara-negara Islam yang pernah

dijajah oleh Perancis di bahagian Afrika Utara terdapat pula Syarikat Bait al-Tamwail yang beroperasi dari Tunis,

yang didirikan pada tahun 1986.Ada beberapa sebab yang mendorong pembentukan dan penyediaan perniagaan

takaful ini. Pertamanya orang Islam ingin mengamalkan ajaran dan peraturan Islam sepenuhnya dalam kehidupan

mereka. Yang kedua, orang Islam mahu sistem kewangan yang bersesuaian dengan ajaran dan kehendak agama

dipraktikkan dalam wawasan mereka bagi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan ummah.

Yang ketiga, dengan tertubuhnya bank-bank Islam maka keperluan kepada perniagaan takaful atau insurans

secara Islam segera menjadi keperluan oleh kerana boleh dikatakan semua urusan bank memerlukan perlindungan

insurans. Oleh yang demikian, adalah amat sesuai sekali jika urusan bank Islam dapat dilindungi oleh insurans

yang berasaskan hukum-hukum Islam.

15

Page 16: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

2.3.2 SEJARAH PENUBUHAN TAKAFUL

Pada tahun 1965 di Kaherah, ulama’ telah membincangkan hukum insurans di

Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa. Pada tahun 1971 di mekah, ulama’ telah

bermuzakarah mengenai Takaful sebagai pengganti Insurans Konvensional. Pada tahun 1972,

ulama’ telah memutuskan bahawa Insurans lain adalah haram dan Takaful dikaji untuk sebagai

gantinya. Pada tahun 1979, Pengendali Takaful Pertama di dunia telah dapat ditubuhkan di

Sudan. Pada tahun 1984, Pengendali Takaful seterusnya di tubuhkan di Malaysia dan parlimen

meluluskan Akta 312,( Akta Takaful 1984 ). Pada tahun 1985, pengendali takaful ketiga

ditubuhkan di Mekah dan berkembanglah Takaful di dunia Islam. Penghujung 2007, Lahirlah

ETIQA TAKAFUL.

Pada Tahun 2012 Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan 12 lesen takaful kepada

12 syarikat takaful yang sekarang wujud dalam Malaysia. Ramai yang tidak tahu mengenai

perkara ini, mereka menyangka bahawa syarikat takaful adalah sama. Lihat senarai tersebut:

1. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

3. Prudential BSN Takaful Berhad

4. MAA Takaful Berhad

16

Page 17: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

5. ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad

6. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd

7. Hong Leong MSIG Takaful Berhad

8. Etiqa Takaful Berhad

9. Great Eastern Takaful Sdn Bhd

10. CIMB Aviva Takaful Berhad

11. AIA AFG Takaful Berhad

3.0 PRINSIP, KONSEP, PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL ISLAM

3.1 PRINSIP TAKAFUL

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk mencipta sesuatu perkara di dalam urusan

duniawinya untuk kepentingan dan kesejahteraan hidup manusia asalkan bertepatan dengan

prinsip syariah Islam. Inilah keindahan Islam yang begitu unggul. Malah Islam sangat

menggalakkan umatnya agar lebih bijaksana dalam menguruskan kehidupan mereka agar

tercapai hasanah di dunia dan juga hasanah di ahkirat. Di antara bidang yang menyaksikan

inovasi hebat umat Islam masa kini di dalam bidang Takaful.

Badan Petugas Penubuhan Syarikat Takaful di Malaysia di dalam laporannya menjelaskan

bahawa mempunyai tiga prinsip utama iaitu :

a.) Saling Bertanggungjawab

17

Page 18: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

“Perbandingan hubungan dan perasaan antara Mukmin umpama sebuah badan

dan apabila salah satu daripada bahagian merasa sakit, akan terasa seluruh badan”

(Riwayat Imam Al- Bukhari dan Imam Muslim)

b.) Saling Bekerjasama

“Hendaklah kamu bertolong- tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa

(al-Birr dan al- Taqwa) dan janganlah kamu bertolong- tolongan pada melakukan

dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

(Surah Al- Maidah, Ayat 2)

c.) Saling lindung melindungi daripada sebarang kesusahan dan sebagainya

“ Demi diriku, yang di dalam kekuasaan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk

syurga jika ia tidak melindungi jirannya yang di dalam kesusahan.”

(Riwayat Imam Ahmad Bin Hanbal)

18

Page 19: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Pelaksanaan sistem takaful ini melibatkan dua pihak yang menguruskan urusan

pengendalian dan pentadbiran takaful tersebut, dan pihak yang ingin menyertainya. Pihak yang

mengendalikan sistem takaful ini boleh memilih konsep atau model yang ingin digunakan. Pada

umumnya prinsip yang memagari perjalanan takaful terdiri daripada prinsip takjiri, mudharabah,

wakalah dan tabarru.

3.1.1 TAKJIRI 

Perkataan takjiri adalah daripada perkataan Arab yang bermaksud perdagangan. Oleh sebab

pengendalian takaful ini berdasarkan konsep perdagangan maka amalan – amalan perdagangan Islam perlu

diamalkan oleh pengendali takaful. Bidang – bidang perniagaan yang dilarang oleh Syariah tidak boleh dicebiru

oleh pengendali takaful. Begitu juga dengan dana yang dicarumkan oleh peserta takaful tidak boleh dilaburkan ke

dalam institusi kewangan yang berasaskan riba. Etika dan moral perniagaan Islam perlu menjadi ikutan dan tidak

seharusnya mengadungi unsure ekspolitasi antara pengendali dan peserta takaful. Konsep adil dan saksama juga

perlu diamalkan. Sifat tidak terlalu mengejar keuntungan semata-mata perlu dihindari. Secara ringkasnya, segala

prinsip dan falsafah perniagaan berlandaskan Islam perlulah diikuti pada setiap masa. Kaedah pengurusan yang

sistematik dan pelaburan yang berhati-hati akan mengurangkan risiko kerugian dan dengan itu perniagaan yang

dijalankan memberikan keuntungan pada kedua – dua belah pihak.

3.1.2 MUDHARABAH

Dalam konsep ini pengendali bertindak sebagai mudarib atau pengusaha yang dilantik

oleh peserta-peserta takaful. Peserta-peserta takaful ini bertindak sebagai sahib-ul-maal atau

pelabur atau penyumbang dana. Peserta akan melantik pengendali takaful unutk memobilasikan

dananya dalam erniagaan yang tidak dilarang oleh syariah dan keuntungan yang diperoleh

dikongsi bersama oleh kedua-dua pihak berdasarkan nisbah yang dipersetujui bersama. Dalam

19

Page 20: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

sistem takaful ini, wang yang perlu dikeluarkan oleh pserta bergantung kepada jenis-jenis

perlindungan yang disertainya. Ada antaranya caruman yang perlu dibuat pada setiap bulan,

tahun, atau sekaligus. Caruman ini juga disebut sebagai ra-s-ul-mal.

3.1.3 WAKALAH

Sekiranya konsep wakalah atau dalam bahasa melayu disebut wakil digunakan,

pengendali kepada sistem takaful bertindak sebagai pengurus yang akan mengedalikan

keseluruhan perjalanan sistem tersebut. Pengurus ini hanya boleh mengambil bayaran

perkhidmatan menggunakan prinsip al-ujr dan tidak berhak menerima keuntungan daripada dana

yang dimobilidadinya itu. Segala keuntungan yang diperoleh akan dikembalikan kepada peserta

takaful tersebut.

3.1.4 TABARRU

Tabarru adalah bahasa arab yang beerti menderma, mencarum atau menyedekah. Prinsip

tabarru merupakan teras kepada sistem takaful. Dalam sistem ini peserta – peserta yang

mengambil bahagian akan membuat bayaran kepada dua jenis bayaran iaitu kepada dirinya

sendiri dan bayaran derma atau sumbangan yang akan membantu peserta-peserta lain ditimpa

kesusahan dan bencana. Oleh itu, wang derma inilah yang akan digunakan oleh syarikat takaful

ketika membayar kepada ahli yang ditimpa musibah tersebut.

3.2 PRINSIP KENDALIAN

20

Page 21: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Terdapat empat konsep atau model kendalian perlindungan yang ditawarkan oleh

pengendali takaful iaitu konsep bukan keuntungan, konsep, mudharabah, wakalah dan konsep

campuran

3.2.1 KONSEP BUKAN KEUNTUNGAN

Dalam konsep ini sekumpulan individu di dalam sesebuah masyarakat bersepakat untuk

memberikan sumbangan ikhlas kepada ahli di dalam kumpulanya yang mengalami bencana.

Sumbangan yang diberikan itu adalah dalam bentuk derma. Sumbangan ikhlasini boleh dibuat

secara sistematik dalam tempoh yang ditentukan , atau hanya dibuat pada waktu ahli mendapat

kecelakaan. Takaful mengikut kaedah ini boleh jugadikendalikan mengikut kaedah moden dan

teratur. Jika takaful ini diuruskan oleh sesebuah organisasi maka konsep wakalah masih

digunakan dan pengendali masih bertindak sebagai wakil yang mengurus dana tersebut dan

syarikat mendapat upahkerana usahanya itu. Walaubagaimanapun peserta tiidak akan

diberikankeuntungan atau pulangan ke atas dana yang telah diserahkan itu. Contoh syarikat yang

menggunakan kaedah ini adalah Al- Sheikhkhan Takaful Company di Sudan.

3.2.2 KONSEP MUDHARABAH

Dalam konsep mudharabah terdapat perjanjian antara pengendali dan peserta.Pengendali

akan dilantik sebagai pengusaha yang akan memobilisasikan dana dalamkegiatan ekonomi dan

segala keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama oleh pengendali dan peserta. Seperti

21

Page 22: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

juga dalam model lain peserta perlu mencarum kepadadua jenis akaun iaitu akaun umum dan

akaun tabarru. Dalam konsep ini pengendali tidak mengenakan bayaran perkhidmatan atau

bayaran pengurusan ke atas perkhidmatan atau kerja-kerja yang dilakukan ketika mengendalikan

takaful tersebut.Bayaran mengurus atau mentadbir akan dikenakan pada dana pemegang saham

di Malaysia , konsep ini digunakan oleh Syarikat Takaful Berhad.

3.2.3 KONSEP WAKALAH

Dalam konsep wakalah pengendali yang mengendalikan caruman danmemobbilisasikan

dana peserta-peserta. Yuran perkhidmatan akan dikenakan oleh pengendali ini kerana tugas-

tugas perkhidmatan yang diberikan tersebut. Segala risiko berkaitan dengan perniagaan yang

dijalankan itu akan ditanggung oleh peserta-peserta.Pengendali takaful ini juga akan

mengenakan yuran perkhidmatan ke atas keuntunganhasil pelaburan dana peserta. Pengendali

takaful berdasarkan konsep ini menawarkankhidmat takaful am dan takaful keluarga. Di

Malaysia, konsep ini menjadi amalan Syarikat Takaful ikhlas.

3.2.4 KONSEP CAMPURAN

Dalam konsep campuran operasi takaful berlandaskan gabungan prinsip wakalah dan

mudharabah. Pengendali takaful akan bertindak sebagai wakil yang menguruskan dana peserta

dan mengenakan yuran perkhidmatan di atas tugas yang dijalankan dan mereka juga akan

berkongsi keuntungan hasil pelaburan yang dibuat menggunakandana peserta tersebut.

3.3 PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

22

Page 23: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Pelan perlindungan dalam skim takaful adalah berdasarkan prinsip syariah

danmenawarkan pelbagai ciri unik kepada peserta. Secara amnya, pelan perlindunganterbahagi

kepada dua jenis, iaitu takaful keluarga dan takaful am.

3.3.1 TAKAFUL KELUARGA

Takaful keluarga memberi bimbingan bagi mereka yang menghadapi masalah akibat

kematian dan kemalangan ke atas diriseseorang peserta. Ada dua cara untuk bagi seseorang

melindungi keluarganya iaitusama ada meninggalkan sejumlah wang kepada warisnya apabila ia

meninggal duniaatau mempunyai simpanan wang yang cukup sebagai nafkah hidup diri dan

keluarga apabila ia mengalami kecederaan dan tidak berupaya untuk bekerja.Syarikat takaful

telah menyusun skim-skimperlindungan takaful keluarga bagi membolehkan peserta-peserta

mendapat perlindungan ini dengan berasaskan tujuan:

i- Peserta menyimpan atau menabung secara berterusan

ii- Kumpulan wang yang didapati dilaburkan bagi mendapat keuntungan

iii- Menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat takaful yang berkenaan kepada

peserta yang ditimpa malapetaka atau bencana

iv- Mengembalikan bahagian simpanan dan bahagian untung serta manfaat takafulyang

berkenaan kepada peserta yang tidak ditimpa malapetaka atau bencana

Melalui skim takaful keluarga, setiap peserta dikehendaki membayar caruman mengikut

kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum. Bayaran caruman boleh dibuat sama ada

secara tahunan, setengah tahun, suku tahunan atau bulanan.Caruman yang dikumpulkan daripada

peserta akan dimasukkan ke dalam dua akaun iaitu akaun peserta dan akaun khas peserta

mengikut kadar yang telah ditentukan.Sebanyak 95% daripada caruman peserta akan

23

Page 24: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

dimasukkan ke dalam akaun peserta bagi tujuan simpanan dan pelaburan manakala 5% daripada

caruman peserta akandimasukkan ke dalam akaun khas peserta untuk tujuan membayar faedah

takaful kepada peserta yang ditimpa musibah.

Wang yang dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun ini akan disatukan dalam satu kumpulan

wang. Syarikat Takaful akan melaburkan kumpulan wang ini dalam bidang dan bentuk pelaburan

yang halal mengikut hukum syarak. Apa-apa keuntungan yang diperolehi dari usaha pelaburan

yang dijalankan dan diuruskan oleh Syarikat Takaful akan dibahagikan mengikut perjanjian Al-

Mudharabah yang telah dipersetujui antara syarikat dan peserta seperti yang dinyatakan dalam

perjanjian. Contohnya jika nisbah pembahagian pada kadar 7:3, maka peserta-peserta akan

menerima 70% daripada keuntungan. Sementara syarikat akan menerima 30%. Bahagian

keuntungan untuk peserta akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Ini bermakna,

dengan adanya keuntungan ini, maka jumlah tabungan atau simpanan masing-masing

yangterdapat di dalam akaun peserta akan bertambah. Bahagian keuntungan bagi akaunkhas

peserta dari keuntungan pelaburan yang sama pula akan dimasukkan ke dalam akaun khas

masing-masing.

Produk utama yang ditawarkan dalam takaful keluarga termasuklah:

i. Pelan Keluarga

ii. Pelan Berkaitan Pelaburan

iii. Pelan Pendidikan Anak

iv. Pelan Perubatan dan Kesihatan

v. Pelan Anuiti

24

Page 25: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

3.3.2 TAKAFUL AM

Takaful am adalah skim perlindungan keatas barang-barang tertentu seperti takaful kebakaran, takaful motor,

takaful kemalangan dan lain-lain dengan menyediakan suatu kumpulan wang yang disumbangkan oleh orang

ramai yang menyertai skim ini. Kumpulan wang ini akan digunakan untuk membayar ganti rugi atau pampasan

kepada peserta yang mengalami kesusahan kerana ditimpa sesuatu risiko. Perlindungan jenis ini boleh disertai

orang perseorangan, syarikat, pertubuhan atau perbadanan.Terdapat lima jenis perlindungan yang diberikan dalam

takaful am iaitu:

i. Kebakaran

ii. Kemalangan

iii. Kenderaan

iv. Kejuruteraan

v. Laut dan Udara

Mengikut skim takaful am, peserta dikehendaki membayar caruman dan jumlah caruman bergantung pada

jenis takaful am yang disertai. Kumpulan wang ini kemudiannya akan dilaburkan dalam bidang-bidang pelaburan

yang halal dari segi syariah. Peserta-peserta takaful am yang tidak mengalami tuntutan akan berkongsi keuntungan

25

Page 26: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

ini dan keuntungan akan diberikan secara tunai. Jika rugi, peserta menambah caruman tetapi secara praktikalnya,

kerugian itu akan dibawa ke hadapan sehingga keuntungan diperolehi semula. Berbeza dengan pemegang polisi

am di mana mereka tidak berhak berkongsi untung rugi kumpulan wang. Kebanyakan skim perlindungan takaful

am mempunyai tempoh akad yang berkuatkuasa selama setahun. Sekiranya tempoh akad skim perlindungan ini

tamat, peserta boleh memperbaharui akad perlindungan tersebut bagi jangka masa setahun lagi dan begitulah

seterusnya iaitu skim perlindungan ini terus diperbaharui dari setahunke setahun selagi kepentingan peserta masih

kekal ke atas harta benda atau barang yang dilindungi.

Produk utama yang ditawarkan dalam takaful am pula termasuklah:

i. Pelan Kebakaran / Empunya Rumah / Isi Rumah

ii. Pelan Motor

iii. Pelan Pelan Kemalangan Diri

26

Page 27: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

4. PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL ISLAM DAN INSURANS KONVENSIONAL

Pada pandangan seseorang yang bukan dari bidang ini, pasti akan melihat tiada

perbezaanantara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya

hanyalahsatu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki

lebihmendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini

boleh dikategorikan seperti berikut:

4.1 KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI

Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarruk

(derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah).Kontrak dalam

insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggunginsurans dengan

pelanggan (pihak yang diinsuranskan).

4.2 TANGGUNGJAWAB PEMEGANG POLISI

27

Page 28: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama

sendiridalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada

penanggung insurans.

4.3 LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL

Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat

daripadakumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali

takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para

peserta tersebut, pengendali Takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman

(tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan.Manakala insurans, penanggung

insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar

kepada pelanggan dari wang asetnya.

4.4 PELABURAN KUMPULAN WANG

Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi

kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang

dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.

Jadual 4.4.1 Perbezaan antara Takaful Islam dan Insurans Konvensional

TAKAFUL ISLAM INSURANS KONVENSIONAL

Tertakluk kepada Akta Takaful 1984 Tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (Pindaan

1996)

Peserta dikenhendaki membayar sumbangan

berdasarkan konsep tabarru’ (menderma secara

Pemegang polisi dikenakan bayaran premium

atas perlindungan.

28

Page 29: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

ikhlas)

Pihak syarikat merupakan pengendali risiko. Pihak syarikat merupakan penangung risiko.

Peyertaan Takaful merupakan satu akad di

antara Peserta dan Pengendali Takaful

Pembelian Insurans adalah satu kontrak di

antra penginsurans dan pemegang polisi.

Terdapat Majlis Pengawasan Syariah yang

bertanggungjawab memastikan semua

transaksi syarikat berpandukan syariat Islam.

Tiada Majlis Pengawasan Syariah yang

mungkin terdapat ialah majlis penasihat untuk

dana islam.

Tidak ada unsure riba, maisir(judi), dan gharar

(tidak ketentuan) terlibat

Terdapat unsure riba, maisir (judi, dan gharar

(tidak ketentuan)

Halal di sisi Islam JAKIM telah megeluarkan fatwa bahawa

insurans adalah haram.

29

Page 30: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

5. RUMUSAN

Hidup ini penuh dengan kejutan, bak kata pepatah melayu “malang tidak berbau” jadi

sebagai seorang manusia kita tidak terlepas daripada kemungkinan ditimpa oleh pelbagai

musibah, malapetaka dan bencana yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangannilai,

tidak kira samada seseorang itu kerjanya di kilang atau bekerja sendiri, makan gaji di pejabat, di

sekolah, seorang hartawan, pengusaha kebun ataupun seorang korporat. Risiko untuk terdedah

kepada musibah yang bakal memberi pelbagai tekanan dan kesulitan pastiakan terjadi, cuma bila

masanya kita sendiri tidak dapat mengagak. Sebarang malapetaka dan musibah jika datang

menimpa bukan sahaja boleh mengakibatkan kemusnahan, malah boleh mengancam nyawa

manusia.

Justeru itu, bagi orang Islam mereka semestinya yakin bahawa apa juga bentuk

musibah,malapetaka, atau bencana yang datang menimpa sesungguhnya adalah qadak dan qadar

Allah S.W.T. Oleh itu seseorang itu hendaklah sentiasa bersedia menghadapinya dengan

30

Page 31: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

keimanan yang teguh serta penuh kesabaran. Serentak dengan itu, menjadi kewajipan seseorang

muslim supaya berikhtiar dan berusaha seberapa terdaya olehnya untuk mengelak dan

menjauhkan daripada kemungkinan berlakunya musibah malapetaka atau bencana yang boleh

membahayakan dirinya dan mengancam keselamatan harta bendanya.Selaras dengan ini

seseorang itu seharusnya juga berusaha dan merancang dan mencari jalan bagaimana dia dapat

meringankan beban yang terpaksa dipikul olehnya atau ahlikeluarganya sekiranya musibah

melanda. Perbuatan ini adalah selaras dengan tuntutan agama Islam. Islam telah menetapkan

peraturan supaya seseorang itu sentiasa peka dan seboleh – bolehnya memastikan jiwa dan

raganya, orang di bawah tanggunganya dan harta bendanya terjamin dan terpelihara.

Secara keseluruhannya, Islam sangat mengiktiraf inovasi hebat yang dapat mendatangkan

manfaat yang besar seperti ini lebih-lebih lagi apabila hakikat kehidupan kini terdedah kepada

pelbagai bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah dan malapetaka.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran Karim yang bermaksud:

“Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan,

kelaparan,kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak

menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-

orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kami adalah milik

Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali”.

31

Page 32: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

(al-Baqarah :155)

Semoga dengan wujudnya pengendali-pengendali takaful dan penglibatan kita semua

didalam sistem perlindungan yang berteraskan syariah ini, akan memberi manfaat dan jaminan

kesejahteraan bersama di dunia dan juga di akhirat

BIBIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim dan terjemahannya

2. Mohammad Muslehuddin. 1986. Insuran Dan Hukum Islam. Ter. Izuddin Hj.

Mohamed & Abdul Rahman Rukaini. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

3. Dr. Mohammad Muslehuddin, Insurance and Islamic Law, Labore : Islamic

Publication Ltd, 1982

4. Risalah Syarikat Takaful Malaysia, Perlindungan Takaful Malaysia : Syarikat

Takaful Malaysia Bhd, n.d

5. M. Nejadtullah Siddiqi, Insurance in an Islamic Economy, U.K : The Islamic

Foundation, 1985.

6. TAKAFUL (Tiada Tarikh) daripada http:ms.wikipedia.org/wiki/Takaful

32

Page 33: Peranan Takaful Islam Dalam Menjamin Kemajuan Ummah

7. Zaharuddin Abd Rahman ( 7 Mac 2007 ), Perbezaan Insuran Konvensional &

Takaful, http://www.zaharuddin.net/content/view/304/101/

33