peranan sekolah merealisasikan fpk

8
2.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS/SBE) di Sekolah Kebangsaan Silabukan Lahad Datu, saya mendapati bahawa sekolah tersebut telah berjaya merealisasikan hasrat dalam FPK itu sendiri berdasarkan aspek-aspek seperti : 2.1 ASPEK KEPIMPINAN Dalam carta organisasi di Sekolah Kebangsaan Silabukan, ia diterajui oleh Guru Besarnya yang merupakan orang penting yang bekerjasama dengan guru-guru dibawahnya bagi memajukan sekolah dan memastikan sekolah tersebut mencapai hasrat FPK. Kepimpinan amatlah penting bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Guru-guru yang lain juga berperanan dalam membentuk hasil kerja yang cekap dan berinovatif. Selain itu, murid-murid juga diberi peluang untuk memimpin dengan memilih dalam kalangan mereka menjadi pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya dan sebagainya. Sebagai contoh juga, murid-murid ini akan diberi peluang untuk menjadi pengendali dalam perhimpunan pada hari isnin. Sekolah ini juga menjaga hubungan baik dengan semua kakitangan sekolah tanpa mengira kedudukan dan status. Ini bermaksud hubungan sosial antara guru-guru dengan murid- murid, pekerja, dan semua staf-staf sokongan amatlah baik. Bersesuaian dengan hasrat FPK yakni berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan 7

Upload: riduan-ewan

Post on 13-Sep-2015

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

peranan sekolah dalam merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan

TRANSCRIPT

2.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPKSepanjang pemerhatian saya semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS/SBE) di Sekolah Kebangsaan Silabukan Lahad Datu, saya mendapati bahawa sekolah tersebut telah berjaya merealisasikan hasrat dalam FPK itu sendiri berdasarkan aspek-aspek seperti :2.1 ASPEK KEPIMPINANDalam carta organisasi di Sekolah Kebangsaan Silabukan, ia diterajui oleh Guru Besarnya yang merupakan orang penting yang bekerjasama dengan guru-guru dibawahnya bagi memajukan sekolah dan memastikan sekolah tersebut mencapai hasrat FPK. Kepimpinan amatlah penting bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Guru-guru yang lain juga berperanan dalam membentuk hasil kerja yang cekap dan berinovatif. Selain itu, murid-murid juga diberi peluang untuk memimpin dengan memilih dalam kalangan mereka menjadi pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya dan sebagainya. Sebagai contoh juga, murid-murid ini akan diberi peluang untuk menjadi pengendali dalam perhimpunan pada hari isnin. Sekolah ini juga menjaga hubungan baik dengan semua kakitangan sekolah tanpa mengira kedudukan dan status. Ini bermaksud hubungan sosial antara guru-guru dengan murid-murid, pekerja, dan semua staf-staf sokongan amatlah baik. Bersesuaian dengan hasrat FPK yakni berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

2.2 ASPEK DISIPLINPembinaan disiplin amatlah penting bukan sahaja pada diri murid tetapi juga diri guru-guru itu sendiri. Berdasarkan pemerhatian saya, semua guru-guru merupakan guru-guru yang berdisiplin. Buktinya mereka datang ke sekolah sebelum pukul 6.50 pagi sedangkan sekolah bermula pada pukul 7.15 atau 7.30 pagi. Dalam kalangan murid sekolah, disiplin ini penting bagi melahirkan murid yang mencapai hasrat FPK iaitu insan yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Maka dengan itu, kami telah memerhatikan guru-guru di sekolah ini amat menepati masa untuk masuk ke kelas mereka. Ini membuktikan bahawa mereka telah menunjukkan sesuatu kelakuan yang baik untuk diteladani oleh murid-murid mereka. Menurut Guru disiplin sekolah tersebut, masalah disiplin pelajar adalah semakin berkurangan dan kebiasaannya masalah disiplin yang berlaku adalah masalah disiplin-disiplin yang ringan seperti rambut panjang dan sebagainya. Namun semua itu di atasi dengan banyak cara antaranya seperti berjumpa kaunselor dan memanggil ibubapa murid tersebut untuk mengetahui kelakuan ank mereka disekolah. Ini menunjukkan guru di sekolah ini tidak mengamalkan cara yang keras kepada murid sebaliknya memberi mereka tindakan secara halus. Ia juga menggambarkan bagaimana guru mengurus emosinya termasuk emosi pelajar-pelajarnya.

2.3 ASPEK PENDIDIKANPendidikan adalah medium yang sangat penting bukan sahaja kepada murid, tetapi juga guru-guru perlulah sentiasa memperbaharui ilmu pengetahuan mereka. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap tahap pendidikan di Sekolah Kebangsaan Silabukan ini, ia menunjukkan betapa guru-guru disini sangat menitikberatkan tentang ilmu pengetahuan. Buktinya, guru-guru telah menampal dan menggantungkan pelbagai jenis bahan bacaan dan kata-kata hikmah disepanjang perjalanan dari kantin sehinggalah kebilik guru dan laluan-laluan beratap. Ini bagi menerapkan sikap suka membaca diatas kalangan murid-murid sekolah tersebut disamping mengelakkan mereka daripada membuang masa. Selain itu, guru yang bertugas di pusat sumber juga telah menjalankan proram NILAM bagi menarik minat membaca dalam kalangan murid-murid. Berdasarkan Inisiatif yang ditunjukkan oleh guru-guru ini menunjukkan bahawa kemajuan intelek amat penting dalam melahirkan murid yang mencapai tahap yang diinginkan melalui FPK. Di sekolah ini juga terdapat sebuah bilik pemulihan khas untuk murid-murid yang tercicir yang belum menguasai kemahiran asas 3M. Saya telah bertanya kepada seorang murid berkaitan bilik pemulihan tersebut dan dia mengatakan ia sangat bagus kerana guru yang mengajar sungguh berdedikasi dan murid tersebut juga sebenarnya merupakan bekas pelajar dikelas tersebut. Tetapi setelah setahun menduduki kelas tersebut, berkat usaha guru dan usahanya sendiri, buktinya dia mampu membaca dengan lancar.

2.4 ASPEK KOKURIKULUMKokurikulum juga merupakan medium penting dan ia juga salah satu hasrat yang terkandung dalam FPK. Maka dengan itu, Sekolah kebangsaan Silabukan ini juga tidak ketinggalan dalam aspek kokurikulumnya. Kemudahan padang yang ada membolehkan guru bersama murid-murid melaksanakan aktiviti kokurikulum. Antaranya seperti Unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan. Dalam kokurikulum ini juga sebenarnya melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Guru yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama murid-murid dan juga guru-guru lain. Contohnya membawa murid mewakili sekolah akan mewujudkan interaksi yang lebih meluas buat guru dan murid tersebut. Menurut laporan yang dinyatakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum sekolah tersebut, sekolah ini aktif dalam sukan Hoki dan telah beberapa kali johan dan mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan. Hal ini membuktikan guru disekolah tersebut mampu membentuk pelajar yang mahir dan mencungkil bakat yang ada dalam diri pelajar-pelajar berkenaan.2.5 ASPEK ROHANIDalam aspek rohani, adalah amat susah untuk diungkapkan kerana tidak semua murid sekolah termasuk guru-gurunya beragama islam. Namun begitu, aspek rohani yang dapat saya perhatikan di sekolah ini adalah seperti terlibat dalam pertandingan Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) peringkat zon dan Sekolah kebangsaan Silabukan ini telah terpilih menjadi tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Pelbagai pertandingan yang dipertandingkan termasuklah syarahan, hafazan, tilawah al-Quran, nasyid dan sebagainya.Selain itu sekolah ini juga ada kemudahan surau bagi memudahkan guru-guru dan pelajar-pelajar muslim untuk melaksanakan solat dan sebagainya.Menurut Guru Besar, setiap tahun juga akan diadakan solat hajat bagi pelajar-pelajar tahun enam yang bakal menduduki UPSR. Ini menunjukkan bahawa sekolah ini telah melatih murid-murid untuk sentiasa sujud memohon rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T selepas berusaha. Selain itu, di pusat sumber sekolah juga terdapat banyak buku-buku yang berkaitan dengan unsure kerohanian untuk dijadikan bahan bacaan buat murid-murid sekolah tersebut termasuk juga guru-gurunya.2.6 ASPEK SOSIALDari segi hubungan sosial, saya perhatikan guru-guru disekolah ini merupakan guru-guru yang sangat peramah bukan sahaja sesama guru, tetapi juga dengan murid-murid dan juga pekerja disekolah tersebut. Buktinya pada hari pertama, saya bersama empat lagi rakan yang lain dilayan dengan begitu mesra walaupun itu merupakan kali pertama kami datang ke sana. Begitu juga pekerja di sekolah tersebut yang sentiasa bertegur sapa dengan guru-guru disekolah ini. Aspek ini amat penting bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan ini juga mampu membantu dalam sekolah merealisasikan matlamat FPK. Disamping itu, penglibatan ibubapa juga menunjukkan kesan yang positif. Ini menunjukkan hubungan guru-guru dengan ibubapa adalah sangat akrab. Ini dibuktikan melalui penglibatan persatuan PIBG yang tidak putus-putus contohnya menghadiri mesyuarat, mengikuti solat hajat bersama anak-anak mereka, memberikan sumbangan dan banyak lagi.

2.7 ASPEK BUDAYA SEKOLAHBudaya sekolah atau lebih dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu perkara yang penting dalam mencapai hasrat FPK. Budaya sekolah ini menunjukkan ia terbahagi kepada dua sidang iaitu sidang pagi bagi pelajar tahap dua dan sidang petang bagi pelajar tahap satu. Guru-guru disini dan semua kakitangan sekolah termasuk murid-murid bebas berinteraksi bagi mewujudkan hubungan yang erat dan baik dalam kalangan mereka.Dari segi penggunaan bahasa, guru-guru dan murid-murid disini menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama untuk berhubung. Guru-guru akan memastikan dan menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang betul ketika bertutur bagi melatih mereka untuk menjadi seorang yang mencintai bahasa sendiri. Ini juga merupakan salah satu aspek yang terkandung dalam FPK dan juga Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Penggunaan bahas kedua juga digalakkan dan akan digunakan secara berterusan apabila masuk minggu Bahasa Inggeris menurut penolong kanan pentadbiran. Hal ini penting bagi melahirkan guru dan murid yang berketerampilan, berkebolehan dalam bertutur bahasa antarabangsa dan seimbang meniti arus pemodenan. Ini juga merupakan hasrat dan aspek dalam FPK. Kemudahan-kemudahan disekolah ini lengkap walaupun berada diluar Bandar dengan adanya padang, tandas yang kondusif, pondok-pondok untuk pelajar mengulangkaji dan sebagainya. Ini menunjukkan sekolah ini merupakan sekolah yang sangat menitikberatkan keselesaaan dan berusaha untuk mewujudkan sekolah yang berlandaskan hasrat FPK. 7