peranan kritikan seni terhadap perkembangan sen tampak di

20
18 Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di Malaysia Mohd Johari Ab. Hamid Abstrak Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja. Melihat pada kepentingan seni ini, tidak ada satu kajian khusus dilakukan terhadap kepentingan kritikan seni. Sudah sampai masanya bidang kritikan seni perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi. Tujuan utama kajian ini di peringkat awal ialah untuk meninjau sejauh manakah perkembangan kritikan seni telah berlaku dalam dunia seni tampak di Malaysia khususnya seni catan. Apakah kritikan seni dapat menyumbang ke arah kemajuan atau di sebaliknya dalam arus perkembangan seni catan. Bagaimana penerimaan artis terhadap peranan kritikan seni ini. Hasil kajian ini juga akan menjadi faktor menentukan sejauh manakah kritikan seni dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan seni catan di Malaysia. Pernyataan Masalah Kepentingan kritikan seni di Malaysia khususnya seni tampak masih dianggap baru. Malah kemungkinan ada sesetengah artis atau masyarakat menganggap kehadirannya tidak begitu penting. Sejak kini, tidak ramai penulis dan pengkritik seni yang serius membicarakan duma kritikan khususnya dalam seni catan. Kemungkinan mereka tidak yakin untuk menentukan arah dan tujuan sebenar peranan kritikan dalam pembangunan seni di Malaysia. Permasalahan yang timbul ialah keberkesanan tanggapan artis baru terhadap peranan kritikan seni itu sendiri. Tidak ada kursus yang ditawarkan di IPTA atau IPTS yang berkaitan dengan kritikan secara serius. Serta sejauh mana peranan bidang ini dalam perkembangan seni tampak Malaysia khususnya seni catan. Permasalahan yang timbul ialah keberkesanan tanggapan artis baru terhadap peranan kritikan seni itu sendiri serta sejauh mana peranan bidang ini

Upload: trinhdan

Post on 31-Dec-2016

388 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

18Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan

Sen Tampak di Malaysia

Mohd Johari Ab. Hamid

Abstrak

Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja. Melihat pada kepentingan seni ini, tidak ada satu kajian khusus dilakukan terhadap kepentingan kritikan seni. Sudah sampai masanya bidang kritikan seni perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi. Tujuan utama kajian ini di peringkat awal ialah untuk meninjau sejauh manakah perkembangan kritikan seni telah berlaku dalam dunia seni tampak di Malaysia khususnya seni catan. Apakah kritikan seni dapat menyumbang ke arah kemajuan atau di sebaliknya dalam arus perkembangan seni catan. Bagaimana penerimaan artis terhadap peranan kritikan seni ini. Hasil kajian ini juga akan menjadi faktor menentukan sejauh manakah kritikan seni dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan seni catan di Malaysia.

Pernyataan Masalah

Kepentingan kritikan seni di Malaysia khususnya seni tampak masih dianggap baru. Malah kemungkinan ada sesetengah artis atau masyarakat menganggap kehadirannya tidak begitu penting. Sejak kini, tidak ramai penulis dan pengkritik seni yang serius membicarakan duma kritikan khususnya dalam seni catan. Kemungkinan mereka tidak yakin untuk menentukan arah dan tujuan sebenar peranan kritikan dalam pembangunan seni di Malaysia. Permasalahan yang timbul ialah keberkesanan tanggapan artis baru terhadap peranan kritikan seni itu sendiri. Tidak ada kursus yang ditawarkan di IPTA atau IPTS yang berkaitan dengan kritikan secara serius. Serta sejauh mana peranan bidang ini dalam perkembangan seni tampak Malaysia khususnya seni catan.

Permasalahan yang timbul ialah keberkesanan tanggapan artis baru terhadap peranan kritikan seni itu sendiri serta sejauh mana peranan bidang ini

Page 2: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia / 275

dalam perkembangan seni tampak Malaysia, khususnya seni catan moden pada era 90-an.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk melihat kepentingan kritikan seni dalam dunia seni tampak di Malaysia khususnya catan dalam era 20-an. Selain itu, ingin dikaji sejauh mana kegiatan ini dapat membantu perkembangan seni tampak. Penyelidik mga ingin meninjau penerimaan pelukis Malaysia terhadap peranan dan sumbangan kritikan seni.

Skop kajian

Kajian ini ditumpukan kepada kepentingan kritikan seni di Malaysia. Fokus utama ialah menemu bual lebih kurang 10 orang artis yang terlibat secara langsung dalam dunia seni tampak.

Kajian Lampau

Setelah dibuat tinjauan awal dengan menemu bual beberapa orang individu yang terlibat secara lansung atau tidak dalam perkembangan seni tampak di Malaysia, mereka telah menyatakan bahawa setakat ini belum ada lagi kajian atau penyelidikan khusus dibuat terhadap kritikan seni di Malaysia. Sehubungan dengan itu penulis berkeyakinan bahawa penyelidikan ini adalah satu penyelidikan awal yang pemah diadakan. Selain itu, penulis bercadang untuk meneruskan kajian pada peringkat yang kedua dengan lebih mendalam lagi.

Selain daripada itu, mereka berpendapat belum ada lagi penulisan berbentuk buku ilmiah dihasilkan di Malaysia yang berkaitan dengan kritikan seni. Melihat kepada kepentingan ini, penulis akan mencuba untuk menjadikan penyelidikan ini sebaga. kajian awal untuk menghasilkan sebuah buku ilmiah khusus membicarakan dunia kritikan seni di Malaysia.

Jangka masa kajian

Jangka masa kajian yang diperuntukan ialah selama 6 bulan. Penyelidikan hanya dapat dijalankan pada 1 Januari 2003 dan dijangka tamat pada 1 Ogos 2003. Penyelidikan tidak dapat dijalankan seperti yang dirancangkan sebelum ini kerana aktiviti seni tidak dijalankan seperti yang diharapkan. Ada juga kegiatan seni yang berlaku di tempat-tempat yang tidak diperolehi maklumat terkininya.

Walau bagaimanapun, syukur ke hadrat Ilahi kerana penyelidikan tetap dijalankan dan penyesuaian dilakukan berdasarkan kepada situasi semasa. Namun begitu, saya berharap akan meneruskan kajian ini pada peringkat yang lebih

Page 3: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

276 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

mendalam lagi. Hal ini kerana daripada kajian yang dibuat ini, terdapat maklumat baru yang boleh dikongsi bersama oleh penggiat seni yang lain.

Latar Belakang

Seni tampak atau seni visual telah lama wujud di Malaysia. Seni itu bergerak sealiran dengan semua bidang kehidupan manusia. Sebenarnya kepentingan seni sama pentingnya dengan ketamadunan manusia. Seni merujuk kepada sesuatu yang indah. Menurut Graham Collier, (1992) Seni boleh ditakrifkan sebagai suatu hasil karya yang dicipta dengan menggunakan bakat atau kecekapan dalam penghasilan karya seni seperti sajak, lukisan, ukiran, muzik dan bidang seni yang lain. Penghasilan karya-karya sen; dapat membantu perkembangan sesuatu tamadun dalam meningkatkan tahap kebudayaan dan kesenian sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, bidang seni semakin berkembang dari zaman dahulu hingga sekarang.

Seni catan pula merujuk kepada penghasilan karya seni berbentuk dua dimensi. Ia dilukis di atas permukaan kanvas menggunakan media cat air atau akrilik. Pemilihan tema atau subject matter pula dipelbagaikan.

Menurut kajian awal, kritikan seni pernah ditulis oleh Syed Sheikh Al-Hadi (1867 - 1934) seorang ulama terkenal Malaya yang banyak mengupas isu-isu seni dan kesusasteraan serta agama dalam majalah Al-Ikhwan. Antara kritikan beliau ialah berkaitan dengan peranan lukisan dan gambar. la diterbitkan dalam majalah berkenaan pada 16 April 1929. Antara yang dipaparkan ialah:

Perkara gambar-gambar ini telah menjadi suatu daripada perkara yang sangat-sangat berguna bagi kemajuan manusia sama ada gambar-gambar yang beribu-iibu tahun dahulu atau pun gambar-gambar yang baharu- baharu diperbuat orang pada masa ini.

(Al-Ikhwan, 16 April 1929, no.238, tulisan jawi)

Selain dari itu, beliau juga telah menegur kalangan ibu bapa yang menimbulkan isu mata pelajaran lukisan di sekolah-sekolah Melayu pada zaman itu.

Di dalam pada ini pun ajaib kita mendengarnya banyak sangat sugutannya orang-orang konon mengajar anak-anak Melayu di dalam sekolah-sekolah melukis gambar itu ditegah oleh agama Islam...

(.Al-Ikhwan, 16 April 1929, no.238, tulisan jawi)

Sultan Idris Training College (SITC) yang ditubuhkan pada tahun 1922 telah menjadi penggerak utama dalam bidang Pendidikan Seni. Guru-guru lepasan

Page 4: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di M a la ysia /277

SITC menggunakan ‘Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama ’ terbitan tahun 1928 dan “Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua" yang diterbitkan pada tahun 1929 sebagai panduan mata pelajaran termasuk lukisan. O.T. Dussek dan Mohd. Hashim bin Haji Taib yang bertanggungjawab mengumpul bahan dan menulis kitab tersebut yang diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang SITC.

Isi kandungan kitab Pedoman Guru Penggal Pertama yang diterbitkan pada tahun 1928, merangkumi isi-isi pelajaran mengenai Kaedah Mengajar Lukisan. Di dalam kitab itu dinyatakan bagaimana cara-cara memegang pensil, pemilihan kertas, penggunaan pemadam dan pembaris. Selain itu diterangkan juga kaedah melukis bulatan, empat segi, tiga segi, teknik melukis binatang dan bunga-bungaan. Dalam Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua yang diterbitkan pada tahun 1929, terkandung kaedah mengajar tulisan kaligrafi rumi dan tulisan jawi.

Menurut Ahmad Suhaimi Mohd Noor, (2002) kedua-dua kitab ini adalah buku terawal tentang kaedah pengajaran lukisan yang disediakan oleh orang Melayu yang diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu. Mohd. Said bin Haji Hussein bukan sahaja penulis kaedah mengajar lukisan, tetapi juga penterjemah buku, pensyarah seni, pelukis serta pembentang kertas kerja. Melihat kepada peranan dan sumbangannya yang amat besar terhadap bidang ini, amatlah wajar beliau diberi satu penghargaan sebagai tokoh Pendidik Seni dan pelukis Malaya yang terawal. Hasil usahanya ini telah melahirkan begitu ramai guru yang boleh mengajar mata pelajaran lukisan di sekolah-sekolah di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei Darul Salam. Pada masa itu hanya SITC saja yang mampu melahirkan guru-guru seni dan berkhidmat di seluruh pelusuk Tanah Melayu.

Penerbitan majalah seperti Mastika agak aktif. Namun begitu, kemudiannya menjadi malap dan seterusnya terhenti akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua. Selepas tamat perang ia diterbitkan semula pada November 1946. Ini menandakan dunia kritikan seni di Malaya mulai bertambah rancak. Majalah Mastika merupakan majalah yang memaparkan pelbagai isu seperti politik, budaya dan sastera. Ia diterbitkan oleh Utusan Melayu di Singapura (1941-57). Kritikan seni pada tahun itu kebanyakan disiarkan dalam tulisan jawi. Antara yang dipaparkan ialah polemik seni oleh saudara Mona Lisa dengan Saudara Mohd. Salehuddin tentang pengertian seni moden. Mona Lisa cuba membahaskan pandangan Mohd. Salehuddin mengenai seni moden. Kritikan itu dijawab semula oleh Mohd. Salehuddin dalam Mastika keluaran Mac 1959. Walaupun jawapan yang diberikan oleh Mohd. Salehuddin dalam bentuk penulisan sebuah rencana seni. tetapi ia sudah cukup untuk membuktikan bahawa telah ada satu polemik seni yang terawal di Malaya disiarkan dalam media.

Selain menjadi penulis Mastika, Mohd. Salehuddin juga seorang pelukis. Salah sebuah karyanya yang berjudul, “Membeli-belah Di Kampung” (1959) menjadi koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara.

Page 5: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

278 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Terdapat seorang lagi pengkritik seni, iaitu Abdul Gani Hamid. Antara kritikan seni yang telah dihasilkan berjuduh “Seni Lukis Dari Kongres ke Kongres” yang telah disiarkan dalam majalah Mastika keluaran Mac 1958. Beliau telah mengulas dan mengkritik rumusan kedua-dua kongres penting, iaitu Kongres Bahasa Melayu III Malaya yang berlangsung pada 16 hingga 21 September di Singapura dan Kongres Kebudayaan Melayu I yang berlangsung pada 30 Disember 1957 hingga 2 Januari 1958 di Melaka. Beliau dengan beraninya mengkritik bahawa ketetapan yang telah dibuat sebagai rumusan kepada kedua-dua kongres tersebut tidak menjadi apa-apa makna seandainya kita tidak mendapat sokongan daripada pihak pemerintah. Selain daripada itu beliau juga telah mengkritik kedudukan seni lukis di Malaya yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kedudukan seni lain terutamanya kesusasteraan.

Tulisan beliau yang dikira amat pedas dan tajam berjudul, “Kita Ada Sebidang Tanah, Tak Seorang Petani Ingin Berbudi. ” Pandangan dan kritikan beliau dibuat terhadap pemerintah yang membiarkan kedudukan pelukis-pelukis terbiar tanpa pembelaan. Walaupun para pelukis telah disediakan dengan Balai Seni Lukis Negara dan dirasmikan pada tahun 1958, tetapi peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang ini amat terbatas. Tambahnya lagi, beliau turut berminat dengan percubaan beberapa pelukis Malaya yang mengambil idea yang berteraskan kemelayuan dan pribumi dalam pengolahan karya catan. Contohnya pelukis Chuah Theng Teng dari Pulau Pinang, Nik Zainal Abidin dari Kelantan dan Abdul Hamid Alias dari Melaka. Tugas masyarakat ialah menghayati dan menyimpan khazanah_ seni. Penyesuaian diri masyarakat dalam menghayati dan menghargai bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tugas dan perlaksanaannya memerlukan satu bidang pengkajian yang khusus.

Siapakah yang perlu memainkan peranan ini? Seniman dan penggiat seni berperanan sebagai penghasil karya. Tetapi. peranan pengkritik seni lebih penting ke arah memajukan karya seni itu. Pengkritik seni tidak dilihat sebagai penilai karya seni atau ‘pembunuh ’ minat seniman untuk terus berkarya.

Bidang kritikan seni di Malaysia amat jarang diperbahaskan. Tidak banyak penulisan yang ditemui mengenai perkara ini kecuali tulisan-tulisan berbentuk ringan daripada majalah lama yang diterbitkan sekitar tahun 1930-an itu.

Apakah yang dimaksudkan kritikan dan pengkritik seni? Pepper, Stephen C. (1996) menjelaskan, sebenarnya kritikan seni adalah satu bidang ilmu yang perlu diketengahkan. Perkembangan seni tampak tidak akan berjaya tanpa adanya kritikan. Kritikan seni amat berkait rapat dengan perkembangan seni di Malaysia. Kritikan seni juga berkembang seiring dengan bidang seni tampak yang lain.

Zakaria Ali (1989) menjelaskan pengkritik seni perlu jujur kepada dirinya sendiri, inilah prinsip yang patut dipegangnya. Kejujurannya itu kadangkala menghalangnya membuat apreasiasi bertulis dengan jujur. Beliau khuatir akan menyinggung perasaan seniman yang sentiasa sensitif, tidak boleh ditegur dan mahu sentiasa dipuji. Beliau menjelaskan lagi, seniman pula sentiasa mengakui

Page 6: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia / 279

bahawa karya seni mereka itu adalah hasil kejujuran dari diri mereka sendiri. Kejujuran tidak menjamin terhasilnya karya seni yang besar. Kewujudan karya seni itu merupakan sesuatu hakikat yang bebas daripada pengaruh seniman dan pemerhati.

Greene, Theodore Meyer (1997) mengatakan bahawa pengkritik seni haruslah berwaspada kerana pendapat seniman itu adalah penyambungan suasana mental ciptaannya sahaja. Suasana ini boleh membantu pengkritik seni menilai kesenian karya seniman itu. Sebaliknya pula, terlampau banyak pendapat yang dikeluarkan, boleh mengelirukan orang ramai yang bakal menjadi peminatnya, lebih-lebih lagi jika pendapat itu diberikan pada waktu yang berbeza-beza.

Graham Collier (1992) menjelaskan seniman yang bijak selalunya bersikap membisu sesudah karyanya disiapkan. Namun di dalam sejarah seni, banyak sekali terdapat contoh-contoh seniman yang menulis surat-surat, diari-diari dan renungan-renungan peribadi. Penghayat seni dan pengkritik seni amat memerlukan dokumen-dokumen itu bagi menyokong mereka untuk menilai dan menikmati karya seni itu. Seniman yang masih aktif dan masih ada (hidup) boleh terns mengeluarkan buah fikiran, pendapat, kenyataan, menukarkan fikiran, mengubah pendapat, malah menafikan pendapat-pendapat awalnya tadi.

M. Lansing (1996) menyatakan bahawa karya seni itu boleh mendidik masyarakat. Perlu ditegaskan bahawa bukan semua karya seni boleh mendidik masyarakat. Ia bergantung kepada pendapat pengkritik, iaitu apa yang ditulisnya itu. Adakah tujuannya untuk mendidik atau sekadar dianggap cukup cekap dan bernas serta mempunyai etika saja. Namun ditahap peribadi kita, apabila semua pemerhati berhadapan dengan karya seni, mereka adalah pengkritik, walaupun dalam keadaan dan suasana senyap-senyap. Setiap penghayat seni, pemerhati seni, harus digalakkan menjadi pengkritik seni yang senyap-senyap pada mulanya dan kemudian menjadi pengkritik seni yang aktif sesudah itu.

Kepentingan Kajian

Selaras dengan perkembangan seni yang berlaku itu, sewajarnya dunia kritikan dianggap satu bidang yang amat penting. Bidang kritikan sebenarnya telah berusia ribuan tahun. Sejarah seni membuktikan bahawa ahli falsafah klasik seperti Socrates (469-399SM), Plato (427-347SM) dan Aristotle (384-322SM) telah menggunakan pendekatan kritilcan untuk melihat seni dengan lebih mendalam. Socrates menggunakan pendekatan teori idea. Beliau menyatakan bahawa penghasilan karya seni bersandarkan pada idea atau buah fikiran. Manakala Plato pula membuat tafsiran yang seni itu hasil daripada kegiatan peniruan atau imitasi. Aristotle pula melihat seni sebagai satu elemen yang mendekatkan manusia dengan alam. Beliau menggunakan istilah mimesis yang merujuk kepada proses meniru atau penghasilan semula kata-kata dan gerak-geri orang lain.

Page 7: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

280 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Dalam perkembangan seni Eropah pun, kritikan seni telah lama wujud dan dianggap amat penting. Beberapa tokoh sejarahwan Eropah seperti Heinrich Wolflin (1864-1945), Giorgio Vasari (1511-1574) dan Johann Joachim Winklemann (1717-1768), telah melihat bidang kritikan boleh menyemarak dan memeriahkan lagi dunia seni tampak. Contohnya, Wolflin telah membuat analisa dalam bidang kritikan. Beliau membuat perbandingan seni ini kepada beberapa bidang, iaitu seni bina, seni area dan seni catan. Penganalisaan ini menjadi satu disiplin dan asas kepada pengkritik seni yang lain untuk mengkritik karya. Wolflin membuat analisa perbandingan stail dan gaya seni zaman Renaissance dan Baroque. Beliau menggabungkan kaedah empirikal dan saintifik.

Seni menurut Wolflin ialah hasil jelmaan pengaruh sosial yang bersifat dalaman dan luaran di mana persepsi menjadi pembolehubah yang baru dalam memperkatakan perubahan gaya dan pengkaryaan seni. Menurutnya lagi seniman perlu melakukan perubahan dan perkembangan terhadap seni dengan terus membuat penerokaan, mengkaji dan merujuk kepada sejarah. Untuk merealisasikan agar masyarakat dapat menerima seni, pengkritik juga memainkan peranan yang utama seperti yang dijelaskan oleh T.S Elliot terjemahan Dr. Wong Seng Tong (1991), “kritikan ialah mengupas dan menghuraikan karya-karya seni dengan menggunakan tulisan atau tujuan dascirnya adalah menjelaskan kaiya- karya seni sementara mengawal selera pembaca.”

Vasari mendefinisikan karya seni boleh dikritik dengan beberapa tahap seperti perkembangan awal, perkembangan pertengahan dan tahap kematangan. Dia yang dianggap sebagai perintis dunia falsafah moden dan kritikan seni menyenaraikan seni tampak boleh dianalisa kepada beberapa peringkat. Antaranya ialah kadar banding, nilai keindahan, jalinan, cahaya dan bayang serta objek (subject matter) yang diketengahkan oleh seniman. Vasari amat terkenal dengan Teori Imitate Nature.

Wincklemann pula memberi pandangan bahawa kritikan adalah penganalisaan daripada sebuah karya seni yang mengandungi nilai estetik. Selain itu beliau berpendapat, karya seni itu merupakan hasil peniruan atau meniru keindahan. Beliau juga telah menemui tiga konsep peniruan atau imitasi berdasarkan kepada tiga perkara, iaitu seniman meniru alam, seniman meniru bahan dan seniman meniru keindahan.

Beliau menjelaskan lagi, ‘keindahan itu mesti dinikmati oleh deria dan difahami oleh intelek, perasaan luaran dan dalaman penting untuk mengenai dan menikmati keindahan’. Menurutnya lagi, kebolehan mengkritik atau menilai keindahan adalah berbeza-beza. Oleh itu, katanya lagi seniman dan penghayat seni perlu terus berlatih pancaindera mereka sehingga berupaya menikmati keindahan melalui daya intelektual.

Merujuk kepada kepentingan kritikan seni, maka jelaslah bahawa kewujudan pengkritik seni amat membantu dalam usaha memartabatkan seni tampak Malaysia. Namun penglibatan pengkritik seni itu mungkin masih pada tahap sederhana.

Page 8: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia / 281

Usaha memberikan galakan dan penerangan akan kepentingan kritikan seni kepada para seniman mesti diteruskan, Seniman perlu didedahkan bahawa dunia kritikan seni boleh membantu karya seni mereka berada pada tahap kualiti yang membanggakan. Seniman juga perlu menyedari dengan adanya kritikan seni ini, perkembangan dunia seni tampak menjadi lebih bermakna dan dipandang tinggi.

Sesuai dengan perkembangan seni pada peringkat antarabangsa, seni kritikan telah diterima oleh masyarakat barat sebagai sebahagian daripada aktiviti seni itu sendiri. Tanpa adanya kritikan seni, maka seni itu dilihat sebagai satu kekurangan. Oleh itu, sewajarnya kritikan seni berada dan bergerak seiring dengan dunia seni tampak tanah air.

Metodologi kajian secara kualitatif dan ‘historical research’

Penyelidikan Perpustakaan

Menurut 'Encyclopedia Britannic a ’, kritikan seni ialah satu perbincangan ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara penghasilan sesebuah karya seni itu.

Kritikan seni yang terawal telah dapat dikesan dalam ‘Republic’ oleh Plato (427 - 347SM). Dalam karya tersebut, Plato telah mengemukakan teori idea yang menjelaskan bahawa objek-objek dalam dunia yang kita lihat hanyalah peniruan semata-mata. Malahan kedudukannya tidak begitu sempurna. Daripada kenyataan ini, maka bermulalah dunia kritikan seni. Konsep peniruan ini dikenali sebagai seni imitasi (art imitate nature).

Selepas itu, idea ini dikembangkan dan perbaharui oleh Aristotle dengan mengatakan bahawa imitasi itu adalah satu aktiviti kreatif'. Antara tokoh penting dalam bidang kritikan dan pensejarahan pada pada abad ke-16 ialah Giorgio Vasari di Itali, Johann Joachim Winckelman dan Gotthold Ephrain Lessing dari Jerman.

David S. Nateman (1994) mengatakan bahawa terdapat beberapa jenis teori kritikan seni yang dikenal pasti. Antaranya ialah kritikan impresionistik, kritikan imitationalis, kritikan ekspresif, kritikan formalis dan kritikan instrumentalis. Kritikan formalis juga dikenali dengan nama kritikan judicial atau kritikan objektif, Manakala kritikan impresionistik ialah kritikan yang melahirkan sikap dan perasaan secara spontan tanpa menghitungkan disiplin ilmu seni. Kritikan ekspresif pula ialah kritikan yang cuba melihatkan pertalian atau hubung kait antara karya dan seniman. Manakala kritikan imitationalis ialah melihat karya seni sebagai kerja seni yang terlibat dengan konsep peniruan. Kritikan formalis adalah kritikan yang menumpukan kepada intrinsic karya. Kritikan instrumental ialah kritikan yang cuba melihat karya seni dari segi fungsi sosialnya, karya ini berbeza dengan karya lain.

Page 9: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

282 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Selain itu terdapat beberapa jenis kritikan lagi. Antaranya ialah kritikan teori (theoretical criticism), kritikan amali (practical criticism) dan kritikan terapan (applied criticism).

Kritikan teori menumpukan kepada beberapa aspek teori dan metodologi. la menerangkan prinsip-prinsip teori dengan jelas dan terperinci serta menekankan pemahaman yang mendalam mengenai unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur serta organisasi rekaan. Di samping itu juga, ia menekankan aspek yang berkaitan dengan sosiologi, psikologi, falsafah seni dan perkembangan seni dan sebagainya.

Terdapat ramai tokoh yang membicarakan kritikan teori. Tokoh yang paling awal membicarakan teori ini ialah Aristotle dalam bukunya berjudul, 'Poetics’ yang ditulis pada abad ke-4 sebelum Masihi. Selain daripada itu dua buah buku teori lain yang amat berpengaruh ditulis oleh I. A. Richards (1924) dalam bukunya berjudul ‘Principle o f Literary Criticism’ dan Northrop Frye (1975) dalam bukunya berjudul ‘Anatomy o f Criticism. ’ Manakala buku lain yang juga turut membicarakan kritikan teori ialah Jonathan Culler (1975) berjudul ‘Structuralist Poetics’ dan Roland Bartes (1972) yang berjudul ‘Critical Essay’.

Kritikan teori lebih menumpukan kepada aspek teori dan metodologi. Prinsip- prinsip teori akan dikemukakan dengan lebih jelas dan terperinci. Penguasaan ilmu teori bukan sahaja kepada pemahaman unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu. Pengkritik seni mestilah menguasai sebanyak mungkin ilmu bantu seperti pendidikan asas seni lukis dan seni reka, sosiologi, psikologi, falsafah seni, metodologi seni, perkembangan seni pra-sejarah, perkembangan seni Eropah dan Asia, seni Islam selain perkembangan, seni tempatan. Malahan pengkritik seni sewajarnya melengkapkan ilmu teori ini selari dengan perkembangan seni semasa sama ada berlaku di luar ataupun dalam negara.

Kritikan amali atau praktikal ini bermaksud penglibatan secara langsung pengkritik dengan pengkarya seni. Pengkritik melakukan pengamatan dan penganalisaan terhadap sesuatu karya seni itu dengan lebih mendalam. Dia boleh menjelaskan sama ada pengkajiannya itu menarik atau sebaliknya. Sebahagian daripadanya mungkin dijelaskan tidak menarik perhatian. Penghayat seni pula mempunyai tahap penilaian yang amat berbeza. Mereka tidak sanggup untuk mengatakan karya itu tidak menarik, seandainya ia berada di hadapan pengkarya seni itu. Ketidakjujuran dalam membuat penilaian oleh penghayat seni boleh dipertikaikan. Bahan-bahan seni yang kotor, buruk, kasar dan tidak menyenangkan dipandang mungkin dianggap tidak menarik bagi sesetengah penghayat seni atau orang ramai. Namun bagi pengkritik seni yang sudah berpengalaman tentu mempunyai pandangan yang berbeza pula.

T. S. Eliot adalah tokoh yang paling terkenal dan pertama dapat mempengaruhi teori dan amalan bagi pengkritik-pengkritik seni yang baru. Dalam kegiatan

Page 10: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia / 283

awalnya T.S. Eliot menjadi model bagi para pengkritik aliran ini. Beliau adalah seorang pemimpin yang amat terpengaruh dalam mengutarakan pemikiran- pemikiran tentang teknik dan kaedah serta bahasa kritikan. Beliaulah yang mengemukakan rancangan dan pernah dilaksanakan oleh T.E. Hulme dan Ezra Pound.

Kita boleh membaca eseinya yang pertama. The Sacred Wood: ‘Essay on Poetry and Criticsm ' (1920). Elliot menjelaskan penentangannya terhadap unsur- unsur ‘impressionis’ dan ‘moralisme’ yang melampau dalam melakukan sesuatu teknik pengkritikan.

Eseinya yang berjudul ‘The Perfect Critic’ mengemukakan pendapat bahawa pemikiran yang baik adalah lebih mengarah kepada melihat sesebuah karya dalam istilah-istilah struktur. Katanya, “Criticsm is the statement in language o f this ■structure; it is a development o f sensiblitiy. ” Sesuatu kritikan yang buruk ialah kritikan yang mengandungi sesuatu pernyataan emosi yang tidak terkawal. Penilaian dan hujahan terhadap karya seni itu hendaklah dibuat berlandaskah etika moral yang betul.

Kritikan terapan (applied criticism) merupakan lanjutan daripada kritikan amali. Pengkritik seni melihat dan menganalisa karya dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan tertentu. Apa yang boleh dimanfaatkan daripada hasil sesebuah karya seni itu terhadap kepentingan masyarakat. Saranan dan sumbangan daripada kritikan itu boleh membantu seniman untuk terus memberikan sesuatu yang bermakna pada masyarakatnya.

Manakala kritikan amali pula menerangkan penglibatan secara langsung pengkritik dengan pengkarya seni Di sini pengkritik melakukan pengamatan dan penganalisaan terhadap sesuatu karya seni itu dengan lebih mendalam.

Sementara itu kritikan terapan adalah kritikan yang melibatkan pengkritik seni yang melihat dan menganalisa karya dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan tertentu. Saranan dan sumbangan daripada kritikan itu boleh membantu seniman untuk terus memberikan sesuatu yang bermakna pada masyarakat.

Kaedah-kaedah kritikan seni daripada setiap teori tidak berdiri secara tersendiri. Ia memerlukan hubungan yang rapat dengan sejarahwan seni dan seniman. Dalam erti kata yang lain, seniman yang menghasilkan karya seni memerlukan sejarahwan untuk merakamkan peristiwa yang berlaku ketika itu. Pengkritik seni pula mengulas, menganalisa, mengkritik dan membina idea supaya menjadi lebih mantap. Ketiga-tiga penggiat seni ini sewajarnya menggembeleng tenaga demi memartabatkan seni tanah air. •

Teori-teori seni sentiasa berkembang dari satu era ke satu era yang lain. Ia akan sentiasa diperkatakan oleh para sejarahwan seni. Tidak akan wujud satu zaman yang gemilang dalam perkembang seni andainya ada pihak yang mempertikaikan kehadiran sejarahwan dan pengkritik seni.

Page 11: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

284 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Dapatan Kajian

Dapatan hasil daripada penyelidikan ini ialah kebanyakan pelukis yang ditemu bual memberi pendapat bahawa kritikan seni adalah satu kegiatan penting yang perlu ada. Kritikan seni dapat membantu meningkatkan kualiti penghasilan karya seni. Selain itu ia dapat dijadikan landasan kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah karya seni itu. Kritikan seni juga mestilah bergerak seiring dengan perkembangan seni.

Dapatan kajian awal

Kritikan seni merupakan satu bidang yang membicarakan tentang seni. Ia dianggap sebagai penyataan, komentar dan sebagainya yang memperkatakan seni dan keindahan. Menurut kajian terawal, kritikan seni pernah ditulis oleh Syed Sheikh Al-Hadi (1867-1934) seorang ulamak terkenal Malaya yang banyak mengupas isu-isu seni dan kesusasteraan serta agama di dalam majalah Al- Ikhwan. Antara kritikan beliau berkaitan dengan peranan lukisan dan gambar. Ia diterbitkan dalam majalah berkenaan pada 16 April 1929. Antara yang dipaparkan ialah;

Perkara gambar-gambar ini telah menjadi suatu daripada perkara yang sangat-sangat berguna bagi kemajuan manusia sama ada gambar-gambar yang beribu-ribu tahun dahulu atau pun gambar-gambar yang baharu- baharu dipe'rbuat orang pada masa ini.

(Al-Ikhwan, 16 April 1929,no.238,tulisan jawi)

Contohnya beliau juga telah menegur ibu bapa yang menimbulkan isu mata pelajaran lukisan di sekolah-sekolah Melayu pada zaman itu.

Di dalam pada ini pun ajaib kita mendengarnya banyak sangat sugutannya orang-orang konon mengajar anak-anak Melayu di dalam sekolah-sekolah melukis gambar itu ditegah oleh agama Islam...

(Al-Ikhwan, 16 April 1929,no.238,tulisan jawi)

Terdapat seorang lagi pengkritik seni, iaitu Abdul Gani Hamid. Antara kri­tikan seni yang telah dihasilkan berjudul, '‘Seni Lukis Dari Kongres ke Kongres’’ yang telah disiarkan dalam majalah Mastika keluaran Mac 1958. Beliau telah mengulas dan mengkritik rumusan kedua-dua kongres penting iaitu Kongres Bahasa Melayu III Malaya yang berlangsung pada 16 hingga 21 September di Singapura dan Kongres Kebudayaan Melayu I yang berlangsung pada 30

Page 12: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia /2 8 5

Disember 1957 hingga 2 Januari 1958 di Melaka. Beliau dengan beraninya mengkritik bahawa ketetapan yang telah dibuat sebagai rumusan kepada kedua- dua kongres tersebut tidak menjadi apa-apa makna andaikata tidak mendapat sokongan daripada pihak pemerintah. Selain daripada itu beliau juga telah mengkritik kedudukan seni lukis di Malaya yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kedudukan seni lain terutamanya kesusasteraan.

Tulisan beliau yang dikira amat pedas dan tajam berjudul, “Kita Ada Sebidang Tanah, Tak Seorang Petani Ingin Berbudi . Pandangan dan kritikan beliau dibuat terhadap pemerintah yang membiarkan kedudukan pelukis-pelukis terbiar tanpa pembelaan. Walaupun para pelukis telah disediakan dengan Balai Seni Lukis Negara dan dirasmikan pada tahun 1958, tetapi peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang ini amat terbatas, Tambahnya lagi, beliau turut berminat dengan percubaan beberapa pelukis Malaya yang mengambil idea yang berteraskan kemelayuan dan pribumi dalam pengolahan karya catan. Contohnya pelukis Chuah Theng Teng dari Pulau Pinang, Nik Zainal Abidin dari Kelantan dan Abdul Hamid Alias dari Melaka.

Bidang kritikan dan sejarah seni mempunyai hubungan yang amat rapat. Teori-teori sejarah seni menjadi tidak mantap melainkan didasari dengan satu pengkajian karya-karya seni yang konkrit. Segala kriteria, kategori dan skima tidak boleh diwujudkan.

Kritikan seni dan sejarah seni menjadi tidak wujud tanpa adanya persoalan, konsep-konsep seni, rujukan sejarah, permasalahan dan perubahan era permodenan.

Dengan adanya dasar dan kaedah ini, maka bidang kritikan seni menjadi lebih terarah. Berbagai pendapat telah diberikan untuk menghuraikan pengertian kritikan seni. Antaranya kritikan sen adalah satu pengkajian khusus bagi memperjelaskan, menilai serta menyampaikan maklumat dan tanggapan terhadap sesuatu karya seni. Ada juga pendapat menyatakan bahawa kritikan seni adalah satu percubaan yang memberikan penghargaan kepada karya-karya seni secara melahirkan penilaian yang bijaksana. Selain dari itu ada yang beranggapan bahawa kritikan seni ialah satu cara untuk menilai sesuatu karya seni dengan menentukan sejauh manakah dan atas alasan apakah sesebuah karya seni itu boleh diterima sebagai satu karya yang baik dan bermutu atau sebaliknya.

Fungsi kritikan seni dan kritikan sastera tidak banyak perbezaannya. Kritikan sastera juga mempunyai pengertian yang hampir sama. Menurut Mathew Arnold 1970) dalam tulisannya yang berjudul, "The Function o f Criticism at the Present

Time'’ menjelaskan bahawa kritikan kesusasteraan ialah satu usaha yang bukan hendak mencari untung tetapi untuk mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu yang telah diketahui sebagai yang terbaik di dunia.

Bidang kritikan kesusasteraan juga boleh dirujuk kepada pengertian kritikan seni. Kritikan kesusasteraan merupakan satu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan dengan cara yang bersistematik serta bertujuan untuk mengembangkan nilai-nilai yang difikirkan baik untuk tatapan generasi akan datang.

Page 13: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

286 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Daripada penyelidikan didapati juga kritikan sastera hampir mempunyai persamaan dan pertalian rapat dengan kritikan seni. Jadi penyelidik percaya pendekatan teori kritikan sastera boleh juga diguna pakai dalam kritikan seni tampak.

Fungsi kritikan Seni:

Daripada kajian yang dilakukan, didapati kritikan seni boleh berfungsi secara ringkasnya sebagai:i. Tali penghubung antara seni dengan masyarakat.ii. Memberi perangsang kepada seniman supaya mencipta karya yang lebih

bermutu.iii. Membantu membezakan karya seni yang bermutu atau sebaliknya.iv. Memperkenalkan karya seni terbaru kepada masyarakat.v. Memberi pendapat, pengetahuan dan menyebarkannya.vi. Membantu penghayat seni memahami karya seni sebaik mungkin.vii. Membantu penggiat seni mendidik generasi baru.viii. Membantu seniman menyesuaikan dir dengan masyarakat dan suasana

sekitar.ix. Menolong menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap sens.x. Memperkenalkan karya-karya sens terbaru daripada karya seseorang

seniman melalui majalah, akhbar, jurnal dan media massa lain.xi. Berperanan sebagai penghubung antara seniman dengan seniman yang lain.

Pendekatan Kritikan Seni

Ia boleh dibahagikan kepada beberapa sudut, iaitu dari segi deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Deskripsi dari aspek kritikan seni adalah membuat inventori melalui pemerhatian tentang imej, benda, subjek dan penggunaan unsur- unsur seni dalam karya seni itu. Manakala analisis pula adalah mengkaji dari segi organisasi hasil seni yang dibuat dan bagaimana prinsip seni digunakan dalam menyusun unsur-unsur untuk menghasilkan kesatuan dalam karya seni tampak. Dalam pada itu, interprestasi juga mengkaji kualiti ekspresif (perasaan, mood dan idea) yang disampaikan melalui karya seni serta bagaimana menterjemahkan maksud dan maknanya. Pertimbangan juga penting untuk membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan degree o f artistic merit terhadap hasil karya seni itu.

Daya penggerak dan dorongan daripada pengkritik seni boleh membantu seniman untuk melihat kepentingan seni itu dengan lebih terbuka. Seni bukan sesuatu objek yang boleh berdiri tanpa disokong oleh mana-mana pihak. Kebijaksanaan para pengkritik seni mengangkat keyakinan seniman amat penting. Pengkritik tidak boleh menyertakan emosinya bersama untuk membuat terapan

Page 14: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Penman Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia / 287

terhadap karya seni. Seniman yang mencipta atau mengeluarkan idea akan kecewa seandainya para pengkritik tidak memainkan peranannya dengan betul. Seniman mudah sensitif terhadap perlakuan pengkritik yang tidak membina. Seniman boleh memberikan sumbangan tetapi keyakinan dan kemampuan seniman juga menjadi ukuran untuk terus menggilap bakatnya bagi dihayati oleh masyarakat seterusnya. Kritikan membina juga menjadi teras kepercayaan bagi seseorang seniman.

Mengikut Boris Ejxenbaum, stilah kaedah ini selalunya dipanggil sebagai formalis, tetapi sebenarnya dia lebih suka kaedah itu dipanggil sebagai moforlogi. Ini dapat dibezakan dengan pendekatan-pendekatan lain seperti psikologi, sosiologi dan sebagainya.

Morfologi bukan merupakan istilah yang hanya dipakai apabila pengkritik- pengkritik formalis menjelaskan kedudukan kaedah mereka. Dalam satu polemik dengan ahli-ahli Marxis yang ortodoks, Ejxenbaum pernah juga menyuarakan bahawa beliau bukan seorang ahli Formalis, tetapi kalau boleh dinamakan ‘specifiers. ’ Kaedah Morfologi atau ‘specifiers' adalah sebenarnya dua konsep yang tepat yang menekannya dua hal yang berhubungan rapat dengan hukum- hukum Formalis yang lain (lihat Hashim Awang, Kritikan Kesusasteraan, 1988).

Kaedah morfologi atau ‘specifiers ’ adalah sebenarnya dua konsep yang agak tepat yang menekankan dua hal yang berhubungan rapat dengan hukum-hukum formalisme lain. Penekanan pada karya seni dan bahagian-bahagian perkembangannya, dan penekanan pada kewibawaan pengkajian seni itu sendiri.

Daya penggerak di belakang penjelamaan teori formalis mengikut pendapat Hashim Awang (1988) ialah keinginan untuk melenyapkan kekeliruan kaedah yang telah wujud dalam sesuatu kajian seni yang tradisi, menyusun semula secara sistematik oleh pengkaji seni sebagai suatu lapangan yang penting dan bersepadu. Inilah yang sebenarnya yang dimahukan oleh formalis. Mereka memulakan dengan peraturan dan penghujahan bahawa peneliti-peneliti kesenian seharusnya melihat karya-karya seni yang imaginatif itu sendiri, dan bukan keadaan-keadaan luaran di mana karya itu dihasilkan.

Dalam pengkajian seni atau mengkritik, kaedah strukturalisme dalam pemakaian sastera boleh digunakan sebagai panduan. Dalam pengkajian kesusasteraan kaedah ini dapat difahami dengan lebih mudah apabila dilihat dalam setiap cirinya yang dominan. Tinjauan berikutnya dibuat atas dasar-dasar sastera yang dilihat dalam hubungannya dengan beberapa gagasan antaranya keseluruhan, regulasi diri, transforniasi, perkaitan, analisis sinkronik dan desentralisasi.

Keseluruhannya dianggap sebagai satu struktur dalam satu sistem. Ia memiliki konvensi dan tradisi yang tersendiri. la hanya dapat diperjelaskan mengikut caranya yang tersendiri pula. Keseluruhan ini juga menguasai pengarang, pelukis, seniman, penghayat seni dan perkaedahan. Tugas pengkritik seni ialah untuk mengenali dan membuka ruang tertutup antara seniman dan

Page 15: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

288 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

penghayat seni. Pada keseluruhannya itu mungkin merupakan hal yang agak luar biasa seperti penggunaan unsur-unsur seni, prinsip-prinsip rekaan dan sturuktur rekaan atau organisasi rekaan. Struktur yang sedemikian dapat merangkumi keseluruhan kegiatan strukturalisme: menjeniskan situasi dramatis yang dasar dengan mendedahkan tema, konsep sesuatu karya seni itu. Analogi yang dapat difahami di sini ialah konsep penceritaan bahasa seni dari keseluruhan yang memungkinkan timbulnya perlukisan dan pertuturan dari bahantara seni dan senimannya.

Penglibatan diri sebagai pendorong penting kepada para strukturalis meneliti kaedah bukannya makna. Pencarian tentang peraturan yang menguasai penyataan-penyataan kesenian dapat dihayati melalui karya seni itu secara keseluruhannya, tanpa melakukan apa-apa rujukan dari luar. Strukturalisme melibatkan dirinya dengan unsur-unsur seni dalam kesenian: keistimewaannya terletak pada aturan-aturan tertentu dalam kesenian, kaedah dan peralatan yang menyebabkan sesuatu karya seni itu dihasilkan. Karya seni itu adalah satu pelengkap. Satu himpunan ilmu dan idea yang konkrit. Ia adalah hasil daripada struktur tersebut. Mengusahakannya adalah satu penglibatan yang menyeluruh dan bersungguh-sungguh daripada seseorang seniman.

Seseorang seniman yang dikuasai oleh bidang struktur yang umum dan yang khusus semasa berkarya akan mengembangkan karyanya, Struktur-struktur ini pastinya akan mengalami perubahan. Dalam bidang pengkaryaan ini, perubahan demi perubahan itu dapat menentukan diri, amalan dan usaha seniman itu sendiri. Selama ia mengalami perubahan itu pula maka ia turut dapat memperbaiki atau mengubah dirinya. Seni mempunyai kehidupannya yang tersendiri dengan kaedahnya yang tersendiri juga. Perkembangan demi perkembangan itu banyak bergantung kepada struktur dalaman yang menentukan kegiatan seni yang memastikan perlanjutan dan perubahan itu. Gagasan tranformasi ini tidak terbatas kepada lukisan dan catan saja, juga merupakan persoalan utama bagi amalan menghayati karya itu sendiri. Strukturalisma menekankan bahawa setiap pengkritik seni mampu membentuk atau membaharui semula karya seni itu. Kegiatan sebegini berlaku dalam batas-batas dan disiplin tertentu.

Penekanan terhadap kaitan atau hubungannya akan wujud pada keseluruhan karya seni itu. Analisa seni daripada strukturalis, sama seperti amalan analisis ilmu lain. Pembicaraan yang agak sedikit tentang individu atau benda, tetapi lebih menekankan kepada perkaitan antara perkataan dan bahasa tampak, antara bahan dengan bahantara, konvensi atau unsur dan antara makna dan isi (form and content). Perkaitan yang rapat di sini ialah di sebalik jalinan yang tidak terlihat dan tersorok yang membolehkan pelukis melukis dan penghayat menghayati serta pengkritik sebagai penilainya.

Analisis sinkronik dapat dilihat sebagai kaedah snap shot. Apa yang dipentingkan ialah kelainan bukannya melihat sejarah atau sesuatu yang sudah lepas.

Page 16: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia / 289

Saat yang paling radikal bagi strukturalisme ialah pengabaiannya bukan pada sejarah, tetapi juga pada seniman dan penghayat seni. Ia mengutamakan sepenuhnya perkara dan bahan iaitu hasil karya itu sendiri. Seniman dan seni adalah agen sahaja kepada struktur seni tampak. Sesebuah karya seni itu adalah teks yang dibentuk oleh satu sistem. Penghasilannya hanya akan wujud oleh adanya keizinan dan kekreatifan daripada keseluruhan sistem seni tampak itu sendiri. (Feldman dan Edmund Burke, 1996).

Daripada kajian yang dilakukan semua pelukis dan pengkritik seni kontemporari bersetuju bahawa untuk menghasilkan sesuatu kritikan memerlukan satu penilaian sejarah transmisi seni yang bertujuan untuk mendedahkan serta menghapuskan kesilapan-kesilapan yang berlaku, Matlamat sebenar ialah untuk memastikan sesebuah karya seni itu diterima secara universal.

Sejarah kritikan ini sebenarnya telah muncul kira-kira dua ratus tahun yang lalu. Ini merupakan satu prinsip yang mengandaikan secara wajar bahawa semua tindakan transmisi maklumat mengakibatkan berbagai-bagai jenis pencemaran daripada bahan asalnya. Kajian sarjana klasik yang memungkinkan teori kritikan ini dikembangkan sering meneriman perbahasan daripada seniman. Mereka mengharapkan teori ini mempunyai penetapan yang baik dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menghargai atau apresiasi seni juga merupakan satu kritikan seni. Ia juga merupakan disiplin asas yang memerlukan penglibatan sepenuhnya dari semua aspek. Kata pengkritik seni Zakaria Ali, penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Objek-objek seni yang berupa catan dan cetakan dipandang. Sementara objek- objek seni yang berupa area dan binaan disentuh. Katanya lagi, kedua-dua deria ini selain bantu membantu agar dapat mendorong kita menikmati karya seni dengan lebih seronok lagi. Bila kita menggunakan dua deria ini sahaja, penglibatan kita dengan objek seni akan menjadi pasif. Kebanyakan orang menghargai seni secara pasif. Ini kemungkinan disebabkan oleh pengalaman, pendidikan dan pilihan sendiri. Ini sama sekali tidak bermakna bahawa nikmat yang dialaminya itu tidak seberapa. Ini kerana apa saja pendapatnya berhubung dengan objek seni itu disimpannya sendiri. Dengan demikian orang lain tidak mungkin berkongsi pendapatnya itu.

Menghayati sesebuah karya seni sama ada secara ilmiah atau sebaliknya melibatkan penggunaan bahasa. Bahasa yang digunakan ini terbahagi kepada dua iaitu bahasa lisan dan bahasa penulisan. Kita juga boleh menganggap bahawa sesebuah karya seni itu juga merupakan bahasa, iaitu bahasa tampak atau visual. Bahasa dalam konteks ini lebih menjuruskan kepada objek seni itu sendiri. Ia sarat dengan segala maklumat. Ia penuh dengan pengertian™ penerangan, komentar daripada senimannya sendiri. Objek seni itu bertindak sebagai alat penyampaian idea daripada seniman. Pentafsiran terhadap karya seni itu boleh difahami apabila kita berpeluang menghargainya. Ia merupakan pengucapan

Page 17: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

290 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

kembali bahasa yang pertama kepada bahasa yang kedua. Perbezaan antara kedua-dua bahasa ini ialah dari segi jenis dan pendekatannya sahaja.

Bagi memulakan apresiasi seni, penghayat mestilah faham akan objek seni itu sendiri. Mengikut Hauser, “A work o f art is a challenge; we do not explain it, we adjust ourselves to it". Peranan kita sebenarnya sebagai pemerhati ialah untuk melihat karya seni itu, bagaimana ia dihasilkan, sebab dan penyebabnya, cabaran yang dihadapinya dan lain-lain.

Apabila kita sudah mengetahui akan sebab dan akibatnya, baharulah kita dapat menghuraikan isi kandungan karya seni itu. Mengikut Zakaria Ali lagi, kerap juga terjadi kekeliruan dalam usaha apresiasi ini. Pemerhati tidak dapat memastikan manakah yang lebih penting; acara sambutannyakah, atau objek seni itu sendiri? Sebagai gerak utama, sambutan atau tindak balas itu bertugas untuk bertimbal balik dengan objek seni tetapi objektif yang utama ialah mendekatkan lagi objek seni kepada kita meskipun kita terpaksa menyesuaikan diri dengannya. Sama ada kita kagum, benci, suka atau tidak, prioriti mestilah diberikan kepada karya seni itu. Apabila kita berhadapan dengan karya seni, kita mestilah menyukainya untuk dapat memberikan penilaian yang jitu dan adil lagi saksama. Karya seni yang tidak disukai pun wajar menerima apresiasi daripada khalayak seni. Mungkin dalam penulisan kita, karya seni itu menerima kritikan yang negatif. Sebagai pemerhati atau pengkritik seni, kita berhak ke atas penilaian awal kita. Tidak hairanlah sekiranya ada sepuluh orang pengkritik seni memerhati dan mengupas sebuah karya seni, maka kita akan mendapat sepuluh jenis ‘sambutan ’ atau tindak balas itu. Setiap pemerhati mempunyai pengetahuan dan seleranya yang tersendiri. Demi mempertahankan pendapatnya, pengkritik itu akan tetap menyelami dasar iiwanya. Tugas kita kerap menjadi matang kerana jika kita lebih banyak tahu tentang diri maka lebih mudahlah kita mengenali diri. Apresiasi seni mengajar- kita menghargai rasa dan perasaan sendiri.

Menghayati dan mengkritik sesuatu karya seni memerlukan satu disiplin yang khusus. Menilai sesuatu karya yang tidak mengikuti etika yang sebenarnya menjuruskan penghayat seni kepada satu garis pemisahan yang besar. Penghayat perlu bersedia menyiapkan diri untuk diterima sebagai penghayat seni yang baik. Melihat dan memberi tafsiran yang dangkal sudah tidak boleh diterima lagi. Perkataan atau ungkapan ‘karya ini cantik atau karya ini terlalu abstrak’ tidak boleh diterima pakai dalam kamus penghayat seni lagi.

Apabila penghayat seni sudah mampu mengupas dan menghujah dengan hujahan-hujahan yang bernas, bagaimana pula peranan pengkritik seni? Pengkritik seni juga penghayat seni. Tetapi peranannya lebih besar. la sebagai penilai yang bertauliah dan mampu mengupas sesuatu karya itu dari sudut yang berlainan. Tambahan pula dibantu dengan ilmu bantu yang lain sudah semestinya penganalisaannya lebih matang dan diterima ramai. Pengkritik seni amat diperlukan dalam pembangunan dan perkembangan seni tanah air. Pengkritik seni mampu meletakkan seni tanah air di tempat yang se wajar.

Page 18: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Penman Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia / 291

Pengkritik seni diibaratkan jambatan yang menghubungkan antara penghayat seni dengan seniman. Pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku di sebalik terhasilnya sesuatu karya seni. Maka karya seni itu menjadi lebih bertenaga dan bercahaya apabila digilap semula oleh pengkritik sem yang berwibawa. Pengkritik seni perlu berlaku jujur dalam kritikannya.

Seniman juga memainkan peranan penting. Seniman perlu jujur dan menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Seniman tidak perlu terlalu sensitif apabila menerima kritikan yang bukan pilihannya. Kritikan seni bukan pujian yang melambung untuk menyedapkan hati dan minda seniman. Seniman juga perlu sokongan padu daripada pengkritik seni untuk menjelaskan segala permasalahan yang timbul ketika proses penghasilan karya. Seniman yang rendah hati dan berfikiran terbuka tentu dapat menerima segala kritikan yang diberikan, walaupun kritikan itu pahit untuk ditelan. Keterbukaan dalam menerima kritikan itu sebenarnya dapat mematangkan lagi minda seniman untuk mengorak langkah dengan lebih jauh lagi. Sewajarnya seniman perlu berterima kasih dengan kehad'ran pengkritik seni untuk membantunya memperkembangkan lagi perjuangannya memartabatkan seni di tanah air.

Bukan saja kepentingan dan manfaat itu diterima oleh seniman, malah dunia seni tampak akan menjadi lebih berkesan. Penghasilan kerja seni menjadi lebih berkualiti. Tidak lagi timbul masalah mendapatkan hasil kerja yang tinggi nilainya dengan adanya sesi kritikan oleh para pengkritik. Hasil kerja yang tidak berkualiti akan diperbaiki.

Sikap menerima kritikan perlu ada pada semua seniman. Berfikiran terbuka dan sanggup berdepan dengan kritikan dapat mengikis sifat ego sesetengah pelukis. Dengan cara ini, pelukis dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada pada dirinya. Sama ada dengan cara menambahkan ilmu, pendidikan, pengalaman atau rajin bergaul dengan ahli masyarakat dan sebagainya.

Rumusan Kajian Jangka Pendek

Kajian ini lebih tertumpu kepada kepentingan kritikan seni dan bukan kepada permasalahan kritikan, atau bagaimana peranan unsur-unsur seni di atas permukaan kanvas berhubung antara satu sama lain. Bukan ;uga melihat bagaimana prinsip rekaan dan organisasi rekaan dapat dimasukkan dalam satu gubahan seni, serta tidak dilihat bagaimana karya sem itu difahami melalui aturan-aturan tertentu. Seni sama dengan bahan seni yang lain yang dianggap sebagai langue bagi de Sa us sure (Herbert Read, 1976).

Apa yang dapat dirumuskan bahawa kritikan seni di Malaysia masih berada pada peringkat awal. Penerimaan seniman atau pelukis terhadap kritikan seni juga masih menjadi persoalan. Terdapat pelukis yang menerima cadangan yang kritikan seni boleh dijadikan salah satu bidang terpenting dalam perkembangan seni. Namun kepentingan kritikan seni sendiri hendaklah dilihat dari sudut

Page 19: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

292 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

positif. Adanya kritikan seni ialah untuk meningkatkan mutu penghasilan karya seni.

Perbincangan dan Cadangan

Kajian in: merupakan kajian awal mengenai perkembangan kritikan seni di Malaysia. Oleh sebab kesuntukan masa dan sumber kewangan, saya bercadang untuk meneruskan kajian ini dengan lebih mendalam lagi.

Pada peringkat ini, tidak ramai penulis yang ditemui memberikan komitmen untuk melihat kepentingan kritikan seni. Ramai juga yang berpendapat seni tampak boleh berkembang dengan sendirinya tanpa kritikan. Namun penulis berpendapat bahawa kritikan seni amat perlu sebagai salah satu bidang yang dapat memantapkan lagi kualiti karya seni yang dihasilkan itu.

Selain daripada itu, kepentingan kritikan seni merupakan satu bidang yang perlu diketengahkan kepada semua ahli masyarakat. Pendedahan kepada masyarakat perlu dilakukan pada peringkat sekolah rendah lagi, seterusnya ia diperkenalkan di institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang wajib. Dengan cara ini, bidang kritikan akan dapat berkembang dengan lebih berkesan lagi.

Rujukan

Ahmad Suhaimi Mohd Noor, 2002. Sejarah Kesedaran Visual di Malaya 1849-1960, Thesis Ph.D. Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan).

David S. Nateman, 1994. Modern Art, Impressionism to Post-Modernism, Thames and Hudson Ltd, London.

Feldman, Edmund Burke, 1996. Philosophy of Art Education, Prentice-Hall, Upper Saddle River, New Jersey.

Graham Collier, 1992. Art and The Creative Consciousness; Prentice-Hall, Inc., Englewood Cliffs, New Jersey.

Greene, Theodore Meyer, 1997. The Art and The Art of Criticism, Princeton University Press, Princeton.

Hashim Awang, 1988. Falsafah dan Seni Kreatif Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Herbert Read, 1997. A Concise Histoiy of Modern Painting. London, Thames and Hudson Ltd.

Page 20: Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Sen Tampak di

Peranan Kritikan Seni terhadap Perkembangan Seni Tampak di Malaysia / 293

I. A. Richards, 1924. Principle o f Literary Criticism. Thames and Hudson, London. Jenetta Rebold Benton and Robert DiYanni (1998) Arts and Culture, Pace University, Pleasentville, Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey. Page 16)

Jonathan Culler, 1975. ‘Structuralist Poetics' dan John Kissick (1996) Art: Context and Criticism, (Second Edition) Boston, The McGraw-Hill.

Lansing., Kenneth M., 1996. Art, A rtist & A rt Education. Mc.Graw-Hill Book Company New York.

Mathew Arnold, 1970. The Function o f Criticism at the Present Time, Oxford Univ. Press.

Northrop Frye, 1975. Anatom y o f Criticism. Harvard University Press, Cambridge.

Pepper, Stephen C., 1996. The Basic o f Criticism in The Art. Harvard University Press, Cambridge.

Roland Bartes, 1972. ‘Critical E ssa y’. Boston, Me Graw Hill. Com.

Wong Seng Tong, 1991. Esei-esei Kritikan T. S. Elliot. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.